Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Sunday, June 18, 2017

Iftar @Grand Hyatt KL

Sempat iftar dengan kawan di Grand Hyatt Kuala Lumpur...memandangkan kat KL, kami pun stay sana terus..senang sikit...sebabnya nak bawak Adam naik tren jugak...sekali harung la kan..kami pilih untuk stay di Royale Chulan KL..Lokasi yang strategik jugak la..senang kat situ..
Suka sangat stay sini...berbaloi..recommended hotel ni..


Selepas check-in kami lepak bilik je..kami rehat je sementara bagi kids main air...

Dalam pukul 5 baru kami keluar bawak Adam naik tren...dari KLCC ke Ampang Park je..then patah balik..ok la tu budak-budak sikit je pun dah puas...

Selepas tu baru gerak p ke Grand Hyatt untuk berbuka...
 Jom layan gambar



Saturday, June 10, 2017

Iftar dengan Family

Kanak-kanak yang paling seronok..main je kerja diorang ni

Tahun ni berkesempatan iftar dengan family besar...meriah dapat kumpul ramai-ramai..walaupun tak semua ada tapi seronok dengan apa yang ada ni..makanan toksah cerita la..memang sedap!!
My little helper!! Azuin dan besar dan pandai dah nak tolong semua...proud of her!!
Biasa suami isteri bergabung tenaga...tolong-menolong


Ramadan kali ni buat pertama kali tanpa Abah..semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman..Amin..
orang kuat keluarga sekarang@ketua keluarga..
Semoga Ramadan kali ni memberi kerahmatan kepada kita semua...

Monday, August 5, 2013

Aktiviti kami....

Minggu ni dah minggu raya dah..tapi sampai harini….saya tak dapat cari baju raya yang sesuai lagi…untuk pagi raya la..baju saya dan mr may tak dapat lagi….azuin dah selamat dah…dari baju kurung sampai la gaun bagai….tengok tu, anak yang didahulukan dulu…..tu baru sorang….kalau bertambah nanti alamatnya berganda la lagi budget….memang shopping last minit ni agak mencabar jugak la….dari hari sabtu kami cari tak ada yang berkenan lagi…warna yang dicari tak jumpa yang menarik hati lagi….(tetiba rasa nak tukar tema…tapi tak boleh dah sebab azuin dah selamat beli ikut tema….Dari KL, sampai la Shah Alam…usha jugak kat PKNS Shah Alam….banyak tapi hmmm….tengok la kot harini rajin nak cari kat Plaza Masalam pulak…kot la berkenan….

Kalau ikutkan mr may, dia taknak beli baju Melayu sebab jarang pakai….siap suruh pakai baju lama lagi….saya boleh je nak gamble tapi tu terjadi kalau betul2 tak jumpa baju yang dicari…..baju kena gak sesuai dengna perut makyong ni…walaupun perut comel je tapi dah nampak dah….Datang ofis pagi ni pun dok fikir nak cari kat mana lagi baju….susah jugak la macam tu…yang cantik menarik memang banyak tapi tak kena gaya dan tema pulak…azuin pulak dah siap melram kasut, baju raya dan stoking dah..sampai nak tidur malam pun taknak bukak…..

Kalau dok cerita pasal shopping memanjang tak habis….nak cerita pasal di tomey azuin pulak….

Sangat lega masa hari Jumaat tu azuin dah tak nangis bagai da..bukan apa, sejak kebelakangan ni azuin macam tak nak dok je…baik kat rumah mahupun kat taska…pening kepala omaknya….nak mama je…papa kadang-kadang je…nak naik tangga pun nak mama dukung….lepas tu taknak makan sendiri dah…nak kena suap bagai…nak mama yang suap….perangai baru mungkin sebab dah dapat agak adik dah dekat nak keluar kot….nak lebih perhatian la tu!!!
Ni gambar selepas ambil dari taska…seronok je sebab mama ambil..lepas tu cakap azuin ikat rambut, cantik….kalau kat rumah bukan main susah nak ikat…tapi lepas kakak ikat rambut dan cakap cantik terus je nak ikat rambut…..siap taknak buka lagi ikat rambut.. 

Dah la ‘aim’ mama puya karipap…saya beli 3 ketul je karipap…2 karipap kentang, 1 inti sardine…tak sangka azuin makan kesemua karipap, yang tinggal cuma 1/3 je karipap….dah la makan sebelum berbuka lagi…mama pulak mengidam nak makan karipap….nanti kena beli banyak sikit la sebab azuin pun suka… 

sukanya dia... 
ni karipap kedua.. 

Malam pulak dok seronok nak menulis…meja sendiri ada, tapi nak tulis depan tv gak sebab nak dok sebelah mama!manja sangat!!rambut masih dok ikat…marah mama nak bukak…mandi pun taknak bukak getah ikat rambut tu…malam tu cuma letak air sikit jela kat alur rambut dia….kang rasa macam tak mandi pulak kalau tak basahkan rambutkan…… 
Seperti biasa kalau Jumaat mr may memang balik lambat…..tinggal kami berdua jela…dalam pukul 10 baru mr sampai….dah la tidur lambat hari Jumaat tu..masa ajak azuin p makan roti canai…beria-ia nak p…siap tutup tv dan kipas bagai…pastu ajak mama suruh cepat sebab azuin nak makan roti canai…lawak!!

Thursday, August 1, 2013

Penangan Durian...

Penangan durian betul…hari ni dok rasa durian lagi ni…dah gosok gig bagai pun masih terasa lagi…alkisahnya semalam balik kerja, saya singgah la pasar malam kat area rumah saya tu..kononnya nak beli murtabak la….murtabak pakcik tu buat memang sedap woo…setiap kali ada pasar malam mesti p beli murtabak ni..dah la pasar malam hari rabu & sabtu je…selalunya hari rabu baru beli sebab sabtu selalunya keluar makan kat luar….selain tu sempat la beli karipap yang dok teringin dari hari selasa lagi…beli karipap, kuih apam dan koci (nasib baik boleh campur sebab RM2 untuk 5 ketul…alahai..sebenarnya seketul 40sen..sama je kalau darab bagai…..strategi bisnes betul….tapi ok la dapat rasa kuih koci gak….apam 2 ketul tu tak leh kacau sebab sah-sah azuin akan makan….azuin memang suka apam….
Azuin makan apam…abis comot… 
budak comel yang comot!!
Apam yang kedua…..suka tengok apam yang berwarna tu…..


Masa jalan nak ke reta tu, memang lalu kat orang yang jual durian…sebenarnya dah nak sampai kereta pun tapi saya patah balik…sebab tetiba ada nafsu nak makan durian pulak….beli 2 biji je…RM5..boleh la nak rasa…nak beli banyak takut tak habis..kalau ikutkan nak beli sebiji je…tapi macam segan pulak….tu yang belli 2 biji tu….
Ni la duriannye..isi tak la tebal mana..nipis je..tapi ok la sedap..saya makan 8 ulas gak…..azuin makan sikit je…rasa hujung-hujung je….mr may usah cakap la…dia bukannya suka durian sangat pun..siap suruh saya tutup bekas lagi takut berbau kuat….durian tu memang saya dah pindahkan dan asingkan siap-siap..letak dalam bekas….senang, boleh letak dalam peti ais…malam ni boleh makan lagi…….

Ni la budak yang kuat makan…..mama dok perisi durian, dia dok makan biskut…biskut lutut kering yang keras tu pun azuin suka…..

Boleh ke kalau mengandung makan durian banyak…yelah, masa makan tu memang tak ingat dunia…dok ingat sedap je….lepas tu baru terfikir boleh ke tak…rasanya selagi tak memudaratkan, boleh kot kan..kang kempunan pulak……lagi pulak saya ni memang suka durian....sangat tau!! saya lagi suka makan mentah macam tu...tempoyak, saya memang tak layan....serawa durian pun sedap!!


Harini masih dok fikir nak makan apa…semalam senang je sebab saya cuma goreng telur je…lepas tu panaskan tomyam dan ayam bakar lebihan semalam….tak elok membazir…tomyam sedap tau…kali ni saya buat jadi masam-masam tu..letak tomato banyak sikit….selalunya macam kurang masam je…azuin pun suka….

Monday, July 22, 2013

Ramadhan Kali ni…2013

Alhamdulillah, harini dah 14 Ramadhan dah….sekejap je dah nak lepas separuh bulan berpuasa..Syukur jugak diberikan kesempatan kami berbuka sekeluarga ni..dan, semangat untuk memasak untuk keluarga jugak tak pernah kurang sebab tahun ni berazam nak kurangkan berbelanja di bazaar ramadhan..Setakat ni baru 2 kali saya singgah ke pasar malam (bukan bazaar ramadhan sebab kat rumah saya memang pasar malam setiap Rabu & Sabtu)….singgah pun sebab teringin nak makan murtabak…dan memang 2 kali singgah tu beli murtabak je….saya cuma bawa rm3 je tau…bukan apa kalau bawak banyak duit mesti nak beli macam-macam….lagipun rutin berbuka kami lebih kepada nasi (selain kurma)…

Sedaya upaya saya mempelbagaikan menu untuk juadah berbuka…bukannya susah dan lama nak masak pun..kadang-kadang saya mula masak pukul 6pm…sempat lagi la…tapi kena cepat dan tiada gangguan la…Senang masak nasi masa berbuka sebab boleh bawak sampai ke sahur…Cuma panaskan lauk je…setakat ni mr may dan azuin pun tak banyak komplen dan layan je apa yang dimasak…azuin lebih suka kalau makan nasi selain nasi putih..berselera je..tu yang saya lebih suka buat nasi selain nasi putih…seronok sangat!!

Dulu ingatkan dah pindah rumah baru, susah nak makan sekeluarga….yela, mr may kan kerja jauh..pulak tu banyak halangan nak balik rumah bulan puasa ni….jem sana-sini…sebab ramai yang balik awal bulan puasa ni…Kalau hari Jumaat jangan certa la…Hari Jumaat minggu pertama puasa tu mr may siap set masa/kilometer lagi…2.6 km dalam masa 2 1/2 jam..hari lain, tak menjadi masalah la…walupun sangkut tapi boleh lagi la…selalunya sebelum 7pm mr may dah sampai rumah…saya pulak, macam biasa je sebab jalan saya balik rumah tak ada masalah jem bagai…kalau lambat pun sebab saya keluar ofis lambat..tak pun ikut belakang bontot lori… kebiasaan memang pukul 5pm (siap ambil azuin)…sempat la layan cerita Dahlia dulu (ni minggu akhir cerita Dahlia tu)…

Berpuasa dan hamil agak mencabar jugak..terutama minggu pertama Ramadhan…sebab nak kena sesuaikan diri…dan, syukur setakat ni saya masih dapat berpuasa dan kesihatan yang baik…ni merupakan kali kedua saya berpuasa ketika hamil…kali pertama semasa mengandungkan azuin…tapi masa tu tak mampu nak puasa penuh…tinggal 7 hari…sebab masa azuin tu saya msih lagi dalam Trimester Pertama…kali ni pulak dalam Trimester Kedua…lebih rasa segar la sebab dalam trimester ni selalunya memang perasaan yang agak selesa sikit berbanding yang pertama dan ketiga…Minggu ni saya dah 20 minggu…baru separuh perjalanan….ada baki lagi 20 minggu…

Tahun ni saya nak berpuasa penuh…macam tahun 2011..ye, masa tu saya dapat puasa penuh sebab susukan azuin dan pada masa yang sama ‘kawan baik’ saya memang datang lambat selepas bersalin…

Ahad lepas, ada gotong-royong pacakkan pelita kat depan setiap rumah…cantik je nampak…tapi tak nyalakan pun lagi..nanti boleh la nyalakan…meriah sikit rasa…Baru rasa suasana berpuasa dan meriahnya duduk kat rumah baru!!


Semoga Ramadhan kali ni memberi keberkatan kepada kami sekeluarga dan seluruh umat islam di muka bumi ini!!....

Friday, August 17, 2012

Balik Kampung

JUMAAT (16 OGOS 2012)
Alhamdulillah..kami selamat sampai ke destinasi tadi....

Kami keluar rumah dalam pukul 3 pagi....sahur dulu kat KL sebab takut jem kat highway pulak dan R&R penuh...jadi, sahur siap-siap...senang sikit......
sahur kat Pelita, sebelah KLCC.....motif:sebab teringin nak bersahur lagi kat Pelita..padahal baru je bersahur kat sini minggu lepas..apakah??...haha..sempat kami tangkap gambar lagi..maklumlah,noly kan tumpang kami, jadi kena jadi tukang tangkap gambar la....

Lepas makan, dalam pukul 4 pagi macam tu baru gerak balik Perak.....Alhamdulillah perjalanan lancar di lebuhraya PLUS walaupun kereta banyak...Singgah sekejap kat R&R Tapah solat Subuh......

Dah sampai Jelapang baru sangkut jem....dari naik bukit tu sampai la R&R Sungai Perak...ada kemalangan...tu yang jem tu....tapi ok la sebab dah nak dekat kan...jem pun tak la teruk sangat....tak panas lagi sebab awal pagi lagi....

stuck dalam terowong....

jem lagi lepas terowong...

lepas tu dengar pulak berita bagitau jem juak dari Bukit Gantang sampai Bukit Merah.....kami terus buat Keputusan keluar Kuala Kangsar dan ikut jalan biasa je...bawak kereta pun relax je..

Nasib baik sepanjang perjalanan kami, auin tidur dengan lena....mengantuk sangat princess ni...
sedapnya princess tido
anak mama ni...

Alhamdulillah kami selamat sampai ke destinasi dalam pukul 9 pagi macam tu..perjalanan kami dalam 5 jam jugak sebab banyak kali berhenti,jem dan bawak kereta pun ala-ala relax je....






Yummy Thai Buffet Steamboat

Iftar terakhir kami kat luar dengan kawan-kawan office lama mr may kat Yummy Thai Steamboat, Bandar Seri Permaisuri...Masa ni la dapat berjumpa dengan diorang semua...agak lama tak jumpa...seronok dapat berkumpul ramai-ramai macam ni....

Yummy Restaurant ni kami pilih sebab nak cuba makan steamboat kat situ...lagipun hari-hari dok nampak restoran ni.....dekat je dengan rumah kitorang ni....nak parking pun senang...mungkin sebab kedudukan kedai ni ke hujung sikit...tu yang banyak parking lot lagi....


Makanan ok la...sebab saya sebenarnya tak berapa sangat steamboat ni..sekadar nak rasa jela....boleh tahan la...harga buffet pun boleh la RM25 seorang...berbaloi la jugak sebab kitorang memang lepak lama kat sini....ada ais kacang gak [kena buat sendiri] & ice cream jugak...yang susah cuma tak ada tempat nak solat je...so, kena p solat kat Masjid Al-Najihin la....tu yang paling dekat...sementara diorang p solat, saya bersembang la dengan Ooi...[saya bercuti haritu..hehe]......lepas solat sambung makan lagi..nak kata makan banyak tak jugak..cuma banyak berborak la....
 
with my princess...kami semua 7 orang....kami orang yang pertama sampai...
sementara tunggu yang lain....
spot him!!! mr may ambil makanan dulu...
 
boleh makan dah!!
 
mr may & Ooi
dengan aunty izzaty...
kusyuk aunty izzati & husband makan....husband izzati ni macam muka Felix Agus...
 
kabur pulak gambar Azizul & wife (Munira)...tak ambil pun gambar anak diorang yang cute tu...nama Auni Marsya....baru 4 bulan...(suka tengok baby ni....nak baby lagi jugak la!!)

Jadi, sesiapa nak cuba makan sini boleh la datang...bukan steamboat je ada...makanan lain yang ala-ala thai pun ada....Kami pun nak datang sini lagi...nak cuba menu lain pulak!!

Yummy Thai Buffet Steamboat

No. 109, Jalan Dwitasik 1, Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras , Kuala Lumpur 56000