Windows 8 telah tiba di Malaysia secara rasminya. Kini anda boleh mengemas kini ke Sistem Operasi komputer terbaru ini hanya bermula serendah RM50 sahaja. Platform Windows terbaru ini merangkumi PC Desktop, komputer riba dan yang terkini komputer tablet. Windows 8 diperkatakan telah mengubah platform ekosistem sistem operasinya yang terdahulu di mana ia adalah "hybrid" antara platform perkomputeran yang berbeza dan tidak terhad pada satu perkakasan komputer sahaja. Sistem operasinya adalah seragam dan mudah untuk diakses tidak kiralah jika anda menggunakan PC Desktop, komputer riba mahupun tablet.
Microsoft telah membangunkan Windows 8 dengan bertujuan memberikan pengalaman perkomputeran yang berbeza di mana User Interface a.k.a antara muka Windows dalam bentuk live tiles metro (minimalist) diperkenalkan. Ia bagi memudahkan pengguna pada pelbagai peringkat umur untuk mencapai sesuatu aplikasi Windows dan langkah tersebut telah mendapat makluman positif pengguna. Kini Microsoft begitu komited untuk memasuki era dunia perkomputeran sentuh sepenuhnya dan tidak ia juga turut merangkumi peranti bergerak seperti telefon pintar dengan memperkenalkan platform Windows Phone 8 dengan kerjasama syarikat-syarikat gergasi pengeluar telefon dunia, Nokia & juga HTC. Microsoft juga turut menghasilkan tabletnya sendiri menerusi tablet yang dikenali sebagai
Surface. Ini secara tak langsung membolehkan Micrososft bersaing secara sihat dengan gergasi Perkomputeran dunia kini Apple dan juga Google.
Aplikasi siap-bina (built-in) yang didatangkan terus dalam sistem operasi Windows 8 seperti Xbox SmartGlass, Skype, perkhidmatan komputer awan (cloud) menerusi SkyDrive dan penstriman Muzik Xbox telah memberikan kemudahan kepada samada pengguna sedia ada ataupun pengguna baru Windows. Jika Apple mempunyai kedai Aplikasi secara dalam talian menerusi
Apps Store dan juga Google menerusi
Google Play Store, kini Microsoft juga ada kedai aplikasi dalam talian sendiri menerusi
Windows Store walaupun agak terlewat untuk Microsoft untuk membangunkannya. Mudah kata tepuk dada, tanya selera masing-masing. Kini pilihan peranti komputer tidak seperti dulu yang hanya didominasi oleh Syarikat Micrsosoft sahaja.