19 May 2014

air mata...

salam,

sabtu lepas, rumah maktok ada buat kenduri arwah. ramai anak-anak dan cucu-cucu yang balik.
tu la, semasa aku duduk temankan maktok, aku teringat-ingat arwah tokwan. bagaimana life aku waktu dulu, sebabnya aku ni waktu kecil dulu dibela mereka.

happy sangat. bahagia sangat. gembira sangat. rasa amat-amat disayangi sangat. malah, bila aku berjauhan daripada mereka, dalam tidur pun aku tak henti sedu-sedan menangis.

aku hanya mampu guna lengan baju untuk seka air mata aku..



aku rindukan arwah tokwan. maktok pun dah penat sangat sekarang ni.
aku nak baring kat paha tokwan dan rasa tokwan letak tangan kat pipi aku dan pujuk aku.

life aku selepas itu adalah penuh dengan...

sebab itu aku bersungguh-sungguh ingin bina keluarga yang penuh bahagia. aku mahu jadi macam mereka, yang membahagiakan orang-orang yang disayangi. aku sendiri mahu bahagia bersama mereka yang aku sayangi.


Allah, berikanlah aku keredhaanMu dan kurniakanlah cita-cita aku
*menangis*

No comments:

Post a Comment