nikmat dunia itu adalah makan puas-puas.
nasi 1.5 pinggan, ubi kentang, terung, telur mata.
RM5.80 saja.
Puas hati kenyangnya.
bukan senang nak mampu makan semewah begini.
25 April 2018
nikmat dunia itu apa?
luahan sekejap..
tak nak paksa semua orang fahami diri ini
tapi tentunya dalam hati ini ada mengharap semua orang memahami
susahnya diri
semaknya diri
sakitnya diri
memang rasa malu bila meminta-minta
tapi apakan daya...
30 March 2015
buat essay lah!
salam,
my points on our economy are;
1. industries produce the quantity volume and set the price based on an estimate of how many they can sell, so that they can make a profit.
2. due to unemployment and stagnant economy, the number of goods they can sell gets lesser. to compensate and get the same previous profit level, the price is raised. and lesser people can afford to buy the goods at the new price. later, still out to get the same previous profit level, the goods price is increased again. hence, the economic spiral of death has commenced.
3. basically, a good economy relies on having many people with spending power. many as in MANY.
it is better to have 10 million people with MYR 30 thousand income per year, equivalent to MYR 300 billion worth of spending power per year circulating in the economy 100% buying things for 10 million people. everyone buys what they want using their own money.
as compared to having only 2 million people with MYR 30 thousand income per year, 1 million people with MYR 50 thousand income per year and 1 million people with MYR 100 thousand income per year. that is 210 billion worth of spending power per year to buy things for 4 million people only. worse, the remaining 6 million people cant buy anything and will siphon a significant amount from the 210 billion away in terms of charity or donations. in Malaysia, this is what the situation is. adding salt to the wound is the billions of MYR paid to immigrant workers who WILL NOT spend it in our economy but remit it back to their home country who will then reap the benefits originally sown in Malaysia. Ironic?
how does all above relate to each other? because of 3., with the Malaysian situation of 4 million people with middle-to-high income supporting the remaining poor or unemployed 6 million, there are less number of products being purchased and gets lesser every year.
so, in 1., the industries produce lesser quantity in anticipation of lesser sale.
then, 2. kicks in because the industries want to increase or at least maintain their profit rate despite lesser quantity being sold every year. thus, Malaysia is pricing itself upwards to its death.
what is my solution then?
we should go back to being a labour-intensive industrial country.
why?
a skills or technology-intensive industrial country reduces the need for labour in favour of specialised skills, resulting in low or none-educated people being marginalised due to unemployment, leading to 3. above.
it is good to have 10 million people in the country all working, instead of 4 million people working and having to support the other 6 million people not working.
it is better to have 10 million people earning a mixed-level of low, medium and high income per year, instead of only 4 million people having a high income but unable to spend it all as they need to support 6 million families, relatives and friends who are unable to work.
it is best if all 10 million people who are working then also exercises their spending power within the economy, so that the industries can produce high volume of goods every year.
so that instead of 4 million, there are 10 million income earners with a spending power of MYR 300 billion per year buying for 10 million people and their families.
so that instead of producing a quantity for 4 million buyers, the industries are producing a quantity, at a lower selling price, for 10 million buyers who will provide the same profit level due to the higher sale volume as the denominator.
so that instead of getting lesser and lesser, the economy is guaranteed of a minimum MYR 300 billion spending power per year and the industries can sell more goods at lower cost due to achieving the economy of scale.
what do u think?
22 November 2014
ajal itu pasti
salam,
sejak isnin aku sakit kepala yang acute, terutamanya di bahagian dahi, atas mata dan ubun-ubun. sakit sampai muntah-muntah. tidur banyak mana pun tak menjadi.
dah la badan aku sejuk. sejuk menggigil. tidur malam sampai berselimut walau pun dah pakai seluar-baju tebal. waktu siang pun sejuk melampau kat pejabat. walhal ipoh ni dah berapa minggu tak hujan.
dah nak mati kot. ajal itu pasti, kan...
jika ya..
aku mohon maaf atas segala salah silap aku. aku mohon halalkan segala hutang.
samada secara aku sedar atau tak tentang adanya salah dan hutang.
sesungguhnya aku manusia yang tak sempurna. meski aku mencuba yang terbaik, ianya tak akan pernah cukup/sempurna.
*sebenarnya aku takut dan tak mau mati. aku belum bersedia lagi. berdoalah, berusahalah, berserahlah dan terimalah Faizul, jika itu takdir-Nya*
20 November 2014
.rezeki.
15 November 2014
amanah ni...
29 July 2014
selamat hari raya & maaf zahir batin
19 May 2014
air mata...
14 April 2014
blissful :)
04 April 2014
lupa ke?
01 April 2014
alhamdulillah
23 March 2014
diari baru
20 March 2014
which one?
16 March 2014
apakah?
mungkin kerana aku ini rendah statusnya berbanding mereka, kan?
15 March 2014
lamanya...
salam,
lamanya tak jengok kat sini.
kenapa la malas sangat aku ni... selalu je tangguhkan usaha.
i really need to make an effort.
my life is changing very soon!
31 October 2013
words from today
salam,
tadi aku terfikirkan sesuatu.
those who know a lot, talk little
those who know a little, talk a lot
sebab tu lah banyak perkara tak jalan... no action, talks only
oh well, those who matter, dont mind.
those who mind, dont matter :)
16 July 2013
kemurungan :')
salam,
u see me smile everyday
i'm hiding words so painful to say
all of u think i'm blessed
u don't know my head is a mess
who i really am, u don't know
what I've been through, u'll never know
all these scars on my face
tell the stories of no solace
and nothing means anything
because i'm tired of living...
14 July 2013
element :')
salam,
bukalah mata mu
berpalinglah dari ku
buang semua mimpi mu
jujur lah pada hati
pergi pada yang menanti
kerana aku bukan orang suci...
i'm just a Fallen.
anak buangan Tuhan.
24 May 2013
1 imbasan?
23 May 2013
berpasangan..
janganlah cari yang tiada kekurangan diri,
carilah yang sudi terima kekurangan diri.
kerana itu i choose to see someone's good and close one eye to the failings. and hope the person will do the same to me.
nobody is perfect. dalam two person's imperfectnesses, mereka saling lengkap-melengkapi menjadi satu pasangan yang sempurna.
itulah hikmat Allah menjadikan manusia itu fitrahnya harus berpasangan. itulah nikmat dianugerahkan Allah. dan siapakah kita untuk menafikan hakikat ini? bak kata-Nya dalam surah ar-Rahman ayat 13; "maka yang mana satu diantara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"
22 May 2013
aduhhh
sakitnya amat tak tertahan,
deritanya amat tak tertanggung,
ku hanya ada sabar dan iman,
ku cari redha dari Yang Agung.
20 May 2013
wahai seseorang :'{
02 May 2013
yang benar
apabila aku hanya mampu berkali-kali ulang perkara yang sama, itu ialah kerana aku berkata yang benar. aku tak mau menipu sesiapa.
jika aku ingin menipu, pasti aku akan sediakan 1001 cerita dongeng untuk tujuan ini.
aku mohon fahamilah aku :'l
23 April 2013
luahan hati..
02 April 2013
padan muka!
hari ni aku muntah lagi. kepala aku masih pening sejak pagi isnin. tekanan darah aku 140/90 berbanding 135/85 malam tadi. ini hukuman tuhan ke atas aku la ni... padan muka aku yang hina keji jijik kotor jahat ni. patutnya aku mati je tak payah susahkan sesiapa lagi.
01 April 2013
anak buangan tuhan
apa salah aku. aku tak mengerti kenapa segala apa aku buat itu salah. ok aku akan cuba belajar dari salah aku. janganlah putar-belitkan salah aku menjadi salah yang aku tak buat. janganlah ungkit kisah lama yang tak semuanya benar. janganlah tuduh aku dengan segala apa yang bukan diri aku kini. aku hanya diam tak berdaya lagi nak perbetulkan semua ini. malah sifat dan personaliti aku ini juga bersalah. ya, aku sedar aku patut bercermin diri. aku tau aku ini anak buangan tuhan. maka sesuai aku ini jadi anak buangan kamu semua juga. aku kan kotor hina jijik keji jahat teruk... aku terima semuanya.
aku bukan manusia sempurna seperti kamu.
18 February 2013
permulaan baru
hari ni aku mulakan kerja di tempat baru. permulaan baru yang aku harap akan bawa perubahan baik dalam hidup aku. doakan untuk aku ye...
14 November 2012
*nangis*
sudah lama aku abaikan blog ini. aku tak ada semangat nak taip apa pun. takpe la, sama je, aku abaikan fb, twitter dan mw jugak. aku sangat kecewa. kenapa nasib aku ni teruk sangat. amat sakit aku tanggung seorang.
08 June 2012
bila merantau...
sekarang ni aku sering bertugas di perantauan. ala, bukan jauh-jauh macam dulu. kat KL je hahaha. dan bukan sampai berminggu-minggu macam dulu pun... tapi aku suka. sebab kali ni aku bertugas kat site. kenapa best? sebab aku dapat betemu ramai yang kebanyakannya berpendapatan rendah. melayu, kadazan, jawa, kerinchi, india, cina, bajau, burma, etc.
aku bekerja bersama diorang dari pagi hingga ke malam. macam-macam pengalaman aku bersama diorang...
* kalau takde lori yang lalu supaya kitorang boleh tumpang, terpaksa la menapak sejauh 1km panjat/turun bukit untuk masuk/keluar dari site... sambil berjaga-jaga tak dikejar kera hahaha.
* atas stockpile batu/pasir yang basah dan kotor, duduk atau baring terbongkang lepaskan lelah.
* bawah terik mentari, depan warung plywood tepi kabin pekerja, kitorang kena tunggu giliran untuk beli lauk nasi, kangkung rebus dan ikan goreng (makan dengan sambal; sedapnya!) yang dimasak Kakak (wanita indon, isteri pekerja indon di situ). oh ya, para pekerja burma tak beli makanan. diorang masak nasi sendiri. lauk pun, cuma sayuran/dedaunan saja :'|
* dekat waktu maghrib, kitorang dah bersiap berkerusikan tanah dan berbumbungkan langit sambil menanti keindahan matahari terbenam berlatar-belakangkan KL.
* dan malamnya, apabila kerja semakin berkurangan, makin ramai datang berkumpul depan kabin. bersembang sesama sendiri. makan dan minum bersama. dengan penuh asyik, kitorang dibuai muzik pelbagai bahasa dan rentak. nyanyian sumbang para pekerja pun turut hiburkan kitorang :)
inilah sedikit cerita kegiatan aku bersama diorang sepanjang minggu. kisah hidup diorang? pengalaman diorang? topik sembang diorang? amat panjang untuk aku ceritakan. tak adil untuk aku cuba ceritakan dalam post blog yang pendek...
kesimpulannya, aku sedih dengan kisah hidup dan pengalaman diorang. aku insaf bila aku bandingkan diri aku dengan diorang. tapi aku kagum dengan semangat diorang. aku terharu dengan kebahagiaan diorang yang tulen walaupun dalam kehidupan yang sempit. dan, aku hargai segala nasihat dan panduan yang mereka tak lokek nak kongsikan dengan aku.
setiap hari, selepas waktu kerja, aku menapak ke bawah bukit dalam kegelapan malam dan aku akan rasa sebak. air mata aku tulus jatuh tak mahu tinggalkan site dan kembali ke hotel mewah aku. aku mahu kekal bersama diorang supaya aku sentiasa dalam keinsafan. supaya aku sentiasa mengingati Tuhan...
aku jugak mendapat ketenangan kat masjid berdekatan site tu. biasanya semasa aku solat jamak qasar zohor-asar dan maghrib-isyak. selepas solat, aku akan duduk/baring rehat sambil bertafakur. kini aku fahami kenapa ada antara umat islam yang sengaja merantau dan berkelana di masjid-masjid. ketenangan, keinsafan, perasaan nyaman bertafakur dalam rumah Allah itu langsung tidak sama berbanding dengan di mukim sendiri. aku jugak rasa selamat dalam rumah Allah, bagaikan aku ini sentiasa ada pelindung yang menjaga.
korang, aku tak pandai bermain kata-kata. sebab tu, mungkin korang tak dapat fahami kisah aku tulis kat blog ni. kalau la aku mampu, aku pun nak korang habiskan 1 minggu hidup sebegini, supaya korang dapat rasakan apa yang aku rasa.
ianya amat amat amat menyentuh hati dan membuka mata...
mungkin post aku kali ni hampir sama mesejnya seperti yang ini --> bersyukurlah.. tak apa lah. apa salahnya, kan?
nota:
Kakak, terimakasih atas teguran dan nasihat kakak. benar, saya seharusnya pikirin banyak terlebih dahulu sebelum nekad buat keputusan. Ga usah terburu-buru, kan?
siapa sangka, kakak seorang tukang masak yang punyai kelulusan ijazah sarjana muda di universitas indonesia sana, kan? semoga Kakak dan suami berjaya menabung dan pulang hidup bahagia bersama anak-anak ya. Jangan lupa apa yang saya pesan, IDD 132 00 melalui maxis prepaid ya!
01 June 2012
adu pada siapa?
kadang-kadang, aku juga perlukan tempat untuk aku luahkan rasa hati aku. curhat, kan? aku adalah seorang manusia biasa yang tidak sunyi dari rasa rendah diri, ragu-ragu dan takut.
tapi, curhat kepada siapa?
mungkin kerana dalam dunia nyata tu aku tampak kuat + rajin selesaikan masalah kengkawan + sentiasa ada jawapan untuk apa-apa situasi/kerunsingan + pendengar yang baik? sepertinya aku ini tiada masalah. kalau ada masalah pun, ianya tak mampu gugat aku. itulah imej aku dalam minda mereka.
jadi aku tiada tempat mengadu.
kerana bila aku mengadu, mereka tidak percaya dengan apa yang aku katakan. malah, tidak mahu ambil tahu. kerana mereka tidak mahu percaya aku ini 'lemah' seperti mereka. malah, ada yang kata aku ini bersifat seperti budak kecil bila mau mengadu pasal itu-ini. oh, mereka boleh, tapi kalau aku, tak boleh?
mereka mahu aku wujud seperti imej yang mereka bayangkan tentang aku.
sedangkan, aku hanya manusia biasa...
27 May 2012
bersyukurlah..
hari tu, aku makan dengan kawan aku. bawak dia makan kat kedai ayam penyek satu ni. dia kepingin sangat nak makan ayam penyek, dah lama dia tak makan... rindu katanya. masa makan tu, punya la dia suka hati sangat. dia kata, dah hampir 2 tahun dia di malaysia, ni lah pengalaman makan yang paling sedap. tak henti-henti dia puji sambal ayam penyek dan bakso kat kedai tu.
jujurnya, aku terharu tengok dia bahagia sangat masa makan tu.
tapi, sambil makan tu, dia ada sebut satu perkara yang amat menyentuh hati. dia kata, kalau di kampung dia di indonesia sana, belum tentu keluarga dia dapat makan ayam penyek. dalam seminggu, makanan ruji diorang ialah nasi dan pucuk ubi. daging samada ayam, lembu atau ikan... jarang sekali. ni sambil makan ni pun, dia kata dia terbayang-bayangkan keluarga dia... ntah apa la keluarga dia sedang makan untuk malam ni. rasa bersalah pun ada, sebab dia sedang makan makanan yang enak sedangkan keluarga dia...
berubah jap muka dia, memang jelas dia bersedih.
tersentuh hati aku. ketika itu, rasa insaf memang tajam menusuk kalbu aku. rasa nak menangis bertaubat pun ada. rasa bersyukur pun ada. rasa malu dengan sifat kiasu aku pun ada.
kesian kan, sampai begitu sekali susahnya hidup mereka di sana.
mungkin korang tak ambil peduli sangat dan cuma buat penilaian berdasarkan apa yang kita baca dalam media tentang kejahatan, kemalasan dan disiplin diorang. tapi aku kenal dan berkawan dengan diorang. dan aku tak rasakan ada beza antara diorang dengan kita. kita pun sama, ada yang baik, ada yang buruk. kenapa perlu bezakan darjat?
eh, dah lari dari topik lak...
bersyukurlah dengan apa yang kita ada kat malaysia ni.
dan kalau boleh,
buatkan rasa kesyukuran itu jadi realiti dengan berkongsi sedikit rezeki korang tu dengan mereka yang kurang mampu... kasihanilah mereka. sedikit kebahagiaan yang kita beri, amat besar maknanya pada mereka.
23 May 2012
tingkap rumah aku :-)
dah lama aku tak jenguk blog ni. rasanya sepanjang hayat blog ni, ni la tempoh paling lama tak berjenguk. hehe sori la, aku tak sempat la nak layan blogging buat masa ni. sibuk sangat dengan urusan kerja, urusan dunia dan urusan hati.
aku perasan yang aku suka ber-blogging ni bila aku dalam keadaan jiwa kacau saja. banyak benor ilham yang datang masa tu. mmm risau gak aku, takkan semedang 24 jam je aku ni dalam keadaan jiwa kacau kan. mau jadi mental breakdown nanti dibuatnya. tapi, korang jangan la takut dengan aku dan ingat aku ni psycho ke, mereng ke, sesat ke, apa-apa ntah apa lagi lah hahahahahahaha...
tapi apa pun, korang ada hak untuk menilai aku berdasarkan apa korang baca kat blog ni. samada penilaian korang betul atau tak, nasib korang la kan.
kalau tanya pada aku sendiri, apa yang aku akan jawab ialah blog ni seperti tingkap ke dalam diri aku. jelas, kan? seperti tingkap sebuah rumah, bila korang jenguk ke dalam rumah melalui tingkap tu, apa yang korang nampak cuma terhad kepada ruang yang diberikan oleh tingkap tu. korang tak akan nampak sepenuhnya.
ada yang akan kata, personaliti aku kat email, pejabat, rumah, blog, skype, ym, msn, facebook, forum, geng ni, kumpulan tu, etc etc etc sepertinya ada kelainan. apa yang kelirunya, kalau korang anggap semua itu tingkap rumah personaliti aku?
ini bukan bermakna aku ni bermuka-muka. salah sama sekali. fikir sajalah situasi kehidupan kita semua. semasa di pejabat aku bersikap rasmi dan professional sebab aku membawa tanggungjawab sebagai seorang ketua jabatan, manager senior dan akauntan bertauliah. kalau tengah lepak bersama kawan-kawan sekolah, takkan aku bergaya penuh kontrol macho sedangkan kami dulu penuh dengan sejarah perangai gila-gila sesama kami. dalam forum yang topiknya serius, aku haruslah berinteraksi secara ilmiah dan penuh dengan fakta/hujah, kan? ada beza aku dengan korang?
blog ni? ianya satu tingkap ke bilik dalam sebuah rumah yang mana bilik tu jadi tempat aku merepek dan luahkan apa saja dalam diri aku.
11 February 2012
*nangis*
lepas terjaga ni, tak boleh tidur la pulak. panas sangat. otak pun tetiba aktif. dah macam movie player pulak, dok mainkan balik adegan-adegan lama dalam hidup aku sambil sekali-sekala disisipkan pulak adegan tambahan "what if?" aku tak tamatkan adegan itu seperti sejarah asal tapi aku buat perkara lain?
haizzz
never regret because at one time it was exactly what you wanted... :'|
*nangis*
04 February 2012
aku?
blog aku tiada apa-apa.
tiada unsur keagamaan, nasihat dan kisah tauladan.
tiada pendapat bernas, pedas dan mengulas isu semasa.
tiada laporan aktiviti seharian, hobi dan gadgets.
melalut semata-mata.
curhat sesuka hati.
mencerminkan kemanusiaan aku pada saat aku menulis.
tidak matang?
tak nampak hala-tuju?
tiada pendirian?
hanya berdasarkan blog entries aku selama ini;
cukupkah memahami aku?
mampukah mengenal aku?
adilkah menghukum aku?
02 February 2012
motivasi :)
sudah jauh ku berjalan
sudah selalu ku tersungkur
tetap bangkit tuju ke depan
tetap senyum dan bersyukur
30 January 2012
2 perkara!
korang suka mengata aku macam-macam, kan? dan aku tau, 2 perkara ni yang sering korang katakan. aku memang terasa sangat, tapi aku lebih suka diamkan saja. aku anggap ini semua ujian Tuhan.
ada kata aku sesat. hanya kerana aku berkata-kata tentang agama berdasarkan pemahaman aku? dan bukannya aku suka jatuhkan hukum tentang itu-ini. aku cuma tanya bagaimana satu hukum itu dicapai berdasarkan nas dan dalil. aku tak mau jadi burung kakaktua. aku mahu fahami dan kemudian, boleh aku ajarkan/sampaikan ilmu kepada yang lain. salah ke?
oh ye, tidak korang terfikir bagaimana aku fahaminya? sudah tentu melalui bacaan, kajian dan carian ilmu dari segala sumber, termasuklah mengaji dengan para guru. aku takkan ikut resmi tin kosong, bercakap tanpa ada isi.
aku ikut resmi padi. makin berisi, makin menunduk.
makin berisi; membawak makna aku sentiasa belajar. sentiasa isikan diri aku dengan ilmu. kenapa? kerana apa aku fahami hari ni, tak semestinya betul atau diboleh-pakai pada kemudian hari. tanpa pembelajaran berterusan, bagaimana aku akan tahu dan perbetulkan kesalahan aku?
makin menunduk; membawak makna aku manusia biasa. aku mesti ingatkan diri bahawa kalau aku takbur dan yakin aku sentiasa betul, pembelajaran aku telah terhenti. sedangkan aku tak maksum, semestinya ada salah-silap.
bila aku menunduk, aku diingatkan kekurangan aku. ini buatkan aku terus mencari ilmu dan kesannya, aku makin berisi. salah ke?
ada kata aku lalang. hanya kerana aku diam, lebih suka bersetuju dan tidak melawan? salah ke? aku tak suka tonjolkan diri. aku suka dengar dan tapis sendiri kata-kata orang. aku tak mudah terpengaruh ye.
aku hanya bersetuju dengan perkara yang benar. dan, aku takkan mengelak dari menidakkan perkara yang salah. cuma cara aku pasif. kenapa perlu aku bertempik dabik dada berkokok gegarkan dunia semata-mata nak tunjukkan aku ni melawan?
sedarlah, memang lalang tu tampak berbuai ke kiri ke kanan ditiup angin, tetapi bila cuba digenggam atau dipijak, rasakan ketajaman daunnya!
aku tunduk tapi tak menyembah
aku diam tapi tak menyerah
aku akur tapi tak mengalah
aku lembut tapi tak lemah
aku senang tapi tak mudah
27 January 2012
laut biru II
dulu, semasa aku duduk tepi pantai merenung laut, aku rasa damai dan tenang. kini, hampir setahun berlalu, aku rasa nak ke laut kembali. aku nak bersama dengan laut. aku nakkan ketenangan laut itu bersatu dengan aku.
laut, aku jua sepertimu.
dalam tenang, ada kegeloraan
dalam gelora, ada ketenangan
aku bersyukur. memang aku nampak tenang dan sentiasa happy. seperti laut, segala gelora masalah aku tersembunyi di bawah permukaan yang tenang. dan aku juga bersyukur kerana apabila kadang-kadang aku bergelora dengan segala masalah yang melanda, aku masih mampu bertenang hadapinya.
laut, aku mau selalu sepertimu.
tampak tenang biarpun dipukul arus
bisa tenang biarpun dihempas ombak
26 January 2012
ombak lara...
am i bi-polar? i dont know. is my life bi-polar? maybe. my life tends to be in the extremes. i'll be extremely happy at one time. but somehow, it wont last long. something happens. and then i'll be extremely manic-depressive. and usually, my life is full of downs with intermittent ups in between. why? i dont know.
for the past many weeks since december 2011, it was one bad news after another, like a wave. work, love, friends, family, finance, etc etc etc. there is no aspect in my life that was not hit by the wave. ombak bala? ya adoi, haruskah aku menyanyi...?
Tuhan tolong berkati hidup aku
Juga kurniakan seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak rela
Tanggung duka lara sebegini
melampau la pulak kan nyanyi ala-ala hafiz af9 kan. walaupun ada persamaan dari segi rambut maggi saya udah kembang itu.
yes, i do take time to sit still and reflect. try to rationalise. why is my life like this? where did i go wrong? what did i not do? i dont know the answer. i really dont know.
as always, i choose the easy way out, which is to blame myself. easy ma, this means karma! for sure i got do something no good last time, that is why la now i kena 9 9 de. kanasi, this one also need to break head think so much meh? mari menyanyi...
Tuhan aku tahu banyak dosaku
Hanya ingat Kamu kala dukaku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu bahagia ‘tuk hidupku
in the end, i am sad. i am down. i am depressed. when the things happen, i am affected. when i try to reflect. i am affected too. when i try to motivate myself, a new wave of bad things happen again and i am affected. so how leh? what can i do? menyanyi lagi...?
Hujan bawa air mataku
Yang mengalir membasuh lukaku
Agar Kau tahu ku tersiksa
Tanpa rahmat Mu di hidupku
kemain aku nyanyi mohon kat Tuhan tapi dalam mode meratap-ratap. mampus kena panah petir nanti hahaha...
*menangis sekejap*
ahhhh entah la. aku mengaku la aku ni tak pandai nak mengadu kat orang. samada secara lisan, bertulis (surat ke, email ke, sms ke, blog ke, fb ke). memang semak otak aku ni, memang sebak hati aku ni... tapi nak tak nak, aku kena la tanggung kan. anak jantan, kena la ada bran nak melawan. bila jatuh, tak boleh terbaring selamanya. untuk apa jadi haiwan melata di bumi.
harus bangkit dan berlari ke langit!
entah la, tak mau merapu dah dah dah dah (eh ada gema lak dalam blog ni). ok, pergi menangis sekejap, bye.
nota off-topic:
haruskah aku ikut cakap adik aku dan masuk keluarga dia jadi cina? mungkin aku tak akan jadi mangsa prejudis lagi selepas itu?
07 December 2011
of mice and men?
yesterday:
4pm - hmmm today i will go home sharp at 5pm. catch a quick nap and later after finishing some housework, i'll sleep early tonite. tidur puas-puas, yahoo!
4.30pm - an sms came in... "faizul, can you help send the laptop to my house?". aiseh.
4.44pm - alamak, i forget i promised to pay someone's phone bill. aisehh.
4.55pm - "faizul, can i come over now to discuss some matters with you?". damn!
finished the discussion at 6pm. went to tesco to settle the bill. "sori boss, network down, cannot process any payment". adoi, adoi. rushed to celcom and paid there. rushed to my friend's house to deliver the laptop. rushed home around 7.20pm.
7.20pm, nevermind, i still have time to finish my housework and sleep early. yeahhh :)
8.15pm - "bro, we just reached ipoh and checking in to the hotel soon. after that, let's hang out, c'mon!". hahaha maybe God didnt want me to sleep early tonite. oh well, i can still look forward to the usual hours of sleep.
3.06am - updating my facebook status, it's 3.06am and i am still in baliz with james and vyn having a good time hahahahahahaha... <---truthfully, this laughter is open to interpretation. it could mean i am having fun or it could mean i am laughing at myself after seeing how things turned out, compared to my earlier plan at 4pm :P
3.45am - on the bed. looks like tak cukup tidur lagi lah malam ini *cry*
as per in Robert Burns' poem titled To a Mouse;
But, Mousie, thou art no thy lane [you aren't alone], In proving foresight may be vain, The best laid schemes o' mice an' men, Gang aft a-gley, [often go awry], An' lea'e us nought but grief an' pain, For promised joy.
02 December 2011
ombak rindu T-T
apa la nasib, boleh pulak sanggup ikut kengkawan pergi layan ombak rindu. memula cadangnya nak tarik diri atau burn-kan aje tiket tu. tapi kenangkan suka kat maya karin versi wanita melayu sopan (tentunya Che Nin cerita Kak Limah la tetap wanita melayu sopan no. 1 okeh), aku pergi jugak la. perancangan aku ialah usha maya karin berlakon dan sambil tu, curi-curi tidur.
nak jadi cerita la, bila masuk je panggung, alamakkk sejuk yang amat! cemana nak tidur kan. terpaksa la layan cerita ni.
reviewnya:
1) cerita leleh melayu yang tipikal. leleh, leleh, leleh, leleh, leleh, lelehhh dan lelehhhhhhh. lelah la aku layan cerita melayu camni. ni la buatkan aku teringat balik kenapa sepanjang 36 tahun hidup aku, aku boleh bilang dengan jari je, berapa kali aku tengok cerita melayu kat panggung.
2) lakonan mantap aaron aziz, maya karin, lisa surihani dan bront palare jadi faktor penyelamat. malah aku rasa watak bront palare tu tak cukup la. entah kenapa aku lebih suka dan mampu ingat adegan-adegan bront palare berbanding adegan lain.
3) ada satu petikan lagu ni.. apa ntah.. "oh tuhan, tolongilah aku lembutkan hati dia" kot.. diulang tak henti-henti dari mula sampai habis. kedekut duit sangat ke nak upah orang buat 2-3 lagu yang best? dah la ni lagu background untuk scene leleh. aku rasa >10 kali la. jadi bila dengar je petikan lagu ni, aku tau dah, mesti scene leleh bakal menyusul. lelahhhhhhh la... mintak oksigen, please!
4) sila abaikan segala faktor logikal ke apa ke bila tengok cerita camni. ni kan cerita wayang, memang la banyak perkara tak logik yang ada pasal nak cun-kan cerita.
kesimpulannya,
kalau memang layan cerita melayu selama ni, sila la tengok. mesti terhibur. bawak la tisu 3-4 peket ye.
kalau minat mana-mana pelakon dalam cerita ni, sila la tengok. mesti terhibur. memang mantap.
kalau terpaksa akur layan kehendak awek yang ajak tengok apa-apa movie, sila la tengok. mesti terhibur. boleh sentiasa berpegangan tangan dari awal cerita sampai habis.
kepada yang lenlain, tak yah la tengok, nanti nyesal.
30 November 2011
zikir munajat
korang pernah dengar tentang zikir munajat, tak? mesti la pernah kan. kat astro oasis pun ada gak. aku pun sekarang ni ada amalkan jugak, bila ada kesempatan.
bagus sangat tau. amalan zikir ni... memula nak buat tu, memang macam susah, berat, malas, leceh dan ntahapehape lagi lah alasan. tapi pelan-pelan, ok tau. mulanya, hati yang berkecamuk tu jadi makin tenang. dari segi tindakan dan reaksi, kita lebih cool. takde nak kalut, kelam-kabut atau terkejar-kejar dah. lama-lama, kita macam sebati dengan zikir tu. tak payah kita nak fokus cari tempat, masa dan peluang untuk duduk dan baca. secara automatik, zikir tu bergema dalam hati kita.
dan kengkadang bila tengah berzikir sambil bermuhasabah diri tu, ada la yang menangis teresak-esak. macam cerita sorang tu, dia dapat petanda (mimpi) dibangkitkan masa kiamat dengan wajah babi (tu sebab tak jaga solat la tu). mau tak insaf? bah kalau kau?
ada jugak orang kata, nur kat muka pun makin terpancar. malah, kalau yang dah terbukak hijabnya tu tengok kita, dia cuma nampak cahaya putih bersinar-sinar. terlindunglah kita dari segala anasir hitam yang nak mengganggu. ye la, zikir ni kan untuk Dia. dengan izin-Nya, zikir tu ialah kuasa-Nya diturunkan pada kita. jadi, apa anasir hitam yang mampu lawan? ni kata diorang lah :)
yang penting, marilah kita ambil peluang untuk dekat kepada-Nya.
24 November 2011
are you going away, friend?
this thing is affecting me and i have no where else to turn to :'(
when i grew up alone, it was so painful. how painful? this is a story for another day, perhaps?
then, i met some friends. and i thought that we will be friends forever. rain or shine, through thick and thin, in happiness or sadness, come wealth or hardship...
yet as i grow older, i realised that friends do come and go. friends leave. no matter how close you were before or how strong the bond was, there will always come a time when the friendship reaches the end. and even if your friends come back, things will never be the same no mattter how much effort everyone puts in.
to be fair, i have accepted this fact, because this is the reality. it is sad but the world is like this and nothing much can be done to change it. no good thing can last forever :)
nevertheless, i am happy to have been given the chance to experience the joys of being their friend even if for a short time. my life is full of happy moments shared together with them and these will be sweet memories i can treasure and remember, to cheer me up when i am down or unhappy.
i will miss you all, my friends :')
23 November 2011
21 November 2011
sad?
that day, got one friend scold me. he say 80% of people in the world always look sad and want pity from friend. but these people not know that many dun want to friend with sad people. he say i am one of this 80% people.
i sad lor. because i got many things make me sad. then now he say this to me, i more sad lah. how leh, means must make my face look happy even if i sad?
i dun understand worrr. if i sad, i sad la. this is me, how to tipu myself. but i not show sad face to friends mah. even if people know i sad, so what. i not ask pity from them also. people also dunno why i sad. so, i got go tell people meh, before this? so, i got go ask people pity or help me or friend me? got or not? everytime also i just keep myself and settle myself, ha mai? now why say me like that? haizzz...
i am who i am, i am myself and i am what i want to do. whether for good or bad, God willing, let me do it myself in my own way. i will not be a copy of you, ok. there is no harm in sharing or discussing your ideals but please do not impose it on others.
to each, our own choices in life :)
20 November 2011
my blog :)
what i like about this blog is that not many people know about it. oh yes, my friends are connected to me through facebook, yahoo messenger, msn messenger, skype, icq, whatsapp, line, tango, viber, twitter, etc... but those are 'effortless' connections whereby everything is 'provided' to them. it doesnt help that i dont publish the link to my blog there hahaha. as such, awareness of my blog and thus, seeking it, comes only to the few :)
dont get me wrong, ya. i am not sad or angry about it. as i wrote up there, i like it. this 'privacy' gives me the freedom to write in any form, using any language, on any issue, about any person... niceeeeeee eh?
no no no, i am not badmouthing anyone, gossiping, airing someone's dirty laundry in public or worse, back-stabbing my friends. read all my previous posts here, have i done any such thing? and those who know me, you know i never do such a thing.
anyway, it is just a medium for me to express myself. my opinions, my feelings, my thoughts, my sentiments, my monologues, my ramblings, my discourses (when i am feeling intellectual? haha), my stories, bla bla bla etc etc etc... so, it is natural that sometimes, i may offend people with my words, by virtue of me writing bad things or writing things badly <--- which? you choose! :)
get it?
as a parting piece, i share with you part of my 'Privacy Policy' which is ever-present at the bottow of this page :)
i am a human, so this blog reflects my humanity.
i am a human, so my thoughts and opinions change from time to time as a consequence of having an open mind.
i am a human, so i can, and will, err.
17 November 2011
...
dah lama aku tak berikan perhatian kat blog aku ni. writer's block? depression? malas? entah le...
24 August 2011
kok ana bulan :)
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
pagi ni, aku terpanggil nak pujuk kok ana. pencetusnya ialah post kok ana kat wall FB dia. sendiri aku dapat rasakan post innocent dia bagaikan permukaan laut. nampak tenang tapi sebaliknya, amat kuat bergolak arus perasaan.
aku sebagai kawan, mesti le jaga kawan kan. apa guna jadi kawan kalau tak reti jaga kawan?
aku cuba la bagi kata-kata semangat. nasib baik tak terguna ayat-ayat gibran mueheheheee...
semasa kawan bersedih, kita tak patut kata berhenti bersedih. atau suruh lupakan kisah lalu dan move on. atau pujuk dia kononnya esok akan membawa kebahagiaan. tipu laaa, kita bukan Tuhan yang ada kuasa nak bentukkan hari seseorang atau tau masa depan dia.
fahamilah, apabila kawan bersedih, itu satu fasa dalam hidup dia. malah, itu memang sebahagian daripada profil psikologi manusia. sifat bersedih tu sendiri sebenarnya adalah satu proses penyembuhan diri secara semulajadi/alami (ewahhh, cakap indon lak aku).
kalau Tuhan tak benarkan kita bersedih, Tuhan tak akan wujudkan naluri itu dalam diri kita. Tuhan cuma tak bagi kita bersedih keterlaluan sahaja.
sedih ni, tiada ubat apa-apa pun. tipu je, kalau ada orang kata setiap sedih tu ada ubatnya. fasa sedih tu akan surut dengan sendirinya. bak kata omputeh, time will heal. berapa lama? itu bergantung kepada diri kita sendiri, dengan izin Tuhan.
sebagai kawan, aku akan cuma nasihatkan dia bersabar, cekalkan hati dan bertabahlah harungi fasa tu. bila timbul rasa sedih, menangis lah. atau mengadu kepada Tuhan. atau baca Al-Quran. atau mohon kengkawan temankan atau ceriakan diri. atau main game komputer. atau layan FB. atau update blog ngeh ngeh ngeh (font kaler pelangi)...
buatlah apa saja asalkan ianya membantu kuatkan diri untuk harungi fasa tu.
sebagai kawan, aku jugak pastikan aku akan sentiasa ada kat sebelah dia, kalau diperlukan. sepanjang masa, sampai dia dah sembuh, ok.
kena faham, kawan tu bukan suruh kita selesaikan masalah dia. atau mintak kita tanggung beban bersama dia. malah, takde niat pun dalam hati dia nak susahkan kita dalam apa jua bentuk.
biasanya, dia cuma perlukan telinga untuk mendengar atau bahu untuk jadi tempat menangis je. apa salahnya luangkan sedikit masa demi kengkawan, kan?
(nota: sila sediakan stok tisu awal-awal. dan, tolong la, pakai la tisu muka yang standard sikit. jangan la bagi kat dia tisu bulat yang ambik percuma kat jamban pejabat tu. please please please la jangan malukan kaum laki, ok).
ok ok, aku mengaku la kengkadang tu bila kawan tengah bersedih, aku pi selit jugak lawak-lawak hampeh. bukan niat aku nak persendakan dia ye. aku cuma nak tolong ceriakan dia je tauuu...
ok, itu aku ye. kalau korang, aku tak tau la camne pulak. ok bah kalau kau! (eh apsal tersesat dialek sabah lak ni).
ikut stail memasing la ye, asalkan korang selesa. tak perlu la tiru stail aku ni.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
petang tadi, sedang aku dok layan postings kat blog kengkawan, terkejut lak aku tengok posting kok ana kat sini. tersentuh hati aku dibuatnya. macam ala-ala happy dapat sms sampai sebak hati sambil urut dada okehhh... ko mampu??? hahaha.
kok ana,
aku rasa, apa aku buat tu, ciput je. takde le sampai layak jadi bahan post kat blog kok ana pun. namun aku sedar, pada aku mungkin ciput je, tapi pada kok ana, lain nilainya kan.
mungkin ini bak kata orang, walaupun sekecil kuman amal kita, bagi orang lain, ianya mungkin sebesar gajah.
terimakasih bebanyak, kok ana :)
kalau rasa nak balas budi tu, ingat-ingatlah iphone 4 ye... opsss hahaha!
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
23 August 2011
ucapan raya :-)
penghujung Ramadhan semakin dekat.
harapnya kita sama-sama merasakan perubahan yang lebih baik dalam diri kita selepas menempuh pelbagai dugaan semasa beramal sepanjang bulan.
saya susun sepuluh jari mohon maaf atas segala salah-silap dan kekurangan diri saya.
jika ada hutang (dalam apa jua bentuk pun) yang belum saya langsaikan, ingatkanlah saya agar dapat saya usahakan untuk membayarnya.
dan jika anda halalkan pula, saya amat berterimakasih. hanya Tuhan yang mampu membalas jasa baik anda.
Selamat Hari Raya, semoga kita sama-sama bergembira menyambutnya.
jemputlah datang ke rumah saya nanti. hubungilah saya jika anda sudi datang ye. kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan.
04 August 2011
convert?
1 hari lepas, waktu lunch kat food court cina dekat belakang ipoh garden south tu, tetiba dapat soalan cepumas lagi. adik aku ni tetiba bersuara, "eh faizul, you really better convert la, become chinese... you already have surname, so can use this name lah CFZ, ok ge mou?". adik dia pun tambah, "ya la, ya la faizul, the surname also same with ___ and ____ already. some more you her brother worrr"
tak terjawab aku.
i wish i can :)
siapa aku?
memang ramai yang ingat aku ni suka melawak, kecoh 24 jam dan menmain je dalam semua perkara. tak apa la, aku pun memang suka galakkan orang anggap aku camtu. lagipun, memang aku pun suka dok huha-huha camtu.
tapi, sesapa yang kenal aku bebetul, akan tau, aku ni sebenarnya seorang yang serius. aku lebih suka diam, jadi pemerhati dan fikirkan apa yang ada depan mata aku. aku lebih suka berbincang, bertukar pendapat, mencari penyelesaian masalah dan berhujah perkara ilmu.
kalau ikutkan, walaupun aku ramai kawan, kenapa kah kengkawan aku ramainya lagi tua dari aku. dan kalau yang muda dari aku pun, kebanyakannya berperangai matang.
memang aku dari segi luaran, berbeza dengan naluri diri aku sebenarnya.
hanya beberapa orang kawan je yang kenal aku camni dan berkomunikasi dengan aku secara begitu jua.
haha sebenarnya aku lebih suka simpan diri aku yang sebenar. biarlah hanya beberapa orang saja yang tau. biarlah rahsia.
03 August 2011
kemurungan :'(
entah le kenapa aku sekarang selalu takde mood nak tulis apa-apa kat blog ni. kengkadang, idea tu ada. tapi mood tu takde. aku pun tak tau apa yang aku sedihkan sangat ni. biasa la hidup, mana boleh takde masalah, kan. mana boleh bahagia sepanjang masa, kan. aku bukannya insan yang baik sangat sampai dapat berkat-Nya dan lindungan-Nya 24 jam sehari...
nota:
adehhh, hari tu dapat soalan cepumas lagi.
bukan aku tak nak kahwin.
bukan aku tak mencari.
dah 36, semestinya aku dah lama berusaha. kalau ikutkan, umur 26 dulu aku dah kahwin. tapi dia... ahhh, lupakanlah kisah cinta pertama aku tu.
selama ni, yang sukakan aku, amoi belaka.
awek, nak tengok aku pun idak. haizzz...
22 July 2011
maap le (rofl)
aku: ala, kok ana ni komplen nasi goreng rege RM6 mahal pulak. kira murah la tu. kat ipoh ni, nasi goreng paprik pun cecah RM9 ok kalau beli kat pasar ramadhan
ana: ye ke. hamlau betoi. kemain nak cecah 10 hengget
sebi: melampo sgt
eryn: BIO BENO PEJOL NASI GORENG PAPRIK RM9
aku: aku masa bayor tu, siap tanya, takkan sampai RM9 harga nasi goreng paprik, bang.
ana: pehtu?
aku: brader tu siap sound aku balik. nasi goreng paprik 2 bungkus bang, memang la RM9. maknanya satu RM4.50 je
(aku dah mula gelak dapat kenakan diorang)
eryn: PEJOL
eryn: MUJO KAU JAOH
sebi: pezol aku sayang ko
sebi: (inilah gaya menjerit marah tahap hd)
ana: vavi
ana: vvai ekor pintal
ana: vavi idong kembang berair
ana: vvai kulit pinky the vass
ana: vavi vavi vavi
eryn: (tendangan ninja)
ana: seth tan
(aku masih dok gelak lagi. berpinar mata, berpusing dunia sekejap pasal gelak kuat sangat)
mintak maap sangat-sangat la ye Kok Ana, Kok Eryn & Kok Sebi...
16 July 2011
buku nizamsani 2
dah hampir sebulan aku tak update blog hahaha. hari tu punya la berkobar-kobar rajin nak update. banyak sangat idea datang. tapi bila nak taip je, terus jadi kaku. apa laaa...
ok la, sebab aku tak buat review pasal buku nizamsani lagi, aku nak buat sekarang la. nak tunaikan janji aku la kononnya.
review aku pasal buku ni ialah:
tolong jangan tersilap bawak buku ni ke masjid atau majlis baca surah yasiin ye. mentang-mentang le warnanya, saiznya dan tebalnya hampir meyerupai surah yasiin yang biasa dicetak dan diedarkan di masjid dan surau. haruslah panik sekejap bila orang-orang lain dah mula baca, anda pulak menggagau cari surah yasiin. haruslah malu jua kalau orang-orang lain pun terperasan kesilapan anda. haruslah jua berlakon mulut terkumat-kamit baca dengan gaya seorang tahfiz tak perlukan surah yasiin depan mata kan.
(ni bercakap dari pengalaman sendiri. adehhh, malunya...)
nota buat nizi:
bukan, bukan, ini bukan review buku yang bukan-bukan... hehe!
27 June 2011
buku nizamsani 1
buku nizamsani dah keluar.
bila dia bagi buku kat aku,
alahai, keciknya buku ni.
aku komen dengan lajunya.
bila aku mintak free buku tu.
alahai, keciknya mata dia.
aku bayor dengan lajunya.
haha.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
nota: ni saja je cubaan aku nak tiru stail nizi ber-blogging. hahaha...
oh ye, dia pesan suruh aku promote buku dia kat blog ni. korang, beli la ye? harga RM10 je, klik kat sini. bak kata nabil kat klip video ni, this is best brooo...
nizi,
kalau buku tu difilemkan, jangan lupa aku jadi hero ye. walaupun aku perut boroi dan buruk rupa, aku nak jugak jalan berpegangan tangan dalam pasaraya dengan watak heroinnya! (watak heroin wajiblah ummi nazeera ok!)
intan,
pastikan si nizi tak lupa ehhh!
22 June 2011
materialistik
ada kawan bertanya pasal isu berkawan. berkawan kerana ada niat nak dapatkan sesuatu vs. berkawan kerana memang ikhlas nak berkawan.
susah jugak la nak komen pasal ni. seelok-eloknya, berkawan biarlah datangnya dari niat yang ikhlas, bukan kerana niat nak dapatkan sesuatu. susah, kerana lambat-laun, niat tu akan terbongkar jua. walaupun kita cuba bela diri dan katakan niat itu baik, ianya tetap salah kerana matlamat tidak menghalalkan cara.
namun begitu, ini lumrah dunia dan tuntutan fitrah psikologi manusia.
ramai yang berkawan kerana ada niat tertentu dan bertopengkan muka yang penuh dengan senyuman. biasanya, niat berkawan tu berdasarkan faktor paras rupa, harta, pangkat, kepakaran, kumpulan kawan, emosi, etc... jadi, bagaimana?
kalau tanya aku, sah le aku tak reti jawab.
bagi aku, aku tak mau tengok bagaimana persahabatan tu bermula. aku pentingkan tahap persahabatan tu pada masa sekarang.
mungkin ianya bermula secara tak ikhlas dan ada agenda tersorok. akan tetapi, selepas saling kenal-mengenal, hati boleh berubah, kan? dan mungkin, persahabatan tu telah pun bergerak melampaui niat asal dan menjadi sebenar-benarnya ikhlas?
adehhh semputtt haaaa...
bagi aku rehat dulu.
karang aku sambung balik.
setia lah menonton "Manisnya Kurma Ini" ya.
baekkkkkkk punye.
13 June 2011
jom race!
aku bukan la nak kata aku ni terer bawak kereta. tapi aku berani kata aku bukan lemau la kalau bab bawak kereta. tak kisah la samada bab pecut atas jalan lurus macam kumbang putus tali atau main cilok ruang kosong antara kenderaan-kenderaan atas jalan yang sesak.
setakat ni, kalau aku bawak saga 1.3cc (tahun 1985 okeh!) atas jalan dalam bandar, kereta 2.0cc pun makan asap aku je. kesian je aku tengok diorang tu terkial-kial tekan minyak nak kejar aku tapi tak boleh buat apa-apa pasal ada 5-6 kereta halang dia. bangga je aku tengok muka dia terpinga-pinga pelik cemana aku yang ada kat belakang dia memulanya tapi boleh 'berdesup' ke depan tinggalkan dia jauh kat belakang pulak. bodoh sangat dia tu!
kalau atas jalan lurus highway tu, memang aku kalah la kan... tengok cc la.
tapi, kalau aku bawak altis 1.8cc, hahahahahahaha jangan harap la korang nak buatkan aku makan asap. jalan bandar ke, jalan lurus highway ke, memana je la.
jom race!
ada berani?
ala, bukan susah pun... yang penting, otak dan mata kena sentiasa pantas mengkaji jalan dan persekitaran selain meneka apa kebarangkalian yang akan berlaku. selain itu, pengetahuan tentang keupayaan kereta sendiri, jalan yang dilalui, rentak lampu isyarat lalulintas dan kelakuan am pemandu-pemandu lain juga akan membantu.
kemahiran memandu tu, tak yah cakap la kan. tu mende basic yang patut diketahui. bila nak tekan brek, bila nak pecut, cara berhenti cemas dengan betul, teknik positioning, cara menghampiri selekoh, etc etc etc.
dan paling penting, kena berani!
ehh, kenapa aku tetiba cakap pasal bawak kereta ni?
30 May 2011
prinsip berkawan...
bab berkawan ni, payah... kan? kita takkan tau apa batasan kita. kita cuma boleh teka dan kalau berani, mencuba untuk pastikan itu batasannya atau bukan. kalau nasib kita baik, selamat lah. kalau nasib tu tak baik, mungkin putuskah persahabatan itu? sanggup ke mencuba?
bab ni, prinsip aku berserabut sikit.
aku akan andaikan kawan aku ni mampu berfikir secara matang. jadi apa saja dia nak buat, aku simpulkan yang dia dah habiskan masa buat apa yang patut sebelum capai keputusan itu. baik-buruknya, itu dia tanggung sebab dia sendiri yang buat.
tentunya, aku ada pendapat aku sendiri. tapi aku akan berdiam-diri melainkan ditanya. bila ditanya, aku akan berterus-terang direct ke muka dia. terpulanglah pada dia untuk terima atau tidak. aku tak akan halang dia...
dan selepas itu, kalau kawan aku buat jugak, aku akan support dia.
kalau perkara baik, baguslah.
tapi, kalau perkara tak elok, bukannya aku pun join buat jugak. maksud aku, selepas itu lah...
tentunya selepas itu dia akan terima 'balasan tuhan'. kalau dia menyesal atau menderita, maka aku akan support dia masa tu. bagi semangat, sentiasa ada kat sisi, bagi nasihat, dengar luahan kesal, sama-sama kerah tenaga, etc. aku tak akan pulaukan atau abaikan dia...
semoga dia akan kembali pulih dan menjadi lebih baik?
yang penting, dia tetap faham aku tak sokong atau bantu dia buat perkara tak elok itu sendiri.
betul ke konsep aku ni? ha ha ha!
24 May 2011
laut biru I
kat redang, aku ambik masa petang tu untuk jalan sengsorang tepi pantai selepas balik dari snorkelling. tengok laut. masa tu takde sapa yang mandi atau berlatih snorkelling.
laut nampak cukup tenang. alunan ombaknya dan desiran air yang memukul pantai tu memang memukaukan aku. tenang mata aku memandangnya. tenang hati aku dibuatnya. aku tenung laut tu. blissful sangat perasaan hati aku masa tu. rasa nak duduk seharian tengok laut je...
kemudian, tetiba otak aku cerdas sangat terus cetuskan idea yang laut ni nampak tenang, tapi di bawah permukaan yang tenang itu, arus-arusnya bergolak kuat merobek sesama sendiri. sama macam aku...
sama macam aku. sentiasa tenang. sentiasa senyum. sentiasa busybody dok tolong orang. sentiasa sukarela selesaikan masalah. sentiasa on top of things. tapi dalam hati...
tetiba,
aku rasa hiba sangat.
aku rasa sayu sangat.
bodoh la otak aku ni, bodoh bodoh bodoh...
11 May 2011
masuk cina :-)
masa nak gi lunch tadi, sakan dok berborak dalam kereta. kecoh je, ha ha ha. lepas tu, senyap sekejap sambil tunggu lampu lalu-lintas tu tukar jadi hijau. masa tu tetiba je kawan aku sorang ni pusing ke belakang dan tanya aku...
###: "faizul, you bila mau tukar jadi cina? masuk cina la. nanti senang ### mau kawin sama you. kita semua pun already satu geng mah..."
aku: ....... (tak tercapai akal aku nak bagi jawapan)
terpana aku dibuatnya. apa aku nak jawab?
07 May 2011
happy memories :_ )
minggu ni, ada old boys weekend kat koleq. so, lepak dengan kengkawan yang balik ke sekolah, sampai 3am. dok borak dan catch up on updates. pagi ni bila kenangkan balik apa yang kitorang buat semalam dan the 5 years spent together, tetiba rasa sayu.
ada rasa macam nak menitis air mata jugak.
aku terkenangkan life masa dulu. pahit manis sedih riang gelak tangis sakit suka bercampur-baur.
tapi, ianya masa paling gembira buat aku. satu-satunya masa yang aku rasakan aku hidup ada keluarga. aku rasakan life aku fulfilled masa tu. rasa nak waktu berhenti dan benarkan aku hidup macam tu saja selama-lamanya.
aku rasa bukan aku sorang je rasa camtu.
sebab masa final dinner 1992, semua menangis teresak-esak tak nak lepaskan kengkawan balik ke rumah masing-masing, for good.
adehhh menitis jugak air mata aku rupanya...
26 March 2011
kahwin?
risau la. umur dah 36 ni. tapi takde sapa nak kat aku. bila la nak kahwin ni??? kenapa takde sapa nak kat aku...
19 March 2011
kembali !!!
aku kembali.
walau pun lambat.
walau pun penat.
walau pun tenat.
walau pun sesat.
ya.
masalah belum diselesaikan.
masih dilingkari kekusutan.
tetap wujud kesulitan.
sentiasa dalam kekeliruan.
namun.
tak mahu menyerah diri.
kalau jatuh, bangun lagi.
biar lah jatuh berulang-kali.
tetap bangkit kembali.
biar pun susah.
biar pun parah.
aku ingin genggam semua mimpi.
aku ingin jadikan semuanya realiti!
01 January 2011
aduhai nasibku...
aku dah lama tak berblog.
bukannya aku tak nak berblog. tapi aku takde cerita lucu atau topik serius nak dibicarakan.
sebabnya, sejak 5-6 minggu kebelakangan ni, aku cuma terima nasib buruk atau kisah malang saja. buatkan aku rasa tertekan dan rasakan masa depan aku penuh keraguan.
dan aku tak suka berblog cerita sebegitu. tak menarik langsung.
27 November 2010
musim kenduri... :'(
aihhh boring la, musim kenduri kahwin dah bermula.
tiba masanya aku kena jawab soalan cepumas; "umur dah 35 tahun, bila nak kahwin lagi?".
atau disindir; "jangan la memilih calon sangat".
adehhh...
bukan aku tak nak kahwin
tapi aku tak de calon
bukan aku memilih
tapi diorang (calon yang aku minati) tu yang memilih, tak mau kat aku
tapi aku tak salahkan diorang
dari segi fizikal, aku memang tak hensem terutamanya tang perut tu
dari segi kewangan, aku memang tak kaya
dari segi agama, aku memang tak alim
hahaha korang kalau ada yang berminat dengan aku, silakan lah ye... tolong! tolong! help! help!
14 November 2010
aku rajin!
hari ni, kemain aku kemas rumah. basuh kain-baju pakai mesin, 2 round. basuh kain-baju pakai tangan, 2 round jugak. vakum lantai dapur luar dan rumah. sapu kat luar rumah. basuh lantai kat luar rumah. 3 kereta kat luar tu, aku settlekan jugak. motor adik aku pun aku settlekan jugak. cuci tangki jamban (pasal kat sini setiap rumah ada enjin pam sendiri). petangnya, jenuh nak lipat semua kain-baju. aku tengok seterika tu pun aku rasa macam nak baling keluar je hehehe... penat betul.
oh ya, lapar betul. jadi, aku memang cari nasi kandar hari ni. nak makan kaw kaw. aku gi masjid cari nasi wonggey. tapi, tutup pulak.
jadi, aku beli nasi ganja.
lepas tu beli lauk pulak kat nasi lambai.
puas hati!
(sebenarnya alasan je semua ni... konon jadi buruh kasar seharian, takde le nampak aku buruk lantak mentekedarah nasik kan hahaha)
08 November 2010
recent comments hilang?
apsal sekarang ni tak boleh view recent comments ye? aku ingatkan kesilapan widget tapi bila tengok balik, takde masalah pun.
adakah masalah kod html aku?
ada sesapa boleh tolong?
21 October 2010
manic-depressive?
dalam 2-3 hari ni, aku selalu terfikir-fikir-fikirkan banyak perkara. tak tau kenapa. it is as if my mind has decided to stop for a while and think about many things.
things i did not do previously.
things i have not achieved.
things i keep delaying to do.
things i want to do but i cant do because...
things i should have but i do not.
things i wish would have happened this way instead of that way.
i feel sad. i feel tired. i feel without a will. i feel numb. i feel like giving up. i feel like surrendering to the emotions now and go into the water...
sinking down.
and drowning.
and letting go of life.
i know what this is. i have a cyclical depression problem. and, like any other people who suffers from depression, i dont know what else to do other than letting myself self-destruct.
friends, promise me, just remember me as the friend who is always there for you, who is always smiling and helpful to you, who cheers up the group when we hang out together... as the friend who is always like an angel taking care of you, ya?

oh, i love this song... selalu dengar lagu ni again and again at the office :)
07 October 2010
mati lah aku!
i cooked tonight. well, you know lah, my parents are not around for the next few months, so i thought of trying to be self-sufficient. heck, the fridge is full of ingredients, spices, herbs and entah apa lagi lah..
one lesson i learn tonite is...
"better buy a new non-stick frying pan before my mom comes back for next Raya."
alamakkk tolonggg matilah aku!
06 October 2010
in english :-)
i have been blogging in english for the past few weeks. i know, i know, some of you will wonder, why am i doing this when i have been faithfully blogging in bahasa melayu all the while...
well, proud though i am in bahasa melayu, i am also fluent in english so i dont see anything wrong in this.
it is better so, as compared to some malays that i know of who speaks english terribly. their grammar is horrendous, their command of the vocabulary is an insult and their pronounciation is like a long nail scraping on a car's surface.
and to make it worse, they speak english only because they wanted to make-believe they are intellectual, educated, elite and of high-class. and there are some who does this while at the same time insulting and act condescendingly towards others.
hence, many of them are indirectly lazy because their intention to speak english is not bona fide in nature. that is why we can find some people committing gross errors in their spelling because they do not make the effort to look up the word in the dictionary. they just spelt it based, loosely of course, on how the word sounds like when pronounced. being stupid, and lazy too, is it any wonder they didnt get it correct?
so, i am better, eh?
01 October 2010
birthday pak :-*
today is my father's birthday. i havent wished him anything yet. i dont know how to do it. but i love him, he is worth more to me than my own life... *cry*
29 September 2010
sigh :'(
a lot of things happened in the past few days. i feel so down...
as always, i'll retreat into my own shell and keep the rest of the world disconnected from me. i dont know why. i just know i want to be alone. i'll stare into nothingness. i'll daydream about a fairy-tale future. i'll imagine re-writing my past. i'll lie down in the dark and cry when this void inside me swallows my heart.
i have always wanted to blog about my cyclical depression. but everytime i log in, my fingers felt heavy. i am insecure about people knowing that i am not this smiling, funny, jovial, happy-go-lucky and noisy fella that they are used to. i feel inferior that people will know i am just an empty shell who has nothing solid inside. i worry that people who always trust me with their problems will think that i am incapable of helping them anymore.
so, some other time,then?
ps: friends? friends won't understand. when it comes to them, friends expect me to help them. when it comes to them, i shouldn't give them any problem. when it comes to them, "i am their friend" is different from "they are my friends".
26 September 2010
nasi ujan panas :)
agnes monika: met tengahari bang, udah makan ke
aku: belum, abg sedang masak ni
agnes monica: abg masak apa tu... masak untuk ika jugak ya. tidak enak la masak untuk saorang saja.
aku: mesti laaa untuk ika jugak. abg masak nasi ujan panas, kari daging sama ayam masak merah. gerenti sedap bangattt
agnes monika: waduhhh waduhhh bikin ika lapar ni. nanti ika langsung ke rumah ya
aku: ya, pantas ya, ga usah kelewatan lagik
sebenarnya aku cuma perangatkan lauk open house semalam je.
terimakasih kak nor hehehe...
-Faizulmie Olliver-
19 September 2010
ghaye kemain!
syok le, kengkawan pejabat datang beraya khamis lepas. diorang kemaruk tomyam, ketupat dan rendang ayam yang mak aku masak dedulu... terharu gak, diorang datang bawak buah tangan. kek la, hamper la, angpau la, etc. gambar? ada kat facebook, ye. cam biasa la... lepas kat rumah aku, kitorang sambung pulak lepak kat old town white coffee. sampai ke petang jugak la. lepas tu, ada 1 keluarga saudara datang singgah sebelum bertolak balik ke dengkil. lepas tu, aku keluar dengan cewek sorang ni. saja la bertenet kejap :) malamnya, rehat wahahaha...
jumaat, ingatkan boleh rehat. tapi lepas solat tu, ada la anak-anak murid mak aku datang. lepas tu, tak sempat nak rehat, 2 keluarga belah adik ipar aku lak datang. beraya sakannn lagi...
sabtu lak, aku cuma pergi kenduri kahwin kawan aku. tapi sempat beraya dengan sorang mamat UK ni pasal kawan aku tu mintak aku tolong handle-kan mamat ni. dia datang ke ipoh untuk kenduri kahwin aku. ok la kan, ada kawan baru pulak...
hari ni? sah la aku bermalas-malasan saja kat rumah.
15 September 2010
ghaye lagi!
hahahahhh penat berehat seharian. mak aihhh, berehat pun boleh penat ke?
haizzz, semalam semua orang berkumpul kat rumah maklong. best sangat, meriah pasal dekat 8 keluarga berkumpul makan tengahari. tu pun, sementara tunggu makanan habis dimasak reramai tu, aku sempat join kengkawan pergi beraya kat rumah senior kilang ni.
aku balik je dari rumah maklong, kengkawan yang masih kat rumah senior kilang ni telepon, diorang nak mai rumah aku pulak. aku, orait je... sempat la deme melayan baby baru kat rumah aku ni hehehehe seronok kemain!
malamnya, maksu lak buat makan-makan barbecue ayam & hotdog. 8-9 keluarga berkumpul kembali hahahaha... sampai tengah malam dok sakan beraya.
hari ni aku sakan berehat atas katil.
esok? kengkawan kilang nak datang beraya pulak. dekat 20 orang jugak la yang bagitau kata nak datang. adoihhh tapi aku suke!
14 September 2010
ghaye!
seronok beraya kali ni!
raya pertama... pagi je, sedara-mara kampung semua datang ke rumah. 7 kereta sekaligus, makkkkkkk. kalau tak pasal nak kena gi solat jumaat, rasanya sampai petang la kitorang bergather. lepas solat, sedara-mara chemor lak datang. petang sikit, kengkawan sekolah pulak datang. kelam-kabut gak pasal petang tu patutnya ke chemor beraya dengan cewek-cewek sana. tapi syukurlah semuanya ok. takde yang kelewatan. malamnya? hohhh penat. terus terlelap.
raya kedua & raya ketiga... beraya kat grik. layan sedara-mara sana lak. 5 keluarga berkumpul, hiruk-pikuk rumah dibuatnya. petang raya ketiga, sempat la berdating dengan amoi hikhikhik...
raya keempat... haihhh dari tengahari sampai ke petang, tak berhenti-henti saudara -mara datang. 3 keluarga. dah la setiap keluarga bawak baby. jenuh la semua baby dok berkenal-kenal sesama sendiri sambil dilayan kitorang hehehehe...
hari ni? semua berkumpul kat rumah maklong pulak sat lagi hahaha...
raya, raya, raya kemain !!!
07 September 2010
02 September 2010
novel aku?!
kemain la, sorang kawan aku ni, dah nak ada novel. penerbit buat buku berdasarkan postings kat blog dia.
kemain la, sorang lagi kawan aku ni, konon nak tulis novel. dah start tulis katanya. cerita pasal apa? entah le. cerita serius ke, cerita ikan setem ke, cerita rumah serupa resort pasal ada aircond ke, cerita pergi dating pakai selipar jepun dan seluar track tanpa berlipstick ke, cerita rule satu hari cuma boleh semih 3 kali je ke, aku pun tak tau.
kemain la, aku pun rasa nak tulis novel la, camni. apa kata aku buat novel yang bercopy-pastekan segala conversation history konpi kat skype & ym?
kantoi la kengkawan aku hari-hari dok sakan bergossipan ngutuk orang hehhehhehhh

muahahahahhhhhhh!31 August 2010
lupa!
semalam, lepak dengan cewek dan 2 anak buah. saja la keluar makan untuk berbuka puasa bersama-sama. sambil nak tunggu waktu berbuka tiba, kitorang berborak sakan la. tak lama lepas tu, pelayan sampai hantarkan air-air dulu.
pelayan: ni airnya, bang
aku: terimakasih (sambil sakan sambung berborak)
aku: (rasa air sikit)... ishhh pekatnya milo ni
anak buah: eh bang, kenapa minum?
aku: arghhhhhhh!!! (alamak, aku lupa aku sedang berpuasa!)
haizzz, ni dah kali kedua terjadi ni, hari tu termakan chicken wings! brengsekkk!
27 August 2010
kosong!
dah dekat seminggu tak ber-blog. hahaha, takde cerita lucu la pulak dalam 2 minggu ni. asyik kerja dan cerita sedih saja. lagipun lepas berbukak puasa, aku jadi malas nak bukak laptop untuk berblog. jadi, kalau ada ilham pun, akan hilang esok paginya hahaha.
nak berblog tentang topik serius, takde idea pulak. rasa kosong je otak ni.
waduhh penasaran gwe! emang gitu ya? soe2 ok.
17 August 2010
chicken wings :P
[7pm]
aku: dah 10 minit bakar ayam marinade ni. dah masak ke belum?
amoi: mana saya tau, saya teda di sana. nda bule tinguk sendirik ka?
aku: ok ok
[cucuk garfu kat chicken wings. tengok daging, macam dah masak. potong sikit lepas tu makan daging, macam dah masak]
aku: the wings taste like nicely cooked. if i add in 2-3 minutes more, it may be over-cooked worrr
amoi: eh, napa makan, nda puasa ka ini hari?
alamakkk
aku lupaaaaaaa...
16 August 2010
malunye...
[11am]
amoi: hari ni i kena kerja part-time lo. itu bos panggil i tolong dia.
aku: ooo i pun ada sini office. ini hari pun i kerja worrr
amoi: ok ok nanti 1pm u tolong i ya :)
[1pm]
amoi: u tolong beli i punya lunch ya. mcd 1 set. customer ramai, i tak dapat go buy.
[130pm]
awek mcd: ni mcd 1 set take-away abang punya.
aku: terimakasih.
awek mcd: selamat berbuka, banggg...
malunya, ramai dok tengok...
hahahahaaa, lantak le, bukan aku yang makan pun
10 August 2010
dah single =(
aku kembali single dan available. amoi aku tak jadi nak kahwin dengan aku. banyak sangat pengorbanan yang dia perlu lakukan. aku pun tak nak paksa kerna aku fahami keadaannya. aku redha sajalah dengan ketentuan ini. hmm... apalah nasib aku.
dapat ke aku cari pengganti? sebelum ni, dah 3 kali aku mencari gadis melayu, kesemuanya me-reject aku kerna aku ni tak hensem. akan berhasilkah kali ini?
amoi lagikah?
cewek pulak?
entah laaa...
09 August 2010
sedih, sedih !
sedih jugak aku tengok perkembangan umat melayu nak memasuki bulan ramadhan yang mulia ini. fokusnya bukan untuk beribadat. tapi, antara contohnya, ramai yang;
berbelanja besar untuk memeriahkan raya. puasa pun belum tentu cukup atau diterima, kenapa nak kejar kemeriahan raya?
kejar buffet di hotel. bulan ramadhan ini untuk kita kuasai nafsu dan rasakan sekelumit derita mereka yang hidup susah, kenapa kita jadi hamba tembolok sendiri?
jaja muka bila ada ahli politik yang taburkan duit buat jamuan berbuka puasa. kalau bukan duit rakyat, duit siapa tu. kalau duit kerajaan pun, ke mana sepatutnya ia dibelanjakan. kenapa jamuan hanya untuk para penyokong saja sedangkan ramai fakir-miskin, anak yatim, warga tua dan para OKU ada dalam malaysia ni. kenapa wujud rasa tamak haloba dan riak takbur demi mengejar tuhan politik, sedangkan kita sudah ada pun tuhan yang esa?
jalan-jalan cari makan di pasar ramadhan. kenapa bazirkan masa dan wang yang sepatutnya digunakan untuk menambah amal-ibadah?
dan yang menyedihkan ialah amalan majlis moreh/berbuka puasa di sesetengah masjid. ramai yang mendermakan duit semata-mata ingin bersedekah menambahkan pahala dan bantu orang susah selain menggalakan ramai datang mengimarahkan masjid. kenapa;
1) mengadu kepada pihak berkuasa tertentu tentang kedatangan sesetengah golongan rakyat yang hadir untuk menikmati juadah berpuasa tu dan minta tindakan diambil.
2) sanggup buat 'booking' tempat duduk sendiri dan kawan-kawan sefahaman pada hari pertama berbuka puasa, dan pada hari-hari kemudiannya, menghalau memana individu yang duduk di tempat yang sudah di-booking itu.
3) tak mahu, walaupun tahu juadah adalah terhad, bertimbang-rasa berikan peluang supaya mereka yang kurang berupaya dapat menikmati nikmat berbuka puasa sedangkan diri sendiri mampu berbuka puasa di rumah bersama keluarga.
apa hak anda menidakkan hak mereka yang ingin berbuka puasa tu.
apa hak anda untuk tidak amanah setelah dipercayai para dermawan yang menyumbangkan dana untuk berbuka puasa.
apa hak anda untuk tentukan masjid ini hanya untuk ahli umno saja.
kesimpulannya, korang fikirlah sendiri perangai ahli-ahli umno ni. islamik sangat kah?
mana totok-totok umno kat sini, tak berani jawab kah?
04 August 2010
doa ramadhan?
kemain ramai dok berdoa, 'semoga tahun ni aku berjaya bertaraweh cukup sebulan...'
walhal diorang ni patutnya berdoa, 'semoga tahun ni aku berjaya berpuasa cukup sebulan...'
taraweh secukupnya pun tak guna jugak kalau waktu tengahari suruh bangla pergi beli nasik wonggey kat kedai mamak, kan kan kan?
nota: kaunter pesanan bukak 915 am dan tutup 11am. tutup awal pasal bangla nak kena carik kawan untuk bonceng motor. oh ye, no hutang atau tulis buku ya... selamat hari raya!
02 August 2010
alamak!
29 July 2010
:nangesss:
aku penat sangat. 3-4 minggu ni memang aku kelam-kabut terkejar sana-sini. hal kerja pejabat. hal rumah. hal sendiri. hal kengkawan. hal aktiviti.
tapi syok jugak. dapat lupakan segala masalah aku... :)
nota: aku dan geng aku ada buat aktiviti amal. dalam RM10 ribu untuk tolong warga tua dan kanak-kanak cacat akal. sekarang ni dah berjaya kutip RM7 ribu. ada sesapa berminat nak tolong?

