Wednesday, March 3, 2010

MPP 2009/2010 : Pembubaran -> Perjuangan perlu diteruskan..

1 Mac 2010 - Genap setahun pimpinan MPP Sesi 09/10 berjuang, kini tibalah masa untuk pimpinan baru mengatur langkah. Justeru itu, pihak UNISEL telah melakukan pembubaran ke atas kabinet MPP 09/10. Perkara ini sedikit sebanyak tidak mematahkan semangat sebilangan MPP yang ingin menyelesaikan apa yang telah dimulakan sementara barisan MPP baru menerajui pimpinan untuk sesi seterusnya. Sepanjang bulan Mac ini akan berlaku proses-proses perlantikan MPP baru termasuk pilihanraya kampus. Bagi pihak kami sebagai mantan MPP, kami juga akan tetap melaksanakan program-program terakhir. Sehubungan dengan itu, pihak HEP telah mengeluarkan memo berkaitan perlantikan MPP seterusnya. Kepada semua mahasiswa/i UNISEL yang berminat dan memenuhi syarat untuk menerajui barisan MPP seterusnya, diminta mengisi borang pencalonan di pejabat HEP UNISEL. Pihak kami bersedia memberi panduan dan sokongan untuk pimpinan seterusnya. Sekian, terima kasih. :)

Labels:

Sunday, December 20, 2009

Kursus Gerak Terakhir MPP


Kursus Gerak Terakhir (GT) adalah sebuah kursus yang dijalankan bagi semua ahli Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2009/2010. Kursus ini adalah berikutan dengan perkhidmatan semua ahli MPP yang akan tamat pada 31 Mac 2010. Pelbagai perkara berbangkit akan diusul, perancangan dan memperkemas tindakan lanjut diadakan.
Berikut adalah objektif GT tersebut :

1. Postmortem FESKONISEL 2009
2. Pengurusan MTS Sesi Januari 2010
3. Persediaan Program Utama untuk semester hadapan.
4. Laporan Kecemerlangan MPP
5. Modul MPP
6. Pencarian penajaan untuk program hadapan

Berikut adalah butiran kursus :

Tarikh : 15 Disember 2009 hingga 25 Disember 2009
Masa : 10 pagi hingga 12 malam.
Aktiviti : Senaman, LDK, Briefing, Meeting, Persiapan laporan, proposal, Gerakan Pencarian Penajaan, Feedback, Kemaskini Tugas dan sebagainya.
Jumlah peserta : 27 orang ahli dari kampus BJ dan SA.

Semoga segala yang dilakukan mendapat keberkatan-Nya dan mencapai objektif sasaran. Diharapkan juga semua ahli sentiasa bekerjasama dan saling membantu melaksanakan tugas diberi. Tahniah kepada semua yang telah hadir dan terlibat dengan kursus ini. Semoga pengorbanan masa cuti anda membawa faedah, pengalaman di samping komitmen dan tanggungjawab yang telus. Terima kasih.



Labels:

Saturday, December 19, 2009

Registration Days & 2009/2010 Academic Calendar

Schedule For Senior Registration Day For Semester 2/2009/2010 (January 2010)

PLEASE ATTEND ON THE REGISTRATION DAY FOR SEMESTER 2/2009/2010 AS FOLLOWS:

SCHEDULE FOR SENIOR REGISTRATION DAY FOR SEMESTER 2/2009/2010 (JANUARY 2010)

DATE/DAY

FAKULTI

TEMPAT

13 JANUARY 2010

(WEDNESDAY)

FACULTY OF ENGINEERING

FACULTY OF INDUSTRIAL IN INFORMATION TECHNOLOGY

MAIN HALL, BESTARI JAYA CAMPUS

14 JANUARY 2010

(THURSDAY)

FACULTY OF BUSINESS

MAIN HALL, BESTARI JAYA CAMPUS

15 JANUARY 2010

(FRIDAY)

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE STUDIES

FACULTY OF SOCIAL SCIENCE AND INDUSTRY STUDIES

FACULTY OF APPLIED SCIENCES AND MATHEMATICS

MAIN HALL, BESTARI JAYA CAMPUS

14-15 JANUARY 2010 (THURSDAY-FRIDAY)

FACULTY OF BIOTECHNOLOGY AND LIFE SCIENCES

FACULTY OF BIOMEDICAL AND HEALTH SCIENCE

FACULTY OF INDUSTRIAL ART AND DESIGN TEHNOLOGY

FACULTY OF COMMUNICATION AND MEDIA

MULTIPURPOSE HALL, SHAH ALAM CAMPUS

REGISTRAR OFFICE

Labels:

Thursday, December 17, 2009

Cuti Akhir Semester 2/09/10

Cuti semester [20 Disember 2009 - 12 Januari 2010] ~

Tahniah kepada semua mahasiswa/i yang telah menduduki peperiksaan akhir sem 3/08/09.. Semoga mendapat keputusan yang cemerlang selaras dengan usaha anda semua. Gunakan masa cuti yang ada dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah. Selamat bercuti dan bersama kita membentuk sebuah azam baru yang lebih tekad utk lebih berjaya.. Selamat menjelang tahun baru 2010!~

Labels:

Monday, November 16, 2009

Hari Pembayaran Yuran

Semua pelajar UNISEL BJ terutamanya,
diminta membayar yuran dalam jangka masa tarikh berikut;

Tarikh : 17 - 23 November 2009
Masa : 9.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat : Dewan Utama UNISEL BJ.

Labels:

Wednesday, October 21, 2009

Layari Web Blog FESKONISEL untuk info program terkini!!




Labels:

Sunday, October 4, 2009

FESKONISEL 2009

Layari Web blog
FESKONISEL 09' : bakal dianjurkan buat julung kalinya di UNISEL!!~


Pengumuman lanjut akan menyusul.

Labels:

Friday, June 26, 2009

Pengumuman : Susulan Isu Yuran

PERKARA : Penangguhan Bayaran Yuran Semester Pendek (3/08/09) bagi Mahasiswa/i yang merupakan peminjam PTPTN.

18 Jun 2009 – Pihak MPP Bestari Jaya telah berbincang bersama TNC HEP mengenai perkara di atas. Kelulusan telah diterima di mana para pelajar tajaan PTPTN boleh membuat penangguhan yuran pengajian semester pendek ini sahaja. Namun begitu, beberapa syarat telah ditetapkan iaitu;

i) Para pelajar mestilah tidak mempunyai sebarang tunggakan yuran sehingga semester lepas. Hal ini bermakna, para pelajar hanya boleh menangguhkan bayaran pengajian semester pendek ini sahaja tanpa menambah nilai dari baki yuran semester lepas.

ii) Pelajar perlulah mengemukakan surat rayuan mengenai penangguhan bayaran yuran pengajian semester pendek dan dihantar ke Pejabat Bendahari. Borang dan surat rayuan akan diproses dan akaun pelajar akan disemak.

Makluman kepada para pelajar yang mempunyai tunggakan yuran himpunan semester lepas atau hutang lapuk yang terlalu banyak, anda adalah dikecuali daripada perkara di atas. Hal ini bermakna anda perlu melangsaikan segala hutang lapuk tersebut.

P/S : Memo rasmi akan dikeluarkan pada 29 Jun, Isnin depan.

Sebarang masalah atau pertanyaan boleh dirujuk di ;

Pejabat Majlis Perwakilan Pelajar,
Pusat Pelajar,
Kampus Bestari Jaya UNiSEL.

mppunisel@gmail.com

Labels:

Thursday, June 25, 2009

MPP: Memorandum kepada MB

MEMORANDUM MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNISEL KEPADA YAB DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

23 JUN 2009


TUJUAN
Tujuan memorandum ini adalah untuk mengemukakan beberapa permintaan kepada Kerajaan Negeri Selangor bagi mewujudkan suasana yang lebih kondusif kepada mahasiswa/i Universiti Industri Selangor.


1. MEMOHON AGAR DINAIK TARAF JALAN KG RANTAU PANJANG

Jalan Kg Rantau Panjang merupakan jalan penghubung antara UNiSEL dan Jalan utama Rantau Panjang, ia merupakan jalan alternatif kepada seluruh warga UNiSEL untuk ke UNiSEL dari Rawang mahupun dari Pekan Bestari Jaya.

Sejak akhir-akhir ini, sedikit penaiktarafan telah dilakukan keatas jalan Kg Rantau Panjang ini memandangkan ia merupakan jalan penghubung utama UNiSEL dengan Bandar mahupun Pekan terdekat. Boleh dikatakan ia merupakan jalan utama dan paling banyak dilalui oleh kenderaan yang menuju ke UNiSEL.

Bagaimanapun, jalan ini agak berbahaya memandangkan ia terlalu sempit dan berliku-liku. Banyak kemalangan telah direkodkan berlaku disepanjang jalan Kg Rantau Panjang ini.
Oleh sebab itu, kami mengharapkan beberapa penambahbaikan dapat dilakukan untuk menjamin kesejahteraan bersama antaranya:

• Melakukan pemasangan lampu jalan disepanjang Jalan Kg Rantau Panjang.
• Membesarkan ataupun melebarkan Jalan Kg Rantau Panjang.

2. MENGGESA PERHATIAN KERAJAAN NEGERI BERHUBUNG ISU SEGELINTIR PENDUDUK KG BESTARI JAYA MENGGAMBIL KESEMPATAN TERHADAP MAHASISWA/I UNISEL DENGAN MENGENAKAN BAYARAN SEWA RUMAH YANG TINGGI DAN TIDAK BERPATUTAN.

Secara umumnya kemudahan asrama di Unisel tidak mampu untuk menampung kapasiti mahasiswa/i. Mahasiswa/i Unisel selebihnya menginap di sekitar Bestari Jaya dengan kadar sewa yang keterlaluan. Kami memohon agar kerajaan Negeri Selangor menimbang beberapa cadangan yang Majlis Perwakilan Pelajar usulkan.

• Mengadakan perbincangan antara pihak Kerajaan Negeri dengan Pihak berkuasa tempatan bagi menggariskan satu prosedur yang mesra dan tidak membebankan mahasiswa.

• Menyewa unit-unit kediaman untuk dijadikan kawasan penginapan(Kediaman Luar) bagi mahasiswa/i Unisel


PENUTUP
Majlis Perwakilan Pelajar UNiSEL ingin mengemukakan permintaan ini untuk pertimbangan Kerajaan Negeri Selangor. Kami percaya bahawa permintaan ini jika diterima boleh menyelesaikan permasalahan yang ditanggung oleh warga UNiSEL saban tahun. Kami turut menyanjung dan percaya kepada prinsip yang dibawa oleh Kerajaan Negeri yang mana merupakan Negeri Berkebajikan. Sepenuh sokongan terhadap Kerajaan dibawah Pimpinan Pakatan Rakyat.


……………………………………………………
WAN AZRAEI BIN HJ WAN HUSAIN
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

Labels:

Wednesday, May 6, 2009

Attention to all Senior Students

Kindly alert of these matters ;

1) UNiSEL Residence

Jana Niaga Residence (UNiSEL BJ)

For those who had applied for the residence for Semester 3/08/09, kindly check your result status at this link --> E-Resident. And for the confirmation of the successful result, you need to pay the first month fee (RM200) to bursar lately by 10th of May 2009.

For those who want to apply for the residence for Semester 1/09/10, kindly visit this link 

Information about Residence Status in UNiSEL SA --> Residence in Campus



All students that attend into the semester must pay the fees before THE REGISTRATION DAY.

The fees are as follows : -

SEMESTER FEES:

* RM 135.00
(For session intake : 3/2007/2008, 3/2006/2007, 3/2005/2006, 3/2004/2005 and 3/2003/2004)

* :RM 115.00
(Other than above session intake)

HOSTEL FEES: RM 400.00 (Bestari Jaya Campus)

TUITION FEES: Based on total credit hours and faculty’s rate.

* Payment should be bank-in to Bank Islam Malaysia Berhad.
Account no. :12038010051888 (Universiti Industri Selangor)

3) Senior Registration Day for Semester 3/08/09

Date : 30 - 31 May 2009
Days : Saturday &  Sunday
Time : 9.00am - 5.00pm
Venue : UNiSEL BJ Main Hall & Dewan Serbaguna UNiSEL SA

* Kindly come on the registration day in formal attire. :)


~~ Any other information will be update then. Thanks ~~
Info relates from www.unisel.edu.my

Labels:

Sunday, April 26, 2009

Bursar: Yuran Pendaftaran Mei 2009

NOTICE OF PAYMENT
THE REGISTRATION FEES – MAY 2009
( SESSION 3/2008/2009 )

This is to notify that all senior students must pay your fees before THE REGISTRATION DAY.

The fees are as follows : -

SEMESTER FEES:

* RM 135.00
(For session intake : 3/2007/2008, 3/2006/2007, 3/2005/2006, 3/2004/2005 and 3/2003/2004)

* :RM 115.00
(Other than above session intake)


HOSTEL FEES: RM 400.00 (Bestari Jaya Campus)
TUITION FEES: Based on total credit hours and faculty’s rate.

* Payment should be bank-in to Bank Islam Malaysia Berhad.
Account no. :12038010051888 (Universiti Industri Selangor)
* Please submit the original copy of bank-in slip to the bursar’s counter.
* Payment by CASH is not accepted on the registration day
* Your cooperation will be very much appreciated.

Labels:

Thursday, April 16, 2009

:: Temuduga FMTS BJ masih dibuka.. ::

Temuduga FMTS kampus BJ telah dijalankan pada Hari Selasa (14 April 2009), namun begitu terdapat segelintir yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu, dan ada yang terlepas info. Jadi untuk bertindak adil dan saksama, temuduga kali ke-2 akan diadakan pada hari jumaat, 17 April 2009 bermula jam 3.00 petang hingga 5.00 petang sahaja. Diharapkan kepada sesiapa yang terlepas, dan berminat namun belum mendapatkan borang, boleh terus mengisi dan ditemuduga. Pemilihan adalah terhad. Harap maklum.

0----------

Interview of FMTS in BJ campus have been conducted on Tuesday, (14th April). even that there is some students that can't come and some that didn't know about it but want to. So for being fair and just, second interview will be held on Friday (17/4) start on 3pm until 5pm only. Hopefully, whoever students that want to be the part of it can straight through the interview. Election is limited. Informed.

Labels:

Perubahan Dinantikan: JANA NIAGA

Buletin Bestari Jaya

Assalamulaikum dan salam penghormatan...

12 April 2009, wakil dr MPP telah mengadakan satu pertemuan bersama pihak JANA NIAGA selama hampir satu jam. Pertemuan Salam perkenalan antara beberapa orang wakil dr MPP bersama JANA NIAGA itu diibaratkan sebagai satu perbincangan ke arah mencari kerjasama untuk memberi yang terbaik buat pelajar unisel terutama pelajar yang menginap di Residen Komuniti Siswa/i (RKS).

Hasil perbincangan dapat disimpulkan MPP dan JANA NIAGA sendiri mengharapkan perubahan yang terbaik untuk pelajar. antara pokok perbincangan yang telah dicapai kata sepakat adalah berkaitan dengan keselamatan pelajar di RKS dan juga beberapa kemudahan untuk pelajar bakal disediakan.

Menurut JANA NIAGA, kemudahan untuk pelajar boleh disediakan jika pelajar betul2 memerlukan kerana ini adalah salah satu kebajikan yg perlu diberi kepada pelajar. tetapi kebanyakan persoalan timbul apabila sebilangan dr pelajar tidak menghargai kemudahan tersebut seperti melakukan kerosakan pada kemudahan, diambil contoh spt kerosakan pada public phone, router wireless, information Board dan lain2 lagi.

Hasil dr itu, JANANIAGA teragak2 untuk memberi kemudahan yg lain kepada pelajar. tp hasil perbincangan, setiap kemudahan yg akan datang disalurkan secara beransur2 bagi melihat progress dan respon dr pelajar itu sendiri. sebagai contoh, untuk Semester akan datang, JANANIAGA akan menyediakan 2 'water cooler' di PKP dan 2 'Mineral Water Provider' juga di PKP sebagai permulaan melihat sambutan dr pelajar. jika masalah seperti vandalisme tidak berlaku JANANIAGA tidak teragak2 untuk menambah pengunaanya di setiap blok.

Hasil perbincangan juga, MPP akan menubuhkan organisasi didalam RKS sebagai contoh akan melantik pelajar bagi setiap cluster seorang pengerusi dan setiap blok seorang ketua. Tujuan utama diwujudkan organisasi ini adalah untuk mewujudkan semangat kerjasama dan cakna setiap pelajar dalam RKS. Kami percaya dengan wujudnya organisasi ini, RKS mungkin dapat dihidupkan suasana sebagai kediaman yang kondusif dan pelajar dapat saling mengenali antara satu sama lain dan sekali gus menjanjikan keselamatan yg terjaga. Dari sini juga kita mungkin dapat mengadakan pelbagai pertandingan antara blok dan cluster spt sukan RKS dan sebagainya.

Lain-lain hal yang dibincangkan adalah berkaitan dengan dewan diatas Café PKP, bagi pelajar atau persatuan yang mungkin ingin menggunakan dewan atas itu sebagai tempat latihan mahupun program boleh mendapatkan kebenaran di pejabat JANANIAGA. JANANIAGA telah memberi kebenaran untuk persatuan dan kelab menggadakan latihan didewan atas tetapi perlulah berhubung dengan staff di pejabat JANANIAGA terlebih dahulu bagi memaklumkan penggunaan tersebut.

Sebarang pertambahan berkaitan JANANIAGA akan kami maklumkan secepat mungkin bagi keselesaan pelajar.

Salam kasih sayang. Salam Perjuangan. Salam Perpaduan

Wan Azraei Wan Husain
Yang dipertua (YDP)
Majlis Perwakilan Pelajar Unisel (MPPUNISEL)

Labels:

Monday, April 13, 2009

Makluman Pemilihan Fasilitator MTS Kampus Shah Alam

Untuk makluman,

Kepada semua para pelajar UNiSEL Kampus Shah Alam, borang pengambilan fasilitator Minggu Tekad Siswa sem 3/08/09 (Mei 2009), adalah tidak dikeluarkan. Hal ini kerana pemilihan fasi tidak dijalankan dan fasilitator yang terlibat untuk MTS bulan hadapan adalah para fasilitator yang lama. Namun begitu, borang pengambilan fasilitator untuk MTS akan dijalankan prosedur pemilihan untuk ambilan 1/09/10 (Julai 2009). Diharapkan para pelajar UNiSEL S.A yang berminat untuk menjadi fasi memahami situasi tersebut. Sebarang maklumat tambahan harap dapat dirujuk kepada MPP SA. Harap maklum dan terima kasih.

Labels: ,