Showing posts with label DAP. Show all posts
Showing posts with label DAP. Show all posts


Khabarnya banyak pihak terperanjat pendedahan pasal poster calon PAS di Kerdau yang guna data atau logo rasmi kerajaan negeri Pahang selain pamer logo DAP serta PKR sedangkan Hasanuddin Salim calon PAS.


Agenda Daily Melaporkan Perbuatan itu jelas tunjuk PAS bukan saja terdesak tetapi tidak hormati undang-undang kerajaan negeri serta peraturan ditetapkan SPR melarang penggunaan logo parti tidak bertanding atau logo lain sewenang-wenangnya.Peraturan ini sudah dimaklumkan SPR kepada setiap parti yang bertanding.Tetapi biasalah pembangkang- cakap tak serupa bikin.Sebelum ini,mereka selalu salahkan SPR,tidak adil dan telus, ikut telunjuk kerajaan tetapi alih-alih mereka yang selalu langgar peraturan.


calon PAS ini menggunakan crest yang hanya digunakan oleh istana negeri Pahang 


Timbalan Pengerusi SPR,Datuk Wan Ahmad Wan Omar sendiri mendedahkan,perbuatan PAS di Kerdau bukan pertama kali malah parti itu juga buat perkara serupa ketika PRK Bagan Pinang,Negeri Sembilan.

"Ini bukan kali pertama, teguran dan peringatan sama pernah diberikan kepada PAS di Bagan Pinang dan kali ini, mereka mengulanginya di Kerdau,” katanya mengulas pendedahan tersebut.

Mungkin ramai tidak tahu,PAS sebenarnya bersendirian mengharung ‘perang’ di Kerdau.Sekutu parti itu, PKR dan DAP ibarat lepas batuk di tangga sahaja kerana mereka tahun PAS bakal kecundang sama ada di Kerdau mahupun PRK DUN Merlimau.Sudah masuk hari ke enam, boleh di kira dengan jari pemimpin kedua-dua parti itu yang datang membantu calon PAS.Mungkin pada hari penamaan calon ramai yang hadir termasuk Lim Kit Siang dan PKR hanya hantar Fauziah Salleh.

PAS tiada pilihan lain kecuali buat poster pamer logo DAP dan PKR dengan harapan dapat tarik lebih ramai pengundi.Parti itu juga tiada isu di Kerdau kecuali berkali-kali kata kerajaan Pahang bankrap.Peliknya,kalau benar kerajaan Pahang bankrap, apa perlu PAS letak calon dan mahu pemimpinnya jadi wakil rakyat di negeri itu ???

Kalau benar-benar bankrap,tidak dengar pula dua wakil rakyat PAS di Pahang tidak dapat elaun masing-masing.Sebenarnya,PAS yang bankrap.PAS bankrap idea.PAS bankrap pemimpin.Sebab itu mereka tiada isu di Kerdau dan sebab itu mereka letak calon kitar semula bertanding.

Penggunaan logo kerajaan negeri,pamer logo parti tidak bertanding juga bukti PAS bankrap idea untuk berdepan jentera BN. PAS kini tiada pilihan lain kecuali bersedia meratap kekalahan di Kerdau dan Merlimau selepas tumbang mengejut di Galas dan kecundang di Tenang



Persatuan Anak Felda Kebangsaan (ANAK) yang diketuai oleh Mazlan Aliman mendakwa Felda Plantation yang mengawal 367,710 hektar ladang merupakan organisasi haram.

Presidennya, Mazlan Aliman mendakwa, pemilikannya itu bertentangan dengan Akta Penempatan Berkelompok (GSA) 1960 yang didakwa menetapkan pemilikan anya oleh individu dan koperasi sahaja.

Tapi Pakatan Rakyat adakah sebuah pertubuhan Halal?

Mazlan juga menjelaskan, jika pakatan ambilalih  oleh DAP dan PAS Felda akan lebih selesa 



Ronnie Liu kata "Di Kelantan PAS perintah, ada jalan raya ka? (Penonton jawab: Ada)  Fasal di kelantan tak ada Umno. Umno kalah di Kelantan. Sampai Kota Bharu, naik kereta lembu. Di Kelantan ada hospital? Tak ada, kalau sakit panggil bomoh.
Apa lah si Ronnie Liu ini merapu tak tentu arah, yang 'bestnya' orang Melayu Pas sanggup buang masa dok melangut dengar Ronnie Liu merapu macam orang mabuk
"Di Kelantan ada balai polis ka? Tak ada, kalau bergaduh panggil tok penghulu,

Hanya orang bodoh sahaja yang suka dengar orang mabuk DAP ni berceramah



Khalid Gagap mengesahkan beliau akan merombak pentadbiran negeri tetapi enggan memberikan butiran mengenai bila ia akan dilakukan.Khalid juga mengakui beliau telah mengadakan pertemuan dengan penyokong-penyokong kerajaan Dewan Undangan Negeri berhubung perkara tersebut bulan lalu.

“Kami akan lakukan,kemudian kami akan membuat pengumuman,” katanya.Khalid berkata pertemuan dengan penyokong-penyokong kerajaan itu diadakan untuk membincangkan cara memantapkan pentadbiran kerajaan negeri.

“Keputusan belum dicapai.Kami hanya boleh melakukannya sebaik sahaja semua selesai, macam (isu pelantikan) setiausaha kerajaan negeri,” kata Khalid kepada pemberita semalam

menurut laporan BERNAMA Menteri Besar Selangor berhadapan dengan tekanan agar menggugurkan pemimpin kontroversial DAP Ronnie Liu daripada jawatannya sebagai Exco Kerajaan Negeri.mereka tidak gembira dengan cara Ronnie Liu mengendalikan portfolio perumahan dan kerajaan tempatan, termasuk pengumuman dan kenyataan didakwa memperlekehkan dasar-dasar kerajaan negeri.

Khalid sebelum ini menjanjikan akan melihat perkara tersebut tetapi ini kali pertama beliau membayangkan rombakan barisan Exco Kerajaan Negeri.Ronnie Liu,yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pandamaran berhadapan dengan siri kontroversi sejak tahun lalu termasuk keputusan berkaitan larangan penggunaan logo 1 Malaysia pada permis bisnes dan isu juga pengeluaran surat sokongan politik.Barisan Exco Kerajaan Negeri tidak mengalami perubahan sejak dibentuk Mac 2008.



Guan Eng marah betul hari ini pasal portfolio baru Hal Ehwal Bukan Islam  yang ditubuhkan oleh kerajaannya di mana beliau sendiri menjadi Pengerusi .  Bila   Muhkriz Tun Mahathir mempertikaikan penubuhan portfolio baru itu sebagai taktik parti itu untuk menarik undi rakyat , khalifah kesayangan puak2 parti cap bulan ini melenting dan menyuruh Muhkriz tanya mengapa di Perak ada portfolio itu juga.

Di Perak , ia berbeza sekali dengan P.Pinang di mana  Dr Mah Hang Soon  sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam. Tidak sama seperti di PP di mana Portfolio yang ditubuhkan Guan Eng khas untuk Hal Ehwal Bukan Islam sahaja .

Hari ini juga,  orang yang  arif tentang pentadbiran PP &  ditanya pasal Guan Eng tubuhkan portfolio ini telah pun bersuara.  Tan Sri Dr Koh Tsu Koon  mendakawa  pewujudan portfolio baru oleh kerajaan DAP Pulau Pinang bagi menguruskan hal ehwal agama bukan Islam  hanya untuk mencari publisiti.

Koh, Presiden Gerakan dan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang berkata ketika beliau memimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) di negeri itu “kita sebenarnya telah mengendalikan isu-isu bukan Muslim tanpa mewujudkan porfolio berkenaan.

“Beliau (Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng) sebenarnya membuat ini sebagai mencari publisiti,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti Gerakan di sini hari ini.

Beliau berkata malah ketika beliau menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, kerajaan negeri berjaya menangani isu-isu berkaitan agama bukan Islam dan “sering menghubungi dan membantu badan-badan agama lain dalam apa sahaja bantuan yang mereka perlukan.”

“Bukan kita kata tidak perlu, cuma dia nak buat publisiti dan apa yang saya hendak katakan tanpa portfolio pun kami telah berjaya menjalankan tugas tersebut,” katanya mengulas penubuhan portfolio khas bagi menguruskan hal ehwal bukan Islam yang membabitkan agama Buddha, Taoisme, Kristian, Sikh dan Hindu oleh Lim pada Rabu lepas.

Koh berkata, walaupun pewujudan portfolio itu terletak di bawah budi bicara kerajaan Pulau Pinang, penubuhannya masih dilihat sebagai sekadar mencari publisiti kerana ia adalah dalam bidang kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, kecuali Lim gagal menanganinya.

“Apabila kita menjalankan tugas (mengenai hal ehwal agama) di bawah tugasan sebagai seorang Ketua Menteri atau Perdana Menteri atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri, adakah kita masih perlu membuat publisiti seumpama ini,” katanya. — Bernama


Rabu, peguam Karpal Singh dan Gobind Singh Deo tarik diri daripada menyertai prosiding Suruhanjaya Di Raja yang sedang menyiasat punca kematian Teoh.
Alasan kedua-dua beranak itu serta keluarga mendiang berbuat demikian kerana permohonan mereka supaya Tan Sri James Fong digugurkan sebagai Pengerusi suruhanjaya itu tidak berjaya.
Pada Khamis, Kerajaan negeri Selangor serta peguamnya turut menarik diri.
Alasannya pula kononnya pendirian tidak konsisten Peguam Negara yang menyediakan kakitangannya sebagai pegawai pengendali sedangkan pada masa yang sama membuat permohonan semakan terhadap keputusan terbuka inkues awal bulan lalu.
Pening juga melihat sesetengan pihak cuba mengaut kepentingan politik daripada Teoh yang meninggal dunia selepas ditemui ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.
Sebelum ini, inkues mencari punca kematian setiausaha politik anggota exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, itu juga samar-samar sehingga memaksa kerajaan menubuhkan suruhajaya berkenaan.
Semua orang tahu sejak awal lagi pembangkang khususnya cukup suka dengan idea penubuhan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat kes-kes tertentu yang didedahkan mereka kononnya untuk menegakkan keadilan.
Malangnya, apabila kerajaan bersetuju menubuhkan suruhanjaya dalam kes Teoh, ada pula yang sengaja tarik diri dan tidak mahu terbabit padahal mereka juga sebelum ini beria-ia mahukan suruhanjaya berkenaan.
Nampak sangat kes Teoh sudah hampir sampai ke penghujungnya apabila suruhanjaya itu kelak akan mengemukakan keputusan prosiding mencari punca kematian Teh kepada kerajaan.
Barangkali Karpal, Gobind dan kerajaan Selangor sudah tahu mereka tidak dapat apa-apa keuntungan lagi daripada kes tersebut.
Ibarat 'menghabiskan boreh' saja, lebih baik tarikh diri awal-awal daripada malu dan kecewa dengan keputusan suruhanjaya itu nanti.
Inilah yang rakyat masih belum sedar betapa banyak isu sengaja dipolitikkan pembangkang dan pihak tertentu termasuk mengaitkan orang yang sudah mati.
Paling kasihan keluarga mendiang Teoh kerana mereka akhirnya jadi mangsa keadaan.
Memang kes kematian Teoh dalam keadaan misteri perlukan jawapan tetapi mereka tidak wajar membiarkan diri mereka dijadikan mainan politik semata-mata.
Kerajaan juga mahukan keadilan tetapi perlu ikut lunas undang-undang.
Lagipun kerajaan Malaysia sudah melayan keluarga mendiang dengan adil termasuk meluluskan permohonan berhubung penggunaan nama Teoh bagi anak yang dilahirkan tunang mendiang, Sioh Cher Wai pada 22 Februari tahun lalu.
Lepas ini tidak tahu apa lagi nak dikatakan puak-puak ini setelah selesai prosiding suruhanjaya nanti.
Yang pasti, mereka tentu tidak menerima bulat-bulat apa diputuskan suruhanjaya tersebut.



Akibat terlalu taksub dengan perkara khurafat, sekumpulan kaki ekor yang ingin cepat kaya sanggup membawa tebu dan pisang untuk menjamu dua ekor gajah hiasan yang terletak di pintu masuk Wat Siam, di Kampung Baru Padang Sanai, dekat sini.

Tindakan kaki ekor berkenaan yang membawa tebu dan pisang untuk menjamu gajah hiasan di Watthai Pradit Tharam itu menimbulkan rasa kurang senang masyarakat keturunan Siam di kampung berkenaan.Gajah diperbuat daripada simen setinggi kira-kira 2.5 meter itu dikatakan menjadi tumpuan kaki judi selepas mendakwa seorang kaki ekor mendapat habuan RM100,000 apabila kononnya mendapat mimpi nombor bertuah selepas mengunjungi gajah itu kira-kira lima tahun lalu.

Satu lagi cerita akibat terlalu hendakkan undi Cina,  Nizar dan rakan-rakannya sanggup pegang lilin dan sembah gambar Teo Beng Hock lepas tu dia kata antara sedar dengan tidak. kemudian dia pergi serata kampung mengatakan dia tak bersalah dan pada ketika pula dia bertaubat di atas kerja-kerja kurafat yang dilakukannya

Apa yang pentingnya kedua-dua itu adalah syirik(menyekutu Allah) wajar bertaubat nasuha




Saya mengaku saya kafir sekejap sebelum saya diingatkan oleh orang Umno supaya bertaubat, akhirnya saya bertaubat nasuha", itulah kata-kata yang telah dirakamkan semasa ceramah Pas di Kampung Seri Jaya. Bab ini memang Nizar patut dipuji kerana sedar dari melakukan kurafat bersama Nga Kor Meng dan Ngeh Khor Ham. Tetapi itu hanyalah sementara sahaja Nizar kembali berbohong kepada warga tua yang pencen di Kampung Seri Jaya mengatakan Umno mengharamkan tulisan Jawi. Dia juga mengatakan bahawa pihak British telah mengarahkan Umno mengharamkan tulisan Jawi. Lihatlah gambar dibawah siapakah yang cuba mengharamkan tulisan jawi.

Teresa Kok menunjukan rasa tidak puas hati kepada tulisan jawi di Jalan Taman Seputeh). Teresa Kok bersama dengan sekumpulan penyokong DAP telah membantah cadangan DBKL untuk menulis jalan jalan di Kuala Lumpur dengan tulisan Bahasa Malaysia dan Jawi pada 14 Februari 2008

Jom kita lihat pulak gambar ini

Teresa Kok bersama dengan tiga orang lagi ahli parlimen DAP menunjukkan cadangan nama jalan dalam Bahasa Malaysia, Cina dan India dan diserahkan kepada En Shaari (PA kepada Datuk Bandar KL). Tiada lagi tulisan jawi). Mengapa mereka tidak suka sangat pada tulisan jawi?

Di sini Nizar sudah berbohong kepada warga tua yang tidak tahu apa-apa kononya kerajaan BN lah yang mengharamkan tulisan Jawi. Nizar juga berkata haram syarie menyokong Umno. kesian warga tuan Kg. Seri Jaya di hari maulud Nabi Nizar sanggup berbohong kepada mereka. Lihat fakta dibawah:

Akhirnya pada 24 Julai, Chow Kon Yeow (Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang) berkata kerajaan negeri PKR dan DAP di Pulau Pinang bersedia menunaikan janji melabelkan jalan dengan bahasa tambahan, selain bahasa kebangsaan di Pulau Pinang. Nama jalan akan dibuat sebagaimana cadangan Teresa Kok pada 14 Februari 2008 janji bukan tulisan jawi.
Nizar juga mengatakan dia berjumpa dengan dengan Duli Tuanku Sultan Perak sebanyak 2 kali bagi mengadu kepada Tuanku bahawa, "Kerajaan patik telah diganggu oleh umno" katanya kemudian dikatanya "Tuanku murka"kepada warga tua Kg Seri Jaya.

Untuk pengetahuan pembaca sekelian Nizar berjumpa dengan Sultan Perak setelah 3 Adun sudah tidak mempercayai kepadanya yang lebih menyebelahi DAP. Nizar berjumpa dengan Tuanku setelah beratus-ratus ekar kayu balak telah diserah kepada DAP, beratus-ratus ekar tanah kampung Baharu telah diberi geran 999 tahun yang tidak pernah dibuat oleh Menteri Besar lain. Nizar jumpa Tuanku setelah beribu-ribu ekar lagi tanah bakal diserahkan kepada pengusaha haram Cina dari Seri Iskandar hinggalah ke Manjung. 

Ini membuktikan dia berbohong kepada penduduk iaitu warga tua Kg. Seri Jaya.

Nizar juga mengatakan Umno menjadi penderhaka kepada Sultan Perak, "geram sungguh aku kepada Umno, Sultan pun dia derhaka" kata seorang warga tua yang teliti mendengar ceramah Nizar . Jom kita lihat siapa yang menjadi penderhaka sebenarnya.

Juak haprak inilah juga yang pernah menyerang dan memecahkan kereta Raja Muda Nazrin ketika konflik negeri Perak.Mereka jugalah berbaring diatas jalan menghalang kenderaan Raja Muda. Dari pemimpin hinggalah kepada penyokong semuanya tidak menghormati institusi raja dan memperlekehkan kesultanan melayu .

Satu lagi pembohongan Nizar kepada warga Tua Kg Seri Jaya.

Ketuanan Melayu, "pergi jahanamlah dengan ketuanan Melayu", kata Nizar "Ketuanan Melayu sudah basi, haprak" disambut tepukan gemuruh oleh orang Melayu Kg Seri Jaya. 

Secara teknikal, konsep ketuanan Melayu merujuk kepada satu bentuk hubungan dan keadaan di mana bangsa Melayu itu seharusnya mendominasi segenap aspek kehidupan seperti sosial, politik dan ekonomi di tanah airnya berbanding bangsa lain yang turut menetap atau tinggal di tempat yang sama.

Hubungan ini tidak berbentuk feudalisme di mana melalui hak kelahiran, bangsa Melayu menjadi tuan manakala bangsa lain menjadi hamba atau orang suruhan. 
Ringkasnya, ia merujuk kepada satu bentuk manifestasi hubungan simbiosis, walaupun tidak sama rata, tetapi tetap memberikan faedah dua hala.

Dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara, terma ketuanan Melayu - dalam perspektif hubungan pelbagai kaum bermaksud satu keadaan di mana bangsa Melayu merupakan pemegang kuasa dan penerima hak istimewa utama dalam pemerintahan, pentadbiran dan perjalanan Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum.

Akhirnya Nizar mengatakan umno menghalalkan maksiat, mari kita lihat siapa sebenarnya yang menghalal maksiat.

Sebuah negeri yang disebut serambi Mekah diperintah oleh Tuan Guru yang sungguh mulia dihati penyokong Pas telah membiarkan maksiat berleluasa berhampiran dengan pejabat pentadbirannya sila klik di sini untuk mengetahui selanjutnya

Sedarlah wahai Nizar anda berbohong kepada ramai warga tua yang tidak tahu fakta sebenar sekadar sedap dengar Nizar berbohong, maka itulah hasilnya

Ada sebuah hadith yang meriwayatkan tentang larangan jangan berbohong ini:

Hadith dari Ibnu Umar r.a katanya: "Saya dengar nabi SAW bersabda:"Bagi tiap-tiap orang yang khianat (penipu) ada bendera yang dipancangkan tanda khianatnya di hari kiamat kelak." (Bukhari)

Rasulullah SAW menjelaskan sifat-sifat orang munafiq, di antaranya: Apabila ia berkata, ia berbohong, apabila berjanji, ia mungkiri dan apabila diberi amanah, ia khianat. Maka wajar jika Rasulullah SAW menyatakan bahawa berdusta atau berbohong itu termasuk dalam dosa besar.

Dalam sebuah riwayat diceritakan, telah datang kepada Rasulullah SAW, seorang lelaki meminta nasihat. Lelaki itu mengaku bahawa dia tidak dapat meninggalkan satu maksiat yang biasa dilakukannya, iaitu berzina.

Mendengar pengakuan jujur lelaki ini Rasulullah SAW berwasiat kepadanya:"Hanya dengan satu perkara: "Laa Takzib! (Jangan berbohong!)."

Ternyata dengan menjaga untuk tetap melaksanakan nasihat Rasulullah SAW itu, lelaki ini dapat menghindari perbuatan maksiat yang susah ditinggalkannya kerana setiap kali dia ingin melakukan zina, dia akan ingat kepada nasihat baginda itu.

"Bagaimana kalau saya ditanya oleh Rasulullah SAW? Jika saya menjawab:”Tidak, bererti saya telah berbohong. Jika saya mengaku bererti saya wajib dihukum", fikir lelaki tersebut sehingga telah berhenti dari berzina. Pas jangan asyik membohongi rakyat selesaikan pembinaan rumah dibawah
Rumah Oku yang dibina oleh Pas dan PKR


Sebuah blog upahan Pas Batu Gajah Mari sanggup memaki hamun orang Islam dengan perkataan ' haram jadah' kerana kononnya dikatakan 'menyentuh' pemimpin DAP iaitu Lim Guan Eng. Berlanjutan tersiarnya gambar Lim Guan Eng berketayap putih bersama Anuar Ibrahim blogger Batu Gajah Mari yang kononnya telah lulus sekolah pondok cukup berang terus memaki hamun.

Inilah gambaran pengikut Pas yang taksub dan sesat belum pun disiasat sepenuhnya lalu terus memaki hamun orang Islam terutamanya Umno. Gambar itu pun belum diketahui puncanya kemungkinan besar Lim Guan Eng sendiri yang mengedarnya supaya kekecohan risalah My Balik Pulau dapat disembunyi.

Sebagai blogger upahan pas sama juga dengan Cikgu Rahim yang sanggup mati demi Karpal Singh. 


Sejak mula diberi mandat oleh rakyat Pulau Pinang sendiri pada PRU12 Cina DAP sudah mula menunjukkan belang sebenar mereka. Cina DAP yang diketuai oleh Lim Guan Eng seorang Cina Melaka anak kepada Lim Kit Siang sudah mula mengatur langkah mereka sebenar setelah berpura-pura mencontohi pemerintah menjadi khalifah Umar Abd Aziz mendapta pujian dari pemimpin Pas.

Padan muka penyokong Pas pun dihalaunya, sebelum ini kerajaan BN tidak pernah menghalau pun

Kini Khalifah Lim (Umar Abdul Aziz) telah bertukar menjadi yahudi mabuk, menghalau orang-orang Melayu yang cuba-cuba menceburi diri dalam bidang perniagaan. Adakah pemimpin Pas dan PKR yang beragama Islam masih diam membisu setelah kedai-kedai dan rumah umat-umat Islam di Pulau Pinang.

Pemimpin Pas dan PKR yang dahulunya lantang bersuara kononnya untuk membela orang Islam kini terus diam dan membiarkan Cina DAP menghancurkan 'tempat cari nafkah' umat Islam di Pulau Pinang.

Kini Modus Operandi Cian DAP kian menyerlah mana-mana rakyat Pulau Pinang yang tidak menyokong DAP mereka akan menghalau dari Pulau Pinang. "Hendak tak hendak kita terpaksa juga sokong Cina DAP jika tidak kami dihalau dari bumi Pulau Pinang ini", kata seorang peniaga yang masih belum dihalau.

Inilah episod malang bagi umat Islam yang menyokong Pas dan PKR.


DAP tiada pilihan hanya akan memberikan sokongan penuh kepada Datuk Seri Muhamad Nizar Jamaludin untuk menjadi menteri besar Perak jika Pakatan Rayat berjaya merampas negeri Perak semula dalam pilihan raya umum akan datang dengan bersyarat iaitu:
  1. Nizar perlu memecahkan undi melayu supaya undi DAP akan menjadi undi paling tinggi dan berkusa penentu
  2. Nizar perlu memberi penekanan kepada orang Melayu bahawa DAP adalah kawan baik mereka walau pun dari keturunan komunis
  3. Nizar perlu lebih agresif memecahbelahkan orang Islam di Perak walau apa cara sekalipun
  4. Setelah Nizar setuju akan menjadi boneka kepada DAP iaitu dengan mempengerusikan mesyuarat Exco setelah keputusan dibuat oleh kepimpinan DAP
  5. Menjadikan Masjid-masjid sebagi pentas politik buat DAP demi menarik sokongan undi orang Melayu
  6. Yang akhir sekali sanggup mati demi DAP macam Cikgu Rahim Ahli Parlimen Kota Bharu

Inilah antara syarat-syarat yang perlu dipersetujui oleh Nizar jika masih mahu menjadi menteri besar Perak

Menurut Nga Kor Ming, Setiauasaha Agung DAP dalam ucapannya itu menyifatkan Nizar mempunyai rekod yang sangat baik sebagai MB Perak sebelum ini dan berjaya menjadi boneka yang setia

"Nizar juga seorang yang mempunyai intergriti yang menyebabkan dia adalah calon terbaik untuk jawatan itu," kata Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dalam ucapannya itu.

Nizar telah dipilih menjadi MB Perak ketika Pakatan memerintah sebelum ini walaupun PAS hanya mempunyai enam wakil dalm Dun Perak berbanding DAP dan PKR yang mempunyai lebih ramai wakil.



Makin lama makin menjadi puak-puak DAP ni! Peniaga juga menyatakan bahawa semasa pemerintahan BN, mereka tak dilayan kejam sebegini! Apalah salah besar sangat berniaga disitu? “Kami bukan kaya, nak berniaga pun kumpul modal anak-beranak. Pendapatan pun bukan banyak, peniaga kaum lain dibiarkan bebas berniaga tetapi peniaga kecil macam kami diganggu,“Kenapa kerajaan negeri Pulau Pinang tidak boleh bertolak ansur langsung? Dulu ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN), tidak pernah kami dilayan begini tapi keadaan sudah lain. Kerajaan negeri seolah-olah mahu menabur pasir dalam periuk nasi kami,dan akhirnya mereka hendak Melayu hilang dibumi Pulau Pinang” kata salah seorang peniaga gerai di negeri Pulau Pinang. 

Apa yang hendak dikatakan lagi ketika ini sudah tidak berguna lagi kerana pemilik gerai-gerai yang diroboh ini adalah penyokong kuat Pas, Pkr dan DAP semasa PRU12. Kononnya DAP akan memerintah lebih adil dari BN  sehingga sanggup meletakkan Lim Guan Eng(kafir) setaraf dengan Khalifah Islam


Kini lihatlah khalifah yang diampu-ampu itu telah melakukan perkara yang tidak kita terfikir akan berlaku. Kini menangis air mata darah sekali pun tiada apa yang boleh membantu hanya melihat dengan penuh keinsafan terhadap kesalahan diri kita yang mengundi mereka dahulu.


 OPS  Roboh Gerai oleh Kerajaan Khalifah Lim Guan Eng terus berterusan ,  Hari ini lagi roboh gerai di Taman Pelangi berterusan ke atas gerai-gerai orang Melayu di situ . Menurut member yang berada di sana bloggger MPP , hanya gerai orang Melayu dan warga asing sahaja menjadi mangsa regim Lim Guan Eng .

 PAS dok cakap ambil iktibar krisis di Mesir bahawa kerajaan yang zalim & menindas harus dijatuhkan rakyat . Ini baru 3 tahun sahaja memerintah , pentadbiran kerajaan DAP di ketuai Guan Eng lebih zalim lagi nampaknya dari 30 tahun pemerintahan Mubarak di Mesir .

 Tinggal kenangan sahaja buat peniaga2 Melayu di ..18 tahun dulu senang hari sahaja mencari rezeki .kini  baru sahaja kerajaan DAP perintah terus saja lenyap sekelip mata .

 Ini pulak gerai kaum depa yang tidak dirobohkan pun ... gerai2 orang Melayu sahaja diroboh . Lu cakap adil kepada semua bangsa di Pulau Pinang ?? Pembohong !!

Pegawai2 MPSP siapa boleh dok relaks saja di kedai2 kaum DAP ini  ... orang2 depa telah diselamatkan oleh proses kawtim la a.k.a RASUAH  DAP  !

untuk keterangan lebih lanjut untuk  isu ini  KLIK DI SINI 

Tahniah la kepada puak-puak kopiah putih PAS kerana berjaya membantu kerajaan DAP merobohkan gerai Melayu .   Adun Bukit Tengah Pakatan , Ong Chin Ween sendiri pun bohong sahaja cakap nak selamatkan gerai2 di sini tetapi  natijahnya kena juga roboh . Mungkin dia selamatkan kedai kaumnya sahaja tetapi yang orang Melayu dibiarkan roboh dengan zalim oleh kerajaan negeri .


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...