Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Showing posts with label Beauty. Show all posts
Showing posts with label Beauty. Show all posts

Kulit tak kusam lagi dengan Go Glo

Hello pembaca kesayangan,

Gambar dari google

Kebanyakan dari kita mengalami masalah kulit yang berbeza. Ada yang mempunyai masalah kulit tidak sihat seperti berjerawat, warna kulit tidak sekata malah ada yang mempunyai masalah kulit kering dan kusam.

Banyak faktor yang menyumbang kepada masalah kulit. Antaranya faktor-faktornya adalah :-

  • Stress/tekanan
  • Hormon tidak seimbang
  • Diet tidak sihat
  • Pendedahan terhadap sinar UV yang berlebihan
  • Kekurangan vitamin yang diperlukan untuk kesihatan kulit
  • Pengunaan produk kecantikan atau kosmetik yang tidak sesuai


Kali ini Misz-ella nak kongsikan dengan pembaca semua tentang produk Go glo Instant glow face lotion, lotion kecantikan yang dilancarkan baru-baru ini bagi mengatasi masalah kulit.


Go glo Instant Glow face lotion keluaran Galmour Cosmetics ini adalah lotion kecantikan berasaskan air yang dibuat khusus untuk menyerikan dan menangani masalah kulit. Ianya tidak menyebabkan lebihan minyak pada kulit dan dibuat dari bahan-bahan terpilih seperti vitamin C, E dan Glutathione serta dilengkapi dengan SPF 30 yang terbukti berkesan untuk melindungi kulit dari sinaran matahari.


Vitamin C yang terdapat di dalam Go glo Instant Glow face lotion bukan sahaja mampu mencantikkan kulit supaya ia menjadi lebih berseri malah ia juga mampu merawat masalah kulit seperti pigmentasi. Vitamin C juga merupakan bahan utama dalam pembentukan dan penghasilan colagen yang sangat diperlukan oleh kulit. Penggunaan vitamin C yang berterusan boleh menjadikan kita awet muda!


Selain dari itu, Go glo Instant Glo face lotion ini juga dilengkapi dengan SPF 30 bagi melindungi kulit kita dari sinaran UV yang boleh merosakkan kesihatan kulit. Ini menjadikan Go glo instant Glow face lotion  produk kecantikan yang bukan sahaja boleh menyihatkan serta merawat masalah kulit malah Go glo Instant Glow face lotion ini turut melindungi kulit kita dari sebarang masalah kulit yang lain. Pelbagai kebaikan boleh didapati di dalam satu tiub lotion seberat 30ml ini. Bagus, kan!

Misz-ella nak kongsikan pengalaman menggunakan Go glo Instant Glow face lotion ini. Ianya berwarna putih, teksturnya halus dan lembut, tidak berminyak dan berbau sedikit wangi *bau oren la you alls ...*


Sapukan pada seluruh muka ... dan Wow! Kulit nampak lebih cerah dan berseri dengan serta merta! Ianya tidak berminyak dan tidak melekit. Rasa ringan je pada kulit kita.

Paling best ialah Go glo Instant Glow face lotion ini telah mendapat kelulusan KKM. Ianya terbukti selamat maka kita boleh lah gunakan ia tanpa sebarang keraguan.



Go glo Instant Glow face lotion 30ml ini hanya berharga RM59 sahaja! Banyak kebaikan yang dapat kita perolehi dengan memakai lotion ini. Kulit lebih lembab *goodbye moisturiser* dan instantly glowing *wahhh .. kulit jadi lebih sihat dann berseri* siapalah tak nak, kan. Oopss bukan itu sahaja, buat mereka yang mempunyai masalah kulit seperti pigmentasi atau pun jeragat, gunalah Go glo Instant Glow face lotion secara konsisten dan berterusan, kandungan vitamin C, E dan Glutathione yang ada di dalam lotion ini mampu merawat masalah pigmentasi, asalkan you all rajin dan berdisiplin. Tak perlu juga bersusah payah menggunakan sun block atau sebagainya kerana ianya sudah dilengkapi dengan SPF 30. Pastikan Go glo Instat Glow lotion sentiasa ada dalam handbag kalau you all mahu ber aktiviti luar ye .. 2-3 jam sekali sapulah lotion ini untuk perlindungan yang optimum!


OK pembaca kesayangan, Misz-ella dah habis berkongsi tentang kebaikan Go glo Instant Glow face lotion dengan you all semua. Untuk maklumat lanjut mahupun pembelian lotion yang memberikan kesan glowing dengan serta merta ini, jangan lupa ikuti Instagram Go glo Instant Glow face lotion di di sini ye


 

Buttonscarves x Elfira Loyy perkenal The Maharani

Hello pembaca kesayangan,



Kali ini Misz-ella nak kongsikan kisah tentang pelakon Malaysia yang tidak asing lagi iaitu Elfira Loy. 


Pernah dikenali di Indonesia kerana pernah beberapa kali bergandingan dengan pelakon lelaki di sana, Elfira Loy baru baru ini mencipta sejarah tersendiri apabila disunting bekerjasama dengan jenama tudung popular, Buttonscarves yang berpangkalan di sana.

Malah lebih tepat, artis bertudung yang memiliki seramai 4.8 juta pengikut di Instagram itu menjadi artis Malaysia pertama bersatu dengan jenama dari seberang ini.


Sebagai permulaan Buttonscarves x Elfira Loy  hadir dengan sebuah koleksi istimewa dipanggil The Maharani Series yang sesuai digayakan di bulan Ramadan dan Syawal kelak.

Elfira berkata, kerjasama mereka tercetus dengan sekelip mata dan tanpa diduga. Malah ia bagai dirahmati dan dipermudahkan.

Apatah lagi isteri kepada  Muhammad Faris Khairol Anuar ini asalnya memang peminat tegar jenama yang sudah empat tahun berkembang di negara jiran itu.

Koleksi itu dilancarkan di Indonesia pada hari ini (24 April) yang juga hari pertama kita meraikan Ramadan penuh mulia.



Koleksi The Maharani Series memiliki 13 warna dengan motif yang mengangkat elemen senibina di India. Koleksi ini menggunakan bahan scarf kapas voal dan satin silk yang selesa untuk dipakai.

Hasil penjualan koleksi  tudung The Maharani Series ini juga akan digunakan untuk membantu mangsa wabak covid 19 di Indonesia dan Malaysia.



“Pada awalnya kerjasama itu mahu dimulakan selepas musim raya. Namun tanpa diduga ia dipercepatkan. Pihak mereka merancang untuk menjalankan fotografi sebuah  koleksi tudung di Jaipur, India dalam masa singkat beberapa bulan lalu.

“Ketika itu pihak mereka memikirkan perancangan itu terlalu tergesa gesa dan akan menyusahkan saya. Namun
apabila saya bersetuju, mereka tidak menyangka. Akhirnya terjadilah kerjasama koleksi The Maharani Series ini.



“Buat permulaan kerjasama ini berlangsung untuk dua bulan bermula April hingga Mei.  InsyaAllah tiada aral melintang, kerjasama ini akan berpanjangan,” kata pemilik nama penuh Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri ini.

Menurut ibu kepada Muhammad Rayyan Khalaf berusia enam bulan itu, kerjasama itu bermula daripada perbualan di kotak mesej langsung (DM) di Instagram.

“Dari DM, kami berlanjutan ke aplikasi WhatsApp.  Pendek kata, dari awal lagi ia berjalan dengan lancar. Saya juga anggap ini rezeki anak sulung.

“Saya sejak dua ketiga tahun lalu juga sebenarnya menjadi peminat secara diam kepada jenama ini. Kalau terbang ke Jakarta, saya akan membeli skaf dan tudung jenama berkenaan kerana materialnya cukup selesa dan kemas.

“Pada masa sama, saya dapat tahu mereka juga mengintai untuk bekerjasama dengan artis Malaysia. Difahamkan ada beberapa calon lain, tapi rezeki berpihak kepada saya. Sesuai dengan nama koleksi ini, saya yakin mereka yang memakainya akan berasa seperti seorang ratu atau maharani ,” katanya.

Ditanya mengenai menyambut Ramadan dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasa kerana mahu membendung penularan wabak Covid 19, Elfira mengakui akur dengan ujian terjadi.

“Jika Ramadan tahun lalu saya menyambutnya dengan keadaan berbadan dua dan kerterbatasan itu ini, nikmat bulan penuh keberkatan itu tidak terlalu dirasai.

“Jadi saya memang ternanti nanti Ramadan kali ini. Tapi siapa mampu menyangka kita didatangi ujian saat ini. Pasti terasa kerinduan kepada perkara yang selalu sinonim dengan bukan Ramadan seperti bazar dan solat Terawih.

“Tak mengapa kita tak perlu bersedih sangat. Kita raikannya dengan cara bersederhana,” katanya.

Sementara itu, pihak Buttonscarves melihat kerjasama terjalin dengan Elfira cukup tepat dengan personaliti, aura dan imej bertudung dimilikinya.

“Ini juga kerjasama perdana dan sulung kami dengan artis dari negara lain. Cita cita itu sudah lama dan akhirnya berjaya direalisasikan kini. Malaysia dan Indonesia sendiri negara serumpun yang berhubungan baik.

“Selama ini kami mencari calon yang sesuai berkolaborasi dengan Buttonscarves. Ternyata Elfira sudah menjadi seorang penggemar Buttonscarves sejak dulu. Personaliti dimilikinya juga menjadi terjemahan nuansa fesyen kami.

“Setelah berbincang kami pun memutuskan untuk menjalinkan kerjasama  khusus di bulan Ramadan ini. Kami juga merancang untuk membuka premis jenama tudung ini di tiga pusat beli belah di Malaysia termasuk Avenue K kelak,” ungkap Linda Anggrea selaku Pengarah Kreatif Buttonscarves.

Kata Linda lagi, koleksi ini dinamakan Maharani kerana gelaran itu di India diberikan kepada pemimpin wanita. 

“Dalam bahasa sanskrit India, erti nama Maharani merupakan gabungan dari kata Maha yang bererti Agung dan Rani yang dimaksudkan sebagi Ratu. 

“Koleksi ini diilhamkan dari istana di Jaipur, India yang merupakan destinasi terbaru Buttonscarves ketika sesi fotografi koleksi diadakan. 

“India merupakan destinasi yang masih tergolong unik dan patut diteroka keraan banyak menonjolkan keunikan seni bina, motif, dan budaya,” kata Linda lagi.



The Maharani Series boleh dibeli di laman sesawang, www.buttonscarves.com. Malah ia juga boleh dibeli di aplikasi Buttonscarves. Ketika ini pihak Buttonscarves turut memberi diskaun free shipping  kepada pembeli dengan pembelian RM200 ke atas.

Harga jualan bermula dari RM125 hingga ke atas.

Ketika ini jenama yang bermula sejak 2016 itu terus sukses bukan hanya di Indonesia. Malah di pasaran Asia Tenggara seperti Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam hingga sempat bertandang ke negara Uncle Sam.

Info
www.buttonscarves.com 
Instagram: buttonscarves

Butik Bokitta di Ramlee Mall, KLCC. Check it out!

Hello pembaca kesayangan,



Butik Bokitta yang terbaru telah dibuka di KLCC pada 27 Februari 2020 yang lalu. Lokasinya adalah di Lot 259 Level 2, Ramleee Mall, KLCC. Ini merupakan butik Bokitta ke enam dibawah A&A Empire Sdn Bhd selepas pembukaan butik-butik sebelumnya di Alamanda Shopping Centre, Aye@8 Putrajaya, Nu Sentral, Aeon Mall Shah Alam dan Setia City Mall.


Bagi seorang newbies dalam dunia hijab seperti saya, peluang untuk mengenali Bokitta secara lebih dekat lagi buat saya rasa sangat teruja maka di pagi 27 Februari 2020 itu, misz-ella.blogspot.com turut berada bersama-sama para media dan jemputan yang lain di majlis tersebut.


Majlis dibuka dengan ucapan dari Datin Ayu Roslan, Pengarah Urusan A&A Empire Sdn Bhd, pemilik Bokittalover.com.

Bokitta mula bertapak di Malaysia pada tahun 2016 dengan menekan kan elemen kesopanan dalam berfesyen sebagai satu entiti di muslimah Malaysia. Bokitta mementingkan keselesaan dan kemodenan fesyen tetapi dalam waktu sama patuh syariah. Pada awalnya team Bokitta melalui keadaan yang agak mencabar dalam usaha mengenalkan elemen kemodenan di kalangan masyarakat Malaysia kerana pada waktu itu perspektif kemodenan agak samar dan tidak jelas seperti hari ini. 

Pada hari ini, hijab bukan hanya sekadar sehelai kain untuk menutup aurat tetapi juga dianggap sebagai satu cabang fesyen - kata Datin Ayu lagi.


Turut hadir pada majlis tersebut adalah Ms. Ala Habsi, Bokitta's Co-founder & Director of R&D and Design, para selebriti dan peminat-peminat Bokitta.


Bersama kawan baik Misz-ella ~ Puan Sri Shariffa Sabrina dan Lady Rose. Comel, kan Misz-ella pakai Bokitta .. 😄

Buat Misz-ella sendiri, ini adalah shawl Bokitta Misz-ella yang pertama. Senang dipakai tak perlu cucuk pin tudung pun, material sangat bagus dan tahan lasak. I dah terjatuh cinta dengan Bokitta and look forward to have more *yesss .. let's do Bokitta shopping*




Buat A&A Empire Sd Bhd, Congratulations on the new boutique opening from misz-ella.blogspot.com. 

So buat peminat-peminat Bokitta yang berada di sekitar pusat bandar KLCC dan kawasan sekitarnya, mulai hari ini you all tak perlu risau lagi kerana butik Bokitta sudah berada di wilayah ini. Bokitta lovers dont forget to check it out, k.





Wirdora ~ Aksesori wanita dan lelaki ber Swarovski untuk lebih WOW!

Hello pembaca kesayangan,


Blog post kali ini Misz-ella tujukan buat mereka yang sukakan kecantikan dan mahu menyerlahkan penampilan agar tampil lebih cantik dengan aksesori terutamanya buat mereka yang berhijab. 

Subjek yang Misz-ella maksudkan di sini adalah Wirdora - pakar aksesori hijab yang menggunakan batu kristal Swarovski asli bagi menyerlahkan penampilan kita.

Bersama Puan Wirda

Kali pertama dikenalkan dengan jenama Wirdora melalui seorang teman, Misz-ella tergerak untuk mengenali produk aksesori wanita dan lelaki keluaran tempatan ini dengan lebih dekat lagi. Lalu pertemuan diatur dengan Puan Wirdalina Tauhed *juga dikenali sebagai Wirda*, di butik pameran Wirdora yang terletak di Ampang. Wahhh .. bahagia bijik mata Misz-ella sebaik sahaja melangkah kaki ke butik pameran Wirdora ini kerana disambut dengan sinaran kristal yang bergemerlapan dan berseri-seri di sana sini.


Wirdora diasaskan oleh Puan Wirda sendiri pada tahun 2017 dan merupakan Swarovski branding partner yang sah dimana kesemua batu kristal Swarovski Wirdora adalah asli ~ authentic dan setiap pembelian disertakan dengan seal tag & code no dimana pembeli boleh buktikan kesahihannya di laman web Swarovski sendiri.



Batu kristal Swarovski Wirdora yang cantik ini diimport dari Austria dan dipasang di Malaysia. Kualiti produk-produk keluaran Wirdora adalah setanding dengan kualiti produk-produk antarabangsa.






Antara aksessori wanita yang dikeluarkan oleh pihak Wirdora adalah Brooch ataupun kerongsang, pin tudung dan Scarf ring.


Buat kaum lelaki pula, Wirdora turut mengeluarkan butang baju melayu yang juga boleh dijadikan cuff link.

Wirdora menawarkan 2 kategori pilihan aksesori iaitu Luxe series dan Standard series.


Menggayakan koleksi butterfly dari luxe series

Setiap aksessori Wirdora di dalam kategori luxe, diberi sentuhan mewah dimana batu kristal Swarovski tersebut disalut dengan rhodium (rhodium plated). Rhodium adalah logam berharga yang juga tergolong dalam keluarga platinum.  Rhodium plated digunakan untuk memberikan permukaan yang lebih halus dan tahan calar.

  
 
Scarf ring rose gold 18K

Ada juga aksessori yang diberi sentuhan mewah dengan 18K white gold dan 18K rose gold.


Manakala kesemua jarum pin tudung Wirdora menggunakan stainless steel bagi memastikan ketajamannya terjamin dan terpelihara.



Setiap barangan Wirdora adalah dijamin kualitinya dan telah diuji  :-
  • ketajamannya
  • tidak karat
  • hypo allergenic
  • anti-tarnish
Selain dari itu, setiap produk Wirdora perlu melalui proses QC yang ketat seperti ujian ketajaman, ujian anti-falls dan berbagai lagi bagi memastikan kualitinya terpelihara. Bagi produk Wirdora dalam kategori luxe, setiap pembelian turut disertai dengan jaminan produk selama setahun dan lengkap dengan after-sale service.


Misz-ella bersama Puan Wirda

Bermula dari RM18  hingga RM350, produk Wirdora boleh didapati secara online dan offline. Buat mereka yang mahu membuat pembelian secara online, ianya boleh didapati di :-

Laman web Wirdora
Laman web fashion valet
Instagram Wirdora

Manakala pembelian secara offline boleh dibuat di physical store Fashion Valet yang terletak di Publika, Bangsar Village II dan IOI City Mall, Putrajaya. 

Selain dari itu, produk Wirdora boleh didapati melalui agent-agent Wirdora yang sah dan juga dengan cara berkunjung ke butik pameran Wirdora sendiri


Cantik, kan produk Wirdora yang Misz-ella gayakan ni .. walaupun ianya simple, tapi dek kerana sentuhan mewahnya, ia buat penampillan kita lebih berseri. Produk Wirdora juga boleh didapati secara bulk sales untuk memenuhi permintaan dari pelanggan yang mahu menjadikan produk Wirdora sebagai cenderahati buat tetamu di majlis perkahwinan, corporate gifts dan pelbagai lagi. 

So you all semua, bulan puasa dah dekat lepas tu kita semua akan berhari raya. Haruslah kita bergaya, kan ..  apa kata kita gaya kan produk Wirdora di hari raya ini dan tampil lebih wow dan bergaya. 

Sebarang pertanyaan berkenaan produk Wirdora, you all boleh hubungi talian telefon 019-274 1897 (Puan Wirda).



















Kulit bersinar bagai kilauan kristal dengan L'Oreal Paris

Hello pembaca kesayangan,



Jenama produk kecantikan terkenal, L'Oreal Paris baru-baru ini telah melancarkan  dua produk anti-penuaan iaitu L'Oreal Paris Revitalift Crystal Micro-Essence dan L'Oreal Paris Revitalift Day Cream yang baru dipertingkatkan dengan Pro-Retinol A dan SPF35 PA++ dan Misz-ella.blogspot.com telah dijemput untuk menghadiri majlis pelancaran tersebut.



Kedua-dua produk ini direka khusus buat wanita zaman ini yang mempunyai rutin harian yang padat dan sentiasa sibuk dimana ia mampu mengembalikan keserian dan keremajaan kulit dengan hanya dua langkah.



Hasil ujian klinikal mendapati 94% wanita mendapati kulit mereka lebih berseri, 96% mendapati kulit mereka lebih halus manakala 97% lagi mendapati kulit lebih lembap lebih lama hanya dalam masa 7 hari! Wow! Menarik, kan. Macam magik .. tetapi ia bukanlah magik kerana L'Oreal Paris telah memperkasakan kedua-dua produk ini dengan teknologi mikro. Ia mempunyai tekstur ultra-ringan yang membolehkan ia menyerap dan menembusi kulit dengan lebih pantas sehingga ke 10 lapisan kulit.


Dr. Kartini Farah Rahim, Pakar Perunding Dermatologi di AVISENA Specialist Hospital berkata cuaca Malaysia yang panas sepanjang tahun menyebabkan kita terdedah dengan sinaran UV yang boleh merosakkan kulit dan menyebabkan kedutan. Ye itu betul sekali sebab Misz-ella pun macam tu .. tengok cermin nampak kedut-kedut di muka *ohh sedih ...* tapi tak perlu sedih lagi kerana L'Oreal Paris Revitalift Day Cream mengandungi cantella asiatica, sejenis tumbuhan yang tumbuh di tanah lembap Asia yang berupaya untuk membaiki dan meningkatkan keanjalan kulit. Selain dari itu, ia juga berupaya untuk memperbaharui sel-sel kulit dan mengurangkan kesan kerosakan kulit akibat dari sinaran matahari. Selain dari itu, L'Oreal Paris Revitalift Day Cream juga ada Pro-Retinol yang tinggi dengan Vitamin A yang berupaya mengurangkan kesan penuaan foto kepada kulit.



Pelakon terkenal Siti Saleha turut hadir dan berkongsi pengalaman beliau menggunakan kedua-dua produk tersebut. Sejak mulakan rutin dua langkah ini, kulit beliau lebih berseri dan rasa seperti kulit baru. Paling penting, rutin penjagaan ini mudah dan ringkas, sesuai untuk jadual saya yang sibuk .. kata beliau.


L'Oreal Paris Revitalift Crystal Micro-Essence boleh didapati di dalam dua saiz iaitu 65ml (RM49.90) dan 130ml (RM79.90).



L'Oreal Paris Revitalift Day Cream SPF35 PA++ pula boleh didapati di dalam dua saiz iaitu 50ml (RM63.40) dan 20ml (RM29.90).



So, pembaca kesayangan, Misz-ella dah mula mencuba produk anti-penuaan ini. Tak sabar nak kulit berseri macam crystal. You all pun jom la sama-sama cuba. Mari la kita awet muda sama-sama, baru lah sehati sejiwa, kan!

Kedua-dua produk ini boleh didapati di farmasi dan kedai runcit utama di seluruh negara dan butir-butir lanjut tentang L'Oreal Paris Revitalift Crystal Micro-Essence dan L'Oreal Paris Revitalift Day Cream SPF35 PA++ boleh didapati di www.lorealparis.com.my atau ikuti Facebook L'Oreal Paris di https://www.facebook.com/lorealparismalaysia/




Buang bulu-bulu yang tak diingini secara kekal di Hairy Mary

Hello pembaca kesayangan,

Antara masalah yang sesetengah kita hadapi adalah lebihan bulu-bulu halus di anggota badan yang ada kalanya boleh menimbulkan rasa tidak selesa ataupun memalukan .. nak pulak untuk kaum perempuan. Kalaulah lebihan bulu itu tumbuh di atas bibir .. aduhai .. *terus rasa malu dan rendah diri*


Baru-baru ini Misz-ella telah diundang ke majlis perasmian cawangan ke tiga Hairy Mary, iaitu pusat menanggal/membuang bulu-bulu yang menggunakan teknologi laser terkini dari Korea.



Menariknya, cawangan Hairy Mary ke tiga yang lokasinya di A4-1-6 Solaris Dutamas, Publika ini dimiliki bersama oleh pelakon Ardell Aryana bersama sepupunya Dr. Por Yang Sheng yang juga merupakan seorang pakar Aesthetic.





Hairy Mary menggunakan teknologi yang dipanggil Thor Light Hair Removal yang berasal dari Korea dimana proses menanggalkan bulu-bulu halus dijalankan secara laser. Ianya lebih mudah, cepat, jimat dan lebih effektif.



Dengan adanya teknologi Thor Light Hair Removal yang moden dan canggih ini, kita tak perlu lagi membuang bulu-bulu dengan menggunakan cara lama iaitu bercukur.

Menurut Ardell, beliau telah sendiri telah terlebih dahulu mencuba teknologi tersebut dan berpuashati dengan hasilnya.




Saya telah merujuk kepada Ustaz dan mereka yang lebih arif dalam bidang agama sebelum membuat keputusan untuk membuang bulu-bulu tersebut. Islam itu sendiri mementingkan kebersihan. Tidak salah jika kita membuang bulu jika ia memudaratkan atau mendatangkan masalah-masalah lain. Contohnya, jika ada lebihan bulu di muka dan dahi kita, ia sedikit sebanyak menyukarkan untuk kita sujud dengan betul ketika bersolat .. kata Ardell lagi.


Sementara itu, menurut Dr. Por, teknologi canggih yang digunakan di Hairy Mary membuatkan proses menanggalkan bulu tidak sakit, lebih cepat, lebih efektif serta bersifat kekal. Premis perniagaan Hairy Mary memberi keutamaan kepada pelanggan wanita tetapi pelanggan lelaki juga boleh mendapatkan perkhidmatan merapi atau menanggalkan bulu di bahagian tertentu seperti muka atau jambang.



Misz-ella sempat menjenguk bilik-bilik rawatan yang disediakan buat pelanggan-pelanggan di sini. Biliknya kemas, selesa dan paling penting, sangat 'privacy'.



Hairy Mary dibuka setiap hari dari jam 10pagi hingga 7 malam. Buat pelanggan-pelanggan yang berhasrat untuk mencuba teknologi menanggal/membuang bulu yang moden dan canggih ini, sila lah telefon 0170452 3288 dan buat temujanji terlebih awal dahulu. Untuk maklumat lanjut, you all boleh layari www.hairymary.com.my. atau ikuti Instagram Hairy Mary di sini