Showing posts with label NASIONAL. Show all posts
Showing posts with label NASIONAL. Show all posts

Thursday, 28 February 2013

Program Santai Anak Muda Berkoperasi

Aktiviti : Malaysia Book Of Rocord "program Jom Chek Motosikal " serentak lebih 1000 buah motosikal ... untuk penyertaan dan maklumat lanjut boleh hubungi bahagian pendaftaran En. Mohd Nazrul no tel : 0199270787 tarikh tutup 4 Mac ... peserta Malaysia Book Of Records akan dberi T-shirt,Minyak Hitam Percuma, Sijil Penglibatan,Makan Minum.

Pertandingan Yang Akan Diadakan Adalah Pertandingan Willy Competition .. terhad kepada 100 penyertaan sahaja.. untuk penyertaan dan maklumat lanjut boleh hubungi bahagian pendaftaran En. Mohd Nazrul no tel : 0199270787 tarikh tutup 4 Mac ... hadiah utama sebuah motosikal

pertandingan kedua Ghymcana..terhad kepada 100 penyertaan sahaja...tarikh tutup 4 mac hadiah utama sebuah motosikal...untuk penyertaan dan maklumat lanjut boleh hubungi bahagian pendaftaran En. Mohd Nazrul no tel : 0199270787

ada 3 buah motosikal untuk hadiah utama cabutan bertuah.... hadiah lain 10 buah telephone pintar dan barang2 elektronik dan gadjet.

Thursday, 21 February 2013

@ismailsabri60 @KPDNKK Sasar 200 Pendaftaran Syarikat Baharu Menerusi PLT

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyasarkan 200 perniagaan baharu akan didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) tahun ini.

Menteri berkenaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bentuk perniagaan yang dikenali sebagai Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT), masih memerlukan pendedahan yang luas bagi memastikan rakyat benar-benar memahami tentang polisi dan syarat-syarat yang ditetapkan SSM.

"Sehingga kini, 14 syarikat baharu telah mendaftar di bawah PLT, dan saya percaya, dengan faedah-faedah yang ditawarkan menerusi perniagaan ini, orang awam akan lebih cenderung untuk memilih PLT sebagai bentuk perniagaan mereka," katanya kepada media selepas pelancaran PLT di sini hari ini.

SSM mewujudkan PLT sebagai pilihan tambahan bagi rakyat menubuhkan perniagaan, selain syarikat, milikan tunggal atau firma perkongsian.

Bentuk perniagaan ini menggabungkan ciri-ciri sebuah syarikat dan sebuah firma perkongsian yang memberikan perlindungan status liabiliti terhad kepada pihak yang berkongsi dan keanjalan aturan perkongsian kepada urusan dalam perniagaannya.

Konsep PLT akan menyokong perniagaan baharu, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan golongan profesional untuk berkembang tanpa perlu bimbang terhadap liabiliti dan asset peribadi dan keperluan pematuhan yang ketat.

Terdahulu, dalam ucapannya, Ismail Sabri berharap keistimewaan dan manfaat PLT ini akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan perniagaan di Malaysia dan dapat menjadikan negara ini sebuah pusat perniagaan yang kondusif dan dinamik di rantau ini.

"Risiko berkaitan perniagaan merupakan salah satu faktor penghalang untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan ini dapat dikurangkan melalui PLT kerana kerangka perundangannya dapat melindungi aset peribadi pekongsi perniagaan.

"Perundangan PLT juga mempunyai mekanisme perlindungan yang mencukupi untuk memastikan kepentingan pihak ketiga yang berurusan dengan PLT dan mereka yang berkongsi, turut dilindungi," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SSM Mohd Naim Daruwish berkata objektif PLT ialah untuk mewujudkan suasana perniagaan yang lebih kondusif dan kompetitif di Malaysia dalam era globalisasi masa kini.

"Pengenalan PLT telah mengambil kira keperluan komuniti perniagaan di mana perundingan awam, rundingan dan perbincangan dengan pihak berkepentingan telah diadakan untuk mendapatkan maklum balas bagi melaksanakan perundangan baharu ini," katanya.

Pihak awam dibenarkan mendaftar perniagaan sebagai PLT ini bermula 5 Feb 2013 melalui perkhidmatan dalam talian yang disediakan oleh SSM melalui portal MyLLP.

-- BERNAMA

PM Lancar Projek Bekalan Air 'Lifesaver 1M'

BETONG: Kira-kira 20,000 keluarga di negeri ini kini menikmati bekalan air bersih menggunakan sistem 'Lifesaver 1M' yang dimajukan di negara ini menggunakan teknologi nano British terkini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis melancarkan sistem itu di Beladin, sebuah bandar perikanan dan pertanian, kira-kira 60 kilometer dari sini yang merupakan sebahagian daripada kawasan Parlimen Batang Lupar.
Berucap pada sesi perjumpaan dengan rakyat di perkarangan masjid bandar Beladin, Najib berkata projek itu merupakan satu lagi testimoni usaha berterusan kerajaan Barisan Nasional meningkatkan taraf kehidupan rakyat.
Beliau berkata kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), membelanjakan RM60juta bagi melaksanakan projek itu.
"Dalam agenda pembangunan kita, kami beri perhatian membantu rakyat meningkatkan taraf hidup mereka melalui program transformasi.
"Kita mempunyai satu program dengan matlamat untuk membawa kemajuan dan pembangunan yang menyeluruh dalam negara dan untuk memperbaiki sistem penyampaian kerajaan. Kita juga mempunyai program transformasi luar bandar yang bermatlamat membina lebih banyak jalan, membawa lebih banyak projek bekalan air dan elektrik dan perumahan di kawasan luar bandar di seluruh negara," katanya.
Najib berkata program transformasi jauh lebih bermanfaat daripada agenda reformasi pembangkang yang hanya akan mencetuskan lebih banyak masalah dan kerosakan.
Oleh itu, beliau merayu kepada rakyat supaya memberi mandat kepada kerajaan dalam pilihan raya umum ke-13 bagi memastikan kejayaan program-program yang dilaksanakan kerajaan lebih-lebih lagi di Sarawak yang merupakan sebuah negeri yang luas dengan penduduk yang bertaburan.
Beliau berkata tidak seperti pembangkang, kerajaan BN sangat serius menunaikan janji-janji yang dibuat berhubung kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
"Mereka hanya pandai menabur janji manis yang tidak dapat ditunaikan dan ini bahaya.
"BN mampu berpegang kepada janji-janjinya kerana ia mempunyai sumber untuk berbuat demikian berikutan kedudukan ekonominya yang kukuh yang mencatat pertumbuhan 6.4 peratus pada suku keempat 2012, yang juga merupakan satu daripada yang tertinggi di dunia," katanya.
"Ini juga bermakna ekonomi kita sangat baik. Kita ada banyak dana untuk melaksanakan lebih banyak projek dan bantuan yang sangat-sangat bermanfaat buat rakyat seperti bantuan kewangan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) dan kini kita mengagihkan bantuan BR1M 2.0 yang lebih baik," katanya.
Najib mengulangi sekali lagi jika keadaan ekonomi membenarkannya, kerajaan akan mempertimbang pemberian BR1M 3.0.
Mengenai kerajaan BN, beliau mengulangi bahawa kekuatannya adalah kerana ia percaya dengan konsep perkongsian kuasa di kalangan pelbagai kaum di negara ini.
"Kita juga sangat kuat dan stabil kerana kita bukan sahaja berkongsi kekayaan negara tetapi juga pelbagai cabaran dan masalah yang datang kepada kita di mana kita percaya dalam perundingan bersama.
"Malah kita juga berkongsi perayaan semua kaum," katanya sambil menambah tidak seperti pembangkang kerajaan Selangor yang setiap kali berdepan masalah ia akan menuding jari kepada BN.
"Selangor kini berdepan masalah kekurangan air yang serius tetapi kerajaannya masih berdegil enggan berunding dan bekerjasama dengan kita bagi menyelsaikan masalah," katanya.
Sementara itu, Najib berkata beliau sangat gembira dengan lawatannya ke sini apabila mendapati warga emas sesetengahnya dengan hanya dua gigi menyambut beliau dengan mesra membawa plakad "Saya Sayang PM".
Beliau berkata ini satu petanda bahawa BN masih dekat di hati mereka dan menjadi pilihan mereka dalam pilihan raya akan datang. BERNAMA

Wednesday, 20 February 2013

Hentikan Khabar Angin Mengenai Situasi Di Lahad Datu: Musa Aman

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman meminta orang ramai supaya berhenti menyebarkan khabar angin mengenai pencerobohan lelaki bersenjata Kesultanan Sulu di Lahad Datuk kerana pihak berkuasa cuba melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan proses rundingan.
Beliau berkata, khabar angin itu hanya akan membawa kepada perasaan kurang senang dan menimbulkan kekacauan.
"Setiap orang dan saya maksudkan kita semua harus lebih bertanggungjawab," katanya selepas sesi taklimat mengenai situasi di Kampung Tanduo oleh Pesuruhjaya Polis Sabah pada Khamis.
Seramai 150 lelaki bersenjata diketuai oleh Raja Azzimudie Kiram, adik kepada Sultan Sulu, Jamallul Kiram III, menceroboh masuk ke perkampungan yang terletak kira-kira 160km dari Lahad Datu sejak 9 Februari lalu.
Kumpulan tersebut menuntut supaya mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan komuniti Suluk di Sabah tidak dihantar pulang ke Selatan Filipina.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk V K Liew berkata tuntutan kumpulan itu tiada asas.
"Berdasarkan fakta sejarah, Kesultanan Sulu tidak lagi wujud sejak 1930 apabila Filipina menjadi republik.
"Dalam hal ini, soal tuntutan tidak timbul sama sekali kerana dinasti tersebut sudah jelas dibubarkan," kata Liew yang juga seorang peguam dan Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP).
Di Manila, media Filipina melaporkan beberapa pegawai Presiden Benigno Aquino telah dihantar untuk memujuk Jamallul Kiram supaya memanggil pulang pengikutnya dari Sabah.

Monday, 18 February 2013

DS @ismailsabri60 : 77 peniaga ingkar

BERA - Sepanjang Skim Kawalan Harga Musim Perayaan dijalankan sempena Tahun Baru Cina ini, sebanyak 77 kes dikesan melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jumlah itu membabitkan satu pemborong dan 76 peruncit dengan nilai barangan yang dirampas RM7,273.35 serta jumlah kompaun yang dikenakan kepada peniaga RM9,000.

“Pada tahun ini, hanya dua kes yang melakukan kesalahan menjual lebih daripada harga siling berbanding tahun lepas enam kes. Sebanyak 70 kes didapati gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu, sementara lima kes pula, peniaga tidak mempamerkan tanda harga,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Sambutan Tahun Baru Cina peringkat daerah, dekat Triang, Bera, semalam.

Hadir sama, Ketua MCA Bahagian, Datuk Tang Hock Lok dan Ketua Pemuda MCA Pahang, Wong Yoke Loong.

Ismail Sabri berkata, berdasarkan statistik itu, beliau berpuas hati dengan sikap peniaga yang bekerjasama dengan pihak kementerian bagi memastikan pengguna tidak dibebani harga barangan kawalan yang terlalu tinggi.

Katanya, walaupun terdapat 75 kes apabila ada peniaga yang tidak mempamerkan tanda harga atau tidak meletakkan tanda harga berwarna merah jambu, namun mereka masih menjual mengikut harga siling yang ditetapkan.

“Saya berpuas hati dengan skim itu kerana ini menunjukkan sebahagian besar peniaga mematuhi arahan kerajaan.

“Skim ini akan diteruskan memandangkan ia memberi manfaat kepada peniaga dan pengguna, Jika tiada, peniaga akan sewenang-wenangnya menaikkan harga barang terutamanya menjelang musim perayaan,” katanya.

KPDNKK Temui Jakim Bincang Isu Air Jampi


KUANTAN, 19 Feb (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi membincangkan isu penjualan air jampi yang dilihat semakin berleluasa pada masa ini.

Menteri berkenaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata usaha itu juga diambil untuk mengawal penjualan air jampi di pasaran sekiranya terdapat unsur penipuan dan mendatangkan kekeliruan kepada pengguna.

"Kami akan bincang dulu dengan Jakim supaya kita boleh kawal air jampi yang menggunakan iklan yang boleh mengelirukan pengguna sekaligus menipu mereka," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) kepada 8,531 penuntut Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini, Isnin.

Beliau berkata walaupun tiada sekatan dikenakan terhadap penjualan air jampi di pasaran, garis panduan dan peraturan yang dikeluarkan haruslah ditepati peniaga produk itu terutama dari segi pengiklanan.

"Kami telah keluarkan peraturan bahawa tidak boleh mengeluarkan iklan yang mengelirukan semata-mata untuk menarik pengguna membeli sesuatu produk dan garis panduan itu hendaklah dipatuhi oleh mereka," katanya.

Beliau berkata kedegilan pengusaha produk untuk mematuhi peraturan itu boleh diambil tindakan kerana cuba menipu orang ramai.

Ismail Sabri berkata tindakan juga boleh dikenakan terhadap mereka yang mengeluarkan testimoni tidak tepat setelah menggunakan sesuatu produk kerana ia mengundang kekeliruan orang ramai terhadap produk itu.

"Testimoni pengguna kena tepat iaitu mereka mesti buktikan sesuatu produk yang diambil itu berkesan atau tidak ke atas mereka, sekiranya didapati testimoni tidak tepat, dia boleh diambil tindakan kerana menipu," katanya.

Sementara itu, beliau mengingatkan para penuntut supaya tidak menyalah guna BB1M dengan menukarkannya dalam bentuk wang tunai dengan pihak ketiga.

Tindakan itu boleh membantut hasrat kerajaan yang mahu meringankan bebanan penuntut ketika membeli bahan bacaan yang diperlukan untuk pembelajaran, katanya sambil menggalakkan mahasiswa membeli buku di koperasi universiti masing-masing.

-- BERNAMA

Thursday, 14 February 2013

2,300 belia Bera mohon lesen motosikal BL1M

BERA 13 Feb. - Seramai 2,300 belia yang tinggal di sekitar daerah ini memohon untuk mendapatkan lesen memandu B2 menerusi program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M).
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bera, Datuk Mohd. Azizan Che Omar berkata, menerusi program tersebut, Pergerakan Pemuda Bahagian itu turun padang bagi membantu dan memudahkan golongan terbabit mendapatkan lesen motosikal.
Katanya, berdasarkan sambutan tersebut membuktikan golongan terbabit yang selama ini menunggang motosikal tanpa lesen mempunyai hasrat untuk memohonnya tetapi atas faktor tertentu golongan itu mengambil sikap 'tidak kisah'.
''Kita tidak boleh memandang ringan risiko membawa motosikal tanpa lesen kerana jika terbabit dalam kemalangan ia bukan sahaja menyusahkan diri sendiri tetapi keluarga dan mangsa lain turut terbabit dalam kemalangan itu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita bagi mewakili Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merasmikan BL1M di Kompleks Rakan Muda Bera di sini semalam.
Menurutnya, lebih malang lagi jika terdapat mangsa lain yang turut terbabit dalam kemalangan itu meninggal dunia dan keluarga berkenaan bertindak menyaman pihak tertentu untuk menuntut ganti rugi.
Sehubungan itu, katanya, BL1M bukan sahaja memudahkan golongan belia mendapatkan lesen tetapi memberikan kesedaran kepada mereka supaya menunggang motosikal dengan cara yang selamat dan berhemah.

Amalkan toleransi, kerjasama - DS @ismailsabri60

BERA 14 Feb. - Rakyat perlu mengamalkan sikap toleransi dan bekerjasama bagi mengekalkan keamanan negara kerana tanpa semangat tersebut perpaduan kaum yang sedia ada tidak akan kekal lama.
Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keamanan hari ini bukan terjadi dengan sendiri tetapi sebaliknya merupakan hasil usaha pemimpin dan rakyat terdahulu yang banyak berkorban untuk mencapai kemerdekaan.
Sehubungan itu katanya, rakyat seharusnya menghargai keamanan negara walaupun hidup berbilang kaum dan mengamal kepercayaan agama masing-masing tetapi masih boleh hidup aman serta harmoni.

Tuesday, 29 January 2013

#RCI : Seramai 446,219 Pati Diusir Dari Tahun 1990

KAWALAN KETAT ... Anggota polis melakukan pemeriksaan ketat terhadap orang ramai yang ingin mengikuti pendengaran awam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang memulakan pendengaran awam kedua di Mahkamah Persekutuan, Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, Sabah pada Selasa.
 
KOTA KINABALU: Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah pendatang tanpa izin di Sabah hari ini diberitahu 446,219 pendatang tanpa izin di negeri ini telah diusir antara 1990 sehingga semalam.
Pengarah Pasukan Petugas Khas Persekutuan Sabah dan Labuan, Datuk Suhaimi Mohd Salleh berkata mereka terdiri daripada warga Filipina, Indonesia dan lain-lain warganegara.
Saksi kelima yang dipanggil semula memberi keterangan pada prosiding hari keenam itu berkata pada Januari tahun ini sahaja, 870 pendatang tanpa izin telah diusir ke negara masing-masing.
Kepada soalan pegawai pengendali Manoj Kurup, saksi itu berkata sehingga semalam 3,741 pendatang tanpa izin dari Filipina, Indonesia dan lain-lain warganegara telah ditahan di tiga buah Pusat Tahanan Sementara (PTS) di bawah seliaan Pasukan Petugas Khas itu.
Beliau berkata 1,899 pendatang tanpa izin ditahan di PTS Papar, PTS Sibuga (683) dan 1,159 di PTS Tawau. Suhami juga berkata pasukan itu membelanjakan RM72 juta bagi menjalankan aktiviti di skim-skim penempatan di negeri ini sejak 1990 hingga sekarang.
Saksi itu juga diminta menjelaskan peranan Pasukan Petugas Khas itu antaranya bertanggungjawab ke atas pendaftaran pendatang luar negeri di Sabah dan Labuan.
Beliau juga berkata pasukan itu juga mempunyai kuasa untuk menangkap dan menahan pendatang tanpa izin yang tidak mempunyai sebarang dokumen manakala pengusiran dilakukan oleh Jabatan Imigresen.
Katanya pasukan itu juga terlibat dalam memberikan dokumen iaitu sijil banci kepada pelarian Filipina di skim penempatan, yang datang ke Sabah kerana peperangan di negara mereka.
Beliau berkata pelarian yang diberikan sijil banci ini mesti memegangnya pada setiap masa dan ia boleh digunakan untuk memohon kad IMM-13 iaitu dokumen sementara.
Seorang warga Pakistan Parvez Khan Hussein Khan dalam keterangannya berkata beliau ada membayar RM330 kepada seorang kawannya yang bernama "Ikram", yang didakwanya telah meninggal dunia, bagi mendapatkan kad pengenalan (IC).
Parvez yang datang ke Sabah pada 1992 dan berkahwin dengan rakyat Sabah bersetuju bahawa IC birunya itu mempunyai masalah kerana dia memperolehnya dari "Ikram" bukannya dari JPN.Saksi ke-31 Nur Mohd Ibrahim, yang lahir di Tamil Nadu, India, dalam keterangannya berkata beliau membuat sendiri permohonan bagi mendapatkan IC tanpa pertolongan mana-mana pihak.
Nur Mohd yang datang ke Sabah pada 25 Mac 1981 berkata selepas enam tahun tinggal di negeri itu pada 1987 beliau memperoleh IC biru selepas dua kali memohon dengan sokongan surat akuan sumpah tetapi tidak ingat siapa yang menandatanganinya.
Saksi ke-32, Sofian Mohamat, yang berbangsa Kadazan pula memberitahu bahawa ada seorang Pakistan memintanya membayar RM1,000 bagi mendapatkan sijil lahir untuk tiga anaknya.
Sofian yang berkahwin dengan warga Islam Filipina yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri itu berkata, dia membayar wang itu tetapi dia tidak diberikan sijil lahir.
Beliau berkata anaknya tidak mempunyai sijil lahir kerana beliau tidak mendaftarkan perkahwinannya dengan Majlis Agama Islam Sabah, selain isterinya tidak mempunyai sebarang dokumen.
Sementara itu DSP Badaruddin Ismail, bekas pegawai cawangan khas, Bukit Aman yang menemuduga bekas Ketua Pengarah JPN Sabah, Ramli Kamarudin, berkata Ramli memberitahunya motif dia mengeluarkan resit permohonan IC baru dan hilang adalah untuk kepentingan dirinya.
"Menurut pendedahan beliau (Ramli) wang itu untuk dia sendiri, yang saya masih ingat setiap resit yang dikeluarkan beliau, beliau dapat RM250 bagi setiap resit. Motifnya untuk keuntungan diri sendiri untuk dapat duit," katanya.
Badaruddin yang kini bertugas sebagai pegawai turus, di cawangan khas, Ibupejabat Polis Kelantan sejak 2009 berkata jumlah keuntungan yang diperoleh Ramli yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah lebih daripada RM 1 juta.
Saksi itu berkata semasa menemuduga Ramli berhubung pengeluaran IC itu pada tahun 1996, Ramli mendedahkan kepadanya bahawa dia telah mengeluarkan 16,000 resit sementara itu kepada pendatang tanpa izin Filipina, India, Pakistan dan sebagainya.

Penyebaran SMS Iklan Kepada Pengguna Telefon Sedang Dikaji

KUALA LUMPUR: Kemeterian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sedang melihat kepada penyebaran iklan menggunakan khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) bagi mengelakkan pengguna diganggu oleh mesej yang diundang.
Menterinya, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata kementeriannya telah menerima banyak aduan berhubung penyebaran iklan melaui SMS kerana ada di antaranya mempunyai unsur seks.
"SMS yang dihantar kepada pengguna telefon sepatutnya tidak mengandungi mesej ingin memasarkan sesuatu produk,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Sektor Komunikasi, Kandungan dan Infrastruktur bagi Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) di sini pada Selasa.
Rais berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menilai aduan berkenaan serta berunding dengan syarikat telekomunikasi bagi mencari jalan penyelesaian.
Beliau turut mengesahkan, kementeriannya akan menilai kembali kos memuat turun lagu secara atas talian bagi memastikan syarikat rakaman serta penyanyi mendapat keuntungan sepatutnya daripada transaksi tersebut.
Rais turut menasihatkan industri pengiklanan di negara ini supaya memaparkan imej dan gambar masyarakat Malaysia dan Asia bagi mengimbangi wajah orang Europah yang terlalu banyak dipaparkan pada papan iklan mereka.
"Kita minta pihak industri, selain memfokuskan kepada nilai pengiklanan, mereka juga perlu menitik beratkan nilai estetika dan budaya masyarakat tempatan pada papan iklan dan adalah lebih baik jika mereka memperbanyakkan wajah orang Malaysia,” katanya.
Mengenai mesyuarat NKEA, Rais berkata pada 2012 industri kreatif mencatatkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya, dengan hasil pendapatan sebanyak RM12 bilion berbanding RM11 bilion pada 2011.
Beliau berkata sektor pengiklanan mencatatkan peningkatan paling tinggi, dengan mencatatkan keuntungan sebanyak RM10 bilion sementara sektor eksport bagi industri perfileman termasuk drama, dokumentari dan animasi turut mencatatkan peningkatan sebanyak RM1.8 juta melibatkan 27 syarikat yang terlibat dalam industri tersebut.

Rajagobal harap risikan di Bahrain berjaya

UALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad senior kebangsaan, Datuk K. Rajagobal berharap tinjauannya di Bahrain mampu membuahkan hasil menjelang kelayakan Piala Asia 2015 nanti.

Malaysia akan membuka kempen kelayakan Piala Asia 2015 menentang Qatar, 6 Februari depan.

Menurut Rajagobal, tinjauan di Bahrain telah memberi gambaran kepadanya terhadap kekuatan lawan Harimau Malaya.

"Saya ke Bahrain untuk melihat pasukan yang berada dalam kumpulan dengan Malaysia iaitu Bahrain, Yemen dan Qatar. Saya juga berkesempatan untuk melihat pasukan-pasukan lain dalam Piala Gulf," kata Rajagobal.

Pengendali berusia 57 tahun itu mengakui pasukan-pasukan terbabit berada di satu tahap yang berbeza dengan skuad negara.

Ia dibuktikan melalui beberapa aspek termasuk pengalaman pemain yang dimiliki, namun Rajagobal tidak menjadikan itu sebagai alasan untuk Malaysia tidak mampu beri cabaran.

"Kita kena pergi dengan fikiran yang positif dan berkeyakinan. Saya mahu pemain mengunakan kesempatan ini kerana kita tidak akan dapat peluang bermain dengan pasukan-pasukan tersebut."

Rajagobal ditemui sebelum berangkat bersama 24 pemain ke Emiriah Arab Bersatu UAE, pagi Selasa.

Ia bagi menghadapi perlawanan persahabatan dengan Iraq, Jumaat ini sebagai ujian pemanas badan menentang Qatar, lima hari kemudian.

Rangka wanita ditemui berhampiran KLIA

SEPANG: Rangka seorang wanita tanpa kepala ditemui pada rimbunan pokok mengkuang berdekatan Pusat Pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Rangka itu ditemui seorang pekerja pembersihan Sukirno Sukar, 53, pada jam 11.30 pagi.
"Saya merasa pelik kerana mayat reput itu tidak mempunyai kepala. Saya memeriksa kawasan sekeliling dan jumpa kepala wanita itu tergantung pada pokok serta diikat dengan tali," katanya kepada pemberita.


Turut ditemui bersama ialah pasport dipercayai milik wanita itu, kad kredit dan sejumlah wang kertas China.

Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Imran Abdul Rahman ketika dihubungi berkata, siasatan awal mendapati tiada tanda hentakan atau kecederaan pada bahagian kepala mangsa.

"Peringkat awal polis klasifikasikan sebagai kematian mengejut, mayat dah dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat, kemudian akan lihat hasil bedah siasat sama ada kematian mengejut atau sebaliknya," katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu atau kehilangan anggota keluarga atau rakan supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Mendiang Datuk Eddy Choong Dalam Kenangan

Badminton tanah air kehilangan pemain terhebat yang pernah dilahirkan apabila juara empat kali All-England, Datuk Eddy Choong meninggal dunia akibat komplikasi jantung dan pendarahan dalam perut di Pulau Pinang, semalam.





@ismailsabri60 : @PNS Tidak Diambil Alih Oleh Syarikat Dr Azizan Osman


PUTRAJAYA, 29 Jan (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menafikan dakwaan bahawa Perbadanan Nasional Berhad (PNS) akan diambil alih oleh syarikat milik Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Richworks Group of Companies Dr Azizan Osman.

Menteri berkenaan Datuk Seri Ismail Sabri berkata PNS yang merupakan agensi di bawah KPDNKK tidak boleh dijual kerana ia bukan syarikat perniagaan.

"PNS adalah perbadanan yang diwujudkan oleh kerajaan di bawah Kementerian Kewangan. Kalau dia nak beli dia mesti dapat kelulusan Kementerian Kewangan.

"Saya 'check' dengan Menteri Kewangan Kedua (Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah) tadi...no such things (tidak ada perkara sebegitu).

"Kerajaan selama ini tidak pernah jual perbadanan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini, Selasa.

Laporan akhbar hari ini yang memetik sumber, menyebut mengenai pengambilalihan itu.

Laporan itu menyatakan pengambilalihan itu diumumkan oleh Dr Azizan sendiri ketika Seminar Berani 2013 di Wisma MCA, Kuala Lumpur Sabtu lepas.

"Dia ini (Dr Azizan) pakar motivasi. Saya agak dia nak 'impress' kepada peserta motivasi...yang syarikatnya hebat, sehingga kerajaan pun sanggup nak bagi perbadanan kepadanya. Agaknyalah.

"Atau pun kenyataan (nak ambil alih PNS) itu mungkin bukan dari mulut dia," katanya.

Terdahulu Ismail Sabri menyerahkan peruntukan sebanyak RM4 juta kepada 11 NGO kepenggunaan dan bukan kepenggunaan antaranya Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Fomca, Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Majlis Belia India Malaysia.

Ia bagi membantu NGO berkenaan melaksanakan program dan aktiviti kepenggunaan yang dirancang tahun ini bagi meningkatkan kesedaran pengguna.

-- BERNAMA

Monday, 21 January 2013

Ini Buktinya : Bible Bahasa Melayu Sudah Masuk di Pulau Pinang


Pendedahan dibuat oleh lelaki ini sambil menunjukkan gambar dua orang lelaki yang dipercayai mengedarkan Bible tersebut di Pulau Pinang. Apa tindakan yang perlu diambil oleh Exco Agama Islam Pulau Pinang dalam isu ini?

PM @najibrazak bakal membuat lawatan ke Gaza

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan membuat lawatan ke Gaza minggu ini, dimana lawatan ini dianggap sebagai lawatan yang jarang dilakukan oleh pemimpin asing ke wilayah Palestin yang daif.

Menurut seorang pembantu kepada Perdana Menteri yang tidak mahu dikenali, Najib akan diiringi oleh Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah Aman dan beberapa pegawai lain untuk lawatan satu hari itu pada hari Selasa.

Pembantu tersebut enggan memberi butiran lanjut atau tujuan lawatan tersebut dengan mengatakan kenyataan rasmi akan dikeluarkan pada hari Isnin.

Di Gaza, pegawai rasmi memberitahu bahawa Najib akan tiba dari Mesir melalui sempadan lintasan Rafah dan akan berjumpa dengan pemimpin Hamas, Ismail Haniya sebelum mengadakan satu siding akhbar bersama.

Lawatan ini turut meliputi lawatan ke hospital Shifa yang terletak di bandar utama Gaza serta bangunan parlimen di sana.

Semasa konflik di Gaza November lepas, Najib menggesa kuasa-kuasa antarabangsa untuk memastikan Israel memberhentikan pencerobohan terhadap rakyat Palestin.

Perdana Menteri turut mengatakan bahawa Malaysia amat prihatin dengan krisis ini dan sedia membantu dalam bentuk apa sekali pun. Beliau turut menggesa Hamas iaitu gerakan Islam yang memerintah Gaza supaya mengelakkan diri daripada membuat tindakan yang akan menyebabkan konflik ini bertambah buruk.

Satu gencatan senjata antara Israel dan Hamas menamatkan pertelingkahan pada 14 hingga 21 Novmber lalu aygn menyebabkan 177 rakyat Palestin terbunuh termasuk 100 orang awam, enam penduduk Israel, empat orang awam dan dua tentera.

Emir Qatar, Sheikh Hamid Khalifa al-Thani membuat lawatan mercu tanda pada Oktober lepas ke Gaza dimana ia merupakan lawatan pertama oleh seorang pemimpin negara sejak Hamas mengambil alih wilayah itu pada 2007.



Thursday, 17 January 2013

Dr Mahathir: Saya beri kerakyatan ikut undang-undang


Mahathir Mohamad
Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub (kiri) bersama Dr Mahathir dan isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. 
 
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bertanggungjawab memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah semasa pentadbirannya.
Namun katanya, pemberian kerakyatan itu dilakukan mengikut undang-undang.
Menurutnya, apabila menjadi perdana menteri, beliau berkuasa dalam menentukan pelaksanaan dasar- dasar kerajaan.
“Malaysia menerima rakyat asing menjadi warganegara jika mereka memenuhi syarat- syarat tertentu dan ramai (rakyat asing) yang berada di Sabah melebihi 20 tahun dan bercakap dalam Bahasa Melayu.
“Mereka( rakyat asing) berhak menjadi rakyat dan yang menjadi masalah ialah ada orang tidak senang jika ada orang lain menjadi rakyat Malaysia walaupun mereka (rakyat asing) memang tinggal di Malaysia. Itu yang menimbulkan masalah,” katanya pada sidang media selepas program Bicara Minda Tun Dr Mahathir Mohamad di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.
Beliau berkata, rakyat asing berhak mendapat kerakyatan sekiranya memenuhi syarat ditetapkan.
“Saya bagi di zaman saya (menjadi perdana menteri) kerana mereka berulang alik dari selatan Filipina ke Sabah tidak menerima sempadan Sabah yang digariskan penjajah.
“Di Sumatera dan Semenanjung, kita menerima rakyat asing ini sebagai rakyat di sini,” katanya.
Dr Mahathir berkata, bekas Perdana Menteri pertama, Allahyarham Tunku Abdul Rahman melakukan perkara lebih teruk dalam tindakan memberi kad pengenalan kepada warga asing.
"Dia (Tunku Abdul Rahman) beri sejuta kewarganegaraan kepada mereka yang tidak layak. Jadi kenapa apa yang dia (Tunku Abdul Rahman) buat tak salah dan apa yang saya buat ini salah?
“Ya saya memang buat (beri kad pengenalan), tetapi mengikut undang-undang,” katanya. -sinarharian

PM nafi dakwaan, kata Deepak tidak kredibel

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyangkal dakwaan Deepak Jaikishan sambil menegaskan, beliau tidak ada sebarang kaitan dengan tindakan detektif bebas P. Balasubramaniam mengeluarkan akuan bersumpah kedua berhubung kematian wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Justeru, tegas Najib, pengedar karpet itu bukan seorang yang ada kredibiliti.
"Tidak benar. (Deepak) bukan seorang yang ada kewibawaan... ini bukan satu isu," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di sini malam ini.
Akhir bulan lalu, PKR menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis segera menyiasat kenyataan lima individu yang terlibat dalam memalsukan perakuan bersumpah Balasubramanam.
Mereka ialah Deepak, Datuk Nazim Razak, peguam Cecil Abraham, peguam Arulampalam selain Balasubramaniam sendiri.
Berdasarkan pengakuan Balasubramaniam dan Deepak, campur tangan sehingga akaun bersumpah tersebut diubah bersalahan di bawah Akta Akuan Berkanun 1960.
Pendedahan dibuat secara terbuka oleh Deepak dan Balasubramaniam sebelum ini. Justeru, beliau mempersoalkan mengapa Pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM, Hademan Abdul Jalail, beriya-iya menafikan penglibatan peguam senior, Cecil Abraham yang menghentikan siasatan terhadap Balasubramaniam.
“SPRM sangat bersungguh untuk nafi, tapi tak siasat. Balasubramaniam (sebelum ini) telah buat temujanji supaya dia disiasat, tapi tak terjadi,” katanya PKR.

TMJ nafi anggota Timbalan Setia Negeri berada di Stadium Sultan Muhammad IV

JOHOR BAHRU - Anggota tentera yang kelihatan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Baharu ketika perlawanan bola sepak antara Johor Darul Takzim dan Kelantan dua hari lepas merupakan anggota komando Rejimen 21 Grup Gerak Khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menafikan mereka yang lengkap bersenjata itu merupakan anggota tentera daripada pasukan Timbalan Setia Negeri Johor (TSN).
"Mereka (anggota Gerak Khas) berada di stadium kerana menerima arahan yang menyatakan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar akan mencemar duli menyaksikan perlawanan itu," titah baginda pada sidang media di kediaman baginda di sini hari ini.
Baginda bertitah kehadiran anggota Gerak Khas itu merupakan persediaan keselamatan sekiranya Sultan Johor, yang juga Kolonel Komandan GGK menyaksikan perlawanan terbabit.
Tunku Ismail yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor bertitah kehadiran anggota Gerak Khas itu merupakan prosedur biasa yang telah ditetapkan dan tidak perlu dijadikan isu oleh mana-mana pihak.
"Kita boleh tanya kepada para pegawai mereka (Grup Gerak Khas), mereka ditugaskan bersedia untuk kehadiran Sultan Johor," titah baginda.
Media hari ini melaporkan ketidakpuasan hati penyokong pasukan Kelantan berikutan kehadiran anggota tentera lengkap bersenjata yang disangka daripada TSN pada perlawanan antara kedua-dua pasukan dua hari lepas.
Sementara itu, Tunku Ismail juga melahirkan kekecewaan terhadap Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang tidak melakukan persediaan bagi mengawal keselamatan penyokong Johor yang hadir di stadium semasa perlawanan itu.
Tindakan Kafa tidak meletakkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bagi mengawal keselamatan penyokong Johor sepanjang mereka berada di stadium adalah amat dikesali, titah baginda.
Tunku Ismail bertitah pihak baginda menerima banyak aduan penyokong Johor dibaling batu dan botol oleh penyokong fanatik Kelantan.
"Selain itu para pemain dan penyokong Johor terpaksa menyelinap keluar melalui pintu lain selepas lampu limpah dipadamkan dan diiringi Polis Diraja Malaysia sejauh 20 kilometer meninggalkan stadium," titah Tunku Ismail. - Bernama

Parti komponen BN diarah siap sedia hadapi PRU-13: Najib


KUALA LUMPUR: Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) diarahkan siapsiaga bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) yang akan diumumkan tidak lama lagi.
Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak, berkata isu perbincangan pembahagian kerusi antara parti komponen dan calon yang akan disenaraikan hampir selesai.
Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, ketika ini BN mahu memastikan pilihan calon yang akan bertanding pada PRU-13 berdasarkan kebolehan dan penerimaannya di kawasan berkenaan.
"Pengumuman calon akan dibuat lebih awal tetapi saya masih belum membuat keputusan bila ia akan diumumkan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat BN di Menara Dato' Onn di sini, sebentar tadi