Showing posts with label 2013. Show all posts
Showing posts with label 2013. Show all posts

Tuesday, 19 February 2013

Nick Xenophon Tidak Layak Jadi Pemerhati Pilihan Raya - SPR

KUCHING, 19 Feb (Bernama) -- Senator bebas Australia Nick Xenophon ialah seorang yang berat sebelah, tidak profesional dan hanya memihak kepada sebuah parti sahaja, justeru itu tidak layak menjadi pemerhati pilihan raya, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata SPR pernah mengadakan perbincangan dengan Xenophon atas jemputan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi perkara yang ditimbulkannya sama seperti isu yang dibangkitkan parti pembangkang.

"Jadi pemerhati patut bebas, tidak berat sebelah, yang tidak betul tegur walaupun siapa buat salah...Bila bias (dia) tidak dapat hendak jadi pemerhati yang adil dan saksama. Dia mewakili parti politik tertentu, (untuk) jadi pemerhati tidak bolehlah begitu," katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Beliau sebelum itu merasmikan taklimat ulangan untuk 96 peserta terdiri daripada pegawai pengurus dan ketua pasukan Penguatkuasaan Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) Pilihan Raya Umum Ke-13.

Abdul Aziz berkata sebagai negara berdaulat, Malaysia tidak perlu mengikut telunjuk (individu dari) negara lain untuk melakukan sesuatu.

"Saya percaya negara dia pun (Australia) tidak suka kalau Malaysia beritahu perdana menterinya supaya melantik Malaysia jadi pemerhati atas sebab (kononnya) banyak perkara tidak betul berlaku, itu maknanya kita sudah campur tangan dalam kedaulatan negara lain," katanya.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata isu-isu yang cuba dibangkitkan Xenophon adalah isu yang sama yang disuarakan oleh parti pembangkang.

"Untuk makluman, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar pernah mengadakan perjumpaan dengan dia. Pertanyaan serta keraguannya boleh dikatakan tidak berbeza langsung dengan perkara-perkara yang selalu ditimbulkan parti politik (pembangkang), seratus peratus serupa.

"Walaupun sama, kami tetap beri penjelasan kepada mereka," katanya.

Menurutnya antara isu yang dibangkitkan ialah persempadanan kawasan pilihan raya dan daftar pemilih.

"Saya sendiri pernah terangkan isu itu kepada Duta Australia ke Malaysia...beliau faham dan mengatakan beliau tidak bermaksud untuk campur tangan dalam sistem kita, tetapi cuma untuk pemahaman beliau sahaja," katanya.



-- BERNAMA

Friday, 11 January 2013

#kl112 Himpunan Anjuran Pembangkang Tidak Cerminkan Suara Majoriti

KUALA LUMPUR: Kebanyakan rakyat di negara ini menyifatkan perhimpunan yang didalangi pembangkang sebenarnya tidak mencerminkan suara rakyat sebenar kononnya wujud kezaliman oleh pihak kerajaan terhadap rakyat.
Ironinya rata-rata rakyat ketika ditemui Bernama berkata pihak penganjur dan pembangkang sebenarnya yang melakukan kekejaman kepada rakyat apabila menganjurkan perhimpunan yang telah beberapa kali sebelum ini mencetuskan keganasan, kecederaan dan kerosakan harta benda awam.
"Perhimpunan seperti ini tidak ada manfaatnya, terlalu banyak kesan negatif apabila apa yang mereka (pembangkang) cuba sampaikan melalui perhimpunan itu sudah tidak bererti kerana ia bertukar menjadi rusuhan yang ganas dan merosakkan banyak benda," kata Teh Eng Hing, bekas Setiausaha Agung Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia, kepada Bernama pada Jumaat.
Bahkan katanya, apabila terlalu banyak perhimpunan diadakan, ia sudah menjadi 'biasa' dan tidak lagi memberi impak seperti yang diharapkan pembangkang.
"Senario di Malaysia kini, sikit-sikit ada perhimpunan, saya rasa lebih baik dibincangkan dengan saluran yang betul, jangan terlalu banyak perhimpunan, jika berbincang, apa yang mereka mahukan pasti lebih 'sampai' dan nampak intelek," katanya.
Ketua Unit Pelancongan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Noraza Yusof pula meluahkan kebimbangan perhimpunan kali ini turut mencetuskan huru hara seperti perhimpunan Bersih tahun lalu, seterusnya memberi impak negatif kepada pelancong.
Katanya, DBKL berusaha mencerminkan keharmonian dan keindahan ibu negara Malaysia di mata pelancong namun wujudnya perhimpunan seperti itu hanya akan menjejaskan usaha DBKL selama ini.
"Setiap Sabtu, DBKL mengadakan program lawatan Jejak Warisan, iaitu aktiviti berjalan kaki melawat bangunan bersejarah sekitar Dataran Merdeka.
"Ia (program) 80 peratus melibatkan pelancong asing dan selebihnya pelancong domestik, bayangkan sekiranya keadaan huru hara berlaku ketika pelancong itu sedang mengikuti program, ia akan memberi kesan negatif terhadap suasana Malaysia yang sebenarnya kepada mereka," katanya.
Seorang suri rumah, M. Rajeswary, 30, mempersoalkan apa lagi yang dimahukan pembangkang kerana hakikatnya kerajaan selama ini amat prihatin menyalurkan pelbagai bantuan secara menyeluruh kepada rakyat.
"Apa yang saya tahu kerajaan begitu banyak bantu keperluan rakyat seperti beri Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500, sediakan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan juga rebat telefon RM200.
"Saya pun tidak faham apa perlu perhimpunan ini yang banyaknya menyusahkan ramai rakyat," katanya.
Seorang kakitangan swasta, Kamaruddin Jaafar, 41, berkata rakyat sebenarnya sudah bosan untuk melihat perhimpunan tidak bemanfaat sebegitu.
"Memang rakyat takut, tapi rakyat juga sudah bosan, rusuhan dan pergaduhan berlaku sehingga merosakkan harta benda, inikah perhimpunan aman yang dijanjikan pembangkang? Hentikanlah...," katanya.-BERNAMA

Sayap Pemuda PR Anjur Detik Himpunan KL112 Di Dua Lokasi Malam Ini


KUALA LUMPUR: Ketiga-tiga sayap pemuda parti yang mewakili Pakatan Rakyat - PAS, DAP dan PKR akan mengadakan perhimpunan awal pada malam Jumaat di dua lokasi sebelum perhimpunan Kebangkitan Rakyat bermula pada Sabtu, 12 Januari.
difahamkan dua lokasi tersebut adalah di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini dan satu lagi di Dataran Anak Muda PJS, Taman Medan (Berhadapan Pejabat PAS Kawasan PJS), yang dijangka bermula pada pukul 9 malam ini.
Kedua-dua pertemuan tersebut merupakan acara awal sebelum berlangsung perhimpunan kemuncak besar-besaran pada Sabtu.
Dalam pertemuan malam ini juga difahamkan akan diadakan ceramah oleh pemimpin-pemimpin parti berkenaan dan juga NGO.
Himpunan Kebangkitan Rakyat (KL112) akan diadakan di Stadium Merdeka pada pagi Sabtu.

Sunday, 6 January 2013

Ezam : Rahsia Besar Anwar Terbongkar Bila Keluar Penjara 2004

AIDCNews – 05/01/13 – Senator Ezam Mohd Nor secara jujur mengakui walaupun pernah berjawatan Setiausaha Politik kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun tidak mengenali siapakah sebenarnya tokoh idolanya itu kecuali daripada kekaguman daripada aspek penampilan politik yang ditonjolkannya.
“Ada orang tanya, kenapa sekarang baru awak nampak siapa Anwar. Sebelum itu awak Setiausaha Politik dia. Mengapa sebelum itu awak mempertahankan beliau. Apakah sebelum itu awak tak nampak langsung tanda-tanda Anwar ni salah ?
“Jawapan saya, memang saya tak nampak. Saya tak tahu pun. Sebab macam saya sebut tadi, saya Setiausaha Politik beliau. Sebelum itu bekerja di IKD, bersama, membantu beliau, tetapi saya hanya berkhidmat kepadanya sebagai seorang Timbalan Perdana Menteri, seorang pemimpin.
“Saya tidak kenal Anwar sebagai seorang suami, seorang ketua keluarga, Anwar secara peribadi. Jadi saya macam yang lain juga rakyat Malaysia, lihat Anwar sebagai tokoh pemimpin yang tentunya hebat, sebagai pemimpin politik Anwar hebat, tetapi bezanya, yang lain lihat dari jauh, saya lihat dari dekat,” katanya dalam wawancara eksklusif dengan Antarapos.
Rapat Dengan Wan Azizah
Ezam berkata faktor pemenjaraan Anwar selama 7 tahun menyebabkannya sangat rapat dengan keluarga Anwar, terutamanya dengan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
“Bila tujuh tahun Anwar dalam penjara, saya jadi dekat dengan keluarga beliau, sebab Wan Azizah tidak ada pilihan pada masa itu.
“Semasa Anwar sebagai TPM, saya Setiausaha Politik beliau, saya tidak rapat dengan Wan Azizah. Sebab Wan Azizah adalah isteri Timbalan Perdana Menteri.
“Bila Anwar masuk penjara sahaja, Wan Azizah cari saya, minta tolong saya bersama-sama beliau bantu. Dan (ketika itu) Wan Azizah bukan lagi isteri TPM, dia isteri banduan masa itu.
“Dalam tempoh tujuh tahun itu, bukan sekadar saya, emak saya, isteri saya, keluarga saya bersama-sama dengan Wan Azizah dan anak-anak beliau, mengharungi hari-hari yang penuh cabaran. Sebab itu, kita menjadi satu keluarga yang cukup rapat.
“Wan Azizah panggil emak saya, bonda. Sampai macam itu punya rapat. Jadi bila kita rapat, tujuh tahun itu, barulah saya kenal keluarga Anwar Ibrahim. Tapi masa itu saya belum kenal Anwar sebab Anwar dalam penjara.”
Insiden-insiden Di Rumah Anwar
Ezam betul-betul mengenali Anwar apabila bekas Timbalan Perdana Menteri keluar penjara Sungai Buloh pada 2 September 2004.
Di situ juga berlaku insiden-insiden yang mendedahkan rahsia besar Anwar yang selama ini disembunyikannya.
“Bila Anwar keluar penjara pada tahun 2004, masa itu baru saya nampak Anwar yang sebenarnya.
“Bila Anwar keluar penjara keadaan sudah berubah. Dan kedudukan saya dengan keluarga Anwar pun berubah. Saya sudah menjadi sebahagian daripada keluarga beliau.
“Saya duduk dalam rumah beliau semasa Anwar bebas. Dan bila saya duduk dalam rumah beliau, jadi sebahagian daripada keluarganya, barulah saya lihat apa sebenarnya yang berlaku.
“Saya melihat macam mana reaksi Wan Azizah terhadap ‘beberapa perkara’, cemburu Wan Azizah bukan hanya pada perempuan tetapi juga pada lelaki-lelaki tertentu.
“Itu semua, saya nampak sendiri. Saya nampak. Dan itu menimbulkan satu perkara yang merungsingkan saya. Saya jadi keliru, sebab selama ini, saya memang tolak langsung, tetapi bila depan mata saya..Shamsidar contohnya datang ke rumah, Wan Azizah terus berubah muka. Shamsidar hulur tangan, Wan Azizah tak nak salam.
“Benda-benda macam ni, saya tengok. Ni semua berlaku secara natural. Jadi ia menimbulkan kesangsian yang cukup kuat pada diri saya. ”
Janji Peribadi Yang Misteri
Menurutnya, walaupun menyaksikan depan mata dan kepalanya ‘petunjuk-petunjuk’ itu, namun Ezam berkata bukti-bukti itu belum mencukupi untuk beliau meninggalkan Anwar.
“Yang betul-betul saya terpaksa membuat keputusan tinggalkan (Anwar) apabila keputusan bertulis tu lah pada tahun 2004.
“Anwar bebas 2 September 2004. Tapi keputusan penuh bertulis itu, beberapa bulan selepas itu. Keputusan bertulis itu, kalau kita baca betul-betul menunjukkan bahawa aktiviti homoseksual berlaku.
“Ketiga-ketiga hakim, termasuk dua hakim yang membebaskan Anwar, dia bebaskan tetapi dia sebut bahawa aktiviti itu berlaku. Bila saya baca, lagilah saya jadi sangsi.
“Dan saya berdepan dengan Anwar untuk dia jawab. Saya tak boleh terus menerus beri sokongan kepada beliau, apabila ada penghakiman bertulis Mahkamah Persekutuan yang jelas mengatakan beliau seorang homoseks. Tak kan saya nak sokong seorang gay ?.
“Dan ini bukan sahaja berasaskan satu keputusan penghakiman, tetapi yang dalam rumah tadi. Apa yang berlaku, jadi saya berdepan dengannya.
“Anwar jawab, ‘Ini semua konspirasi, saya akan minta peguam saya untuk buat permohonan keluarkan setiap ayat yang mengatakan saya ni peliwat’.
“Itu dia janji pada saya. Dia janji kepada seluruh penyokong PKR di rumahnya, dia buat ceramah dalam beberapa malam, sebab dia tahu saya dah..jadi dia nak yakinkan saya, saya ingat lagi dia kata, ‘Saya akan hantar peguam untuk memohon memadamkan frasa-frasa tertentu dalam keputusan bertulis itu.
“Itu 2004. Hari ini dah 2012. Awak boleh semak kat mahkamah, apakah Anwar buat ? Anwar tak buat. Dia tak buat permohonan. Dia ada hak untuk buat permohonan, dia sepatutnya buat, sebagai menjaga prinsip moral sebagai pemimpin.
“Kalau sayalah, saya tak buat benda tu, orang kata saya buat, tentu saya akan lawan sampai saya mati. Sebab ini bukan soal main-main. Ini soal moral saya.
“Anwar ada ruang untuk buat dan dia dah janji nak buat. Tapi dia tak buat. Jadi sebab itu, saya rasa, saya tidak ada local standi lagi, tiada ada asas untuk saya lagi untuk terus memberikan sokongan kepada Anwar. Jadi saya menunggu masa yang sesuai. ”
Ikutilah pendedahan selengkapnya dari Ezam yang dianggap luahan dari hati ke hati dengan menonton rakaman di atas.

Anwar Ibrahim gagal tandingi kebijaksanaan Mahathir!


Belantan - Kononnya Anwar Ibrahim, mantan Menteri Kewangan di era UMNO, punya pengetahuan ekonomi super hebat. Malangnya amanah yang diberikan Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri di waktu itu kepada Anwar untuk merancang kewangan negara berkecai di tengah jalan.

Anwar boleh berkepak dan berkokok bahawa dia dapat menyelamatkan negara jika dipilih menjadi bakal perdana menteri bersemayam di Putrajaya kalau Allah swt dan rakyat merestuinya. Tapi Allah telah menguji taraf kemampuannya untuk mengatasi ekonomi negara pada tahun 1997-98 bilamana penyangak mata wang, George Soros, memporakperandakan ekonomi berbagai negara di Asia.

Anwar dalam kepanikannya terpaksa merayu dan meminta nasihat dari tokoh IMF, Camdessus untuk mengatasi kemelut tersebut. Dia sendiri tidak yakin para pakar ekonomi anak tempatan boleh mengatasi krisis kewangan tersebut.

Nasihat IMF bukan untuk memulihkan kembali kestabilan kewangan negara. Sebaliknya dia memberi nasihat untuk menghancurkan lagi ekonomi Malaysia mencadangkan dihapuskan subsidi kepada rakyat, menaikkan pembayaran bulanan kad kredit dari 5% menjadi 15%.

Rakyat jadi panik. Di Indonesia Suharto terpaksa akur dengan desakan IMF kerana Indonesia banyak berhutang dengan badan kewangan antarabangsa tersebut. Akhirnya Suharto digulingkan oleh rakyatnya sendiri.

Mahathir dapat membaca kilat dalam kilau mainan politik Anwar yang bersekongkong dengan IMF. Dengan tegas dan cepat Mahathir bertindak. Dengan menggunakan kepakaran ekonomi anak watan, Mahathir mengadakan kawalan ketat ringgit Malaysia.

Ringgit tidak boleh diperdagangkan di luar negara. Semua ringgit di luar negara mesti masuk kembali dalam negara dalam masa sebulan dari tarikh pengumuman kawalan ringgit. Ringgit di luar pesisir Malaysia tidak akan laku lagi selepas masa sebulan dari pengumuman kerajaan. Keuntungan dari transaksi bursa saham Kuala Lumpur tidak boleh di bawa keluar negara dalam tempoh setahun.

Ya, Mahathir dikecam hebat oleh Bank Dunia, IMF, Amerika dan negara-negara Barat lainnya. Mereka yang taksub dengan retorika Anwar mengecam Mahathir senada dengan kecaman Amerika, Britain dan Yahudi yang menguasai IMF, Bank Dunia dan beberapa kerajaan Barat lainnya.

Mahathir persetankan segala kritik terhadapnya. Dia tahu apa yang baik untuk negara dan rakyat dan berani mengambil risiko politik dan ekonomi dengan berpegang pada perjuangannya untuk membebaskan Malaysia dan rakyatnya dari menjadi boneka Amerika dan budak suruhan IMF.

Akhirnya Mahathir berjaya dengan tindakan beraninya itu. Ekonomi Malaysia kembali pulih lebih cepat dari Indonesia, Thailand, Filipina dan Korea Selatan yang menjadi mangsa Soros, billionair Yahudi yang didukung Amerika.

Seorang ahli ekonomi yang mendapat hadiah Nobel bidang ekonomi menulis dalam bukunya memuji kebijaksanaan Mahathir menangani ekonomi negara. Malah mantan Presiden Amerika, Clinton, sewaktu melawat Malaysia memuji kebijaksanaan Mahathir.

Beliau berkata kabinetnya memberi tumpuan khas membicarakan dasar polisi kewangan Mahathir tersebut kerana mereka kagum dengan keberanian Mahathir memulihkan ekonomi negara.

Inilah bukti sejarah yang rakyat Malaysia masih mengenangkan jasa-jasa besar Mahathir. Mahathir tidak bijak berpidato berapi-api seperti Anwar untuk memukau rakyat dengan segala mantra politiknya. Dia meletakkan kepentingan negara dan rakyat di atas kepentingan dirinya.

Takdirnya dia tidak mampu menyelamatkan ekonomi negara besar kemungkinan dia juga akan digulingkan oleh Anwar yang berkiblat ke Amerika seperti mana Habibie di Indonesia yang mendapat restu dari Pakcik Sam untuk menggantikan Suharto.

Sekarang Anwar berkokok lagi (Rujuk Sinar 4 Disember: Anwar ulangi janji akan turunkan harga petrol jika Pakatan Rakyat menang dalam PRU13). Kononnya dia dapat mengukuhkan ekonomi negara sekiranya harga minyak diturunkan. Kalau harga minyak turun bermakna harga barang-barang lain juga ikut turun.Selanjutnya


sumber : pisau.net