Showing posts with label MH370. Show all posts
Showing posts with label MH370. Show all posts

Wordless Wednesday 34# Al Fatihah

Berita yang menyedihkan. Tetapi kita harus redha dengan ketentuan ALLAH. Takziah untuk keluarga. Moga ia jadi pengajaran berharga untuk iktibar kita semua



Ya Allah Ya Tuhanku, sekiranya ketentuanMu telah termaktub di Lauhul Mahfuz, maka kami redha dengan nya, Namun kami sebagai hamba-hambaMu juga punya pengharapan yang tinggi kepadaMu wahai Tuhanku, Engkau Maha berkuasa diatas segala sesuatu, ditanganMu kami pasrahkan permintaan kami..

Ya Allah Ya TuhanKu, apalah sudi kiranya dengan kebesaranMU yang tidak akan berkurangan sedikit pun ketika mana Kau mengabulkan doa kami..maka kami menadah tangan dan memohon kepadaMu Ya Raab, ampunilah sahabat kami Zaharie Ahmad Shah yang belum kami temui jasadnya. Sekiranya beliau masih hidup kembalikan lah beliau dan mereka-meraka yang bersamanya kepada kami...Sekiranya beliau telah kembali kepada pengabdian di sisiMu, ditempat yang kekal selama-lamanya maka kau pelihara lah beliau disana sementara menantikan kepulangan kami semua kepadaMu.

Berikan lah Rahmat dan MaghfirahMu kepadanya...dan kerehatan abadi disisiMu...sebagai seorang syuhada yang mendapat tempat termulia di sisiMu..Ameen Ya Rabbal 'Aalaameen..

Wordless Wednesday 33#


Ya Allah....sungguh pedih sekali 'KEHILANGAN' dalam hidup...namun ada yang lebih pedih..bahaya..dan kemuncak kemusnahan...APABILA HILANG 'ALLAH' DARI HIDUP...maka hidup akan berjalan tanpa akses dengan pusat kawalan al-Quran dan al-Sunnah..hidup sudah tidak berjalan pada laluan radar..orang lain semakin dekat dengan syurga..saat kita kehilangan 'ALLAH' dalam hidup..rupa-rupanya perjalanan kita melencong menjauhi syurga mendekati neraka. Nau'zubillahi...

Masuk Hari ke -12 Misi Mencari Dan Menyelamat Pesawat MH370

Ya Allah....permudahkan urusan kami...ganjarilah semua yang diuji dengan ganjaran yang amat besar dariMu...



#Teruskan Berdoa Untuk MH370
#Let's Keep On Praying For MH370

DoaBuatMH370

Alhamdulillah, kita bertemu lagi dengan penghulunya segala hari. Hari yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh orang - orang yang beriman bagi menambahkan saham akhirat mereka. Pada hari ini ganjaran amalan kebajikan seseorang akan dibalas dengan berganda sebagaimana dinyatakan oleh Sayyidina Abu Hurairah RA yang diriwayatkan oleh Imam ath-Thabarani bahawa Junjungan Nabi SAW bersabda: " Ganjaran bagi segala kebajikan digandakan pada hari Jumaat". Makhluk Allah selain Bani Adam juga tidak ketinggalan menunggu dan bergembira dengan kedatangan hari yang mulia ini. Hujjatul Islam Imam al-Ghazali rahimahullah menyebut bahawa Ka`ab al-Ahbar RA menyatakan bahawa haiwan dan mergastua apabila bertemu antara sesama mereka pada hari Jumaat akan mengucapkan "Salam, Salam hari yang baik."

Marilah kita sama-sama berdoa, sekiranya mereka masih bernafas, semoga Allah lindungi mereka dan sekiranya mereka telah tiada, berdoa semoga Allah memberikan petunjuk dimanakah lokasi mereka ketika ini.. dan berbaliklah kita kepada kententuanNya.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, segala sesuatu itu telah ditentukan olehMu...jika Engkau berkata "Kun Fayakun" jadi maka jadilah ia, maka selamatkanlah & lindungilah mereka yang berada di dalam pesawat MH370...sesungguhnya hanya Engkau yang mengetahui....

Amin Ya Rabb....







"KUN FAYA KUN"


Bila Allah berkehendak serta menghendakinya, dan pabila Dia telah menetapkan sesuatu maka Allah berfirman kepadanya: "Jadilah", maka jadilah dia. Begitulah beberapa ungkapan ayat-ayat kun [jadi] maka faya kun [jadilah] dalam al-Qura’an.

Oleh itu saudara dan saudariku sekalian,janganlah kita degil dalam menerima sesuatu perkara yang memang telah di tentukan Qada dan Qadarnya, meniadakan,serta berbantah-bantahan tentang kehendak dan kekuasaan Allah,kerana Allah itu serba 'MAHA' segala-galanya,


Jika Allah  berkehendak bila-bila saja dan dimana-mana saja, tiada tempat berlindung dan tiada tempat bersembunyi dari-Nya.

Sesungguhnya tiada yang mustahil bagi Allah Taala... 

Siapalah kita untuk mempertikaikan kekuasaan dan kehendak Allah!!! 

Berikut adalah ayat-ayat 'KUN FAYA KUN' dalam Al Quran:-

[Al Baqarah:117]
Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia."

[An Nahl:40]
Sesungguhnya perkataan Kami terhadap sesuatu apabila Kami menghendakinya, Kami hanya mengatakan kepadanya: "kun (jadilah)", maka jadilah ia".

[Yaasiin:82]
Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya:"Jadilah!" maka terjadilah ia".

[Al An'aam:73]
Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataan-Nya di waktu Dia mengatakan: "Jadilah, lalu terjadilah", dan di tangan-Nyalah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui

[Al Mu'min:68]
Dia-lah yang menghidupkan dan mematikan, maka apabila Dia menetapkan sesuatu urusan, Dia hanya bekata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia".

[Maryam:35]
Tidak layak bagi Allah mempunyai anak, Maha Suci Dia. Apabila Dia telah menetapkan sesuatu, maka Dia hanya berkata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia".

[Ali 'Imran:47]
Maryam berkata: "Ya Tuhanku, betapa mungkin aku mempunyai anak, padahal aku belum pernah disentuh oleh seorang laki-lakipun." Allah berfirman (dengan perantaraan Jibril): "Demikianlah Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Apabila Allah berkehendak menetapkan sesuatu, maka Allah hanya cukup berkata kepadanya: "Jadilah", lalu jadilah dia.

[Ali 'Imran:59]
Sesungguhnya misal (penciptaan) Isa di sisi AllAh, adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya: "Jadilah", maka jadilah dia.


At this time, silence is golden. Keep on praying

‪#‎prayforMH703‬

*sumber dari google*

WordLess WedNesday 32 #

Masuk Hari ke -5 Misi Mencari Dan Menyelamat Pesawat MH370

Tragedi pesawat MH370 juga mengingatkan kita tentang kuasa ALLAH yang mengatasi segala2nya. Walaupun kita memiliki kecanggihan peralatan dan sebagainya, tetapi sehingga kini masih belum ditemui. Ya Allah, permudahkan mereka2 yang berusaha mengesan dan membantu mangsa2 PESAWAT MH370 tersebut. Jom sama2 kita sesama ummat ISLAM Solat Hajat moga MH370 ditemui...




MAS MH370, pesawat penerbangan Boeing 777-2H6ER dibeli pada tahun 2002 yang dikhuatiri hilang.





Berikut merupakan wajah 12 crew dan 38 penumpang dari pesawat #MH370 Malaysia yang terlibat dalam misteri kehilangan pesawat MH370. Sama-sama kita memperbanyakkan doa semoga Allah melindungi mereka dan kembali dengan selamat.





Segala usaha telah dilakukan. Kita manusia hanya mampu berusa. Selebihnya biar Allah yang tentukan. Namun selagi belum#mh370 ditemui doa dan usaha tetap akan diteruskan.



Alhamdulillah,

Terima kasih kepada semua negara-negara luar yang bekerjasama dalam misi mecari pesawat #MH370 yang hilang sejak awal pagi sabtu 8/3/14.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, segala sesuatu itu telah ditentukan olehMu...jika Engkau berkata "Kun Fayakun" jadi maka jadilah ia, maka selamatkanlah & lindungilah mereka yang berada di dalam pesawat MH370...sesungguhnya hanya Engkau yang mengetahui....


Amin Ya Rabb....
              
Sayunya melihat Video ini, Menitis air mata bila mengenangkan nasib mereka , kami sentiasa doakan yang terbaik buat semua penumpang dan anak kapal #mh370 . Kembalilah dengan selamat.

Terjemahan: "MH370, kami berharap radar akan dapat melihat kamu. Jika kamu dengar, teruskan terbang pada ketinggian kamu sekarang sehingga kamu sampai ke destinasi.

Kami akan lapangkan jalan untuk kamu. Semua orang akan berbesar hati memberi kamu peluang untuk mendarat terlebih dahulu.

Langit cerah, dengan suhu di Beijing sebanyak lima darjah celsius, agak sejuk. Tolong pakai kot kamu untuk memanaskan badan.

Ingat untuk peluk ahli keluarga dan sahabat setelah kamu turun. Mereka sayangkan kamu, benar-benar sayang kamu."


sumber : themalaymailonline.com & fb

Please Come Back #MH370



Kapten Zaharie
Saya mungkin tidak kenal tuan,
tetapi saya tahu, tuan sudah lakukan yang terbaik
saya mungkin tidak tahu pandu pesawat
tetapi saya tetap tahu tuan akan lakukan terbaik
saya mungkin sedih dengan hilangnya MH370
tetapi saya tahu keluarga tuan lebih sedih dari saya
kami sedih kehilangan MH370
tetapi saya tahu tuan, jiwa tuan lebih cedera dari kami semua

MH370...
Selagi mereka belum temui rangka kamu
kami di seluruh dunia berharap kamu akan kembali dengan selamat.
kalau ada orang jahat larikan kamu
Kami merayu, kembalikan MH370 ke KLIA
atau terbangkan kamu ke Beijing
seluruh dunia menanti khabar kamu.
Saya harap kamu baik-baik sahaja

Kita mungkin tidak pernah bertemu wahai MH370
tetapi hari ini semua orang mencari-cari kamu
hari ini semua orang menanti kamu
hari ni dunia risaukan kamu
hari ini semua orang sebut kamu

Muncullah MH370
ada jiwa yang menanti anaknya
ada jiwa menanti suaminya
ada jiwa menanti kakaknya abangnya adiknya
ada jiwa menanti isterinya
ada jiwa menanti ibunya
ada jiwa menanti ayahnya
ada jiwa menantikan anaknya

Jiwa kami dan jiwa mereka tidak sama
Kami sedih tetapi tidak akan ada yang lebih sedih dari mereka
Mereka dan kami mungkin bukan sebangsa, seagama
tetapi darah kami sama
merah pekat warnanya

Kasih sayang kami sama
Tuhan, dengan cinta dan rahmatMu
temuikan MH370 segera.
Kami sudah sedia
Kami sudah redha
Kami tahu Kau ada
Kau menentukan segalanya...

Manusia aneh-aneh jiwanya
kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata
sudi kiranya kamu diam sahaja

Manusia aneh-aneh jiwanya
kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata
sudi kiranya tadahkan tanganmu berdoa

Manusia aneh-aneh jiwanya
Kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata
sudi kiranya kamu tutup mata dan telinga.

Manusia aneh-aneh jiwanya
Walau siapa pun mereka, apa bangsa mereka
Kita tetapi mengalirkan darah yang sama
baik kalian diam dan bacalah cuma.

MH370 muncullah kamu segera
kami semua akan bersedia.



Sumber :fb

PrayForMH370

Selamat menunaikan Solat Sunat Dhuha. Jangan lupa teruskan berdoa. 



Menanti Kamu MH370

Langit sudah bertukar kelabu,


Kesedihan melanda terpahat di kalbu,


Seluruh dunia menanti beritamu,


Muncullah nanti seperti selalu..


Andai tercalar tinggalkan lah petanda,


Andai terguris tunjukkan lah di mana,


Andai ada tunjukkan lah rupa,


Tidak nanti kami tertanya..


Sudah tertulis janji bersemi,


Lautan biru bertukar merah,



Ya Allah Ya Tuhan kami,


KepadaMu kami berserah.



Hasil nNkilan
Saiful -BROTHERHOOD
9/3/2014


Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un 

(انّا للہ و انّا الیہ راجعون)


"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami 


kembali."


#PrayForMH370 & Hentikanspekulasi

Sumber :fb
 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in