Monday, July 7, 2008

Pop-up message yang mengganggu

Pop-up message yang mengganggu

Setiap kali melawat blog-blog; Doc Tokasid, Perjuangan Hidup dan beberapa blog yang lain, saya diganggui oleh “pop-up message” dari MS IE; Error: Not implemented at line 179 in http://(nama blog), seperti contoh di atas.

Blog-blog ini saya dapati semuanya menggunakan gadget Waktu Solat dari Waktu Solat Net. Malah apabila saya sendiri menge-install gadget yang sama di laman blog saya, “pop up message” ini akan tertera apabila laman blog ini dibuka.

Dalam sebuah blog yang dilawat, saya ditemukan Waktu Solat yang disediakan Al-Azim Dot Com. Saya menge-install-nya dalam blog Izzuddin8084 dan mendapati kesempurnaan tanpa sebarang “pop-up message”.

lukmanw@uum.edu.my

Wednesday, July 2, 2008

Blog Pilihan; http://chekedondon.blogspot.com/

Blog Pilihan

http://chekedondon.blogspot.com/

Blog Chekedondon, Unipro Fishing Club ini direka khusus untuk Kelab Memancing Unipro Fishing Club dengan tema Chekedondon.

Blog ini memaparkan aktiviti memancing member Unipro Fishing Club.

'Unipro' adalah singkatan dari nama tempat kerja majoriti Chekedondon members yaitu di Unisem (M) Berhad, Simpang Pulai, Ipoh, Perak Darulridzuan. first board publist listed semicon company. 'Pro' Fishing pula membawa maksud Kaki Pancing.

Formal Club adalah Unipro Fishing Club.

Berminat untuk sertai Unipro Fishing Club, telefon;
Kenny di no 012-4370292 atau
Zul 019-5120088 atau
emel ke
uniprofishingclub@yahoo.com

Tuesday, July 1, 2008

Inginkan photo dengan “frame-frame” yang menarik?

Inginkan photo dengan “frame-frame” yang menarik?

Laman Image Chef ini menyediakan pelbagai ”frame-frame” untuk phot-photo anda. Terdapat juga pelbagai gadget-gadget lain seperti banner (sepanduk), buku nota dan sebagainya.

Anda perlu mendaftar di laman ini;
http://www.imagechef.com/, kemudian pilih “frame-frame” yang tersedia untuk di-upload dalam blog anda.


Monday, June 30, 2008

Cara membuat link (URL Link)

Cara membuat link (URL Link)

Nampak gayanya sehari dua ini Cikgooden sibuk “menyolek” blognya. Antara yang baru dicubanya ialah membuat link (URL Link). Seorang kenalan blognya iaitu; Penyu Biru mencadangkan satu posting dari blog Carca-Marba untuk dijadikan panduan bagaimana untuk membuat link ini.

(Rujuk posting pada blog Carca-Marba untuk membuat link ini)

Sekadar tips tambahan;

1. Elakkan dari menaip alamat link (URL Link) dalam kotak “Enter a URL”, terutamanya jika alamat URL ini terlalu panjang.
2. Dengan menggunakan tetingkap lain (window), buka laman web yang hendak di-link-kan itu.
3. Highlight dan copy alamat URL pada ruangan sebelah kiri penjuru atas tetingkap browser laman web tersebut. Rujuk gambar di atas.
4. Kemudian paste dalam kotak “Enter a URL” ini.
5. Selamat mencuba.


Perlu bijak nilai maklumat dalam blog


Thursday, June 26, 2008

Paparan Waktu Solat

dengan default lokasi di Ipoh



Paparan Waktu Solat

Saya adalah salah seorang penghujung kerap laman Dr. Tokasid. Mesej “pop-up” berkaitan “html scrip” pada Waktu Solat yang muncul pada laman Dr. Tokasid ini amat mengganggu saya. Rujuk posting sebelum ini. Saya telahpun menghantar email kepada penyedia Waktu Solat ini iaitu www.waktusolat.net, memaklumkan kemungkinan terdapatnya kesilapan pada “html scrip” mereka.

Malam semalam saya terjumpa satu lagi gadget Waktu Solat yang disediakan oleh Al-Azim Dot Com. Saya terjumpa gadget ini di dalam sebuah blog yang merujuk saya ke laman Al-Azim Dot Com, sebuah portal dakwah dari Melaka.

Selain dari menyediakan “html scrip code” untuk di-copy-paste-kan, laman ini juga menyediakan panduan untuk mengubahsuaikan “html scrip code” ini supaya bersesuaian dengan lokasi pilihan kita.

Lokasi “default” dalam “html scrip code” tersebut adalah Bandar Melaka. Berpandukan panduan yang diberi, saya mengubah lokasi “default” dalam blog Izzuddin8084 saya ke Ipoh.

Selain dari itu terdapat juga panduan menukar “skin” colours & fonts serta paparan untuk potrait atau landscape

Bagaimanapun saya terpaksa membuat sedikit pengubahsuaian dari segi saiz (height & wide) untuk membolehkannya berada di tengah-tengah ruang yang ada.

Jutaan terima kasih kepada sdr. Roslan (
roslan@al-azim.com) atas usaha anda menyediakan gadget ini. Hanya Allah S.A.W sahajalah yang mampu membalas usaha anda ini.

Semoga kita sama-sama manafaatkan gadget ini.


Laman Al-Azim Dot Com, portal dakwah di Melaka


Blog Dr. Tokasid yang masih ada mesej "pop-up", kemungkinan terdapat kesilapan "html script code" pada gadget Waktu Solat

Tuesday, June 24, 2008

Kreatifkan mesej anda


Kreatifkan mesej anda

Selain dari hanya memaparkan mesej dan pesanan secara text, anda juga boleh memaparkannya dengan menggunakan rangka (frame) ataupun kotak. Terdapat pelbagai grafik menarik yang boleh di-up-load dari internet. Salah satunya ialah penggunakan rangka "buku nota kecil" ini.

Penyataan


Blog ini http://manafaatblog.blogspot.com/ lahir setelah dipinta oleh ramai kenalan agar membantu menghasilkan blog pertama mereka. Secara jujur saya hanya mulai memblog dari Jun 2007, kerana itu sudah tentu masih belum layak digelar ”Guru Blog”. Oleh demikian saya memohon agar blogger-blogger di luar sana dapat bersama-sama menyumbangkan satu-dua panduan, nasihat, tips & tricks, teguran dan sebagainya ke blog ini.

Oleh itu tiada tuntutan hak cipta dan milik dalam laman ini. Sebarkan, cut & paste-lah sesuka hati. Molek seandainya dinamakan blog ini sebagai rujukan pada setiap sebaran diambil atau cut & paste.

Semoga kita sama-sama boleh manafaatkan blog masing-masing.

Ikhlas dari saya;
Lukman Bin Wan Mat Daud
lukmanw@uum.edu.my,
Tel.(DL)/Fax; 04-928 4898
Terima kasih.

Tarikh lahir blog ini; 11 Mei 2008 (Ahad) jam 11.45 malam.