Berehat Sebentar Bersama

Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Wednesday, December 4, 2013

Tutorial Smecc Lapis Chez Blueberry


Salam Rabu yang penuh kepeningan..Ni tengah rest setelah Manja tantrum berjam lamanya..Peningnya Allah sahaja tahu..Dengan keadaan tiada orang gaji dan laki menambahkan lagi level kesengsaraan aku kala ni..Disini updatekan step by step buat kek choch berlapis chez ini..Disebabkan ramai yang request mau buat ni kek so mama bagilah langkah2 bergambar..Resepi ni memang ambil dari blog Dayang Jack yang cantik jelita..Makasih Dayang...


Ni bahan2 buat lapisan coklat tanpa telur tapi gebus tau..

SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE





Bahan-bahan : loyang bulat 6"/7"


·                     1 cawan tepung gandum (*akak guna superfine flour)
·                     1 sudu kecil baking powder
·                     1/2 sudu kecil soda bikarbonat
·                     1/2 cawan serbuk koko (*akak guna Van Houten)
·                     2 sudu besar susu tepung
·                     1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
·                     1 cawan gula perang (*akak kurangkan sikit)
·                     1 sudu kecil esen vanilla
·                     1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
·                     secubit garam
·                     1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung (*akak guna minyak jagung)
·                     1 sudu kecil cuka atau jus lemon (*akak guna jus lemon)

Cara-cara :

1.                   Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.

2.            Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
3.            Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
4.            Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.





Rupa sebelum tambaj jus atau cuka..


Rupa lepas tambah cuka atau jus lemon..Ia akan secara automatik jadi sebati dan cantik..
Adunan tadi bahagikan sama rata kepada dua bahagian..


Kukus kan dahulu separuh adunan coklat dalam 15 minit..!/2 lagi simpan untuk lapisan atas kek..

Sementara menunggu lapisan coklat masak, blendkan dahulu adunan chez..


Lapisan Keju :
  • 300g krim keju (pada suhu bilik)
  • 1 biji telur
  • 60g gula kastor
  • 1/2 sudu kecil jus lemon/jus oren/esen vanilla
  • 2 sudu makan tepung gandum
Lapisan Keju :
  1. Putar krim keju hingga hancur. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar hingga berkrim.
  2. Masukkan telur satu demi satu. Putar lagi hingga rata.
  3. Masukkan jus lemon/jus oren atau esen vanilla. Putar lagi.
  4. Akhir sekali masukkan tepung. Putar hingga sebati. 


Sumbat jak semua bahan dan blend hingga sebati..


Selepas tuang adunan chez, terus dropkan bluebbry atas adunan chez tadi..then tutup dan kukus lagi selama 15 minit


Rupa adunan chez yang masak di kukus..
Langkah akhir masukkan lagi separuh adunan coklat yang kita tinggalkan tadi..Kukuskan lagi 15 minit..


Siap sepenuhnya..
Selamat mencuba!!!

Wednesday, September 25, 2013

Kek Kukus Mable

Salam Rabu..Bila balik setiap hari selasa, mood mama akan rasa sangat teruk..bila teruk, akibatnya banyak benda mau di makan..Dengan kelas yg sangat memenatkan tanpa rehat, sambung dialog..Memang mood akan ke laut..Akibatnya mama terkukus kek mable yang sangat sedap dan maveles ni..Seperti sebelum ni, mama akan berjinak-jinak dengan kukusan disebabkan bil elektrik yang tinggi tiap bulan..So, kek pon mama kukus jak bila terasa kepingin mau makan..


Tara..
Mama bagi 5 bintang !!!
Rasa yang sedap disamping kewangian butter yang OseM!!!!
Makasih banyak2 kepada empunya resepi Chef Norzailina



Sangat enak dimakan di waktu petang..

Bahan-bahan...:
  • 1 cawan mentega
  • ¾ cawan gula kastor
  • 3 biji telur
  • ¼ cawan susu pekat
  • ¼ cawan serikaya
  • 1½ cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu besar koko
  • 1 sudu kecil vanila
  • Sedikit pewarna merah jambu, hijau, kuning, ungu, jingga
Cara membuat
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.
  2. Masukkan susu pekat, serikaya dan vanila. Kacau rata dan bubuh tepung gandum bercampur serbuk penaik.
  3. Bila sebati, bahagikan kepada 7. Warnakan berbeza termasuk satu adunan dengan koko.
  4. Sudukan selang seli ke dalam mangkuk (aluminium) yang sudah dilengser dengan marjerin dan alas dasarnya dengan kertas kalis minyak. Tutup dngn aluminium foil dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.
* Untuk kek lebih lembut, tambah 2-3 sudu besar susu segar/cair. Jika bahagi ke dlm mangkuk2 kecil, masa mengukus lebih pendek


Butter yang di campurkan bersama organic sugar..


Bancuhan yang kembang..


Bila kembang, letak 3 biji telur dan putar lagi..tambah sikit esen vanilla..
selepas tu letak kaya, susu pekat, dan tepung gandum yang telah dicampur bersama serbuk penaik..
Saya menggunakan serbuk penaik organic sebab anak akan ikut mamam petang..


Gaulkan adunan guna sudu pon okey ja masa ni..Lepas tu anda bolehlah membahagikan adunan tepung tadi kepada 3 bahagian dan letakkan pewarna  makanan yang anda mahu..


Adunan yang sedia untuk di kukus..


Saya menggunakan dandangan saja untuk mengukus kek petang ni..


Kek yang sangat gebus..


Bahagian atas sangat halus sebab kali ni mama teringat untuk membuang "angin" pada adunan sebelum dikukus..Jadi kek akan nampak mulus tanpa ada kawah gunung berapi yang mencacatkan pemandangan atas kek..Ho..ho..



Selamat mencuba!!!


Sunday, September 22, 2013

Kek Coklat Blanded


Salam Ahad yang indah..Setelah penat kelas ganti sabtu kemarin, badan2 memang sakit di setiap sudut..Namun kepenatan di sekolah terpaksa mama lupakan disebabkan anak-anak request minta kek coklat..Mau beli, memang bergegar poket hujung bulan ni..Faham-faham saja, dompet kalo dibuka pada hujung bulan macam ni ,  seperti kita mengupas kulit bawang..Mengalir air mata tiap kali kupas kulit bawang,  begitulah mengalir memikirkan cukup kah sampai hujung bulan ni..ha..ha...Ops..tersasar pulak mama dari tujuan asal mau share resepi kek kukus yang mama ambil dari my Resepi..Kek Coklat Blanded yang menggunakan minyak masak,,


               Tara..Biar muka jeleks, asal jimat duits..ho..ho...

Bahan-bahan 
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan serbuk koko (kalau nk lebih gelap tambah sesudu lg)
3 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bicarbonate
secubit garam
Klik di sini untuk isi bahan
Cara-cara
panaskan oven,sapu minyak @ majerin pd acuan.

ayak tepung,koko, soda bicarbonate & baking powder.

mesin telur, susu & gula hingga gula hancur & berbuih dgn blender cili.lepastu masukkan minyak & garam.blend untuk 5-6 saat lagi.

campurkan bahan blend td ke dalam tepung. gaul rata2 & boleh la dimasukkan kedalam acuan yg telah dipanaskan.

bakar dgn suhu 180'c selama lebihkurang 40 minit. 


Mama masukkan semua bahan kering seperti dalam resepi asal..


Blendkan telur , gula dan susu pekat..Bila sudah berbuih, masukkan lagi minyak masak dan blend lagi..


Campurkan bahan kering dan basah..


Mama kukus sebab mau jimatkan elektrik yang sangat mahal okey..


Kek yang siap dikukus..Bila sudah masak baru mama teringat yang mama lupa kuarkan angin sebelum mengukus..tu pasal ada lubang angin atas permukaan kek,,Ni akibat buat kek mau cepat saja..

Resepi Ganache Simple :

·                     1/2 cwn serbuk koko
·                     1 cwn gula
·                     2 1/2 cwn air (boleh ganti fm)
·                     1/2 cwn tpg jagung
·                     2 sudu besar majerin/ butter
Masuk semua bahan ke dalam bekas dan masakkan atas dapur dngan menggunakan api kecil, sentiasa dikacau. Bila nampak telah pekat sikit, tutup api dan sejukkan sebentar. Sapu terus disekeliling kek. Hias ikut kreativiti masing2.


Selamat berhari minggu!!!

Wednesday, September 18, 2013

Kek Lapis Chez


Assalamualaikum...salam sore..Waduh..waduh..uda lama mbak ngak bersiaran..repotin jual tempe gitew..ho..ho...Hai..memang terlalu lama mama ambil masa mencari mood yang hilang bersama bibik ku yang enggak balik2 lepas puasa..Haru biru hidup jangan sebut..Bila dikenang memang naik darahku 360 darjah...

Okey, memang rasa terlalu banyak rugi tidak updatekan perkembangan anak-anak mama sepanjang kesibukan hari-hari kebelakangan ni..Insha Allah akan cuba mencuri masa ya...


 Tara...
Resepi yang simple dimple yang mama ambil dari blog Ryo yg encem ..Disamping dapat idea dari geng mama yang rajin masak serin.. ( geng mama masa jadi pelakon tambahan berjoging di beach Tanjung Aru bersama Datin Tom )..ka...ka...

Kek Lapis Cheese Persona 



Bahan2 A : 

  • 2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE)
  • 500 ml susu segar,dipanaskan
 Bahan B:
  • 500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
  • 10 ml susu segar
  • 1/2 cawan gula halus

Caranya :
  1. Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
  2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
  3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
  4. Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
  5. Panaskan susu segar,padamkan api.
  6. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
  7. Pastu sapukan adunan cheese di atasnya,ratakan
  8. Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
  9. Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
  10. Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
  11. Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.


susu segar yang mama suamkan sekejap..

  
Ni gula yang mama mixkan bersama molasses untuk pilihan lebih sihat


cream chez yang mama mix bersama molasses sugar


Biskut marie yang mama susun main sumbat saja lepas dicelup sesaat..


Lapiskan dengan cream chez yang dimixkan tadi..


Susun lagi..


Lapis lagi..
Sila ulang sehingga habis semua bahan..


Muka kek sebelum ditabur serbuk biskut yang dihancurkan..



Gambar isi dalam kek setelah dipotong segar dari ladang..


Selamat mencuba...

( Di akhir entri ini , lagu  " Aku dulu Bukan sekarang" ni mama tunjukkan buat Datin Tom..Jangan marah ya Datin,tanpa kamu dua urang, aku tidak berpeluang jadi pelakon...Ho..Ho..)

Friday, March 29, 2013

Blanded Kek Pisang Konpom Jadik!!


Salam manis..Memandangkan Ipan request mau makan kek dan rezeki Hubby bawa pisang dari kebun semalam, so mama buatkan lah permintaan Ipan yang mau makan kek..Pisang yang bapa Ipan bawa Pisang Raja  saja, mama hantam jak guna pisang yang ada..Tq buat kawanku yang baik hati Hajah Saimah kerana berkongsi resepi konpom jadi ni disamping sangat mudah  kerana semua bahan disumbat jak dalam blander..Ho..Ho..


Oh My Kek!!!
Very d Gebus...Dan Paling Best sangat Cantik warna yg timbul..


Bahan - bahan :


  • 4 biji Pisang
  • 1 cawan gula
  • 2 biji telur
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cwn minyak masak
  • 1 tbs baking powder..
  • 1tbs soda bicarbonate
Mula-mula blenderkan bahan basah seperti minyak, telur, pisang dan gula. Lepas tu masukkan lagi dalam blander tepung dan baking powder..
Blend saja semua bahan di atas menggunakan blender yang ada dirumah..Dalam 2 minit hingga ia sebati..Tuangkan ke dalam loyang dan sedia untuk dibakar mahupun dikukus...

Selamat Mencuba!!!!


Saturday, March 9, 2013

Kek Pelangi Simple

Salam manis..Salam hujung minggu..Saja mau up datekan resepi simple dimple untuk nota aku masa depan..Satu resepi kek yang diambil dari MyResepi..Memandangkan mertua datang bagi telur 2 trey, so mama saja buat kek yang simple sebagai diberi untuk kudapan time petang-petang..Lagipon mamaku suka makan kek macam ni sambil buat nescafe O..So buatkan lah biarpon keadaan kaki masih lagi sakit..


Gebuz...






Mula-mula, ambil 1 cawan marjerin dan 1 cawan gula halus..Jika tidak mahu manis, 3/4 cawan pon ok..Pukul hingga kembang..Bila sudah kembang, masukkan 3 biji telur dan pukul lagi..


Masukkan esen vanilla sikit, susu pekat 2 sudu makan dan kacau..
Masukkan tepung gandum 2 cawan yang diayak bersama 1 sudu makan baking powder..
Sedia untuk dibakar..



Ni mama sengaja warnakan macam kek dulu-dulu..Ho..ho..

Selamat mencuba..

Friday, September 21, 2012

Kek Durian Segera


Salam Jumaat..Salam Barakha..Kali ni saya ingin berkongsi buat kek durian segera..Ni ambil resepi dari cikgu Hamidah Hamzah @ cek Dang..Makasih atas resepi yang best ini..Oleh kerana tajuknya ialah 'SEGERA' , maka sponge kek saya beli saja di bakery.
( masih sakit lutut dan pinggang ni tapi masi ada nafsu makan kek durian okey..)
Jadi saya cuma perlu buat topping duriannya.. @_@



Mula-mula ambil isi durian dan tuang 1/2 tin susu sejat..
Tanak secara api perlahan diatas kuali sehingga ia agak pekat..
Jika anda ingin manis, bolehlah tambah sikit gula custor, namun saya tidak letak sebab isi durian ini sudah cukup manis..


Bila sudah agak pekat, blend hingga halus..Nasib ada handblander si kembar, senang kerja saya dimana saya blend terus saja dalam kuali!!!
( ketika ini, boleh letak sedikit demi sedikit lagi sisa susu sejat tadi)
Ho..Ho... Memang mamak pemalas tahap dewa ni..


Tanakkkan kembali di atas api perlahan lagi..Tunggu hingga susu sejat tadi masak dan agak likat sedikit ..

Jadilah ia puree Durian untuk kek durian..


Ini rupa fresh cream yang telah saya putar dan saya mix dengan puree Durian tadi yang dikaupkan secara rata..
* petua fresh cream ini, jika 1mangkuk fresh cream putar, 1/2 mangkuk puree Durian tadi..Ini untuk mendapatkan rasa durian dan rasa freshcream yang seimbang dan mantop*

# Jika ada lebih puree Durian itu, anda bolehlah bekukan didalam frezer untuk kegunaan akan datang#


Rupa sponge kek yang dibelah tiga bahagian..


Setiap bahagian disapu dengan fresh cream + puree Durian tadi..


Tara...


Selamat Mencuba!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...