Showing posts with label KHALID SAMAD. Show all posts
Showing posts with label KHALID SAMAD. Show all posts

Ahli PAS Umpama Anjing Kurap – Khalid Samad


PAS tidak lagi mampu menutup masalah dalaman parti itu yang semakin hari semakin kronik. Masalah parti itu bukannya masalah biasa seperti pertelagahan atau pertentangan pendapat antara pemimpin, tetapi ia adalah jauh lebih serius kerana ia melibatkan prinsip dan pendirian yang membawa kepada jati diri dan hala tuju parti.

Masalah PAS bermula apabila parti tersebut bekerjasama dengan DAP dan menjadi semakin parah apabila kumpulan Anwarinas mula menguasai. Dari situ, roh Islam PAS yang sedia celaru menjadi haru-biru apabila jin liberal dan kafir harbi mengambil-alih parti. Hari ini, PAS adalah umpama jasad tanpa roh kerana telah dirasuk sepenuhnya oleh Anwar dan juga DAP.

Hakikat ini semakin terserlah apabila Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Samad secara terang-terangan ‘menganjing-kurapkan’ ahli-ahli PAS hanya kerana mereka mengkritik parti dalam wacana “Mengembalikan PAS ke Landasan Asal”.

Menurut Khalid, PAS tidak pernah tersasar dari landasan sebagaimana kritikan dan kebimbangan sebahagian besar ahli-ahlinya. Khalid kemudiannya menuduh ahli-ahli yang terlibat itu sebagai golongan tidak berpuas hati atau kecewa serta merupakan bekas ahli PAS, sekali gus menolak 11 resolusi yang dicapai dalam wacana tersebut sebagai tidak mewakili akar umbi.

Nampaknya, kenyataan Khalid tersebut langsung tidak membantu PAS dalam memulihkan keyakinan di kalangan akar umbi, tetapi menyebabkan parti tersebut terperosok lebih jauh ke dalam konflik rohaniahnya yang sedia parah.

Norman Toha, iaitu bekas Setiausaha PAS Selangor yang merupakan antara yang hadir ke wacana tersebut menjelaskan bahawa majoriti peserta wacana adalah ahli dan penyokong PAS dari serata negeri di Malaysia. Mereka hadir kerana ingin mempertahankan perjuangan asal parti untuk menegakkan Islam dan melaksanakan hudud. Mereka hadir untuk meluahkan kekecewaan dan pandangan akar umbi terhadap pemimpin PAS berkenaan kerjasama dengan DAP dan PKR yang jelas merugikan PAS.

Mereka juga bimbang dengan kelemahan PAS dalam menghadapi tekanan liberalisme dan pluraslisme yang dibawa kedua parti sekutunya.

Segala pandangan akar umbi ini juga ditolak mentah-mentah dengan penuh penghinaan oleh Khalid Samad. Kononnya, tiada masalah di dalam PAS, kononnya PAS masih memperjuangkan Islam, kononnya PAS adalah parti dominan dalam Pakatan Rakyat.

Namun, akar umbi PAS tahu siapa Khalid Samad iaitu antara dalang menutup masalah murtad yang meruncing di Selangor. Khalid Samad sentiasa ke hadapan untuk menyelamatkan dan mengukuhkan hubungan PAS dan DAP apabila tercetus pertelingkahan. Kata orang, jin yang bernama Khalid Samad ini, satu kakinya di dalam PAS, satu kaki di dalam DAP tetapi kepalanya kekal berada bersama Anwar.

Yang dijaga Khalid adalah DAP kerana parti itulah yang bakal memberi kerusi terbanyak kepada PR. Yang disanjung Khalid adalah Anwar Ibrahim kerana beliaulah Perdana Menteri yang bakal mengubah struktur sosial dan agama di Malaysia dan memberikannya jawatan.

Tetapi, yang diperanjing-kurapkan adalah pemimpin dan ahli PAS yang mampu menggagalkan cita-citanya.

Kita simpati melihat ahli-ahli PAS dan pemimpin PAS yang diperlakukan sebegitu hina tetapi, kita tidak dapat menyalahkan Khalid jika menghina mereka.

Mana tidaknya, jika sudah tahu yang jalan yang dibawa itu adalah salah, kenapa masih terus menjadi penumpang? Kenapa masih terus tersorong-sorong pipi kepada PKR? Kenapa masih melangut mengharapkan belaian kasih DAP? Kenapa masih terus merayu, merengek mengharapkan pemimpin-pemimpin PAS yang dirasuk itu pulih kembali?

Jika pemimpin-pemimpin yang kononnya alim ulama bertaraf wali juga begitu mudah dirasuk sehingga lupa diri dan tersilap jalan, maka apakah hukumnya jika ahli yang sedar membiarkan diri terus dipimpin oleh mereka?

Bukankah tahap kesetiaan juga harus ada hadnya? Jika setia membuta tuli sehingga sanggup ke lubang tahi, maka salahkah jika Khalid Samad menganggap akar umbi PAS semuanya bagai anjing-kurap sahaja? Khalid Samad berani berbuat demikian kerana beliau tahu, apa pun yang dikatakannya dan ke mana pun PAS dibawa oleh sekutunya, penyokong-penyokong dan ahli PAS akan tetap setia.

Hatta, walaupun jika mereka dipimpin ke neraka, ahli PAS akan sanggup bertegang leher dengan sesiapa sahaja yang mempersoalkannya, sambil menegaskan bahawa itulah sebenarnya syurga.

Khalid Samad Protes Kerajaan Negeri Selangor Dan Kepimpinan Khalid Ibrahim...!!!


Akhbar Sinar Harian semalam hari Sabtu bertarikh Oktober 13hb, 2012 menyiarkan di muka surat 18 gambar YB Khalid Samad, ahli Parlimen Shah Alam dari PAS bersama jemaah Masjid AS-Solihin membantah pembinaan Cineplex dan Executive Lounge. Lebih kurang 50 orang penduduk Kampung Padang jawa, Seksyen 15 Shah Alam turut sama dalam tunjuk perasaan tersebut.

Khalid Samad menyuarakan bantahan pembinaan kompleks tersebut yang dikatakan pemaju melakukan pembangunan tanpa mengemukakan sebarang permit. Manakala, sebelah bawah muka tersebut melaporkan Menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim pihak kerajaan negeri tidak akan membenarkan pembinaan sebarang pusat hiburan di ibu negeri Selangor ini.

Dia turut dilaporkan berkata Tuanku Sultan Selangor tidak perkenankan pembinaan sebarang pusat sedemikian. Kawasan Seksyen 1-16 Shah Alam tidak sepatutnya ada projek sedemikian yang boleh meruntuhkan moral anak muda.

Kedua-dua laporan ini memperlihatkan ahli parlimen Pakatan rakyat membantah tindak tanduk kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat sendiri. Lagi anih pula adalah Menteri Besar yang mengetuai pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat bersuara seolah-olah perakui kerajaan pimpinannya tidak menjalankan tugas.

Mungkin ada dari pihak penyokong Pakatan Rakyat yang akan membuat alasan kerajaan dan pemimpin Pakatan Rakyat tidak takut ditegur oleh mereka sendiri secara terbuka. Ada mungkin akan kata Menteri Besar berani akui kesalahan kerajaan sendiri.

Oleh yang demikian, kenapa pula begitu banyak isu yang ditimbulkan mengenai pelbagai skandal air percuma, skandal salahguna kewangan melibatkan Talam, PKNS, Yayasan Selangor dll, skandal pasir, salahguna wang kerajaan yang disalurkan kepada dana pilihanraya Pakatan Rakyat seperti program media dan Selangor Ku, dan lain-lain tidak terjawab?

Benarkah kerajaan Pakatan Rakyat begitu prihatin berkenaan isu moral? Jika demikian, kenapakah exco kerajaan negeri YB Elizabeth Wong masih kekal sebagai ADUN dan exco kerajaan negeri? Kenapa masih ada lagi YB Ronnie Liu sebagai exco dan ADUN yang diketahui dan dilihat ramai sebagai terlibat meluluskan begitu banyak rumah-rumah urut seluruh Selangor sehingga ada kegiatan demkian menular ke dalam kawasan Shah Alam? Kenapakah begitu banyak kegiatan hiburan di I City dalam kawasan Shah Alam?

Demonstrasi di atas hanya menunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat yang tidak berfungsi hingga rakyat dan pemimpin Pakatan Rakyat sendiri perlu melakukan protes di jalanan. Ia menunjukkan kerajaan Pakatan Selangor tidak boleh dihubungi dan dibawa bincang oleh pemimpin Pakatan Rakyat sendiri.

Sepatutnya sebagai ahli parlimen Pakatan Rakyat, Khalid Samad boleh hubungi pegawai atau pemimpin kerajaan untuk membawa isu ini tanpa perlu menyalak macam anjing di tepi jalan. Dia juga boleh menjelaskan keadaan sebenar bagi pihak kerajaan negeri kepada penduduk yang memprotes.

Selain itu, cara Menteri Besar Selangor membuat kenyataan dalam bahasa “third party” (parti ketiga) seolah-olah ada pihak lebih berkuasa yang membuat keputusan dan pihak tersebut boleh berkuasa hingga pemaju tidak perlu permit untuk mulakan pembangunan.

Mungkin ini hanya sandiwara dan drama berskrip untuk ditujukan kepada pihak tertentu. Selalunya Khalid Samad akan menyalahkan segala-gala kepada UMNO. Kalau betullah salahnya UMNO, kenapa dia tuduh pemaju tidak ada permit untuk mulakan pembangunan? Bukankah ini bermakna proses mendapatkan kelulusan masih berjalan dan ketika pentadbiran Pakatan Rakyat?

Tiadalah timbul ianya diluluskan oleh kerajan sebelum ini yang mana setelah menghampiri empat tahun mentadbir, PakatanRrakyat masih lagi tidak mahu mengambil tanggungjawab atas tindak tanduk mereka.

Apa wayang yang sedang ditayangkan? Adakah ini semua untuk apa yang dikatakan awam sebagai nak ‘pow’ duit pemaju sebagai persediaan untuk pilihanraya? Tapi kata tidak mahu pilihanraya bersama?

Dengan pakatan parti-parti politik yang dipimpin Penasihat Kewangan Selangor yang tidak boleh lulus pun Pengajian Melayu di Universiti Malaya dan mempunyai tabiat luar tabii, entah apa yang mereka fikirkan? Pastinya rakyat sudah sedar bahawa mereka tidak layak untuk diberi mandat untuk terus memimpin negeri. Sel13

Khalid Samad Wira Negara Sebenar Bukan Datok Aziz!!!!!






Misi Kemanusiaan Ke Gaza

Pada 26 Julai saya telah bertolak ke Mesir bersama sahabat dari Muslim Care dan Cakna Palestin. Destinasi akhir adalah Gaza. Surat kelulusan dari kerajaan Mesir telah diperolehi lebih awal, termasuk dari pihak “Special Branch” Mesir. Kami pergi membawa wang tunai sebanyak USD 215,000 yang merupakan kutipan dari rakyat Malaysia semenjak Israel menyerang Gaza hampir dua tahun lalu.

Pada 28 Julai kami memasuki Gaza. Duit diserahkan secara berperingkat mengikut kategori perbelanjaan serta mereka begitu bangga dan berterima kasih di atas sumbangan ini. 29 Julai kami turun bertemu Menteri Kebajikan. Terdapat banyak juga program bersama rakyat miskin diadakan.

Pada keesokan harinya, Perdana Menteri (sah) Palestin, Ismail Haniyya menjemput kami semua ke rumahnya pada sebelah malam. Beliau telah meluangkan masa untuk duduk berbincang pelbagai isu selama hampir 1 jam. 

Pada 31 Julai kami dijemput pula ke Parlimen Palestine dan diberikan cenderahati peta Palestin sebagai kenangan.


Jurang perbezaan antara misi bantuan yang dibuta oleh Khalid Samad dan Datok Aziz Kelab Putra 1 Malaysia. Khalid Samad hanya pergi mengira duit dan berjumpa dengan pemimpin tertinggi disana tidak nampak dimana misi bantuan yang dihulurkan.

Setakat bergambar dengan duit, di Malaysia pun boleh buat Khalid oiii, setakat bercakap tapi tidak ada kerja yang dibuat pun tidak guna jugak, duit itu semua boleh di transfer kan saja tak payah lah nak tunjukan anda membuat kerja begitu.

Ajak naik kapal Flotilla pun Khalid Samad takut. Takut mati syahid. Guna pelbagai alasan. Pastu masuk Palestin guna jalan selamat. Bukannya bagi bantuan direct kepada rakyat Palestin tapi hanya bagi duit kat pemimpin Palestin. Buat misi macam ni 100 kali pun tak syahid! Takut mati awal, nanti hilang pulak jawatan sebagai ahli Parlimen.





NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive