Showing posts with label ISLAM. Show all posts
Showing posts with label ISLAM. Show all posts

Apa motif Marina Mahathir sertai himpunan bersama penganut Kristian?

Umum mengetahui siapa Marina Mahathir, salah seorang daripada individu yang memperjuangkan LGBT dan dalam masa yang sama beliau juga adalah salah seorang daripada yang berkait rapat dengan pergerakan Islam Liberal, Sister in Islam(SIS).

Apa motif beliau bersama sama individu lain menyertai perhimpunan bagi menunjukkan solidariti bersama penganut kristian di perkarangan sebuah gereja di Klang semalam? Apakah beliau mahu mencetuskan satu lagi kontroversi atau sengaja mahu mencari publisiti murahan dan dalam masa yang sama mengeluarkan kenyataan yang mengecam tindakan JAIS.

Sebagai seorang Muslim beliau sepatutnya berada bersama sama Muslimin dan Muslimat lain dalam mempertahankan kalimah Allah agar tidak digunakan oleh kristian. Yang mana pengarang penerbitan the herald, lawrence Andrew dengan angkuh membuat kenyataan menegaskan orang kristian akan terus menggunakan kalimah Allah. Kenyataan tersebut ternyata telah memperlekehkan titah KDYMM Sultan Selangor serta keputusan Mahkamah.

Sebagai seorang Muslim dan anak kepada mantan Perdana Menteri Malaysia yang banyak memperjuangkan Islam dan membela nasib bangsa, tindakan beliau itu telah menimbulkan seribu satu persoalan pada rakyat Malaysia khusunya yang beragama Islam. Dimana letak akidah beliau dan adakah beliau bersetuju dengan pengunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam.

Wira Perkasa Malaysia dengan sekeras kerasnya mengutuk tindakan Marina Mahathir itu.

Irwan Fahmi Ideris
Ketua Wira Perkasa Malaysia

Harussani : Pertemuan Saya Dengan PAS Berakhir Pertengkaran.

Sememangnya PAS hanya mahu menegakkan politik daripada mahu menegakkan islam...Al-quran tidak lagi menjadi pegangan oleh pengikut parti bulan itu.

Kiblat mereka haya kepada DAP imam mereka adalah Lim Kit Siang dan anaknya Khalifah Lim Kit Siang.

Mereka sanggup menegakkan apa yang salah sehinggakan boleh bertengkar dengan mufti yang berbicara berlandaskan Al-quran.

Khalid Jaafar Pertahan Syiah..!!!









Video ini sebagai contoh..

Kenyataan Kurang Ajar Terhadap Sultan Johor..!!!


GERAKAN TERANCANG ini tidak hanya tertumpu kepada individu pentaksub PAS ini sahaja, malah gerakan MENGHAPUSKAN INSTITUSI SULTAN DAN RAJA ini dijalankan secara sistematik dengan melakukan 'character assasination' terhadap para Sultan. Disini

Isu Kalimah Allah : Permohonan Gereja Ditolak

kalimah1axx

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menolak Permohonan Gereja Roman Katolik untuk membatalkan rayuan majlis agama Islam dan pihak lain berhubung kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald.

Permohonan itu didengar oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Abu Samah Nordin, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Rohana Yusof.

Prosiding rayuan penuh oleh kerajaan dijangka akan diadakan pada 10 September 2013 memandangkan keputusan tersebut dilakukan oleh pihak mahkamah.

16 Februari 2009 apabila Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan gereja iaitu The Herald serta menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden.

Gereja itu menuntut, antara lain, satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Januari 2009 berhubung larangan penggunaan kalimah Allah dalam The Herald adalah tidak sah, dan kalimah Allah bukanlah eksklusif kepada agama Islam.

Majalah mingguan Katolik yang dicetak dalam empat bahasa, menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan untuk God bagi seksyen bahasa Malaysia namun kerajaan berhujah bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh orang Islam sahaja. Rakyat News

Hina Sultan Perlu Dikenakan Tindakan Yang Keras...!!!


Penghinaan sebegini perlu diberikan pengajaran yang secukupnya kepada Ustaz Wan ..sampai bila Raja-raja Melayu kita perlu diperlakukan sebegini rupa? sudah banyak penghinaan dilakukan dan rakyat jelata masih lagi menggu apa tindakan terhadap penhkhianat-pengkhianat ini 

Perancangan yang dibuat bukan saja untuk menghapuskan pemerintahan beraja tetapi menghasut rakyat untuk melakukan demonstrasi jalanan bagi menghuruharakan negara ini.

Jika Yang di-Pertuan Agong yang ke-14 Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah tidak mengambil tindakan terhadap pengkhianat negara ini maka akan ada pengikut-pengikutnya yang lain akan menyusul menghina raja-raja Melayu.


Apa Lagi Bukan Islam Mahu!!!


MENTANG-mentang pengerusi sebuah NGO ini seorang peguam, sikit-sikit keluar kenyataan mahu menyaman kerajaan. Pada saya, tiada siapa yang larang. Negara ini, negara demokrasi sesiapapun ada hak.

Menang atau kalah, biar mahkamah menentukan. Tidak perlu gertak sana, gertak sini.

Sepanjang pengetahuan saya, banyak kes yang melibatkan sensitiviti agama, ada masa kita kalah, ada ketika kita menang. Kita menerima seadanya tanpa banyak soal. Contoh, kes perebutan mayat Nyonya Tahir 2008.

Setelah mahkamah memutuskan, menyerahkan mayat beliau kepada keluarga bukan Islam, kita menerima dengan dada terbuka tanpa banyak soal. Begitu juga kes Indira dan Ridzuan. Dua anak sudah berada di tangan ibunya. Tinggal seorang di tangan bekas suami.

NGO ini dengan banyak lagi NGO bukan Islam yang lain, sedang berusaha untuk memastikan lima negeri lain iaitu Perak, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Sarawak melakukan pindaan undang-undang untuk menjadikannya selari dengan Perlembagaan Persekutuan, berhubung kes seperti ini.

Satu rang pindaan ke atas Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) yang membenarkan seseorang ibu atau bapa untuk menukar agama anak cuba dibawa ke Parlimen.

Malangnya, belum sempat dibentang, telah ditarik balik selepas tentangan daripada kumpulan bukan Islam.

Mereka mahukan pasangan suami isteri bukan Islam, jika salah seorang daripadanya memeluk Islam, tidak ada hak untuk membawa atau mengIslamkan anak-anak mereka. Mereka mesti kekal dalam bukan Islam sehinggalah umurnya mencapai 18 tahun.

Katakanlah kita terbalikkan kes ini, si ibu itu Islam dan si bapa tidak Islam. Apakah pula keputusan hakim tersebut? Apakah si ibu akan mendapat hak penjagaan?

Apakah pertubuhan itu dan NGO bukan Islam lain akan setuju dengan keputusan ini?

Pada mereka, jika anak-anak tersebut ‘diislamkan’ ia merupakan suatu yang amat tidak adil kepada pasangan bukan Islam tersebut. Namun, jika anak-anak tidak diislamkan, boleh pula. Persoalan saya, siapakah pertubuhan ini untuk menentukan masa depan Malaysia?

Pesan saya kepada umat Islam, jangan sesekali menerima jemputan untuk berada dalam NGO ini.

Setakat ini, ada lima penganut ajaran (agama) di dalamnya. Setiap seorang daripada mereka boleh mewakili semua agama yang ada di situ. Jika ada wakil Islam, suara kita hanya ada satu. Manakala suara bukan Islam ada lima. Jika ada undian, pasti kita akan kalah.

Jika mereka mahu merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, hatta PBB sama sekali, silakan. Pokoknya, kita jangan goyah dengan desakan mereka. Ini urusan dalaman kita.

Kita ada perlembagaan negeri dan undang-undang syariah di bawah raja-raja Melayu. Apa yang perlu ditakutkan? Pertahankan. Jangan sama sekali benarkan agama Islam disamaratakan dengan agama lain.

Paling penting, lantik hakim yang beragama Islam mengendalikan semua kes ini, bukan sebaliknya. Pertubuhan ini mendesak supaya diperbanyakkan hakim bukan Islam di mahkamah agar keputusan tidak berat sebelah.

Nasihat saya kepada kerajaan. Tidak perlu. Kes berkaitan Islam mesti dikendalikan oleh hakim Islam, kerana Islam mengajar kita berlaku adil kepada bukan Islam.

Setakat ini, bila hakim bukan Islam mengendalikan kes-kes berkaitan Islam, pasti keputusannya tidak berpihak kepada Islam.

Sedarlah, kita sudah terlalu sangat bertoleransi dan berlembut. Bangunlah dari tidurmu umatku! Kita hari ini sudah terlalu banyak dihina di bumi sendiri. Jangan biarkan kita dihina lagi.

Pertubuhan ini selalu membangkitkan soal keadilan. Persoalan saya, apakah yang dimaksudkan dengan keadilan? Keadilan dalam Islam, bermakna meletakkan sesuatu pada tempatnya, bukan seorang sebiji?

Perlembagaan Persekutuan meletakkan kedudukan yang istimewa kepada agama Islam, selaku Agama Persekutuan dan agama anutan majoriti penduduk. Itu adil namanya, walaupun bukan Islam melihatnya tidak adil. Justeru, tidak perlu dipinda perlembagaan negeri atau diubah kedudukan mahkamah syariah.

Jika dipinda atau diubah, apa lagi yang tinggal kepada umat Islam. Sudahlah hak-hak istimewa mereka diambil, bahasa sendiri tidak terdaulat, kedudukan agama makin kecil dan sedikit.

Jika yang sedikit ini pun terus mahu diambil, apa lagi yang tinggal? Apa sebenarnya yang bukan Islam mahu? Sinar Harian

Agenda Tersirat Memurtadkan Malaysia...!!!!!


Agenda kesamarataan agama di Malaysia makin terserlah kata A.Karim Omar, Setiausaha Agung Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) selepas pendakyah Kristian dilaporkan telah bersumpah mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Pelangi’ atau ‘Rainbow Nation’.

‘Negara Pelangi’ kata A. Karim bukan setakat bermaksud keharmonian antara agama di Malaysia, namun ia membawa maksud yang lebih halus khususnya dalam konteks penyamarataan agama.

“Sebaliknya jika difahami dan dikaji dengan lebih terperinci, ia menunjukkan penganut Kristian ini mahu menjadikan semua agama adalah setaraf iaitu tiada yang lebih dan tiada yang kurang.

“Jika begitu, ia sangat bercanggah dalam perlembagaan negara. Yang jelas paksi negara kita ialah Islam, bukan agama lain.

“Tiada masalah jika mereka mahukan keharmonian antara semua bangsa, namun yang menjadi permasalahan apabila mereka mahukan penyamarataan antara semua bangsa dan agama,” ujarnya kepada Media Isma.



Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan beberapa helaian dokumen yang ditemui oleh Ustaz Muhammad Al-Amin di Palestin pada penghujung tahun lalu yang bertulis “We decree and declare that Malaysia will be a “Rainbow Nation” (Kami dekri dan mengisytiharkan bahawasanya Malaysia akan menjadi sebuah ‘Negara Pelangi’).

“Mana mungkin pendakyah Kristian mahu sama ratakan agama kerana sudah jelas dalam peruntukan perlembagaan negara Perkara 3 (1) iaitu Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan,” katanya lagi.

Menurut socialistreview.org.uk, ‘rainbow nation‘ adalah konsep sebuah negara yang mengiktiraf kedudukan hak-hak LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) di mana 7 warna pelangi, ‘rainbow flag‘ merupakan simbol penjuangan gerakan tersebut.

Salam Maulidur Rasul.


Hari kelahiran Rasulullah semakin dekat. Seperti biasa kita umat Islam seluruh dunia dengan rasa syukur dan gembira menyambutnya. Maulidur Rasul tahun 2013 membawa tema Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah. Mesti ramai yang nak tahu, apakah maksud wasatiyyah? Merujuk kepada kamus arab wasatiyyah adalah daripada perkataan al-Wasat(الوسط) yang diterjemahkan dari segi bahasa dengan makna pertengahan (sederhana). Seterusnya diistilahkan dari segi Islam dengan maksud adil, sederhana dan terbaik.

Maka tafsiran Wasatiyyah yang tepat hendaklah mengikut hakikat kerasulan dan ajaran Islam seluruhnya. Ia adalah daripada petunjuk al- Quran supaya umat Islam menjadi umat yang adil dan pilihan dengan beriman, beramal dan berakhlak dengan Islam, sehingga menjadi contoh kepada umat manusia seluruhnya. Mereka juga layak menjadi saksi atas perbuatan orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dan menentang para Rasul, apabila semuanya menghadapi pembicaraan dalam mahkamah di akhirat.

Hakikat umat Islam yang menjadi contoh ditengah masyarakat manusia itu dijelaskan oleh ayat-ayat al-Quran yang lain bagi memenuhi ciri Ummah Wasatan yang layak menjadi contoh kepada seluruh umat manusia dan saksi pada hari kiamat, antaranya firman Allah (maksudnya):

Kamu adalah umat yang terbaik yang dikeluarkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah.(Surah Ali Imran: 110)

Sebagai seorang daripada jutaan umat Muhammad, kita patut menyambutnya dengan memahami konsep dan sebab mengapa kita menyambut maulidur rasul setiap tahun. Bukannya kita terikut-ikut dengan budaya orang lain tetapi kerana kita sedar bahawa penyatuan ummat perlulah berasaskan kepada ciri-ciri yang baik dan murni dan salah satunya adalah dengan Wasatiyyah.

HOT BEB!!! Gereja Merahsiakan Kebenaran Kitab Injil Bahawa Ahmad (Muhammad) S.A.W Adalah Sebagai Rasul...!!!!


Gempar! Injil berusia 1500 thn SAHKAN Muhammad Rasulullah !!

ALLAHUAKBAR..
Satu naskhah kitab Injil berbahasa Arami berumur lebih 1500 telah ditemui di Turki...mengandungi pernyataan Nabi Isa a.s bahwa Muhammad adalah sebagai RASUL yg akan datang selepasnya....!!

kejadian ini benar2 telah menggemparkan pusat kristian dunia di Vatican, Rome.

NASKHAH injil tersebut sebenarnya sudah ditemui sejak 12 tahun lalu...namun atas desakan dan permintaan kuat pihak gereja ia telah dirahsiakan...kerana bimbang ada persamaan terhadap pernyataan al-Quran bahawa Nabi Isa a.s sendiri sudah pun memberitahu tentang kedatangan Ahmad( Muhammad) saw....

HOT BEB !!! Kerana Lelaki Sanggup Hina Allah ???


cuba tengok gambar di bawah.MD tak tahu nak cakap apa dah,sampai boleh menghina Allah.inilah budak zaman sekarang.percaya teman lelaki lebih dari Allah.malas nak ulas panjang-panjang.anda lihat sendiri


APA KOMEN ANDA?

HOT BEB!!! Betul Ke Ustaz Don Dan Ustaz Azhar Idrus Akan Bertembung Di Wacana???


Wow sungguh menarik dua jejaka tampan ni masing2 bercakap tentang agama masing2 masih muda. Dengar2 kabar angin mereka ini akan bertembung di wacana betul ke??

Sungguh menarik jika mereka ni bertmbung boleh lihat ulamak muda berdebat pulak dan mesti ramai anak muda akan datang, ini lah ikon ulamak anak muda zaman sekarang, dan ada kah mereka ini sama satu matlamt.


Murtad Tidak Boleh Dilihat Dari Sudut Undang-Undang - Mohd Azmi


MYMASSA

HOT BEB!!!! Pertubuhan Melayu Murtad Telah Diluluskan!!



Persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia !! Injil telah dicetak & di edar.IFC buat RoadshoW besar-besaran sokong kebebasan Beragama...

Bersedialah wahai saudara - saudari ku yang amat disayangi...BERDOALAH SEMOGA UMAT ISLAM SELAMAT.....Tolong sebarkan kepada yang cintakan AGAMA ALLAH

(Agama Islam)....
gambar Lina Joy ( belakang sekali ) & Para peguamnya ISLAM DIHINA DI MALAYSIA
Baca sama-sama...

Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??Patut laa ada yang kata tak nak ada anak. Bukan takut nak beranak, tapi takut ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3].

Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?.Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung
dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia.

Antaranya:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh
dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,
tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata nak
jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah
digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolumidentiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa minta di'tiada'kan.

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurathendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain - mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium Muslim

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana
sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM
dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat
Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded
langsung!'...Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim',
katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,
maka inilah hadiahnya!'...
Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar,
macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka! KLIK DISINI
-------------------------------------------------------------------------
Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: 'Sepertimana yang Tartar
berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja
mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak
yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil
daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.

Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa
nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak
cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah
Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi
sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum
selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir
al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)

Allahua`ala `alam.
27 SEPTEMBER 2007 

Umat Islam Yang Menyokong Dan Terlibat Seksualiti Merdeka Disifatkan Sebagai Syirik Kepada Allah - Harussani



Umat Islam yang menyokong termasuk terlibat dalam menganjurkan program Seksualiti Merdeka yang mempromosikan seks bebas, disifatkan sebagai syirik kepada Allah. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, Islam telah mengharamkan hubungan sejenis, sehubungan itu mana-mana pihak yang mahu menghalalkan perkara yang telah diharamkan di sisi agama adalah dikira murtad.

Justeru, jelas beliau, kerajaan harus bertindak lebih tegas termasuk mengenakan tindakan ke atas pihak penganjur sekiranya mereka masih mahu meneruskan program yang mempromosikan amalan lesbian, homoseksual dan transeksual itu.

"Program ini secara jelas adalah bertentangan agama Islam termasuk agama lain. Kalau sekiranya ada orang Islam yang menyokong, maka hukumnya syirik dan boleh dikira murtad kerana Islam telah mengharamkan hubungan sejenis," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Harussani berkata, golongan belia dibimbangi mengalami keruntuhan akhlak yang lebih teruk sekiranya program seumpama itu dibenarkan untuk dianjurkan di negara ini.

"Golongan belia di negara ini kebanyakannya sudah rosak akhlaknya, jadi kita tidak mahu moral mereka lebih teruk jika adanya program seumpama itu," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Razali Shahabudin menegaskan, penganjur program itu perlu mencari kaedah terbaik untuk membantu golongan lesbian, biseksual, gay atau transgender (LBGT) untuk kembali ke pangkal jalan dan bukannya membuka ruang kepada mereka untuk meneruskan gaya hidup tidak sihat. Justeru, jelasnya, semua agensi berkaitan perlu memperkenalkan program khas kepada golongan tersebut tanpa memberi keistimewaan khas kepada mereka.

"Jakim telah mengeluarkan buku Manual Islam dan HIV AIDS dua tahun lalu untuk memberi bimbingan bersepadu kepada golongan ini tanpa pertindihan antara agensi dan memberi peluang kepada mereka untuk menjalani gaya hidup sihat selari kehendak syarak.

"Namun agak malang apabila perkara ini tidak diberi perhatian sepatutnya oleh penganjur malah agensi agama dan perundangan negara ini diperlekehkan atas alasan tidak selaras dengan hak asasi manusia," katanya. Menurut beliau, sebagai sebuah negara Islam, Malaysia perlu merujuk kepada Deklarasi Kaherah mengenai Hak Asasi Manusia dalam Islam yang menyebut bahawa setiap maklumat tidak boleh disalahguna sehingga boleh melemahkan secara diam nilai moral dan etika atau menghancurkan masyarakat serta melemahkan imannya.

"Keseriusan Jakim dalam hal ini turut dibincangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 2008 yang telah memutuskan bahawa wanita yang berpenampilan dan gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki adalah haram di sisi Islam," ujarnya.

Anak Negeri Kelantan Murtad!!!!


 

Mahkamah Rayuan Syarie Kelantan mengarahkan  Mohd Fariz Ilham Mohd Zulkifli, 19, pelajar Diploma Seni Kulinari UiTM yang pernah membuat pengakuan menukar agama kepada Kristian, diberi bimbingan khas oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Perintah itu dikeluarkan Hakim Datuk Daud Muhammad yang dibantu dua ahli panel, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abd Halim dan Tan Sri Ghazali Abd Rahman selepas menolak permohonan Ketua Pendakwa Syarie Kelantan, Hashim Deraman supaya pelajar itu diletakkan di Pusat Pemulihan Akidah Ulu Yam, Selangor.

Hashim memohon Mahkamah Rayuan membuat semakan semula keputusan Mahkamah Tinggi pada Mei lalu terhadap Mohd Fariz Ilham Mohd Zulkifli, 19, pelajar Diploma Seni Kulinari UiTM Dungun, supaya diletak di bawah pengawasan Unit Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK).Hashim berhujah, Unit Dakwah JAHEAIK hanya sebuah jabatan yang tidak mempunyai kelengkapan khas untuk memberi bimbingan secara khusus kepada Mohd Fariz Ilham dalam usaha memulihkan akidahnya.

Pelajar ini juga difahamkan bergiat aktif dalam perhimpunan haram Bersih 2.0 dan beberapa demontrasi yang dilaksanakan oleh pembangkang.

TQJIWAPARADOX

NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive