Showing posts with label BARISAN NASIONAL. Show all posts
Showing posts with label BARISAN NASIONAL. Show all posts

Melayu Di Anjingkan..!!!!


A008

Bagaimana (boleh dikekalkan perjanjian kaum kafir musyrik itu) padahal kalau mereka dapat mengalahkan kamu, mereka tidak akan menghormati perhubungan kerabat terhadap kamu, dan tidak akan menghormati perjanjian setianya. Mereka menjadikan kamu bersenang hati hanya dengan mulut mereka, sedang hati mereka menolaknya; dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. Surah

Kepada Kepimpinan Baru Jangan Lupa Kepada Rakyat...


Sudah Tiba Masanya KERAJAAN BN MEMBALAS JASA Orang Melayu, India, Bumiputera Sabah dan Sarawak yang Telah MEMBERIKAN SOKONGAN PADU Kepada Pembentukan Semula Kerajaan.

Keputusan pilihan raya umum ke-13 telah berlalu. Barisan Kabinet baru telah pun dibentuk semalam untuk meneruskan tugas, tanggungjawab dan amanah yang diberikan. Kerajaan perlu memandangkan kehadapan serta perlu menerima HAKIKAT ini:

1) Hormati keputusan BANGSA KIASU yang tidak lagi menerima Kerajaan BN.
2) Hormati kehendak BANGSA KIASU yang tetap berdegil menyokong DAP
3) Hormati keputusan BANGSA KIASU ini meneruskan kehidupan dengan DAP untul 5 tahun akan datang.
4) Hormati keputusan MCA dan GERAKAN yang telah menutup puat-pusat khidmat AGAR BANGSA KIASU ini boleh terus mendapatkan pertolongan dari DAP.
5) Terima hakikat DAP adalah parti yang perlu menjaga kebajikan BANGSA KIASU mulai hari ini.

Apa yang penting adalah Kerajaan BN perlu meletakkan FOKUS UTAMA terhadap orang Melayu, India, Bumiputera Sabah dan Sarawak memandangkan golongan-golongan ini yang telah MEMUNGKINKAN Kerajaan BN membentuk kembali Kerajaan Persekutuan.

Sudah Tiba Masanya KERAJAAN BN MEMBALAS JASA Orang Melayu, India, Bumiputera Sabah dan Sarawak yang Telah MEMBERIKAN SOKONGAN PADU Kepada Pembentukan Semula Kerajaan.

Sudah tiba masanya kerajaan MEMBERIKAN PERHATIAN YANG PENUH terhadap pembangunan ekonomi orang Melayu (setelah banyak PERHATIAN YANG TIDAK SEWAJARNYA diberikan kepada BANGSA KIASU sehingga menyebabkan Orang Melayu, India, Bumiputera Sabah dan Sarawak MAKAN HATI).

Kerajaan perlu MEMBERIKAN PERHATIAN SEWAJARNYA kepada orang India yang agak ketinggalan berbanding dengan kaum-kaum lain. Tumpukan PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR di Sabah dan Sarawak.

Tidak ketinggalan, BANGUNKAN KAWASAN LUAR BANDAR terutamanya di Terengganu, Pahang, Kelantan dan kawasan-kawasan yang didiami oleh MAJORITI orang Melayu. Mereka inilah yang AMAT MEMERLUKAN SOKONGAN dan PEMBANGUNAN.

Penulis percaya RAKYAT akan mampu melihat dengan mata kepala sendiri perlaksanaan yang dilakukan oleh Kerajaan BN, maka TIDAK MUSTAHIL SOKONGAN PADU orang Melayu akan bertambah dari kalangan UMNO, PAS mahupun PKR jika Kerajaan BN ikhlas dan jujur dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab.

Kerajaan BN PERLU MEMANDANG SERIUS dalam menangani ISU KEMISKINAN dikalangan orang Melayu, India, Bumiputera Sabah dan Sarawak. ISU RASUAH juga perlu ditangani segera jika mahu INTEGRITI dan KREDIBILITI Kerajaan BN dipandang tinggi oleh golongan-golongan ini.

Biarkan BANGSA KIASU khayal dengan parti Rasis DAP untuk 5 tahun akan datang. Dan jangan pula Kerajaan BN TERHEGEH-HEGEH kembali CUBA untuk mendapatkan sokongan daripada BANGSA KIASU ini. Biarkan mereka ...

Untuk Kabinet Baru ... Jangan lupa TANGAN-TANGAN yang telah memangkah KERTAS UNDI untuk meletakkan Kerajaan BN kembali menerajui negara. Jangan Buat-buat lupa ...GWM

KEPUTUSAN TIDAK RASMI PRU13...


Apa yang  dimaklumkan Barisan Nasional menang dibanyak Parlimen dan Dun seluruh Malaysia. Kedah, Selangor dimenangi Barisan Nasional. Kelantan pula setakat yang Gomo terima mengesahkan juga dimenangi Barisan Nasional. Pulau Pinang setakat yang diketahui 50/50 .

Kedudukan Barisan Nasional Menang 145 Kerusi Parlimen.


PRU 13 Peratusan Keluar Mengundi Sehingga jam 5 petang

PERLIS - 72.1 %

KEDAH 68.1 %

KELANTAN 62.9%

TERENGGANU 66.6 %

PULAU PINANG 69.9 %

PERAK 66.4 %

PAHANG 64.4 %

SELANGOR 65.9 %

WP KUALA LUMPUR 66.4 %

WP PUTRAJAYA 63%

WP LABUAN 52.5 %

NEGERI SEMBILAN 66.6 %

MELAKA 69.5 %

JOHOR 66.8 %

SABAH 63.6 %

SARAWAK 62.1 %

MANIFESTO BN PRU 2013 CIPLAK..???


Tambahan pula, janji-janji yang dinyatakan oleh Najib semasa beliau mula2 mengambil alih jawatan Perdana Menteri memang telah ditunaikan seperti BR1M, PR1MA dan lain2 lagi. Dengan tertunainya janji-janji yang dibuat sebelum ini, maka rakyat lebih yakin dengan janji 2 yang dibuat oleh Najib semasa pelancaran manifesto.

Mungkin resah dengan tawaran menarik yang diberikan Najib kepada rakyat. Gerombolan Pakatan Haram tanpa membuang masa terus menyerang manifesto yang dibuat oleh BN. Sebenarnya mereka TIDAK menyerang manifesto itu, cuma mereka menganggap manifesto yang dibuat itu adalah jiplakan idea manifesto PR.



Persoalan tentang jiplakan adalah sangat subjektif. Misalnya mereka berkata BN menawarkan penurunan hanga kereta kerana PR telah manifesto yang sama. Walhal penurunan harga kereta akan berlaku apabila AFTA dilaksanakan pada tahun 2015. Ini telah diterangkan dalam entri sebelumnya, juga kaedah penurunan adalah berbeza.



Diakui sukar bagi rakyat untuk menolak manifesto yang ditawarkan oleh BN. Malah manifesto yang ditawarkan cukup teliti dan mengambil kira aspek2 pembangunan sesebuah negara secara menyeluruh baik dari aspek sosial,kehidupan, infrastruktur dan hubungan luar.

Malah elaun BR1M sebanyak RM1,200 seolah olah seperti subsidi bulanan tunai RM100 yang diberikan kerajaan kepada mereka yang layak. Tak mustahil PR juga akan membuat tawaran balas selepas melihat manifesto yang dilancarkan BN mendapat sambutan rakyat. Cuma di pihak PR, sudah tertanam di minda rakyar iaitu MANIFESTO BUKAN JANJI - Bidaman

'Haiwankah Aku', Hanya Kerana Wang Ulil Amri...!!


ADAKAH wajar penerima bantuan kewangan dari Kerajaan Pusat yang diterajui Barisan Nasional (BN) dianggap sebagai haiwan yang memakan hampas. Sepatutnya isu ini tidak timbul jika kita sebagai umat Islam memahami konsep bersyukur terhadap rezeki yang diberikan oleh Allah SWT.

Jika kita hidup susah tetapi hendak mengharapkan kerajaan yang papa kedana pun tidak ada gunanya juga. Soalnya Kerajaan Pusat mampu memberi dan kita tidak kufur nikmat sanggup menerima maka mengapa dipersoalkan sama ada memberi duit sebagai memberi ikan dan bukan memberi pendidikan.

Bercakap soal memberi ikan dan bukan belajar cara menangkap ikan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, cuba lihat apa yang dilakukan oleh kerajaan Terengganu di bawah Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Said berbanding apa yang telah dilakukan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak dengan pendidikan anak-anak negeri masing-masing.

Sehingga kini di Kedah krisis dalaman Kolej Universiti Insaniah (Kuin) masih belum selesai. Pihak Menteri Besar sanggup pula mengatakan kemelut yang berlaku dalam kolej tersebut direncanakan oleh pihak UMNO sedangkan institusi tersebut dalam genggamannya. Jika masalah balak di Tasik Pedu dan bukit ditarah untuk ditanam buah boleh diuruskan, mengapa KUIN dianaktirikan hingga pihak lain dibabit sama.

Sepatutnya kerajaan Kedah mencontohi Kerajaan Terengganu yang menggunakan peruntukan dana Kerajaan Pusat dengan bijak hingga negeri tersebut menjadi negeri yang terbaik aspek pendidikan sekolah dan universitinya. Dahulu Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) di Gong Badak, hanyalah kolej kini sudah meningkat dan menjadi gedung ilmu yang cukup gah kerana menghasilkan graduan Islam yang berkualiti.

Di Selangor sendiri kemelut dalam Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) dan Universiti Industri Selangor (Unisel) ibarat retak menanti belah akibat masalah pengurusan dan kewangan yang memerlukan perhatian yang khusus oleh Menteri Besar dan exconya. Namun negeri terkaya di Malaysia masih mengambil sikap mengutamakan perkara lain berbanding aspek mengajar orang menangkap ikan yang dinyatakan oleh Presiden Pas.

Rakyat Malaysia berasa amat terguris dan menderita minda dengan pandangan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menganggap mereka seperti haiwan memakan hampas. Jika begitu ada baiknya Tok Guru melupakan niat meminta royalti minyak daripada Kerajaan Pusat. Takut nanti dicop meminta hampas pula. Mungkin beliau akan berkata, kalau minta banyak tak mengapa kerana boleh beli banyak isi. Namun apa beza duit sedikit dengan duit yang banyak jika ia diberi terus oleh Kerajaan Pusat.

Sebaik-baiknya royalti minyak diberi terus oleh Kerajaan Pusat kepada rakyat Kelantan tanpa melalui kerajaan negeri yang tidak pernah tahu bersyukur dengan bantuan daripada Kerajaan Pusat selama ini. Jika mereka yang mengagihkan kelak ditakuti mereka akan menganggap rakyat sebagai ayam mahupun lembu.

Sepatutnya berfikir dahulu sebelum bercakap, bukannya berfikir kemudian selepas bercakap sesuatu perkara kerana terlampau takut tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri tidak pernah menganggap rakyat seperti yang dianggap oleh Nik Aziz sebelum memberi pelbagai bantuan untuk mereka. Semua golongan mendapat bantuan daripada budak sekolah, orang bujang, pelajar universiti, peniaga, orang sakit dan lain-lain lagi.

Adakah mereka sekolah lembu, orang muda tahi kuda, pelajar universiti ayam atau orang sakit sebab terkena sampar ayam. 'Haiwankah aku?' Itu kata rakyat hari ini sebagaimana C.N.Al-Afghani bertanya kepada pemimpin Pas, 'Kafirkah Aku?'

Sebaik-baiknya Tok Guru bertanya diri sendiri adakah membantu anak yatim dan janda ahli-ahli Pas yang meninggal dunia dalam Peristiwa Memali sebagai bantuan kepada makhluk yang beliau maksudkan.

Adakah nasib mereka terbela, ke mana perginya wang tabung Memali yang dikhabarkan lesap tanpa diaudit. Sebaik-baiknya perkara ini menjadi perhatian Tok Guru dan pemimpin pakatan pembangkang yang semakin galak membuat janji-janji manifesto baru ibarat gula-gula paling beracun menanti rakyat untuk mengulumnya.

Jika saya susah dan tidak berwang adakah salah saya dibantu. Haiwankah aku? Kerana terpaksa menerima wang daripada Ulil Amri. Kerana kalau diminta daripada Kerajaan PKR Selangor mereka akan bertanya, tunjukkan bukti awak memangkah kami, baru kami beri apa kami janji. Siapa yang lebih haiwan sifatnya? Utusan

Ujikaji Pilihanraya Merbahaya


Ucapan Dasar Presiden UMNO baru saja selesai, disambut dengan tepukan gemuruh dan semangat waja ahli-ahli melaungkan ikrar mempertahankan Putrajaya, sekaligus agama, bangsa dan negara. Antara isi penting yang perlu diambil iktibar oleh rakyat Malaysia ialah peringatan Presiden bahawa pilihanraya bukan satu ujikaji.

Ironi sekali apabila kita perlu mengaitkan pilihanraya dengan kedaulatan negara, survival bangsa dan akidah. Namun, itulah realitinya di Malaysia apabila kita mempunyai pembangkang yang sanggup dan mampu berbuat apa saja hatta menggadai agama, bangsa dan negara demi kuasa.

Hanya pembangkang di Malaysia sahaja yang menyeru rakyat agar ‘bereksperimen’ dengan kepimpinan mereka apabila ditanya mengenai hala tuju atau bentuk pemerintahan yang bakal dilaksanakan. Ini kerana mereka sendiri belum pasti mengenai hala tuju dan bentuk pemerintahan yang akan mereka laksanakan.

Tanpa segan atau malu mereka mengaku bahawa pakatan mereka membawa prinsip, ‘menang dulu, fikir kemudian’ setiap kali persoalan ini dibangkitkan.

Dan yang lebih ironi lagi ialah hanya di Malaysia sahaja, ada segolongan rakyat yang bersedia memperjudikan masa depan mereka di tangan pemimpin yang belum lagi berfikir tentang hala tuju kepimpinannya.

Justeru itu, meletakkan peringatan Presiden mengenai pilihanraya di atas sebagai yang paling penting kerana sekiranya ianya tidak difahami dengan baik, maka keseluruhan ucapan dasar yang begitu jitu, tepat dan bernas tidak akan membawa makna apa-apa.

Perlu diingatkan bahawa kita mempunyai pembangkang yang sanggup ‘menawarkan’ negara ini kepada penjajah, sanggup mengsabotaj ekonomi negara sendiri dan menyebabkan rakyat menderita semata-mata untuk membangkitkan kemarahan mereka agar memberontak terhadap kerajaan, sekali gus memusnahkan hidup mereka sendiri.

Sebelum ada yang sanggup menyambut seruan pembangkang untuk ‘ber-ujikaji’ dengan menukar kerajaan, kita harus terlebih dahulu meneliti kemungkinan dari hasil ujikaji ini.

Yang pasti, hasil yang dijangka adalah ‘unik’ serta ‘kronik’.

Hasil ujikaji dijangka ‘unik’ kerana kita mempunyai pembangkang yang ingin merombak segala-galanya tentang Malaysia, menghapuskan Raja-raja dan menjadikannya Negara Sekular. Kita mempunyai pembangkang yang ingin membawa kita ke belakang, ke zaman jahiliah iaitu tanpa peraturan dan adab sopan dalam hubungan sesama manusia. Kita juga punya pembangkang yang ingin membawa kita ke era gelap di mana yang ekstrem dianggap sebagai terbaik, serta menafikan hak rakyat untuk memilih cara hidup, malah pakaian juga.

Setiap rakyat yang rasional pasti sedar bahawa segala apa yang dicita-citakan oleh pembangkang ini adalah tidak sesuai, malah merbahaya untuk negara ini, masyarakat kita dan juga sebagai manusia yang berpegang kepada agama.

Yang menjadikannya ‘kronik’ pula ialah kita tidak pasti cita-cita yang mana satu dari kesemua cita-cita yang bertentangan pembangkang itu yang akan tercapai, sekiranya mereka menang pilihanraya.

Jika kita bereksperimen dengan bahan-bahan yang secara berasingannya sahaja sudah cukup merbahaya, apatah lagi jika dicampur bersama sedangkan elemen-elemennya saling menolak satu sama lain. Tidak mustahil ia akan membawa letupan besar yang mampu memusnahkan kesemua yang telah kita bina.

Oleh itu, ingatlah pesan Presiden bahawa keluarga kita terlalu berharga untuk dimusnahkan dengan satu ujikaji pilihanraya.

BN Perlu Perangi Propaganda Grand Final PR

Pakatan Pembangkang atau PR nampaknya sedang berusaha untuk terus menggugat keutuhan Kerajaan Barisan Nasional apabila sedang merancang untuk melakukan satu lagi perhimpunan yang katanya akan dibuat secara besar-besaran yang dikenali sebagai Grand Final PR.

Menurut kata Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu, para peserta yang akan menyertai perhimpunan itu diwajibkan memakai empat warna baju sama ada kuning, merah, hijau dan oren yang setiap satunya mewakili tuntutan berbeza.

Warna kuning mewakili Bersih 3.0 yang berkaitan dengan tuntutan pilihanraya, merah pula mewakili tuntutan royalti minyak Kelantan oleh NGO Royalti, warna hijau mewakili NGO alam sekitar yang anti Lynas dan Rapid Pengerang, manakala warna oren merupakan gerakan anti FELDA dan anti FGVH.

Melihat pada kesungguhan PR untuk terus mempropagandakan isu-isu di atas, jelas sekali ia menuntut jentera BN untuk sentiasa siap siaga bagi menepis polemik dan propaganda tersebut.

Satu-satunya perkara yang sering menyeronokkan PR bila mereka memainkan sesatu isu ialah kelambatan jentera penerangan dan pemimpin BN sendiri turun ke padang menjawab tohmahan pembangkang.

Seperti ramai kalangan kita sudah maklum, hidup mati PR banyak bergantung pada isu yang sengaja diputarbelitkan, sama seperti mereka memutar belit isu Lynas kononnya bakal menghasilkan sisa radioaktif sedangkan pakar nuklear dari kalangan pemimpin PAS sendiri mengakui Lynas bukannya loji nuklear.

Walhal, jika benar Lynas yang menghasilkan bahan nadir bumi untuk kegunaan banyak barangan elektronik itu betul-betul berbahaya, bukankah lebih elok untuk para pemimpin PR menasihatkan penyokong mereka mencampakkan saja semua alatan gadget eletronik seperti Iphone, Ipad atau Galaxy Tab yang mereka miliki.

Begitu jua dalam isu Rapid Pengerang, jika benar dakwaan pembangkang konon pembangunan projek tersebut bakal membahayak nyawa rakyat dan alam sekitar, kenapa pula PR tidak membantah ura-ura kerajaan PAS Kelantan untuk membangunkan kompleks petrokimia di Pantai Senok, Kelantan?

Demikian halnya dalam isu SPR, jika benar badan tersebut bias atau tidak bebas, bukankah lebih baik semua 4 kerajaan negeri PR sekarang ini melucutkan segera penguasaan mereka di negeri terbabit? Namun mereka tidak berbuat demikian, kerajaan adil dan saksama mengikut tafsiran mereka hanya bila sesuatu keputusan pilihanraya itu memihak pada puak sendiri sahaja.

Jelas sekali, polemik dan propaganda PR dalam isu Lynas, Rapid Pengerang mahupun SPR, bukanlah atas niat baik untuk kepentingan rakyat sebaliknya mereka mempolitikkannya semata-mata untuk kepentingan hawa nafsu sendiri semata-mata.

Bersabit isu royalti Kelantan pula, dalam riuh rendah PAS mempolitikkan isu yang bukan isu ini, semua pun sudah maklum bahawa Kerajaan PAS Kelantan atas nasihat Husam Musa telah membawanya ke pengetahuan mahkamah.

Sepatutnya jika PAS serius dan berbiat ikhlas mahu mencari penyelesaian isu tersebut, mereka sewajarnya menyerahkan saja kepada mahkamah untuk membuat keputusan. namun ia tidak berlaku sedemikian.

Jelas nampak wujudnya gerakan politik untuk menyemarakkan semangat kenegerian demi mengaut keuntungan kepartian, kerana PAS tahu secara perundangannya tuntutan royalti itu tidak mampu direalisasikan selagi pelantar minyak atau gas wujud jauh dari lingkungan 3 batu nautika.

Tapi pemimpin PAS lupa, jika jalan perundingan diambil, Perdana Menteri masih boleh menggunakan budi bicara dan kuasanya untuk mengarahkan Petronas memberi wang ehsan. Namun PAS menolaknya kerana tidak mahu penyokong mereka termakan budi dan jasa dengan Kerajaan Pusat.

Bersabit isu FGV dan Felda, PAS dan PKR cukup ke depan memanipulasi sentimen para peneroka, namun bila FGV diapungkan terbukti tiada tanah peneroka yang tergadai, tiada rumah peneroka yang dijual sebaliknya para peneroka mendapat keuntungan durian runtuh malah kebajikan mereka tetap terbela.

Berbeza sekali dengan isu para peserta Ladang Rakyat anjuran Kerajaan PAS Kelantan yang hingga kini nasibnya terumbang ambing, tiada rumah diperolehi sebaliknya tanah yang diusahakan kini menjadi milik syarikat dari luar Kelantan.

Seandainya benar penyenaraian FGV di BSKL merugikan dan tidak berdaya maju, kenapa pula berebut-rebut anak syarikat kerajaan negeri PR membeli sahamnya? Apa perlunya untuk pemimpin PAS Kelantan dan Kedah terbabit memiliki saham dan mengambil untung dari urus niaga saham FGV? Bukankah itu hipokrit namanya.

Empat isu diatas, walaupun dari segi kepercayaan umum, orang ramai sudah semakin muak dengan teknik propaganda PR yang kerap kali memutar belitkan isu mengikut selera politik mereka, namun BN tetap tidak boleh memandai mudah.

Penjelasan dan majlis penerangan baik secara bersemuka atau berkelompok tetap perlu diperhebatkan, propaganda sedemikian perlu diperangi, lebih ramai yang memahami hujung pangkal sesuatu isu lebih baik untuk BN. Senario penolakkan ramai terhadap PR perlu dimanfaatkan segera.

Jika pihak BN bijak memanfaatkan peluang yang sedang terbentang tika ini, Grand Final PR akhirnya akan menjadi panggilan pulau untuk PR sekaligus menjadi paku-paku terakhir untuk pemimpin PR bersemadi dalam keranda politik tanahair.

Kerajaan Selangor Arah ABASS Kurangkan Bekalan Air Terawat..!!!


Barisan Nasional Selangor hari ini mengemukakan bukti wujud arahan dari pihak Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) melalui Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) kepada pihak ABASS supaya menurunkan pengeluaran air kepada 120 juta galen sehari pada 10 Ogos 2012.

Koordinator BN Selangor, Dato' Sri Ir. Mohd Zin Mohamed berkata, pihak KPS telah mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa mereka telah mengarahkan ABASS untuk mengurangkan pengeluaran air terawat. Malah mereka juga memberikan data pengeluaran air dari pihak ABASS bermula dari Januari 2011 hingga Febuari 2012.

"Hakikatnya, memo yang dikeluarkan oleh pihak KPS kepada ABASS adalah bertarikh 29 Disember 2011. Ini bermaksud, arahan ini adalah baru dan bukannya bermula sejak Januari 2011. Memo ini juga turut disertakan bersama dengan surat yang ditujukan kepada pihak SPAN dan SYABAS bagi menyampaikan maksud yang sama.

Arahan ini dikatakan dicapai setelah perbincangan dengan pihak Lembaga Pengarah KPS. Apa yang mendukacitakan kami ialah, pihak Kerajaan Negeri melalui KPS sanggup mengeluarkan arahan ini. Tidak kisah apa jua alasan yang diberikan, namun arahan seperti ini dilihat membelakangkan kepentingan rakyat," ujarnya kepada pemberita dalam sidang media di BN Selangor sebentar tadi.

Tambahnya, Kerajaan Negeri juga bersikap retorik apabila sering kali mengatakan bahawa semua agenda mereka adalah demi kepentingan rakyat. Namun arahan pengurangan kapasiti air terawat ini jelas membuktikan bahawa mereka sebenarnya lebih mementingkan diri sendiri berbanding rakyat.

"Hakikatnya, rakyat Selangor memerlukan bekalan air terawat yang berterusan dan kerajaan negeri bertanggungjawab menyediakan sumber bekalan ini untuk diagihkan.



Kerjasama baik sekian lama antara pihak Loji Rawatan Air, pihak SYABAS dan kerajaan negeri dilihat semakin goyah sekarang ini apabila kerajaan negeri tidak mampu menguruskan sumber air ini dengan bijak dan telus," ujarnya yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri Selangor.

Dalam perkembangan yang lain, UMNO Selangor mengalu-alukan keputusan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memutuskan bahawa lidah rasmi PAS, Akhbar Harakah telah melemparkan fitnah terhadap UMNO apabila menuduh UMNO terlibat dengan kes serbuan di Gereja DUMC sebelum ini.

"Keputusan itu secara jelas membuktikan bahawa PAS dengan sengaja berniat jahat dan cuba mengelirukan rakyat Malaysia dan mengaitkan UMNO dalam isu tersebut sedangkan ianya adalah tindakan dari pihak JAIS sendiri.

Ini menunjukkan bahawa peristiwa serbuan ke atas DUMC dan pemecatan Hasan Ali yang dikaitkan dengan peristiwa tersebut adalah semata-mata kelemahan dari pihak PAS dan tanpa melibatkan UMNO.

Kami juga ingin menyeru supaya parti politik terutamanya PAS bertindak dengan lebih matang dan tidak sewenang-wenangnya menabur fitnah. Keputusan hakim dalam kes ini adalah lebih bermakna kepada kami berbanding jumlah tuntutan saman kerana membuktikan selama ini PAS menggunakan budaya fitnah dalam berpolitik," ujarnya lagi.- GPRS

Lajim Ukin Jarang Ke Pejabat Sejak Mac 2012


Perkembangan terbaru yang diberitakan oleh TV3 malam semalam mengesahkan bekas pemimpin UMNO Sabah, Lajim Ukin telahpun dilucutkan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Sebelum ini pada Sabtu lalu, Lajim telah bertindak meletakkan jawatan sebagai anggota MT dan Ketua UMNO Bahagian Beaufort serta Pengerusi BN Beaufort, namun dimasa yang sama masih enggan melepaskan jawatan Timbalan Menteri.

Keengganan Lajim untuk meletakkan semua jawatan secara serentak hanyalah satu lakonan politik murahan yang matlamatnya sengaja mahu mensensasikan isu supaya dapat menarik perhatian ramai terhadap dirinya.

Sebetulnya pelucutan jawatan Lajim sebagai Timbalan Menteri merupakan satu langkah yang bijak dan tepat.

Sampai bila mahu disimpan saja orang sedemikian yang langsung tidak memiliki prinsip yang jelas kerana kerap berubah-ubah pendirian dan gemar bermain tarik tali untuk kepentingan diri sendiri.

Lagipun mengikut sumber dari kementerian terbabit, sejak Mac lalu lagi Lajim sudah jarang masuk ke pejabatnya. Malah ruang pejabatnya sudah lama kosong dan segala barangan peribadi juga sudah lama di bawanya keluar.

Ini bermakna sejak Mac hingga Julai 2012, sekurang-kurangnya sudah tiga, empat bulan kerajaan terpaksa membayar gaji Lajim sekalipun dirinya jarang masuk ke pejabat untuk menunaikan amanah dan melaksanakan tanggungjawab tugasan.

Apakah tidak ada sedikit rasa malu dalam sanubari dirinya apabila gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri tapi masih tidak segan pula bercita-cita ingin menjadi Ketua Menteri Sabah?

Bayangkan sekiranya kedudukan Lajim sebagai Timbalan Menteri dikekalkan, tentu sahaja hanya akan membazirkan wang rakyat untuk membayar khidmat seorang pemimpin yang hanya makan gaji buta.

Sepatutnya sejak Mac lepas Lajim sudah secara terbuka menyatakan dirinya sudah tidak lagi mampu menjalankan tugas dan amanah sebagai Timbalan Menteri.

Tapi, ternyata Lajim lebih mengutamakan kepentingan sendiri apabila tetap berterusan bermain tarik tali semata-mata mahu memaksa PM untuk akur pada permintaan peribadinya.

Lajim Ukim Bakal Senasib Baru Bian


Tika ini banyak khabar berita menyentuh secara langsung perkembangan terkini perihal Ahli Parlimen Beaufort, Lajim Ukim yang kini sedang berura-ura untuk menyertai PKR setelah beberapa kali tertangguh sebelumnya.

Dalam satu pertemuan dengan Nik Aziz Nik Mat di Kelantan sebelum ini, Lajim Ukim dikatakan telah melahirkan hasrat untuk menyertai PKR dan memohon restu daripada Mursyidul Am PAS itu agar penyertaannya itu dapat membantu pakatan pembangkang.

Pelik bunyinya. Mahu menyertai PKR kemudian tiba-tiba mohon restu daripada Muryidul Am PAS. Samada berita itu tersalah lapor, songsang atau sebaliknya, sukar dipastikan.

Apa yang pasti, jika Lajim Ukim sudah nekad untuk melompat menyertai PKR atau masuk apa sahaja parti pembangkang, kita doakan sahaja mudah-mudahan itulah yang terbaik untuknya.

Sementelah lagi cita-cita beliau untuk menjadi orang nombor satu di Sabah melalui UMNO barangkali sukar digapai kerana banyak persaingannya, mana tahu mungkin dengan menyertai PKR maka masa depan peribadinya akan lebih gemilang.

Kira-kira setahun lalu semasa kempen Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak Ke-10, seorang pemimpin tempatan juga pernah dapat mengecap kegemilangan selepas mengambil keputusan menyertai PKR.

Para pembaca tentu kenal bila disebut nama Baru Bian. Khabarnya kerana terpesona dengan janji mulus yang ditawarkan oleh Anwar Ibrahim untuk melantiknya sebagai Ketua Menteri Sarawak telah menyebabkannya angau berminggu-minggu.

Memang betul selepas menyertai PKR namanya gemilang kerana dijaja ke sana ke mari sebagai bakal Ketua Menteri namun gemilangnya hanya seketika bila keputusan rasmi pilihanraya negeri mengesahkan PKR kalah teruk, malunya pula tak terkata.

Jadilah Baru Bian sekadar 'Ketua Menteri' yang angkat sumpah depan gambar dan cermin saling tak ubah seperti gaya Anwar Ibrahim sewaktu dirinya meroyan mahu menjadi PM 16 Sept tidak berapa lama dulu.

Selepas pilihanraya negeri tamat, kemudiannya Baru Bian dijanjikan oleh Anwar Ibrahim untuk mengisi kekosongan jawatan Timbalan Menteri andainya Kerajaan Pusat dapat dikuasai oleh pembangkang dalam PRU 13.

Malangnya menjelang beberapa ketika sahaja lagi PRU 13 bakal menjelma, hingga kini nama Baru Bian tidak tersenaraipun di mana-mana kerusi parlimen sekaligus mengesahkan beberapa khabar angin sebelum ini yang dirinya sudah tiada nilai lagi di hati Anwar.

Kita harap nasib Lajim Ukim tidaklah seburuk itu kelak, saat diperlukan oleh PKR, namanya dijulang-julang. Bila gagal menghasilkan kemenangan yang diharapkan oleh Anwar Ibrahim, akhir kemudiannya ibarat habis madu sepah dibuang.

Tapi tengok pada gayanya, tak mustahil orang yang mudah kelabu mata dengan janji dan tawaran kuasa, mudah sangat terpedaya dan Lajim Ukim memenuhi ciri-ciri untuk mengulangi nasib sama seperti Baru Bian yang akhirnya akan terbiar sendirian dan tidak lagi dipeduli.

Kepimpinan PAS Sentiasa Cakap Bohong - Shahrizat Abdul Jalil



Kuala Kedah, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari menyifatkan kerajaan negeri Kedah di bawah pentadbiran PAS GAGAL menyediakan sumber ekonomi kepada rakyat Kedah. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh Wanita UMNO Kedah, kerajaan negeri tidak memikirkan dan menyelesaikan masalah rakyat dari sudut pendapatan harian untuk menyara anak/bini serta lain-lain tanggunan yang sedang di hadapi oleh rakyat.

Shahrizat juga menyelar kepimpinan PAS yang sentiasa bercakap bohong dan tidak amanah kepada janji-janji mereka kepada rakyat semasa kempen PRU12 yang lalu. KLIK DISINI

Dalam Mesyuarat Cakap Berapi!!!


Di mana kelemahan BN?? apa yang terjadi kepada Negeri Selangor selama pemerintahan Pakatan Haram. Semua janji yang di taburkan kepada rakyat Selangor tidak tertunai dan sekarang ini adalah masa yang perlu di gunakan oleh BN Selangor untuk merampas kembali negeri tersebut.

Jangan duduk goyang kaki saja jangan cari jalan mudah untuk menang..!! rasa mendidih jer telinga bila dengar mesyuarat yang mana ada yang ada tidak puas hati dengan perjalana program, bukan main lantang suara yang tu tak betul yang ni tak betul punya lah berapi bercakap. Terpikir sekejap, apa bila pembangkang di Selangor memekak sana memekak sisini tak pulak orang BN nak menyalak bila dalam mesyuarat kuat pulak menyalak.

Tak guna dalam mesyuarat kuat menyalak sama2 buat buat keje yang mana bocor tu pandai2 la tutupkan jangan  nak salahkan orang jer!!!! prihatin la sikit yang mana membantu ni nak masuk susah nak keluar pun susah kata nak di bantu. Program masih berjalan lagi yang man duduk2 kat rumah tu yg pergi bercuti tu tunjuk2 lah muka jangan hrapakan yang atas saja beri arahan pikir2 la sendiri kalu nak menang!!!

BN SELANGOR NAK JUAL NASI LEMAK BUNGKUS???


Ditegur nanti mengamuk tak tentu hala ... dituduhnya sengaja membangkitkan kemarahan rakyat kepada parti, tidak ditegur makin menjadi-jadi ... 

Inilah yang mahu di tegur sejak dari dulu lagi ... 'Yes Sir, Everything Is Fine Sir! According To Our Plan Sir! Okay Sir! Boleh Sir! Malaysia Boleh! Bla Bla Bla ... Bla Bla Bla! ... sikap, sikap dan sikap ... attitude!

GWM sememangnya tidak faham dengan sikap segelintir pemimpin BN yang gemar dan rajin mengipas. Perkataan kipas semakin dan sudah sinonim dengan Barisan Nasional!

GWM sememangnya tidak faham dengan sikap segelintir pemimpin BN yang gemar dan rajin mengipas. Perkataan kipas semakin dan sudah sinonim dengan Barisan Nasional!



Kipas sana, sini, kiri, kanan, atas, bawah ... BRO BN, sekarang pakai air cond, lagi sejuk bang! 

Perumpamaan yang cukup mudah difahami ... pengunaan kipas hanya membazir tenaga, bising, lebih senang merebakkan virus H1N1, tak ada filter ... tidak mampu menyahkan 'microscopic contaminant'. 

Pakai air cond boleh menjimatkan 60% pengunaan tenaga, senyap, mampu menyahkan virus H1N1, menyahkan microscopic contaminat, mempunyai filter untuk membuang hama, debunga dengki, bau-bauan politik kipas serta jerebu politik masuk bakul angkat sendiri ... mudah bukan!



Jangan sesekali menyalahkan blogger jika dijentik sebegitu rupa. Media telah melaporkan apa yang berlaku di Konvensyen BN Selangor. Apa sebenarnya yang mahu dilakukan? Tidak malukah apabila Pengerusi BN, DS Najib menempelak sikap pemimpin BN dengan perkataan 'program syok sendiri'!

Siapa yang tidak marah jika DS Najib sebagai 'driving force' BN diperlekehkan dengan laporan tidak tepat tentang bacaan politik di sesuatu kawasan sehingga menjejaskan usaha merampas kembali Selangor daripada pembangkang! 

Are You Crazy? ... Nasib baik pemimpin BN kebanyakkannya adalah kakitangan kerajaan. Jika dalam sektor swasta, perkataan keramat yang pasti keluar dari mulut Chairman / CEO / Managing Director ... You Are Fired! (Anda DiBakar ... direct translation).

I'm so sorry BRO BN! But this is not Pak Lah administration ... this is Najib Tun Razak administration, please buckle up! 


Apa ni ... kelabu dengan putih sudah tidak mampu dibezakan lagi ... rabun warna gamaknya! Tun Dr Mahathir yang sudah berusia lebih dari 70 tahun masih lagi belum buta warna! Gelak, gelak ... bila ditegur gelak!

Seharusnya mana-mana pemimpin BN dari mana-mana negeri sekalipun perlu bersikap jujur dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Bukan mengkhianati kepercayaan yang diberikan demi tembolok sendiri beserta tembolok juak-juak terpilih!

Lakukan analisis dan laporan dengan lebih berintegriti, bukannya laporan menipu diri sendiri. Lebih teruk dan amat menjijikkan sehingga sanggup menipu Pengerusi BN. 

Golongan muda bakal menjadi peneraju negara dan golongan inilah sebenarnya 'main target' program yang dijalankan dalam meraih sokongan dan undi mereka ini. Janganlah dibuat analisis dan laporan mengenai golongan separuh abad dan tua kerana golongan ini hanya tinggal 5 hingga ke 8 tahun lagi ... we are suppose to envisioning what will happen in 10 to 20 years from now! 


Apabila ditegur blogger pro kerajaan mulalah mulut mula mencebik. Dikatakan pula apa yang blogger tahu menahu. Ditohmahnya pula blogger duduk depan komputer bukannya berjumpa rakyat bawahan.

Excuse me BRO BN! Rakyat marhaen terlalu ramai menyampaikan ketidakpuasan hati melalui email terhadap sikap dan gerak kerja pemimpin BN dari peringkat bawahan sehinggalah ke peringkat paling atas ... Jenuh blogger terpaksa delete inbox dalam email supaya tidak penuh! ... Ini belum lagi diambilkira blogger yang berjumpa terus dengan rakyat marhaen membuat kajiselidik dan research sendiri.

Hari-hari berkumpul satu group bercerita siapa yang perlu diangkat, siapa yang perlu dipalang habis-habisan ... macam budak sekolah! Orang ni tak betul, orang tu tak betul ... habis tu siapa yang benar? 

Momentum sokongan rakyat perlu dikaji dengan teliti. Segmentasikan kajian mengikut peringkat umur dan latarbelakang pengundi. Pengundi muda dan atas pagar bakal menentukan kemenangan BN pada pilihanraya umum kelak. Buatlah kerja dengan hati yang ikhlas dan tidak bermuka-muka semata-mata mahu disanjung dan diiktiraf (muka kalau hensem okaylah jugak).

GWM berada di Konvensyen BN Selangor semalam. Memanglah Pengerusi BN berseloroh dalam menyindir. Namun sindiran itu sebenarnya adalah kritikan pedas bagi mana-mana BN negeri untuk bekerja dengan lebih tekun dan bertungkus-lumus. DARI GWM


Seloroh DS Najib semalam ada makna sebenarnya ...


NYAMUK CROUD

JUSTICE 4 SAIFUL

JUSTICE 4 SAIFUL
KLIK PICTURE

Labels

Blog Archive