Tuesday, June 21, 2011

HIJRAH

Dalam minggu ni suka tak suka kena berhijrah..kepala kantor sudah bising...aku pun tak sedap hati jugak..risau pun ada jugak..rumah baru dah dapat kunci, tapi masih lagi orang boleh masuk sesuka hati...soalan tiap2 pagi sekarang ni..siapa bukak kunci rumah baru..???

Alhamdulillah mangga dah dibeli, moga lepas ni akses cuma satu point sahaja..pening gak tetiba ramai dalam rumah baru, masuk ntah dari mana2...

Moga Allah mudahkan urusan kami kali ni..Kepala kantor nampak sangat excited...ye la..terngiang2 lagi kata2nya..kot2 saya kemas barang2 bawak balik rumah..huhuhuh..sayu la pulak..takpe..kita mesti pindah...

Petang ni nak angkut komputer, ada kata tolak dgn troli, ada kata bawak sendiri dgn kete..aku..tak tau nak angkut dgn apa...

Banyak memori di rumah yang sedia ada...tapi moga memori yang akan datang di rumah baru lebih mematangkan kita semua...Amin..

Wednesday, June 08, 2011

Kepulangan yang menginsafkan

Serba salah dibuatnya, aku tak tau perlu hadir untuk majlis dinner dan sukan keluarga aku atau balik kampung. Kedua-duanya peluang utk bertemu sanak saudara yang dah lama tak jumpa...gelisah, fikir, fikir lagi, akhirnya aku buat keputusan setelah berbincang dgn Mr Bos...kita utamakan ibubapa ...lagipun hukumnya sama seperti ibu bapa kandung..

Alhamdulillah, keputusan dibuat tepat...Majlis yang di Ktn memang seronok, tapi kali ini trip balik kampung sangat2 menginsafkan. Berpeluang menziarah mereka yang sudah tidak secergas dahulu...aku cuma mampu menahan sebak...ada saudara mara Mr Bos yang tak berbahasa Melayu, namun ghairah bercerita ttg kesihatan diri masing2...aku cuma mengangguk konon faham, tapi mataku ralit melihat ke dalam mata warga2 emas yang bercerita...dalam suka menerima tetamu, duka tetap terserlah...
Bila difikirkan, adakah bila usia kita mencecah angka sedemikian masih berdaya lagi, ada ke anak2 yang akan datang menjaga dan menziarahi, tak mustahil juga kalau kita menjadi penghuni rumah orang2 tua...moga2 dijauhkan...

Pulang kali ini lebih menyedihkan bila melihat abah yang kian susut, selera pun kurang, tapi masih bersemangat untuk ke kebun.. Bimbang ibuku kalau abah rebah di kebun, tapi disebabkan tak betah duduk berehat di rumah, digagahkan juga..

3 hero seperti biasa seronok berjumpa saudara-mara, makan pun lebih daripada biasa..."Ikan keli nenek sedap", dialog yang memang membeli jiwa. Sudahnya sekali beli 5-6 kg. "Biarlah..kata neneknya, dia nak makan, makan aje le..
Bebudak tu dok membilang hari..baki cuti yang tinggal...tentu menunggu janji istimewaku di hujung minggu.

Alhamdulillah..thank you Allah, kerana kepulangan kali ni banyak menyedar dan menginsafkan aku akan kekayaanMu.

Thursday, June 02, 2011

Pindah lagi

Leberi dah macam kena langgar garuda, macam tongkang pecah pun ada. Aku pulak takde next week...harap2 semuanya ok,

Lepas ni byk lagi kerja yang nak dibuat sebelum ready utk semua. Ada dah org komplen lama sgt tutup. tapi nak buat camana..byk lak yg nak susun tu...kalau siap cepat boleh cepat buka..ramai yg nak lepak kat Taman kami tu..

Kita tunggu dan lihat camana perkembangan seterusnya