Thursday, December 30, 2010

Farewell 2010

Akhir tahun..banyak yg perlu siap, banyak pulak yang perlu rancang.
Dari kerjaya, keluarga, kewangan

Financially aku masih lagi tenat..if anything happens to me or to my family, sakit lagi la jawabnya nak mengorek sumber tu...kena lipa ganda usaha menabung..moga cita2 termakbul

Career wise, alhamdulillah..tapi utk hari2 mendatang nampak awan mendung bakal berarak..kena bersiap siaga nampaknya..

Spiritually..masih terlalu banyak ruang untuk diperbaiki..aku masih insan yang lemah..terutama nafsu nafsi...

I hope i've got enough time to be a better person ...

Monday, December 27, 2010

Pecah pantang

Alhamdulillah, 3 hero tu dah boleh berseluar.
Untuk meraikan 'kejayaan' mereka, semalam kami bawak la 3 hero tu outing...Aktiviti pagi tu dimulakan dengan kunjungan ke Pasar Tani..beli ayam. maklum la ada yang hajat nak makan ayam pusing2..setengah ekor sorang pulak tu..hish..boleh caya ke??
Niat hati nak beli la kambing..nak buat beriani Hyderabad, cekonon..hancusss..bulu kambing pun takde..
Dah lepas breakfast, dekat jam 11 tu pergi la merewang2 dekat bandar...puas hati budak tu dapat makan piza..dalam pada bukak piza tu, masing2 dok mintak confirmation lagi ni..betul ke boleh makan ni? Dah baik ke kita ni? Piza ni ada telur tak? SOsej tu boleh makan tak....Sampai aku letih nak explain mana yang boleh mana yang tidak...
So selamat la piza tu ditelan budak bertiga,,aku dpt mkn sekeping je..hish, hish..takpe la..janji dah ditunaikan..So boleh la tick menu satu..yang lain2 kena tunaikan pulak.

Tinggal kurang dari seminggu lagi for my honeymoon to be over..lepas ni schedule hidup akan bertukar..lebih sibuk dari biasa..budak2 ni nak kena train tidur dan bangun awal, mak dia pun kena bangun awal...huhuhuhuu...kena masak pagi2 pas ni..macam bangun sahur daa....

Saturday, December 11, 2010

Mission Accomplished

Alhamdulillah, misi berjaya! Afiq akhirnya berjaya dikhatankan. Walaupun berhempas pulas, tapi tak seteruk dulu.

Kali ni aku pulak berdebar2...rasa nak muntah pun ada..agaknya sebab risau kalau2 perkara yang sama jadi..tapi kali ni kami pakat dengan misi dan doktor..so tak la Afiq ketar2..cekonon check kesan kudis kat kaki, badan, dll..

Selesai semuanya baru la aku tak rasa risau..cuma nak jaga je, tapi tengok dia pi toilet ok..tak la nangis2 mcm Aliff dan Adib dulu..

Dah janji dgn 3 hero ni, masing2 baik, mak belanja makan..Dah ada yang demand ayam golek, donut, pizza, chicken chop..segala aneka.. Takpe la..janji baik semua..

Alhamdulillah...selesai episod berkhatan..Thank you Allah...Doaku termakbul

Friday, December 10, 2010

Wajah kesayangan hamba..



Innocent and excited..they don't know what awaits them...



Happily playing games while waiting.. cute pulak tgk bebudak berkain pelekat


Menahan sakit lepas balik..kesian sungguh!


Dah mula lega lepas ada Ultraman Brothers sebagai peneman dikala berduka lara...

Boys will be boys...

Wednesday, December 08, 2010

Naked boys running!

The boys are recovering well. Ada la episod2 sedih, trauma tapi masih under control. Afiq, sebab dia belum jadi mangsa so dia sentiasa menjadi dispatch utk abang dan adik buat masa sekarang.
Kesian pulak aku tengok, terkejar2 dia..tak mengeluh pulak tu..Afiq, tlg amik air masak, afiq, tolong amik tisu. tolong amik sudu nak makan ubat, tolong itu, tolong ini…Aku umpan jugak dia, nanti bila Afiq khatan, boleh la pulak afiq mintak tolong abg dan adib, dia sengih je..kalau ada klinik yang tak pakai benda2 tajam macam Al-Amin boleh la…ngeh3..ada ke klinik macam tu, kalau tak tajam camana nak khatan..
Afiq pulak pantang orang sebut nama berlari2 datang. agaknya sebab rasa bersalah tak join the club kot..hihihihi, tapi takpe, masanya akan tiba, kali ni aku plan nak kidnap je dia..senyap2 buat plan, takleh bocor kat 2 hero lagi…Ingat nak cuba masa terdekat ni..harap2 berjaya…
Adib asyik tanya kenapa Afiq ni tak sunat..Abang dia pulak psycho dia..afiq kata nak pergi Mekah, camana nak pergi kalau tak bersih..Boleh pulak kawan tu tanya aku, Mak kat Mekah ada klinik orang bersunat tak huhuhu..kalau ada Afiq sunat kat Mekah je la..kelassss anak aku berkhatan ala2 international destination gitu ..
Bila time nak buang air tension betul 2 hero ni..nangis2 takut..Adib cakap kenapa mak suruh Adib sunat..kan susah nak kencing..aku jugak yg kena..Mr Boss tak disalahkan langsung dlm hal ni…yang lagi parah, dia siap cakap, Adib nak macam dulu…sekarang ni buruk ..hahahahhaha….
Untuk yg ada rasa nak datang ziarah telefon dulu ya..sebab sekarang scenario kat rumah agak huru-hara..i have naked boys running in the house..selamba je Adib pakai baju je makan2 biskut..kain ntah ke mana2..Aliff pulak time nak suap makanan kain or towel asyik terlondeh..memang la kelakar..nak je aku videokan dan tunjuk bila depa besar nanti…So kalau Puan Lieza nak visit nanti call ya..takut ada kena heart attack hahahahah..

Saturday, December 04, 2010

Kita mampu merancang...hanya tuhan menentukan

Perancangan awal untuk bertiga..tapi yang berjaya hanya 2. Pagi tadi masing2 excited nak pi berkhatan, ingatkan bila sampai giliran kami sekejap je seprti yg dijadualkan, rupanya berjam2 tunggu. Adib dah resah, dah menguap2..abg dah muka suspense, Afiq masih maintain..
Bila sampai giliran, Adib masuk dulu, nurse semua tak percaya sebab kecik sgt kata depa, memang Adib jadi star la hari ni sebab peserta termuda...dia siap tanya misi, bilik mana ni..aku doa jgn la dia jerit...sebab parents tak dibagi masuk..
Second in line Afiq, nampak ok...aku pun ingat ok la..lepas tu Aliff...masing2 masuk bilik berbeza2..tiba2 suasana klinik tu pecah dek jeritan budak..anak aku la tu...ada kakak kat sebelah tu tunjuk2 kat aku, bilik yg budak tu dok jerit, tapi aku masih tak dibagi masuk. Aku cam tu suara Afiq, berdebar2 pulak....mintak la yg 2 tu tak trauma....Aku syak tak berjaya lepas Afiq, mmg betul telahan aku...bila keluar lenjun baju dia peluh dek takut...ketar2 badannya...misi tu cakap dia nampak katil pun dah gigil2..kesian betul aku tgk..cuba la tenangkan dia..suruh duduk atas riba aku..aku pun sekali ketar dek kuatnya dia menggigil..
Lepas tu Adib keluar..Alhamdulillah berjaya, menangis jugak tapi tak meraung..aliff keluar, bila nampak aku dan tgk Afiq menangis dia nangis jugak...
Duit utk giliran Afiq dipulangkan...BUdak2 kat luar semua muka kecut bila tgk Afiq meraung...tak kira malu dah tu...
Sampai rumah, kami ikatkan kain kat besi sangkut kain...bila Adib nampak gunting terus trauma..tak nak ..gunting katanya, padahal gunting tu nak gunting tali....memang trauma..
Walau tak berjaya kali ni, kena usahakan jugak utk Afiq...aku cari ikhtiar lain la..pikir2 dulu...cuti sekolah panjang lagi...lagipun dia masih trauma..katanya..Dr guna benda2 tajam...lepas ni kena blindfold dia masuk klinik la jawabnya...

Takpe Afiq..masih ada masa...kita cuba lagi ye nak...

Friday, December 03, 2010

Family Outing

Seronok betul 3 hero bila dibawa meronda semalam. Misi aku ialah untuk ‘fatten them up’ sebelum dijawikan Sabtu ni.
Mulanya nak bawak pi tgk Harry Potter, bila tgk cinema listing, 13PG so kensel la. Nak bawak tgk Rapunzel tapi tak semua berminat…takkan aku nak bawak pi tengok 2 Alam pulak kan..

Jadi bawak je la jalan-jalan, pi kedai buku, beli buku untuk baca masa berpantang huhuhuhu..tapi hampir pasti tarikan utama ialah tv la..nak main kat luar of course la kena ketuk kepala!
Bawak pergi makan, sukanya hati bila masing2 dapat apa yang diminta..bila pikir2 macam cerita Hansel & Gretel pulak..bagi makan kenyang2 pas tu akan di’korban’kan, dan aku la the evil witch! muahahaahha

Time cuti ni memang stok makanan kat rumah cepat habis, asyik lapar je budak2 ni..Tak dapat aku bayangkan lepas berkhatan nanti macam mana..Kena tambah la jawabnya belanja food and beverage..ngeh, ngeh. Dah makan nasi lepas maghrib tu, mintak pulak buat pancake, segala macam dibubuhnya, madu la, strawberry la. macam restoran 24 jam..Malam tu buat pulak chocolate pudding..nak roti tapi nanti la..masa pantang nanti aku buat roti yg sesuai utk budak2 tu..sure tak berapa selera bila tak boleh mkn ayam..hihihi…

Aliff dgn Afiq dah sebut2 berdebar2 nak tunggu Sabtu tapi aku bagitau kalau tak tahun ni tahun depan kena jugak, lagi malu bila dah kawan2 lain dah berkhatan tgk awak yg ketinggalan. Afiq bersemangat semula bila dia kata nanti dah bersih, dia nak solat belakang imam, nak jadi imam muda! harap2 makbul la jadi Imam muda..

Aku pulak tak dak lagi rasa berdebar2, masa ada org tanya mesti dah suspen kan? aku senyum je, sebab tak tau apa rasanya..yg aku rasa, macam tak percaya je budak2 ni dah besar, macam baru semlm je dok timang2…apakah ini tanda patut ada penambahan ahli keluarga???? Adakah aku masih berpeluang???

Tuesday, November 23, 2010

Aku hidup dlm blues

As days passed by more challenges awaits ahead. It is how the way we react to a certain task. If we treat it as a problem, it’s a problem, if we treat it as a challenge, it’s a challenge.
But if we pray that Allah guides us in making the best decision, solution, come whatever may, Insha’Allah we’ll be able to face it.
Aku masih perlu diberi tunjuk ajar. terutama untuk perkara2 yang besar dalam hidup dan juga kerjaya. Tanpa tunjuk ajar, mungkin aku akan menjadi seorang yang kurang ajar…atau terlebih ajar pulak hingga aku pulak nak mengajar orang. Kadang kala niat yang baik disalah ertikan, menyebabkan perkara yang betul dikatakan salah.
Aku memang perlu belajar…dan masih lagi mencari2 hati emas di kalangan yang ada…
Aku titipkan nota ini sebagai peringatan untuk menghadapi hari2 depan yang lebih mendebarkan…

Wednesday, November 03, 2010

Ujian

Kadang2 Allah uji kita dengan kekayaan
Kekadang kita diuji dengan kesakitan
Kekadang kita diuji dengan masalah keluarga dan anak-anak
Tak kurang juga kita diuji dengan cabaran kerjaya
Dengan tanggungjawab yang datang, dugaan dan ujian memang berat pada masa dan ketika yang tertentu
Kepada diri dan juga teman-teman yang menghadapi ujian-ujian ini, harap bersabar. Kalau Allah nak tunjuk betul salah sesuatu perkara, bila tiba ketika yang sesuai kebenaran pasti terserlah.
Ujian ni mungkin datang untuk mematangkan kita. Tapi kadang2 bila datang ujian yang sebegini, aku memang lemah, tak cukup sabar, ada kalanya rasa nak berenti kerja, tapi itu bukan penyelesaiannya. Yang penting aku masih ada keluarga, rakan2 yang bagi support utk menghadapi masalah2 itu. Juga doa especially doa Ibu dan suami yang menjadi penguat semangatku.

Untuk kakak aku, ujian yang dihadapi memang mencabar, kukira aku mungkin tak setabah dia…
Moga dengan setiap ujian itu kita menjadi hambaNya yang lebih bersyukur dan tawadduk.
Aku perlu tulis entri ini sebagai penguat semangatku, dengan UJIAN, perlu USAHA! InsyaAllah berjaya!

Friday, October 29, 2010

Rahsia kecantikan

Sejak cuaca kat leberi ni sejuk2..kulit aku pun jadi la extra kering, jadi aku pun bukak beg dan nak pakai la lotion. Pas tu nampak pulak lotion yg lama kat tepi pc. Ambik, bukak, bau elok lagi, tapi terpikir pulak, lotion tangan ni bila aku beli ek? tak ingat la..

Jadi aku pun surf la internet, cari maklumat pasal expiry date benda ni..aku terjumpa satu artikel yang ceritakan pasal bahana pakai cream tangan expired, orang tu muka muda, tapi tangan macam orang umur 80 tahun (yang tak botox la) disebabkan lotion tu dah tercemar.. hish, banyak rupanya yang dah expired yang aku tak sedar..terus aku buang lotion tu dalam bakul sampah..
Balik rumah aku cek, banyaknya, moisturizer, cream dan yang sejenis dengannya yang aku bakul sampahkan..rugi, rugi..tapi biarlah rugi dari aku merana..

So aku nak share benda2 yang kita rasa boleh guna tapi patutnya dah dibuang, memang la kadang tengok lipstick atau eyeliner tu ada lagi sikit, boleh korek2..tapi buang aje la kalau dah lebih tempoh..nahas dibuatnya.


Beauty Supplies Expiration Dates
Anti-aging and acne treatment
Three months to a year. Antioxidants are easily oxidized, so be on the lookout for any changes in color.

Bar soap
Up to three years.

Blush/Bronzer
18 months after first use

Body lotion
Two to three years, particularly if it’s in a pump container.

Concealer
12 months after first use

Creme eye shadow
6 months after first use
Creme blush
12 months after first use

Deodorant
Up to two years.

Eye and lip pencils
Three to five years. Sharpen them before each use as a way to preserve them and keep them clean.

Facial Moisturizer
12 months after first use

Foundation
About two years. Most bottles are designed to last that long. And if you don’t use it, chances are you didn’t love it to begin with.

Hairstyling products
Three to five years. Most are alcohol-based, which helps preserve the formula.

Lipstick and lip gloss
18 months after first use
Liquid eyeliner
3 months after first use
Liquid Foundation
6 months after first use

Mascara and liquid eyeliner
Three to four months. Make sure you’re diligent about replacing these items to prevent contamination and infections.


Perfume
About two years. To get more mileage out of a perfume, resist the temptation to display a pretty bottle on your vanity. Instead, stash it away in a cool, dark place.

Shampoo, conditioner, and shower gel
About three years.

Shaving cream
About two years.
Skin care products
6 months after first use
Sunscreen
6 months after first use



Kalau pada botol produk tu ada gambar botol dibuka dan tulis 6m atau 18m atau 36m, maksudnya bahan tersebut expired dalam tempoh 6 bulan atau 18 bulan atau 36 bulan dari tarikh dibuka bungkusan..Lorrr..baru aku tau, selama ni dok beli tak pernah tanya salesgirl..betul la orang jual ni..nak poww duit je..tak terang betul2 utk org yg buta kayu pasal kecantikan ni.

lepas ni aku kena berhati2..dan beli apa yang perlu je, walaupun offer hujung tahun sangat menggoda..Masa muda belia dulu rajin jugak aku jemur kulit telur pas tu tumbuk buat scrub, amik lemak ayam sapu kat rambut, amik lidah buaya..daun jambu batu la..macam2 petua tok nenek aku amal..la ni ..memang malas...maklum la semua dah ada yang segera...huhuhhu...padan muka aku!

Wednesday, October 27, 2010

Perkara2 yang menjengkelkan!

Pagi tadi aku plan lepas isi petrol nak singgah ke atm, tapi terpaksa kensel sebab kereta depan aku sloooooowww sangat, macam pi makan angin hujung minggu..Tension jugak rasanya aku pulak punyai tahap kesabaran yang amat minima..so aku dah listkan benda2 yang boleh mendatangkan perasaan amarah...hihihi..

Ketika di bank

* orang yang nampak macam tak beratur tapi bila kita nak masuk line dia kata dia dalam barisan, padahal jarak dia dgn orang depan tu jauh..boleh 3 manusia dewasa masuk.

* orang yg beratur rapat2 dengan kita masa nak draw duit, kalau baki duit aku dalam akaun juta2 tak kisah le, ni tinggal nyawa2 ikan..dah le nak picit PIN pun takut mamat/minah belakang ni nampak.

* orang yang nak draw duit kat cash deposit machine, berulang kali la tekan, pas tu dah lamaaa…baru perasan salah mesin daa, n sengih2 kat orang belakang..

* orang yang sibuk bertalipon masa nak draw atau bank in duit, dah le masa tu nak tekan, masa tu nak cakap, sudahnya salah transaction kena buat balik..

* orang yang takde duit tapi nak jolok gak kad atm tu dengan harapan ada pari-pari masukkan fulus dalam akaun dia..AKU la orang tu!

Ketika di jalanraya

* orang yg bertalipon tengah drive, tak tau nak ke tengah ke tepi….cakap macam bisness juta2..sudahnya orang belakang bengang

* orang yang suka rapat2 kat belakang kita..brek mengejut2..aku ni takut…tension semacam, peluh menyimbah, pas tu siap bunyikan hon dan bagi lampu kat kita pulak tu..

* orang yang suka pasang radio kuat2 dalam kete dia..pas tu dum dam dum dam, nak tercabut jantung, tapi aku tgk org pakai kereta tempatan je buat gitu, pakai kete import takde lak nak melalak kete dia

* orang yang bawak slow tapi guna lane laju…wahhh ni memang angin, sudahnya panjang la kete2 lain beratur.

* orang yang tak boleh orang lain potong, asal ada je kereta lain potong dia potong balik..aku yang tengok pun ngeri..

* orang yang tak pandai bagi signal, baik nak masuk lane atau nak memotong, udahnya orang lain urut dada, kena pastikan brek makan la..kalau tidak…balai cerita..nasihat aku, simpan je lampu brek signal tu, kot2 dapat diskaun road tax sebab tak gunakan tak tau la.

* orang yang berlumba, tak kira la lumba kereta ke atau mat rempit yang lumba tengah2 malam…ni memang tension, aku dah byk kali kena, nak jemput Mr Boss jam 1-2 am, ramai je depa ni berlumba..patutnya polis letak je jala, biar depa kena..geram aku…eksen pulak tu kalau dah ramai2, lampu merah pun langgar, kalau sorang menikus pulak.

* orang yang potong queue, arghhh..tension especially Jumaat petang kat depan Megamall, aku elakkan jalan tu. guna jalan lain hari Jumaat..

* orang besar2 yg guna jalanraya masa peak hours (lunch time, orang balik keje)..Ni mmg hangin, dengan polis trafik segala..aku pernah kena marah sebab lambat berenti dgn polis trafik, padahal aku nak pastikan kete aku tu takde la kacau laluan orang…mana pergi moto “rakyat didahulukan” macam ni semua rakyat kena diketepikan untuk beri laluan kat depa ni..macam la ada org nak tembak sgt depa ni..

* orang yang tidur tengah jalan..ni orang gila la…sesak Bandar kuantan dibuatnya dek mamat ni baring kat jalan..hihihi

banyak lagi perkara yang menjengkelkan..nanti la sambung

Wednesday, October 20, 2010

Cerita hutang

Pagi tadi dalam perjalanan ke opis aku pasang le Hotfm. Dengar dj dok cerita pasal cerita hutang, Ada sorang caller tu cerita yg dia tak blh tahan tgk jiran dia ada lebih, perabot ke, barang letrik ke. mesti nak beli jugak dan jugak lebih besar..Aku ingat zaman cerita Badul je ada kes macam ni, zaman la ni pun ada lagi spesis macam ni..Dia dah ada TV 29 inci, pas tu tgk jiran dia beli lagi besar…35 inci kot, dia pergi beli lagi besar!!! Jadi dia pun berhutang le..Apa raa orang macam ni..Ni le kata orang biar papa asal bergaya..

Aku tak le kata aku tak berhutang, tapi kalau jiran beli barang tak le pulak teruja nak tukar perabot yg sedia ada..Orang macam ni kena hantar pergi kaunselling ni..Ni mesti kes nak barang branded belaka, kalau pakai spender pun biar orang tau dia pakai jenama Calvin Klein dan bukannya Calvin Kelain.

Dia boleh berbangga pulak tu dengan perangai dia yang macam tu. Dalam paper disebut yang rakyat Malaysia Paling tinggi hutang domestic di Asia, hampir 77% berbanding Negara lain..dalam erti kata lain hutang kita keliling pinggang le…

Aku kena susun strategi supaya hidup ni tak terbeban sangat dengan hutang, walaupun payslip aku menunjukkan peratusan hutang lebih sangat2 dari pendapatan bersih hihihi..yang penting hutang mesti dibayar..Ada ustaz kata walaupun orang yang memberi hutang itu meredhakan hutangnya jika tidak dilangsaikan, tapi sipenghutang masih akan mencarinya di Akhirat kelak..takut jugak kan..

so customer2 aku yang tak bayar duit kuih aku tu masih kira hutang gak la kan, walaupun itu dah kira zaman pra-sejarah..Teringat pulak lagu yang mak aku selalu marah aku nyanyi..antara liriknya..`Jelaskan, segala hutang piutangmu, sebelum engkau mati, kau jelaskanlah..’ Rasanya Poe kot penyanyinya..

Kalau ada hutang yang aku tak ingat nak bayar sila tuntut ya..kalau aku mati dulu mintak dengan Mr Bos.

Tuesday, October 19, 2010

Afiq is Officially 7!



Alhamdulillah, Afiq dah 7 tahun hari ni..makin besar, sikit lagi nak lagi tinggi dari abangnya. Selera makan masih macam tu jugak, pilihannya sama ada ayam, ikan bilis, or udang celup tepung..bila la nak ubah.

He's still short tempered especially when it comes to tv programmes and games, masih lagi hisap jari dan itu la pun jadi senjata ugutan untuk lagi 2 hero tu..Asal ada orang datang je or jumpa mana2 orang, bila gaduh, rahsia tu la jadi ugutan..Berapa kali dah aku ingatkan, tak baik, itu aib orang tu..tak jalan jugak..apa lagi aku nak isi kat jari dia supaya tak dihisapnya...

Afiq is a simple person to please. Kalau dapat secawan milo and roti canai, it will definitely make his day. He was the heaviest among the 3 heros, he weighted 3.65kg at birth. Kasut aku koyak hari melahirkan dia tu..tapi it was a very fast and easy delivery..dia pun tak meragam byk masa baby, maybe sebab dia ada jari as a pacifier...

He's into artistic things, likes to draw and berangan2 jadi Ultraman and right now more into Armor Hero..aku pun tak kenal mana satu..tapi dia memang attached to my mom, celik mata cari wan, nak tidur cari wan, sampai dia kata dia anak wan hihihhi..takpe la Afiq, tak kisah le nak manja dengan sapa2 pun...

He was hoping to celebrate his birthday at school..Mana sempat aku nak buat benda2..I planned to celebrate it this weekend..tak tau jadi camana lagi..

To Afiq Adli..Happy 7th Birthday Darling...May your heart filled with love and share it with others..I love you..

Monday, October 18, 2010

Saya mesti pilih!!!! Tapi nak pilih yang mana??

Aku dalam dilemma sekarang ni..Tak tau nak pilih EPF atau pencen. Browse sana sini, tanya sana sini, pilihan rata2 adalah pencen. Tapi kalau ikut penerangan last week, pakej pencen yang diberi tu macam tak memberangsangkan, bila kepala kantor aku tanya personally lain pulak bunyinya..

Entah apa la kospirasi depa ni..bagi je la pencen..memang la staff sekarang dalam 5 ribu orang, tapi nanti bertambah jugak, sebagai majikan macam manapun awak la cari sendiri sumber nak uruskan tabungan pencen tu..tapi konsultan tu asyik2 sebut tak berbaloi utk 5 ribu staff buat klon, pas tu tak terangkan klon tu secara detail..deadline 22 hb ni..habih tu aku nak pilih apa..Aku nak le buat keputusan berdasarkan fakta…Dah le sessi penerangan tu hangat…Nak meletup masing2..kekekeke
Tapi logic jugak orang marah, Kita bayar konsultan utk beri penerangan, tapi yang diterang yang favour pada management je..kami golongan marhaen ni nak tau jugak bila mati apa faedah untuk family yang ditinggalkan. Yang ditekankan lebih kepada benefit EPF..malas nak uruskan la tu…

Tapi takpe..kalau buat niaya kat orang tanggung la akibatnya nanti…
Aku rasa 85% aku akan amik skim pencen sebab Mr Bos dah swasta, so at least kalau kami takde sapa nak tanggung lepas pencen esok ada la sikit2 utk sara hidup..Kalau tak aku kena mintak jadi jaga kat mana2 kedai emas la nampak gayanya…

Last week jugak ada kesempatan buat makan2 sikit kat opis. Alhamdulillah menjadi..sedap tak sedap lain cerita.. Try buat Nasi Khabsah, dengan ayam bakar Mandhy. Semua orang tanya mana kuahnya..jawabnya mmgtakde kuah. Elok jugak Sam buat mee sup, so yang nak berkuah tu lawan la dgn kuah sup dia..sedap mee dia..meletops…


Tuesday, October 12, 2010

hmmm..what's that smell??

aku nak cerita sikit pasal B.O. bukan baby of tapi body odour..lately aku perasan 3 hero ni asal balik sekolah or kelas agama bau busuk sungguh, lipas lalu pun boleh mati..busuknya melantung raung kata Mr. Boss. Pernah sekali tu aku jemput depa dari sekolah, aku muntah, sebab baunya…mak aiii..memang power..dah aku beli sabun dettol, tapi asal panas je bau…oh tuhan..mau je aku suruh budak2 ni makan jamu…

Tu la aku membebel kat depa, sayur tak nak makan..asyik2 makan ayam je..no wonder le bau pun macam bau badan ayam hihihi…tapi, kecik lagi kan, takkan nak suruh pakai rexona pulak hahahha..

aku teringat masa kecik2 dulu, beratur la kami adik beradik tunggu kena sental daki dengan mak aku..sampai merah2 la badan masing2..nak nangis lagi takut kena marah, dah besar sikit mak suruh sental dgn bedak rambai…start remaja je baru ada masalah bau badan ni dan cepat2 mak aku surh makan jamu…
Tapi 3 hero ni ada sekali aku sental dgn bedak rambai menjerit2 mintak tolong..dah la bilik air tu kecik..kepanasan dibuatnya…tak boleh jadi ni…aku kena cari solution utk budak2 ni..mau pengsan kalau dibiarkan….

Masa aku belajar dulu ada la sorang mamat ni..masalah B. O. jugak, Kalau dalam bus semua org tak nak duduk dekat dia..tapi yang tak tahan tu dia pulak suka duduk dekat budak pompuan..budak2 lelaki pulak dok buat cerita..depan bilik dia semut pun tak lalu sebab dia punya B. O. kesian mamat tu…kekadang B. O. ni sebabkan dari masalah dalaman jugak.. Ada la 2-3 orang nasihatkan dia..tapi dia pulak macam tak nak terima hakikatnya…aiyaaa..manyak susah la ini worang…Aku pun tak tau la apa kesudahan mamat tu….
Moral of the story, aku kena gonyoh 3 hero ni betul2 ni..hihihihi siap la korang…

Friday, October 08, 2010

Soalnya hati

Banyak perkara yang berlaku minggu-minggu kebelakangan ni yang membabitkan hati..kecik hati, terasa hati, berjauh hati, makan hati, sedih hati... pendekata semua perisa ada...tapi aku malas nak pikir banyak2 benda2 ni..
Lepas ni aku perlu pikir strategi baru untuk kerja2 yang makin banyak dan menduga akal..Aku tak nak soal hati ni mempengaruhi aku dalam kerja seharian..well at least i have to try...

On a happier note, Afiq dah masuk Quran for 2 weeks now, Adib marah sebab dia masih kategori Iqra', dia lagi marah sebab tak dapat nak jadi Imam kat sekolah agama...dia dok ejek Afiq hisap jari...biasa la..sibling rivalry..

Anniversary celebration aku pun masih tertangguh..Mana mau celebrate ha??? Payah jugak ya nak pikir benda2 ni..Nak celebrate itu hari dah clash dengan jamuan raya sana sini..Kena put on hold dulu le nampak gayanya...Apa nak buat..nasib badan daa...takpe la kalau tak celebrate pun, aku dah tak kecik hati dgn benda2 ni...asalkan date of event tu masih diingati..tu yang lebih utama..

Thursday, September 30, 2010

Suka atau tak suka

Kadang-kadang, dalam hidup kita berdepan dgn situasi suka dan tak suka. Kadang2 kita suka sesuatu atau seseorang, mungkin org atau sesuatu tu tak suka pada kita.
Boleh jadi juga kita tak suka sesuatu benda atau keadaan, tapi keadaan tu yang menyebabkan kita terpaksa suka.
Kalau kena situasi yang memang suka..sudah pasti jadi nyaman dan menyenangkan…
Dalam hidup, kita perlu sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling, dan bukan sebaliknya. Bila sebut sesuaikan diri tu bukanlah bermakna orang tonggang arak kita kena ikut, tapi maknanya keadaan tu tak sesuai dgn kita, maka kenalah kita jauhkan diri.
Adakah kita perlu menjauhkan diri bila kita tak suka sesuatu benda atau seseorang…aku rasa tengok keadaan..just to play safe…tapi bila perlu, kenalah bersikap professional.
Suka atau tak suka, kalau dah terpaksa, gunakan akal untuk mengatasinya, bukannya rasa, sebab ikut rasa badan boleh jadi binasa.
Ini peringatan untuk aku terutamanya….

Friday, September 24, 2010

Honey, i'm home!

Mr Bos suka buat surprise bila dia nak balik, itu hari aku ingat dia sampai jam 2am, alih2 dia tepon kata dah depan megamall, masa tu aku baru sampai ofis lepas solat jumaat..kesian pulak, makanan utk org dewasa takde pulak kat rumah masa tu kena le dia makan kat kedai sementara tunggu aku balik..
Byk kali dah macam ni, ada sekali aku ingat nak masak jam 11 mlm, dia terpacul kat muka pintu jam 9pm...
Hari ni, kejap tadi aku call nak tanya menu, dia kata dia dah nak balik dah...ayo..kena le balik nak masak awal gayanya..elok gak aku call, buatnya dia balik aku kat bandar ke or pergi beraya, kena lagi makan kat kedai..kesian pulak.

Oleh itu,Lain kali jangan suka buat surprise yang melibatkan hal2 perut, silap2 haribulan, kebulur!

All's well that ends well

Syawal gathering kami dah selesai. Alhamdulillah semuanya cukup..berlebih2 pun ada..ramai jugak yang tak datang, ada yg cuti, ada yg puasa..
Kepada yang datang, terima kasih kami ucapkan, moga berjumpa lagi 2 tahun akan datang. Kepada yang tak datang, takde rezeki nak berjumpa la nampak gayanya..

Ada jugak yg kecik hati, kata kami tak jemput..bukan disengajakan, undangan dihantar ke opis, yg menyampaikan patutnya staff pejabat masing2 la..Budget terhad nak jemput semua..kami pun tak larat nak call sorang2 nak jemput masuk, apa la salahnya kalau tengok org dah ramai2 tu masuk, bukan tak biasa, padahal sebelum ni hari2 boleh datang..tetiba lak nak malu...pelik bin ajaib.

Lepas jamuan rasa nak rebeh bahu ni, Alhamdulillah jejaka2 opis ni gotong royong membasuh..memang sesuai pun, sebab kalau yg pompuan berbaju kurung nak basuh dgn tempat yg sempit tu, susah jugak..Terima kasih daun keladi 2 tahun lagi silalah basuh lagi..

Ada yg flat balik rumah semalam...Mata memang layu..aku pulak rasa ketat tang sendi kaki...rasa tahap aku berjalan sangat la slow.,

pagi ni kaum ibu yg ada cuma aku, mzm,wmz,jue. so kena habiskan saki baki barang yg dah dicuci..makcik yam dgn pantas mengemop lantai...
hari ni kafe mahallah buat open house, kami tak larat nak pergi...wakilkan kaum adam je la..nak sambung pose pun tak larat hari ni.

Seronoknya kalau dapat pergi spa lepas penat2 badan ni....

Monday, September 20, 2010

preparation for shawal gathering

20/9/2010 - Beli barang,punya la mahal barang sekarang, rasa macam nak pakai daun pisang je hihihii..
masak sirap...baunya sungguh menusuk hidung..menggegar imanku..
edar kad jemputan untuk tetamu..harapnya makanan cukup..
21/9/2010 - kemas2 opis, simpan apa yg perlu, buang apa yang tak perlu. MZM kata nak masak air..kita tgk jadi ke idak..aku kena bawak kain batik lepas dll
22/9/2010 - rebus nasi impit, rendam bihun..sebelum tidur malam tu kena urut kaki, prepare for the big day...
23/9/2010 - Hari besar...kena dtg opis pepagi...arrange apa yg patut..Bos kena meeting JKR, so kena la kami layan tetamu dulu. nanti mintak bos meeting cepat sikit, kot2 ada big shot datang..kelu lidah nak melayan.
24/9/2010 - hari kemas barang..

Friday, September 17, 2010

cerita kek raya

Hari ni hari terakhir cuti utk raya, esok kena blk kuantan dan rutin biasa mula semula. Alhamdulillah berjaya jugak balik kg untuk beraya walaupun rumah yang dikunjungi limited edition. Tak kisahlah...
Tahun ni ada beberapa kekecewaan dari segi kuih raya..Tahun ni aku tak nak buat kek sebab ingat nak raya dengan kek lapis.
Satu kek lapis aku order dgn akak aku sebab kat opis dia ada persatuan pelajar jual...BIla tgk gambar mcm besar la...dah la mahal, bila sampai mcm besar bekas pensel anak aku je...rasanya cukup menyedihkan...
Satu lagi aku order dgn org yg dah aku order tahun lepas. Satunya pos dah naik harga..dah la satu hal nak mendapatkan kek lapis aku order. Pos tak sampai2 lagi..mcm ada benda tak kena bila tanya kata dah pos, bila cek dgn posto baru sampai..tak tau mana satu nak percaya.

Bila dah dpt kat tgn aku, sampai rumah terus aku timbang sebab pelik tgk kecik sikit tahun ni...tengok2 hish...x sampai pun 900gm. Mr Bos kata kek tu kecut..betul la kecut tapi takkan dari harga untuk 1.2 kg jadi 850gm. Harga kek tu tak kecut pulak..

Aku mmg kecewa..rasanya tak seperti dulu..so 3 kali kecewa..1, sebab kata dah pos tapi tak pos, 2. sebab timbangan kurang, 3. sebab rasa tak sama.
Camana la aku tak geram dgn org melayu meniaga lagu ni...geram sangat2.
Untuk tahun depan aku dah tak nak order dah kek lapis tu..aku akan cuba buat sendiri walau sesusah manapun...

Betul la mcm cite X-files kata...Trust no one..

Tuesday, September 07, 2010

Edisi Raya

Raya kali ni lebih meriah untuk 3 hero tu. Masing2 dah nampak kefahaman sikit tentang puasa, sahur dan raya, especially Aliff. Siap nak ganti puasa yang tinggal sehari dek lelah..Lagi 2 orang tu..hmmm Adib nampaknya lebih tahan berbanding Afiq..Tapi yang pasti, nafsu marah tu tak boleh kawal sgt lagi..almaklum bila lapar…semua macam singa.

BIskut aku buat pun dah tinggal setengah balang..aliff dok tanya biskut2 lain bila nak buat..hmmm tengok la nanti bila aku ada mood sambung balik..nanti buat bebanyak tak habis..

Mulanya tak rancang nak blk kampong, tapi bila sekolah bagi cuti sampai Khamis, aku sebagai GPK HEM yg tak terlatih memutuskan anak2 aku akan diberi cuti percuma sebyk 2 hari..Jumaat dan Sabtu..ngeh3

Apa barang sekolah tu nak ganti cuti masa bebudak mood raya..Berapa kerat ajelah budak yg datang agaknya..dulu tak nak ganti awal2.. Lagipun biarlah dapat balik kampong..boleh jumpa sedara mara belah Mr Bos, yang pasti aku perlukan jurubahasa bila pergi ziarah nanti..kalau tidak macam ayam dgn itik ajelah..

Kuih raya utk Hjh Rogayah, ibu mertuaku pun dah selamat aku poskan awal2....nak up sikit markah aku, beli jiwa sebab aku menantu yang jarang dia jumpa..mana tau kot2 dapat bendang serelong dua hihihihi, kalau org salah sangka mesti ingat aku menantu hantu, materialistic, tamak haloba… kwang, kwang kwang…
Ye lah, kalau tak buat sian pulak mertuaku, orang datang ramai…kurang2 yang sikit tu boleh menambah2.

Lepas raya ni sibuk jugak, Leberi nak buat open house, dilemmanya..bujet ciput, org ramai….camana tu,? ramai pulak menanya open house leberi ni…menu apa la dll. Department lain buat open house ada kami tanya menu??

Nanti kalau orang tanya aku nak jawab menu kargo..asal boleh je la..Yang aku risau kot tak cukup makanan je..tapi ok gak sebab ofis ni sebelah kantin, agak2 kalau makan tak cukup tetamu boleh singgah kantin..tapi sebagai tuan rumah dan tuan tanah kedaung mesti nak tetamu puas hati..

Ada suara2 belakang tabir mintak aku buat spaghetti..tak tau la nak buat ke tidak..terutamanya bila kenangkan kisah tragis di sebalik menu itu..tengok lah dulu..

Aku dah mula cuti esok, byk kerja kat rumah tu..mak aku pun asyik sakit kaki je..risau pulak..
So kepada sesiapa yang tersinggah kat sini, harap maaf atas segala kesilapan dan mana yang terkasar bahasa..

Kepada MZM, mohon maaf, tempahan anda mengalami kesilapan teknikal terutamanya bahagian zip…kena tetas balik, ni dah 2 kali dah repair..jika puan tak puas hati sila isikan borang J dan hantar kepada bahagian aduan produk ya..terima kasih.

Selamat hari raya!

Wednesday, September 01, 2010

10 years and counting...

1/9/2010. It’s been ten years of my life spending partnership with my husband. To be exact, I only live together with him for 11/2 years during my study leave. The rest of the time was spent on a long distance marriage. Only the distance separates us..our hearts are bind together with love.

After 10 years, there are a lot of things yet to be discovered about my partner. We’ve had our conflicts, arguments, our ups and downs. We’ve shared our laughter and tears. I am not a perfect wife nor he is a perfect husband, but in our eyes and heart, we completed each other.

We started off as friends and later lovers and husband and wife. He makes me laugh and if anybody asked what is one special thing about your partner?, well I can’t give a definite answer because everything is special, even the flaws….

Alhamdulillah, thank you for all the love and blessings.
I hope Allah will bless our marriage and family forever….Amin..

How do I begin to tell you how lucky I am
to have you in my life?
I'll start by saying what an honor it is
for me to be your wife.

You're my best friend in the good times
and my rock in times of sorrow.
You're the reason for sweet yesterdays
and my promise for tomorrow.

I never thought I could feel this loved
until I became your wife.
You make this year and every year
the best one of my life.

Now, what would be a perfect anniversary gift???? hihihii

Monday, August 23, 2010

Que sera sera

when my superior asked if mr boss would like to try for a job at XYZ..i didn’t know how to respond.
It’s our 10th year as long distance husband and wife and somehow I feel as I’m quite adjusted to it. Sure, a wife’s place is to be near the husband but when there are some restrictions towards securing a job here… I feel like giving up at times…
I told Mr boss about it…just for the sake of telling, but I know the frustrations felt when you didn’t get what you wanted. Last time when I held my hopes very high for the job here, I was very excited….we got the connections, he’s got the qualifications..i mean what could go wrong? But the result was negative, and for the final time I cried..a lot…but once when we realized that all is in Allah’s hand, we become more realistic and positive and after that we learn that if it’s meant to be ..it will be…
For now, we’ll try to do what we can within our own capacity…These days when we asked for someone else’s help, it might not be 100% genuine, what more if the person tells other people that it is through his help and connections that he’s able to secure a certain position.

Que sera sera, what will be, will be

Thursday, August 19, 2010

The birds and the bees

Semalam waktu berbuka aliff tanya aku, ‘mak, period pain tu apa” ? Hampir tersedak makan roti jala…Ya Allah, the things kids ask these days.
Aku tarik nafas panjang, pas tu tanya dia, kat mana aliff dengar pasal ni. Dia macam takut2 je…mula la nak menangis..(biasa la, pelakon sinetron), aku pun cakap, mak tak marah, mak Cuma nak tau aliff tau dari mana benda ni.. Katanya dia dengar budak darjah 2 bercerita..huhuuhuh…cerita pasal ni kat sekolah? Aku dulu cerita pasal anak patung kertas atau sapa tak nak kawan dgn sapa je rasanya..
Aku bagitau dia..period pain tu sakit yang kekadang kena kat org perempuan masa dia datang bulan..Dia tanya pulak, datang bulan tu apa huhuhu..aku sudah silap bagi istilah la..
Datang bulan tu adalah darah haid, aliff ingat tak masa ustazah cerita pasal orang yang datang haid dan nifas tak boleh solat dan pegang quran..itula maknanya..kekadang ada org sakit perut masa tu..itulah dipanggil period pain..
Aku tak sure la dia paham tak apa yang aku cerita tu…sebab dia makan dengan selambanya ayam kukus wan dia ( huih, meleleh air liur teringat ayam!), tapi aku ingatkan dia kalau lain kali ada orang bercerita atau alif nak tahu pasal benda2 yang tak pernah dengar, tanya mak..jangan percaya semua cerita orang..kekadang banyak auta dari fakta..

Aku rasa itu semua sebahagian dari proses menunjukkan anak aku dah semakin dewasa..macam baru semalam je tengok dia macam baby..Risau jugak dengan macam2 terjadi sekarang ni..aku Cuma doa je supaya mereka terpelihara….

Itu hari tanya pasal internet, facebook dan pornografi..Agaknya apa la yang nak disoal lepas ni…ish, ish..

Wednesday, August 18, 2010

Missing you!

Today is the birthday of my late sister, Ein …I wrote about her last time..i thought I was strong as years pass by without her..but I was wrong… I cried again today..i missed her so much..even though she wasn’t a talkative person but her actions are what we are missing most.
If my mom complained that her feet hurts, she would be the one fussing over her..massaging her, making sure she had foot bath..masa tu memang kami ejek dia..nak beli jiwa mak la tu..but then it’s how she is..memang dia akan sacrifice everything for the people she loved. She always bought things for the nephews. At times I did scold her for doing everything for other people and sacrificing luxury for herself..Little did I know that she did all that because she couldn’t live long.
if she is still alive she would be the one who makes sure mom and the nephews and nieces had proper clothing for raya..Big angpow packets for the kids..she would spent lavishly for them.
She was always good to mak, one time she gossiped about the happening at the office, and mak told her that it’s not nice to talk bad about people, and after that she never mentioned/ talked about people..Memang dia anak mak yang patuh..
I will never be like her, nor will I copy her actions, but that’s how she is.
May Allah bless her soul…Al-Fatihah to Nur Asyikin binti Mustapa.

Friday, August 13, 2010

Ramadhan ini..

Dah 3 hari masuk bulan Ramadhan ni..rasa sekejap sangat masa berlalu..memang dah dekat akhir zaman..masa semakin cepat..
Tahun ni azam aliff nak puasa penuh..Harap2 berjaya la…bersungguh2 betul dia..aku pun masa kecik2 dulu darjah 4 baru puasa…itu pun tak berapa nak genap..ada je tebuk2 especially time mandi hahahah..

Afiq pulak puasa bila sampai rumah terus jerit..’haga..haga..’ dah tak dapat sebut dahaga dengan penuh hihihihi…so first day dia tumpas…2nd day ingat nak penuh, rupanya dia pi sedut pulak air milo..ish ish..yang ni nampak sgt mewarisi perangai aku huhuhuhu….

Adib puasa nasi je..susu jalan macam biasa…Makanan lain macam nugget ke mee ke tak dikira sebagai puasa so kalau makan tu kira not counted la..auta betul la budak ni…ni ikut perangai ayah dia kot ngeh, ngeh…

Menu ramadhan macam biasa je…nasi, tak kuasa nak buat kuih muih..kalau lain sikit pun maybe hujung minggu nanti…itupun tgk la rajin ke tidak…

Untuk semua Selamat Berpuasa, moga dipanjangkan umur hingga ke Ramadhan yang akan datang..Sama-sama kita rebut pahala sepanjang bulan mulia ni..

Friday, August 06, 2010

Home..finally

i'm home again..seronoknya!

Letih gak kursus baru2 ni..kursus mengangkat orang hihihihi..
Tapi kan..kalau dah emergency dah tak kira guna teknik apa..asal boleh je rasanya..

memang seronok, sebab kali ni dapat jumpa orang2 yg dah lama sangat tak jumpa..
tapi aku lupa pulak nak amik gambar, especially masa kejadian rescue orang tu...
dok terbaring masing2 depan leberi..ada student ingatkan depa ni kemalangan sungguh..
siap panggil ambulan tu..pelakon2 tu pulak siap kami solekkan dengan darah, dan bakar-bakar sikit baju yang diberi supaya nampak macam betul...

"What happened sister"? "Is it serious?" hihihi, tapi kalau kena la student foreigner macam ni...aku cakap awal2 lagi aku surrender...tak cukup stamina acik ni..lagipun dah tua, hihihi...

Gossip toksah cerita la..asal pergi ada gosip, asal pergi ada gosip hahaha..betul tidak tak tahu...aahhh lantak la..yg penting happy..

Aku nak balik, nak jahit beg dan ada projek tambahan lain untuk weekend ni..

Friday, July 30, 2010

i'm back for a while

Lega rasanya dah sampai rumah sendiri. Lama sangat rasanya berjauhan dari anakanda dan bonda. Panas bontot nak sampai ke rumah. Adib pun tak sabar nak jumpa abang-abangnya.

Banyak peristiwa yang jadi masa ketiadaan aku. Yang panas, sejuk, gempak semua ada...bercampur baur..Banyak juga program yang perlu diuruskan dalam masa yang singkat dan kemampuan yang terhad. BIla takdak kerja..rilek..sekali datang kerja bertimpa-timpa. Apa yang penting, hidup mesti diteruskan. Cuma cara kita menghadapi cubaan dan cabaran membezakan kita dengan orang lain.

Kursus yang aku ikut baru ni memang worth the money spent. Lebih yakin bila nak mengadap dan proses bahan yang bermasalah selama ni. Aku kena cuba gak proses walaupun lambat kata cikgu aku. Apa-apa hal nanti aku boleh contact dia.

Tapi next week belum boleh buat lagi kerja aku ni...Kena pergi kursus lagi kat kolumpo. aku kena hold dulu la bahan tu nampaknya.

Aku nak komen kat cik asam keping tak boleh...dia tak letak tempat komen lagi...

Welcome to the blogging world cik asam keping..
Selamat menulis luahan rasa anda....cuma kekadang lain yang kita tulis, lain pulak yang orang paham..And..congratulations on your 7th Anniversary. May your marriage be blessed by Allah...Amin...

Tuesday, July 27, 2010

Away for a week

Minggu ni aku takde seminggu di opis. Aku kat Shah Alam kursus. Semalam was the first day, byk yg aku belajar dan boleh share dgn anak2 buah bila balik nanti.
MInggu ni tumpang rumah abg ipar aku, adib pun ikut sekali sebab kesian kat dia nanti lama sgt kena tinggal, dah la next week pun bakal ditinggal lagi. Nampak dia rindu kat abg2 dia..ye lah, dah tidur sebantal berak sejamban kata org tua2..sure la rindu..

mas kat kursus tu aku expect ada la saing2 aku..hampeh...participant yg ada tersangat la muda belia, yang menggoda jiwa jejaka..hihiii..comel2 budaknya..terasa pulak diri ni berusia..hahahahha..
Mana tah pergi geng2 yg seusia dengan aku..mesti la rasa diri dah terror dah kot..tak yah dah pi kursus cam ni..tapi aku rasa best..nak2 bila diajar oleh lecturer lama...mmg refresher course for me la..
Tapi bila dgn budak2 muda ni..perkara pertama ditanya.."Akak ada facebook?"....Aiyooo..Aku dah jemmmmm...Blog pun tak termaintain, ni pulak la nak ber'fb'..Masa makan dengar la depa cerita pasal gossip2 yg mana hampir kebanyakannya dari facebook..pasal ex-wife sultan brunei la..dan entah apa2 lagi...
apa makna semua ni? dah la paper macam metro tu siar gosip..kat facebook pun gosip jugak..
Ada pulak cerita kadang2 dia nak update facebook cuma letak perasaan dia je..cthnya.."aku boring" so ramai la kawan dia respon nanti...dalam kepala aku..why??????? byk lak masa habis sebab semua org nak tau kenapa budak ni boring..pas tu bila org tanya byk2 kang marah lak...bila marah , nanti diupdate lagi..'aku marah!'...budak ni patut kena byk buat kerja amal ni kot..baru tak boring hihihi..
jadi takpe la aku takde facebook...nanti aku create dengan mr boss la..family facebook untuk pantau budak2 ni bila depa reti ber'fb' nanti...

Monday, July 12, 2010

Back to normal!

Happy Birthday Aliff Aiman..!Hari ni harijadi Aliff yang ke 9. Sebab anakanda sorang ni suka makan kek, so maknya kena la cari gak oven yang baru setelah yg ada ni kong..beli yang kecik sikit, so takleh la buat roti dlm kuantiti banyak, tapi yang ni boleh buat ayam golek2...nampaknya mak dia lagi teruja..so semlm aku pun bersilat la buat ayam pusing2...Mr Boss nak mintak buat nasi ayam macam nandos tu..tapi aku bukan tau rasa dia..so tak jadi..katanya..'jauh sangat rasanya dari Nandos'..Of course la jauh, sebab kedai tu 250km dari Kuantan kan..Kat Kolumpo ada la...

Takpe..boleh cuba lagi..tapi ayam tu memang mengujakan anak2..siap dah pilih part mana nak masa ayam tu dok pusing2...hihihi...aku pun berasa macam best je..huhuhu perasan..

petang tu bancuh kek, tapi tak biasa lagi dengan oven tu so..ada la episod hitam...my mum burnt the cakes..huhu, takpe la..nanti buat yg lain..yang penting anak aku dah merasa kek setelah beberapa lama terhenti selera dek masalah teknikal ni..

So lepas ni dah macam2 resepi anak aku dok listkan..tengok je la berapa byk yg berjaya terhasil hihihi...

Musim bola pun dah over..so takde lagi la mata2 yg keletihan..mamak pun kurang meriah..Mr Boss pun takde curfew jam 10pm lagi dah...tapi mesti masing2 ni jadi ketagih sebab sebulan dah makan bola, tidur bola..hihihi

Saturday, July 03, 2010

Sebak tak tentu hala!

Hari ni aku ke KL atas urusan keluarga, 3 hero tu kena tinggal! Ada la yang merajuk, tapi sebab sekejap je takleh la...

Masa tunggu bas tu, aku nampak la ramai parents dok hantar anak ke stesen bas..minggu ni byk universiti yang buat pendaftaran pelajar baru..Naik sebak pulak aku tengok ada sorang cina tua ni hantar anak dia, dia teman sampai KL tu,,lutut dia pun ketar2...bila pikir2, pasal anak ni, apa jua parents sanggup buat utk kebahagiaan anak...tak tau la kalau anak tu tak dapat appreciate pengorbanan mak ayah diorang....

Satu lagi yang buat aku sedih, sebab masa bas dah jalan aku nampak ada 2 mamat lari sungguh2 kejar bas, aku pun jerit la kat driver tu suruh berenti...me and my big mouth! Dalam ramai2 penumpang bus 32 org tu takde sekor pun yg simpati tgk org tu kejar bus, buat selamba je...geram betul..So bus pun berenti la..rupanya Bangla 2 org...tu pasal la org tak kisah kot..tapi pada aku..dia pun manusia gak kan, yg jahat tu mungkin percentage yg kecik je..Bila mamat Bangla ni naik ada lak sorang lagi geng dia kejar..tak bagi naik,dia kata Bangla 2 org ni sudah lari,driver dah hangin..dihalaunya org yg kejar mamat 2 org ni..pas tu aku tgk kat tingkap mamat yg mengejar tu tgh kena cekik leher dek sorang lagi Bangla...huhuhu...tragis sungguh..ntah apa la nasib dia...
AKu pun tak tau ngapa aku sedih tgk kejadian tu...mungkin bila pikir kalau la benda sama jadi kat kita bila cari makan kat negara orang..maybe lagi teruk daripada tu...So kena la bersyukur...rezeki yang ada cukup makan keluarga..tak perlu merantau..

Friday, July 02, 2010

Depressed

This week is full of depression, tension, frustration and headaches.

Sistem leberi yang baru tu memeningkan kepala...
Ada orang yang memeningkan kepala...
Ada kerja2 yang memeningkan kepala...
Password ada pun tak laku belaka
tengok manual pun tak tentu hala...

I look forward to next week..InsyaAllah everything will be well again...

Thursday, June 17, 2010

Work and play

Cuti sekolah ni memang lama aku bercuti, mula plan amik cuti 5 hari je, tapi sebab campur meeting dan interview, maka stay aku dah extend, jadi la 10 hari cuti...amik kau...sekali cuti tu dia aiiihhh...
Memang seronok cuti kali ni...balik kampung, dapat tambah vocab Banjar aku hahahah...pas tu dapat overhaul badan, sekali ni dgn budak2 tu sekali aku suruh urut, Adib je yg terlepas...Afiq lak, baru je org tu curah minyak kat badan terus terkekek2 gelak...penggeli betul!

Tapi kali ni tak dapat beli kerepek..kedai tu tutup..agaknya sebab cuti sekolah kot...takde la habuan utk org2 Kuantan...mak aku pun blh release stress selama seminggu ni...bebudak ni bergasak lak kat Shah Alam ni..sian pulak biras aku menjaga dema ni masa aku ke Gombak...Pengalaman gak dapat naik komuter dari Sentral..so aku dapat rasa apa yg Jie rasa..cuma tak dapat naik koc wanita je..org tu halau aku naik koc lain..so aku naik koc Bangla dan Indon...sadis betul!

Budak2 seronok sgt, dpt jumpa atuk nenek, sepupu2..and jumpa Mr Boss...rasa lengkap macam satu family untuk 10 hari ni...Thank you Allah..Alhamdulillah...

Moga ada rezeki lebih baik menanti kami selepas ini...Amin...

Thursday, May 27, 2010

Good books

I managed to finish reading 2 books.. Yakuza Moon and Rules of Love.
Both are equally good and makes me more understand about life and love.
Yakuza moon is an autobiography of a daughter of a Yakuza gang leader in japan. Her struggle to prove herself worthy, her rebellious acts during teenage years is very shocking, but then this is what’s happening everywhere, sex, drugs, money…It makes me appreciate the simple life that I had when I was younger, sure I did not have much money to splurge but then again my life was filled with love.

The rules of love talks about handling your partner, be it your spouse, friend or lover. Trust, respect and love with no conditions are the main things that we need to care about to make a relationship work. I like the way the topics are presented

I like best on the topic of friendship, the author says we need to know when to let go and don’t waste energy on a friendship that’s over. Some friendships are made to last and others you only need for a while. And finally there’s no reason to feel guilty or resentful towards your friends when life takes you in different directions. I agree totally with what is being discussed, sometimes you tried to hard to please your friends, you end up hurting yourself more. I should tell this to my other friend so that she too will feel better and stop asking why again and again…

Alhamdulillah..thank you Allah…I found peace at last…………….

Wednesday, May 26, 2010

Evaluate yourself

This week is rather hectic! 3 meetings, and performance appraisal submission. What more with a fever!
Since the due date is this weekend I had to keep everybody on their toes and demand submission, well I’ve demanded since early May after the retreat, but then again we are only human…
memang stress nak bagi evaluation on performance. But one good thing about evaluation this year is that the staff is able to give a rating on themselves, which is an eye opener….we sometimes fail to see where we stand on a scale of 1-10.
The performance evaluation still needs to be reviewed.
Ada lagi bahagian yang perlu diseragam dan perbaiki terutamanya cara menilai prestasi, sama ada dari segi kualiti, kuantiti atau tempoh masa diselesaikan.
Bahagian komen dari supervisor juga kadang2 pening nak diisikan, kena bagi komen yang bukan berdasarkan emosi tetapi prestasi walaupun komen tu tak berapa positif.
So I learn to write it sincerely from my heart, and I feel better that way. I put emotions aside and think of words that could interpret what I wanted from my staff. We could never go wrong this way, that’s what I think.
Rasanya aku pun kena pergi kursus yang sesuai untuk meluahkan kata2 ni…Ada buat kat luar ni..tapi ribu-riban la….
Harapnya utk tahun depan aku boleh buat yg lebih baik utk performance evaluation for myself and the office..

Friday, May 21, 2010

French connection?

Right now i've been hit by the french bug. It started a few days back when i suddenly remembered a song entitled 'Neme quitte pas' which sounded very romantic in its original version, not the english one called 'If you go away'. i finally got the song with help from angels around me (Thank you very much hihihi).
One thing lead to another and finally i found songs by Francis Cabrel which has acoustics and his voice is very manly..
It didn't matter if i do not understand the meanings, i googled here and there to understand the meanings...lo and behold! i found it and it had deep meanings, which gives character to the song...No wonder people say that French is the language of love..
I just love the songs especially when i saw the singer's expression. Confessing their love...patutla boleh sold out concert tickets..half of the audience were women! They even had tears in their eyes as they sing along ...
I'm taking note of this song which i think is wonderful. I hope my sons will cherish the love of a women when they grew up..I'm going to play these songs to them, doesn't matter if they don't understand it...i'm sure they're going to roll their eyes and say..boring...i'll torture them by playing this song..hihihi


Je t'aimais, je t'aime, et je t'aimerai

Mon enfant nue sur les galets
Le vent dans tes cheveux défaits
Comme un printemps sur mon trajet
Un diamant tombé d'un coffret
Seule la lumière pourrait
Défaire nos repères secrets
Où mes doigts pris sur tes poignets
Je t'aimais, je t'aime et je t'aimerai

Quoi que tu fasses
L'amour est partout où tu regardes
Dans les moindres recoins de l'espace
Dans le moindre rêve où tu t'attardes
L'amour comme s'il en pleuvait
Nu sur les galets

Le ciel prétend qu'il te connaît
Il est si beau c'est sûrement vrai
Lui qui ne s'approche jamais
Je l'ai vu pris dans tes filets

Le monde a tellement de regrets
Tellement de choses qu'on promet
Une seule pour laquelle je suis fait
Je t'aimais, je t'aime et je t'aimerai
Quoi que tu fasses
L'amour est partout où tu regardes
Dans les moindres recoins de l'espace
Dans le moindre rêve où tu t'attardes
L'amour comme s'il en pleuvait
Nu sur les galets

On s'envolera du même quai
Les yeux dans les mêmes reflets
Pour cette vie et celle d'après
Tu seras mon unique projet

Je m'en irai poser tes portraits
A tous les plafonds de tous les palais
Sur tous les murs que je trouverai
Et juste en dessous, j'écrirai

Que seule la lumière pourrait…

Et mes doigts pris sur tes poignets
Je t'aimais, je t'aime, je t'aimerai
From: http://lyricstranslate.com
-----------------------------------------------------------
The meanings in English
I loved you, I love you, I will love you

My child naked on the pebbles
The wind in your loose hair
Like a springtime on my journey
A diamond fallen out of a jewel box
Only the light could
Reveal our secret markings
My fingers on your wrists, what for
I loved you, I love you, I will love you

Whatever you do
Love is everywhere you look
Even in the smallest corner of space
In the fainstest dream you're lingering in
Love like it was raining
Naked on our pebbles

The sky is pretending to know you
It is so beautiful, that is true
He who never comes near
I have seen him captured in your net

The world is full of regrets
So many things that we have promised each other
But there's only one that I'm made for
I loved you, I love you, I will love you
Whatever you do
Love is everywhere you look
Even in the smallest corner of space
In the fainstest dream you're lingering in
Love like it was raining
Naked on our pebbles

We take off from the same bank
Our eyes in the same reflection
For this life and the next
You will be my only project

I will go and place your portraits
On all the ceilings of all the palaces
On all the walls I will find
And right underneath it I will write

Only the light could

And my fingers around your wrists
I loved you, I love you, I will love you
From: http://lyricstranslate.com

Thursday, May 13, 2010

Luahan hati anakanda

Ke hadapan bonda yang dihormati,

Apa khabar bonda sekarang? Sudah lama anakanda tidak mendengar perkhabaran dari bonda. Diharap bonda sentiasa sihat dan gembira di istana baru.
Tujuan anakanda menulis warkah ini adalah untuk meluahkan perasaan anakanda yang dipendam sekian lama. anakanda rasa anakanda perlu meluahkannya kerana jika tidak dibendung dibimbangi meletup…
Telah lama anakanda perhatikan, sejak ayahanda yang dulu meninggalkan kita sudah banyak kejadian aneh yang berlaku. Sejak akhir-akhir ini nampaknya bonda hanya mementingkan anak2 yang baru sahaja, sedangkan kami anak2 yang lebih tua dipinggirkan. Mereka diberi kemewahan yang berlipat ganda, sedangkan kami anak bonda juga, tidak pernah difikirkan sama ada cukup atau tidak makan pakai kami, apatah lagi belanja sehari-hari.
Sejak anakanda melawat istana tempoh hari anakanda merasa sedih dengan perhiasan yang berkilauan sekitar istana, sedangkan istana lama ini seperti ditinggalkan adanya. Paling menyedihkan, anakanda bonda di istana baru diberi kemewahan sehingga berlebihan, gelang emas hingga ke siku sudah diberikan tetapi masih berbelanja mewah, sudahnya, tokey pajak datang menuntut hutang. Perkhabaran terbaru yang diterima, gelang pusaka sebanyak 2 urat kepunyaan anakanda akan diambil untuk membayar gelang berlian anakanda bonda di istana baru…Bonda bayangkanlah, apa yang tinggal untuk kami, bagaimana kami mahu meneruskan hidup setelah diambil gelang pusaka itu…
Anakanda bimbang, nampaknya bonda dibayangi cerita indah si pari-pari menyebabkan bonda diulit mimpi…sedangkan kaki bergelumang lumpur….
Anakanda bertambah sedih selepas menerima perkhabaran yang bonda mahu menjodohkan kami dengan orang yang tidak dikenali…kami tahu bonda berhak, tapi apa salahnya jika bonda berusul periksa sama ada jodoh yang ditetapkan ini sesuai atau tidak untuk kami. Almaklum, melayari bahtera bukannya mudah…tersilap haluan buruk padahnya.
Kalau bonda sudah bulat hati dengan keputusan ini, anakanda terpaksa terima walaupun tanpa kerelaan hati…mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini..tapi, bonda perlu ingat, banyak hati yang terluka, banyak jiwa yang merana disebabkan perjodohan ini…Sudahlah cadangan pinangan anakanda yang dulu ditolak mentah-mentah, kini hendak dijodohkan dengan panglima negeri mana yang tidak diketahui asal-usulnya.
Anak-anak baru bonda juga sudah melampau, mereka suka bertindak kasar, mungkin merasa diri lebih baik dari kami anak-anak yang tua. Berani sungguh mereka mengherdik dayang-dayang istana tanpa merujuk kepada anakanda dahulu. Mungkin ini ajaran yang baru, tapi anakanda selalu dididik supaya bersopan dengan yang tua mahupun yang muda.
Bonda,
Melihatkan kepada perkembangan istana yang terkini, tidak mustahil suatu hari nanti perang saudara bakal meletus. Pandangan anakanda, bonda perlu berfikir secara matang dan rasional, masih ramai lagi anakanda bonda yang tua yang boleh memberikan buah fikiran….
Bonda,
Tidak semestinya yang berkilau itu permata…..dan yang buruk itu hina….
Sekiranya warkah ini menyebabkan bonda murka, ampun maaf jua dipinta.

Sekian dari anakanda yang menjeruk rasa di istana lama..

Tuesday, May 04, 2010

Crafty piece

Sebab aku dah bebas dari belenggu, jadi boleh la aku story mory pasal benda2 yang happy je..
Minggu ni berjaya siapkan dress untuk anak buah ni, aku modify dari baju t-shirt yang jual murah..tak sangka lak menjadi…sgt puas hati. Frill kat leher tu aku buat dari bahagian t-shirt yang dipotong..Tapi lepas ni nak try dgn blouse biasa lak, dgn kain t-shirt leceh la..


Minggu lepas pulak dah siap hantarkan beg cik adik sorang ni..Ni tempahan kedua dia..thank you valued customer! Minah ni dah jatuh cinta dgn kain corak childhood memories ni…nak jugak beg dia tepek gambar tu…dan dicadangkan combine dengan
denim..

Puas la merata kedai aku cari kain denim tapi tak jumpa…kena pi KL jugak baru dapat..Untuk hiasan aku buat bunga dari lace utk kasi lebih feminine, dan letak la bear kecik sekor untuk sesuaikan imej dia yang happy go lucky tu..

Work in Progress
1. Beg kain sembahyang
2. Beg travelling
3. Mini pouch
4. Modify bagpack
5. Bag kereta untuk 3 hero
Tapi yang paling penting adalah pencil case untuk funder for life aku a.k.a. Mr Boss….sabar ek…

Saturday, May 01, 2010

tooth fairy where art thou?

This has been the most expensive week in my life. Cash depleting,hormones raging, emotions running high. Financially and emotionally, i feel helpless.
My gums ache so bad, i feel like poking it with a safety pin. The so called short-cut treatment is not working, plus i had to fork out a hefty sum to pay for the treatment. My gums are swollen with pus in it, i couldn't eat solid foods, i feel like a baby...and i cried like one! Where is the so called tooth fairy???

Next week i alredy made another appointment with the dentist. If it costs too much, i'd rather have the tooth pulled out than suffer. Hopefully my agony ends soon...i don't even have the time to think of other problems which are getting on my nerves due to this pain.

Friday, April 02, 2010

Matters of the heart

Lately i've been hearing depressing news with regards to matters of the heart.
It is depressing for a hopeless romantic like me...and when i listened to Nat king Cole's song...i believe love is still in the heart...maybe it's not meant for the person yet...

Nat King Cole --When i fall in love

When I fall in love it will be forever
Or I'll never fall in love
In a restless world like this is
Love is ended before it's begun
And too many moonlight kisses
Seem to cool in the warmth of the sun

When I give my heart it will be completely
Or I'll never give my heart
And the moment I can feel that you feel that way too
Is when I fall in love with you.


And the moment I can feel that you feel that way too
Is when I fall in love with you.

Monday, March 15, 2010

School's out!

Hari ni officially cuti sekolah bermula untuk bebudak tu, sebabnya Aliff ada exam semalam...jadinya baru boleh tengok tv dengan meriahnya...aku jangka channel 611 dan 552 tu siang malam le jadi tatapan...
Adib dan Afiq lak sibuk nak pergi KL book fair..dah le hujung cuti baru mula...takpe la..memandangkan dah lama plan nak bawak, kita pergi aje le..Afiq siap plan jom la naik keretapi , mesti seronok...huhuhu dia tak tau selama ni naik lrt je yg dia dok panggil keretapi tu...
So minggu ni aku pun cuti gak le..takyah gosok baju, takyah masak jam 5.30am, tak yah hantar ke tmpt bas...hihihihih merdeka...!!!

Wednesday, February 03, 2010

I fall in love ...the second time???

What do you say when a friend is getting married to wife no 2?

Do you say Congratulations on your marriage, knowing that the no 1 is suffering emotionally?

Do you say may you live happily ever after…even though you know that the friend is bound to be in trouble…his life may be miserable…spending time here and there..silap2 mati tengah jalan…

How does wife no 1 explains to the children when papa no longer comes home on certain nights when all this while he would be spending time with the children.

When the husband dies, where will he be buried? near wife no 1 or no 2?

What about holidays, festive occasions…Imagine how many RM’s will be flying as he needs to give angpows to both sides of the families…

Does the husband takes care of expenditure of the step children from wife no 2?

In any case of emergency, which phone number do you consider the most important..wife no 1 or wife no 2?

I read about facebook being the medium to re-unite lost loves, old friends, families etc. But in this case, facebook has become a medium for cheating hearts…
Betul kalau nak berkasih tu tak perlu facebook, even just by picking up the phone pun boleh re-kindle the lovey dovey feeling that you once have for the person..tapi through facebook you start to post photos, then you imagined what life would be without the person you once loved, and you compare how it would be if you had the ex-partner beside you right now..then you reminisce about the memories you had together when you were lovers…

Ini lah punca-punca masalah yg boleh menjerumus kepada ..cinta yg beralih arah..well that’s what I think.. Betul mcm Dr Fadzillah Kamsah kata, if you have problems, confide to your closest friend of the same sex…if you confide to others of the opposite sex, serious problems are bound to arise..mula2 kaunsellor, pas tu infatuation…and the rest…well just fill in the blanks…
I can't help feeling sad and sorry to the wife, even though not that close but knowing that the husband has found cinta ke-2.....makes me wonder..is it true that once a man is financially strong he'll look for another one..or is it love that found him..if the first love is true love..what about 2nd, 3rd or 4th...
Some people say that every men wishes to have more than one love..

IF YOU ARE MARRIED, DON'T RECONNECT WITH AN OLD LOVE.

i've nothing against polygamy....but i'm not sure if i can handle it if i were in her shoes...

Wednesday, January 27, 2010

Troubled Tuesday

Mulanya Selasa tu aku patut pi kerja..siap dah order makanan dah utk bwk kat meeting...alih2 tak jadi pulak pi kerja...tgh malam tu Aliff dah bunyi wheezing masa tidur..risau sangat kot2 jadi mcam tahun lepas sampai kena warded...
Jadinya tak bagi dia pi sekolah..Afiq marah sangat sebab dia je kena pergi, so utk amik hati dia aku hantar le pagi tu ke sekolah, lagipun hujan..baru la mood member ni ok..Sebelum balik aku singgah kedai tanyakan kuih yg diorder, aku ingat kalau tak pi opis pun blh le hantar kuih, biar bebudak tu merasa..akak tu siap tepuk dahi sebab dia lupa and kesiangan...huhuhuuh...very frustrating...

Lepas siap2 aku angkut 2 beradik pi check..Adib pun kena check sebab dah aagak lama selesema...Aliff suspen takut kena tahan..bila doktor check 2 beradik sekali kena treat dgn nebulizer sebab ada bunyi...elok lak katil sebelah menyebelah....aku hantar le gambar budak2 tu kat Mr. Boss..sungguh panik bapak depa ketika tu..aku tak le risau sgt sebab nampak ok, tapi agaknya tgk gambar tu ngeri kot, sekali 2 dok atas hospital bed...so lepas ni aku takleh send gambar cam ni kat dia..hihihi



Patient No 1 and 2: tension sampai dok tanya bila la blh cabut benda alah tu

Monday, January 18, 2010

Weekend story

Weekend ni dok pusing bandar Kuantan cari CD Julie and Julia, cerita dia ni biasa je pasal tukang masak yg famous tu Julia Child yg selalu buat French cooking..selama aku tengok ataupun baca pasal dia ni, memang passionate about cooking dan walaupun dia masak lepas kawin, umur 37 tahun, tapi pasal sayang kat suami dia dia pun belajar le masak..
Baru le first time aku dapat tengok cd sampai habih...selalunya ada je gangguan dari askar2 ni..tapi agaknya sebab cerita ni byk bercakap, depa pun boring..Adib tanya..mak tengok cite masak lagi ke..hihii..
Aku suka tengok cite ni sebab couple dalam cerita ni sangat passionate..and devoted to their partners...bersungguh2 bagi support pada wife masing2...and i thank you Mr Boss sebab bagi jugak support dari segi moral dan material..speaking of which, barang2 craft kat Yee Button tu kira hadiahkan aje la ya...ngeh2..

Weekend ni jugak aku berjaya siapkan barang yg kakak ni mintak..pening2 pikir material yg sesuai, dok gabung2 asyik tak kena je..material tak tegap, nanti nampak lembik..so i've used 100% cotton, jenis tebal sikit, dan mesin aku meragam sebab tuan dia dok sumbat dgn kain tebal..sorry la mesin..nanti aku hantar servis..untuk applique aku guna kain felt, right now aku suka sgt guna felt..warna2 yg sangat menggembirakan..


kesian akak ni tunggu barang dia...dari tahun lepas lagi!

Aku suka weekend baru ni...happy, happy...alhamdulillah..

Thursday, January 14, 2010

I'm on cloud 9!

Exhilirated! That's how i'm feeling right now....when we write something with our heart and minds and someone notice and appreciates it and expressed it...it makes all the effort worthwhile....
I'm so happy right now...that's what matters the most!

Alhamdulillah..

Monday, January 04, 2010

New beginnings


Best of luck in your studies Afiq!


Aliff kata sebab dia jadi pengawas, dia boleh cubit Afiq! Memang gila kuasa!


Selesa betul dok kat kerusi ni..kalau patah harus aku kena ganti..

Hari ni dok hantar bebudak ni pergi sekolah. Afiq masuk darjah satu..
Adib tak nak sekolah tadika tahun ni..dia nak pi sekolah agama je...takpelah, dia ada lagi 2 tahun sebelum darjah 1, so biarlah dia relax, nanti tension lak anak aku tu. Tapi jealous amat si Adib tgk abg2 pakai baju sekolah...
Aliff lak jadi pengawas pusat sumber, kena la pakai baju colour lain...tapi dek sebab aku tak dapat sample fabric, so aku dah salah beli colour seluar dia...huhuhu kesiannya anak aku tu..dia sorang je seluar coklat gelap...hahahah...he's the odd one..kena pi beli lak la...mesti cikgu kata apa punya mak daaa..sikit tak prihatin...takpe, kalau cikgu komplen...nanti aku pi jumpa cikgu hahahahha..aku audit lak library dia...boleh gitu???

Menu lunch org sekolah hari pertama ..nasi ayam..tapi time bwk bekal macam2 aku kena masak, pagi ni sorang nak nasi minyak, sorang nak roti telur...mak dia bangun jam 5.30pagi ni..esok lak dah pesan awal2..afiq nak sosej, aliff nak popcorn chicken...ish..pas ni aku buat kedai makan la nampaknya...takpelah, kasi peluang dulu...lepas ni,,menunya aku tetapkan...guna kuasa autonomi sebagai Emak hihii...