Monday, September 28, 2009

Raya datang lagi


Adib je nak pakai baju Ultraman pepagi raya, pelik betul!

Dah lama sangat cuti beraya rasanya, aku kena pulun pose syawal, nanti dah lama stop nak mula balik payah.
Masa nak balik kampung tu kami 4 beranak naik bas ke Shah Alam dulu, memandangkan Jumaat tu Mr Boss dan adik ipar aku tak cuti, so kena tunggu lepas berbuka baru bertolak blk ke kg. Dlm perjalanan ke Shah Alam tu hujan punya la lebat, ngam-ngam je waktu berbuka bas berenti kat Hentian Gombak, aku kira senang hati ni boleh minum air panas sejuk2 ni...malangnya takde parking langsung, terpaksa la berbuka dalam bas, budak2 tu aku tak bagi minum byk sgt takut nak terkencing, haru pulak! tak sanggup aku nak buat macam cerita Senario tu kencing dlm botol!!!
Dalam bus tu masing2 bukak bekal, aku bwk nasi lemak, budak2 bising lak, nak ayam goreng, nak ayam...hish malu pulak, kesian kat penumpang lain yg minum air mineral je, nak offer ada sebekas je hihihii...
Sampai separuh jln, driver tu dah pakat dgn member dia, mana yg pergi Kelang naik satu bus, sebab masing2 tak sempat berbuka lagi, lagipun cepat skt sampai, lega rasanya..
Dah jumpa ayah masing2 keseronokan la, kembang kempis hidung menahan malu..huhuuh...
Lepas berbuka Jumaat tu lambat gak kami bertolak, dkt jam 9.30pm, hujan lebat sgt..hampir jam 12pm baru sampai Sg Besar, mata ni rasa tak tahan dah nak pejam2 je..
Raya kami kat Sg Besar kali ni memang kesejukan, hujan lebat sgt, ramai jugak datang ziarah sebab abah baru keluar hospital..pendek kata tak berenti la buat air ni...rasa nak beli air botol pun ada..takpe, tetamu datang bawak rezeki..

Rabu petang kami dah balik ke Shah Alam sebab nak ziarah sedara mara dan kawan2 yg ada kat sini, terus cari tiket bus nak balik Kuantan.
Masa nak blk tu, driver tu tgk tiket aku dan bagitau aku ni kena naik bus tambahan..cuak jugak takut busnya tak elok..tunggu kat 15 minit dari waktu asal tu baru basnya sampai..takde lak aku nampak org berebut2 nak naik bus..suspen je..
Aku tanya driver tu, bus ni nak amik penumpang kat mana2 ke? Dia jawab baikk je..takde kak, kami ni nak hantar akak anak beranak je blk Kuantan! Pelik gak...aku tanya balik biar betul..saya 4 beranak dan ada sorang adik tu dah duduk kat belakang..takkan byk ni je.. dia jawab, iye..bus tambahan tak dapat sambutan tahun ni..akak duduk le mana2..


Adib dok pilih seat dlm bus

Seronok Afiq dapat baring2 dlm bus


Hero2 aku pun apa lagi..seronok sgt bertukar2 tempat duduk..Memang best la..takde org lain, depa duk nyanyi dlm bus org tak kisah..driver siap offer kacang lagi! huh, patutnya aku mintak driver hantar sampai rumah je kan..ihihihihi..kalau tahun depan macam ni punya kosong aku pun nak..

Wednesday, September 16, 2009

Craft story


Bag details:
Fabric: American cotton, "Childhood memories" by Robert Kauffman
Embelishment: wood buttons at bag strap, applique initial, flower buttons
Border: Small ants...i forgot the designers name...i like it coz it's cute

Ok, beg utk saudari sorang ni dah siap...Banyak yg aku belajar dari experience buat beg yg ni..kainnya selalu lari, byk kali tetas dan jahit balik, rasa2nya senang kalau jahit guna heavy cotton, or maybe skill aku yg beginner's level sebabkan byk jadi imperfections...tapi aku rasa lebih bersemangat utk buat beg yg lain...

Dia request kain tu sebab ada gambar bebudak..kena potong satu2 sebabnya gambar tu bersepah dan tak sama saiz, amulanya aku ingat nak buat pattern bujur, tapi macam tak kena, so sambungkan gambar2 tu dan jahitkan dgn ric racs warna hitam.
Customer ni request satu tali, lain kali kalau beg yg macam ni lebih elok 2 tali di tengah, lebih stabil..takpe..kalau elok bagitau kawan, kalau tak elok bagitau saya..boleh dibaiki lagi..

Aliff sibuk nak jahit gak beg dia bila aku tgh buat beg ni...sian pulak, bila aku kata aku blh buat beg Ben10, dia tak nak, katanya dia dah besar, tapi kalau selimut ok la..boleh pulak gitu..

Esok aku akan bercuti so, pada sesiapa yg aku tak sempat jumpa in person, mintak maaf banyak2 ya, halalkan mana yang terambil, termakan dan terminum.

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Tuesday, September 15, 2009

Happy Birthday

Dear Mr. Boss,

Today is your birthday, but it also marks the day of papa's demise....at this time of year, it's quite hard for me to say whether i'm happy or sad...mixed feelings actually.

Even though we can't be together as a family, we're always together at heart, in our dreams and in our minds.

May all your wishes and dreams come true, may our hearts be filled with love and forgiveness and may our doa to stay together be fulfilled.

Monday, September 14, 2009

Uli-uli aidilfitri

Weekend lepas mmg all out buat kuih..aku dah sakit kaki dah, ada le 4 jenis yg buat, semuanya buat 1 adunan je, sebab tak larat buat byk..nanti kalau habis boleh bikin lagi…hari tu pun dah ada 3 jenis so ok le 7 jenis, jgn membazir..
Jumaat malam sabtu tu dok sediakan adunannya supaya Sabtu pagi blh start bakar. Mulanya tak nak buat tat nenas, tapi disebabkan kecewa akan kualiti tat yg aku beli, makanya buat juga le tat nenas, itupun dah tinggal ¾ balang sebab ada bagi orang jugak..

Biskut suji, yg ni campur gak tpg suji, marvellous, marvellous

Tat, biskut arab, biskut bunga cina...tapi acuannya rosak, so takde rupa bunga cina sgt.

Ada lagi satu kuih aku tak sempat buat..shortbread almond..lepas raya le aku buat nanti..chocolate chip pun dah habis, malas dah nak adun semula..
Anak2 pun sibuk buat kad, dari Aliff sampai ke Adib, tapi Adib ni takleh tengok kad orang cantik daripada dia, habih kena conteng dan koyak..mangsanya Afiq le, punya la lama kawan ni buat kad utk hantar, alih2 dia nangis, rupanya Adib koyakkan…tension aku..
Kad raya 3 hero pinting

Dalam dok buat kad raya tu, tetiba ada insiden, ntah camana Afiq terpijak gunting, terkena pulak dekat Aliff, meraung2 Afiq, takut tgk abang berdarah….tak sengaja, tak sengaja katanya..last2 janji taknak main gunting dah..abang dia dah pi tengok tv, dia buat drama air mata lagi kat dapur..Adib dah lari jauh2, takut orang marah dia..hihiihih..
Khamis ni aku dah nak balik kampong, final decision mak mertua aku kata raya kat Sg. Besar..balik Kuantan tak tau lagi nak naik bus ke kereta…

Oh ya, utk cik Mariati, your bag is 80% done...sempat le melaram di hari raya..

Thursday, September 10, 2009

Siaran tergendala

Lama gak tak update..macam2 jadi..tapi yg latest ni ayah mertua aku kena stroke…masuk ke hospital Sabak ..lepas tu pindah pulak ke hospital Kelang…
so aku pun turun ke KL, bebudak tu aku tinggal je…susah pulak nak berangkut, lagipun bahaya gak, bukan boleh pi hospital pun sebab dek H1N1 tu…abah dah boleh kuar dah, tapi ntah camana hospital tu tak jumpa report yg scan kepala dia..ada ke patut…sesak jugak hospital tu, nak dipindahkan ke wad lain dah penuh…

ngeri jugak aku jaga abah kat spital malam tu..macam2 aksi patient yg ada kat situ..yg sensasi jenis buang kain baju dgn selamba je..yg dok pi ulang alik kat bilik air..yg meraung mlm2..yg jerit panggil mak ayah…aku tahan telinga je le, nak buat camana kan.

Dek kejadian yg tak disangka tu byk planning tergendala, butter masuk semula peti tak jadi buat kuih, beg siap separuh jalan je. Minggu ni aku kena habiskan jugak, mana tau kot customer nak pakai beraya nanti..gambar beg yg jahit separuh jalan pun tak sempat tangkap lagi, harapnya sempat la siap, next week nak blk kampung lak.