Wednesday, January 28, 2009

Fish and its produce

Isnin baru ni kami pergi le Kemaman, lepas zohor bertolak, aku isi gak baju bebudak tu dlm beg standby kot2 basah ke kotor ke, depa dok bukak tutup beg tu, sambil tu asyik tanya je, kita ni nak pi rumah hotel ke? Bila kata tak, di tanya pulak dah tu ngapa ada baju2 dlm beg ni, macam nak tidur rumah hotel je hihihi....nanti le nak oii, tunggu cuti sekolah..
Sampai kat Kuala Kemaman singgah le mkn kat kedai sata, otak2, pais dll. punya le ramai manusia, yg menunggu pun ramai, rata2 plet kereta KL, JB, Selangor..Kami duduk dulu, sementara tunggu mak sampai...

Dah order makan tu lama lak nak menunggunya, ok lagi...bila dah sampai, ada pulak nak menambah air, x muncul2 air tu sampai sudah, 2 kali aku order...jawabnya minum air bekal aje le...Moralnya, lain kali kalau pi kedai ni, kena order air byk2 masa kali pertama, sebab order seterusnya hampir pasti makanan/minuman tak sampai....aku kecewa le, saiz otak2 tu, bukan takat mini, setengah dari mini, aku tau le ikan mahal, tapi ish, kalau takat besar 2 kelingking aku ni...mmg buat celah gigi aje le...
Mak pulak tak mkn sebab byk sisik dan tulang, dah terlekat pulak...
Otak2 mini dari saiz mini Pais bersisik

Dah sudah tu, kami pergi le beli keropok kedai lain, kedai yg aku mkn ni keropok byk sagu tak sedap...
Kami singgah kat Kedai Keropok Hassan, kat chendor, dekat dgn stesen minyak Shell...Boleh tahan keropok ni, tulang pun tak byk, oleh itu tuan puan dijemput utk membeli belah di kedai keropok hasan, siap ada e-mail lagi...asan_albanna@yahoo.com. Iklan ni tak berbayar dan aku takde kena mengena dgn Encik Hasan Albanna itu...
Keropok Hasan Al-Banna

Balik tu, kami beli lak ikan, ketam kat Balok, cik abang nak mkn Chili Crab, aku x pernah mkn dan x pernah masak ketam cili ni, mlm tu surf segala resepi yg ada chili crab, x tau le jadi ke tidak, sebab takde comparison kan...nanti kena pi mkn kat kedai baru tau sama tak sama..
Semalam dgn jayanya aku masak ketam tu, tapi afiq pulak request nak makan gulai lemak ketam, kena bagi 2 le pulak...ayah nak menu lain, anak nak menu lain, hari2 macam ni, chef gantung kuali daaa...
Chili Crab bertelur

Mak pulak, sebab frust dgn pais yg bersisik tu, terus buat pais sendiri..hohohoho, meriah le meja semlm..ada pulak pulut tanak, nasi impit, aku rasa macam raya pulak...kan aku dah kata, tak boleh resist makanan???

Monday, January 26, 2009

Eat, drink and be merry!

Penat weh hari ni, bangun pagi ni aku rasa penat nak masak, teringat pulak janji bwk bebudak ni pi makan roti canai tak tertunai, so sementelah ayahandanya ada, terus ajak breakfast kat luar. Habis tu pi pasar pulak, beli sayur sikit, ada org nak tumpang tidur kat rumah...Huihh, penuh sesak pasar, masa ni le baru aku nampak nyonya cina yg tua keluar, selalu kalau pi pasar tak nampak pulak seramai ni, mesti nak prepare utk makan besar ni... Tu le, asal anak menantu blk je mesti mak-mak jugak yg nak bikin macam2 masakan, nak puaskan hati semua seboleh-bolehnya. Yang Melayu lak penuhkan pasar utk tambah stok kat peti ais memasing sebab lepas raya cina ni sure brg2 mahal..Tambah lagi cuti pjg, yg nak kenduri pun blh tahan gak ramai..
Kat rumah aku, dah dpt 3 bekas asyura...kali ni dpt yg sedap...hish, tak berenti mkn le jawabnya...Sessi makan oat aku nampak gaya kena teruskan hingga lepas raya cina, rasa selesa sikit perut aku, mulanya konon nak cabaran oat 30 hari, cewah! cekonon kesian jantung aku, mula2 rasa mcm lapar je, tapi alhamdulillah, sekarang dah ok, so now aku dah bgtau budak2 opis ni jgn ajak aku breakfast.....aku minum oat + madu, heheheh, tak tau le tahan selama mana, yg penting cuba....Misi seterusnya nak hadkan minum air manis segelas je sehari, kesian lak buah pinggang dan jantung aku, aku kena lebih semangat ni...kalau ada fitness coach ni blh la train aku, hihihii..

Tapi kan, kuat betul dugaannya, aku pulak jenis yg paaaayaaah menolak ajakan yg melibatkan makan hihihi...Kalau happy makan, sedih makan, boring makan..Tak makan habis nasi, takut nangis pulak nasi tu,pendekata everything revolves around food...habih camno?????
Esok pulak plan nak ke Kemaman, makan sata, keropok, pais ikan dll...makan lagi le jawabnya...Alahai.........

Friday, January 23, 2009

Perihal tudung


Aku rasa hari ni macam bodoh, bermula dgn rupa tudung yg lembik dan tak bermaya menyebabkan aku rasa kurang confident la....malu pulak berjumpa org hari ni...macam serba tak kena je...ye tuan puan, pemakaian tudung yg elok dan terletak memang membantu keyakinan wanita ok....
aku rasa setiap pompuan mesti ada hari yg dirasakan tudung tak menjadi, well for me today is one of the days..so jadi bad hijab day le kan, macam org tak bertudung depa alami bad hair day, nak tukar tudung lain dah tak sempat , kena gosok pulak, lain kali kena bwk tudung spare sebab kat opis dah ada seterika boys and girls hihhi, aku ingat bwk 2-3 helai supaya kalau kes hujan ke, kopi tumpah kat tudung ke boleh le ada sparenya...

Atau maybe aku patut pakai tudung ekin ke, ariani ke, mahal tu, hari tu aku beli satu tudung, kena gelak pulak dgn org rumah, kata mcm rupa indon pulak huishh...
tapi betul gak asalnya org indon yg pakai tudung segera kan, tapi bagus apa, senang, capai dan sarung, cuma aku ni mmg tak pandai nak bertudung dgn cara yg glamour, sesetengan org boleh pakai lilit2 je, tak yah guna pin segala, aku pulak memang tak ssesuai..
Lagi satu kalau pakai tudung hitam, aku antara yg tak sesuai bertudung hitam, nampak macam org sakit je...ada sekali tu aku pakai tudung hitam dan baju hitam, member aku kata aku nak pergi bersilat!
** Oleh itu fahamilah tuan-tuan mengapa buah hati, tunang, isteri, ibu tuan-tuan memerlukan tudung dlm beberapa warna yg berbeza, kena sesuai tau, nanti tak matching pulak, dan juga kenapa warna pink yg ada tu kadangkala tak sesuai, tona warna juga penting ok....
Kesimpulannya aku mmg tak sesuai tudung yg berpesen2 ni, yg sesuai adalah tudung segitiga biasa je..

Bila cerita bab tudung ni teringat lak aku masa mula2 bertudung, masa tu aku dok hostel, sorok2 dari mak, member tlg buatkan, aku pulak mmg tak pernah bertudung. Form 4 baru start pakai baju kurung, selama ni pakai gaun je, aku pun dah byk kali kena kutuk & sindir oleh ustaz2 dan bebudak lelaki pasal tak bertudung ni...
Bila form 5 tu, member jahitkan tudung utk aku, excited sgt, bila blk rumah pun sorok2, tapi akhirnya bagitau mak jugak sebab takut dia marah..dia cool je rupanya, cuma dia kata sekali pakai jgn buka2 dah..

So aku mula dgn pakai scarf dulu, dan upgrade sikit pakai tudung 3 segi, mmg le masa dulu zaman jahiliah, pada aku tudng cuma tudung, tak terpikir lak aku pakai tudung, pakai baju lengan pendek selamba je, masa kat ITM dulu ada pulak aku siang pakai tudung, bila dtg kelas petang pakai scarf je hihihi, memang betul2 jahil tukil...
Slowly aku mula paham konsep sebenar bertudung dan aurat, and i'm glad with what i'm wearing now...Jadi kalau org kata pakai tudung macam Bienda ke Heliza ke aku tak heran, sebab aku dah pakai dulu dari depa hihihihi...
Cuma aku harap dan doa semoga tudung yg aku pakai akan berjaya 'menghijab' (ada ke perkataan ni?)perangai2 aku yg tak elok supaya jadi lebih elok...dan istiqamah dgn pemakaiannya..

Thursday, January 22, 2009

Tandanya...tanda tanya????

Kisah 1. Pelik tapi benar
Aku tgh pelik bin ajaib, camana pulak benda yg tak pernah jadi gossip tetiba jadi gossip….dan menimbulkan tanda tanya di kalangan org2 tertentu…
Kalau discuss tempat lain, tetiba timbul cerita lain, dan tetiba timbul spekulasi lain…ish..ishh..pelik, ada hantu raya ke kat office ni?

Kisah 2. Benar atau tidak?
Ada satu kejadian, cerita punya la syok, dan mendapat approval, tetiba je dgr cerita lain; cerita yg mendapat approval tu tetiba jadi disapprove….padahal ramai dah saksi masa cerita tu dapat approval..
Dan cerita yg disapprove tu masih lagi pending…tunggu la pulak proposal baru…

Kisah 3. Sudah terang lagi bersuluh
Ada satu kes, hadiah yg diberi menimbulkan tanda tanya dikalangan penerima hadiah. Adakah sumber hadiah itu sahih, atau ada kroni2 tertentu terlibat? Musykil gak ni…camana pemberi hadiah blh beri hadiah macam tu…mesti masyukkk tu…aku kena tunggu dan lihat langkah seterusnya…

Pada yg paham cerita ni, terima kasih...pada yg tak paham...buat2 paham je la..
Tgh sakit hati ni...

Monday, January 19, 2009

Entri campur- campur

Jumaat - lunch hour, pi beli hadiah kawin AFM, dlm dok belek2 tu model yg dipilih takde stok, tukar lak model lain, takde tray dan redai pulak, sales girl tu pun cari kat model2 lain, tapi tak sama saiz, aku rasa macam nak berapi dah, dah le takde tempat duduk, tukar lak model lain, warranty card pulak takde, punggah lak stok yg lain, mujur jugak adik2 parkson tu peramah, kalau tidak aku nak blah je..akak dah hangin satu badan..
Baru le depa discover yg byk barang dah missing, takde penutup, takde punat, fius hilang hihihihi, aku kata kan ada cctv, depa jawab ' ada kak, tp takleh pusing, lagipun terhalang dek tiang besau...kesian le, pening nak soaljawab inventory nanti tu...
Time nak bayar pun satu hal, mona sampai biru mukanya dok tunggu budak tu godek2 mesin ntah apahal docket tak masuk la, apa la, patutnya offer le kwn tu free mineral water, lama tau dia tunggu, sian mona...pi pulak bungkus hadiah AFM ni, nasib baik gadis ni sedia membantu, tapi berat la brg2 tu, rasanya kalau ada org yg akan bernikah lepas ni baik belikan voucher je, suka hati dia le nak beli apa...kita tak yah tunggu lama kat kaunter pembayaran.

Hish, lama ni tunggu nak bayor, harus bergambar!

Dah siap balut kak, jgn marah aaa...sama pink dgn baju akak tu!

Sabtu - sedihnya plan nak outing with family tergendala, ada hal x dpt dielakkan. Lagipun bebudak tu sekolah ganti sebab nak cuti tahun baru cina. Tetiba lak rasa nak buat yong tau foo sup, so pergi le pasar beli ramuan segala, mak pulak buat mee sendiri,
aku ni terkial2 lak pikir camana apek kat kedai tu sumbat ikan tu kat lada ni...hehehe, macam2 rupa jadinya, tapi takpe, there'a always the first time..

Homemade noodle + yong tau foo..lebih mengancam kalau ada warna merah!

Chinese style soup, selalu tgk AFC depa tambah bilis n soya

Mee bonda - tanpa MSG

YTF - boleh lawan Ampang YTF ke?

My verdict, lagi sedap pes ikan tu kalau dicampur ikan selayang ke, lolong ke, mesti lagi manis...and sup tu, ditambah kacang soya, ikut resepi cina, ok le, rasanya best..tapi yg tak bestnya tanganku dah macam jadi jem lepas aktiviti tu, genggam tak boleh, kering sgt, so plan nak buat kek on Sunday tergendala...

BTW, utk perhatian En Botax, mulai semalam, adib dah tak pakai diaper bila kat rumah, dan jugak marah kalau dipakaikan masa keluar, buang air besar pun dah beres kat toilet, jimat le $$$$$$, tapi dia nak jam Ben10, boleh ke kita belikan uk dia as a present for being diaper free?

Monday, January 12, 2009

Aktiviti sepanjang minggu pertama persekolahan

Let the pictures speak for themselves!


Adib solat at daycare

Posing sebelum pergi Munawar - 1st day


Tak sabar turun tangga nak blk dulu!
Afiq & Adib getting ready to school


Blueberry roll pecah perut!
Chicken Mushroom pie
Sosej roll terlebih gebu

Adib kata best la mak!

Yg ni sibuk main frame yg diangkut dari rumah Beserah, gambar dah gantung depa dok posing, sambil baca berita, konon masuk TV la tu!

Friday, January 09, 2009

Rush hour

Dah seronok cuti lama macam ni malas pulak nak kerja semula, tapi nak buat camana, kalau x kerja, nanti mkn gaji buta lak...penat mmg penat tp rasanya berbaloi especially bila bebudak ni senyum tgk mak ayah ada kat rumah..

Awal pagi tadi hantar mak ke HTAA, angah punya surgery jam 8 pg, parking kat spital ni mmg le payah. Petang tadi dah pergi tgk angah, kesan ubat tu masih kuat agaknya, dia mamai lagi..kesian lak mak tidur kat hospital hari ni, tp kalau aku pi sana, bebudak ni pulak susah..afiq and aliff macam biasa la, mogok bila dpt tau wan depa tak blk rumah, sapa nak tidur dgn aliff?? Siap plan nak tidur hospital lak besok..Maybe 2-3 hari lagi kena stay sebelum boleh discharge, ngeri pulak tgk keadaan patient kat sana, sebelah katil angah tu, anaknya meninggal dlm perut dah seminggu, 8 bulan dah, dan dah mula reput babynya, kesiannya..ada pulak tu kena admit sebab mak dan baby dua2 kena diabetes...dugaan masing2..

Bebudak ni keletihan tapi nak lawan mata gak tgk i-robot...best gak layan cerita ni. The kids are enjoying their time with their father tremendously..especially Adib, mesti susah bila ayahanda balik Ahad ni, ada yg meraung kat stesen bas nanti...Aku la yg kena settle lepas ni...

Wednesday, January 07, 2009

Baby you can drive my car!

Hehehehe, tajuk posting ni bukan bermakna aku dah dapat kete baru...oh tidak...
cuma aku ditugaskan mengambil kete baru adik aku je, iaitu cik viva la vida yg berwarna putih, clutchnya tinggi so adik aku tukar le dgn kancil mak, memandangkan mak bwk kete angah sebab angah masuk spital, maka dgn sukarela aku membelasah kete baru dgn jayanya, gambar2 semua takleh load, lepas cuti baru upload...

Hari ni sibuk jugak, rasanya cuti lagi sibuk dari hari bekerja, terkejar2 sana sini...
5.50am - bangun, mandi,solat
6.10am - siapkan sarapan & bekal ALiff
6.15am - Kejutkan Aliff,utk ke sekolah,
6.30am- Aliff sarapan
6.45am - hantar aliff ke tmpt tunggu bas
6.50am - kejutkan afiq dan adib
7.10am - minum pagi budak berdua, tunggu berak, kencing, hantar tadika dan taska
8.00am - 11.30 blk, minum, basuh, jemur baju, siapkan utk lunch pulak, sambil tu kemas mana yg sempat,
11.30am- amik afiq kat tadika, bg makan,rehat
2.30 - aliff blk sekolah, mkn solat
3.00pm - hantar ke Fardhu ain
5.00pm - blk dari munawar
5.30pm - amik adib lak, angkat kain, masak pulak utk dinner,kerah bebudak tu mandi, solat,etc.
8.30pm - bebudak tu dinner,
9.00pm - ada lak request nak mkn sosej, masak pulak, almaklum ni restoran 24jam utk family, lain org punya request tak layan aaaa,
9.30pm - kerah bebudak tidur...
Mlm ni aku dpt layan internet, sambil update blog, dah penat daaaa...rasanya kalau dpt robot best gak ni...
So hari ni mmg kerjanya turun naik KERETA, itu pasal la posting ni tajuknya 'baby you can drive my car'.
Besok maybe aku busy gak memandangkan angah dah di spital..
Penat aaaa, nak kena pergi SPA Q macam ni...

Monday, January 05, 2009

First day of school

Hari ni mmg full of activities, pagi hantar Aliff, blk rumah, hantar Afiq dan Adib, luckily today no drama or tantrum to go to school. Alhamdulillah tak hujan, suspen gak kalau first day hujan, dah le kat sekolah Aliff tu jem teruk. Masing2 senyum lebar nak ke sekolah., seronok nak jumpa kawan2.
Cuma ptg tadi je, Afiq macam nak mengamuk sebab nak hantar sekolah fardhu ain, rasanya dia takut, sebab dia dok pesan kat aku, mak jgn balik ye, Afiq tak tau baca.
Aliff pun pujuk adiknya dgn macam2 reason le, almaklum member ni dah otai kat sekolah ni!
Masa daftar Afiq tadi aku mintak supaya budak berdua ni masuk sekelas, cuma utk hari ni, so esok dia masuk kelas yg sesuai utk umur dia le.
Adib pulak dah masuk daycare kat Taska dia, dah tak layak duduk sekali dgn baby and toddler, walaupun belum 4 tahun tp sebab cikgu dia kata nampaknya boleh berdikari maka budak ni masuk kelas advance le, cewah, masa nak amik dia tadi dok solat ramai2, kelakar lak tgk Adib solat pakai seluar pendek, tp ok gak, cikgu dia nak biasakan, esok2 senang, dah faham konsep solat...
Hari ni masing2 tidur awal sebab kepenatan ke sekolah. Bagus jugak kalau hari2 macam ni, aku pun blh tidur awal!
Esok aliff kena naik bas ke sekolah, dah jumpa tokey bus tu tadi...hopefully esok dpt le bgn awal budak ni....

Friday, January 02, 2009

New beginnings

Kononnya hari ni nak pergi kerja awal le, konon tahun baru kan...nak rekod kedatangan tip top le, tetiba takleh lalu, jln naik air, jadinya terkepung..Hujan lebat dari mlm semalam lagi, kata org kalau hujan mlm jumaat, melarat le jawabnya, tak tau le betul ke tak, ada pulak kata selagi belum Tahun baru Cina hujan mesti lebat tunggu sampai naga turun hihihi...apa kena mengena naga dgn hujan yek..sebabnya mulut naga kan keluar api, kalau kena hujan tak berapi le mulut naga kan???

Afiq serius bila bergunting!

Cuti new year tu aku pi bwk 3 hero ni bergunting, mulanya nak tunggu ayahanda dia bwk pi barber, tp memikirkan mesti sesak kedai gunting weekend ni, baik aku settlekan awal2..Mulanya aliff n afiq je yg botak, tetiba adib nak jugak botak, ok le, aku x kisah...jimat duit syampu! Jadinya sekarang ada 4 hero botak including ayahandanya...
Muka2 happy dpt makan piza

Dah sudah tu pi le pulak makan piza, huih, sampai ke dagu bebudak tu mkn...Afiq kata nanti ayah balik nak makan piza lagi..Ada budget ke boss??


Sempat lagi posing sambil tulis nama tu!

Beg & kasut idaman Aliff

Aliff pun dah sibuk dgn persiapan sekolah dia,tahun ni dapat kasut bertali, berapa kali pakai dan cabut dah..pening dibuatnya..
buku2 dah tulis nama tapi tulisan mak aiii, besornya, mmg confirm tak yah pakai kanta pembesar..hari tu aku komplen dia tulis kecik sgt, dia pi tulis besar2 la ni...kena training lagi budak ni nampaknya..Masa aku sekolah dulu kami semua kena paksa menulis style 'Marion Richardson', ntah sapa le dia ni...aku tau marion yg berlakon dlm cerita 'Happy days' je....nak google nama dia ni..Tapi hasilnya tulisan kami semua teratur, cikgu pun senang baca, bila masuk sekolah menengah cikgu2 boleh agak dah budak ni dario sekolah MGPS...tulisan budak sekarang hish...nak baca pun susah, apatah lagi dgn istilah2 canggih yg mmg aku tak paham...
Eh melalut pulak ni, dari cerita hujan sampai ke tulisan...ok, will stop for now, nanti aku kena amik gambor bebudak tu on their first day at school..

UPDATE...

Dah google nama Marion Richardson, she was a British artist, educator and author who published workbooks on penmanship and handwriting (taken from Wikipedia)
And i found a book that has the same name as my blog, ok le dia reverse sikit titlenya...tapi bolehla kan...it makes me happy! I mean how cool is that???