Friday, November 23, 2007

Kehidupanku!

Hari ni belah petang memang takleh langsung buat kerja, system down for maintenance, so kami diarahkan buat kerja2 lain contohnya mengemas apa yg patut, maka aku pun nak kemas kini le aku punya blog yg dah bersawang ni.

ALIFF'S GRADUATION


Beratur nak amik scroll

Sakan jeling makwe sebelah!

Last few weeks memang busy, pergi tadika Aliff utk majlis graduasi, Alhamdulillah, ada surprise utk kami! Aliff dapat naib johan untuk pelajar cemerlang, semoga ini menjadi permulaan untuk kejayaan akan datang. Memang hal ni dirahsiakan daripada semua ibu bapa. It was a very nice surprise. Untuk persembahan Aliff masuk tarian endang, laju semacam je aku tengok, tak pernah le pulak nampak dia practice kat rumah hihihi.. Afiq nampak terkejut sebab abang dia menari dgn pompuan hihihihi.

Kami pergi gak trengganu lepas acara tadika, sampai lewat jugak, takpe le, janji selamat. We were all too tired and dozed off immediately. Seronok le jugak kat Trengganu walaupun sekejap, dapat gak jumpa kawan lama. Lupa lak nak amik gambar dia…member maintain hensem!
Muka2 enjoy sebab dpt tidur hotel kat Trengganu!

For the next 2 weeks, aku kena pi course/workshop dan sebagainya, semuanya luar kawasan, kesian anak2 aku kena tinggal. Apa nak buat maknya workshop memanjang… Penin, penin…

25-28th November 2007 – KL – Course
29th Nov till 1st Dec 2007- JB/Spore – Workshop
3rd- 6th Dec 2007- Ipoh – Workshop
7-8th Dec 2007 – Awana Kijal – Workshop

To think that after all the work, all we do is shop, shop shop!

Habis tu sapa nak buat keroje!

Aku stop dulu, nak mengemas meja ni pulak.

Tuesday, November 06, 2007

Ouch! It hurts!

Semalam I had to take emergency leave, terseliuh tangan akibat jatuh, konon nak bertahan daripada terhempap kaki kakak aku, last2 tangan aku lak jadi mangsa…huhuhuh, memang rezeki aku le, tukang urut tu kebetulan ada, katanya urat dekat siku yang tersalah, bengkak jugak le tangan aku ni, mujur pakai baju kurung ke office, kalau pakai t-shirt, alamak, nampak sgt le rupa macam nangka kena bungkus lengan aku ni!

Hari ni dan esok ada lagi department buat makan sempena hari raya, dah dekat nak masuk Zulkaedah pun, sakan lagi beraya, aku dan geng pun serbu le, hihihi, rezeki jgn ditolak, musuh jgn dicari, tahun ni le aku rasa meriah, byk sungguh org buat rumah terbuka, opis terbuka…ish…jenuh le mkn, nasib baik aku sempat kejar puasa 6, now only 9 more days to ganti…bila tgk department yg staffnya selalu pakai uniform tetiba pakai baju melayu lengkap rasa seronok pulak, betul le baju melayu ni versatile, apa jugak bangsa yg memakainya mesti nampak segak! Speaking of baju melayu, aku tak amik pulak gambar family sekeluarga utk raya ni…ish, selalu melepas!

Aku rasa lega sekarang ni sebabnya, budget yg aku uruskan tu tinggal seciput je untuk dihabiskan, seronok rasanya, lepas ni kena concentrate utk key performance indicator for every staff pulak…

Lusa ni hari penyampaian sijil sekolah Aliff, aku bengang jugak sebab program macam ni diberitahu last minute, patutnya sekolah tu siapkan planner awal2, kalau tak tau exactly tarikh pun, blockkan aje, 3rd or 4th week of November ada majlis ni, nanti aku nak bagitau cikgu dia, itu hari aku dah cakap dah, kena cakap masa mesyuarat nanti, susah gak if planning impromptu macam ni, aku dlm kepala dah set nak pi Trengganu cuti deepavali ni, dah book hotel pun, kena kensel le nampak gayanya…hmmm, tapi kan Ktn-Trg tu 3 jam je…kot2 boleh lak ubah plan..kena pikir balik ni…