Tuesday, October 23, 2007

Syawal kami

Raya kali ni tak berapa meriah bagi kami, maklum sejak berita kematian tu kami terima, mood beraya tetiba hilang. Tapi aku kena jugak bercuti panjang utk raya sebab nursery Adib tutup seminggu.

Macam biasa kami pergi ke kubur before raya, memang lebih afdhal pun begitu…Bersihkan kubur papa, my sis and ahli keluarga yg dah pergi, rasa sedih pulak, bila tgkkan keadaan kubur yg semakin byk tu, dalam hati berkata2, masa aku nanti ada ke tempat utk kuburkan aku.

Untuk raya kami masak nasi impit, kuah kacang, rending. Kali ni mak masak nasi lemak utk raya, sebab sure rumah org buat lontong, nasi minyak le, nasi tomato, nasi dagang dll. So our nasi lemak laris, agaknya sebulan tak merasa nasi lemak.

Kali ni aku kena ganti 17 hari puasa..Adusss…teringatlak time bersalinkan Afiq dulu, lebih kurang macam ni le jugak nak menggantinya, takpe le, kurang2 save sikit budget aku dari dok berbelanja kat kantin tu. So hari ni dah masuk hari kedua aku mengganti puasa..ingat nak sambung esok, tapi ramai pulak buat open house sempena cuti hari jadi Sultan, so esok kena pi mengisi perut le.

Memandangkan bulan Syawal ni masih panjang aku nak ucapkan Salam Aidilfitri pada semua yg kenal diri aku. Utk Kak Za & Cik Rosma, thanks a lot for the wishes…love you lots….

Wednesday, October 10, 2007

Al-Fatihah

The past few days was very upsetting for me, especially when we received the news about the death of my second cousin in a tragic road accident. Sepatutnya dia balik kg hari ni, tapi entah macam mana dia nak ikut kawan dia balik last Sunday.
It was very tragic. Kami bergegas pergi rumah family dia. Mak Teh dan Pak Teh nampak terkejut…
Memang terasa kehilangan sebab boleh dikirakan arwah was the life of the family, dia le paling riuh antara adik beradiknya…with a pretty face and warm personality..senang betul orang mesra dgn dia…
Bila dibawa balik jenazah tu, we took a look, she was her pretty self, kematiannya disebabkan kecederaan parah di kepala…Hmmmm aku tak sanggup tgk lama2 terlalu sedih…Arwah sebaya dgn adik aku when she passed away..and my sis passed away on the 3rd day of Syawal.
Huda kembali ke rahmatullah pada 25 Ramadhan 1428H bersamaan 7 Oktober 2007 akibat kemalangan jalan raya, may Allah bless her soul…

Wednesday, October 03, 2007

CSI!

Ish, dalam pada aku dah suka hati nak siapkan kerja yg tertangguh tu ada le pulak masalah lain kat opis ni, ada le sorang staff ni pinjam barang pejabat kami dan tak dipulangkan, pinjaman tu pulak tak berekod, so lagi le susah, pusing punya pusing now aku kena jadi pegawai penyiasat pulak.
Maybe if the other department tak nak ganti kena pulak buat police report..ikut kata boss aku le, ntah, aku pening memikir, my staff dah redha kalau dia kena ganti, but then tak puas hati sebab yg meminjam tu tak pulak mengaku pinjam dan dia dok jaja cerita konon kami sengaja nak kenakan dia…ishhh berat…
Itu le aku pesan bebudak ni buat laporan harian, tapi selalu buat dak je, bila jadi macam ni aku le yg kena bambu…

As for our health alhamdulillah, dah semakin pulih, rahmat ramadhan. Harap2nya lepas ni tak ada penyakit misteri dah…but we are still going for treatment and buat gak solat hajat dan taubat…maybe kot penyakit datang disebabkan dosa2 kami yg lalu.

Last 2 weeks Aliff missed school coz he was down with cough and asthma. This week he was very excited sebab terpilih utk persembahan sekolahnya…dok beria practice menyanyi…siap aksi lagi, nak pecah perut aku menahan gelak tapi maintain serius supaya dia tak patah semangat.

Sejak heboh2 kes ayam diberi makanan ada enzim babi, mak aku dah stop beli ayam dan produk berkaitannya. Now revert tu ayam kampong le pulak, payah gak nak cari…tapi dah tempah awal2, this weekend dapat le kot, kena sumbat dlm freezer, kena beli byk jugak coz ayam kg kecik sikit, and family yg berkunjung nanti ramai…Hish..aku buat nasi goreng je le raya ni…

Kakak aku plan nak amik gambar kat studio satu family. Tgk le dulu camana jadi ke tidak..rumah kami tu habis solat raya je dah penuh org…Kalau tak sempat aku update makanya aku busy buat dan makan kuih raya le tu..