Monday, July 30, 2007

Ukur baju di badan sendiri!

Hari ni aku geraammm sgt dgn tukang jahit baju…

Aku dah tempah awal2 lagi baju raya kami satu family, sebab tahun ni le pertama kali nak pakai sedondon gitu…
Sejak aku konfrontasi dgn tailor yg lama, aku hantar merata2 baju aku, tak kisah le, janji baju aku siap dan sedap dipakai, Cuma yg aku geram ni, tailor ni siap bagi kad lagi masa tempah, siap sekian2 haribulan, bila aku pi amik, tak siap le, org tak sudah tikam baju le, ishhh..dah tu buat apa tulis dlm kad tu siap 30hb…aku dah bagi dekat sebulan setengah lepas…in my counting dia ada 45 days utk siapkan baju aku….heee, geram, dah tu pi pulak tailor lelaki nak amik baju melayu suami…tak siap jugak…sengih2 je bagitau aku…Mau aku sekeh2 kepala mamat ni…Ni le dia, janji tinggal janji…kalau tak boleh siap, cakap le awal2…tak de le aku kena pi kedai tu tungu parking, kena hujan, dah lenjun aku balik office ni..menggigil lagi…

Ada pulak, satu butik ni, nak amik tempahan org yg kurus dan kecik molek je, Saiz XL macam aku ni tak terima, nasib baik gak aku tak pernah pergi kat situ, kakak aku cerita kawan dia pernah kena dgn tokey butik ni, dia kata susah jahit baju org badan besar.. Kalau kena kat aku, meh sini aku nak balas balik, aku mesti nak kata tak payah le bagi gelaran butik kalau tukang jahitnya tak professional, nama je butik, saiz baju besar sikit dah tak reti nak potong…Kasi tutup kedai lagi baik…

Ni le masalahnya kalau tak pandai menjahit…Dah 3 kali aku belajar, fail semuanya… Time nak jahit tu, org semua jahit mesin tu gerak ke depan, aku pulak asyik mengundur je..hish…teruk le aku ni…
Urgghhhh..lepas ni aku nak kena survey tailor lain pulak le nampak gayanya.

Semalam bawak le 3 hero tu pi cukur kepala…Huih…gamat kedai tu macam dia yg punya…Pakcik gunting tu dah kenal sgt budak bertiga tu, dia sengih je…Tapi dah naik le harga….urgh…gaji naik seciput je, benda2 lain byknya naik….Adib pun dah ok kali ni bergunting, tak nangis dah…Ni pun satu lagi skill nak kena belajar, gunting rambut anak, aku kena beli pencukur tu le….hmmmm…lepas ni aku pulak mintak budak2 tu bayar kat aku..hahahahh…
3 hero yg bakal botak!
Menunggu dgn penuh kesabaran!
Reward lepas botak...tunggang mainan!

Tuesday, July 17, 2007

Edisi bergambar 2 (Birthday!)

Ok kita start dgn gambar dulu ye, baru cerita pjg!


The birthday boy!

All together now, "happy birthday to you"

Hey your food looks good!

Waiting for the cake to be brought out

The cake!
The rugrats
(Ini le gambar paling elok yg pernah diambil dgn budak bertiga ni, my fav so far)
************************************************************************
The birthday celebration went well. We sent doughtnuts, titbits to the kindergarten in the morning, later the teacher told us we could bring the cake at 10am.
We went there at 10, and the kids were all oohs and aah seing the cake. Bebudak ni apa jua jenis cake dia akan jadi excited. So the teacher gathered all the boys and they all sang the birthday song. Aku takde le pulak bawak lilin bila pikirkan potong aje le, hehehehe tak senonoh betul le, rupanya cikgu dia dah standby lilin.
Ramai pulak tu nak tolong tiup sekali. We spent about 30 minutes there before going off, Afiq as usual, excited bila nampak kawan abg, so his mission is to go diaper free so that he could go to abg’s school.
Dan semlm kami try le tak pakai diaper, huhuhuhu, byk kali accident, tak larat nak basuh dah, tapi kalau tak buat pulak bila lagi nak bebaskan diri dia dr cengkaman encik lampin huhuhu..Adib on the other hand bila mandikan dia dah tau nak kencing everytime selepas mandi, so ok le tu, boleh le diajar, tapi Aiq macam tak confident je, aku siap dah belikan underwear Power Rangers lagi utk support dia punya mission hahahahah…
Ntah le, cuba le nanti, kalau dpt tak yah pakai utk siang hari dah kira ok le, esok2 try pulak 100% bebas…baru le boleh gang dgn kengkawan abang dia …Let’s see how it goes nanti.

Thursday, July 12, 2007

Sweet child of mine!


Dear Aliff,


HAPPY BIRTHDAY!

Today is your 6th birthday. Mak and Ayah wish you all the best, may your life be filled with beautiful memories, and may you grow into a fine young man. May you be able to take care of yourself and family.

I remembered when I was confirmed pregnant. I was feeling dizzy and ill for the first few weeks and suspected that it might be due to food poisoning. But a trip to the doctor confirmed my pregnancy. If my friends had morning sickness, I had night sickness... (ada ke macam tu?). I was quite active during my pregnancy with Aliff. Had no problems traveling to KL. My only wish is for the father to be able to make it in time for my delivery. During the final weeks check-up, my BP level started to rise. Alamak, so the Dr. ordered me to take my BP readings twice a day…Surprisingly, bila amik BP dgn org lain ok, bila dgn dia je tinggi…takut kot.
And during the final check-up, the dr. decided to have me induced. I called your father to come home, Alhamdulillah he managed to be at the delivery room on time.

When I held you in my arms for the first time it was a miracle indeed! Having you was one of the most special moments in my life.
And now seeing you with your brothers, I feel my life is almost complete. If your father is able to be with us, together, it would be perfect!
My dear Aliff, I do love you very much….I hope I’ll be able to see you make it through your first concert, first graduation, first job, wedding, seeing your firstborn, etc.

Enjoy your special day darling…we’ll have an other celebration when ayah comes home.
Love always,
Mak

Thursday, July 05, 2007

Show me the money!

Dalam seminggu ni aku dok mengira dan menganalisa kewangan aku. How I manage my money, expenses etc.. Memang every month aku tulis perbelanjaan, hutang piutang, etc., tapi bila tgk program ‘Till debt do us part’ tu, menyedarkan aku yg aku tak senaraikan perbelanjaan secara detail…yg sikit2 tu le selalunya jadi byk…so aku pun start le tulis yg kecik2 tu, surprisingly byk gak!.Nampak gaya impian nak pi melancong tak dapat terlaksana lagi le, unless aku menang peraduan apa2 kot!
Ish….byk cekadak pulak aku ni, sebenarnya aku risau dgn kuasa wang pada masa sekarang, dulu kalau pi pasar bawak RM50 belambak2 bhn kering atau bhn basah yg boleh dibeli, sekarang ni bawak RM50 tu macam RM20 je…
Ini sekarang, 5 tahun, 10 tahun akan datang?? Agaknya kena bawak duit berkepuk baru dapat beli brg2.

Bukan aku tak bersyukur, lebih dari bersyukur dgn apa yg ada, compared to other people yang homeless, duduk rumah kebajikan etc. Cuma aku risau, anak2 aku esok kalau nak pi universiti cukup ke duit aku, tabungan pendidikan yg kami ambik tu pun jgn2 tak cukup nak cover…dah le tempat kat universiti sekarang terhad….

Ada ke aku perlu engage financial planner utk beri nasihat ttg how to manage our financial plans? Ish..dgr cerita consultation fee je dah makan ratus2 utk sejam…mana lagi nak korek duit…Kawan aku kata ( yg dah amik financial planner punya consultation le) semua pendapatan i.e. gaji kena masuk satu akaun, then keluarkan utk bayar hutang, balance tu kena berjimat2 utk belanja…apart from other investment etc.
Bila aku pikir2 tak syok jugak, bila duit kita sendiri takleh pegang…nak beli something for ourself pun nanti byk lak soaljawab dgn our partner! Last2 gaduh besar pasal sapa yg belanja byk..Ish, tak nak le aku jadi macam tu…Aku nak jugak once in a while splurge on something nice, tak kira le sama ada utk diri sendiri or family….
Takpe le, aku akan teruskan dgn tulis itemized expenses dlm buku 555 aku ni…Sapa tau, cara ni akan membolehkan aku berjimat lebih byk $$$$$$$$$$$$ dan menjadikan aku seorang makcik yg kayo rayo!!!! Hohohoohoh!

Tuesday, July 03, 2007

Edisi bergambar!

Aduhai! Mata aku bermasalah lagi, baru dtg opis hari ni, last week seminggu MC. Tgk tv pun tak boleh, membaca pun tak boleh. Sekarang ni pi ofis pun pakai sunglasses sebab tak tahan silau komputer dan matahari...Bila kena panas, dia berair.. Semua org nak lari dr aku, hihihi agaknya depa ingat aku sakit mata lagi le...Disebabkan keadaan ni, maka aku letakkan gambar je utk cuci mata, ntah esok ke, lusa ke bila aku dah ok (plus rajin sikit hohoho) aku update le..
Ada lagi gambar nak letak especially masa birthday Adib, tapi ayah depa terbawak blk Kolumpo thumbdrive tu...nanti aaaa....






Afiq memang suka bergambar, macam2 aksi dia buat



Afiq and Aliff



Muka-muka keseronokan bila dapat spongebob bags from my sister, Aliff tu nak pegang gak Pooh tu, janji kuning...ishhhh..tang bergambar laju aje!




Ntah apa2 aksi si Aliff ni




Afiq dgn muka control bila nampak camera!


Ni masa kat kedai mamak, dlm seminggu sekali or dua minggu sekali kami pi le pekena roti canai, aku suka tosei..Bebudak tu gemar roti canai, tapi biasala, roti canai mak aku jugak plg best dari roti mamak ni... Aku memang jarang bergambar, dari dulu lagi...tapi adik aku nak test camera dia, so takut tak muat frame, kena le rapat2 sikit kat kepala Afiq...ada le sikit ilusi kurus...hhohohohoho!
Ok, ni antara gambar2 yg dah basi!, patut aku letak lama dah tapi ekekeeekkke, biasalah, bila ada vitamin M lebih, ginilah jadinya....
Ok, nantikan edisi bergambar yg lain ok....Kak Za, hutang gambar kira settle aaaa!!!!