UMNO's Corporate Cornucopia......???

on Oct 15, 2010


How Malaysia's companies funneled money into the country's biggest political party
According to the website Malaysia Today, Tajudin's lawyers revealed that Tajudin had only been a front man for Umno and that Umno "not only has to protect him from prosecution but that they also had to ensure that the government bought back the shares at the same price that they were sold to him although the shares were only worth a portion of the real value."

Menteri Apakah Dia....???

on

Tiada jawatan Rasmi Tapi Rosmah Berlagak Seperti Menteri

ZK20


SHAH ALAM 15 Okt - Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata cadangan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menubuhkan pusat bersepadu bagi membantu golongan remaja perempuan yang melahirkan bayi tanpa berkahwin dilihat mahu mengambil alih tanggungjawab serta memperlekehkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dam Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil.

"Saya hendak cakap pun tak faham, apakah sebenarnya peranan Rosmah. Beliau menteri atau isteri Perdana Menteri ke, apa jawatan raami beliau yang sebenarnya?

"Cadangan beliau menunjukkan beliau ingin campur tangan dalam kementerian dan urusan kerajaan, dia tidak ada apa-apa latarbelakang maklumat mengenai masalah tersebut tiba-tiba nak bagi idea yang sebegini. Ini adalah satu perkara yang 'adhoc'.

"Sebarang cadangan sekali pun, Rosmah perlu berbincang dengan pihak kementerian yang berkenaan dan bukannya berlagak seperti mahu ambil alih tugas menteri dan campur tangan dalam pentadbiran negara," jelas Zuraida kepada Suara Keadilan.

Zuraida berkata Rosmah seolah-olah mencerminkan kepada rakyat bahawa Shahrizat dalam menjalankan tugasnya sebagai anggota Kabinet. 

"Kalau macam ini baik tutup sahaja kementerian Shahrizat dan letak sahaja tanggungjawab ini di bawah Rosmah," tambah beliau lagi. 

Semasa di Belgium mengiringi Datuk Seri Najib Razak, yang mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) Kelapan di Brussels, Rosmah telah melawat "Centre of Integrated Family Welfare" (CIG) untuk mendapatkan input bagi menangani masalah pembuangan bayi .

Pusat tersebut ditubuhkan oleh kerajaan Belgium dengan bertujuan mendekatkan lagi perhubungan ibu dengan anak di mana remaja yang tidak berkahwin akan diberikan latihan bagi menjalankan kehidupan seperti biasa.

Lawatan Rosmah ke CIG telah mendapat kritikan Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad yang menyifatkan seolah-olah kerajaan hilang punca dan kontang idea untuk mengatasi gejala tersebut.

Idris berkata tindakan Rosmah itu ibarat memohon sedekah dan ehsan daripada orang lain, sedangkan Islam mempunyai penyelesaiannya yang jitu terhadap masalah ini.

Tahan Pegawai Imigresen Bawah ISA Untuk Lindungi 'Jerung Besar' .....???

on

CB5


SHAH ALAM 15 Okt - Ahli Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Pusat, Badrul Hisham Shaharin aka CheGuBard mendakwa tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional menahan tujuh pegawai Jabatan Imigresin di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) merupakan taktik melindungi rangkaian jenayah korupsi dalam jabatan tersebut yang lebih besar dan parah melibatkan 'jerung besar'.

CheGuBard berkata Umno-BN terpaksa bertindak sedemikian setelah amalan rasuah yang bermaharajalela sejak sekian lama di dalam jabatan itu berkaitan kemasukan tenaga kerja asing telah diketahui oleh orang ramai dan menjadi rahsia umum. 

"Tindakan ini juga adalah disebabkan kerajaan takut dengan tekanan negara luar khususnya Amerika Syarikat kerana Malaysia sudah tersenarai sebagai penyeludup utama perdagangan manusia. 

"Boleh dikatakan majoriti rakyat Malaysia berpendapat kegiatan haram yang beroperasi sekian lama sehingga negara tersenarai sebagai 'negara penyeleludup manusia' pasti didalangi oleh orang-orang besar," kata beliau dalam blognya semalam.

Laporan media menyebut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memaklumkan serami tujuh pegawai Janatan Imigresen termasuk seorang berpangkat Timbalan Penolong Pengarah serta dua individu warga asing telah ditahan di bawah ISA kerana didakwa bersekongkol dengan ketua-ketua sindiket yang sangat berbahaya serta boleh memudaratkan keselamatan negara.

"Ini adalah masalah yang serius kerana itulah ia perlu siasatan terbuka dan pendakwaan di mahkamah. Tindakan meletakkan mereka di bawah ISA dilihat lebih kepada melindungi 'jerung besar' apabila pegawai biasa ditahan. Jika disiasat terbuka dan didakwa sudah pasti banyak lagi akan 'terlambak dan terdedah' di depan rakyat.

CheGuBard memberitahu ketika lawatan ke Sabah beberapa bulan lalu beliau berjumpa dengan seorang kakitangan Jabatan Pendaftaran Sabah yang pernah ditahan di bawah ISA kerana terlibat dalam kegiatan memberi kad pengenalan kepada pendatang Filipina dan Indonesia. 
"Mangsa yang ditemui mendedahkan bahawa apa yang dilakukan adalah atas arahan sulit pihak atasan yang terlibat dalam sindiket memberi kad pengenalan yang membolehkan penerima mengundi dengan segera dalam pilihan raya pada ketika itu.

"Namun apabila perkara ini terdedah beberapa pegawai terutama pegawai Jabatan Pendaftaran ditahan di bawah ISA untuk mengelakkan penyiasatan dan pendakwaan yang akan mendedahkan perkara sebenar yang berlaku," jelas beliau lagi.

CheGuBard berkata Umno-BN terpaksa bertindak sedemikian setelah amalan rasuah yang bermaharajalela sejak sekian lama di dalam jabatan itu berkaitan kemasukan tenaga kerja asing telah diketahui oleh orang ramai dan menjadi rahsia umum. 

"Tindakan ini juga adalah disebabkan kerajaan takut dengan tekanan negara luar khususnya Amerika Syarikat kerana Malaysia sudah tersenarai sebagai penyeludup utama perdagangan manusia. 

"Boleh dikatakan majoriti rakyat Malaysia berpendapat kegiatan haram yang beroperasi sekian lama sehingga negara tersenarai sebagai 'negara penyeleludup manusia' pasti didalangi oleh orang-orang besar," kata beliau dalam blognya semalam.

Laporan media menyebut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memaklumkan serami tujuh pegawai Janatan Imigresen termasuk seorang berpangkat Timbalan Penolong Pengarah serta dua individu warga asing telah ditahan di bawah ISA kerana didakwa bersekongkol dengan ketua-ketua sindiket yang sangat berbahaya serta boleh memudaratkan keselamatan negara.

"Ini adalah masalah yang serius kerana itulah ia perlu siasatan terbuka dan pendakwaan di mahkamah. Tindakan meletakkan mereka di bawah ISA dilihat lebih kepada melindungi 'jerung besar' apabila pegawai biasa ditahan. Jika disiasat terbuka dan didakwa sudah pasti banyak lagi akan 'terlambak dan terdedah' di depan rakyat.

CheGuBard memberitahu ketika lawatan ke Sabah beberapa bulan lalu beliau berjumpa dengan seorang kakitangan Jabatan Pendaftaran Sabah yang pernah ditahan di bawah ISA kerana terlibat dalam kegiatan memberi kad pengenalan kepada pendatang Filipina dan Indonesia. 
"Mangsa yang ditemui mendedahkan bahawa apa yang dilakukan adalah atas arahan sulit pihak atasan yang terlibat dalam sindiket memberi kad pengenalan yang membolehkan penerima mengundi dengan segera dalam pilihan raya pada ketika itu.

"Namun apabila perkara ini terdedah beberapa pegawai terutama pegawai Jabatan Pendaftaran ditahan di bawah ISA untuk mengelakkan penyiasatan dan pendakwaan yang akan mendedahkan perkara sebenar yang berlaku," jelas beliau lagi.

They’ll stop at nothing

on



Remember the RM60K that RPK got? His bail was only RM5K. He stayed in a bungalow, drove a brand new Civic, and is now living in London (at whose expense?)
NO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin
First they accuse me of living in Kalimullah’s apartment in Trinity Court in London. Then Daisy Chong accuses me of being on the payroll of a Chinesetawkey. Now this Umno website accuses me of walloping the RM60,0000 bail money. (You can read the article below).
Well, I might as well confess. I have been declared a bankrupt because I have unpaid debts of RM60 million and the money has been siphoned to my Swiss bank account. Of course, I had to pretend to be poor so that no one would know. But now that I am in the UK I am able to live it up.
So, do you think I need to wallop RM60,000 in bail money?
Actually, I gave the money to Bernard a.k.a. Zorro to use in bailing out six or seven people who were arrested during the candlelight vigil in the Civic Centre in Petaling Jaya. Maybe Zorro would like to say something on this matter and name those people he bailed out.
These people did not have money and they would have had to be remanded in the Sungai Buloh Prison while awaiting trial if they were not bailed out. Since these cases go on for ten years or more they would have had to stay in prison for that entire period, whereas, if they are eventually found guilty, the jail sentence would have been just a couple of months at the most -- or maybe it would have been just a fine of a couple of thousand Ringgit. (I met a chap in prison who had been there for more than seven years whereas if he had pleaded guilty he would have been home long before that).
Oh, by the way, I shall be spending part of that RM60 million to finance independent candidates in the next general election in the event Pakatan Rakyat accepts our offer to supply them with quality candidates (so no three-corner fights). If not…well, never mind. Then the money will stay in my Swiss bank account.
So there! Eat your heart out.
And my house was not a bungalow but a semi-detached house, which I bought back in 1994 with a bank loan, long before I even became involved with the Reformasi movement in 1999 or started Malaysia Today in 2004. And the Honda Civic was purchased long before my arrest in 2008 (which means before the RM60,000 bail money).
Gotcha! Next time if you want to slander me do your homework first, loser!
Oh, and one more thing, if Rocky wants a new notebook computer just drop me a line and I will pay for it myself. No need for anyone else to chip in. Just contact Tun Dr Mahathir Mohamad and he will know how to reach me.
**********************************************
BigDog aims to help Rocky get another Ferrari!
The last time I remembered an online campaign to raise funds, it was done by RPK.
RPK had wanted the people's support in raising bail money, to show that he had the support, a sought of 'in yer face' ...at the judge. He raised around RM60k and had pledged to use the balance of the money to start up a defense fund for bloggers. That did not happen.
Yesterday, Rocky lost his broadband connection and laptop to the police who took the role of 'tarik laptop' and handed it over to the Raiss' boys in MCMC.
I can understand the laptop, but modem? It is like a child, if you do this to me, I'll do this back!!
So rightly, BigDog has initiated a campaign to raise money to get another laptop for Rocky.
I read the comments left behind by some people, and on twitter too.
Let me put this to you, its not about the money, its about the support for the right to blog and stand by it. What does MCMC aim to to with the laptop? Its not that we are anonymous! Hell, Rocky owned up to it, as did BigDog, and the guys in TnT.
So, click on the sticky banner on the sidebar, if you want to do your part. If not, no worries.
I also read that someone commented on Rocky's position, and he should be able to get one himself. Again its the support.
Remember the RM60K that RPK got? His bail was only RM5K. He stayed in a bungalow, drove a brand new Civic, and is now living in London (at whose expense?)
So, its good to know that there is the support for RPK to do what he does, just as it is good to know that there is also support for Rocky to do what he does.
I know I am doing my small part by doing this, and so can you.

Nyahkan Pelesit Jalan Raya.....???

on

Kemalangan ngeri pada waktu senja di KM 223 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat itu melibatkan dua bas, dua kereta dan satu van. Sebuah bas ekspres dari arah Melaka yang dikatakan hilang kawalan telah merempuh pembahagi jalan, lalu masuk ke lorong bertentangan, dan bertembung dengan kenderaan-kenderaan lain.

Akibatnya 12 maut, berpuluh lagi cedera. Selain mayat bergelimpangan di atas jalan raya, kelihatan juga kereta yang remuk sama sekali, badan bas menghempap kereta, dan darah yang masih merah bertompok-tompok di sana-sini.


Fakta paling menyayat ialah 12 mangsa tidak berdosa, termasuk wanita, yang terkorban secara tiba-tiba. Hasrat dan hajat mereka tidak tertunai. Tentu sekali ini menjadi tangisan kaum keluarga dan sanak-saudara. Orang yang ditunggu kepulangannya dengan penuh harapan, tiba-tiba maut dalam keadaan mengerikan.

Dan, fakta yang paling menyakitkan hati semua orang ialah pihak berkuasa masih amat lembap bertindak untuk perkara-perkara seperti ini. Sebenarnya apa yang terjadi pada tarikh 10/10/10 (sesetengah orang terlalu percaya pada tuah atau sial angka-angka tertentu!), bukan luar biasa sangat.

Cerita-cerita darah dan air mata di lebuh raya bukan lagi luar biasa. Sebelum ini sudah beratus kemalangan jalan raya melibatkan bas ekspres yang dipandu tidak mengikut peraturan keselamatan. Sudah beratus – mungkin beribu – nyawa pengguna jalan raya melayang akibat pemandu bas ekspres yang cuai.

Mereka yang biasa memandu jauh menggunakan lebuh raya pasti akan terserempak dengan bas-bas ekspres – juga lori-lori besar! – yang menekan minyak tanpa menghiraukan had laju. Betapa kenderaan-kenderaan besar ini yang telah ditetapkan had laju 90kmj, telah memecut lebih dari yang dibenarkan.

Mereka menekan hon untuk meminta laluan dari kenderaan yang bergerak mengikut undang-undang. Mentang-mentang mereka besar, mereka tidak menghiraukan kenderaan kecil dan memecut bagaikan kereta api peluru @ ‘bullet train’ di Jepun. Mereka memotong ikut suka, seolah-olah lebuh raya hanya milik mereka.

Selalu saya berasa hairan apakah kelajuan bas-bas ekspres itu tidak boleh dikesan oleh kamera-kamera trafik yang dipasang sepanjang lebuh raya? Apakah kamera trafik dan saman ekor hanya untuk pemandu kerdil seperti saya? Atau, apakah bas-bas ekspres kita dilengkapkan dengan alat yang lebih canggih untuk mengesan kamera trafik?

Menjadi kebiasaan setiap kali ada tragedi besar lebuh raya, badan penyiasat khas akan ditubuhkan. Kemudian terbongkarlah macam-macam kalut-malut dalam industri pengangkutan awam, khasnya bas ekspres kita. Antara yang telah dibongkar sebelum ini ialah perihal sebuah syarikat bas ekspres yang telah beratus kali menerima kompaun, tetapi tidak dilangsaikan.

Ada syarikat bas ekspres yang dikesan melakukan beratus kesalahan trafik, saman telah dikeluarkan tetapi pihak syarikat tidak mempedulikannya. Ada syarikat ekspres yang menggunakan pemandu yang telah disahkan sebagai penagih. Ada pemandu bas ekspres yang telah disenaraihitamkan tetapi masih memandu bas. Ada pemandu bas ekspres yang mengantuk sebab memandu berterusan lebih 16 jam. Malah, ada sekian ramai pemandu bas ekspres yang mengaku telah menjadi ‘pelesit’ jalan raya.

Persoalannya: apakah yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa, khasnya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis, untuk menghukum pesalah dan pelesit jalanan ini? Apakah syarikat ekspres yang menerima beratus kompaun dan saman itu sudah ditarik permitnya? Atau, apakah setelah bayaran kompaun dibuat, syarikat itu dikira telah bersih sehingga tidak ada sebarang tindakan susulan dilakukan?

Sudahkah pihak berkuasa mengadakan pemeriksaan dan ujian menyeluruh ke atas pemandu bas ekspres untuk memastikan penagih dan orang gila tidak menjadi pemandu bas ekspres kita? Tindakan tegas – termasuk menarik permit, menggantung lesen – hendaklah dikenakan ke atas mana-mana syarikat ekspres yang melakukan kesalahan dan kecuaian. Mereka sebenarnya pembunuh secara tidak langsung. Mana boleh orang-orang ini dilepaskan begitu sahaja?

Sekiranya tindakan tegas tidak dilakukan orang ramai akan membuat berbagai andaian. Salah satu persepsi popular sekarang ialah sekiranya syarikat ekspres tidak dikenakan sebarang tindakan walaupun berulang kali melakukan kesalahan, pasti ada ‘orang besar’ atau orang politik di belakang syarikat ekspres tersebut. Persepsi ini tidak semestinya betul, tetapi ia perlu diperbetulkan. Tidak kira orang biasa, orang kecil, orang besar, orang politik, kalau buat salah mereka patut dihukum.

Batu Sapi : Laluan Pakatan Rakyat Lebih Sukar Jika PKR....???

on

Politik Sabah kembali menjadi tumpuan sejak ahli parlimen P185 Batu Sapi Datuk Edmund Chong Ket Wah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya baru-baru ini. Parlimen Batu Sapi yang terletak di pinggiran Bandar Sandakan, merupakan salah satu daripada tiga parlimen yang terletak dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Sandakan.
Berdasarkan Daftar Pemilih Induk 2008, pemilih Bumiputera Islam membentuk 60.14% manakala Bumiputera Bukan Islam 2.31%, cina 37.31 % dan lain-lain 0.31%


Jika pilihanraya berlaku, ianya akan menguji sejauh manakah rakyat menerima dan berpuashati dengan pemerintahan Barisan Nasional pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman setelah dua tahun pilihanraya umum 2008 berlangsung.

PKR : DUA KALI GAGAL MENJADI CALON

Disebalik keghairahan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mahu meletak calon mereka di parlimen Batu Sapi pada pilihanraya kecil nanti, satu perkara yang mungkin tidak dapat dinafikan ialah parti tersebut sebenarnya gagal mengemukakan calon mereka sebanyak dua kali iaitu pada pilihanraya ke-11 tahun 2004 dan pilihanraya ke-12 tahun 2008. Kegagalan calon PKR itu menyebabkan Datuk Edmund Chong dari PBS-BN menang tanpa bertanding pada tahun 2004 dan sekali lagi pada tahun 2008 Datuk Edmund Chong nyaris-nyaris menang tanpa bertanding gara-gara calonnya ditolak pencalonan atas sebab –sebab tertentu. Walaubagaimanapun kehadiran calon Bebas telah berjaya menafikan calon PBS-BN menang tanpa bertanding.

Salah seorang pemimpin PKR negeri, Datuk Kong Hong Min dalam satu kenyataan beliau membidas Pengarah Pilihanraya PKR Pusat Fauziah Salleh kerana mendahului Pakatan Rakyat Sabah dengan memberi kenyataan kepada media elektronik dan portal berita The Malaysia Insider. Beliau kesal kerana Pakatan Rakyat (PR) Sabah telah mengambil pendirian bersama untuk tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang bercanggah sehinggalah Sekretariat Pakatan Rakyat Negeri bermesyuarat dan memutuskan parti manakah yang akan mewakli Pakatan di Batu Sapi.

Namun demikian, sesetengah pemimpim PKR termasuklah bekas Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Ansari Abdullah dan Ketua Cabang Batu Sapi Hassanar Ibrahim terus mengeluarkan kenyataan dengan membelakangi persefahaman yang telah dicapai.
Menurut sumber yang dipercayai Ansari diantara nama yang disebut-sebut calon PKR di Batu Sapi disamping Setiausaha Cabang Batu Sapi Zainudin Hassan dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sabah Ahmad Thamrin Zaini. 

Thamrin dikatakan calon yang dikaitkan dengan Naib Presiden PKR Datuk Dr Jeffry Kitingan bersama dua orang lagi calon yang tidai didedahkan indentiti mereka. Manakala Ketua Cabang Batu Sapi Hassanar Ibrahim difahamkan lebih berminat bertanding di DUN Sekong pada pilihanraya ke-13 nanti walaupun disenaraikan calon utama.
Soalnya apakah munasabah Pakatan memberi peluang sekali lagi  kepada PKR walhal parti itu telah gagal mengemukakan calon selama dua kali pilihanraya?

KEPUTUSAN PILIHANRAYA LEPAS

Merenung kembali sejarah penyertaan PKR dalam pilihanraya 2008, PKR telah meletak calon mereka di 19 kerusi parlimen berbanding DAP 5 kerusi dan PAS kosong. Manakala diperingkat DUN PKR telah meletak calonnya di 54 kerusi manakala DAP 10 dan PAS hanya 2. 


Taburan parti-parti yang bertanding peringkat parlimen Sabah PRU-12


Taburan parti-parti yang bertanding peringkat DUN Sabah PRU-12


Taburan keputusan P185 Batu Sapi PRU-12 mengikut daerah mengundi

 

PAS LEBIH POPULAR DI BATU SAPI

Seorang penganalisa politik tempatan ketika diminta pandangan beliau berkata, “PKR tidak sepatutnya bertanding di Batu Sapi kerana imej mereka terjejas berikutan kegagalan projek 16 september, ramainya ahli parlimen mereka keluar parti dan insiden pergaduhan semasa pemilihan parti yang sedang berlaku sekarang. PKR dilihat sebagai sebuah parti yang tiada integriti, mementingkan diri, tamak dan kucar kacir “, katanya.

Beliau mencadangkan agar Pakatan menilai semula kewajaran PKR mewakili Pakatan di Batu Sapi.
“Adalah lebih baik PKR menyelesaikan dahulu hal ehwal rumahtangga mereka. Pemilihan 2010 masih lagi berjalan, manakala persepsi negatif yang ditimbulkan media sangat memberi kesan. Sebahagian besar penduduk Batu Sapi amat bergantung dengan media elektronik yang dikuasai oleh kerajaan Barisan Nasional kecuali pengundi dikalangan kaum tionghua”. Katanya.

Dalam satu tinjauan awam yang dibuat di Batu Sapi baru-baru ini, misalnya di daerah mengundi Jalan Sibuga,  apabila ditanya siapakah tokoh yang dihormati 51.69% memilih Tun Dr Mahathir Mohamad, 27.97% memilih Dato Seri Najib Razak, 3.39% memilih Dato Seri Anwar Ibahim, 3.03% memilih Datuk Nik Abdul Nik Mat dan 1.69% memilih Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Manakala di Daerah Mengundi Jalan Batu Sapi apabila ditanya sejauh manakah mereka yakin kepada Pakatan Rakyat 25.45% menyatakan yakin, 61.82% tidak yakin dan 12.73% berkecuali.
Apabila ditanya parti manakah di kalangan Pakatan yang mereka sokong, 58.18% memilih PAS, 20% PKR, 1.82% DAP dan 18.18% berkecuali.
Di Daerah Mengundi Lupak Meluas apabila ditanya soalan yang sama 25% memilih PAS, 17.24%  PKR,  2.59% DAP dan 55.17% tidak membuat keputusan.
Disebalik pelbagai kelemahan dan masalah rakyat yang gagal diselesaikan oleh ahli Parlimen lalu kajian menunjukkan sokongan kepada Barisan Nasional kekal kukuh dengan undi popular melebihi 80%.

'Kontrak diberi kepada kroni tiada kelayakan'......???

on

Kontraktor utama yang dipertanggungjawab membina Istana Negara yang baru tidak layak mengendalikan projek bernilai jutaan ringgit itu, dakwa ketua pemabngkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, syarikat berkenaan, Maya Maju (M) Sdn Bhd, disenaraikan sebagai tidak aktif oleh Suruhanjaya Syarikat ketika ia diberikan tender untuk projek berkenaan oleh Jabatan Kerja Raya pada 26 Oktober 2007.

"Syarikat ini dikuasai oleh seorang yang bernama Datuk Haji Man bin Mat, yang merupakan bekas bendahari Umno bahagian Merbok,” kata Anwar pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini.

"Ia hanya berdaftar sebagai sebuah syarikat pembinaan pada Ogos 2008. Ia tidak dilesenkan oleh PKK (Pusat Khidmat Kontraktor) atau CIDB (Construction Industry Development Board), yang menjadi antara syarat wajib.”

Anwar berkata tiada penjelasan diberikan berhubung mengapa kos pembinaan projek Istana itu naik berlipat ganda daripada kos permulaan di bawah RM400 juta kepada melebihi RM800 juta sekarang.
"Cadangan pembinaan dengan kos RM395 juta ditawarkan kepada Maya Maju mengikut konsep penswastaan tetapi selepas rundingan terus dengan JKR, ia naik menjadi RM650 juta.
"Tiada penjelasan berhubung kenaikkan mendadak ini dan kosnya itu sekarang meningkat kepada RM811.2 million," katanya sambil menambah bahawa kontarktor utama itu tidak mendapat kebenaran menggunakan nama Maya Maju, yang telah didaftarkan sebelum itu kepada syarikat lain.


Menurutnya, pihak pembangkang melalui ahli parlimen Indera Mahkota Azan Ismail, akan menimbulkan isu itu kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bagi menuntut sisatan terperinci berhubung projek kontroversi berkenaan.

Calon jawatan tinggi PKR disaran isytihar harta....???

on

Naib presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub mencadangkan supaya semua calon yang bertanding jawatan tertinggi pusat mengisytiharkan harta dan belanjawan masing-masing.

Beliau yang juga calon jawatan timbalan presiden PKR, menyarankan supaya cat jari digunakan dalam pemilihan bulan depan demi integriti parti.

Katanya, sepanjang pilihan raya umum dan kecil lepas, pembangkang mengajak rakyat percaya bahawa kebanyakan pemimpin Umno/BN mengamalkan rasuah dan menyalahguna kuasa.

"Kita bukan sahaja mencabar mereka yang terbabit mendedahkan akaun dan belanjawan untuk pilihan raya, malah kita juga mendesak SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) menyiasat beberapa pemimpin Umno/BN yang kita anggap tiada integriti.

"Cabaran dan desakan ini semata-mata kerana kita mahu melihat proses pilihan raya dan demokrasi berlangsung secara bersih, bebas dan adil.

"Apa yang kita cadangkan serta desakan ini, bagi saya adalah suatu pembaharuan institusi - iaitu kita mereformasi sistem yang sedia ada supaya mengangkat pemimpin yang adil dan bersih," katanya dalam satu kenyataan.

"Sekarang kita tidak mampu melakukan semua pembaharuan institusi ini dalam kerajaan; khususnya SPR kerana kita masih tidak berpeluang 
mendapat mandat rakyat," tambah Mustaffa.

Bagaimanapun, tegasnya, jawatankuasa pemilihan pusat (JPP) mempunyai kuasa untuk membuktikan bahawa semua ini relevan dan realistik untuk dilaksanakan dalam negara, "dengan kita menjadikan parti kita sebagai pelantar ujian yang sihat."

"Biar dunia melihat bahawa semua cadangan pembaharuan institusi ini relevan dan realistik untuk dilaksanakan dalam Malaysia dengan melihat pelantar ujian kita.

"Yang terjejas, mungkin pemimpin yang melakukan korupsi atau menyalahguna kuasa sahaja. Rakyat akan melihat komitmen ini," tambahnya.

Dengan itu, tegasnya, tidak mustahil rakyat akan menyokong usaha tersebut dan bersedia memberi mandat kepada Pakatan Rakyat, khususnya PKR, kerana mereka percaya PKR - jika memerintah selepas PRU13 kelak - akan melaksanakan pembaharuan institusi dalam negara, "sebagaimana yang telahpun dibuktikan dalam parti kita".

Mustaffa juga mencadangkan JPP perkenalkan sistem dedah akaun peribadi calon dan cap jari demi mengangkat imej parti sebagai parti yang bersih dan saksama.

"Saya percaya calon-calon yang bertanding memang bersedia untuk membuktikan parti kita sebagai parti yang bersih, integriti dan demokratik untuk semua rakyat Malaysia," tambahnya.

Timbalan PKR: Jangan pandang rendah Nurul Izzah....???

on

azlanKetua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau yakin dengan kebolehan anak sulungnya, Nurul Izzah untuk menentukan sendiri sama ada untuk bertanding kerusi timbalan presiden parti itu ataupun tidak.

Mengulas buat kali pertama, hasrat anaknya yang juga ahli parlimen Lembah Pantai untuk merebut jawatan nombor dua PKR, Anwar berkata adalah tidak bijak bagi tersilap anggap, kerana Nurul Izzah mampu mengenali siapa mereka “penyokong sebenarnya”.

"Saya bangga dengannya dan yakin dengan penilaiannya. Saya percaya dia tahu siapa penyokong sebenar dan siapa yang mahu mempergunakannya untuk tujuan tertentu,” katanya pada sidang media di lobi parlimen hari ini.



Nurul Izzah layak bertanding jawatan timbalan presiden PKR setelah biro politik memutuskan menerima pencalonan dari Sempoerna yang lewat dihantar.


Setiausaha Agung Saifuddin Nasution hari ini berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat terbarunya malam tadi.


"Semporna mencalonkan Nurul Izzah. Dengan ini saya sahkan Nurul Izzah telah menerima dua pencalonan minimum untuk jawatan timbalan presiden.


"Jadi beliau layak untuk bertanding," katanya yang juga ahli parlimen Machang.


Nurul Izzah sebelum ini mendapat satu pencalonan daripada Keningau, Sabah.

Azmin : Ada Main Game Ke...???

on


Kalaulah ia satu game seperti sangkaan saya, agaknya boleh kelaskan sebagai cantik punya game. Tahniah!

Sebelum kata Nurul Izzah Anwar layak untuk bertanding (berita paling awal ialah berita Malaysiakini pada pukul 1.44 tengah hari "Nurul Izzah akhirnya layak tanding timbalan"), bagi keluar dulu berita bertajuk "Semporna nafi calon Nurul Izzah tanding timbalan?" (tersiar dalam Malaysiakini pada pukul 12.01 tengah hari).

Apa-apa hal pun, tak timbul lagi soal ibu pejabat PKR menghalang Nurul bertanding. Lepas ni, jangan terkejut kalau cabang Selangau pun menafikan ia mencalonkan Nurul.

bakaq kaki su'ul zan (sangkaan jahat)? Tak ada masalah nak tuduh gitu. Macam-macam dah orang tuduh aku. Tuduh kafir pun ada. Tambah satu lagi, apa salahnya.

Tetapi sangkaan tak lahir gitu-gitu saja. Sangkaan kadang-kadang adalah produk kepada sesuatu suasana atau rangkaian peristiwa - kalau boleh nak disebut produk. Sangkaan adalah reaksi. Ini bukan justifikasi. Tetapi, itulah yang selalu terjadi.

Bila dah keluar berita tentang cabang Semporna tu, tidak timbul lagi manipulasi atau konspirasi menghalang sesiapa pun bertanding. Tak kisahlah lagi kalau keluar berita "Azmin nafi campuri pemilihan parti" (FMT 14/10/10), "Azmin denies manipulating PKR polls" (FMT 14/10/10) dan "Azmin denies manipulating PKR vote" (Malaysian Insider 14/10/10).

Tanpa menjejaskan rasa setuju saya dengan pandangan seorang aktivis Pakatan Rakyat (PR) yang menyatakan "Baik orang PKR pakar-pakat bagi jawatan tu kat (Datuk Seri Dr Mohamad) Khir Toyo ja!" daripada memilih Azmin Ali menjadi Timbalan Presiden PKR, saya kini melihat wujudnya zaman menyalahkan Azmin. Semuanya salah Azmin.

Saya teringat blogger-blogger Umno yang menyalahkan Tan Sri Nor Mohammed Yakcop la, Datuk Nazri Aziz la, Datuk Idris Jala la (yang kesemuanya Menteri di Jabatan Perdana Menteri) dan semua orang kecuali Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Soalan penting yang selalu saya tanya ialah does the buck stop at Nor Mohammed, Nazri, Idris or any other macai? Najib is infallible? Wow!

Begitu juga dalam kes PKR ni. Does the buck stop at Azmin?

Hampa carilah jawapan sendiri. Apa yang ingin saya ceritakan seterusnya ialah kisah kami dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) pada awal lapan puluhan dulu (hujung tujuh puluhan saya jadi ahli Abim Daerah Matang - di kampung saya yang la ni kawasan parlimennya dinamakan kawasan Bukit Gantang).

Pada masa itu semua syura, Syeikh! Mana ada pengundian untuk memilih kepimpinan Abim Pusat, negeri atau daerah. Kita pakai syura, Syeikh!

Ada banyak perkara yang kami tak puas hati apabila di penghujung muktamar Abim diumumkan barisan kepimpinan (sebenarnya disodokkan untuk diterima bulat-bulat oleh kami, ahli-ahli Abim). Masa tu muktamar Abim biasanya diadakan di Dewan Al Malik Faisal, dekat masjid bulat Petaling Jaya. Tetapi, peristiwa yang paling saya ingat ialah apabila diumumkan Zakaria Hashim sebagai pimpinan (la ni khabarnya dia bergelar Datuk dan aktif dalam bidang dakwah). Kami di peringkat akar umbi tidak senang dengan perlantikan Zakaria.

Bila kami bersembang tentang perkara itu, penagih-penagih candu masyarakat yang dihiaskan dengan nama thiqah dan wala' terus jawab, "tak boleh pertikai, Syeikh. Tu keputusan syura" (stock-stock thiqah wala' ni dah berpuluh tahun dah aku jumpa. Stock-stock tu yang berada di dalam Abim masa tu kemudiannya banyak yang mengekori Saudara Anwar Ibrahim - la ni Datuk Seri la - ke dalam Umno dan banyak yang kaya-raya).

Di dalam Abim Kampung Batu di mana saya berusrah (kadang-kadang naqibnya ialah Bendahari Abim pada masa itu, Dr Mohamed Suleiman - kini Datuk), tak ada yang berani menuding jari kepada Brother Anwar, kecuali dua orang - tak perlulah saya sebut nama seorang lagi selain saya.

Demikian kenangan di dalam Abim dahulu. Kalau nak dikaitkan dengan apa yang berlaku di dalam PKR la ni, ikut suka hampa la..

(Sikit lagi: Mengenai berita Malaysian Insider hari ini "MP Gobala ugut keluar PKR jika proses pemilihan terus dinoda", mampoih pi kat dia lah! Sejak sesi Dewan Rakyat yang lalu lagi saya dengar cerita dia nak berambus)



P/s : Biasalah kalau tak ada game dan strategi mana boleh menang. Tapi cerita Nurul Izzah sekejap boleh bertanding dan sekejap tidak ini ada pelik siket. Yang pasti layak bertanding juga dia.

Macam manalah orang tak kata PKR ini Parti Anak Beranak. Kadang-kadang pendapat grass root kenalah ambil berat siket.

Cakap nak jadi alternatif, tapi dengan UMNO lebih kurang tiada beza. Retorik saja lebih..



Penarik Beca..

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List