assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Thursday, April 15, 2010

MUGILAN BAKAL DIPECAT JIKA BN CALONKAN DIA?

Mesyuarat tergempar MIC semalam memutuskan jika V. Mugilan juga yang dicalonkan olen BN untuk bertanding di P.094 Hulu Selangor, maka dia bakal dipecat daripada MIC. Demikian kenyataan Presiden parti itu Datuk Seri S. Samy Vellu selepas beliau mempengerusikan mesyuarat tersebut malam tadi.

Ketika diajukan soalan mengenai perkara itu, beliau secara sinis berkata V. Mugilan adalah diantara nama teratas di dalam senarai yang kemungkinan dipecat jika namanya dicalonkan oleh BN. Seluruh Bahagian MIC di Selangor dan juga cawangan-cawangan MIC di Parlimen Hulu Selangor turut mendesak pucuk pimpinan BN supaya tidak mencalonkan Mugilan, sebaliknya mereka mahukan Timbalan Presiden mereka G. Palanivel bertanding semula, kerana MIC telah bersepakat untuk mencalonkannya.

Mana-mana calon selain G. Palanivel, MIC tetap akan bertindak terhadap mereka yang dikatakan telah mengkhianati mandat parti itu. Samy Vellu difahamkan telah mengadakan pertemuan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi ini untuk saringan terakhir mengenai calon sebenar yang bakal diumumkan petang ini.

Datuk Seri Zaid Ibrahim telah diumumkan sebagai calon PKR di dalam pilihan raya kecil p.094 Hulu Selangor, manakala pemerhati politik meramalkan akan muncul beberapa nama yang ditaja untuk menjadi calon bebas.

Samada G. Palanivel atau pun V. Mugilan yang bakal dicalonkan, BN terpaksa akur sahaja dengan keputusan yang bakal diputuskan oleh pucuk pimpinan parti itu nanti. Kemelut calon ini dianggap bakal merobek keyakinan para pengundi terutama di kalangan peyokong UMNO yang merasakan MIC tidak wajar memberikan ugutan tersebut.