AL-FATIHAH BUAT 'VOKALIS RABBANI' ALLAHYARHAM USTADZ ASRI IBRAHIM..Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Ustaz Mohamad Asri bin Ibrahim (Vokalis kumpulan Rabbani) yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi kelmarin (13 Ogos) akibat serangan sakit jantung. Semoga beliau dicucuri rahmat dan diletakkan bersama golongan mukminin dan solihin. Salam takziah dari kami, warga locengwangsa.blogspot.com.
Allahyarham tiba-tiba telah rebah ketika membuat persembahan di RTM kira-kira jam 11.45 pagi pada 13 Ogos 2009. Setelah diperiksa, Ustadz Asri dikatakan telah meninggal dunia dan kemudiannya Allahyarham telah dibawa ke hospital. Jenazahnya telah dikebumikan selepas solat maghrib.
Ustadz Asri Ibrahim dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Kelang. Menyertai kumpulan nasyid terkenal itu sejak 1 Mac 1997. Kumpulan Rabbani di bawah pimpinannya telah memenangi banyak anugerah sebagai pengiktirafan kepada kumpulan nasyid ini. Ustadz Asri bukan sahaja memiliki suara lunaknya di dalam bernasyid, malah suara azannya juga sering berkumandang di stesen TV RTM.
Kepada isteri dan anak-anaknya, bersabarlah dengan u,jian ini. Ingatlah juga bahawa Allah lebih menyayanginya.

