16.3.10

award..


assalamualaikum dear readers...
finally i got someting to write here....thanks to Kak Lin for the award, kalau kak LIn x bagi award ni...entah bila la saya nk buka blog ni lagi...eheh....bukan x de idea nk cakap...tapi bila buka jer dashboard, idea datang mencurah2...tapi malas nak tulis....last2 tutup2...n banyak reason lagi kenapa blog ni dah lama tak diupdate.....antaranya, sebab kesibukan dan tekanan yg melanda...huhuu....

dah lari topik pulak...sebenarnya nk cerita pasal award yg Kak Lin bagi ni..."Beautiful Blogger Award"....bukan beautiful blog award yer...but "beautiful blogger "award...hehehe...anyway, Kak LIn aka Kak Aslinda,thanks sbb ingat kt saya...bukan award tu yg penting..tapi ingatan pada blogger limaumaniss tu yg berharga sebenarnya...walaupun kerapkali kita berjumpa di alam realiti..dalam program....okeh...kepada kak Lin...terima kasih banyak2 atas kesudian mmberikan award....tapi segan la nk ikut syarat2 yg ada tu.....makanya saya tampalkan saja award tu di sini....tak lebih dari itu....harap kak lin x kisah....hehe...saya memang gini kalau dapat award2 nih....jgn mara ye kak Lin...;) senyum selalu, jumpa lagi dalam program2 kita yg seterusnya....;)

wassalam....

p/s: Jom jadi bijak dengan menyokong kempen jadi bijak...di sini... + selamat Pengantin baru kepada semua yg baru jadi pengantin baru di bulan Mac ni...."Barakallahulakuma wa baraka alaikuma wa jamaa bainakuma fi khair...

12.2.10

Jerat-V-Day


Kenyataan Media
Tarikh: 7 Febuari 2010

Perayaan Hari Kekasih atau Valentine’s Day mula membudayai kalangan masyarakat kita khususnya di kalangan muda-mudi, sekitar akhir tahun 1980-an beriringan dengan munculnya siaran-siaran televisyen, iklan dan filem yang bertemakan perayaan ini. Perayaan ini biasanya diraikan dengan setiap pasangan memberikan hadiah kepada orang yang dikasihi. Setelah itu diadakan pesta-pesta yang diisi dengan hiburan seumpama nyanyian, tarian dan sebagainya. Kebelakangan ini, pesta perayaan Hari Kekasih dirayakan dengan pelbagai sambutan yang tidak bermoral seperti yang dilaporkan oleh media massa, mereka banyak menghabiskan malam perayaan tersebut dengan berpasang-pasangan serta bergaul bebas dan sebahagiannya diakhiri dengan pesta seks.

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat! Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang Islam.

Tidak dapat dinafikan bahawa statistik ini menunjukkan kejadian zina semakin berleluasa dan tidak dapat tidak, Hari Kekasih dilihat sebagai salah satu hari daripada hari yang digelar ‘Musim Mengawan’ kepada muda-mudi kita. Lebih-lebih lagi, apabila laporan akhbar menyatakan wujudnya kempen ‘Bare Your Loves, No Panties During Valentine’ yang menular ke IPT-IPT dan sekolah-sekolah. Walaupun pihak atau individu yang memulakan kempen ini tidak kami ketahui, kempen ini jelas mencabar ajaran Islam yang malarang umatnya mendekati zina. Maka, harus diingat, Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memutuskan bahawa “Amalan menyambut Hari Valentine’s Day adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam”. Manakala Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.

Oleh itu, dengan ini Urusetia Menangani Gejala Sosial P.Pinang (UNGGAS), Persatuan Ulama’ Malaysia Caw P.Pinang (PUMPP), Angkatan Penuda Pemudi Islam (API) dan Komunti Suara Kehidupan (KoSuKe) akan memulakan kempen ‘Jerat Valentine Day’ bertujuan mendidik masyarakat terutama ibubapa tentang bahaya membiarkan budaya songsang ini terus hidup dalam masyarakat Islam. Dengan itu, kami akan turun ke peringkat akar umbi untuk berkempen dalam bentuk pengedaran poster, edaran cd-cd kesedaran, ceramah-ceramah umum, tayangan video-video kesedaran di pasar-pasar malam dan tempat awam. Acara kemuncak adalah program Latihan Aktivis Dakwah Dalam Isu Sosial (LANDAS) yang bertujuan membentuk pendakwah lapangan yang berkemahiran tinggi pada 13 – 14 hb Feb dan Operasi Sayangi Remaja iaitu satu bentuk operasi pencegahan maksiat dalam bentuk kaunseling di lapangan yang akan dilaksanakan disekitar Pulau Pinang. Kami menyeru agar masyarakat Pulau Pinang memberi sokongan yang padu dalam usaha kami ini.
Hubungi saudara Nurfitri Amir Muhammad di talian
013-7069509 untuk maklumat lanjut.

Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS)
Persatuan Ulama' Malaysia Caw P.Pinang (PUMPP)
Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API)
Komuniti Suara Kehidupan (KOSUKE)

9.2.10

quick updates

salam...
teruskan mengunjungi limaumaniss untuk mengetahui Limaumaniss upadates...
sila lihat kalendar LImau di sebelah kanan blog ini....

salam manis dari Limasumaniss yang tak sempat nak update blog....singgah sebentar untuk menulis entry tapi tak tertulis pulak....ini jer yg mampu dicoretkan.....

insyaALLAH akan mencoret sesuatu di masa akan datang...mungkin bila dah terkurang sikit dari kekangan masa dengan kerja2 duniaa akhirat....sape nak join....anda amatlah dialu-alukan....


~tanggungjawab melebihi masa yang ada~


oh~~im missing him, my little bro, nasib baikla dpat jumpa dia kat skolahnya lepas balik KBM ahad lepas....jumpa sekejap pun jadi la...~~

18.1.10

Jesus in Islam..

Salam,
Di saat saat peluang berdakwah di buka luas untuk kita, harap semua ambil kesempatan ini untuk sampaikan kisah Jesus in Islam kepada seramai mungkin manusia
Wassalam..

5.1.10

asrama...

x dapat bergamba depan pintu ex skola sndiri, depan pintu skolah maahad almashoor ni pun jadila....lambang sekolah pun hampir sama macam Skolah Mashoor Perempuan gak...:) ---dgn sepupu sepapatku...

Assalamualaikum dear readers...

Saat aku menulis cerita ni aku sorang di rumah...terasa macam anak tunggal pulak duk rumah tanpa adik2...dulu ada jugak adik bongsuku di rumah siang dan malam.....tapi sekarang dia dah ke skolah menegah yg mewajibkan dia tinggal di asrama.....maka tak boleh nk buat apa dah la....terpaksa duk asrama walaupun hakikatnya sekolah tu hanya 20 KM kurang dari rumah kami.... adik2 yg lain pulak mmg dah tinggal kt asrama jugak sbb masing2 belajar kat U...yg tu tak pela dah besar2 semuanya....

tapi yg bongsu ni terasa sangat ketiadaannya di rumah...mana taknya, bila balik kerja boleh melawak main2 dgn dia, marah2 kalau dia buat salah, berleter ke bagi nasihat, berebut laptop aku ni dgn dia (sbb dia nak men game)...dan macam2 lagi lah....sebab selalunya dia saja adik yg ada bila aku balik rumah....tapi skrg bila balik x de adik dah...tinggal aku , mak dan abah jer...maunye tak terasa....


ahad tu masa nak hantar dia p asrama bukan setakat famly aku jer ada...(the whole famly) tapi pakcik makcik aku pon ada...semua excited nk hantaq dia masuk asrama...tengok la gambaq tu...meriah time pendaftaran tu dng mak bapak dan femly aku dan pakcikmakcikku yg menghataq adikku Faiz ni masuk asrama.....abang dia (adik ke 2 aku , tapi anak yg ke3 dlm famly) yg belajaq kat Kuantan pun sanggup balik mgu lepas tu semata2 nk hantaq dia masuk asrama......pastu malam tu (ahad) dia amek bas balik ke kuantan semula... adikku yg duk belajaq kt usm pon balik asrama dia jugak.......adikku kt kuatan pon cakap dia terasa sangat dalam kereta masa balik dari asrama tu....pertama kali tinggai berjauhan dengan adik Faiz, maksudnya tinggai dia di asrama....kalau tinggai dia kat rumah lain cerita....tapi semuanya untuk kebaikan faiz jugak....apa pun kakak dan abang2nya sentiasa mendoakan yg terbaik untuk dia..

ma n pa tgh khusyuk dgn pendaftaran ..

ramainya parents n senior students are helping too during pendafaran

nampaknya adikku ok je nak duk asrama...riak wajah tak la nampak risau atau takut...yela pertama kali tinggal di tmpat asing dari rumah kan....kt atas katil masa tengah kemas2 barang2 boleh pulak nyanyi2 lagi....kita pulak yg risau nak tinggai dia kt sana tpi dia boleh nyayi2 lagi....
ish ish..nyanyi plak lagu Black Eye Peas tu "meet me halfway"...tah naper sejak akhir2 ni duk nyanyi lg tu......nyampah jugak aku dengaq kekadang....ha...masuk skolah ni baru la dia tau x sempat nk nyanyi kang......kena hafal Quran pulak lepas nie......haha..baguihla tu kan....???

dia duk kat dorm Iman...insyaALLAH....iman dan amalnya bertambah...ameen...

dalam dorm ni dia duduk dgn beberapa senior nya di samping pelajar2 form 1 yg baru masuk...semua kami buatkan utk dia.... pasang cadar, susun baju dalam almari, kemas2 tempat dia, tulis nama kat buku2 dia.....almost perfect!! semua dah dibuat....just nk tinggai aje dia kt situ..hhuu....but after selesai pendaftaran dan siap2 kemas tempat dia di dorm kami p makan2 sat kat warung berdekatan sekolah tu..... then baru la kami bersalam salaman dan tinggalkan dia di asrama tu...

dah syok duk atas katil dia dah..

ma tgh brief apa yg nak dibuat...makcik2 n sepupu tengok je gelagat faiz n ma..

pndangan dr atas katil..

ok la setakat ni je nk cite....kawan2 layan jer la gqamba2 kt bawah nie....semua ni masa kat skola tula....ops lupa nk gtau skola apa....Faiz skolah kt Maahad AL-Mashoor ISlami....ha...ni skolah under Majlis Agama ISlam Pulau Pinang ni....jgn konpius pulak dengan SMKA AL Mashoor (P) atau (L)....tu skolah kakak dan abang dia tuuu......tapi skolah abang n kakak dia tak semua wajib duk asrama macm skolah dia nie.....jadi x da pilihan...he has to stay in the hostel la....alll da best to my bro, Azman Faiz Amanullah for his new life that he had choosen...semoga ini menjadi permulaan yg baik dalam membentuk seorang remaja bakal pemimpin dunia dan pelapis agama pada masa depan...

pa tengah tulis nama kat buku teks...ada satu buku tu pa tulis nama penuh pa sndiri kt buku teks faiz....hehehehe~~ smpai la ni pa x tau, aku x bgtau pon...tp aku dah btulkan nama kat buku tu.....:)

p/s: good news is ..he can return home every week.....yes!! every week...so boleh la aku bawak dia lagi p miting atau join program2 remaja yg ada di hujung minggu tu... :)

hi!! saya Faiz dan saya rasa seronok tinggal di sini<-- ayat akak dia wat sndrik...hehe~~~
ni lepas makan kat warung tu..