Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Wednesday, June 15, 2016

Ramadhan 2016 - Day 9 Ayam Masak Kicap

Assalamualaikum,

Semalam Akak masak ayam masak kicap jer untuk sahur.


Senang jer masak ni campak-campak.

Meh Akak bagi resepi cincai Akak ni.

Ayam tu kenalah goreng dulu. Tau kan macamana nak goreng ayam so Akak tak payah ajarlahkan macamana.

Bila dah habis goreng ayam tu guna sikit minyak tu tumis bawang (Akak guna bawang Holland semalam), masukkan cili hidup yang dah dihiris-hiris. Pastu masukkan sos tiram, kicap manis, gula dan tambah air sikit. Bila dah menggelegak masukkan ayam yang dah digoreng tadi. Kacau rata. 

See...senang jerkan nak masak ayam masak kicap. Orang malas macam Akak pun boleh.

Selamat mencuba =)

Wednesday, August 26, 2015

Kongsi resepi Sizzling Yee Mee

Harini Akak berbaik hati nak kongsi resepi makanan kesukaan Akak Sizzling Yee Mee.

Resepi ni pun sebenarnya Akak ambik dari facebook Yann Ahmad.....terima kasih sebab kongsikan resepi.

Peberet Akak sangat ni Sizzling Yee Mee tapikan tak semua kedai yang sizzling yee meenya sedap (letih pulak menaip 'sizzling yee mee' panjang nau). Foodcourt Jusco One Utama dulu-duluuuu ada satu stall yang jual SYM yang sedap. Sekarang ni kalau Akak nak makan SYM yang sedap Akak makan kat Aeon KD sebab kat situ pun sedap.

Kuah SYm ni mesti pekat baru sedap, lagi bonus kalau dia letak ayam banyak. Pastu kalau nak sedap lagi request telur sebiji. Perghhh.....Aaron Aziz lalu tepi pun Akak tak pedulik. Memang Akak takkan pedulik sebab Akak tak minat Aaron Aziz pun....cuba Justin Bieber lalu (dah kenapa tetiba Justin Bieber pulak ni).

Anywayyyyy, kalau rajin marilah kita try sendiri resepi ni.




Selamat mencuba

Thursday, November 6, 2014

Jeruk apple hijau

Wednesday was crazy busy. I think my computer yang dah uzur ni pun dah merajuk sebab overwork. Tak boleh overload sikit mesti hang >.<
I need a replacement PC ASAP but IT told me my new PC is coming on the next batch. Next batch tu bila wehhh? Tahun depan?

Anyway, sekarang ni musim orang sibuk buat jeruk mangga/ kedondonmg etc. Mula-mula tu I tak adalah terliur sangat nak makan but when my bff tag me to her Instagram picture of jeruk mangga and kedondong....menggelupur the next day I cari bahan.

Nasib baik jugaklah Speedmart ada semua barang yang I nak. So instead of mangga, I substitute mangga with green apple. Sedap jugak.


Bahan-bahan yang diperlukan. Apple hijau, cili padi, asam boi, garam dan gula.


Campurkan semua bahan dan gaul. Simpan dalam petias for a few hours. 
Bila makan rasa masam-masam pedas. Kalau tak suka pedas tak payah campurkan cili padi tu.

I offer kat ayah budak-budak tu rasa jeruk apple I buat tu. Respond dia 'oklah'....macam tak ada perasaan.
The next day balik kerja ingat nak makan jeruk apple sambil tengok TV. Tengok-tengok bekas tupperware dah kosonggggg!!!

Tahu tak sapa yang menghabiskan jeruk apple I?

Ayah budak-budaklah!

Alasan dia...ohhh apple tu nampak macam dah tak elok sangat dah. Kalau tak elok tak yahlah makan, biar orang yang buat yang habiskan =P

Wednesday, October 29, 2014

Masak campak-campak

Isnin lepas nak masak sekali beras dah habis pastu lupa nak beli. Nak keluar balik pergi kedai malas.

Nasib baiklah dah suruh budak-budak ni keluarkan stok ayam yang ada dalam fridge. Lauk lain semua dah tak ada. Kalau ada pun hotdog dan fishball saja. Tak sempat nak beli bahan-bahan basah minggu ni.

Dalam laci pantry ada bihun. Bihun tu kira penyelamatlah sangat. Kalau dalam keadaan terdesak, bihun selalu save the day. Hero sangat!

Sayur pun dah tak ada. Cuma ada tomato 2 biji jer. So paling senang kita makan bihun tomyam sajalah.

Paling senang sebab rebus air, masukkan bawang, serai, cili padi, lengkuas dan kiub tomyam tiga ketul. Menggelegak masukkan ayam yang dah potong kecik-kecik dan perah asam limau.
Last sekali baru masukkan tomato sebab tak nak tomato lembik sangat kalau masuk awal-awal sangat. Buh garam. 

Taraaaaa....dah boleh makan lepas celur bihun dengan air panas. Senang jerkan. 



Semalam baru sempat nak pergi beli barang-barang basah kat Pasar Malam Sungai Buluh. 
Dah tua-tua ni dating berdua kat pasar malam jerlah. Itu pun 6.30 petang anak dah call kenapa tak balik lagi.....tak bagi chance langsung. Mak bapak korang pun korang kenakan curfew. =P


Stok ikan dah penuh dalam petias so macam-macam lauk bermain diminda. Bosan dah makan ayam hari-hari. Budak-budak ni okay jer kalau makan lauk ayam hari-hari tapi I dengan ayah derang yang tak tahan. Kalau makan lunch tu kalau boleh kitaorang avoid ambik lauk ayam sebab malam nanti sure ada lauk ayam kat rumah.

Anyway, semalam kitaorang makan bihun sup beli kat pasar malam saja. Pastu I pi gatal tuang kicap cili padi tu dalam kuah bihun sup tu, berdenting pedas oi....padan muka tapi sedap sangat. Alamak laparlah pulak perut ni....oklah baiii nak pergi makan roti jap.

Tuesday, July 16, 2013

Ramadhan ke 6 - share resepi

So nothing interesting happen yesterday. Same old same old, balik kerja pergi bazaar ramadhan untuk cari juadah berbuka. Bazaar ramadhan Uptown jugak yang lapang nak berjalan and quite varieties of food to choose from.

Pagi ni pulak jalan jam. Selalunya lepas hantar Kakak sekolah ikut laluan ke IBM tu tak jam tapi hari ni lain macam jamnya. Rupa-rupanya Gamuda tutup sebelah laluan depan Caltex untuk kerja-kerja construction MRT. Come onlah Gamuda....hang bikin jalanraya yang sedia jam bertambah jam -__________-

Disebabkan tak ada bahan nak cerita tapi gatal jugak nak memblogging. I'm gonna share with you resepi yang my bestie (blog pompuan ni dah bersawang) bagi untuk Terubuk Masin Rendang Asam. Perempuan tu outstation ke Sabah a few days  so dia telah berbesar hati bagi I sekor ikan terubuk masin. 

Masih ku teringatlah pulak udang-udang kertas yang besar dari Sabah yang my parents bawak balik. Perghhh bulan puasa ni terkeluar air liur mengingatkannya. Udang besar BBQ.....ohhh manisnya isi udang *drool*Boleh pulak my parents terjumpa pompuan ni kat airport masa nak balik. What a small airport world.



makcik ni malas nak salin balik resepi kat sini. So pandai-pandailah korang baca resepi kat atas ni. Ikannya I dah selamat masak tapi lupalah pulak nak tangkap gambar.

I tau mata korang semua mesti dah kecik nak nap tengaharikan. Oklah happy napping and selamat berbuka puasa.

Sunday, August 15, 2010

Mood masak bubur lambuk

Hari ni tetiba datang mood nak masak bubur lambuk. Selalunya dulu kalau kerja di pusat bandar, Encik suami rajin ambik bubur lambuk kampung baru. Bubur lambuk tempat lain I tak layan sangat sebab rasa tak sesedap bubur lambuk Kg. Baru.

Disebabkan keteringinan makan bubur lambuk, maka masaklah sendiri. Bukannya susah pun. Bahan-bahan nak masak bubur lambuk ni simple jer.

Nak bagi resepi tapi tau lah I selalu masak kot campak-campak ikut agak-agak jer. Resepi kat bawah ni I ambik dari My Resepi.com tapi memang samalah dengan cara I buat bubur lambuk. Dasar pemalas nak type panjang-panjangkan.

Bahan-bahan ( satu periuk untuk 4-5 orang )

  • 1 cawan beras
  • 3 cawan air
  • 4-5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit halia
  • 2-3 sudu besar rempah kurma
  • sedikit kulit kayu manis, buah pelaga & bunga lawang
  • 1 mangkuk daging/ atau lebih -ikut selera masing masing (dihiris nipis)
  • 1/2 cawan santan
  • minyak untuk menumis
  • daun ketumbar (hiasan)
  • bawang goreng (hiasan)
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, buah pelaga bunga lawang. Kemudia masukkan bawang, bawang putih & halia yang telah dia kisar bersama.
  2. Bila dah naik bau, masukkan rempah kurma. Jika terlalu kering, masukkan sedikit air. Masak hingga naik minyak.
  3. Masukkan pula daging, beras & air. Biarkan bubur merenih sehingga daging dah beras masak.
  4. Bila bubur dah masak..masukkan santan, rasa garam gula, & masak lagi sehingga mendidih.
  5. Hiaskan dengan bawang goreng & daun ketumbar.

Selamat Mencuba =)

P/S: Anak I puji melambung-lambung kata bubur lambuk Mama sedap....kembang jap hidung sang ibu ni =)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin