Showing posts with label students. Show all posts
Showing posts with label students. Show all posts

8/6/12

Time Is Running Out


HAI , sorry aku lama tak post kat bloglazeruser ni , mencari ilham pergi betapa sebenarnya . huehehe
okey  now , topik aku is "TIME IS RUNNING OUT"


-7.8.2012-
sekarang semua dah sibuk dengan Trial exam and lepas tu Real exam . Tak kira lah UPSR ke PMR ke SPM ke STPM ke or anything yang penting untuk masa depan korang .
sekarang dah bulan OGOS , and masih lagi berpuasa , sebok catch up subject yang takberapa nak tahu . dalam kelas malas nak tanya cikgu and else
Tinggal berapa bulan je lagi nihh . sebab tu aku buat tajuk
'time is running out'


kena kan dengan apa yang aku nak story kan ni ?


Alright !
Now begin
. . .

You All . Manusia ni sebenarnya memang tak reti nak hargai masa  *aku jujur ni* 
Selalu tak korang semua dengar ayat ni


 'Aku takde masa lah nak buat kerja sekolah tu sekarang ni , tengah syok tengok TV , cerita best nii !!!'
OR
'Kejap lagi lah buat kerja sekolah tuu , tengah Gian nak ber-tweet ni-
OR
'kejap ! kejap ! kejap lagi aku buatlah , pukul sembilan ke sepuluh nanti'
 .
 .
 .
.
And at last ! bila dah pukul

HAMPEHHH ! =______________=

lepas tengok tv tidur lepas TIDUR , lepas tweet sampai lebam masuk bilik terus TIDUR , lepas tu hangat hangat tahi ayam tak buat langsong kerja sekolah tu or buat revision sikit .

memang lah , semua dah maju semua yang kau nak kau boleh dapat . tapi masa depan kalau kau nak kau ingat dapat ? result exam besar kau tu kau ingat kau nak straight A's boleh dapat macam tu je ? tulis check then bagi kat kerajaan cakap 'aku nak beli result PMR 8A's *nak yang express tau*'

KAU INGAT DAPAT KE MACAM TUU?

Now , sekarang nya bermula dari sekarang .
berapa bulan je lagi untuk korang yang SPM ni sekolah and tentukan masa depan kau tu ?
berapa bulan je lagi korang yang PMR nak study tentu kan ape kelas kau tahun depan ?
berapa minggu je lagi untuk adik adik yang nak UPSR tu , belajar okey tak . sifir dah hafal belum ?

semua tu kena fikir , bukan apa . kita kena tahu yang bila kita melangkah alam remaja kemudian alam dewasa , alam perkerjaan dan akhir sekali alam perkahwinan sampai lah kita semua kembali ke tempat asal kita iaitu tanah

Kita tak tahu apa akan jadi pada 5Jam selepas kita baca post ni , kita tak tahu apa akan jadi esok , minggu depan bahkan akan datang .


Kita kena belajar betul betul , sebab yang senang nanti kita jugak bukan oranglain .dan kita tak pasti lagi apa Allah masih lagi beri peluang pada kita untuk bernyawa atau tidak untuk esok hari . begitu juga IbuBapa kita , barang kali jika Allah Sayang kan mereka lagi daripada kita , tiba masa mereka akan pergi juga dan kita akan tinggal sehelai sepinggang tanpa apa apa waris pusaka atau pun harta benda wang dan sebagainya .


Jadi , aku nasihat kan . belajar lah bersungguh sungguh . ini untuk  diri sendiri bukan untuk orang lain . aku juga selalu ingat kan diri aku macam tuu . bila dah lama lama aku simpan hal ni , so aku share laa dekat blog Lazeruser ni supaya korang semua tahu apa langkah korang lepas ni . kita masih muda dan kita masih mentah . masa bergerak tanpa henti  . malaikat maut akan cabut nyawa manusia tidak lambat sesaat dan tidak cepat walaupun sesaat . Note that !

Aku ingat kan semula . TIME IS RUNNING OUT . mesti berjaga jaga .
kau lambat kau susah kau cepat insya-allah selamat


Maybe itu saja post aku untuk sekian lama ni aku berdiam diri dari topik . sorry .
Then , aku tinggal kan korang dengan lagu Muse ni . sama dengan tajuk yang aku cuba kembang kan isi nya .



have a break have a KitKat
Puasa -----> Raya -----> Exam :p
Assalamualaikum .

7/19/12

Hi haters...

Hi dan Assalamualaikum.




Lamanya tak buka Lazer User. Kami semua tengah busy dengan exam. Ada yang nak SPM dan PMR tahun ni. Doakan kejayaan klami :-)


Back to the point. Dari tajuk tu aku rasa korang dah tau apa yang aku nak cakap. Haters. Macam pisang goreng panas pasal isu haters ni. Susah kalau ada haters. Kinda weird dengan si haters ni. Tak rasa malu ke nak sound sound orang bagai. Memanglah semua orang ada hak nak bersuara tapi tak payah la sampai kau ajak satu kampung nak benci dia. Buat page anti ni anti tu. Ya Allah kau ni...


Semua orang ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. Cerminlah diri kau tu dulu sebelum kau nak jadi 'haters' kepada seseorang. Kau pun bukannya 100% perfect. Tak payah nak benci-benci sangat la. Agama Islam pun melarang umatnya untuk benci antara satu sama lain. Agama lain pun mungkin ada pendiriaan dia sendiri.


Menjaja keaiban orang sana sini. Kau ingan bagus sangat je perangai kau tu? Ya Allah. Sedar la sikit. Orang bukan suka tau, orang menyampah dengan perangai bodoh kau tu. Aku rasa budak tadika tengok perangai kau pun boleh gelak guling-guling sampai semput kena sedut gas dekat hospital sebab perangai kau tu. Berubah la.


Kau. Ya kau yang ramai sangat haters tu. Kau pun tak payah la nak maki hamun dia balik bila dia dah sound kau. Aku tau la kau bengang. Tapi jaga-jaga la sikit. Patutnya kau ambil iktibar apa yang dia cakap dekat kau tu. Mungkin kau boleh berubah menjadi manusia yang lebih baik. Siapa tau?


Berubah la sebelum terlambat. Puasa pun dah nak dekat. Takan kau nak tunggu raya nanti baru kau nak minta maaf antara satu sama lain? So. aku sarankan kalau kau rasa kau ada benci dekat someone tu cepat-cepat la ye minta maaf. Nanti tak sempat susah pulak jadinya. So, thats all for today. Bye!


p/s : Don't judge someone by its personality.

12/21/11

Cinta.

Assalamualikum.


Bila tengok cerita High School Musical, rasa macam, ehhh bestnya pergi sekolah. Tapi bila kita pergi sekolah, rasa macam duduk dalam penjara. Tapi tapi tapi. Dekat sekolah lah tempat kita belajar. Dekat sekolah jugak lah yg mengajar kita erti kehidupan. Dekat situ jugak lah tempat untuk kita berkawan.


Dalam diam, banyak yg kita belajar bila kita pergi ke sekolah. Tak semestinya belajar subject Mathematics, Sejarah, Kemahiran Hidup, Agama Islam dll. Kita belajar macam-macam bende sehingga sampai tak terkata aku dibuatnya.


Cinta Monyet. Normal untuk budak yg umur macam saya. Kita mula kenal cinta pertama kita and perkataan 'I Love You' 'I Miss You' 'I Need You' ' I Want You' bila kita mula jejak kaki ke sekolah. Apa yg saya cakap ni benar bukan? Aku yakin, semua orang ada crush dia time zaman persekolah kan? Ya. Termasuklah saya.


Cinta ada banyak jenis. Ada cinta yang ikhlas. Ada cinta yg tak ikhlas. Cinta yg tak ikhlas ialah menggunakannya untuk melepaskan nafsu. Mereka gunakan cinta ini untuk mebuat perkara-perkara yg dilaknat oleh Allah SWT iaitu Berzina. Menjadikan seseorang sebagai bakal suami/isteri tidak salah. Tetapi menjadikan seseorang untuk dijadikan boyfriend/girlfriend, saya tak pasti adakah ia salah ataupun tidak.


Sila tonton video ini, terima kasih :)







"Bercinta lepas kahwin must be much more awsome
and full with barakah."

9/20/11

First Impression

Dah lama gak aku tak buka blogger ni. HAHA. Been busy lately. Mencari inspirasi dan pengalaman untuk korang semua. SO, mari semua bersegak dan berpakaian sexy sebab kita nak buat sesi berkenalan bersama First Impression.

Gaya, keterampilan melambangkan siapa kita. Kan? Tapi dari segi luaran je. Kali pertama kita pandang seseorang. Kita boleh teka sifat dia macam mane apabila melihat gaya dia. Yes itu fakta.

But looks can be deceiving. Yes that's another fact. You can never judge a book by it's cover. Nampak baik tapi hati busuk. Nampak muke ganas tapi hati lembut.

Nampak baik hati macam orang yang setia tapi player. Yes. First impression is important. Tapi kalau betul-2 nak tahu peribadi seseorang. Perlulah mengenali dia dengan lebih rapat. Dengan lebih dalam.

Kadang-2 kita kutuk orang bile kite nampak dia suke buat sesuatu yang janggal di mata kita. Tapi terdetik tak kat hati kita kenapa dia buat macam tu? Tertanya-tanya tak?

The truth hurts sometimes tapi itu apa yang aku selalu cari. Kebenaran tentang setiap sesuatu. Maybe dia menyendiri sebab dia ade pengalaman buruk tentang sesuatu dalam hidup. Maybe dia perangai pelik sebab dia pernah dilukakan.

First time impression should not be taken seriously. If you want the truth. Get to know that person better.


Find a better side of a person on the inside not outside.
BY; MidnightDweller

8/28/11

POCKET MONEY FOR STUDENT

Sorry lambat respon dengan soalan anda kali ni Echam. Well, topic ini agak mencabar. Buat mase ni kami hanye ade 3 ahli. Dan maklumlah nak raya. Masing-masing busy. Tapi MD ade di sini untuk memjawab pertanyaan anda.

POCKET MONEY. Haa. Sangat lah penting dalam kehidupan harian. Yes. Highly important. Dengan duit tu. Macam-2 boleh kite buat. Beli barang-2(alat tulis maybe). Balik naik bas(bagi sape yang memang naik bas luar). TOPUP(kebiasaannye memang banyak bazir duit untuk beli topup).

So, duit asyik terbang melayang. Macam mane nak cari duit ? lagi-2 faktor umur kite yang sangat mempengaruhi. Maklum lah. Pelajar mane boleh kerja kan?

Well, not true. Boleh kerja sambilan. Dalam certain situation. Ade dikalangan pelajar terpakse bekerja sambilan untuk mencari rezeki.

Kalau student nak cari duit. Well, ade beberape solution.

1. Business. Business ape? Tak kisah lah ape. Jual coklat/tudung/baju yang dibuat sendiri mahupun dibeli dan dijual balik.

2. Blog. Yes blog ini care baik untuk dapat duit. Bile dah ramai viewer. Anda boleh masukkan ads dekat blog and boleh dapat duit sikit2.

3. TALENTS on sale. Well, macam echam. kan ade bakat hebat kan? mase akan datang. aku jamin ade yang akan bayar kau untuk suruh kau perform dekat majlis dorang.

4. SAVINGS. Kalau dah ade duit tu. Jangan lah boros-2. Simpan lah. Kalau ade bende penting baru gunekan. Kalau barang yang biasa-2 dan tak di perlukan sangat. Tak perlu lah beli.

Itu saja yang MD sempat katakan buat mase ni. Akan sambung dilain hari. SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA.

BY;Midnight Dweller

8/15/11

Trial.

So, amacam Trial week? Best? Stress? HAHAHA. Kesian korang yg tga Trial(PMR) dan da nak Trial(SPM) ni. Tapi aku pelik, bila aku online Muka Buku tadi (pukul 1 pagi) masih terdapat beberapa ekor PMR candidates yang melayan Muka Buku. Aik, pelik je? Dari menelaah Muka Buku tu lebih baik korang menelaah buku ilmiah ada juga manfaat kan? HAHAHA. Rasa macam hipokrit pula. Sebenarnya, aku masa Trial tahun lepas memang huru-hara. Lagi-lagi bila jumpa member-member.
aku memang huru-hara. please don't judge me. tapi disebabkan huru-hara aku lah result aku pun huru-hara. jangan tanya. TERUK. HAHAHA. Jangan lah jadi macam aku. usaha tangga kejayaan. Berhenti lah Facebook-ing sekurang-kurangnya smpai habis trial. boleh kan? bukan untuk masa depan aku, tapi untuk korang juga. Biar stress sekarang nnti bila da habis trial nanti korang merdeka lah sekejap sebelum PMR/SPM sebenar tiba.

GOOD LUCK TO ALL PMR AND SPM CANDIDATES FOR THE TRIAL.

THAT AWESOME BLOGGER,
MISTER STINSON