Showing posts with label men. Show all posts
Showing posts with label men. Show all posts

7/21/12

Lelaki yang dipilih...

Hi and Assalamualaikum.


Sihat? Macam mana dengan puasa? Ada ponteng? Kalau tak ada, Alhamdulillah :-)




So, back to the topic. Pasal lelaki yang bertubuh sasa. Hmm. Would girls date them? Are they boyfriend material? Bagi pendapat aku... Hmm... Memang rasa macam ohh mai gadd, ohcemmnyaa bila ada boyfriend yang badan dia sasa ni. Dia boleh protect kita bila-bila masa.





Tapi sebenarnya badan macam hulk ke ape ke tak penting pun bila kita nak pilih teman hidup kita. Badan macam hulk tu mungkin satu perkara tambahan. Benda yang paling penting ialah rasa saya dan cinta kita terhadap lelaki tu dan rasa syang dan cinta lelaki tu terhadap kita. Tak guna rasanya kalau lelaki tu badan macam hulk tapi perasaan tu tak pernah pun wujud antar kita dengan dia.


Biarlah teman hidup kita tu badan dia tak macam hulk aslkan dia dapat sayang dan cinta kita seadanya. Lagipun kalu dah nama ssyang dengan cinta mestilah lelaki tu akan protect kita yang kaum perempuan ni bila-bila masa diperlukan. Lelaki memang dicipta untuk melindungi perempuan. So tak ada masalh pun kalau teman hidup kita tu badan dia tak macam hulk.


Tapi ada jugak la golongan perempuan yang impian dia nak ada teman hidup yang badan dia macam hulk. Mungkin bagi dia lelaki yang badan macam hulk ni lelaki yang paling ohcemm buat dia. Lol. Siapa tau kan? Lain orang lain pendapat.



Fyi, prempuan ni tak pandang sangat psal rupa. Rupa ni perkara kedua. Tapi ada juga golongan yang berpendapat yang rupa itu memainkan satu peranan penting dalam sesuatu perhubungan. Ya, ada juga betulnya disitu. Sebab sometimes perempuan bila jumpa lelaki yang muka dia handsome macam Zayn Malik semua perempuan berebut-rebut nak jadikan dia pasangan hidup.


Bila someone tu dapat jadi pasangan hidup dia, girls yang lain sema cakap "Untunglah kau dengan dia.." "Untunglah boyfriend handsone" "Untunglah kau, yelaa... Aku ni siapa je" Come on egirls! apa gunanya kalau dia punya muka macam Zayn Malik tapi dia tak pernah cinta dan sayang kat korang? Perempuan yang dipilih mungkin tak secantik yang korang sangkakan. Tak bermakna bila seseorang itu jenis yang 'ada' rupa dia punya teman hidup pun nak yaang jenis cantik/handsome or wtv.


So secara konklusinya, lain perempuan lain cita rasa dia. ada perempuan yang minat lelaki jenis badan macam hulk, ada yang tak. Ikut cita rasa masing-masing :-)


So, itu sahaja untuk harini. Bye!





9/20/11

First Impression

Dah lama gak aku tak buka blogger ni. HAHA. Been busy lately. Mencari inspirasi dan pengalaman untuk korang semua. SO, mari semua bersegak dan berpakaian sexy sebab kita nak buat sesi berkenalan bersama First Impression.

Gaya, keterampilan melambangkan siapa kita. Kan? Tapi dari segi luaran je. Kali pertama kita pandang seseorang. Kita boleh teka sifat dia macam mane apabila melihat gaya dia. Yes itu fakta.

But looks can be deceiving. Yes that's another fact. You can never judge a book by it's cover. Nampak baik tapi hati busuk. Nampak muke ganas tapi hati lembut.

Nampak baik hati macam orang yang setia tapi player. Yes. First impression is important. Tapi kalau betul-2 nak tahu peribadi seseorang. Perlulah mengenali dia dengan lebih rapat. Dengan lebih dalam.

Kadang-2 kita kutuk orang bile kite nampak dia suke buat sesuatu yang janggal di mata kita. Tapi terdetik tak kat hati kita kenapa dia buat macam tu? Tertanya-tanya tak?

The truth hurts sometimes tapi itu apa yang aku selalu cari. Kebenaran tentang setiap sesuatu. Maybe dia menyendiri sebab dia ade pengalaman buruk tentang sesuatu dalam hidup. Maybe dia perangai pelik sebab dia pernah dilukakan.

First time impression should not be taken seriously. If you want the truth. Get to know that person better.


Find a better side of a person on the inside not outside.
BY; MidnightDweller

9/7/11

Lelaki kahwin empat (versi lelaki)

Amacam? Ada sihat ke? Haha, sebenarnya ni assignment Stinson tapi aku rembat sebab aku terlebih rajin. Maklumlah, pasal blog mesti rajin sentiasa. Balik kepada topik utama yang hendak dibincangkan, kahwin empat.

Sebenarnya, kita sebagai lelaki mesti bangga kalau boleh kahwin empat kan? Ye lah, pepatah inggeris mengatakan bahawa 'the more the merrier' kan? Apa barang kahwin sorang, kahwin ramai la baru power.

Aku bukan nak mengutuk (sebenarnya memang nak kutuk pun) tapi ramai lelaki sekarang yang sebelum kahwin dah pasang dua tiga. Memang power. Backup plan. Haha. Tapi biasanya nnti mesti salah seorang diketepikan dan salah sorang didahulukan. Adil kan? Kalau sebelum kahwin pun tak boleh adil, ingat dah kahwin nanti boleh adil? Sorry but I don't think so la.

Bagi aku kalau kau boleh adil dan saksama macam hakim kat mahkamah boleh la kahwin empat. Tapi hakim pun kadang-kadang ter-tak-adil apatah lagi korang yang tak ada training dalam keadilan ni kan? HAHA. Yang baru selalu didahulukan dan yang lama diliwatkan. Oops, salah dilewatkan.

Ooh, one more thing. Bila lelaki nak kahwin baru mulalah nak jadi ustad yang belajar di Mesir atau Jordan. Pelbagai sunah dan hadis dikeluarkan. Alasan nak ikut mcam Nabi junjungan kita kan? Wah, halim sungguh, sembahyang penuh tak? Sembahyang sunat takyah cakap la kan, sembahyang yang wajib pun belum tentu korang tunaikan.

Daripada korang guna duit korang untuk kahwin lagi satu baik korang bawa bini korang ke Umrah atau Haji. Lagi besar pahalanya. Kata nak ikut Nabi junjungan kita kan?

One more thing, kalau korang nak juga kahwin lagi satu jangan lupa ajak aku. Aku suka makan free.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

PERAWAN GILA!

Pendapat Tentang Lelaki Kahwin Empat

Hello guyss. Da lame ta post kt blog niy. Baru dapat assignment so ade la subjek nak dibincangkan. Back to topic kat atas tu, lelaki kahwin empat..? Rasa rasa perempuan setuju tak dengan topik ni? Even kalau korg yg baca ni still skola or rasa mcm jauh lagi pasal kahwin2 ni tapi ni preparation untuk masa depan (:

Aku sebagai perempuan mesti lah sekerasnye ta mahu kalau lelaki kahwin empat nihh. Nak buat apa kahwin banyak2 if yang sorang tu pon korg tinggal-tinggalkan? Memang betol kata pepatah 'sayang anak ditangan-tangankan, sayang isteri ditinggal-tinggalkan' tapi kalau da smpi abai tanggungjawab korang, ape benda tuu ?

Jadilah lelaki yang bertanggungjawab atas segala kewajipannya. Kalau korang kahwin lagi sebab korang kesiankan nasib janda-janda atau pun wanita yang susah kehidupannya, cukup mulia lah hati korang sebab nak membela nasib mereka. Tapi jangan gunakan nama agama untuk berkahwin. Bila bab kahwin, pandai plak menurut Islam tapi bila bab sembahyang , beribadat , kewajipan , ta menurut Islam pulakk. Aku pantang dengar lelaki kata 'dalam Islam bole kahwin empat' aduhh sakit hati aku..

Even korang mampu sekalipon, ta perlulah na kahwin lagi. Percaya lah , yang pertama sentiasa jadi yang terbaikk. Jangan lah kahwin lagi kerana kecantikannya sebab kecantikan bole membinasakannya. Jangan pulak kahwin lagi sebab hartanya kerana boleh jadi hartanya itu penyebab dia derhaka pada si suami.

Tapi kalau korang still na kahwin lagi atas tujuan yang baik dan bukan kerana nafsu , nikahi lah dia, jaga lah dia, sayangi dan cintai lah dia seperti isteri yang lain. Jangan membezakan kasih sayang korang even korang sorokkan , perempuan mudah terasa dan tambahan lgi dia isteri korang.

Akhir sekali sebelum aku sudahh kan entry nih , aku nak kongsi dengan korang sesuatu yg aku pernah baca dan aku selalu ingat..Nikahi lah wanita itu kerana kecantikannya yang tidak didedahkan, keturunannya, dan agamanyaa..

Itu sahaja entry kali ni , maafkn aku kalau ada yang tidak sependapat atau membantah..(:

by hati dunia

8/30/11

Ego Lelaki

Selamat hari raya (: Hari raya pun still ada assignment. Haha tape kerja tetap kerja. Back to topic. Ego lelaki - ape pendapat korang ? Haha bagi perempuan mungkin mereka akan suka menumpukan pada subjek ni tapi pada lelaki ? Mereka tentu ada yg tidak menyokong.

Selalu didengar lelaki ego terlalu tinggi , tak nak kalah. Itu lah lumrah kehidupn, perempuan pun ada ego tapi yg menjadikan beza apabila ego sang lelaki ni lebih tinggi dari diri dia sendiri. Haha tipu kan ?

Lelaki sememangnye ada ego. Mereka tak nak nampak lemah dan kalah depan wanita jadi mereka selalu menegakkan benang yg terang-terang da basah. Lelaki kan , tak gentle lah katanya kalau nampak bodoh depan perempuan.

Kalau bertengkar pula lagi lah confirm lelaki tak mahu kalah walau dia sendiri sedar itu salah dia. Bila wanita merajuk, lelaki jarang pujuk. Itu dinamakn ego jugak . Kesian pada si wanita kerana banyak makan hati. Mengalah adalah perkara yg sinonim dengan wanita apabila berdepan dengan lelaki ego.

Lelaki juga berEGO tinggi kerana ta dapat na terima pandangan orang lain. Ada juga lelaki jenis mcm ni. Dorang na kita ikut cakap dorang, apa dia cakap semua kena ikut. Dia lah pembuat keputusan, dia lah petindak dan dia juga lah kepala. Serba serbi dia betul. Pandangan orang lain tak selayak dengan pendapat dia. Ciss menyakitkn hati.

Akhir sekali pada pendapat blogger, ego ini mungkin sebab sifat kelakian mereka. Mungkin sebagai lelaki mereka rasa bertanggungjawab untuk menegur dan membimbing perempuan tetapi yang menjadi masalah apabila mereka menggunakan pendekatan yang salah untuk menasihati mereka.

Hee setakat ni jelaa yang terlintas dalam benak fikiran saya. Bukan na mengutuk atau kondem sifat mereka. Saya sendiri sedar kita perlukan lelaki dalam hidup kita tapi inilah pendapat saya tentang ego lelaki. Okayy thats enough. Terima kasih sudi membaca pendapat tentang assignment saya..