Showing posts with label K.A.H.W.I.N.. Show all posts
Showing posts with label K.A.H.W.I.N.. Show all posts

Tuesday, March 26, 2013

Sijil Nikah

Alhamdulillah..

Setelah menunggu hampir 3 bulan, siap gak sijil nikah aku. Yeyy!! Ingatkan sijil nikah tu sekeping je, rupanya berkeping2 dan banyak muka surat..Kalau dah gini ghopenye, memang takleh la nak simpan kat wallet. Besar gedabak! Nak lipat2, sayang lak.

Time korang nak collect sijil nikah tu, jangan lupa bawa sekali sijil nikah sementara. Bila dah dapat sijil tu, check betul2 setiap maklumat yang tercatat dalam sijil tu. Jangan jadi cam aku punye, banyak spelling error. No. IC aku pon salah! jumlah wang hantaran, umur saksi, nama saksi pon salah..Mungkin time buat tu agaknya staf tu tengah mengantuk kot. Hehe..Takpela, human error. Yang penting, bleh betulkan balik.

Then, time amik sijil tu dia akan bagi sekali form untuk apply Kad Nikah Pintar. Isi form tu, dan sediakan perkara2 berikut, terus submit hari yang sama :

1. Copy IC suami dan isteri
2. Dua keping gambar isteri (wajib bertudung) dan suami (wajib bersongkok)
3. Borang permohonan
4. Buat bayaran RM50
5. Salinan sijil nikah asal

ni la borang nak kena isi tu..sekeping je..pastu kena tandatangan suami dan isteri

Masa hantar tu, hubby tanya kat staff yang kat kaunter tu

hubby : bila siap ye puan?
staff    : dalam 3 - 4 bulan
hubby : haa..??
staff    : Atau pon tunggu kitaorang call untuk datang collect.

aku yang dengar pon terkejut. Awat lama sangat?? Bukan benda tu sume pakai komputer je? Adeii..tunggu sijil nikah dekat 3 bulan..Tunggu kad nikah dekat 4 bulan..Terpaksa la mengusung sijil nikah original yang besar gedabak ni kesana kemari..Sabar...Sabar..

Monday, March 4, 2013

Preview : Kek Kahwin (Green Velvet)




Assalamualaikum...

Bila takde idea nak update blog, mari lah kita korek-korek cite pasal kawen lagi..Bio sume orang muak dan termuntah nak baca..Ohhohohoo..



Ok, kali ni cite pasal kek kawen lak. Actually aku takde kisah sangat pasal kek kek ni..Asalkan ada, cukup lah. Aku ingat nak beli kek secret recipe je. Senang dan sedap. Tapi makcik aku cadangkan, tempah la kek yang cantik cket, bukan selalu pon kan..Oklah, fine. Kita ikutkan je. Sebab masa dah suntuk dan aku tak jumpa kek mana berkenan di hati, aku bagi je duit kat makcik aku and minta tolong dia settle kan. Then makcik aku bawa gi umah sorang pembuat kek ni. Katanya dia dah selalu beli dengan akak ni. So, ikutkan je. Akak ni peramah, senang nak deal dengan dia. Aku cakap je nak design camne, kaler pe..Then dia leh wat. So, aku bayo terus untuk kek 2 tingkat, 1 saiz besar dan 1 lagi saiz sederhana. Perisa Green Velvet ye bukan Red Velvet. Ehehe..Sebab aku request akak tu tukar kale ijau supaya masuk dengan tema aku nanti...Harga? RM200 je..Berbaloi-baloi..Huruf N & H tu mewakili nama kami...hehe..


So, ini lah kek nye...Tadaaa! Tema biru turqoise + hijau. Pisau cam pedang tu dapat free. And akak tu pon ada bagi free gift bluberry cheese tart sekorak yang super duper sedap..Yummy..Tenkiu! Kalau korang yang duk area Batu Pahat berminat nak tempah dengan akak ni, boleh la ke page FB beliau iaitu ; Pettilicious














Friday, March 1, 2013

DIY : Guest Book





 Assalamualaikum...

Lagi entry stok dari draft yang lepas-lepas..Kali ni cite pasal Guest Book lak..Tengok pengantin lain buat Guest Book, kita pon nak ada jugek la kann~ ehehe.. Tapi pengantin lain punye mahal-mahal, kite punye meurah-murah je, jimat kos, janji hado..hehe..tapi yang penting, aku kena pikirkan sesuatu yang kreatif. Sebab time dua2 majlis kan ada dua pasang pengantin, so kena semua la dapat guest book. Aku lak telah mengofferkan diri untuk membikin guest book derang.

1. Poskad
Banyak idea yang timbul time nak buat nih..Rasa cam nak wat bentuk cam poskad banyak-banyak, then orang tulis je atas kad tu, pastu masukkan dalam bekas. Cam blogger ni wat la..



Tapi cam leceh lak nak simpan nanti kan..Nak asing-asingkan nama lagi..Nak beli album lagi..leceh-leceh...



2. Quilling 
Yang ni comel gak...dah berangan gak nak buat sendiri. Tapi ofis aku takde shredder yang sesuai untuk quilling tu. Shredder ofis aku, bila masukkan kertas terus hancur lumat. Hehehe..Nak beli sendiri semata-mata wat tu je, cam membazir lak. Nak gunting kertas tu satu persatu, tak koser aku..Haha! So cencel gak...

 




         


3. Hard cover book



Hah, yang ni paling sesuai! Mudah, jimat dan adil..Nape adil? Sebab setiap pasangan pengantin dapat buku masing-masing..Aku wat untuk abang aku and bakal adik ipar sekali. Tapi design lain-lain sikit lah kan. Untuk aku punye ni..Aku amik cover dari planner yang aku ada. Planner tu pon dapat free kat ofis, supplier bagi. Nampak cantik je cover dia dari kulit dan ada button lagi untuk tutup. aku tukar isi dalam dia dengan buku yang baru. Beli drawing block kat popular yang berharga, RM10 kalau tak silap. Cari yang hard cover baru cantik. Pastu isi ke dalam cover kulit tadi bagi ngam-ngam je masuk. Aku takde gambar nak tunjuk coz tak sempat amik gambar. Pe yang ada je lah aku tunjuk ye. Then guna la kreativiti korang untuk menghias. Tampal la bunga ke, manik ke, reben ke, sponge pon aku aku gunting bentuk love dan tampal..Hehe..Comel. Kalau kreatif, semua benda boleh jimat kan? Kos aku RM10 je, tapi berbaloi-baloi..Puas hati coz pas habis majlis, memang buku penuh dengan ucapan-ucapan dari tetamu yang hadir..Terima kasih korang!








DIY : Hantaran Nikah Tema Maroon + Peach + Pink


Assalamualaikum...

Kali ni sambung cite pasal kawen lagi..Dah lama entry ni tersimpan dalam draft. Pe kata aku publish je kan?

Memandangkan time nikah takde hantaran, tersimpan sikit masa aku..Just dua dulang je lah untuk aku hias iaitu dulang barang kemas untuk acara batal air sembahyang dan dulang duit mas kahwin. Tu pon siapkan 2-3 hari sebelum majlis.

1. Dulang Barang Kemas.
Seriously aku memang takde beli apa-apa lah untuk menghias, aku just recycle balik barang-barang yang ada. Amik cket barang-barang time tunang dulu and makcik aku ada bagi bunga-bunga hantaran anak sedare dia yang dah taknak pakai dah. So, aku pakai la balik mana yang elok. Cucuk tang situ, cucuk tang sini, siap...Ada dua bekas untuk rantai dan gelang tangan.


 

2. Dulang Mahar.
Untuk mas kahwin ni mula-mula aku nak gubah cam sejambak bunga tu..Dah siap tukar sume duit dengan duit baru. Tapi duit baru ni dia cam licin sikit kan. Cam plastik. So cam susah nak lipat-lipat, maka terpadam lah hasrat tu. Then, macam nak letak dalam frame je, tapi duit kertas banyak-banyak, bape frame lak nak guna? Album? Old skul sgt...Ok cancel..so, timbul idea. Aku gulung-gulung je then ikat reben. Masuk dalam bekas baldu. Bekas ni akak ofis bagi time besday aku. Akak ni memang ada jual barang-barang english deco and vintage. Cantik lagi. Kan bagus kalau dimanfaatkan? Hehe..Sampai skang masih utuh lagi duit2 dalam ni..



Hubby : Simpan la duit ni sampai anak-anak kita besar nanti.
Aku     : Takleh. 
Hubby : Nape?
Aku     : Nanti duit ni mereput. Rugi tak sempat wat shopping. Hihii..;p

Pekata tukar dengan sepasang subang emas ke? Aci tak? Ekeke..




Friday, January 11, 2013

Preview : Majlis Bertandang 08.12.12

Assalamualaikum...

Majlis bertandang ke rumah en.suami diadakan seminggu selepas itu iaitu 8.12.12 bersamaan 18 Muharam 1433 hijrah..Kali ni kitaorang bersanding dengan adik en.hubby...So berempat lagi lah. Meriah! Hehe..Tema yang dipilih adalah purple. So kami just sewa baju pengantin. Pelamin dan lain-lain sudah di settlekan oleh adik en.hubby..Aku suka baju pengantin perempuan yang kaler purple ni coz kain dia cam kembang2..Feeling cam primadona jap. Hahaa..

Aku bersiap agak lambat dan kelam kabut sebab sebelum tu busy kemas rumah and masak dulu kan. Ntah nape terlebih rajin plak. Padahal pastu kitaorang gi makan time kenduri je. Huhuu..Pung pang pung pang siap gak la mekap and pakaikan baju hubby sekali. Sebab sebelum ni ada pengalaman siapkan abang aku, so takde masalah la nak pakaikan sampin hubby. Aku main belit je, janji nampak berpinta kat situ. Heheee..Family cakap mekap kali ni lagi cantik. Siap makcik aku tanya "eh, dah siap? Bila mak andam sampai? Tak nampak pon? " Hahaaa...

 pengapit adalah abang aku and akak ipar aku..;)

So pastu bergegas la ke rumah hubby yang nasib baik tak jauh sangat dari umah aku..Tak jauh pon mau 15-25 minit gak...Sampai je kat sana, terus berarak dengan pengantin lelaki adik hubby..Waahh..Best2..Rasa bahagia je tau jadi pengantin ni. Lagi-lagi bila ramai tetamu yang datang meraikan majlis. Time duk bergambar2 atas pelamin tu leh lak rantai yang aku pakai putus..Adeii..Terus buka je and bagi adik simpan. Bukan ada orang perasan pon. Heheee..

Pas siap makan-makan and layan tetamu, tukar baju, solat..Borak-borak jap dengan sedara mara..Petangnya sampai malam kemas lah apa yang patut..Alhamdulillah...selesai sudah..

kawan-kawan tempat kerja hubby aku..derang skali datang penuh 1 kanopi..hehe






Preview : Majlis Persandingan 02.12.12


Assalamualaikum... Selesai sudah majlis nikah. Maka bersambung pula dengan majlis persandingan pada keesokan hari nye..Agak kelam kabut coz bila aku cek balik baju pengantin, tudungnya takde! Bila tanya mak andam dia kata terlupa and dia takleh nak datang coz ada majlis lain. Meja makan damai pon baru pasang pagi tu. Aku tak sempat dah nak pantau. Tau2 je dah siap tapi...huuu..agak kekurangan..dah la kanopi aku sume takde scallop, meja makan damai pon mak andam lupa pasang scallop. Langsir background pon takde coz katanya terlupa. Ohh...banyak lagi lah. Tapi malas dah aku nak pikir yang negatif2..Kita pikir yang positif2 je..Kan hari bahagia, mana leh muram2 kan? So aku wat cam biasa je. Tudung takde, aku capai je tudung mana yang ada. Hasilnya not bad gak. Hehee..Yang penting pengantin kena senyum sentiasa, baru lah berseri-seri kan..Orang tak perasan dah yang lain bila tengok pengantin senyum memanjang. Hehee.. 

Aku mekap awal cket so nanti takdela kelam kabut nak solat zuhur kan? Dalam kul2 lebih gitu rombongan pengantin lelaki pon sampai..Bersanding kejap je kat pelamin coz takde sesi renjis2 or tepung tawar. Aku tamoo..Nak amik2 gambar takpe. Majlis aku wat sekali dengan abang aku. So, rombongan tiba waktu yang sama and berarak pon sama-sama..

 
 si pencuri hati saya...hihi..

 
Time ni klako cket coz derang berpantun-pantun bagai..yang pengapit lelaki men hentam je pantun dia. Tergelak-gelak aku..Nasib baik la muka cover dengan kipas. Last sekali mak andam tanya "siapa gerangan namanya? takut tersilap empunya yang lain.." maksudnya dia tanya nama pengantin perempuan la..Sekali pengapit lelaki konfiden je bagi nama penuh dia siap tanya mak andam "nak no.tpon dan alamat sekali ke?" hahaa..malu je ko ;p

 

Tak lama aku duduk kat pelamin. Pastu terus gi makan damai. Cian rombongan yang dah tunggu dari tadi..Menu makan damai makcik2 aku yang sediakan. Sedap..Jimat..Hehee..

 
 Sebelah tu abang and kak ipar aku..;)

 
Makan je pakai tangan. Apa ada hal. Tak puas aku nak meratah makanan sedap-sedap ni guna sudu garfu bagai..Siap bertambah lagi ko..hahaa..tak senonoh pengantin. Eh eh..nampak tak wine glass depan aku tu, ada hias bunga-bunga tu..DIY sendiri tau..next entry aku story pasal tu..Hehee..

Pas siap makan, potong kek lak. Kek ni home made. Beli dari kawan makcik aku kat seri gading. Kek 2 tingkat, tingkat atas green velvet, tingkat bawah kek span blueberry..Nape green velvet? Sebab aku nak perisa red velvet tapi nak wat kale ijau ikut tema so jadi la green velvet..Hehee..Tapi sdey, coz huruf H dan N atas kek tu dah cair so dia melekat elok je atas kek. Yang taktau, mesti ingat design dia camtu..Hehehee..

 

 Pas siap potong kek, cepat2 tukar baju untuk outdoor lak. Ok..yang nie aku sambung next entry. Hehee...

Thursday, January 10, 2013

Preview : Inai

Walaupon takde majlis Malam Berinai, tapi aku tetap la nak pakai inai kan. Baru lah ada feeling pengantin baru kan? Tapi aku taknak la hubby aku pon pakai inai gak. Huduh aku rasa bila lelaki tu pakai inai. Dah la inai tu lambat ilang kan? Lagi pon aku pernah terbaca yang hukum lelaki berinai ni haram coz menyerupai perhiasan perempuan. Wallahualam..

Aku guna inai daun je. Makcik aku tolong petik dari umah mertua dia. Pastu blend guna blender kering, campur nasi cket and serbuk teh. Nasi tu supaya dia senang lekat. Tak payah tambah air pon takpe. Kalau nak letak air, buh sikitt je. Aku wat 2  hari sebelum nikah. Tapi inai tak merah la..Mungkin daun inai kot? So gi petik inai kat umah orang lain lak. Kali ni petik dari umah moyang aku. Abah yang tolong petikkan. Malam sebelum nikah aku blend lagi. Kali ni campur dengan gambir. Ala yang biasa orang letak dalam sirih tu. Terima kasih buat adik-adik ku yang rajin tolong pakai kan inai and balut dengan plastik kat tiap jari. Hehe..kalau tak balut, habis bersepah kang katil tu. Aiceh. Alhamdulillah, bila aku bangun esok pagi nye..inai cam oren pekat je..Tapi lama2 dia cam jadi merah cantik je. Tak pekat sangat, tak pudar sangat. So-so..Itu lah khasiat inai daun, warna jadi sekata. Hehe..

Teringin nak ukir2 bunga cket kat tangan kan. Actually mak ayah aku tak bagi coz cam tattoo kan. Tapi aku degil gi wat gak kat pekan. Sebelah tangan rm10. Agak mahal kan? Tapi tu je tempat yang ada. Aku wat design simple2 je pon. Lagi pon inai tiub camni tak tahan lama. 3-4 hari dah hilang...Sekarang bila tengok inai kat jari jemari makin hilang, rasa sayang je..tak puas lagi feeling pengantin baru. Hehehe..


Preview : Majlis Nikah 01.12.12


Assalamualaikum..

Salam 1 Malaysia..Ewah. Tetibe kan?;)

Lama tak update blog. Tapi still nak citer pasal wedding hari tu walau pon takde orang nak tau, tapi tetap nak bgtau n berkongsi kegembiraan. Ahak! Okies, kita mulakan dengan majlis nikah..

Awal-awal lagi aku dah plan dgn en.tunang (masa tu lom tawen lagi) yang time nikah nanti tamo la ada hantaran berdulang-dulang. Sebab hantaran time bertunang dulu dah cukup dah and dah banyak dah..Aku taknak majlis nikah aku nanti serabut and penuh dengan dulang hantaran je. Baik la penuh dengan orang kan. Aku lagi suke simple. Malam berinai pon taknak. Apa menatang renjis2 tu pon taknak. . Hehee..Pas majlis konfem2 la barang2 tu sume nak sumbat masuk bilik kan? Takkan nak biar luar je, nanti barang2 ada yang hilang, sape nak bertanggungjawab? Kalau bilik pon tak berapa nak besar dan luas, tambah ngan dulang2 hantaran lagi, tambah dengan hadiah2 kawen lagi..Haihh..Rimas. So, tak payah barang2 hantaran. Settle.


Hubby datang bawa dua dulang je. Satu untuk mas kahwen dan satu lagi untuk barang2 kemas untuk majlis batal air sembahyang. Cukup lah ;) Aku tak bagi pape sebab dia taknak. Cincin pon taknak. Jam tangan pon taknak. Dia kata nak aku je jadi isteri dia. Oh, itu sangat sweet. Hahahaa..Time majlis bermula, clash lak ngan game bola Piala Suzuki. Time tu Malaysia vs Indon. Abah aku memang dah pasang tv siap2 kat luar untuk orang2 rewang tengok bola kan. Tapi punya la riuh rendah kat lua tu sampai sekampung aku rasa dengar. Yang dalam rumah ni dah berdebar je takut kang time lafaz akad, time tu lak goll!!! Alhamdulillah..Dengan sekali lafaz, aku sah menjadi milik suamiku..:))) Memang time tu riuh rendah kat luar dengar suara orang bersorak, tapi time lafaz akad leh rasa senyap sunyi dan dengar jelas tiap patah perkataan yang diluah oleh dia..syukur..Thank you Allah. hehe..Sebelum acara batal air sembahyang, dapat wat solat sunat pas nikah berjemaah dengan suami. Tu pertama kali kali solat berjemaah dengan suami dan alhamdulillah hingga kini kami masih amalkan.

Then, majlis diteruskan dengan acara batal air sembahyang. Actually ni adat je, takde dalam sunnah rasanya. Tapi adat yang baik, takpe kita ikutkan je. Hubby memakaikan rantai leher dan gelang tangan. Nasib baik ok je. Coz sebelum tu aku suh dia practice sendiri kat umah camne nak lock dua2 benda tu. Hehe..Sebabnya time cazen aku kawen hari tu, hubby dia terkial-kial nak pakaikan rantai kat leher dia. Last2 mungkin dia fed up, dia letak balik kat atas dulang..Huhuu..Ye la, laki mana la biasa dengan benda2 ni sume kan.

 

Pastu sambung lak dengan bacaan takliq and lafaz serah yang dibaca oleh kedua ibu bapa dan pengantin. Biasa dah aku tengok time baca lafaz serah tu pengantin perempuan akan menangis, tak pon mak pengantin yang menangis..Aku tamo camtu..aku nak majlis aku hepi2 je. Alhamdulillah, takde adegan2 mengalirkan air mata berlaku. Sukeee ;)
 

 
penyek tudung aku time ni hubby pegang, cepat2 betulkan balik..hehe


Then, bacaan selawat beramai-ramai dan salam bersalaman dengan tetamu yang hadir. Pastu ada la sesi gambar cket2..Agak kaku la gak coz tak biaseee..Malu ai taww~ ekekeke..Perasaan pas nikah tu camne nak cakap eh? Bahagia and lega sangat..Rasa nak senyum je sampai telinga pon tak muat. Camtu la. Leh bayangkan tak? Hehee..Alhamdulillah, dari sebelum majlis sampai akhir majlis aku takde langsung rasa berdebar. Nak gak rasa debaran bakal pengantin tu camne kan? Tapi ok je. Confident kot. Hehe..Tak macam time tunang dulu, debarnya lain macam sikit. Bila dah dekat majlis, lagi lah dub dab dub dab..Time bertunang tu lagi lah. Berpeluh aku rasa sampai nak senyum pon kekok. Ades. Haahaha...Tapi time nikah ok je. ;) Selamat sudah bergelar PUAN.

Sunday, December 30, 2012

Preview : Hadiah Kahwin

Selalunya bagi orang hadiah...Tak pon tengok orang dapat hadiah banyak-banyak kan? Tak sangka kali ni, diri sendiri merasa dapat hadiah banyak-banyak dan besar-besar...Disebabkan kepenatan dan tak larat, kami hadiah tu kami susun je dulu kat bilik, dah beberapa hari pas majlis baru buka..Hehee..

Alhamdulillah..Sudah rezeki kami kan..kebanyakan wish list aku dalam entry sebelum ni tercapai..Korang ni ada riki-riki blog aku eh? Cam tau-tau je aku nak apa..hehe..Nie antara hadiah yang kitaorang terima dan sempat aku catat:

1. Kipas angin - 2 biji
- Sangat berguna walaupun kat umah yang kitaorang tinggal dah ada kipas, tapi bila sedara-mara datang bertandang nanti, mesti nak guna banyak-banyak kipas gak kan? Salah satu kipas tu siap remote control. Aku tengok harga kat kedai eletrik..Mak aiii mahai..hehe..Pe pon mekasih ye! ;>

2. Frame - 4 buah
- Macam-macam jenis frame dapat..Ada frame bismillah, assalamualaikum, frame gambar dan frame yang gantung kat dinding..Macehh..leh guna untuk deco2 umah. Hehe

3. Mug

4. Knife set - 2 set
- Yang ni termasuk dalam wish list haku! Yey yeyy...Dapat 2 set lagik. 1 kaler biru, 1 kaler hijau..Baguslah tu, kaler tema kawen aku. Hehee..

5. Coffee set
- Thanksss...Sangat berguna untuk minum petang atau bekpes..hehe

6. Glass set - 9 set
- Yang ni orang kata hadiah "general" yang pengantin terima..Memang paling banyak lah..Aku bawa balik umah sebahagian je, yang lain aku tinggal kat kampung. Hehee..

7. Pengadun kuih @ mixer - 3 set
- Baguslah korang..Memang betul2 nak suh aku rajin membaking eh? Macehh..Tapi sayangnya takde dapat adiah microwave or oven, so aku leh wat kek kukus je lah. Hehee

8. Jam dinding - 3 biji
- Sume jam ni cantik2..sukee..Leh letak bilik, dapur..etc..hehee..

9. Set pinggan - 6 set
- Yang ni pon dapat banyakkk..Tapi memang berguna..Tak payah dah beli pinggan mangkuk lagi. Cukup dah. Yey!

1o. Set mangkuk - 3 set
- Boleh guna untuk lauk-pauk dan macam-macam lagiii..!

11. Coffee maker
- Wahh..tak expect pon dapat ni..Time jamuan nanti leh guna, or maybe aku leh letak ofis ke? Hehee..12.

12. Pasu - 3 biji
- Pasu dengan macam-macam design dari seramik dan kaca. Tinggal beli bunga je untuk menghias...;>

13. Bekas makanan / tupperware - 5 set
- Alhamdulillah..bekas ni memang sangat berguna tau. Untuk isi rempah ratus dan sebagainya..Mangkuk tingkat pon ada dapat gak. Leh wat bekal gi kerja nanti. Hehee..

14. Set perkakas dapur / kuali / periuk - 3 set
- Ni pon masuk dalam wish list haku..heheee..Dapat 3 lagi kau..Suka sangat coz sume nye pon jenis tak melekat cam tefal. Lengkap dengan sudip and senduk sekali..Yeyyy..

15. Jug keetle
- Yang ni leh wat backup kalau2 jug kat umah rosak nanti, ada yang baru dah sedia menanti. Hehee..

16. Rice cooker
- Ni pon sangat berguna. Pemberian dari kawan baik kat opis. Dia tanya aku nak adiah apa. Cakap je nak ni, alhamdulillah dapat..Comel ada corak bunga2 lagi..Hik hik..

17. Blender
- Hadiah dari akak ipar tersayang. Sangat berguna gak.

18. Cutlery set/ sudu & garfu 
- Yang ni dapat sekotak siap dengan bekas dia sekali. Alhamdulillahhh..Melengkap kan barang dapur kami.

19. Pembakar roti
- Yes, boleh wat bekfast roti bakar. Hehee..

2o. Lesung batu
- Adiah paling simbolik. Hehee..Kotak besar dan balutan pon banyak..Nak angkat pon beratt..Sekali dalam isi lesung batu yang besar. Memang guna hari2 untuk memasak. Hehe..Actually aku dah ada lesung batu sendiri, so yang tu aku bagi kat budak2 umah lama aku untuk derang guna. Kita guna la yang baru kan..Hehee..

21. Pengukus
- Yey, dapat pengukus. Even bukan yang eletrik. Tapi yang ni pon ok dah..Abang aku cakap nak bagi adiah pengukus eletrik. So lengkap dah..Hehee..

22. Rak pengering pinggan

23. Buku - 3 buah
- Aku suka membaca! Buku-buku ni ada yang berkaitan agama, panduan pengantin, dan sebagainya...Tak sempat lagi pon nak baca, tapi nanti aku akan baca gak sampai habis. Hehee..

24. Lampu hiasan
- Dapat lampu dari ikea! Yeyy..Leh letak kat ruang tamu..Mesti cantik. Hehee...

25. Jug
- Dapat jug kaca bunga2..Leh guna untuk hidang air kepada tetamu. Hehee..

26. Tiket Legoland
- Oh, yang ni best! Dapat 4 tiket masuk legoland..Tapi taktau la bila nak pergi kan..Hopefully sempat pergi sebelum expired date.

27. Set cadar
- Terus je aku ganti cadar kat umah hubby dengan cadar yang baru...Hehee..

28. Wang tunai
- Ini pon dapat banyak gak..Hehee..Mekasih semua..

29. Pemanas air
- Ni pon leh guna kat umah untuk simpan air panas. Atau time jamuan, wat simpan air teh biar sentiasa panas je kan..Hehee..

3o. Bekas perasa
- Ala yang ni biasanya dia datang sekali 3 bekas...Untuk gula, garam and ajinomoto tu..Memang berguna, letak kat dapur. Hehee

31. Hair Dryer
- Even menatang ni terletak yang first sekali dalam wish list aku..Tapi adiah ni dapat dari hubby. Sebab pas buka-buka adiah tu cam kecewa la kan "alaa..takde dapat adiah hair-dryer" trus hubby pujuk "takpe, sok abg belikan syg yee" tup tup dapat lah hair dryer...jenis dan brand aku pilih sdirik. Hubby bayar je..yeyyy!

Alhamdulillah..Even pas hampir sebulan berkahwin pon still ada gak yang bagi hadiah. Itu lah orang kata mencurah-curah rezeki masuk pas kahwin kan..Time nak kawen, punya la duit mengalir macam air..Hehe..Alhamdulillah..Syukur ya Allah..













Followers