Pages

Pencinta Kraf Malaysia :)

Showing posts with label name tag. Show all posts
Showing posts with label name tag. Show all posts

Thursday, February 16, 2012

Tempahan Dila

Assalamualaikum. Selamat hari Jumaat! :)

Pillow & keychain ni adalah tempahan dari adik manis, Dila~

Dila bagi kebebasan nak buat design apa. Tapi temanya Dila nak pink.
So Mal pilih nak buat tema bunga-bungaan~
Hopefully Dila suka. :)

Keychain nama ni pun Dila nak pink!

Terima kasih Dila ya~ :)

Sunday, December 4, 2011

Keychain Untuk Mama

First time buat keychain untuk kegunaan sendiri :p
Sebelum ni asyik jahit untuk customers je.



Comel kan alphabet buttons tu. Seriously I love them all!
Mal beli dari Tamu Jaja Kraf.

Keychain kosong tu RM3.00.
Setiap satu huruf/nombor = RM0.70
So contoh untuk keychain di atas ni:
RM3.00 + (RM0.70 x 4) = RM5.80

PM if interested~ :)
kraf.malinja@gmail.com

Happy weekend!

Friday, November 4, 2011

Tempahan Hana

Terima kasih Puan Hana~ (^_^)v




Mai ambil kat rumah lekaihhh.. :p

**********************************************************
Suka deko-deko rumah tak? 
Jom ziarah cuci-cuci mata di blog Ezyone SHOP, milik Puan Hana.
Beliau menjual pelbagai aksesori hiasan rumah yang saaaangat comel!
Facebook Ezyone SHOP pun ada ok :)

Geram nak beli DIY wall sticker clock. Tapi sekarang masih menyewa.
Hasrat terpendam. Huuu..

**********************************************************

Wednesday, August 3, 2011

Tempahan Nisa'

 Terima kasih Nisa'

Keychain Nisa' ni adalah item pertama yang Mal cuba guna eyelet.
Baru beli last week dari Buttons4Crafts setelah sekian lama mencari.
Dan juga mengumpul duit. Kikiki..
Teruja ok! :p

4 brooch butang.

Nisa' dah pun terima parcelnya. Alhamdulillah.
Tapi ada button tercabut. :( Syukur Nisa' bole gam semula.
Sorry dear. Dah letak pada kadbod tu pun still leh tercabut jugak eh. 

Saja suka suki ambil gambar ni~ Hee..

Semua ni Mal pos kepada tuan masing2 pada hari yang sama.

Saturday, July 30, 2011

Tempahan Lia

Assalamualaikum.

Tempahan dari Lia. Baruuu je jap tadi bagi ke Lia. :D
Lia datang ambil di rumah Mal.

Lia bagi pilihan, sama ada Mal buat gambar Pooh atau Hello Kitty.
Mal pilih kucing chomel ni :)

 First attempt.

Ok jugak kan? Walaupun tak 100% rupa Hello Kitty sebenar.


Ada 2 layers ya.

Tulisan di belakang casing.

Keychain nama ni untuk diapers bag. :)

 Dan Lia juga ordered seekor baby penguin.
Mal rasa Lia ni pinky lover kot.. Macam Mal :p

Seriously Mal suka tengok gambar ni.
Of course sebab ada warna pink! :D

Ramadhan Kareem everyone! (^_^)

Friday, July 15, 2011

Keychain Nama Pemenang GA

Assalamualaikum :) 

Seperti yang sudah maklum, pemenang GA telah pun diumumkan.
Mal sedang dalam proses nak siapkan hadiah2 diorang.
Ada sikiiiiit lagi nak kena siapkan then boleh pos.
Sabar ehhh.. (^_^)

Jom tengok dulu keychain nama diorang yang Mal dah siapkan.







Hadiah2 lain nanti Mal upload gambarnya.
Nak siapkan handphone case Kak Nida :)

Saturday, April 23, 2011

Tempahan Student MICET

Assalamualaikum :) Dah tengok teaser yang sebelum ni?
Ok, ni lah projek yang Mal kerjakan tu. Adik Mal tiba2 tambah order.
Memandangkan Mal rasa Mal boleh lagi sikiiiiiitttt nak jahit2 ni, so Mal terima lah.
Kawan kolej adik Mal yang order ni.

Adik manis ni nak handphone case warna biru dan ada seekor bear.
Mula2 Mal ingat nak buat bahagian kepala saja.
Tapi bila tanya balik, adik manis ni nak full body.
Maka Mal kena buat homework la sikit, google gambar2 teddy bear.
Alhamdulillah Mal rasa yang ni the best yang Mal boleh jahit. :)
Belakangnya kosong ja. Mal buat double layer.

Selain tu, adik manis ni nak 2 pendrive case. Tema merah hitam dan hijau hitam.
Design tak ditetapkan, so Mal buat la 1 flower dan 1 lagi star.
Item lagi satu tu apa? Yang ada tulis AKAK tu? :)
Ni fridge magnet. Mal isi fiber sikit kat dalam tu supaya nampak gebu. Hee..

 Alhamdulillah selesai tempahan terakhir sebelum bersalin. 
Terima kasih adik manis ya.. Next time order lah lagi.
Moga2 awak gembira dengan hasil kraf preggy mom ni (^_^)

****************
Mal harus melupakan hasrat untuk buat apa2 kraf sempena Hari Ibu & Hari Guru.. 

Tuesday, April 19, 2011

Keychain Nama

Assalamualaikum :)

Ini tempahan terakhir yang Mal ambil sebelum betul2 bercuti menjahit.
Adik sendiri yang nak, kira ok je laaa..

Adik Mal mintak warna lain tapi Mal pi buat warna lain :p
Baguih punya kakak dok ada.. Tapi Mal buatkan sweet colour for her. Ok la ni..

Untuk keychain nama, tak ada fiber di dalam.
Kat belakang keychain tu Mal lekat cute buttons untuk memeriahkan keychain ni.
Alphabet hp strap tu, saja cuba2. Mal guna printed felt. Siap pasang bell.
Depan polka dot blue, belakang corak love pink.

Ok, these 2 keychains ordered by her friends in MICET.
Nak keychain tulis PAPA and MAMA.
Nak bagi kat her parents kottt.. Mal tak tanya lebih lanjut pun :)
Dua2 keychain ni Mal isi fiber di dalam, as requested.

That's all from me.. :)
InsyaAllah esok baru nak pi pos. Moga selamat sampai ke pemiliknya.

Monday, March 28, 2011

Walid Loves Mama

Assalamualaikum.

Setelah sekian lama..
Alhamdulillah laptop Mal dah kembali normal.
Maka ada la balik photoshop & watermark nya..
Huhuuu.. Syukur semuanya ada back up.
Tapi.. Terbang RM40 pi hantar format.


Di atas ni, Mal buat untuk letak kat fridge di rumah.
Mula2 tu nak buat keychain,
tapi saiz dia agak besar so Mal pun ubah fikiran.
Nak letak kat dapur lah! :)

Saturday, March 19, 2011

For My Dearest Hubby

A SMILEY keychain
 & a NAME TAG keychain.
Mal buatkan untuk hubby tercinta.
SMILEY tu Abang sangkut di beg laptop kerja.
NAME TAG keychain tu pulak sangkut kat kunci kereta.
Abang siap bayar untuk kedua2 keychain ni ok.
Huhuu.. Rasa bersalaaaah jee..
Tapi Abang cakap don't worry,
anggap duit tu sebagai moral support untuk MAL
dalam felt-crafting business ni.
Terharu AMAT!
Jazakallahu khoiron kathiro ya habibi~

Jom Shopping! :)