Showing posts with label Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Shaklee. Show all posts

Friday, June 13, 2014

Tips Penyusuan Susu Ibu Berjaya :: 'Suplemen vs Penyusuan Susu Ibu' ::



Assalamualaikum...




Muhammd Aqil Darwish a.k.a si bambam saya

Inilah anak shaklee saya. Saya mula mengambil vitamin shaklee sejak saya hamil si bambam ini, sehinggalah kini - seusia si bambam setahun 3 bulan.

Alhamdulillah, dengan izin Allah dan bantuan  Set Berpantang dan Set Penyusuan Shaklee, saya dapat menyusukan si bambam serta dua orang adik susuannya..Alhamdulillah..

"Susu Ibu adalah ciptaan Illahi yang sememangnya memenuhi khasiat yang cukup untuk tumbesaran bayi"
"Kejayaan Penyusuan Susu Ibu adalah bergantung kepada kesihatan ibu. Konsep asas penyusuan perlulah difahami terlebih dahulu."

Di sini saya nak share beberapa tips dalam menjayakan misi penyusuan susu ibu

**Disclaimer : Tips ini adalah daripada prngalaman diri sendiri serta sharing dari kawan-kawan bf moms..



  • Susukan bayi anda seawal 1 jam pertama selepas kelahiran si manja. Letakkan bayi pada payudara dan susukan sekerap mungkin. Rangsangan dari bayi penting untuk penghasilan susu. Jangan risau susu anda sedikit pada saat awal kelahiran, kerana kolustrum (susu awal ibu ) yang dihasilkan adalah mencukupi untuk perut si manja anda.
  • Cari bidan yang boleh membantu untuk mengurut payu dara dalam tempoh seminggu berpantang. Proses urutan ini dapat melancarkan liang susu. 
  • Sentiasa merangsang pengeluaran susu ibu dengan menyusukan bayi secara terus dengan susu ibu ketika pantang.
  • Biasanya susu ibu banyak pada waktu malam. Jadi, ibu dalam pantang dinasihatkan kerap menyusu pada waktu malam
  • Si ibu dinasihatkan mengamalkan pemakanan yang berkhasiat dan diet yang seimbang.
  • Si ibu hendaklah memastikan pengambilan air yang seimbang dan secukupnya setiap hari iaitu tidak kurang dari 3Liter sehari.
  • Untuk ibu yang bekerja, mulakan membuat simpanan susu perahan sebaik sahaja mula berpantang. Saya sendiri mula membuat simpanan susu perahan selepas lima hari kelairan si bambam. Klik di SINI
  • Si Ibu dinasihatkan supaya kerap menyusukan bayi secara langsung, atau bagi ibu yang bekerja lakukan sesi perahan yang konsisten setiap 3 jam atau tidak lebih daripada itu sehingga payudara benar-benar kosong.
  • Si Ibu juga dinasihatkan tidak membiarkan payudara membengkak (akibat tidak memerah atau menyusukan bayi). Ini penting untuk mengelakkan pengurangan penghasilan susu oleh badan.  
  • Si ibu digalakkan mendekatkan diri dengan Pencipta demi memastikan keseimbangan keperluan rohani dan jasmani dititikberatkan. Bagi muslim, doa dan zikir sangat di galakkan bukan hanya semasa membuat sesi perahan atau sedang menyusukan bayi, tetapi menjadikan amalan rutin agar mudah mencapai gelombang alfa ; iaitu ketenangan supaya penyusuan dapat berlangsung dengan lancar. 
  • Selain itu, si ibu dan ayah jugak di nasihatkan sentiasa melakukan solat sunat dhuha dan dikhususkan berdoa agar mencukupkan rezeki si anak untuk meneruskan penyusuan susu ibu.
  • Sedekah. Kerapkanlah bersedekah kepada anak yatim serta insan-insan yang memerlukan, semoga Allah sentiasa memurahkan rezeki si ibu dan si anak yang disusuinya.. InysaAllah..

'Suplemen vs Penyusuan Susu Ibu'

Sebelum si ibu mengambil suplemen bagi penyusuan, si ibu hendaklah faham bahawa vitamin bukanlah satu cara untuk memperbanyakkan susu ibu. Vitamin di ambil bagi memastikan tubuh badan si ibu sentiasa sihat, bertenaga, cergas dan bersemangat. Jadi secara langsung si ibu mampu membekalkan susu ibu kepa si manja.

Sekali lagi diingatkan bahawa kejayaan Penyusuan Susu Ibu adalah bergantung kepada kesihatan ibu. Konsep asas penyusuan perlulah difahami terlebih dahulu. Di atas faktor ini lah, saya memilih Set Berpantang Shaklee selepas bersalin si bambam saya. 

INGATLAH...

LEBIH KERAP SI MANJA DISUSUKAN

atau


LEBIH KERAP SESI PERAHAN SUSU

maka


LEBIH BANYAK SUSU IBU DIHASILKAN

Sunday, June 8, 2014

:: Jom Bershaklee :: Set Berpantang Shaklee : Rahsia Saya Kekal CERGAS



Assalamualaikum semua..

Hari ni ibu una nak share set bersalin atau set berpantang shaklee yang menjadi favourite ramai ibu-ibu masa kini...  Ianya selamat diambil walaupun bayi anda mengalami jaundice atau masalah kekurangan G6PD..Info lanjut mengenai kekurangan G6PD, boleh klik sini ye..

Kali ni saya nak share pengalaman saya berpantang dengan set berpantang shaklee.... serius berbaloi-baloi dengan set berpantang shaklee ni.. Antara benefit yang saya dapat daripada set berpantang shaklee ni :

  • membantu dalam penyusuan susu ibu..saya siap dapat simpan buat stok lagi masa berpantangkan si kecik (boleh klik kat sini)
  • mengembalikan kesihAtan badan si ibu.Alhamdulillah, luka bersalin jugak agak cepat sembuh berbanding sewaktu berpantang anak pertama dulu. sampaikan, emak siap tegur lagi, cara saya jalan macam bukan orang dalam pantang..yelah kan, dah tak rasa sakit sangat, sampai lupa kat luka berjahit tu... (yang ni mungkin jugak sebab luka yang kedua tu tak seteruk semasa yang pertama dulu) 
  • Tiada lagi masalah sembelit. Haaaa yang ni best sebab, menjadi kebiasaan bagi ibu bersalin normal mengalami masalah untuk buang air besar semasa dalam pantang kan.. sama lah jugak dengan saya sewaktu berpantang anak pertama. Tapi semasa berpantang kali kedua ni, alhamdulillah... tiap-tiap hari, buang air besar adalah acara wajib saya tanpa rasa takut...hehehehehe...
  • Tiada masalah stress dan badan kekal cergas dan cerdas. Serius ye kawan-kawan, semasa berpantangkan anak kedua ni, saya rasa berbeza sangat keadaan kesihatan badan saya berbanding semasa berpantang anak pertama dulu.Anak sulung saya mengalami masalah kekurangan g6pd, jadi saya memang langsung tak mengambil apa-apa jamu semasa berpantang...  dan perbezaan yang saya sendiri rasai dengan set berpantang shaklee ni, saya sentiasa rasa cergas dan segar sepanjang hari... yang paling best, walaupun tidur malam saya terganggu kerana si kecik asyik bangun nak menyusu pada malam hari, tapi saya tidak berasa letih pada siang hari. hinggakan emak saya pun nampak perbezaan nya.. 
Haaaaa banyak kan benefit yang saya dapat daripada set berpantang shaklee ni. Dan yang paling best, set berpantang ni saya boleh ambil sampailah sekarang...sampai anak saya dah setahun 3 bulan... berbaloi kan.. 

Set Berpantang Shaklee ni terdiri daripada 

VITALEA - multivitamin dengan iron
  • membekalkan 23 jenis vitamin
  • meningkatkan kecerdasan mental & ketahanan dari jangkitan
  • penting untuk pertumbuhan sel dan pembiakan
  • membantu memulihkan fungsi penghadaman dan selera makan
B-COMPLEX - dengan asid folik
  • membantu mengurangkan simptom kemurungan dan tekanan (sgt penting untuk ibu yang baru melahirkan)
  • membantu menukarkan makanan menjadi tenaga
  • meningkatkan fungsi otak
VITAMIN C
  • merupakan anti-oksidan semulajadi
  • membantu mengurangkan simptom alahan dan alergi
  • membantu menjaga kesihatan gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah supaya sentiasa sihat
ZINC COMPLEX
  • membantu masalah keguguran rambut 
  • membantu meningkatkan sistem imun
  • mempercepatkan proses baik pulih luka
  • meningkatkan daya seksual dan pertumbuhan organ




Selain dari empat jenis vitamin asas untuk set berpantang shaklee ini, terdapat beberapa jenis vitamin yang boleh di 'add on' dengan set berpantang shaklee ini, iaitu Ostematrix, ESP, Alfalfa dan sebagainya, bergantung kepada keadaan individu masing-masing.

Set Berpantang Shaklee ini selamat di ambil sejak hari pertama ibu bersalin kerana ianya selamat diambil walaupun bayi mengalami jaundice atau masalah kekurangan G6PD.


Set Berpantang Shaklee dapat membantu ibu baru bersalin sentiasa dalam keadaan tenang dalam menghadapi rutin harian, serta mempercepatkan penyembuhan luka luaran dan dalaman dengan berkesan, samada bagi ibu bersalin secara normal atau pun secara cearan dan pastinya TIDAK memudaratkan bayi yang disusukan...

Buat kawan-kawan yang sedang mencari set berpantang atau set bersalin, saya cadangkan pilihlah Set Berpantang Shaklee..

Set Berpantang Shaklee pastinya set berpantang yang digemari ramai ibu-ibu masa kini...InsyaAllah (",)

Hubungi Ibu Una 0195750526, untuk pertanyaan lebih lanjut (",)

Friday, March 21, 2014

Jom Bershaklee :: How iˊm fall in love with ESP shaklee ::

Assalamualaikum...
Salam pagi Jumaat...
Pagi jumaat yang menggembirakan dan mengujakan....
Sebab yg pertama haruslah sebab minggu depan school holiday kan... Sebab yang kedua????
Haaa meh nak cerita kenapa saya sangat suka pagi jumaat ni... Sebab...sebab...sebab...
Saya dah berjaya upkan saya punya production ebm si bambam saya...
Alhamdulilah...
Salah satu usaha yg saya amik dan nampak nya ia  berkesan ( selain kerapkan pumping dan minum air banyak2), ESP  Shaklee sangat membantu...after dua hari saya consume ESP saya dapat lihat  perbezaan hasil perahan saya...
Ramai yang cakap ESP ni milk booster utk breasfeed mom... Tapi saya kata statement tu TIDAK TEPAT....
Lah..kenapa TAK pulak..td awal2 dah cakap minum esp terus production bertambah kannnn??
Sabar...sabar...sabar... Maksud saya, TIDAK TEPAT sebab..ESP bukan sahaja  dapat upkan production susu ibu,MALAH.... ESP dapat bagi macam2 kebaikan dan manfaat tau... Antaranya..
> of course lah dapat tambah production bekalan si bambam saya ni. Sebelum ni saya dapat kumpul dalam 10-12 oz sahaja sehari, sedangkan si bambam sekarang minum 15-20 oz...asyik curi stok jer sebelum ni..
> haaaa esp ni bagus tau untuk anda-anda yang nak nampak cantik dan awet muda. Nak kulit gebus...nak hilangkan parut jerawat...nak kuku,rambut yang cantik tapi dengan syarat kena konsisten  la. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.
> dapat memberi tenaga kepada tubuh badan kita - sesuai untuk lelaki dan wanita kerana ia mampu memberi tenaga serta tahan lapar.... Jeng..Jeng.. Jeng...So sangat sesuai lah kan kalau nak berdiet... (”,)
> ibu mengandung pun bagus amik, sebab selalunya kan kalau awal2 pregnent ni kan selalu loya-loya...tak lalu makan nasi..so, dengan bancuhan satu sudu esp bersama milo atau horlicks atau apa2 sajalah mampu membuat ibu pregnent kekenyangan dan memberi tenaga...
> bagus untuk ibu-ibu lepas bersalin jugak..sebab ibu lepas bersalin kehilangan banyak darah dan mengalami luka akibat bersalin kan... Jadi sesuai la minum esp kerana esp ni mengandungi 9 asid amino penting yang penting dalam pembentukan sel-sel dan tisu-tisu yang baru, bagi menggantikan tisu-tisu yang rosak akibat proses kelahiran tadi.. =) 
> ESP ni jugak bagus untuk sesiapa yang mengalami masalah kolestrol tidak terkawal dan masalah prostat. Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaan mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.
> Esp jugak sesuai untuk golongan mereka-mereka yang mengalami masalah kesuburan... InsyaAllah..apa salahnya berusaha kan...mungkin salah satu usaha tu adalah punca keberhasilannya, siapa tahukan...usaha..doa & tawakal.. Sebab Allah sgt suka hambaNya yang berusaha.. =)
Haaaaa banyak jugak kan kebaikan ESP Shaklee ni...
Harga 1 canister ni rm150 , tahan lebih kurang 2 bulan (jika pengambilannya sehari satu sudu)
Jadi, sempena promo esp mac 2014 ni..meh la grab 1 canister... Tak salah pun mencuba kan..
Bagi yang berminat..
Boleh hubungi saya di 0195750526 - Ibu Una

Friday, February 7, 2014

Jom Bershaklee :: NO more Stress dengan B-Complex Shaklee ::

Assalamualaikum..
Selamat bercuti di hari sabtu...

Hari ni saya nak share sesuatu dengan anda semua di luar sana... Tapi, sebelum tu saya nak tanya..siapa yang pernah alami keadaan seperti ini :

> selalu stress sebab tekanan kerja yang menimbun-menimbun
> selalu hilang fokus dengan tugas harian...( mcm selalu blurr jer kannn)
> selalu sakit kepala
>diserang migrain
> selalu sakit bahagian belakang leher & bahu.. 

Semua simtom-simtom di atas kerap di alami oleh saya suatu ketika dahulu, terutamanya sakit di bahagian belakang leher. Dah berpuluh kali saya melawat pintu klinik untuk mengatasi masalah sakit dan lenguh di bahagian leher dan sakit kepala ini. Sorang doktor ni cakap saya otot saya menegang...dan ckp saya kurang rehat.. Bayangkan saya mengalami masalah ini sejak bersalinkan abg iman (awal tahun 2011) sampailah penghujung  tahun 2013.. Saya perasan, apabila saya time cuti sekolah,bahu & belakang leher tak sakit.. Tp apabila  bermula sesi persekolahan je, mula lah sakit bahu, belakang leher dan sakit kepala menyerang... Dan akhirnya tahu lah saya bahawa itu adalah tanda-tanda STRESS...

Ya saya stress dengan beban tugas yang tak pernah habis.. Namun, sekarang saya perasan saya sudah TIDAK alami simtom2 di atas lagi dan yang AMAZING belakang bahu dan leher jugak tidak sakit atau menegang lagi.. ALHAMDULILLAH....

Apa rahsia nya?? Rahsianya...saya amalkan B-COMPLEX SHAKLEE secara konsisten sejak 3 bulan kebelakangan ini.. Saya amalkan sebiji sehari selepas sarapan.. Cuma kalau terlalu penat saya up kan dos 2 biji sebelum tidur...

Adakah anda tergolong dalam golongan individu berikut?

>selalu terdedah kepada sinaran matahari
>terdedah dengan tekanan kerja yang banyak
>tidak dapat fokus dalam pekerjaan yang dilakukan
>selalu terkena serangan sakit kepala dan migrain,
>mengidap sakit kencing manis & darag tinggi
> individu yang nak sentiasa nampak cantik, dan muda
> wanita yang mengandung dan menyusukan anak
> wanita yang mengambil pil perancang

Jika jawapannya YA... Saya cadangkan anda mengambil B-COMPLEX SHAKLEE... Sebab B- COMPLEX SHAKLEE adalah suplement  semulajadi yang di jamin HALAL.. InsyaAllah...

Jom kita tgk apa kebaikan B-COMPLEX shaklee...

B- Complex shaklee dirumuskan khas untuk.....

> mengurangkan tekanan emosi dan kelesuan
> mencrgah STRESS
> membantu dalam kestabilan saraf dan meningkatkan proses pemikiran
> menukarkan makanan kepada tenaga dengan cara memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protien.
> mencegah barah serviks
> mencegah anemia...

Saya berani jamin anda akan berpuas hati selepas mencubanya... Sebab B-Complex shaklee adalah berharga mampu milik...

Sebotol B-Complex Shaklee berharga RM50.00 (retail price)
Mengandungi 120 biji...tahan 4 bulan tau.. Berbaloi-baloi kan...

Kalau anda rasa RM50 masih terlalu mahal dan tidak mampu??
meh sms or whatsapp saya
0195750527 - Ibu Una...

FREE Consultation &
Harga masih boleh nego...


Tuesday, February 4, 2014

Jom Bershaklee :: Vita-Lea Shaklee ::


Bismillahhirrahmanirahim...

Assalamualaikum...

Selamat meneruskan perjuangan di bulan Februari 2014 ini... buat kawan-kawan yang berminat mencari suplement atau multivitamin, apa kata uolls cuba VITA-LEA dari SHAKLEE...

Kenapa saya cadangkan VITA-LEA SHAKLEE ??

Sebab setiap tablet Vita-Lea Shaklee mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin da 7 mineral penting. Ianya diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang..

Tablet Vita-Lea Shaklee ini juga disaluti dengan serbuk nutrisi - spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks ( disebut juga sebagai “Explo-tab”.

Vita-Lea Shaklee merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil kita.

# sumber : Buku Panduan Nutrisi Shaklee

************************************************

Berminat dgn Vita-Lea Shaklee ini?

please do contact me okay..

Ibu Una 0195750526

 

Jom Bershaklee :: How I'm Fall In Love With Shaklee::



Assalamualaikum....

Hari ni saya nak share bagaimana saya berkenalan dengan mr. SHAKLEE yang semakin glamour  ni..

Saya mula mengenal shaklee 3 tahun yang lepas iaitu masa cubaan untuk menyusukan abg iman.. Tahu wujudnya shaklee sebab ada kawan  yang consume shaklee, termasuklah mama rama-rama saya. Tapi saya tak amik pun lg time tu..mungkin sebab Allah belum buka kan pintu hati saya ini..(sebab time tu abg iman ada masalah G6PD defeciency, so mmg saya semacam fobia nak amik apa-apa supplement atau jamu - info masalah kekurangan G6PD boleh klik sini)

Pertengahan tahun 2012, Alhamdulillah...Allah bagi rezeki..saya mengandung kali kedua.. seingat saya masa tu bulan puasa.
Di awal kehamilan tu memang tekak loya-loya dan takde selera makan. Time tu saya juga ada amik Herbalife, tapi tekak memang tak boleh nak telan apa-apa pun..(biasalah kan tekak orang mengandung memang banyak songeh sikit kan..) So, saya pun teringat lah kat mr. shaklee ni, terus contact mama rama-rama sebab rasa kesian la pulak kat baby dalam perut..takut tak dapat apa2 nutrien dari ibunya..Mama rama-rama suggest amik B-kompleks, vitalea dgn ape yer lagi satu tu...tp saya cuma amik trial set jer..sebab hati tak betul-betul confident dengan shaklee time tu. pastu biasalah kan, bila hati tak confident, minda tak di setting, memang tak dapat nak disiplin diri kan...sekejap amik..sekejap lupa..hahaha..sebab saya ni memang liat nak makan ubat...(sila jgn tiru perangai ini ya ;p )

Then, time nak bersalin duk terpikir-pikir set bersalin apa lah pulak nak amik kali ni..sebab sebaik sahaja puan doktor bgtau baby dalam tummy ni lelaki, terus saya risau sebab potensi untuk baby saya dapat G6PD def  sangat lah tinggi..so saya decide nak try set bersalin shaklee..kenapa saya pilih SET BERSALIN SHAKLEE?? Sebab SHAKLEE adalah vitamin semula jadi..bukan herba atau jamu dan dijamin SELAMAT untuk ibu menyusukan anak.. (sebab kalau baby G6PD allergic dengan sebarang jamu).
 Dan SERIUS...memang terbaik set bersalin SHAKLEE sebab saya rasa sangat berbeza berpantang kali kedua ini berbanding dengan berpantang kali pertama dulu.. Kali ini saya rasa badan sangat relaks, bertenaga dan yang paling penting saya dapat menyusukan anak (adik aqil) sepenuhnya..siap boleh buat stok lagi di awal kelahiran si kecik...Alhamdulillah..rezeki Allah bagi kan...Kita hanya berusaha, InsyaAllah..

Dan sejak itu lah (lepas bersalin) saya menjadi pengguna tegar shaklee sebab saya perasan sejak saya consume B-kompleks dan OsteMatriks masalah sakit belakang dan dibahagian leher saya totally hilang..Alhamdulilah.... (saya mengalami masalah sakit di sekitar leher sejak bersalinkan abang iman..dan berlarutan sehingga bersalinkan adik aqil)

Saya semakin bertambah JATUH CINTA dengan SHAKLEE apabila mama rama-rama mengsyorkan saya mengambil zink untuk mengatasi masalah rambut gugur saya..(nanti saya buat entry khas untuk masalah ini ya)..memang nampak perubahan postifinya..Dan sekarang saya menggambil pulak Vitamin E dan Vitamin C untuk mendapatkan kesihatan dan kecantikan yang lebih optimum...
Finally,  kesudahannya hujung tahun 2013, saya terus join member sebagai Shaklee Independent Distributor bersama team mama rama-rama saya sebab bagi saya apa salahnya kita sama-sama share perkara yang baik kan.. Semoga kita semua dapat membantu orang lain untuk mendapat kehidupan yang lebih sihat... 



** Supplement, vitamin & ubat hanyalah salah satu usaha kita untuk hidup lebih sihat dan bahagia...Yang paling utama adalah doa, yakin dan bertawakallah kepada Allah, kerana Dia lah yang memberi semuanya..

Wassalam.. (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Designed By Blogs Gone Wild!