Showing posts with label Hantaran. Show all posts
Showing posts with label Hantaran. Show all posts

Thursday, September 19, 2013

Doorgift dan Dulang Hantaran Majlis Pertunangan : Part 2

Assalamualaikum wbt...
Okay, sambungan daripada entry semalam...hari ini saya nak share doorgift dan dulang hantaran yang saya buat untuk sebelah pihak lelaki. Chosen theme color adalah orange, magenta & soft pink. Untuk belah lelaki juga, saya diminta buat potpourri . Sama saja macam sebelah pihak perempuan, cuma kaler ajerlah yang lain. Doorgift sebelah pihak lelaki ni, saya diberitahu untuk diberikan kepada rakan2 dan keluarga yang menyertai rombongan meminang. :)

Okay, serba sikit tentang potpourri yang saya buat. Antara yang sangat mengambil masa adalah proses mengukur dan menjahit sachet. Proses ni saya lakukan dengan teliti sebab saya mahu sachet yang perfect. Tak senget sane sini dan ukuran setiap sachet perlulah sama .
Selepas memasukkan scented fiber ke dalam sachet, saya pastikan ia diikat mati dengan ketat menggunakan ribbon. Saya make sure bahagian yang diisi dengan fiber menjadi padat. Semua bahagian dipastikan dipenuhi dengan fiber, terutama kedua-dua bahagian hujung sachet.


Ini antara bahagian yang saya seronok buat. Menghias potpourri...biasanya, saya akan attach bahagian tangkai dulu. Kemudian barulah hiaskan bahagian 'body' sachet tersebut.


Okay, inilah dua group of potpourri daripada padanan warna2 yang diminta.
Seriously, walau mengambil masa sikit menyiapkan tempahan potpourri, tetapi saya enjoy every process yang dilalui.
Thanks a lot customer sebab memberi peluang kepada saya berkarya. :)

Seterusnya, doorgift lain yang dibuat adalah mini jar yang siap dihias mengikut tema. Air mineral mini dengan label dan gable box, juga siap berlabel. 

Basically, inilah set of goodies yang diberikan kepada rombongan meminang daripada keluarga sebelah pihak lelaki.

Okay, kat bawah ni pula adalah dulang hantaran yang saya deko untuk belah lelaki... Just a simple deco menggunakan bahan-bahan yang disediakan oleh customer.


HARGA:
Goodies Box seperti dalam entri ini.
Potpourri - RM9/pc (minimum order-50pcs)
RM10/pc jika bawah 50pcs
Mini jar berhias inc. label & embellishment (tidak termasuk goodies didalamnya) - RM4/pc (minimum order-50pcs)
Mini mineral water + label - rm1.2/pc (minimum order - 50pcs)
Gable box shj - 80sen/pc (minimum order - 100pcs)
Bawah 100pcs - rm1/pc
Gable box + label spt dalam entry - rm1.8/pc (minimum order - 50pcs)

HARGA PAKEJ/SET:
Seperti dalam entri ini.
Potpourri + mini jar + mini mineral water + gable box
(hiasan mengikut tema yang diminta)
RM15/set (minimum order 50set)
Tidak termasuk kos penghantaran.

E-mail ke khamjoedesign@yahoo.com jika berminat menempah.

Till next time. Assalamualaikum. XOXO


Wednesday, September 18, 2013

Doorgift dan Dulang Hantaran Majlis Pertunangan : Part 1


Assalamualaikum wbt....
Thanks kepada yang sudi follow my blog...yang membace my entry...
Really appreciates it.. 
Hari ni saya nak share lagi satu job yang saya buat untuk customer also couple of months ago.
Job ini sempena majlis pertunangan, dan saya kena buat hantaran dan doorgift untuk kedua-dua belah pihak... FYI, saya tak ambil tempahan hantaran at the moment, tapi order kali ni, exceptional sket sebab customer saya ni, merupakan first customer yang order barang saya since 2003 lagi... dah macam kakak saya sendiri... banyak kali dah saya buatkan job untuk event2 beliau. Alhamdulillah...
I love you kak (...kalaulah awak bace blog saye)

Macam biasa, akak ni feveret dier nempah potpourri saya.Thanks to you kak, sebab peluang2 beginilah saya boleh eksperimen dan menambah baik hasil kerja saya.
And ini potpourri untuk sebelah pihak perempuan nak bagi kat guest. Saya diberitahu nak kaler biru, cream & sikit warna merah terang....

 
 Jadi, potpourri kali ini kelainannya adalah saya personalized wording kat sachet dengan menggunakan 'iron on transfer paper'.
Banyak kerja lah sket, since nak kena potong satu persatu-satu design yang dah print kat paper tu.Kemudian nak transferkan pulak design tu ke atas sachet. Tapi saya suka dier punyer hasil... Memang bestlah buat job ni... 
Bunga tu pulak, adalah paper flower yang saya die cut dengan big shot dan kemudian digulung (swirl) manually.


Sekarang, cerita deko dulang hantaran... Kesemua bahan2 ni, customer saya sediakan. Saya cuma deko kan ajer... So, saya memang gunakan sepenuhnye bahan2 yang disediakan. :)


Inilah sebahagian dulang hantaran yang saya siap hiaskan bersama-sama dengan barangan hantaran. Dan dulang hiasan yang kosong, rasanya untuk letak manisan. Saya memang tak pakarlah bab deko mendeko dulang hantaran ni, tapi kalau diberi peluang dan kebebasan untuk menghias, saya suka deko yang simple.

Okay, next entry saya kongsi pulak gambar hantaran dan doorgift sebelah pihak lelaki yer...

HARGA:
Untuk Potpourri seperti dalam entry ini ialah RM9/pc.
Minimum order adalah 50pcs
Jika kurang daripada 50pcs, harga adalah RM10/pc
Sila e-mail: khamjoedesign@yahoo.com jika berminat menempah


Okey, till next time. Assalamualaikum.

Monday, December 20, 2010

Her Wedding: Request from Kak Ngah

Selain daripada menghias hantaran perkahwinan, Kak Ngah also requested me buatkan corsage flowers.Theme color macam hantaran juga...maroon and gold...saya decide utk buatkannyer menggunakan bunga daripada stocking cloth....and so the story goes..lalala...:D

...kena bulat2kan gold wire...


....turn 'em into flower shape...


.....balut dengan stocking cloth....


....final outcome...omak Kak Ngah soh letak duit 2 hengget...


...100pcs...a week sebelum majlis omak Kak Ngah request another 100pcs...dan saya tak berjaya siapkan another 100 tueh...mintak ampun Kak Mah...
Decorated basket tue pon Kak Ngah request saya buat untuk letak goodies for guest...ada 4 semuanye...


...ni pula, bekas gelang sebelah pihak lelaki untuk diberi kepada pihak perempuan pada malam akad nikah...saya diberi kepercayaan membuatnyer..thanks..:D


....ini pula bekas cincin from Kak Ngah for her husband....

Tahniah to both of you......

Hantaran: Wedding Kak Ngah

Ini pula antara recent project yang saya baru settlekan...Hantaran majlis perkahwinan Kak Ngah..Thanks a lot kerana memberi saya peluang sekali lagi mencurahkan idea untuk majlis bersejarah awak...:D Theme color kali ini ialah Maroon & Gold...saya masih gunakan artificial flowers...rasional saya buat menggunakan artificial flowers, sbb tahan lama dan boleh dijadikan buah tangan kepada ahli kuarga sebelah pihak lelaki...Setelah dikuarkan barangan hantaran, bakul tue boleh disimpan...boleh recycle ..hahaha..:D

...sorrylah kualiti gambar tak berape bagus...saya hanye sempat snap lepas dah pass pada Kak Ngah....

...close up view gubahan artifial flowers on each basket lid...


....hantaran quran.Saya selitkan chocolate yang dihias...


.....hantaran barangan penjagaan badan lelaki...betul ker istilah tu...perfume set eh, senang nak paham...:D


....long pants and kemeja....selitkan jugak choc in heart shape box....


...Watch, belt and wallet....


.....chocolate in see thru boxes....secure and boleh recycle lagik box tu...:D


.....red apples....


....shoes.....


.....fondant cake, specially order daripada RATUKEK...Nice deal wiv u Cik Ratukek..:D
anyway, saya sedang siapkan tempahan apron Cik Ratukek :D....


....sirih junjung using artificial sirih leaves and artificial flowers....


Semoga Kak Ngah dan suami cepat2 bikin baby...hehehe :D

Flashback:Hantaran Pertunangan Kak Ngah

Ini merupakan hantaran majlis bertunang Kak Ngah, anak ex jiran saya...walaupun saya dah tak stay sebelah umahnyer...saya tetap baik ngan kuarga beliau, especially omak eh..:D...Since saya belum pernah publish photos hantaran bertunang ni di blog, kali ni saya nak share with all you...thanks kepada yang sudi membace blog saya...yang sentiasa mengikuti blog ni, saya really appreciate it...:D anyway, majlis nieh berlangsung pada bulan Mac 2010 yang lepas.Theme color adalah Purple...Semuanya menggunakan artifial flowers, except for hantaran sirih junjung...

....hantaran manisan(sweets and sugared jelly)....


....hantaran kain pasang....


....hantaran sampin songket & kain pelikat....


.....hantaran towel.....


.....buah-buahan.....


.....sirih junjung....

Thanks a lot kerana memberi peluang kepada saya mencurahkan idea menghias hantaran2 ini....Seronot! :D

Selamat berbahagia hingga ke syurga Allah SWT...
Add Image