Showing posts with label Bag. Show all posts
Showing posts with label Bag. Show all posts

Tuesday, June 28, 2011

Personal Order for Frens' Birthday

Assalamualaikum wbt...
Personal order ini adalah daripada Puan Azlina...she requested potpourri for her female frens and reusable grocery bag for her male fren.Ada personalized stamping pada setiap item...


'Happy Birthday Julia'....'Happy Birthday Yatie'


.....'Happy Birthday Ritz...

.....Semua hadiah will get this packaging for free...

Thanks a lot Azlina! :D

Tuesday, November 16, 2010

Farewell Gift for Teachers(Part 1)

ONE YARD PROJECT: SIMPLE TOTE BAG

This year merupakan tahun terakhir anakanda saya belajar di PASTI AL-HASANAH, Seremban Jaya.Tahun hadapan anakanda Amirul akan memulakan tahun satu di Sekolah Sri Seremban.So, as farewell presents for teachers yang telah banyak berjasa, saya buatkan tote bag yang simple ni.Thanks A Lot Teachers! Personally, saya sekeluarga sangat2 menghargai jasa baik dan pengorbanan kalian membentuk para pelajar, anakanda Amirul khasnya menjadi pelajar yang berguna.We will miss all of you.

For this project, saya telah gunakan 1 yard remnant yang ade dalam stock (thanks Ilah sebab tolong belikan :D) Setiap bag menggunakan combination fabrik yang berlainan.Hope teachers like them.

Notes: 1/2 yard for the outer part, 1/2 yard for the inside lining.

Bag 1

Gee! My DIY label....:D ( using rubber stamp, fabric ink and bias tape)


Bag 2


Bag 3


Bag 4


Bag 5


Bag 6


Highlight: Ada pocket kat bahagian luar dan dalam bag.

Okay, continue baca part 2 untuk tengok my idea on wrapping these bags.
Add Image

Tuesday, June 22, 2010

Grocery Bags For Aida

Tempahan grocery bags kali ini adalah daripada Aida dari UUM. Order ini dah lama saya dapat.Tapi disebabkan mesin jahit saya yang buat hal sebelum ini, hanya pada hari ini saya dapat courier pada Aida.Untuk melihat sampel2 grocery bag, please click HERE.

Aida order 3 grocery bag di atas.Kesemuanya diperbuat daripada heavy weight cotton.


Code:GB06 (please ask for the availability)

code:GB02 (please ask for the availability)

code:GB00a (please ask for the availability)


Bag siap dipack and ready to be delivered :)

Thanks Aida kerana menempah grocery bags daripada KhamJoeDesign.... Lepas ni, leh shopping guna beg2 ini. Boleh avoid or reduce using plastic bag...:D

Friday, May 21, 2010

Selamat Hari Guru : PASTI AL- HASANAH

Kali ini adalah hadiah sempena Hari Guru untuk guru2 sekolah anakanda saya.Since ini tahun terakhir Amirul di Pasti Al-Hasanah, saya decide nak buat something special for his teachers.
Saya telah buat reversible apron untuk kesemua mereka.

It's reversible kerana both side of this apron boleh digunakan.Saya memilih satu plain fabric dan satu lagi patterned fabric.


Apron dalam proses untuk disiapkan.


Now, have a closer look at those aprons.Satu side yang plain, pocket drpd patterned fabric, dan side with patterned fabric with plain pocket.Same goes to the strap.VICE VERSA... :D


With adjustable strap.So, boleh di level ikut kesesuaian pemakainya.


Some of the aprons


Yang ini pulak purse pouch untuk letakkan apron2 tadi.Basic tutorial untuk membuat purse pouch ini, anda boleh click HERE...saya buat kelainan sedikit dengan menambahkan wording 'SELAMAT HARI GURU'.Ur pouch-always be ur choice macamana nak decokan? :D


Yay! Seronoknyer biler dah siap.


A closer look at the purse pouch.And again.....I never fail to enclose the label...hehehehe
Reminder for petite biz owner: promote ur biz selagi boleh dan bersesuaian :D


Last shot before they r going to be delivered.

Saya sekeluarga harap muallimah sekalian sudilah menerima hadiah yang tak seberapa daripada kami sekeluarga.Saya secara khususnya amat2 menghargai jasa dan kesabaran kalian mendidik para pelajar terutamanya Anakanda Amirul Arif.
Thanks A Lot Teachers!We love you!

Note:Kalau anda berminat menempah personalised gift mcm di atas, bolehlah berunding dengan saya.Call/Sms Kham(013 3943103).atau e-mail ke kham_joe@yahoo.com / khamjoe@gmail.com atau saya paling prefer tinggalkan message ke dalam box saya di facebook:khamsaini johari.THNX

Monday, May 10, 2010

Bag Experimentation:My Little Achievement

Sepanjang minggu lepas, tumpuan saya banyak diberikan kepada menyiapkan beberapa personal order sempena Mother's Day.Alhamdulillah, semuanya dah selesai...cuma ada beberapa hadiah peribadi daripada saya kepada beberapa orang ibu yang istimewa masih dalam proses untuk deliver.Anyway, Mother's Day kali ini, saya sempat bereksperimentasi dengan pouch bag sebagai my new packaging medium.

Saya dapat tutorial untuk buat pouch bag yang simple yet interesting ini from HERE



Ini adalah salah satu pouch bag yang saya buat untuk letak beg yang ditempah customer.


Kalau anda pernah baca entry tentang bag experimentation saya sebelum ini, bag yang kat atas ini adalah yang kedua saya buat requested by my neighbour nak bagi kt mom in law dier.


Kali ini, lining menggunakan polka dot fabric.Pocket kat bahagian dalam ade small compartments for small gadgets or small things.


Ini pocket luar yang saya liningkan juga dengan polka dot fabric.Anyway, masih lagi belum confident dengan zip.But, looking forward to do it. :D


The bag was inside this pouch bag.


Sunday, April 25, 2010

Bag Experimentation: Lining Bag

Saya masih bereksperimentasi untuk mempelbagaikan koleksi bag (it's a matter of time) still,saya positif tentangnya.Semalam saya berjaya buat lining untuk bag.Puaslah saya membelek2 tote bag yang saya beli dulu.Membayangkan bagaimana nak pasang lining.Maklum saja, saya bukan pro menjahit dan masih hijau dengan bidang yang satu ini.


Macam inilah rupa bag yang dah siap tu. Saya guna body pattern reusable grocery bag.Just tambah pocket di luar dan di bahagian dalam.

'Model' with bag :D The straps cukup panjang kalau nak sling pon cun!


Material untuk bahagian luar; heavy weight cotton.Boleh taruk banyak barang since the space is wider dan lebih bebanan sebab materialnya yang tahan lasak.


Ini kes nak cepat dan tak reti nak taruk zip tehehe...So, letak loop ajer.


Material untuk lining ni macam pvc pon ada.Saya beli kat Nagoya atas advice sis in law saya yang lebih berpengalaman dalam bidang jahitan.Tapi praktikal juga sebab it's waterproof!
Nampak dak pocket kat dalam tue?...:D


Yeahhh! sempat lagi letak label...:D
A little snap inside the bag(susah lah nak snap properly)
BTW, this bag will be given kat anak jiran saya yang nak masuk college next month.Dia berkenan ngan grocery bag, tapi this one more proper for college girl I think.

Satu kepuasan membuat bag.Tak terluah dengan kata-kata.Saya nak try lagik.Nak taruk lining fancy2 pulak.Do check me out frequently :D

Erms, actually, ada request for tote bag.Kalau dah confident, I'll make for them and surely will post new entry about it.

Thanks kawan2 yang sentiasa menyokong saya selama ini.And also my beloved family who always be there for me.

Monday, April 12, 2010

Hectic Weekend

Hujung minggu lepas schedule saya sangat hectic.Saya mendapat bulk order daripada seorang customer.Beliau mahukan 20 hingga 30 heavy weight grocery bags.Saya perlu siapkan dalam minggu ini.Maksudnya, beliau sasarkan 30 bag, tapi kalau saya tak mampu 30 bag, 20 bag juga memadai.Jadi, saya sudah mula memotong kain yang ada dalam stock, tengok berapa yang saya boleh dapat.
Kain yang sempat dipotong semalam


Tapi, saya sempat juga siapkan online order daripada customer.Alhamdulillah, dah selamat dikurier.


Saya ada beli beberapa jenis light weight cotton sebagai material untuk potpourri sachet yang saya nak buat sempena mother's day


Saya kumpul balik koleksi2 heavy weight cotton yang limited quantity dalam gobok, juga untuk mother's day product.Most probably akan dijadikan apron.


Bunga crosstich yang dalam proses untuk disiapkan (dah lebih setahun rasanya kat dalam keeping box). Ribbon tue saya beli masa pegi kedai supply alat2 jahitan.Semuanya untuk produk2 mother's day.


Ini adalah salah satu produk yang saya akan open for purchase sempena mother's day.Apron ni special, sebab ade sedikit applique saya letak kat poketnya.Masih belum siap, insyaallah akan disudahkan dengan 'Greatest Mom on Earth' embroidery di bahagian dada.

So, always check me out untuk produk2 menarik sebagai hadiah kepada ibu anda yang tersayang.Insya allah dalam 2 0r 3 weeks time, semua produk sudah boleh dijual.Anyway, sesiapa yang nak book produk2 yang saya sedang siapkan, amat dialu-alukan.

Saya juga sedang siapkan 'Swap Project' pertama saya dengan salah seorang rakan blog.Dah 80% siap.Tak sabar rasanya nak hantar pada my friend tu :D


Note: Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai produk2 yang saya jual, please click label2 disebelah kiri blog. Jika ingin order produk2 yang anda suka, sila call/sms Kham(013 3943103) atau emel ke kham_joe@yahoo.com / khamjoe@gmail.com atau boleh hantar message di box facebook:khamsaini johari.THNX