Monday, December 5, 2011

BERTUAHNYA WANITA MENGANDUNG

Assalamualaikum semua..bagaimana dengan iman kalian hari ini?semoga semakin bertambah iman dalam melayari hidup hari demi hari..

Tak sedap rasanya hati penulis bila lama tak menulis..membiarkan ‘BICARA HATI WANITA’ ini sepi tanpa suara dari pena..mungkin memang kerana penulis sendiri suka menulis dan teringin untuk menjadi seorang penulis..kalian doakan ya..

Hati teringat pada dua orang kakak yang sedang mengandung tujuh bulan sewaktu sama-sama mengikuti kursus intervensi tambah opsyen di UM..cekal betul mereka berdua..belajar dalam keadaan diri yang masing-masing sedang sarat..namun,diri masih bisa petah membentang di hadapan..kadang-kadang hati turut terasa sayu melihat mereka seakan letih bila berjalan jauh..dan melihat kerut di wajah..mungkin kerana menahan rasa sakit..

Suka betul penulis bila berpeluang memegang perut akak berdua ni..memberi salam kepada anak yang dalam kandungan dan merasa pergerakan..

“Assalamualaikm baby..jangan nakal-nakal ye..nanti, tolong umi waktu lahir..biar mudah bersalin..”

Emmm...Bertuah betul ibu-ibu yang mengandung ni kan..kenapa bertuah?Insyaallah..penulis berminat untuk berkongsi dengan kalian..kenapa bertuahnya ibu yang mengandung..

1.Apabila seorang wanita itu mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.

Subhanaallah..besar sungguh pahalanya bukan?spt orang yang berjihad..sekalipun mungkin seorang wanita itu tak bisa menghunus pedang..atau keluar untuk menegakkan agama Allah..namun, dengan melahirkan zuriat suami..umat Muhammad..maka ia mendapat pahala seperti berjihad pada jalan Allah..

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan. Bertuah betul ibu yang mengandung bukan?ada Malaikat yang memohon ampun untuk mereka..

3. Tahukah kita..rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

Ya Allah..bertuah betul wanita mengandung. Untuk wanita-wanita yang sedang hamil sekarang dan insyaallah untuk yang bakal hamil..jadikan ini sebagai kekuatan untuk kita melaksanakan perintah Allah dalam mengerjakan solat..jangan kerana keadaan atau rasa sakit maka kita terus meninggalkannya..fikirkan,bertuahnya anak dalam kandungan andai punya ibu yang sabar dalam melaksanakan perintah Allah dalam keadaan diri yang hamil dan sedang sarat..

4. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

5. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari

6. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

7.Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji

8. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

....................................................................................

Bertuah!memang bertuah ibu-ibu yang mengandung. Tidak hairanlah sewaktu mereka ingin melahirkan..sakit mereka sebegitu dan dikatakan orang, nyawa orang yang hendak bersalin seperti di hujung tanduk..kerana saat mereka melahirkan itu..gugur bersama dosa-dosa mereka..dan kerana Allah ingin memberi pahala berlipat ganda kepada mereka..

Teringat pada mak penulis yang kini berumur 49tahun..yang telah selamat melahirkan 10orang anak..6putera dan 4puteri..10 orang anak bermakna 10 ragam bersalin..Penulis masih ingat bila mak menceritakan pengalamannya yang pernah lekat uri sewaktu mengandung anak ke-8..hampir dibedah sewaktu nak melahirkan anak ke-9..menelan telur ayam kampung sewaktu mengandung anak ke-6 kerana anak keluar masuk..keluar masuk..tinggal di wad berhari-hari kerana anak tak nak keluar..macam-macam cerita..macam-macam pengalaman..tapi,mungkin itu kerana Allah nak beri pahala kepada mereka yang mengandung..

p/s: Kepada mereka-mereka yang mengandung terutamanya yang penulis kenal..sahabat-sahabat..dan rakan sekerja terutamanya..penulis doakan semoga kalian sentiasa di dalam rahmat dan lindungan Allah..sabar dan tabah melalui dugaan orang mengandung..dan jaga diri kalian baik-baik..^_^..

UNTUK SAMA-SAMA KITA BERFIKIR..

Bagaimana pula dengan orang yang mengandung kerana berzina yek?Yang seterusnya membuang dan mencampak anak tak kira di mana-mana?Apakah mereka mendapat pahala dan dosa-dosa mereka juga gugur seperti mereka yang mengandung secara halal??

Emm..mungkin..itulah sebabnya mereka tak kisah untuk membuang darah daging mereka sendiri..mungkin juga kerana itu..kebiasaanya golongan ini kita rasakan mudah bersalin..boleh memotong tali pusat sendiri?boleh mengeluarkan uri sendiri?mereka tak bisa merasakan nikmat sebenar melahirkan anak hingga mereka sanggup membuang anak yang tidak bersalah kerana cara mereka mendapatkan anak itu juga dengan cara yang berdosa..Nauzibillahiminzalik..

Bagaimana cara untuk menangani masalah sosial ini??

Tiada lain melainkan dengan melaksanakan hukum Allah..

Sekian dari penulis..

“Semoga akhirnya Islam benar-benar tertegak di negaraku..”

Friday, November 11, 2011

SYMP??


Masa yang berlalu terasa begitu cepat..siang dan malam yang bertukar silih berganti bagai tidak terasa..inilah percaturan Tuhan..dijadikan siang itu untuk manusia bekerja..mencari nafkah..dan waktu malam itu untuk berehat..dan ada juga diperuntukkan sebahagian malam itu untuk beribadah pada-Nya..Maha Suci Allah yang mengatur segala yang dilangit dan di bumi..kerana DIA kita hidup dan kerana DIA juga kita mati..

Sedar tidak sedar cuma tinggal satu minggu sahaja lagi ana dan peserta-peserta PITO yang lain berada di UM..taklimat ringkas yang disampaikan oleh wakil BPG semalam mencetus idea penulis untuk berbicara soal ini...SYMP..

SYMP??

Apa itu SYMP?

Ana juga baru semalam mendengarnya..

SYMP ialah singkatan dari ayat SAYA YANG MENURUT PERINTAH..

Ana percaya..kalian pasti biasa mendengar kalimat ini..biasa dituturkan di mana-mana terutamanya dari mulut mereka-mereka yang bergelar pekerja..

Ayat 'SAYA YANG MENURUT PERINTAH'..menunjukkan nilai ketaatan..boleh jadi ketaatan seorang pekerja kepada majikannya..atau boleh juga menggambarkan ketaatan anak kepada ibu bapanya..

Berbicara soal ketaatan kepada makhluk sama da soal tugas,arahan atau perintah terhadap sesuatu..maka apa yang harus kita ketahui ialah perintah itu semestinya tidak melanggar perintah yang lebih utama iaitu perintah Allah SWT..

Sekalipun di dalam Al-Quran banyak diterangkan soal ketaatan kepada ibu bapa tetapi bilamana perintah itu bersalahan dari segi syarak maka arahan itu boleh untuk tidak diikut..dan dipatuhi..contohnya,sekiranya terdapat ibu atau bapa yang melarang anak dari memakai tudung maka adalah menjadi tanggungjawab si anak untuk mematuhi perintah Allah dan tidak menuruti perintah ibu bapanya yang terang2 bersalahan dari segi Islam..demikianlah bagaimana Islam mengatur kehidupan manusia..

Teringat kisah seorang hamba Allah yang memeluk Islam tetapi tidak disukai oleh ibunya..Bermati-matian si ibu memujuk si anak agar keluar dari Islam namun si anak tetap berkeras dan berusaha mempertahankan aqidahnya..demikianlah iman para sahabat satu masa dulu..

Namun,melihat pada dunia realiti kini..betapa ramai manusia yang kuat dalam mempertahankan aqidah?betapa ramai umat yang sanggup bermatian-matian kerana ingin menuruti perintah Allah dan menjaga hak-Nya?Manusia hari ini lebih ramai yang menjadi hamba kepada hamba..menjadi hamba kepada wang dan nafsu..kerana bertuankan kepada semua inilah..maka perintah Allah dilupakan serta-merta..kerana ingin menjaga hati client,ada yang sanggup meneguk arak kerana khuatir kehilangan pelanggan..kerana ingin mendapat wang lebih, ada yang sanggup menerima rasuah,memberi makan anak isteri dengan wang haram..kerana khuatir kehilangan pekerjaan,ada yang sanggup menanggalkan tudung,meninggalkan perintah Allah agar menutup aurat..dimana nilai ketaatan yang sewajarnya kita pegang???

YA!Ketaatan itu perlu..ketaatan rakyat kepada pemimpin..ketaatan pekerja kepada majikannya..ketaatan si anak kepada ibu bapanya..tapi,ingatlah..tiada ketaatan yang lebih utama dari ketaatan kita kepada Allah..taatlah kepada mereka-mereka yang berkenaan selagimana mereka tidak menyuruh kita melakukan sesuatu yang bersalahan dan melanggar syariat Islam..tapi,bilamana apa yang diperintahkan itu melanggar perintah Allah..maka kembalilah kepada Al-Quran dan sunnah dan turuti apa yang Tuhanmu telah perintahkan..Sesungguhnya sesiapa yang menjaga hak Allah..maka Allah akan menjaga haknya..insyaallah..

waallahualam..




Tuesday, October 18, 2011

MENGAJAR TANPA ILMU??


Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Assalamualaikum w.b.t kepada semua pengunjung blog 'BICARA HATI WANITA'..Semoga kalian sentiasa di dalam keadaan sihat sejahtera..semoga dengan nikmat sihat itu maka kita bisa beribadah pada-Nya..

Alhamdulillah...sedar tidak sedar sudah masuk minggu ke-2 ana berada di Universiti Malaya bagi mengikuti Kursus Intervensi Tambah Opsyen(PITO) dengan menambah opsyen Bahasa Melayu..Program Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Bahagian Pendidikan Guru yang merupakan salah satu projek dibawah NKRA dalam meningkatkan kualiti guru ini, ternyata tidak sia-sia..program ini telah dibuka kepada guru-guru yang mengambil kos sains dan matematik sewaktu di IPT yang tidak dapat mengajar bidang sendiri untuk menambah opsyen lain sebagai opsyen tambahan sama ada Sejarah, Bahasa Melayu, Pendidikan Jasmani, Kemahiran Hidup atau Pendidikan Seni dan Geografi..

Sebagai perintis program ini, pandangan penulis sendiri.. peserta-peserta PITO cukup bersemangat untuk mengikuti kursus selama 3bulan ini..sekalipun,ada dikalangan peserta dalam keadaan mengandung dan terpaksa berjauhan dengan suami,isteri dan anak-anak..namun,semangat yang terpapar di wajah mereka..jelas menggambarkan mereka sanggup berkorban demi mendapatkan ilmu..

Mengapa agaknya guru-guru ini cukup bersemangat demi mendapatkan ilmu??

Ya!Kerana ilmu adalah pelita hidup..Betapa banyak firman-firman Allah yang membicarakan soal ilmu..darjat atau perbezaan orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu dan pelbagai lagi berkaitan ilmu..semua ini sudah cukup untuk menjadi bukti pentingnya kita menuntut ilmu..

Berbicara soal ilmu..kita pasti pernah mendengar pepatah ini..

’ILMU TANPA AMAL UMPAMA POHON TANPA BUAH’..

namun,hari ini ana tidak akan membicarakan soal ini..tetapi..ana berminat untuk mengupas tajuk

’MENGAJAR TANPA ILMU’..

Melihat pada diri sendiri..sebagai seorang guru yang masih setahun jagung..mengambil kos sains major biologi di upsi dan diberi tanggungjawab mengajar Bahasa Melayu Tingkatan 1 ..terasa kekurangan pada diri bila mengajar pelajar..mungkin pandangan masyarakat mengajar Bahasa Melayu itu mudah..tapi,bagi ana..mengajar dalam keadaan kita bukan orang yang benar-benar pakar atau punya ilmu dalam bidang tersebut ..maka ia adalah suatu kekurangan yang harus ditampung kembali kekurangan itu..dan kadang-kadang timbul rasa sedih pada diri bilamana tidak mampu menjawab soalan pelajar dengan ilmu atau mungkin kita sendiri kekurangan pengetahuan dalam teknik mengajar Bahasa Melayu yang terbaik..

Alhamdulillah..segala pujian hanya bagi Allah..walaupun pada awalnya,agak terkejut bila dikehendaki mengisi borang PITO kerana ada urusan peribadi yang hendak diselesaikan..khuatir dapat terlalu jauh..namun,tidaklah pula ana berdoa agar ana tidak dapat PITO ini..ana hanya berdoa Allah menentukan yang terbaik..alhamdulillah..ini pilihan yang terbaik Allah beri pada ana..berpeluang menambah opsyen Bahasa Melayu dan Allah tempatkan di UM..yang ana rasa tidaklah terlalu jauh..terima kasih atas percaturan-Mu ya Allah..

Berbalik soal mengajar tanpa ilmu..sememangnya tersangat pelik bilamana kita mengajar orang lain apa yang kita sendiri tidak tahu atau kurang arif..Ilmu itu bukan boleh direka-direka..ia sesuatu yang harus dituntut..harus punya guru..

ILMU TANPA AMAL SIA-SIA..AMAL TANPA ILMU ITU GILA ATAU SESAT..

Analoginya di sini cukup mudah..andaikan ada seorang hamba Allah yang mahu mengerjakan solat..tetapi dia tidak tahu bahwa hendak solat itu harus berwuduk..maka hamba Allah itu pun solatlah tanpa berwuduk..maka apakah hukum solat tersebut??

Jawapannya:tidak sah..

Contoh kedua..andaikan ada seorang lagi hamba Allah mengerjakan solat..dia telah bergerak lebih dari tiga kali..hamba Allah tersebut tidak tahu bahu gerak tiga kali itu boleh membatalkan solat..maka tanpa dia sedar solatnya sebenarnya telah terbatal..

Walaubagaimanapun..bilamana kita bercakap soal agama..ada kemaafan bagi mereka yang jahil..namun kita dituntut untuk mendalami dan mencari ilmu..berbeza bilamana kita mengajar atau menyampaikan ilmu berkaitan pengajaran kepada pelajar..

Andai seorang guru itu tidak punya ilmu untuk mengajar..tetapi dia tetap mengajar..dan ternyata dia telah tersalah dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar..maka terlalu besarlah kesannya kepada pelajar..

Benar..mengajar itu satu amanah..dan ana percaya..sekalipun guru-guru perlu mengajar bidang yang bukan bidang kepakaran sendiri..tapi kerana ada rasa tanggungjawab..guru-guru ini sendiri yang akan membuat rujukan..kajian..bertanya kepada yang pakar dan belajar sendiri apa yang diajar agar tidak mengajar ilmu yang salah kepada pelajar..Benar bukan??Kerana apa??

KERANA TIDAK MUNGKIN KITA BISA MENGAJAR ANDAI TANPA ILMU..

DAN MEREKA YANG BERILMU..AKAN SENTIASA INGIN UNTUK MENAMBAH ILMU..

Sebagai akhirnya..

Peringatan kepada diri sendiri dan guru-guru diluar sana yang perlu mengajar bidang yang bukan opsyen..ayuhlah kita sama-sama mendalami bidang yang kurang kita mahir itu..semoga dengan keikhlasan hati kita menerima tanggungjawab dan amanah ini maka ada ganjarannya di sana..insyaallah...

LOVE BEING A TEACHER..

Friday, September 23, 2011

USTAZAH PILIHAN??


Kehidupan sebagai guru..berjalan seperti biase..ramai betul guru-guru SMKSA2 yang memakai baju berwarna ungu hari ini termasuklah aku..seorang kakak tiba-tiba menghampiri aku dari belakang..memegang bahuku..dia juga berbaju ungu pada hari itu..

"Kenapa Umira dan Syahida taknak masuk program ustazah pilihan??"tiba-tiba akak terfikir kenapa tak korang berdua masuk program tu.."akak itu meneruskan bicaranya..

Aku sekadar tersenyum..tiada apa yang hendak kukatakan..

Menyertai program"Ustazah Pilihan"??

Tidak pernah terlintas di hatiku untuk menyertainya..aku tahu tentang program itu..tetapi sewaktu melihat iklannya di dalam tv..tidaklah pula terlintas di dalam hati untuk menyertai program tersebut..malahan, waktu itu aku terfikir..apakah ada yang ingin menyertai program ini??apakah ada ustazah-ustazah di luar sana yang mahu menyertainya??dari satu aspek..jika kita lihat secara positif..ya!program ini mungkin mampu untuk mengalih pemikiran remaja di luar sana untuk menjadikan ustazah-ustazah ini sebagai ikon..secara tidak langsung mungkin melalui program ini kita dapat memupuk dan mendidik anak-anak remaja dengan unsur-unsur agama yang diterapkan di dalam program ini..sepertimana berjayanya program'Imam Muda' yang kini telah berlalu dengan siri ke2..

Aku menyokong andai ada yang berani untuk ke hadapan..tapi,pandangan peribadiku..aku tidak akan menyertai pertandingan ini..selain merasakan diri tidak layak..aku punya pandangan lain berkaitan hal ini..bagi seorang lelaki..untuk menonjolkan diri ke hadapan itu mungkin tiada masalah..tapi,berbeza bagi seorang perempuan yang dianugerahkan dengan rasa malu..Bagiku..ustazah pilihan mahupun seorang muslimah itu takkan ke hadapan menonjolkan diri..takkan suka untuk diperhati..takkan teringin untuk dikenali..sikap malunya pasti mengatasi segala-galanya..rasa malu pada Allah atas kekurangan dan kelemahan diri..pada masyarakat mahupun pada diri sendiri..selain khuatir menjadi fitnah kepada lelaki..Bukankah di dalam hadis ada menyebut tentang ini..

Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita”
(Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)

Teringat tazkirah ustaz pagi tadi..sedangkan dengan memandang sudah dikira fitnah..inikah pula jika wajah kita ditatapi..gerak kita diperhati..suara kita didengari..benar..wanita itu aurat..padanya ada sesuatu..syaitan sentiasa siap sedia mengaburi mata lelaki yang memandang raut wajah seorang wanita..moga Allah melindungi diriku dari menjadi panah-panah syaitan..

Saudara-saudaraku yang dirahmati Allah,

Bicaraku hari ini..hanya sekadar pandangan peribadiku..andai aku diberi pilihan untuk menyertai program ini..maka aku memilih untuk tidak menyertai kerana rasa maluku sendiri..berkaitan program ini..aku tidak punya hak untuk menilainya..kerana bagiku..Allah tidak lihat kita dari luaran kita...tapi dari hati kita..apa yang kita niatkan..andai niat penganjur itu baik..niat para peserta juga baik..maka Allah sendiri yang akan menjaga program ini dari fitnah yang mungkin hadir..dan kebaikanlah yang akan kita peroleh..tapi,andai niatnya tidak benar..maka yang tidak benar..dan tidak baik itu juga yang akan dirasai..waallahualam..

-Hanya kepada Allah aku memohon keampunan atas kata-kataku yang salah..-

Monday, September 12, 2011

Dekatkan Aku Dengan-Mu ya Allah..


Lame rasenye hamba Allah ini tidak menulis..bukan tiada ape2 yang hendak diperkatakan..tapi,kadang2 tertangguh2 untuk berbicara tentang sesuatu..perasaan tika ini..mahu semakin dekat dengan Allah..persaan tika ini..merasa takut andai jauh dengan Allah..ya Allah..aku mahu semakin dengan Engkau..maka dekatlah aku dengan-Mu ya Allah..sesungguhnya tiada tempat untuk aku meluah rasa..mengadu segala..memohon semuanya..melainkan hanya pada-Mu kerana hanya Engkau yang kudamba..

aku perlukan Engkau dalam hidupku ya Allah..aku perlukan nikmat iman dan Islam ini dalam aku meneruskan hidupku di dunia yang tidak kekal ini..untuk akhirat yang abadi..aku perlukan solat dan mengerjakan ibadah lain untuk kekuatanku..benar!Allah tidak akan rugi..tidak akan terkesan bilamana kita lalai pdanya..bilamana kita engkar melaksanakan perintahnya..tapi,kitalah yang rugi..dan kita jugalah yang merasa kekurangan..

Anugerahkan aku hati yang sentiasa berzikir mengingatimu ya Allah..hati yang ingat pada Mu setiap denyut nafasku..

zikir itu akan tetap ade..dan akan sebati dalam hati..geraknya pada hujung lidah sebelah kanan..saat itu..telinga,mata dan semuanya takkan hanya melihat dan mendengar yang luar..tetapi juga yang di dalam..Subhanaallah..walhamdulillah..walaailahaillallah..allahuakhbar..