Khamis, Mei 17

Mukadimah

Maka bermulalah monolog secara rahsia.

Khamis, Jun 1

Pujangga Tumbang.

15 Mei 2017: Pening.
.
.
Ubat Kuat darah 2x sehari.
Ubat pening 3x sehari.
Ubat sakit kepala 3x sehari.
MC 2 hari. Setel!
.
.
26 Mei 2017: Rebah buat kali ke-2.
.
.
Mata kelam, mata tutup, mata putih.
Waktu lunch,  jam 1 petang.
.
.
Drive kereta dari office ke masjid.
Sembahyang jumaat, konon.
.
.
Lepak belakang lorong kedai.
Bertinggung tepi longkang.
Suap muntah, minum muntah.
Lutut sampai lembik.
Lunyai.
.
.
Gerak ke masjid, cari tandas. Muntah lagi.
Terbaring di lantai. Di papah masuk kereta.
Bos terus hantar ke klinik. 1 jarum tusuk di bontot.
Kebas. 
MC 1 hari. Betahistine Mesilate 6mg sepapan. 
.
.
Doktor mati akal.
Buat surat. Follow up ke Hospital Kulim.
.
.
Bersorong kerusi roda, Nabila tolak ke kecemasan zon hijau.
Mata kelam buta. Beg plastik standby sentiasa.
Muntah keluar isi, muntah keluar angin.
Allahu, siksa.
.
Perut kosong, cengkung.
.
.
Tekanan darah diambil, bacaan rendah paras bawah 90.
Ditusuk jarum di lengan 2-3 kali, cari urat tak jumpa darah tak ada.
Sakit, lah Baab..  (maki dalam hati).
.
.
Ditusuk jarum di pergelangan tangan.
Misi muka cantik tapi tangan kasar.
Digentel besi halus peniti.
Ngilu.
.
.
Ditusuk lagi jarum di bahu.
Terasa kebas sampai ke tulang.
3 hari siksa tangan tak boleh angkat tegak.
.
.
Baring atas katil. Sumbat cair glukos.
Dehidrat teruk.
2 jam flat tak sedar diri.
Badan getar, aircond lampau sejuk.
.
.
Sedar diri, mata masih pejam.
Doktor mahu sample air kencing.
Kepala melayang. Masuk ke tandas. Tutup pintu.
Aim botol tak kena dalam lubang.
Hanyut suam-suam cair.
.
.
"Lepas habis drip air ni, dah boleh discharge."
630 petang, jam digital di tangan.
.
.
Call kawan, signal phone tak dapat. 5 kali dail, tak dapat.
Gagah diri, bangun berjalan keluar cari line.
.
"Ok, nanti Nurul sampai."
.
.
Cari farmasi.
Properazine Maleate 5 mg sepapan.
MC lagi 2 hari 27-28 Mei. Setel!
.
.
Desup dering tone nombor Ayah.
.
.
"Kami on the way dah ni. Angah macam mana?"
.
.
"Angah Ok. Dah boleh keluar wad."
.
Kepala melayang hanyut, mata masih samar kelam.
.
.
Nurul sampai. Masuk lepak dalam kereta.
.
.
"Aini on the way, nak jumpa sat." Jam 7 petang.
.
.
Sembang bohong sat.
Geram pulak dengan lawak sindir si Aini.
Balas dendam Irau-lah tu.
.
.
Nurul bawa beli makan, beli buah.
Terus hantar rumah sewa.
Tunggu family dari Perlis belum sampai.
.
.
1030 malam, bertolak dari Kulim ke Perlis.
Jam 1 pagi sampai, lebih kurang.
.
.
Isnin 29 Mei 17 : Rebah kali ke 3.
Kepala melayang. Kepala sakit.
.
Klinik lagi. Doktor beletiaq.
Lagi pedih sakit ditusuk jarum.
Ubat Naik Darah Arcalion 200 mg.
Ubat Tenaga Chromium Ace.
MC 2hari. Setel!
.
.
- Catatan peribadi 1 Jun 2017, 0221 am
: I'm okey. Don't worry. All is well. 😋

Khamis, Mei 11

Tak kena.

Jikalau ura-ura anak kapal banyak naik dan terjun ke lautan tak sampai tempoh percubaan, mesti ada something wrong dengan bahtera terulung.

Sabtu, Mei 6

Bahtera Terulung

Apabila datangnya disanjung, perginya diruntun.

Sabtu, Februari 25

Jumlah Rezeki.

Kadang tertanya-tanya dengan diri.

Selama 2 tahun bekerja, masih tak nampak apa hasil yang dah capai.

Walhal jika dicongak, gaji dah boleh bayar lumpsum loan PTPTN dan bebas hutang.

Persoalannya.

Di mana silapnya?
Rezeki yang diterima tak berkat?