blog kay & yana: petua/tips

Showing posts with label petua/tips. Show all posts
Showing posts with label petua/tips. Show all posts

TIPS KESELAMATAN DI FACEBOOK

18 November 2015

Kes yang terjadi di Muar aritu viral di media sosial. Berhati hatilah kita semua. Bencana macam ni tak kira masa dah... Malang tu tak berbau.. Semoga kita semua terhindar dari malapetaka begini. Putrajaya pun banyak sangat kes pecah rumah tau. Aku jadi takut, trauma nak tidur. Berdoala sentiasa semoga Allah SWT menutup mata orang orang yang ada niat tak baik pada kita dan keluarga kita... Semoga kita semua sentiasa dilindungi daripada dugaan yang begini... Manusia akhir zaman sudah tidak punya perasaan belas kasihan dan empati... 

Hati hati ye kawan kawan...  

Sharing is Caring - Himpunan Petua Dapur

21 August 2015

Petua ini aku jumpa di Facebook. So aku abadikan di blog supaya sahabat sahabat yang lain boleh sama sama dapat ilmu ini. Kita sebagai orang perempuan ini, cantik macammana pun, bijak macammana pun tetap akan ke dapur juga kan. Ada yang kita tahu ada yang tidak. Aku harap petua yang aku akan kongsikan ni dapat sedikit sebanyak membantu kita dalam menjadi 'chef' buat suami dan anak anak. In Sya Allah...

Petua Nasi Lambat Basi

Ada sesetengah periuk nasi tak tahan lama. Bila nasi yang dimasak dah tak boleh makan pada esok harinya mesti frust dan rasa membazirkan... Ada yang bagi petua jangan rendam periuk nasi semalaman nanti nasi cepat basi. Tapi tak menjadi nampaknya. So apa kata kita cuba petua ni pulak

Masukkkan secubit garam & tanaklah nasi seperti biasa. In Sya Allah nasi lambat basi.


Nak elak kuah masakan melimpah ruah? Yang ni selalu terjadi kalau aku buat bubur. Sebab malas nak masukkan air sikit sikit so masuk air sampai dah nak penuh periuk. Apa lagi? Melimpah ruahlah air dalam periuk tu bila proses nasi menjadi bubur.. ahahahah..

Ok. Petua untuk mengelakkan kuah melimpah keluar dari periuk ketika memasak ialah dengan meletakkan senduk kayu di permukaan periuk. In Sya Allah kuah tidak akan melimpah keluar.. Kenapa senduk kayu? sebab kalau korang letak senduk besi aku takut besi tu cair masuk dalam kuah... hihihihi



Petua ni aku suka... Petua untuk mengekalkan kesegaran sayur dalam tempoh yang agak panjang. Kadang kadang bila kita beli sayur kat pasar tani, kita nak beli sayur daun hijau macam dalam gambar ni tapi bile memikirkan dua tiga hari lagi sayur tu akan layu terus tak jadi. Aku lebih suka beli sayur yang lambat layu contoh bendi ke kacang panjang ke kobis ke kacang buncis ke.. kalau sayur daun ni maknanye aku kena masuk pada hari yang sama aku beli atau keesokkannya harinya... So bila jumpa petua ni aku suka. Lepas ni boleh beli sayur daun... hihihihi

Caranya mudah sekali dan tidak memerlukan banyak kos. Korang hanya perlukan bekas bertutup saja. 

Bahan-bahannya:
Kertas surat khabar, Plastik hitam, sayur

Caranya:
1. basuh sayur-sayuran tu satu persatu hingga bersih
2. Lap sayur menggunakan tisu atau kain yang bersih sehingga kering
3. bungkus sayur menggunakan surat khabar
4. masukkan sayur ke dalam plastik hitam
5. Ikat rapat rapat.

Korang akan dapati sayur akan tetap segar biarpun tersimpan lama di dalam peti sejuk 




Siapa yang selalu ada masalah bubuk dalam beras? Ok jom kita cuba petua elakkan bubuk dalam beras. 

Letakkan daun pandan dalam bekas beras. Bubuk akan lari meninggalkan bekas beras korang.. Selamat mencuba ye...





Tips Menjaga Luka Episiotomi

03 October 2012
Asslamualaikum
Salam Muhibbah

Memandangkan aku sekarang ni tengah mengandung... makanya segala info info tentang mengandung dan bersalin haruslah di pelajari semula.. maklumlah.. pengalaman pertama kadang kadang tak sama dengan pengalaman kedua... jadi ape yang ada aku share dengan korang semua yerk... orang yang nak bersalin memang fobia dengan episiotomi atau lebih senang disebut 'gunting'... sape yang tak takut bersalin.. semua takut walaupun dah 10 kali beranak... topik ni pun aku dapat dari website Bayi-Ibu.com, so bolehlah aku copy paste kat blog aku untuk dikongsi pada korang semua.. semoga tips yang diberi sedikit sebanyak membantu kite untuk terus sihat... InsyaAllah..



Episiotomi adalah satu prosedur yang akan dilakukan jika perlu semasa bersalin dimana faraj ibu akan digunting sedikit untuk memudahkan laluan bayi. Sejurus kepala bayi sampai ke mulut faraj, doktor akan mengebaskan kawasan pembukaan faraj dan membuat potongan. Terdapat 2 jenis potong iaitu:
  • Mediolateral: bersudut dari faraj dan ke dalam otot.
  • Midline: Kulit antara faraj dan dubur dipanggil perineum.
Kedua-dua potongan ini membuat pembukaan faraj lebih besar. Selepas kelahiran bayi dan uri dikeluarkan, luka akan dijahit dengan benang yang akan dihancur sendiri dalam beberapa hari.
 

Bilakah episiotomi diperlukan?

  • Tempoh kelahiran terlalu lama.
  • Kepala atau bahu bayi terlalu besar.
  • Kandungan sulung.
  • Ibu tidak mampu ataupun letih untuk menolak bayi keluar.
  • Bayi berada dalam keadaan tekanan dan stress
  • Bayi dalam kedudukan songsang.
  • Sebelum prosedur penggunaan forcep atau vakum.
 

Apakah kesan yang mungkin berlaku selepas episiotomi?

  • Jangkitan kuman
  • Pendarahan
  • Jahitan terbuka
  • Sakit semasa hubungan seks
  • Kesukaran untuk membuang air kencing.
  • Sakit semasa berjalan
 

Tips menjaga luka episiotomi

  • Pastikan luka episiotomi bersih dan kering untuk mengelakkan jangkitan dan membantu dalam proses penyembuhan.
  • Sapukan ubat ataupun krim yang diberikan oleh doktor anda.
  • Ambilkan ubat penahan sakit untuk mengurangkan kesakitan.
  • Gunakan ais pek di kawasan faraj untuk  mengurangkan bengkak dan kesakitan.
  • Tukarkan tuala wanita dengan kerap.
  • Minum air ataupun makan makanan yang mengandungi fiber tinggi untuk mengurangkan sembelit.
  • Jangan tangguhkan ke tandas untuk membuang air besar ataupun kencing.
  • Jangan duduk terlalu lama atau duduk bersila.
  • Anda harus banyak melakukan pergerakan di rumah untuk meningkatkan sistem pengaliran darah dan mempercepatkan proses penyembuhan.
  • Pastikan anda duduk di tempat yang lembut.
  • Pakaikan seluar dalam yang bergentian kapas yang boleh mendedahkan faraj kepada udara.

 -sekian-


Tips Mendidik Anak

01 November 2011

Anak-anak adalah anugerah yang tidak ternilai dari Allah SWT... kita diberikan tanggungjawab untuk mendidik anak-anak dan membentuk mereka menjadi seorang manusia yang berjaya di dunia juga di akhirat.. bukan mudah untuk mendidik anak-anak nih... ia memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang tinggi... biasanye bila anak buat salah, kite akan marah die... malah kadang-kadang kite akan terpukul mereka... bila dah tercubit, terpukul barulah rasa menyesal pulak... tak pasal-pasal merah peha budak tuh... tp setakat ni aku tak pernah lg pukul atau cubit danish smpai merah-merah atau lebam... mungkin tips kat bawah ni bleh bg kite guide utk kite mendidik anak-anak dengan lebih berkesan lg.. semoga boleh menjadi renungan kite semua dalam mendidik mereka.. InsyaAllah...

1) Jangan pukul anak dari lutut ke atas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita untuk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh dikawal

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya, ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah S.A.W "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronoklah dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? tapak kakinya... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... itu SALAH

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan)

5) Berikanlah anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya.)

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka inginkan setiap perkara termasuklah membuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali)

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (anak-anak yg datang daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain)

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam

20) terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibu bapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, 20 puluh tahun daripada sekarang anda pula akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

"anak-anak ibarat kain putih. Ibu bapalah yang akan mencorakkannya"








Petua mengubati Kencing Manis – Cadangan Penyelesaian

04 March 2011
Penyakit kencing manis adalah satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Ini terjadi kerana badan kekurangan sesuatu hormon yang dipanggil insulin yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ bernama pancreas yang terletak dibawah perut.

Badan kita mengeluarkan tenaga untuk menjalankan tugas harian daripada makanan. Dalam perut, makanan berkanji dan bergula yang dipanggil makanan karbohidrat ditukar kepada bahan gula yang dipanggil glukos dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga. Glukos adalah punca utama yang memberi tenaga.

Tanda-Tanda Awal Kencing Manis

1.       kerap membuang air kecil
2.       berat badan yang menurun
3.       sentiasa merasa lapar
4.       sentiasa merasa haus dahaga
5.       letih yang tidak menentu
6.       pandangan semakin menjadi kabur
7.       mudah mendapat penyakit kulit
8.       merasa gatal-gatal pada kaki dan tangan
9.       merasa penat dan sakit kaki
10.    gatal-gatal pada perlipatan dan dua celah paha

Tanda-tanda yang SERIUS/TERUK bagi KENCING MANIS

   1.        sentiasa haus
   2.        hilang selera untuk makan
   3.        muntah-muntah
   4.        boleh menjadi pengsan dan tidak sedarkan diri
   5.        air kencing menjadi manis disukai oleh semut-semut

Langkah-langkah perlu DIAMBIL BERAT oleh pesakit-pesakit KENCING MANIS

   1.        menjaga kebersihan badan dengan sempurna dan teliti
   2.        sentiasa mengawasi makan dengan teliti, elakkan gula, tidak memakan makanan yang berkanji
   3.        menghilangkan perasaan bimbang dan risau terhadap penyakit yang dihadapinya
   4.        sentiasa besenam dan berehat secukupnya
   5.        jangan terlalu boros menggunakan tenaga
   6.        bila melakukan kerja-kerja yang berat setelah merasa penat segeralah berhenti janganlah diteruskan lagi

Petua mengubati Kencing Manis

·         Ambil buah petai belalang yang telah tua dan kering di pokoknya, keluarkan isinya dan goreng tanpa minyak sehingga garing dan tumbukkanlah sehingga hancur, kemudian bubuh ke dalam air panas dan buat minuman seperti minum kopi, atau

·         Ambil 20 gram pokok kemunting cina bersama akar serta daun dan bunganya. rebus bersama 2 liter air sehingga tinggal anggaran separuh. minumlah 2 kali sehari, lakukan sehingga sembuh, atau

·         minumlah air rebusan pokok belimbing tanah/bukit setiap hari, Insya’ Allah dalam masa 2 bulan akan pulih.

·         Cabut sebatang bunga matahari. Bersihkan dan potong kira-kira satu inci dari bahagian akarnya. Rebus sehingga airnya tinggal satu gelas sahaja. Tapis dan minum sekali seminggu.

·         Kisar beberapa helai daun mengkudu sehingga lumat. Rebus sehingga airnya tinggal kira-kira secawan. Minum tiga hari berturut-turut.

Anda boleh memilih untuk menggunakan mana-mana petua di atas dan petua ini perlu diamalkan sehingga anda berpuas hati dengan perubahannya. InsyaAllah akan menjadi.
        

Klik2 HB Me, inform kt shoutbox nanti me klik2 blek HB u

MeNghiLanGkan BatuK

03 March 2011
 
Hari ini saya ingin berkongsi tips-tips bagaimana untuk menghilangkan batuk. Batuk akan menyebabkan rasa sakit di perut dan gatal-gatal di kerongkong. Sila amalkan salah satu petua ini :
  • Ambil sedikit halia. Tumbukkan sampai lumat. Boleh dicampurkan ke dalam air suam atau air teh o dengan 1/2 sudu kecil gula. 
  • Ambil sedikit kerak nasi dan rendamkan dalam air suam. Apabila kerak nasi kembang, minum airnya. Amalkan setiap pagi.
  • Rebus beberapa biji buah pisang masak. Setelah lembik campurkan santan secukupnya serta sedikit garam dan perasa vanila. Setelah 20 minit, makanlah makanan tadi dengan mencampurkan sedikit gula. Selain anda mendapat kenikmatan suara anda semakin pulih.
  • Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Minum dua kali seminggu.
  • Masukkan 1 sudu plastik madu lebah ke dalam segelas air suam. Perahkan sedikit limau nipis dan selawat 3 kali... minum 3 kali sehari. InsyaAllah akan baik dengan izin Allah SWT

Anda boleh memilih untuk menggunakan mana-mana petua di atas dan petua ini perlu diamalkan sehingga anda berpuas hati dengan perubahannya. InsyaAllah akan menjadi.


Klik2 HB Me, inform kt shoutbox nanti me klik2 blek HB u

Wajah Yang Segar dan Mulus/Halus

02 March 2011
 
Setiap wanita pasti menginginkan kulit muka yang segar dan mulus. Hari ini saya ingin berkongsi tips-tips bagaimana untuk menjadikan kulit muka anda halus dan mulus serta menghapuskan parut-parut jerawat. Siapa yang taknak cantik kan.. ada? ada? ada?.... hehehe... 

ok, untuk membersihkan muka dan menghapuskan jerawat, sila amalkan SALAH SATU petua ini :
  • Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu
  • Setelah muka dibersihkan, tutup muka dengan kain tuala yang lembab. Dekatkan muka ke wap nasi atau air panas selama lima minit. Ulangi beberapa minit
  • Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Kemudian cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari hingga jerawat berkurangan
  • Jika jerawat masih sukar hilang, rebus beberapa helai daun teh warna hijau. Ketika suam, lekatkan pada jerawat dan biarkan sehingga ianya kering.
  • Tumbuk segenggam bung melur bersama sedikit air hingga lumat. Sapukan ke muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air kelapa muda
  • Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering, cuci dengan air bersih. Amalkan selalu
  • Rendam segenggam beras hingga kembang. Toskan airnya. Tumbuk beras ini bersama segenggam biji betik muda hingga lumat. Campurkan dengan sedikit air. Gentelkan kecil-kecil dan jemur hingga kering. Apabila hendak memakainya, bancuh dengan air dan tempelkan di muka.
  • Hancurkan beberapa helai daun pucuk jambu batu. Campurkan dengan bedak sejuk. Tempelkan di muka sebelum tidur. Amalkan setiap hari
Anda boleh memilih untuk menggunakan mana-mana petua di atas dan petua ini perlu diamalkan sehingga anda berpuas hati dengan perubahannya. InsyaAllah akan menjadi. 



Klik2 HB Me, inform kt shoutbox nanti me klik2 blek HB u

MenGhiLanGkaN KeLEMumuR


Kelemumur? Kita sering mendengar perkataan itu disebut beberapa kali oleh teman-teman. Tetapi apakah kita mengetahui apakah sebenarnya kelemumur? Ada pendapat yang mengatakan kelemumur adalah masalah kosmetik dan bukannya satu penyakit. Sebenarnya kelemumur hanyalah suatu gangguan psikologi yang boleh dikesan dengan adanya kepingan-kepingan putih pada rambut. Biasanya kelemumur mudah diatasi dengan menggunakan syampu anti kelemumur yang banyak terdapat di pasaran hari ini.

Kitaran Penggantian Sel Kulit Kepala

Kulit manusia terbahagi kepada beberapa lapisan, iaitu:

·         Epidermis- mudah dikenalpasti, bahagian paling atas yang kita lihat.
·         Dermis- Lapisan kedua, terletak di bahagian bawah epidermis
·         Hipodermis- lapisan paling bawah

Lapisan epidermis pada bahagian kulit kepala agak tebal berbanding dengan bahagian kulit pada anggota badan yang lain. Lapisan ini mengeluarkan lebih banyak lembapan dan berminyak. Ini kerana epidermis merupakan lapisan pelindung bahagian kepala. Oleh itu, lapisan ini mengalami penggantian sel pada tempoh kitaran yang tertentu.

Kelemumur terjadi apabila berlaku peningkatan dalam penghasilan sel-sel baru pada lapisan basal, kecepatan penghasilan sel-sel baru berlaku pada setiap tujuh hari. Dengan tempoh masa yang singkat ini sel-sel yang sedia ada tidak sempat matang, akhirnya keluar daripada kulit kepala menjadi serpihan-serpihan putih tanpa proses pengeringan dan terpisah secara semula jadi daripada lapisan epidermis. Serpihan-serpihan putih yang kelihatan ini dikenali sebagai kelemumur.

Hari ini saya ingin berkongsi tips-tips untuk menghilangkan kelemumur;

Tips yang pertama, selepas rambut dibasuh, lumurkan dengan beberapa potong limau nipis. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dengan air sehingga bersih. Kelemumur bukan sahaja dapat diatasi bahkan rambut menjadi lembut dan bersinar.

Tips yang kedua, kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.

Selain itu, anda boleh menggunakan tips yang ketiga. Rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. Kemudian tumbuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.


Klik2 HB Me, inform kt shoutbox nanti me klik2 blek HB u

Tumit Kaki Pecah – Cadangan Penyelesaian

22 February 2011

Masalah tumit merekah berpunca daripada proses xerosis, iaitu kekeringan kulit yang keterlaluan. Ia menjadikan kulit yang tebal mudah merekah dan membentuk garis halus.

Pada peringkat awal, garis pecah yang halus ini tidak mendatangkan masalah, tetapi ia kurang cantik dipandang.

Namun jika tidak diberikan rawatan, rekahan halus ini akan menjadi semakin besar dan panjang membentuk kalus (kulit lebih tebal). Tanpa disedari, rekahan di bawah kalus ini boleh menjadi panjang sehingga menimbulkan rasa tidak selesa dan sakit apabila berjalan.

Masalah akan menjadi lebih teruk jika rekahan ini 'pecah' dan berdarah kerana ia mudah mendapat jangkitan. Terdapat pelbagai petua yang boleh diamalkan untuk menyembuhkan tumit kaki yang pecah.

Antaranya ialah :-

·         Ambil getah betik yang masih muda. Sapukan pada tumit yang pecah dan biarkan kering.

·         Campurkan sedikit air perahan limau nipis dengan bawang putih yang telah dihancurkan. Sapukan pada tumit kaki yang pecah. Lakukan secara berterusan sehingga sembuh

·         Geselkan kaki anda di rumput yang masih berembun pada waktu pagi. Lakukan tiap-tiap hari sehingga anda merasakan perubahannya.

·         Bawang merah dibelah dua. Sapukan pada tumit kaki yang pecah sehingga kering. Ulangi setiap hari sehingga sembuh.

·         Hancurkan gambir dan campurkan dengan air. Sapukan campuran ini pada tumit yang pecah.

Anda boleh memilih untuk menggunakan mana-mana petua di atas dan petua ini perlu diamalkan sehingga anda berpuas hati dengan perubahannya. InsyaAllah akan menjadi.




Klik2 HB Me, inform kt shoutbox nanti me klik2 blek HB u

Petua Empukkan Daging - Cadangan Penyelesaian

21 February 2011



Pagi-pagi lagi saya dengar kawan saya merungut tentang masakannya semalam. Hasrat nak makan sup daging terbantut dek kerana daging lembu yang dimasak sup tersebut liat walaupun telah dimasak dalam jangkamasa yang agak lama. Jadi, terpaksalah kawan saya makan kuah saja.

Masalah macam ini selalu terjadi namun dipandang ringan oleh sesetengah orang. Mungkin sebab daging yang dibeli tidak bagus kualitinya. Atau mungkin daging lembu tersebut diperolehi dari lembu yang agak berumur atau dengan kata lain, lembu tua.

Hari ini saya ingin berkongsi bebrapa tips bagaimana untuk mengempukkan daging yang ingin dimasak, tidak kira apa jua jenis masakan.

-Masukkan sudu atau garfu ke dalam daging yang dimasak. Tips yang pertama agak konservatif sedikit tetapi diakui berkesan oleh orang-orang tua.

- Selain itu, anda juga boleh masukkan sepotong tempe dalam masakan daging anda.

- Juga gaulkan daging yang mahu dimasak dengan sedikit tepung gandum dan kicap selama setengah jam, kemudian baru dimasak.

- Masukkan keratan batang ubi kayu ke dalam masakan daging tersebut. (diamalkan di Kampung Kedai Piah, Kelantan)

-Masukkan potongan buah betik muda yang telah dibuang kulitnya ke dalam daging tersebut.

- Masukkan buah keras yang telah ditumbuk lumat ke dalam masakan daging.

Anda boleh memilih untuk menggunakan mana-mana petua di atas. InsyaAllah akan menjadi. - SELAMAT MENCUBA-


Klik2 HB Me, inform kt shoutbox nanti me klik2 blek HB u

Ikan keli melekat semasa digoreng - Cadangan Penyelesaian

18 February 2011




Saya rasa kebanyakan orang pasti menggemari ikan keli. Apatah lagi kalau ikan keli goreng. Rasa rangup dan lemak-lemak isinya pasti membuatkan anda menambah nasi. Tapi seringkali saya mendengar rungutan dari surirumah mengenai ikan keli. Setiap kali ingin menggorengnya, pasti kedengaran jeritan-jeritan kecil dek kerana letupan yang terhasil ketika menggoreng  ikan tersebut.

Di sini saya ingin berkongsi tips untuk menggoreng ikan keli tanpa perlu menghadapi letupan- letupan tersebut.

Pertama, toskan ikan sehingga betul-betul kering. Pastikan minyak betul-betul panas semasa ikan dimasukkan ke dalam kuali. Kemudian masukkan tiga keping asam keping semasa menggoreng ikan ke dalam minyak masak sebelum ikan dimasukkan.Petua ini boleh mengurangkan kadar letupan minyak bagi ikan-kan yang selalu meletup di dalam kuali seperti ikan keli.

Kedua, anda juga boleh merendam ikan keli dengan air asam jawa atau limau kasturi untuk menghilangkan lendir ikan yang menjadi punca ikan tersebut meletup. Selamat mencuba…..

Klik2 HB Me, inform kt shoutbox nanti me klik2 blek HB u

Mengempiskan Perut - Cadangan Penyelesaian

17 February 2011
 

Masalah ini seringkali menjadi satu isu hangat kepada sesiapa yang mengalaminya. Kadangkala boleh memberikan kesan kepada emosi seseorang. Lazimnya sesorang yang mengalami perkara ini tidak mengetahui sebab-sebab kenapa hal ini terjadi. Namun kebanyakan mereka tidak menyedari bahwa cara pemakanan merupakan faktor utama terjadinya hal yang demikian.

Bagi seorang wanita, perut yang agak berisi atau dengan kata lain, buncit adalah perkara yang amat memalukan. Namun ia tidak menjadi satu masalah yang besar kepada lelaki. Hari ini saya ingin berkongsi tips-tips yang mudah untuk mengempiskan perut tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi.

Jika anda makan nasi jangan disulami dengan air. Ini untuk mengelakkan perut buncit. Sebaiknya minum air dua atau tiga jam selepas makan. Selepas bersalin, sesetengah wanita mengalami masalah perut buncit.

Cara untuk memulihkannya kembali ialah dengan campurkan sedikit kapur makan, lima helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis. Sapukan ramuan ini pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan sehingga nampak perubahannya.

Manakala cara yang kedua, tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.
Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.

Cara yang ketiga, ancuh sedikit asam jawa, segelas air panas dan garam. Embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.

Satu lagi cara yang paling efektif, sebelum dan selepas bangun tidur, lakukan senaman Sit Up sebanyak 13 kali. Amalkan senaman ini setiap hari untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Selain itu, hendaklah makan mengikut keperluan sahaja. Amalkan berjalan pantas dan cuba kempis perut dengan tarik nafas.

Klik2 HB Me, inform kt shoutbox nanti me klik2 blek HB u

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign