Showing posts with label lauk. Show all posts
Showing posts with label lauk. Show all posts

Wednesday, May 2, 2012

AYAM MADU TIGA



Assalamualaikum pada pengunjung SELERA KAKASMA,
pagi ini akak cuba masukkan menu ayam yang akak masak semalam..bergandingan dengan Nasi Ayam.
cuti hari pekerja hanya untuk orang berkerja ya,kita nie sebagai surirumah tak ada istilah cutikan.kalau bercuti tak berasap dapur dan kena berpuasa laa seisi rumah.jadi sempena cuti semalam akak masak hidangan ringkas aje.setelah dibuat undian seisi rumah setuju untuk akak masak nasi ayam sahaja..
Kalau digoreng gitu sahaja kena laa buat sambal cukakan.jadi akak fikir elok akak masak sekali ayam ini dengan sambal..senang..just nasi,sup,ayam sambal dan ulam2 pelengkap.

Akak masak Ayam Madu Tiga hasil experimen kat dapur semalam.tanya semua anak2 dan hb kata ok..sedap!!jadi hari ini akak share laa resipi akak yang terkini..hihihihi..kalau nak cuba sila laa jangan segan2..


 

resipi AYAM MADU TIGA
Source: SELERA KAKASMA

Bahan2nya:

  • ayam yang telah dibersihkan bahagikan kepad 16 bahagian
  • 20 biji cili kering(jadikan pes cili)*
  • sedikit belacan*
  • 1 biji bawang besar(mayang bulat)
  • 8 biji bawang merah*
  • 5 ulas bawang putih*
  • sedikit halia,lengkuas dan sebatang serai *(bhn bertanda* dikisar halus)
  • 3 sudu besar cili sos dan tomato sos
  • 5 sudu besar madu
  • sebiji tomato dipotong bulat
  • kulit kayu manis dan bunga lawang
  • sedikit gula,garam dan perasa.
  • sedikit perahan limau kasturi
Cara2nya:
  • ayam yang telah dibersihkan dilumurkan dengan sedikit kunyit serbuk dan garam.kemudian digoreng hingga habis,ketepikan.
  • dalam kuali bersih,panaskan minyak dan tumiskan bawang besardan bahan yang telah dikisar hingga naik bau dan mesra.masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang
  • bila dah naik minyak tu masukkan sos cili dan tomato,dan diikuti dengan garam,gula dan perasa.gaul bagi sebati dan akhir sekali masukkan madu .
  • gaul lagi dan masukkan ayam yang telah digoreng tadi..sebatikan..baru masukkan air limau kasturi.
  • kalau nak sedap masukkan hirisan daun sop dan tomato yang dipotong bulat,
 

Tuesday, April 17, 2012

PACERI NENAS

 Waaa pepagi akak tayang lauk yea..akak memang suka lauk paceri ni.tak kira lah menggunakakn nenas atau terung.makan pulak bergengkan dengan kuah lemak,ada ikan goreng masin..hish..hish..hish...tak yah toleh toleh masa makan.dan lemak lemak dan kolestrol pun suka hati laa kan..dapat mengembangkan sorang lagi mahluk kat dunia nie..hihihii....
Akak google kat tenet resipi yang akak buat.biasa laa akak kalau masak tak pernah ada sukatan..main campak campak ajer.kalau kuran masin tambah garam,kalau tak sedap juga diam diam makan..kan..kan...
jadi akak nampak resipi dari Kak Hanilieza..sama macam akak buat..cuma kak lieza punya bersukatan...

Sumber : Kak Hanieliza 
Bahan A
1 biji nenas, potong kecil
3 cawan santan pekat  dari 1 biji kelapa
4 sudu besar minyak
2 sudu besar gula merah/putih
2 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa  
Bahan B – bahan tumbuk
1 inci halia
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering 
Bahan C
1 inci
kulit kayu manis
6 sudu besar rempah kari ikan, bancuh dengan air 
Cara Menyediakannya
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk, kulit kayu manis dan rempah kari yang digaul dengan air.
2. Masukkan kerisik dan nenas.  Kacau supaya rempah tidak melekat pada periuk.
3. Masukkan santan dan garam serta gula merah/pasir.  Masak hingga kuah pekat dan naik minyak. 
Nota:
Selain daripada nanas, terung panjang, terung peparu, mangga atau buah kedondong juga boleh digunakan untuk masakan pajeri. 

P/s: N3 Samosa akak terpaksa akak edit balik atas nasihat seseorang dan pandangan seorang yang telah menghantar email pada akak..jadi jangan terkejut tiba tiba jadi pendek pulak N3 tu yea..

Friday, March 30, 2012

AYAM CILI API

 Kalau tak ada idea nak masak apa akak cadangkan masak lauk simple ini.Pada yang suka pedas memang sangat sesuai..Masa beli ayam hb akak kata dia nampak belimbing buluh.memang jarang dijual kat kedai.mula cadang nak buat sambal hitam pahang..tapi ciput sangat belimbing tu.

jadi akak masukkan kedalam lauk ayam cili api nih..jadi rasa pedas,masam dan bau pun wangi bila akak hiriskan daun kunyit..Biasa lah akak suka bereksiperimen dengan lauk yang akak selalu masak...tapi masa makan kena sedia air laa yer..kalau idak ada meleleh airmata tu hihihihi
Meh kita check resipi Ayam cili api ni....

Resipi AYAM CILI API
source: kaksma .blogspot.com

  • 1/2 ekor ayam
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit halia
  • 10 biji cili api campur dengan 1 biji cili hijau
  • buah belimbing buluh
  • garam,gula dan perasa
  • daun kunyit hiris halus
caranya:
  • ayam dipotong kecil kecil bersihkan dan dilumurkan dengan sedikit kunyit dan garam.
  • goreng ayam sebentar jangan garing sangat.
  • cili,bawang merah,bawang putih dikisar.
  • panaskan minyak,tumis bahan bahan kisar hingga naik minyak.
  • kemudian masukkan ayam tadi bersama garam,gula dan perasa.
  • masukkan belimbing dan hirisan daun kunyit.

Wednesday, March 28, 2012

BOTOK BOTOK IKAN

 Petang semua...hari ni masak aper yer untuk hidangan engahari..akak buat botok botok,masak asam pedas ajer hari nie..terliur lak bila buka pesbuk IKA dok tayang mee rebus...tak per nnti ada masa kak buat..tapi meh kita layan botok botok ikan nie..akak memang suka botok2.dulu masa kecik kecik arwah nyai akak suka buat..tapi bungkus dalam daun keladi,dan macam macam daun lagi..wallla walaupun tak guna ikan mahal tapi kesedapan nyer tak terungkap...teringat2 laa pulak...kalau nak tau inilah makanan orang jawa yang salah satu terfemes..kalau nak muda makan botok botok..jangan pakai botokss yer..hihihihi
semalam hb akak belikan ikan tengiri..separuh dah masak kari dan sambal,ada lagi separuh jadi hari ini akak masakkan asam pedas dan 2 ketul ikan tu akak buatkan botok botok..kat rumah hanya ada daun kunyit,daun kaduk,daun pisang,dan limau purut..kalau ikutkan kena guna daun betik,daun bebuas,daun keladi..tapi nak tunggu daun daun tu datang memang payah..duduk kat taman nih mana ada tu semua...jadi akak amek ringkas aja..janji ada rasakan..hehhehehe


resipi akak main hentam ajer..ikut mana yang teringat....

resipi botok botok ikan
sumber:kakasma

  • 2-3 potong ikan tengiri(nak pakai ikan lain pun boleh)
  • 5 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • sedikit halia
  • 2 batang serai
  • 2 sudu lada giling
  • sedikit kunyit serbuk
  • sedikit ketumbar,jintan manis dan jintan putih(guna yang serbuk)
  • 2 sudu kerisek
  • 2 sudu rempah kari
  • air asam jawa
  • garam,gula dan perasa...
bahan sampingan:
daun pisang,daun kunyit,daun limau purut,daun kaduk(ini aje yang ada)

caranya:
  • kisar bawang merah,putih halia,serai,kunyit serbuk,rempah kari,lada giling dan serbuk ketumbardan jintan hingga halus.
  • panaskan kuali tumis bahan2 kisar hingga wangi,masukkan hirisan daun kunyit dan daun limau purut.
  • tambahkan kerisek,garam,gula air asam jawa dan perasa..
  • ADA RESIPI YANG PERNAH AKAK TENGOK TAK PAYAH DITUMIS DAN DIBUBUH KELAPA PARUT(INI IKUT SUKA YER)
  • tapi akak tumiskan sebentar
  • layurkan daun pisang,susunkan daun kunyit,daun kaduk dan daun limau purut.letak kan bahan tumisan dan diikuti hirisan ikan tengiri.tutup kan dengan lebihan bahan tumisan tadi.
  • balutkan daun pisang buat seperti bungkus nasi lemak..
  • kukus selama 45-50 minit.kukusan hendaklah dipanas kan terlebih dahulu 

Thursday, February 23, 2012

ACAR TELUR PUYUH

 HAri ini masak awal sikit.Hb cuti jadi dapat laa pergi kedai beli bahan bahan untuk acar telur puyuh nih.Lama dah nak masak lauk nih tapi asyik tergendala aja..akak suka acar nih sebab suka kerangupan timun dan karot.masa makan krup krap bunyi..walllaaaaa....
 Lauk yang paling senang dan cepat nak dimasak....lauk nih akak gandingkan dengan ikan selar goreng,masak singgang selar dan sambal bilis kering.....jemput yuk!!!!
Resipi ACAR TELUR PUYUH
Source Dari rumah teres kakasma

Bahan Bahan:
  • 30 biji telur puyuh (rebus dulu)
  • 1 batang timun
  • 1 batang karot
  • 8 biji bawang merah kecil
  • 6 biji bawang putih
  • 1 sudu besar biji sawi
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 batang lada hijau(belah dua)
  • 1 biji lada merah (belah dua)
  • 1 inci halia(hiris batang mancis)
  • sedikit kunyit serbuk,garam,gula 
  • 3 sudu besar cuka
Bahan bahan di kisar halus
  • 10 batang cili kering
  • 5 biji bawang merah
  • 4 biji bawang putih
  •  sedikit belacan
Cara caranya:
  • Timun,karot dipotong batang mancis dan direndam dengan sedikit air kapur dan garam
  • Panaskan minyak,tumiskan bahan tumisan hingga terbit minyak.
  • Masukkan sedikit air,serbuk kunyit,bawang merah bawang putih dan sos cili.gaul sebati.
  • Kemudian masukkan timun dan karot diikuti biji sawi dan  telur puyuh tadi.
  • gaul lagi dan masukkan garam,gula dan cuka...perasakan agar rasanya seimbang,masam manis.
  • akhir sekali  msukkan lada hidup yang dibelah.gaul rata.padamkan api...

Wednesday, February 22, 2012

HIDANGAN PEMBUKA SELERA-PISANG MUDA MASAK LEMAK BERSAMA TETELAN

 Jemput makan semua..hidangan yang amat menyelerakan..ada sambal tempoyak,pucuk paku goreng kering,ikan pekasam dan lemak pisang muda bersama tetelan...
makan tak toleh toelh gak nyer kan...akak suka masak lauk nie bubuh tetel..dan tumbukkan ketumbar biji..walaaaaa...resepi nanti yer...nak mangan dulu

Friday, May 6, 2011

Sambal Hitam Pahang

 Masa balik kampung di Air Hitam bulan lepas,adek akak bagi belimbing buluh.lebat sungguh buah nie..berungkai2 kat pokok.dalam kepala akak nak buat sambal hitam nie.balik rembau akak cuba buat setelah belek belek resipi kat rumah Madihah sini.akak buat tak laa banyak.3 hari lepas akak balik dari kampung tu akak masak dan adek akak kebetulan datang kerumah akak.akak tunjukkan sambal ni kat dia.waaa makan beria ia dia.sedap katanya..hihihihi menjadi laa tukan.pepun memang sedap.makan dengan nasi panas panas.Izah daut pun gemar  sambal nie maklumlaa orang pahangkan..tul tak Zah...Buat Madihah terimakasih resipi pemberian mertua Madihah nie..memang sedap...jadi akak c/p kat sini senang nak buat rujukan nanti..
Sambal Hitam Pahang
Sumber : My mother in law...
 
Bahan2
½ cawan belimbing buluh rebus [rujuk resepi cara2 merebus]
½  cawan cili padi (ikut kepedasan masing2)
2 cawan ikan bilis yang telah dikopek 
6 ulas bawang merah [3 ulas ditumbuk, 3 ulas dihiris nipis]
5 sudu besar kicap manis atau secukup rasa
garam & gula secukup rasa
1 cawan minyak masak
Cara2 Menyediakan
1. Sediakan terlebih dahulu belimbing buluh. Kuantiti belimbing buluh terpulang masing2.  Belimbing rebus ni boleh disimpan dalam peti sejuk sebagai stok. Jadi bolehlah rebus banyak2 & simpan stok.  MaDiHaA buat banyak juga rasanya lebih dari 1/2 kg belimbing buluh segar.  Belimbing hendaklah dicuci bersih.  Masukkan ke dalam periuk TANPA AIR dan renih dengan menggunakan api yang kecil.  Biar sehingga belimbing mengeluarkan jusnya sendiri & kecut.  Selang seminit atau dua minit mesti dikacau supaya periuk tidak hangit.  Biarkan sehingga belimbing mengecut & jusnya betul2 kering dengan api yang kecil sehingga warna belimbing bertukar menjadi gelap.  PESANAN: jika nak guna untuk buat sekali je sambal ni.. memadai hanya rebus anggaran 10 biji belimbing sehingga belimbing bertukar warna coklat saja.  Tujuan merebus belimbing sehingga betul2 kering & gelap adalah untuk tujuan simpanan.
2.  Tumbuk cili padi sehingga halus.  Tumbuk 3 ulas bawang merah sehingga lumat. (3 ulas lagi dihiris nipis)  Tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat.  Tumbuk belimbing buluh juga separa lumat.
3.  Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang yang dihiris sehingga wangi.  Masukkan bahan2 tumbuk sekaligus & tumislah sehingga bahan2 tersebut sehingga nampak agak kering & garing (agak lama juga).  Tambahkan kicap manis, garam & gula secukup rasa. Biarkan sambal kering sedikit (seperti serunding gitu).  Bila dah garing tutupkan api lalu tolakkan sambal ke tepi kuali beberapa minit supaya minyak tos sebelum dihidang.  Atau boleh juga angkat dan sejatkan sambal menggunakan penapis santan sebelum dihidangkan dengan nasi putih atau ketupat pulut.  
4. Sambal ini boleh disimpan lama & boleh buat banyak2 untuk simpan stok.   Boleh dihidang dengan apa saja juadah yang rasa sesuai dihati anda... Sedap yang teramattttt!!!

Wednesday, February 23, 2011

Sotong Ala Thai

 Hari ni akak nak share lauk yang akak masak.sotong nie selalu nya mmg buat pening pale nak masakkan!! apa ke idaknya asyik laa sambal.jadi akak olah dan masak camgini..sedap laa kata anak2..
Meh kita tengok resipi yang akak buat ni
 Sotong Ala Thai
source: dari rumah teres kakasma

Bahan2nya:
  • 1 kilo sotong(bersihkan dan kelar belah dalam macam bentuk ketupat @ potong gelang)
  • 3 sudu lada giling
  • 1 labu bawang besar*
  • 3 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*(bahan * dihiris halus)
  • sedikit halia
  • sedikit halba
  • 1 sudu sos tomato,1 sudu sos cili,1sudu sos tiram dan sedikit sos ikan(satukan dan gaul rata)
  • sedikit daun ketimbar,lada api
  • garam,gula dan secukup rasa
  1. sotong dibersihkan,goreng sebentar untuk buangkan airnya,toskan dan ketepikan
  2. dalam kuali panaskan sedikit minyak,tumiskan bahan-bahan yang telah dihiris.
  3. masukkan lada giling,tumis hingga naik minyak,masukkan sedikit halba
  4. bila telah sebati,masukkan sos yang telah digaul tadi.bubuh sekali garam,gula dan secukup rasa dan sedikit air.
  5. Bila dah sebati kuahnya bolehlah dituangkan sotong.dikuti daun ketumbar.gaul rat.
  6. akhir sekali bila telah memekat kuahnya dan elok masak sotongnya.matikan api.taburkan cili padi.
  7. bolehlah dihidang...
Nota akak: kalau suka bolehlah campurkan sedikit tomato,karot,jagung dan bunga kobis..tapi akak tak bubuh.

Wednesday, January 19, 2011

Telur Goreng Sambal sos

 Kalau dah tak idea nak masak lauk ,nak nak bila buka petiais hanya ada telur,lauk yang akak tayang nie memang sesuai sungguh,selain senang nak masak,bahan pun tak banyak..bak kata orang pejam mata pun boleh masak.
TELUR GORENG BERSAMBAL SOS
Sumber:Dari rumah teres kakasma

Bahan2:
  • 5 biji telur
  • 1 batang lada hijau(hiris)
  • 1/2 biji bawang besar(dimayang)
  • 3 sudu cili giling
  • 3 biji bawang merah*
  • 1 biji bawang putih*(bahan* tumbuk lumat)
  • 2 sudu sos cili
  • 2 sudu sos tomato
  • garam dan gula dan secukup rasa
caranya:
  1. Panaskan minyak,goreng telur  sebiji demi sebiji.Ketepikan
  2. Kmudian tumiskan lada hijau dan bawang besar hingga wangi.
  3. Masukkan cili giling,bawang yang telah ditumbuk,kacau sebati dan biarkan hingga tumisan naik minyak,
  4. Tambahkan sedikit air,diikuti sos cili dn sos tomato.masukkan garam,gula dan secukup rasa
  5. Akhir sekali masukkan telur yang telah digoreng tadi..kacau rata.padamkan api
  6. boleh lah dihidang .

Wednesday, August 11, 2010

Rawon-Bumbu paste pemberian Deetha

 lauk nie akak masak dah lama dah.tapi baru nie dapat nak update.mmg mudah semudah 123 nak masak kuah rawon nie.maklumlaa dapat pastekan senang..kalau dapat masak guna resipi yang deetha bagi lagi best agaknya..tapi masalah nye mana nak cari buah keluak..sebab buah tu laa bahan utama..
 pepun dapat bumbu nie pun dah okay.dapat laa melepaskan rindu..kalau kat Singapura ada dijual nasi rawon nie..ada paru goreng lagi mmg sodap sungguh..tu yang tingat sangat tu..kat msalaysia nie mmg tak de jumpa lagi..
buat Deetha maceh yo mbakyu merealisasikan keinginan nak makan lauk rawon nie..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails