Showing posts with label KWSP. Show all posts
Showing posts with label KWSP. Show all posts
AbgZan
Alhamdulillah KWSP dah announce dividen 6.15% utk kewangan 2012....okerler tu... sapa nak bg...

-------------------------------

KWSP umum dividen 6.15 peratus bagi tahun 2012 (ref:utusan)

KUALA LUMPUR 17 Feb. - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 6.15 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012.
Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman dalam satu kenyataan di sini berkata, kadar tersebut adalah 15 mata asas lebih tinggi berbanding kadar 6 peratus yang dibayar pada tahun 2011.
"Ia juga mencatatkan rekod baharu berjumlah RM27.45 bilion yang diagihkan kepada anggota KWSP, meningkat 12.20 peratus daripada RM24.47 bilion yang dibayar pada tahun sebelumnya.
"Pada 2012 juga KWSP mencatatkan pendapatan pelaburan kasar tertinggi sebanyak RM31.02 bilion meningkat 13.91 peratus berbanding 2011," katanya.
Menurut beliau pembayaran dividen tertinggi ini diperoleh setelah ditolak perbelanjaan pelaburan operasi, caj berkanun serta peruntukan rugi terjejas bersih ke atas aset kewangan.
Katanya walaupun persekitaran pelaburan semakin kompleks, KWSP mengekalkan momentum kenaikan yang stabil untuk merekodkan keputusan paling kukuh sejak awal milenium, disokong keberkesanan strategi pelaburan jangka panjang serta pendekatan berdisiplin dan berhemah. - BERNAMA
AbgZan
PENGUMUMAN Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberi kadar dividen sehingga enam peratus kepada pencarumnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011 membuktikan ekonomi negara masih stabil walaupun berlaku krisis ekonomi di luar negara yang dijangka memberi kesan kepada prestasi pelaburan domestik tahun lalu.

Ketua Penyelidikan Runcit Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan berkata, kadar yang ditawarkan KWSP adalah reaksi positif walaupun berlaku keadaan ekonomi yang tidak menentu seperti di Amerika Syarikat, China dan negara Eropah lain.

Beliau berkata, kadar inflasi negara yang turut meningkat pada kadar satu peratus kepada tiga peratus tahun ini memperlihatkan pelaburan domestik masih berada di tahap kukuh.

“Penawaran kadar peratus yang tinggi itu mungkin disokong sektor domestik yang masih mampu mengekalkan prestasinya tahun ini walaupun negara dijangka berdepan krisis kredit.

“Ini juga menunjukkan program dilaksanakan kerajaan membantu memperkukuhkan ekonomi dalaman seperti mewujudkan program Transformasi Ekonomi (ETP) yang menyumbang kepada penawaran peratusan terbabit,” katanya ketika dihubungi Bisnes Metro, semalam.

Sementara itu, Bekas Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan berkata, kadar ditawarkan KWSP dilihat masih rendah berbanding dengan badan pelaburan lain ketika ini.

Katanya, sebelum ini, KWSP menawarkan kadar dividen sebanyak 5.8 peratus dan peningkatan hanya 0.2 peratus itu masih dikategorikan kecil dan KWSP perlu melihat bagaimana badan-badan pelaburan lain yang mampu menawarkan kadar dividen lebih tinggi kepada pencarumnya sehingga ada yang mencatatkan 14 peratus.

Sumber: Metro
AbgZan

MULAI 25 Julai 2011, pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan untuk mengeluarkan simpanan di dalam Akaun 1 setiap tiga bulan bagi dilaburkan di dalam dana Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia).

AS 1Malaysia iaitu dana satu saham amanah keseluruhannya milik rakyat Malaysia yang diuruskan Amanah Saham Nasional Bhd (ANSB) kini disenaraikan sebagai Skim Pelaburan Ahli KWSP.


Permodalan Nasional Bhd (PNB) berkata jumlah pengeluaran itu bergantung kepada mengekalkan simpanan paras minimum pemegang akaun yang ditetapkan bagi kumpulan umur.

Katanya tiada had maksimum dikenakan bagi bilangan unit yang boleh dilanggani pelabur.


AS 1Malaysia mempunyai saiz dana 10 bilion unit, dengan 50 peratus diperuntukkan bagi Bumiputera; 30 peratus bagi Cina; 15 peratus bagi India; dan 5.0 peratus bagi rakyat Malaysia yang lain.

Kepada yang berminat dgn amanah saham seperti ASB dan ASW dan ingin melabur dalam AS 1Malaysia bolehler consider...

Atau kalau nak masuk unit trust pon boleh jugak, cuma unit trust dengan harga stock market sekarang yang tak menentu dan sudah agak tinggi, personally i think not suitable to enter now...

Wallahu'alam...


(sumber HMetro)