Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Saturday, August 3, 2013

Balik kampung!!


Punyala sedap tidur semalam, sampaikan sahur hampir terbabas. 5:30am hubs kejut tak bangun sahur ke? adoi! Laki bini tidur manfuss. Kekdahnya laki bini bangun tak basuh muka terus ngap nasi goreng dari kuali 2, 3 sudu. Takda cedok ke pinggan dah, bahaha.

Mood balik kampung dah berkobar-kobar ni. Walaupun takla jauh mana Kuantan-KT, tapi feel balik kampung tetap ada, lagi la kalau bukak lagu raya time drive..fuhh syahdu okeh! silap-silap meleleh air mata hidung bagai. over!

Ooyeahh petang ni dah nak balik KT. Hubs memang sengaja hantar balik awal sebab silap-silap malam raya baru dia sampai rumah parents aku. Kerjanya sometime tak menentu. Tak ke nangis aku. Nak jugak feeling kemas rumah, beriuh rendah dengan adik beradik di malam raya.
Oh ye, tahun ni turn raya rumah aku dulu. Mesti la excited sebab beraya dengan sikecil juga. Nak ajar zara collect duit raya bebanyak nih, hehe
Tapi petang 2nd day raya dah kena balik Paka rumah mertua. Macam kejap la pula 2nd day raya dah blah dari rumah sendiri, tsk. Takpe fair & square, ada mertua mestila kena berlaku adilkan? Baru mertua sayang, kekeke




Nih gambar semalam, katil dah rupa apa. Sikit-sikit aku kemas baju masuk bag. Buat dari pagi semalam kot kekdahnya 12malam baru siap, bahaha.
Excited nak balik kampung tapi nak pack atau unpack baju bajan memang aku slow. Malas wehh, tak suka tapi terpaksa buat jugak, nak harapkan suami nanti ada je barang yang tertinggal. Silap-silap tak bawak balik baju raya. nangiss!



Ok ni semua dah siap packing. Baru anak sorang selambak dah nak bawak balik. Anak 2, 3 tak tahu la camne berlambak-lambaknya nanti, ish. Aku kalau boleh 1 gobok nak bawak balik, ada je baju itu ini nak bawak balik. Eh baju ni penting, baju tu penting sudahnya dah jadi selambak, itula aku. adoi!

Ok, dah siap kemas, nak bantai tidur jap,hehe
Petang ni nak jumpa nana nak pickup kuih raya. Bye!

Friday, August 2, 2013

Ketam telur masin..blurghh!


Salam Jumaat,
Alhamdulillah, 24 Ramadhan masih berkesempatan berpuasa penuh. Hopefully dapat berpuasa penuh seperti tahun lepas.
Kalau time puasa tahun lepas, aku preggy. Tahun ni?? eh think +, hormon peod dah tak betol gamaknya sebab tu peod tak muncul2. hehe
Ramadhan hampir sampai ke penghujungnya.
Sedih, hiba semua perasaan bercampur baur. Semoga dipanjangkan usia untuk bertemu lagi Ramadhan tahun-tahun berikutnya, aaminnn

Semalam mertua datang berbuka kat Kuantan.
Kebetulan suami ada beli ketam fresh dari laut, eh ke sungai?? yang banyak amat maka berketam telur masin la kami.
Sudahnya sampai ke sahur makan, pheww perit tekak kami laki bini sepanjang berpuasa semalam gara-gara makan makanan masin time sahur.
Hadap la ketam tu sampai habis, nak simpan esok-esoknya takot tak sedap pula nanti.

Nah!


Pepagi dah upload gambar menu, hadap la ko, hehe..ampunn
Kot2 la nak penghujung Ramadhan ni, korang nak masak special menu macamni.
Sedap!

Kalau sebelum ni makan kat kedai je menu ni, dah la mahal gabak tak puas makan pulak tu. Since dah tahu resepinya senang ya amat maka kami akan buat sendiri je.
No kedai lagi untuk menu ni, jimat!

Ala, bahan-bahan yang diguna mudah je.
Tepung ubi, marjerin, cili api, susu cair, daun kari, bawang putih, minyak dan jangan lupa telur masin. Act resepi ni memang pakai kuning telur masin je, tapi kami taknak bazir maka campur jgk putih telur masin.

Ok, korang patut cuba, serius mudah dan sedap!
Mengantuk dah ni, nak join zara tido, taaa..

Tuesday, July 30, 2013

Mee lidi kuah putih + Ketupat sotong


Dua hari lepas balik kampung, rumah parents aku kat KT.
Heaven oii dapat balik berpuasa dan berbuka dengan family sendiri walaupun hanya dua tiga hari.
Masa yang ada dimanfaatkan sebaik2nya. Mintak mak masak yang kaw2.
Puas hati dapat makan masakan mak even lauk nya simple. Ye idok?
Sempatla berbuka dua kali kat rumah parents. Takpe weekend ni balik lagi, hubs anto balik awal ke kampung. oyeahh!

Sepanjang 2kali berbuka kat rumah mak, hari 1st aku mintak mak masak mee lidi kuah putih, 2nd day ketupat sotong.  blurghh puas hati dapat makan. 
Takler mengigau nak makan kat sini. Ikutkan boleh je masak sendiri tapi nak juga mak yang buatkan, ngadakan?

mee lidi kuah putih

 Sedap oii mee lidi kuah putih ni. Biasa orang pakai laksa putih tu, tapi family aku kalau buat laksa kuah putih ni mesti pakai mee lidi. Memang betul-betul sedap! Arghh kecur liur pulak, nak buat lagi laa.


ketupat sotong
  See, makanan yang aku mintak kat mak semua yang bersantan. Faveret ni, tak kisah bukan selalu pun makan kann.
 Senang sangat nak wat tupat sotong ni. (gaya orang terengganu bercakap)
Tanak pulut, pastu sumbat dalam sotong mentah. Depend la, ada yang letak pulut mentah dulu dalam sotong then baru masak sampai masak. Aku tak suka gitu sebab risau pulut tak masak elok.
Letak santan, bawang merah, halia, halba dan perasakan. Kacau2 bagi mengelegak then siap.
Mudah sangat!

Tetiba cerita pasal menu, ampunn.
Kot2 la korang rasa nak masak benda ni wat berbuka karang, tehehe
Hepi fasting!!


*notaaku : gambar menu tu ihsan google je, aku takde snap pic time nak berbuka ritu, tehehe

Tuesday, July 31, 2012

Pitam semasa di bazar Ramadhan

 
 
 
Salam dearest

Sejak berpuasa kemalasan up entri membuak-buak. Pening actually menghadap pc lama-lama.
Layan TV lagi best.
 
Berbalik pada tajuk entri.
Kalau kisah Kina pitam semasa terawih. Mila pulak pitam kat bazar Ramadhan.
Lemah lutut betul kalau time duk beli-membeli badan rase sejuk mengigil.

Kisahnya kat bazar Ramadhan Masjid Negeri, Kuantan.
Memang plan dengan hubby haritu nak berbuka kat padang sebelah Masjid Negeri tu.
Memang meriah babe berbuka kat situ, tak caya tanya orang Kuantan.
 
So keluar rumah around 5:30pm gitu. Jalan jem gila sesak dengan orang balik kerja.
Sampai situ dalam 6:15pm, cari parking sebelah masjid supaya senang after berbuka terus g solat kat masjid besar situ.

After parking, terus terjah masuk bazar. Memang tak leh tengok makanan kiri kanan kat bazar tu, sesak gila.
So tuju je tempat yang nak di beli. Nasib baik setiap gerai almost ada banner so dah tahu dorang jual apa.
Hubby terus g tuju makanan feveret dia kat situ, set Nasi Daging Salai. mabeles la sebab dapat pekena dengan ikan Pekasam. Lupa la nak snap pic.

Mila pula tak pikir nak makan lain, duk pikir nasi kerabu je. Plus sesak dengan orang so malas dah nak pilih-pilih makan.
Time duk jalan cari makan tu dah rasa lain macam, rasa sesak nafas dan sempuk gitu.
Tapi buat dono (tak tahu) je, sebab dah biasa rasa camtu sejak belum kahwin.
Time jalan memang tak lepas pegang hubby, sebab takut tercicir kat belakang.
Macam anak menurut pak nya.
Terus jalan cam biasa cari kuih pulak.
Mujur la nafsu tak menguasai semasa membeli, beli yang perlu je.

Lepas dah beli makanan, time tu air tak beli lagi. Badan dah rasa seram sejuk.
Mata berpinar-pinar, rasa macam muka ni putih xdak darah, haha
I need oxygen...help! (dalam hati jela)
Cakap kat hubby, sayang dah rasa pening lain macam ni, time tu pegang lengan hubby ketat2 sebab takut tumbang.
Tak nak la tumbang, malu babe dah la ramai orang.

Terus hubby heret bawak duduk kat padang sebelah.
Bila duduk je, fuhh lega. Rasa kebas tu berkurang.
Orang yang pernah pitam mesti tahu rasa camnekan?

Lepas je dapat duduk, terus hubby tinggal kan mila sesorang. Hubby continue beli air sebab takut tak dang nak berbuka.
Time tu xpela la nak tinggal sorang-sorang pun sebab dah leh duduk.
 
 
 see muka selamat dari tumbang.
kawan i cakap i makin kurus kering..sobs!
 
 
Seram kalau nak pergi bazar or mana tempat sorang2. Takut jadi camnila.
Since preggy makin menjadi2 nak pitam ni.
 
Sebenarnya kisah mila pun cam kina jugak, dah biasa pitam since sekolah rendah, menengah dan zaman U lagi.
Pitam time assembly sekolah dan pitam time kawad kaki. hehe
Tak leh berdiri if lelama sangat, kalau berdiri lama ada la kesan nya.
Orang tekanan darah rendah camni la gayo.

Ok tu je nak story.
Nak p masuk dapur pulak.
Bye!




Tuesday, July 24, 2012

Kuih Tradisional : Netbak..mau!!




Salam dearest.

Lately jarang update entri. Puasa2 ni malas pun ada. Tapi rindu tetap ada.
Oh Alhamdulillah, hampir 4 hari Ramadhan mila dapat berpuasa penuh dan berterawih.
Anak ibu sangat membantu. Thanks sayang!!
Moga mila terus kuat untuk berpuasa dan berterawih penuh Ramadhan tahun ini. Aminn..

Tiba-tiba kan kecur liur bila ingat kuih nih.

Netbak.

Sedapnyaa makan time sejuk-sejuk..
Kuih tradisional pantai timur. Paling femes kat Terengganu kot.
Orang ganu mesti tahu kan? Kalau tak tau jugak buang la kerakyatan tu..hahah
Kalau balik rumah mak mesti dah boleh dapat petang ni.
Ala kat Kuantan mana nak cari?

Mak!! nak!! sob...


Friday, July 20, 2012

Berpuasa bersama suami..




Assalamualaikum.

Salam Ramadhan untuk semua.
Alhamdulillah berpeluang bertemu Ramadhan lagi untuk tahun ini.
Ramadhan yang membawa sedikit perubahan untuk diri sendiri.

Buat pertama kalinya,
berpuasa bersama suami,
bersahur bersama suami,
dan juga berpuasa bersama anak..(pregnant)

Kalau sebelum kahwin bab sahur mak yang selalu hidangkan.
Kalau nak tolong time sahur memang liat la.
Bangun pun 15minit nak habis waktu imsak, haha

Tapi puasa kali ni no..no liat lagi.
mampus nak kena babab dek suami.
InsyaAllah cuba buat yang terbaik untuk suami.
Kan nak jadi isteri mithali..hehe

Kalau dulu time sahur cuma makan roti, biskut dan air milo jek.
Cukup untuk bekalan tenaga di siang hari.
Kalau nasi memang xlalu nak makan subuh-subuh.

Tapi sahur kali ini mesti makan nasi.
Kalau roti, biskut bimbang xcukup bekalan untuk anak dalam perut nanti.
Moga di beri kekuatan untuk berpuasa penuh tahun ni.Amin..




p/s : to olls mommy to be..apa makanan tambahan yang sesuai untuk ibu preggy ketika sahur?



Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers