Friday, October 15, 2010
Pizza mudah
Dulu MJ selalu bg alasan x de masa nak masak. Penat la. X reti la. Kedai jauh la. Sekarang ni bila anak2 makin membesar, bercitarasa mcm2, pandai plak request dan yg susahnya picky eater. Sebagai ibu, mesti risau tgk anak2 x mo mkn. ishh x lapar ke dia mkn nasi 2/3 suap..Kita ni, klu x abis sepinggan, mesti goncang balang2 lagi nak mengunyah hahahha. So, semua tu 'memaksa' MJ utk rajin memasak, cuba pelbagai menu, belajar mcm2 tips dr otai dapur dan mcm2 lg, demi keluarga tercinta. Sekali sekala makan kat luar x pe gak..sbb kadang2 penyakit 'M' menyerang kan...tapi kalau hari2 makan kedai, rasa letih lak keje sbb duit gaji habis bg kat tokey kedai makan tu je kan hehehhe...
Apa aku bebel byk sgt ni..hehehhe sebenarnya MJ nak bgtau yg MJ sediakan pizza ni x sampai 30 minit. X yah berpeluh2 nak uli tepung sume. Beli je base yg instant kat kedai bahan bakery. pastu curah la segala benda yg nak di makan.
MJ hari tu, hanya sapukan sos tomato, sos cili sikit sbb budak kecik 2 org tu nak makan. Pastu potong2 sosej, tabur sikit2 oregano. Bakar jap. Kuarkan sekejap, taburkan tomato yg dipotong dadu, mozarella cheese yang dihiris (parmesan ke cheddar ke, boleh je). Bubuh la selebat mana yg suka:D Masukkan semula dlm oven sekadar nak mencairkan cheese sahaja. Siap.
Boleh juga masukkan sayur2 campur kalau suka. Anak MJ memilih sikit. Nnt menyampah tgk diorg dok asing2 sayur yg ada..susahnya nak ajar mkn sayur...
Monday, August 30, 2010
Baked potato with Cream Corn + cheese
MJ mendapat 'tunjuk ajar' dari Guruji MJ hahahha Nowwa si bini askar yg sekarang tgh bergundah-gulana kerana nama husband nye dipilih untuk posting ke Sibu. X pe Non, walau pun kita jauh secara alam nyata tp internet sentiasa mendekatkan kita..wahhh iklan broadband plak kat sini hehehhe
Ok ni cara MJ buat setelah diajar secara basic oleh Nowwa
Bahan-bahannya:
5 biji kentang
butter/olive oilKrim jagung (dalam tin) - blh juga ganti dgn daging ayam yang dimasak dahulu bersama bawang dan garam
Cheddar cheese (parut)
Foil paper
Cara-caranya:
1. Cucikan kulit luar kentang dan keringkan.
2. Cairkan butter (jika guna butter), dan sapukan pada keseluruhan kulit luar kentang.3. Cucuk2kan kulit kentang dengan garfu dan balut dengan foil paper.
4. Masukkan dalam oven dan bakar selama 1j 30m pada suhu 170°C (Ni MJ nye oven ye)
5. Keluarkan kentang dan buka separuh foil paper tersebut. Belah tengahnya jgn sampai putus 2 tau.
6. Tekan hujung kiri dan kanan 'mulut' kentang tersebut. Macam gambar bawah ni
8. Masukkan 2 sdb krim jagung dan gaulkan dengan isi kentang tersebut.
9. Siapkan kesemua kentang.
10. Letakkan cheese yang telah diparut tadi padabahagian tengah/atas 'mulut' tersebut.
11. Bakar semula. Jgn lama, cukup sekadar cheese tu mencair sedikit.
12. Siap..
Tuesday, August 17, 2010
Makaroni bakar berlapis
Bahan-bahannya:
3 bungkus mi segera perisa ayam
150 ml air
3 biji telur
Bahan inti:
1 sdb majerin
1/4 labu bawang besar, cincang halus
2 sdb tepung gandum
200 ml stok ayam
100 g isi dada ayam, rebus dan siat
2 ketul sosej, potong dadu
1/2 sdt garam
1/4 sdt lada sulah
1/4 sdt serbuk pala (ni MJ x bubuh sbb xde)
1/4 sdt gula pasir
100 ml susu cair
Cara-cara menyediakannya:
1. Rebus mi segera sehingga kembang. Angkat dan toskan. Masukkan semua rempah mi segera perisa ayam. Kacau rata.
2. Masukkan air dan telur yang telah dipukul sedikit. Kacau rata.
3.Tuangkan sepertiga bahagian adunan mi ke dalam loyang puding setengah bulat yang telah disapu nipis marjerin dan dialas kertas aluminium (MJ guna mould bentuk oval je)
4. Tuangkan setengah bhgn adunan inti ke atas campuran mi. Tuang lagi sepertiga campuran mi. Tuang lagi baki inti. Tuang lagi baki mi. Ratakan (MJ hari tu buat selapis je..nak cepat:p)
5. Bakar selama 65 minit dengan sedikit direndam air denga nsuhu ketuhar 170°C sehingga masak.
Cara-cara menyediakan inti:
1. Panaskan marjerin. Tumis bawang besar sehingga terbit aroma. Masukkan tepung gandum. kacau sehingga bergumpal.
2. Masukkan stok ayam sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga licin. Masukkan ayam siat, sosej, garam, serbuk lada sulah, serbuk pala dan gula pasir. Kacau rata.
3. Masukkan susu cair. Masak sehingga pekat.
Wednesday, May 5, 2010
Angin rajin last wk
Tuesday, April 13, 2010
Home Made Burger
Resepi ni MJ ambik dari buku Ready, Steady, Spaghetti - cooking for kids and with kids...huiisshhh panjang sungguh tajuk buku..tp as the book mentioned, cooking for kids, so mmg sesuai la menu2nya untuk anak2 adam kami..
MJ ambik bhgn daging burger je ye..
500g minced beef (u may change to chicken minced as well)
1 onion, finely chopped
1 egg, lightly beaten
25g fresh breadcrumbs (yg ni MJ x bubuh sbb bread satu hal x de kat umah, pastu yg siap punya nun jauh di pasaraya :D)
2 tablespoons ketchup
2 teaspoons Worcestershire sauce
Cara-cara: (Part ni MJ ubah ikut step mcm program Chef at Home, AFC)
- Campurkan semua bahan dalam mixing bowl. Gaul hingga benar2 sebati.
- Biarkan dlm 10 - 20 minit dulu.
- Bentuk2kan ia menjadi seperti daging burger yg siap dijual cam kat supermarket tu.
- Bakar seperti biasa daging burger di bakar
Untuk mem'burger'kan ia:
Disebabkan MJ prepare ni utk my sons, so MJ x letak la segala sayur2 yg sepatutnya ada. Letak timun pun diorg dah bising2 suruh keluarkan...hishhh susah sungguh nak mkn sayur
- Roti burger di belah dua.
- Sapukan butter pada permukaan dalam burger tu (Base & top). Bakar seketika.
- Letakkan daging burger yang tlh siap dimasak di atas burger bhgn base. Letakkan sekeping cheddar cheese di atasnya.
- Masukkan burger tersebut dalam oven dan bakar seketika. Agak2 dah nak melt cheese tu, keluarkan la.
- Letakkan mayo/cili sos/salad2 dan akhir sekali tutup dgn bhgn top roti burger.
Dah blh ngap!
Tuesday, February 9, 2010
Mee sup
Menu ni dah lama buat tp disbbkan kesibukan MJ mengalahkan Datuk Najib, tu yg br sekarang sempat upload menu ni. Anak2 Adam kami mmg suka segala masakan mee/spageti. Asalkan tidak pedas dan sayur sekadar hiasan sahaja. Sapa yg sudi nak cuba, silakan..
Bahan-bahan sup:
Bahan A
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sdb jintan manis
2 sdb jintan putih
2 sdb ketumbar biji
4 sekawan
halia
- Blend semua ramuan di atas kecuali 4 sekawan.
Bahan B
Meat ball/ayam/daging
- Dipotong dan dibersihkan
Bahan C
1 sdt lada hitam (blh dikurangkan, ikut suka)
1 sdt lada putih (blh dikurgkan, ikut suka)
- Tumbuk kasar
Bahan D
Sawi/carrot/tomato
Cara menyediakan sup:
1. Tumis bahan A sehingga wangi dan kekuningan. (Tumis dulu 4 sekawan baru masukkan Bahan A yg diblend)
2. Masukkan air secukupnya. Masukkan Bahan B dan biarkan sehingga bahan empuk.
3. Masukkan Bahan C, garam secukup rasa dan sesudu besar kicap manis. Akhir sekali, masukkan sayur2an.
4. Hidangkan bersama mee yg telah dicelur dahulu, bawang goreng, daun sup dll
Tuesday, December 15, 2009
Spageti goreng
Sgt malas menghapdet blog ini buat sementara waktu. Kenapa? Entah le, mmg tgh malas...hahahhaa so, ni resepi yg berjaya sy C&P dari FP kak Rinn. Tengkiu kak rinn utk resepi yg marbeles nih;D
SPAGETTI GORENG
Bahan-bahan:
250gm spagetti, direbus dan toskan
1 biji bawang besar kuning, dicincang
2 biji bawang putih, dicincang
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar serbuk kari
200gm daging cincang
1 camca teh serbuk lada hitam
1/2 camca teh serbuk lada putih
2 biji tomato, didadu
Baby Corn, dipotong kecil
Carrot, didadu
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
Garam & Gula secukup rasa
Oregano (optional)
Thyme (optional)
Parsley (optional)
Cheese (optional..apa2 cheese pun ok, rinn guna 2 cheese slices)
Cara-cara:
1. Tumiskan Bawang besar dan bawang putih. Tumis hingga layu.
2. Masukkan lada hitam & lada putih.
3. Masukkan buah tomato dadu. Masak hingga hancur.
4. Masukkan sos cili, sos tiram dan serbuk kari. Kacau sebati.
5. Masukkan daging cincang dan masak.
6. Masukkan spagetti. Perasakan dengan garam & gula.
7. Akhir sekali masukkan cheese dan masak hingga rata.
Selamat mencuba!
Friday, September 4, 2009
Baked Potato And Cheese Frittata
Bahan:-
4 biji kentang sederhana besar (800 gm)
4 biji telor - pukul sikit
1/2 cawan cincangan daging (*aku guna chicken sausage)
1 biji tomato - dadu
2 labu bawang besar (sederhana) - hiris nipis
1 sudu besar hirisan daun parsley - (*x bubuh pun. kak ummi kata blh ganti ngan daun bawang/sup)
1 cawan parutan cheddar cheese (*aku guna mozarella cheese)
Cara Membuat:-
Preheat oven pada suhu 180 C dan griskan loyang 7 x 7 x 3 cm (*k.ummi guna loyang bulat diameter 7"). Parut kentang, dan perah buang sikit airnya. Campurkan semua kentang, telor, sausage, tomato, bawang, daun sup/parsley dan separuh parutan cheese. Gaul rata dan tuangkan ke dalam loyang. Tabur rata lebihan parutan cheese tadi. Bakar selama 40 minit atau sehingga kekuningan. Sejukkan dan potong untuk hidangan bersama sos cili dan mayonis. (Kitorg makan gitu pun dah sedap!)
Char Kuey Teow
Bahan-bahan ( 2 org )
* UTK PASTE *
- 200 gm udang
- 250ml air
- 4 ulas bawang putih di ketuk
- 6 sb sos tiram
- 3 sk kicap pekat
- 3 sb kicap manis
- 1 sk petis (*akak xda ni)
- 2 sb pati ikan bilis / pati udang
- 2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
- 1 sk gula
* UTK MEE *
- 300 gm kuey teow
- 1 sb cili boh (*akak guna cili kisar)
- kerang
- sedikit kucai & taugeh
- 2 biji telur
Cara-cara:-
Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.
UTK MEE-
- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td.
- Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
- Bila air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata.
- Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.
**Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis kena tambah lg, jd 1sb. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tp kalau rasa cam tawar leh adjust eh......
Tuesday, September 1, 2009
Pasta goreng
Malasnya nak menaip, aku ringkaskan kat sini je la. Ni anggaran sahaja ye, sila alter mana yg berkenaan:
Pasta - Rebus dan toskan
1 cawan daging cincang
2 ketul sosej - hiris serong/bulat
3 sdb sos tomato
2 sdb sos cili
1 sdb sos tiram
2 ekor udang saiz besar (potong kecil2)
oregano/basil or etc
2 keping keju cheddar
1/2 kiub ayam
- Tumis bawang besar yang dipotong dadu dan bawang putih yang dicincang hingga kekuningan.
- Masukkan daging cincang dan kacau sampai masak. Masukkan sosej dan udang. Kacau seketika.
- Masukkan sos tomato, sos cili dan sedikit sos tiram. Gaul lagi. Masukkan sedikit sahaja air kalau kering sgt.
- Masukkan serbuk lada hitam, sikit je utk budak2. Oregano klu ada curah sikit. Kiub ayam dalam 1/2 kiub.
- Kalau ada sayur, blh masukkan gak (carrot ke, brokoli ke, capsicum ke...errr tu je yg aku rasa sesuai)
- Masukkan pasta yg telah direbus, garam secukupnya. Gaul rata. Campurkan kepingan cheese jika suka. Siap!
Sunday, August 30, 2009
Pizza
Inilah sarapan kimi n Najmi semalam. Buat mini saiz dan separuh dari adunan di bawah. Salin dari blog k.ummi kuantan utk base dia..topping buat sendiri ikut apa barang yg ada kat umahBahan Base (Blh hasilkan 2 keping sederhana besar)
300 gm tepung gandum/tepung roti (aku guna tepung gandum je...tu je yg ada kat umah hehehhe)
200 ml air
15 gm gula
1 1/2 sdt yis
25 gm shortening
1 sdt garam
1 sdb susu tepung
Cara2nya: (ni utk mereka2 yg x de breadmaker spt aku)
- Masukkan tepung, gula, yis, garam, susu tepung. Gaul rata.
- Masukkan air dan uli biar lembut. Masukkan shortening dan uli lagi sehingga doh x melekat kat dalam mangkuk. Aku uli hari tu dekat 20-30 minit la. Lenguh okey! Biarkan doh seketika sementara kita menyediakan toppingnya. Nanti doh akan naik dan kembang.
Bahan2 topping (utk separuh adunan base ye)
1 biji tomato (atau blh je guna tomato puri)
1/2 biji bawang besar (potong dadu)
2 ulas bawang putih (pecahkan dan cincang2kan)
2 batang sosej (disebabkan anaknda jenis memilih mkn, so, aku hancurkan)
1 biji tomato (potong dadu)
1/2 paket daging cincang
sedikit lada hitam + lada putih
1 1/2 sdt rempah spageti bolognese (blh je klu ada segala serbuk english spices)
2 sdb sos cili maggi
garam
1/4 kiub ayam
Cara2nya:
- Tumis bawangan hingga kekuningan.
- Masukkan daging, kacau seketika dan masukkan sosej. Gaul lagi.
- Masukkan tomato yang diblend. Jika agak kering, masukkan sedikit air. Jgn byk sgt sbb nnt base kembang bila topping berair sgt.
- Masukkan pula tomato yg dipotong dadu, lada hitam, lada putih, rempah. Gaul lagi.
- Masukkan sos cili, garam dan kiub ayam. Kacau rata m tuutp api.
Cara menyediakan pizza:
- Canaikan doh dan letak dalam tray/pizza pan. Sapukan sos cili sikit dan sos tomato sikit atas permukaan doh tadi.
- Curahkan topping ke atasnya dan taburkan mozzarella cheese yang diparut menutupi topping.
- Bakar selama 15-20 minit pada suhu 170°C
- Basr dia x keras pun sampai petang. Simpan sekeping utk berbuka dan panaskan balik, base kekal lembut.
Tuesday, April 14, 2009
Mee goreng basah
Sebungkus mee kuning (rendam seketika)
Bawang putih + merah - tumbuk
1/2 ketul ayam dipotong kecil2 (blh juga guna fish ball/cake, meat ball)
2 sdb cili boh (kalau 'customer' korg ada anak2 kecil, x yah la bubuh byk2)
sos cili (aku suka guna sos cili maggie. mcm sesuai je nak masak mee goreng)
sos tomato (sekadar 1/2 sdt)
sos tiram
kicap manis
kicap pekat
Tauge + sawi
* kuantiti sos aku x leh nak bubuh exactly brp byk yg guna. Sbb dia bergantung pada kuantiti mee, ketebalan mee dan jenis mee yg korang guna. So, adjust sendiri ye. Yg penting, sos tomato jgn byk sgt..nnt masam je mee goreng...x best
Cara2nya:
1. Tumis bawang sehingga garing. Masukkan ayam dan goreng seketika.
2. Masukkan 2 cawan air, biar mendidih seketika. Masukkan segala sos dan kicap dan biarkan sehingga air berkurang sedikit. Rasakan garam, jika perlu.
3. Masukkan mee dan gaul rata. Last sekali baru masukkan sayur2.
4. Biarkan sekejap sebelum tutup air dan dihidangkan.
Saturday, March 28, 2009
Spageti Bolognese
Resepi ni guna bahan2 instant je. Mudah dan ringkas. Yang penting masa dgn keluarga tu sgt2 berharga..jgn lama sgt di dapur..xkan nak 'berchenta' dgn dapur je kan..so, let's find the recipe....
- Rebus mengikut arahan pada bungkusan.
- Toskan dan gaulkan dengan sedikit butter utk mengelakkannya dr melekit2 sewaktu serving.
Bahan kuah
1 biji bawang besar dipotong dadu
1 biji tomato dipotong dadu
bbrp hirisan batang saderi
2 keping daging burger dipotong dadu kecil2
1 botol sos spageti (aku guna yg ada mushroom brand Kimball, ada cop halal :) )
*kalau beli sos yg dah dicampur mushroom, x perlu tambah button mushroom yg dihiris nipis2. Kalau guna yg Traditional br tambah button mushroom ye.
1 sdk rempah Spagethi Bolognese*optional
Cara penyediaanya:
- Tumis bawang besar dengan minyak yg sedikit sehingga agak layu.
- Masukkan daging burger dan kacau lagi sehingga daging masak. Air lemak daging tu akan keluar sekali, jadi tak perlu minyak yg byk semasa menumis. sakit jantung nnt!
- Masukkan sos spageti dan campurkan 1/2 botol air ke dlm periuk tadi. Jumlah air tu ikut la kepekatan kuah yg korg suka.
- Apabila kuah telah mendidih, masukkan tomato, batang saderi dan rempah spageti.
- Rasa kuahnya, tambah garam jika perlu. Sapa2 yg suka kuah lbh masam, bolehlah tambahkan 2 sdb tomato puri.
- Boleh la dihidangkan terus dengan spageti tadi..Mudahkan, potong2 dan campak2 je.
Wednesday, January 28, 2009
Makaroni goreng berkeju
Bahan-bahannya:
1/2 biji bawang besar - potong dadu
setengah peket makaroni
2 keping daging burger - potong kiub
1/2 tangkai cili merah - cincang
(option : capsicum merah/kuning/hijau, brokoli, carrot - sayur2an ni berkaler2..so nnt meriah la klu bubuh)
1/2 ketul kiub ayam
2 keping keju cheddar - potong/koyak2kan
garam secukup rasa
Cara2nya:
1. Rebuskan makaroni seperti arahan di belakang bungkusannya. Bila dah kembang, toskan dan ketepikan. (Kalau biarkan sekejap je sblm nak masak, x yah la gaul ngan minyak. Nnt kalau terlalu berminyak muak pulak bila dah campur ngan cheese nnt)
2. Tumis bawang besar, bila dah agak layu masukkan daging burger. Kacau sekejap, kemudian masukkan makaroni, sayur2an, kiub ayam (dihancurkan dan ditaburkan) dan gaul seketika.
3. Masukkan cheese dan teruskan menggaul sehingga cheese mencair dan perasakan garam.
4. Siap..makan panas2 sedap. Kalau dah sejuk kureng sikit sbb cheessy kan..Ok selamat menjamu selera.
p/s: kalau sediakan menu ni utk kanak2, x perlu bubuh segala sayuran cili tu ye..nnt pedas plak.

