Konco-konco ku

Showing posts with label MB Selangor. Show all posts
Showing posts with label MB Selangor. Show all posts

Wednesday, February 19, 2014

ISTANA SULTAN SELANGOR KELUAR AMARAN

ISTANA Sultan Selangor baru-baru ini telah mengeluarkan amaran keras kepada mana-mana kerabat diraja Sultan Selangor supaya tidak masuk campur dengan politik terutama semasa PRK Kajang ini.

Ini berikutan gambar salah seorang kerabat yang dilihat bergambar bersama Anwar Ibrahim semasa kempen beliau di Kajang. Dalam kenyataan Anwar, kerabat Sultan Selangor iaitu sepupu kepada Sultan Selangor telah datang berjumpanya dan ini dikatakan telah memberi lampu hijau untuk Anwar menjadi Menteri Besar Selangor.

Cerita yang sebenarnya adalah sepupu kepada Sultan Selangor ini hanya terserempak dengan Anwar dan tidak punyai apa-apa agenda pun. Tetapi oleh kerana kecekapan jurukamera menangkap gambar mereka bersama, jadi peluang inilah yang digunakan oleh Anwar untuk memanipulasi gambar tersebut dengan isu jawatan MB Selangor yang bakal diambil alih dari Khalid.

Fitnah Anwar terus-terusan berleluasa. Tidak kira siapa jua mangsanya beliau tetap akan menggunakan kesempatan yang ada agar rakyat dapat ditipu. Inilah Anwar.

Tuesday, February 18, 2014

PAS TUNTUT JAWATAN MENTERI BESAR JIKA PKR MAHU LANTIK ANWAR!! #PRKKAJANG

KONTROVERSI berkenaan pemilihan Menteri Besar Selangor selepas kemenangan Anwar di Kajang berbunyi kembali apabila ada sebilangan penyokong PAS yang mula mempersoalkan penglibatan kepimpinan PAS dalam PRK Kajang adalah sebagai isyarat menyokong Anwar untuk menjadi Menteri Besar Selangor selepas Khalid Ibrahim letak jawatan.

Jika sebelum ini pimpinan PAS pusat mengarahkan semua saf kepimpinan PAS agar mengunci mulut dari memperkatakan tentang kontroversi jawatan Menteri Besar yang disandang oleh Anwar, namun mulut-mulut para penyokong parti PAS tidak dapat ditutup rapat.

Mereka sudah mula mempersoalkan kepimpinan PAS Selangor yang umpama sudah dikeldaikan oleh PKR dan DAP dalam memerintah negeri Selangor sedangkan kerusi DUN PAS adalah yang terbanyak dalam Pakatan Selangor.

Jika Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS berkata agar persoalan tentang jawatan MB tidak harus ditimbulkan, namun arahan ini tidak dapat disimpan lagi oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat yang akan menuntut jawatan MB Selangor jika Anwar dilantik menjadi MB.

Suhaizan Kayat yang dalam kenyataannya mengatakan bahawa PAS punyai hak dalam isu jawatan MB Selangor dan seharusnya PAS Selangor mendesak supaya kerusi MB diserahkan kepada PAS berdasarkan jumlah kerusi paling banyak di Dewan DUN.

PAS Selangor bagaikan tiada telur apabila terus-terusan digula-gulakan dengan janji-janji manis PKR terutama Anwar yang memberikan kelebihan dalam mengurustadbir negeri namun hakikatnya selagi kerusi dan kuasa MB di tangan PKR, maka PAS hanyalah umpama seorang anak kecil yang kerap menagih gula-gulanya.