Kasih Bertaut

Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts
fahdin
BESI itu kuat , tapi API mampu meleburkannya,

API itu kuat , tapi AIR mampu memadamkannya,

AIR itu kuat , tapi AWAN mampu menyejatnya,

AWAN itu kuat , tapi ANGIN mampu menolaknya,

ANGIN itu kuat , tapi BUKIT mampu menghalanginya,

BUKIT itu kuat , tapi MANUSIA mampu menghancurkannya,

MANUSIA itu kuat , tapi NAFSU mampu menundukkannya,

NAFSU itu kuat , tapi IMAN mampu mengalahkannya,

TAPI BILA IMAN KUAT TIADA , APA YANG MAMPU MENGALAHKANNYA

fahdin




Pagi itu cerah. Ahmad sudah berada di pinggir padang dengan pakaian sukannya. hari ini adalah hari yang besar buatnya. dia perlu membuktikan kemampuannya mengatasi yang lain. Dia siap. Siap untuk pertandingan akhir. selang beberapa minit, namanya dan nama peserta akhir yang lain dipanggil ke tengah padang. 

Dia berdiri di garisan yang paling hujung. sesekali matanya menangkap susuk tubuh pesaingnya. jauh lebih besar dan tinggi kalau dibandingkan dirinya. Tapi dia tidak gentar. sesekali dia menghenjakkan kaki dan mengurut-urut lehernya untuk meregangkan otot. hari ini hari penentu. sama ada dia akan membawa pulang pingat emas atau pulang dengan tangan kosong. namun dalam hatinya tuntas. Emas. \

Saat semua peserta sedang bersedia meletakkan kedua-dua tangan ke tanah selepas mendengar kalimah "kegarisan" .. Ahmad masih berdiri. tangannya ditadah, kepalanya mendongak ke langit. mulutnya terkumat-kamit menutur sesuatu. kemudian baru dia ke posisi yang sepatutnya.



Selepas sahaja bunyi tembakan kedengaran, Ahmad terus memecut. pandangannya tajam. betul-betul menuju ke garisan penamat. dia tidak peduli dia di kedudukan ke berapa. yang penting dia harus sampai merentap tali penamat dengan tubuhnya sebelum yang lain melakukan hal itu. Di langkah-langkah terakhir, dia memejamkan mata dan terus melangkah.

Selang beberapa saat, bunyi tepukan dan sorakan bergema di setiap penjuru padang. Pemenangnya sudah ada. Dan ternyata, Ahmadilillah pemenang itu. Hatinya berombak kencang dengan sisa-sisa nafas yang masik bersesak-sesak mengasah hidungnya. 

Saat namanya dipanggil untuk menerima pingat, penyampai bertanyakan sesuatu. "Pasti kamu sedang berdoa agar Allah menangkan kamu saat kamu menadah tangan tadi. Kan?" Ahmad hanya tersenyum sambil menjawab. "Tidak adil rasanya untuk aku berdoa agar Allah kalahkan yang lain." wajah penyampai sedikit berkerut. Ahmad menyambung "Cukuplah aku berdoa agar aku tidak menangis jika aku kalah." ... Kata-kata Ahmad membuatkan ramai orang tersentuh dam memberi tepukan yang gemuruh buatnya ...


fahdin

Bismillah ... Kisah yang saya nak kongsi ni bukanlah begitu asing bagi kita semua. Pasti ramai yang sudah tahu. Cuma sekdar mahu mengingatkan balik diri masing-masing ... Semoga terhibur.

Pemuda : Anda siapa Dan bolehkah menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Imam : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda : Saya ada 3 soalan:-

1. Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukkan wujud tuhan kepada saya?

2. Apakah yang dinamakan takdir?

3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama.

Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba Imam tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda : Kenapa anda marah kepada saya? (sambil menahan sakit)

Imam : Saya tidak marah. Tamparan itu adalah jawapan saya atas 3
pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak faham.

Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.

Imam : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda : Ya!

Imam : Tunjukkan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda : Saya tidak boleh.

Imam : Itulah jawapan pertanyaan pertama. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Imam : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda : Tidak.

Imam : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak.

Imam : Itulah yang dinamakan takdir.

Imam : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda : Kulit.

Imam : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda : Kulit.

Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit.

Imam : itulah jawapan untuk soalan ketiga.Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan...

"Sahabat, Mari kita duduk, beriman sejenak?"
fahdin

Cerita yang ingin saya kongsi ini rasanya semua sudah tahu dan maklum, tapi saya ingin mengulangi kisah ini. Maklumlah, manusia kan mudah lupa .. bak kata pepatah arab " la yusamma al-insan bil-insan illa bi nisyan" tidak dinamakan manusia itu dengan manusia melainkan dengan sifat pelupa ... maka sama-samalah kita saling ingat mengingatkan .... jom hayati kisah ringkas ini ...


Suatu ketika, ada seorang pemuda lelaki yang bersifat pemarah. Untuk mengurangi kebiasaan marah si anak, ayahnya memberikan sekarung paku dan menyuruh anaknya itu memakukan sebatang paku di tiang pagar belakang rumah setiap kali dia marah. 


Hari pertama sahaja si anak telah memakukan 48 batang paku menunjukkan kekerapan marahnya itu. Namun secara berperingkat jumlah paku yang dipasakkan semakin berkurang. Dia menyedari bahawa ternyata lebih mudah dia menahan marahnya daripada memakukan paku ke tiang pagar. 

Akhirnya tibalah hari dimana si anak merasakan bahawa dia sudah mampu mengawal kemarahannya dan tidak cepat hilang kesabarannya. Dia memberitahu hal ini kepada ayahnya. Kemudian ayahnya menyuruhnya mencabut satu paku setiap hari di mana dia tidak marah. 

Hari terus berlalu dan si anak itu akhirnya memberitahu ayahnya bahawa semua paku telahpun dicabut olehnya. Lalu si Ayah mengajak anaknya ke pagar. 

“Hmm, kamu telah Berjaya anakku, tapi lihatlah lubang-lubang di pagar ini. Pagar ini tak akan pernah menjadi sama seperti sebelumnya. Ketika kamu mengatakan sesuatu dalam kemarahan, kata-katamu meningggalkan bekas seperti lubang ini … di hati orang lain. “ 

Si anak terdiam. Kemudian si ayah kembali bersuara.

“kamu dapat menusukkan pisau pada seseorang, lalu kamu mencabut pisau itu …. Tidak kiralah berapa kali kamu meminta maaf, parut luka itu akan tetap ada. Parut luka dihati kerana kata-kata samalah kekalnya seperti parut luka di tubuh badan

p/s : Kekuatan manusia bukanlah terletak pada kehebatan di medan perang, tatapi kekuatan sebenar adalah terletak pada kekuatan ketikan menaran marah.
fahdin


Cubalah untuk menguasai satu hari anda dengan niat untuk memberi. Mulainya dengan sesuatu yang kecil yang tidaklah begitu besar di mata anda. Mulai dari wang baki kecil yang mungkin kamu longgokkan dalam laci yang mungkin tercicir di sana-sini, hanya untuk satu tujuan : DIBERIKAN.

Di saat anda bersiar-siar di tengah-tengar pekan yang disimbahi perit mentari, atau saat anda berada di dalam kereta yang berhawa dingin lalu sepasang tangan kecil mengetuk cermin pintu meminta-minta. Tidak perduli bagaimanapun pandangan anda tentang kemalasan, kemiskinan dan sebagainya. Tak perlu berfikir panjang, berikanlah satu dua keping kepada mereka.



Barangkali ada rasa enggan dan kesal. Mendapkan perasaan itu seiring dengan pemberian anda. Bukankah tak seorang pun ingin memburukkan dirinya dengan menjadi pengemis. Ingat bahawa, kali ini kita hanyalah “berlatih” untuk memberi. Hulurkan tangan dengan jumlah yang tidaklah begitu memberi makna bersar buat kita. Rasakan saja sesuatu yang mengalir dari telapak tangan anda. Sesuatu yang dipanggil KASIH SAYANG.

Memberi tanpa menyoal bagai menyingkirkan batuan besar penyekat arus sungai yang mengalir. Arus sungai adalah rasa kasih dalam diri. Sedangkan batu adalah kepentingan yang berpusat pada diri sendiri. Sesungguhnya bukanlah wang atau berlian yang kamu telah berikan. Tapi kasih sayang. Kemurahan itu tidak terletak pada tangan, melainkan di hati.

P/s : Keindahan hidup pada memberi


fahdin


Seorang lelaki berhenti di sebuah kedai bunga untuk membeli sekarangan bunga yang akan dikirimkan kepada ibunya yang tinggal sejauh 250 KM darinya. Apabila dia keluar dari keretanya, dia melihat seorang gadis kecil berdiri di tebing jalan sambil menangis tersedu-sedu. Lelaki itu bertanya kenapa dan dijawab oleh gadis kecil itu “ saya ingin membeli setangkai bunga mawar merah buat ibu saya. Tapi wang saya tidak mencukupi.”

Lelaki itu tersenyum dan berkata, “mari, abang akan belikan kamu bunga yang kamu mahukan itu.” Kemudia dia membelikan gadis kecil itu setangkai mawar merah, sekaligus memesan karangan bunga untuk dikirim kepada ibunya.

Ketika selesai dan hendak pulang, lelaki itu menawarkan diri untuk menghantar gadis kecil itu pulang ke rumah. Gadis kecil itu melonjak gembira, katanya “ ya sudah pasti. Benarkah abang mahu menghantar saya ke tempat ibu saya?” lelaki itu tersenyum dan mengangguk.

Kemudian mereka berdua menuju ke tempat yang ditunjukkan gadis kecil itu. Tempat yang dimaksudkan ialah saebuah kawasan perkuburan. Lalu gadis kecil itu meletakkan mawar merah itu di atas sebuah kubur yang masih basah.

Melihat peristiwa itu, hati lelaki itu benar-benar tersentuh dan teringatkan sesuatu. Bergegas, dia kembali ke kedai bunga tadi dan membatalkan kirimannya. Dia mengambil karangan bunga yang dipesannya dan membawanya sendiri sejauh 250KM menuju ke rumah ibunya.

( diadaptasi dari : Rose for Mama – C.W.McCall )

P/s ... Saat terindah takkan dikenang sebagai kenangan selagi tiada perpisahan yang merindukan.

fahdin

Bismillah ...
Masih ingat lagi kisah al-Qamah?
Jom sama-sama kita hayati kisah tauladan ini.

يقال : أن شابا يسمى علقمه مرض وأشتد مرضه فقيل له قل لا اله الا الله فلم يستطع أن ينطقها بلسانه فأخبر الرسول صلى الله عليه وسلم بذلك ,

فقال عليه السلام هل له أبوان؟)

فقيل أما أبوه فقد مات, وله أم كبيره, فأرسل اليها فجاءت فسالها الرسول عن ابنها

فقالت : كان يصلي كذا وكذا ( مدحت صلاته) وكان يصوم كذا وكذا وكان يتصدق بحمله دراهم وما ندري ما وزنها وما عددها!

فقال لها عليه السلام : ( فما حالك وحاله؟) "أي كيف هو معك "

قالت يا رسول الله أنا عليه ساخطه

فقال لها ولم ذلك؟

قالت: لانه كان يؤيد امرأته ويطيعها دوني .

فقال عليه السلام : ( سخط أمه حجب لسانه عن شهادة لا اله الا الله اي انه لم يعد يعرف ان ينطق بالشهاده بسبب سخط وزعل امه عليه) ثم قال عليه السلام : ( يا بلال انطلق واجمع حطبا كثيرا حتى احرقه بالنار )

فقالت الام وهي خائفه مرعوبه : يا رسول الله ابني وثمرة فؤادي تحرقه بالنار أمام ناظري وكيف يحتمل قلبي ذلك ؟!

فقال عليه السلام (اذا كان يسرك أن يغفر الله له فأرضي عنه فوالذي نفسي بيده لا ينتفع بصلاته ولا بصيامه ولا بصدقته ما دمت ساخطه عليه) . فرفعت الام يديها الى السماء

وقالت : أشهد الله في سمائه وأنت يا رسول الله ومن حضر اني قد رضيت عنه,

فقال عليه السلام يا بلال انطلق فانظر هل يستطيع علقمه أن يقول لا اله الا الله فلعل أمه قد تكلمت مما ليس في قلبها حياءً من رسول الله(أي لم تصفح عنه من قلبها)) فانطلق بلال فلما وصل الى باب بيت علقمه سمعه يقول:لا اله الا الله ومات من يومه وغسل وكفن وصل عليه الرسول ثم قام على حافة القبر وقال
"
يا معشر المهاجرين والأنصار من فضل زوجته على امه فعليه لعنة الله ولا يقبل منه التوبه ولا الفديه ".