Sunday, August 03, 2014
BURUNG YANG MENYANYI
Monday, July 28, 2014
AJAK AKU
Ajak aku bila kau rasa buntu, ingin kosong kan jiwa dan campak semua orang ketepi termasuk kekasih kau. Ajak lah aku. Aku boleh teman. Aku boleh serius. Ajak aku, jangan tinggal. Sebab aku bila kena tinggal, aku rasa buntu dan kosong.
Akan datang kau rasa begini lagi, kalau rumah tak ada lampu, kalau nafas rasa membosankan, ajak aku.
Sekurangnya boleh kau belasah aku bila geram menggunung sampai hujung sendu. Habis geram, terbitlah lampu. Sehatlah aku. Ajak aku bila kau rasa buntu. Jangan lupa.
Ajak aku. Kalau kau lupa, kau aku campak.
Thursday, June 26, 2014
Sunday, June 08, 2014
LAIN PADANG
Dalam kata mudah, kalau kita ada seketul ayam goreng lalu kita ambil gambar dan kita upload lalu tulis "Sedapnya ayam yang orang belanja", tidakkah kita sedar yang ada kawan kita tidak mampu makan ayam kerana tak ada wang. Ada kenalan kita yang tidak sempat ada kawan untuk belanjanya ayam kerana mati awal ditabrak lori. Ada lagi kawan kita yang sudah hilang rahang kerana eksiden. Jadi beginilah. Ada hal yang kita dapat, orang lain tak dapat. Dan apabila berkongsi, kita kena fikirkan tentang kawan yang tak ada wang, kawan yang tak ada kawan kerana mati awal dan kawan yang eksiden.
Saturday, May 17, 2014
MAKAN
Semalam kau kata kau mahu makan aku. Sampai paras dada. Tapi hari ini kau mungkir. Kau makan semua. Melebihi paras dada. Yang tinggal pada aku, cuma kuku. Kau kenyang, aku kenyang.
Saturday, May 10, 2014
KITA BERJURANG, KAWAN
Taraf ini kita cipta sendiri kerana ada nya jurang. Jurang pula kita sendiri wujud kan kerana ada nya benda benda yang tidak tertimbus. Seperti bangkai lama. Kalau lah kita timbus sama sama. Mesti jurang ini tidak wujud dan kita masih setaraf. Taraf ini aku cipta kerana ada jurang yang aku lah juga mewujudkan nya. Terima kasih.
Wednesday, March 26, 2014
HUJUNG DUNIA
| "Cakar langit sampai luka" RicohCX3 |
Orang alim kata, malapetaka itu datang dari Tuhan yang murka pada kita. Kita lah, yang tidak suka senyum, yang tidak suka hulur syiling sekeping dua kepada orang miskin, yang tidak suka berjabat tangan, yang tidak suka memeluk, yang tidak suka mengucapkan benda indah dan terima kasih, yang tidak suka menyanjung sesama, yang tidak suka sama sama bersenang, yang tidak suka itu ini. Semuanya kita. Orang alim kata, kerana tidak suka semua ini, Tuhan pun murka. Kemurkaan Tuhan itulah yang mengilhamkan manusia untuk mereka olah 'malapetaka'. Lalu semua manusia pun ditimpa malapetaka. 'Suwey' belaka.
Orang moden kata, malapetaka ini datang dari sifat sifat kemodenan itu sendiri. Kemodenan melahirkan sesuatu yang gah dan 'wow'. Tetapi yang gah dan 'wow' datang pula dengan kepincangan nya yang sendiri. Kepincangan dalam sifat sifat kemodenan ini lah yang melahirkan malapetaka. Contohnya apabila telefon canggih mula semakin masuk kedalam poket dan merosakkan pundi-pundi manusia, terbit pula masalah hasil kajian manusia juga yang diilhamkan Tuhan. Masalah peranakan tidak subur, masalah kurang berinteraksi, masalah bunuh diri, masalah benci membenci, masalah ketagih like dan macam macam lagi. Lalu semua manusia pun ditimpa malapetaka kerana masalah yang direka olah sendiri. 'Suwey' belaka.
Orang yang selamat daripada malapetaka ialah, orang yang sentiasa merasakan diri dia tidak alim dan tidak tahu apa apa dan sentiasa berada dalam keadaan yang tidak terlalu moden. Oke oke sahaja. Orang ini lah yang tidak 'suwey'. Yang semuanya dia jalani dengan nisfu nisfu (separuh separuh) dan tidak berat sebelah. Tidak lah terlalu alim hingga tinggal kemodenan. Tidak lah terlalu moden hingga tidak menyembah Tuhan.
Habis.