Tuesday, June 09, 2015
SEKSI
Bersaranglah. Aku mahu hidup dengan kau, di dalam dada aku sendiri.
Tuesday, March 03, 2015
PUKUL
Aku mimpi kau dipukul bertalu talu. Bila aku tanya, kau diam membisu.
Siapa yang memukulmu?
Kau diam membisu. Buat aku jadi separuh gila. Semua yang kau kenal, semua aku tuduh. Semua yang kau berkawan, semua aku nak bunuh.
Siapa yang pukul kau?
Saturday, February 28, 2015
KAU SAKIT
Melalui lorong masyarakat korea yang tidak putus putus dengan kedai makan yang semuanya ada kobis jeruk, aku berjalan dengan peluh merembes tak henti henti. Jauh sangat berjalan itu tidaklah, tapi disebabkan tak ada angin yang meniup, aku jadi berbahang.
Panas bukan main. Peluh dari kepala, mengalir ke dahi. Keluar daripada celah celah rambut menuju pula ke hidung. Turun ke tepi bibir, dagu dan kemudian pergi ke lantai. Bersama garam lebihan dan kotoran dalam badan, peluh tertinggal di situ. Di tepi kedai kedai korea, yang orangnya puteh puteh dan suka sekali makan kobis jeruk.
Dia sudah di rumah. Berehat mungkin. Pulang dalam keadaan longlai seperti orang tidak cukup zat makanan. Pucat bibirnya nampak kebiruan. Putih pipinya macam susu. Penat matanya nampak tak mampu. Hari itu, dia sungguh tidak sehat. Sungguh sungguh sakit.
Wednesday, January 07, 2015
Sunday, December 28, 2014
KAU YANG KELABU
Datang jemput aku.
Dan tak pernah.
Dan tak akan.
Berlalu
Dan tak akan.
Dan tak pernah.
Berlalu.
Monday, December 22, 2014
Thursday, December 18, 2014
SANTA
Sunday, August 03, 2014
BURUNG YANG MENYANYI
Monday, July 28, 2014
AJAK AKU
Ajak aku bila kau rasa buntu, ingin kosong kan jiwa dan campak semua orang ketepi termasuk kekasih kau. Ajak lah aku. Aku boleh teman. Aku boleh serius. Ajak aku, jangan tinggal. Sebab aku bila kena tinggal, aku rasa buntu dan kosong.
Akan datang kau rasa begini lagi, kalau rumah tak ada lampu, kalau nafas rasa membosankan, ajak aku.
Sekurangnya boleh kau belasah aku bila geram menggunung sampai hujung sendu. Habis geram, terbitlah lampu. Sehatlah aku. Ajak aku bila kau rasa buntu. Jangan lupa.
Ajak aku. Kalau kau lupa, kau aku campak.
Thursday, June 26, 2014
Sunday, June 08, 2014
LAIN PADANG
Dalam kata mudah, kalau kita ada seketul ayam goreng lalu kita ambil gambar dan kita upload lalu tulis "Sedapnya ayam yang orang belanja", tidakkah kita sedar yang ada kawan kita tidak mampu makan ayam kerana tak ada wang. Ada kenalan kita yang tidak sempat ada kawan untuk belanjanya ayam kerana mati awal ditabrak lori. Ada lagi kawan kita yang sudah hilang rahang kerana eksiden. Jadi beginilah. Ada hal yang kita dapat, orang lain tak dapat. Dan apabila berkongsi, kita kena fikirkan tentang kawan yang tak ada wang, kawan yang tak ada kawan kerana mati awal dan kawan yang eksiden.
Saturday, May 17, 2014
MAKAN
Semalam kau kata kau mahu makan aku. Sampai paras dada. Tapi hari ini kau mungkir. Kau makan semua. Melebihi paras dada. Yang tinggal pada aku, cuma kuku. Kau kenyang, aku kenyang.
Saturday, May 10, 2014
KITA BERJURANG, KAWAN
Taraf ini kita cipta sendiri kerana ada nya jurang. Jurang pula kita sendiri wujud kan kerana ada nya benda benda yang tidak tertimbus. Seperti bangkai lama. Kalau lah kita timbus sama sama. Mesti jurang ini tidak wujud dan kita masih setaraf. Taraf ini aku cipta kerana ada jurang yang aku lah juga mewujudkan nya. Terima kasih.
Wednesday, March 26, 2014
HUJUNG DUNIA
| "Cakar langit sampai luka" RicohCX3 |
Orang alim kata, malapetaka itu datang dari Tuhan yang murka pada kita. Kita lah, yang tidak suka senyum, yang tidak suka hulur syiling sekeping dua kepada orang miskin, yang tidak suka berjabat tangan, yang tidak suka memeluk, yang tidak suka mengucapkan benda indah dan terima kasih, yang tidak suka menyanjung sesama, yang tidak suka sama sama bersenang, yang tidak suka itu ini. Semuanya kita. Orang alim kata, kerana tidak suka semua ini, Tuhan pun murka. Kemurkaan Tuhan itulah yang mengilhamkan manusia untuk mereka olah 'malapetaka'. Lalu semua manusia pun ditimpa malapetaka. 'Suwey' belaka.
Orang moden kata, malapetaka ini datang dari sifat sifat kemodenan itu sendiri. Kemodenan melahirkan sesuatu yang gah dan 'wow'. Tetapi yang gah dan 'wow' datang pula dengan kepincangan nya yang sendiri. Kepincangan dalam sifat sifat kemodenan ini lah yang melahirkan malapetaka. Contohnya apabila telefon canggih mula semakin masuk kedalam poket dan merosakkan pundi-pundi manusia, terbit pula masalah hasil kajian manusia juga yang diilhamkan Tuhan. Masalah peranakan tidak subur, masalah kurang berinteraksi, masalah bunuh diri, masalah benci membenci, masalah ketagih like dan macam macam lagi. Lalu semua manusia pun ditimpa malapetaka kerana masalah yang direka olah sendiri. 'Suwey' belaka.
Orang yang selamat daripada malapetaka ialah, orang yang sentiasa merasakan diri dia tidak alim dan tidak tahu apa apa dan sentiasa berada dalam keadaan yang tidak terlalu moden. Oke oke sahaja. Orang ini lah yang tidak 'suwey'. Yang semuanya dia jalani dengan nisfu nisfu (separuh separuh) dan tidak berat sebelah. Tidak lah terlalu alim hingga tinggal kemodenan. Tidak lah terlalu moden hingga tidak menyembah Tuhan.
Habis.
Monday, March 24, 2014
TENGGELAM
Saturday, March 22, 2014
MAKAN KUCING
| "Mahu apa?" Minolta x700 |
Lama. Macam aku tunggu manggis tumbuh duri durian. Macam aku tunggu nasi ambeng turun harga. Karanglah. Kerana aku tahu huruf yang ada di hujungh jari jari kau, lain daripada huruf yang bergantungan di pinggir bibir kau. Kau takkan tahu kerana yang menunggu manggis tumbuh duri durian itu aku. Yang menunggu nasi ambeng turun harga itu pun aku.
Karanglah sebelum aku kelaparan dan makan kucing.
TADI AKU..
| "Kaabah Nun" Mini Diana |
Jangan kau doakan aku yang hitam hilang.
Jangan kau doakan aku yang seksa sakit.
Jangan kau doakan aku mati dipijak seperti kau oleh orang seperti aku.
Jangan kau doakan aku yang rengsa bahana.
Pinta aku, doakan lah aku selalu berotak positif.
Aku minta maaf.
Sebelum kau ngengsot pergi entah ke mana dalam malam yang panas hari ini, dengan debris rumah yang luluh dan badan yang mengering hilang lendir, boleh aku tanya sesuatu?
Tuesday, March 18, 2014
MIMPI PETANG
| "Dosa" Smena 8M |
Wednesday, March 12, 2014
'S' MERUN (1)
| "S" RicohCX3 |
Mengelilingi Kuala Lumpur dan jalan jalan yang beribu lubang di sana sini dan di kepala orang, kau jangan mudah mengah dan berpeluh. Kau pacu 's' merun tak laju tak juga pelan. Yakin kau aku senang berani kau aku sayang lebih daripada semalam. Dandelion terbang apabila angin tiup lembut lembut kasih sekali hidup sekali tidak mahu semput reput tidak kira siang atau malam. Kau hulurkan air dan kau tanya aku, 'kau dahaga?' Aku pandang kau sehingga dasar dan aku jawab 'menarilah lagi sekali.'
Kau diam. Yang dengar cuma bunyi ekon dan hon pinpon.
