Followers

Sponsored By

Showing posts with label sedih. Show all posts
Showing posts with label sedih. Show all posts

Saturday, February 18, 2012

Jari berjaahit

kredit to rikazz

Sala kengkawan sume.lama saya tak bersiaran ye..ha a..sangatlah bz di sekolah mahupun di rumah..begitulah tugas guru.tugas kami ni 24 jam bekerja..

Jari sapa berjahit tu?oh..moh saya nak citer ni.jari suami saya masuk mesin katanya.berjahitlah 5jarum.sikit je kan.sekarang ni dia masih mc lagi.setahu saya kalau cedera waktu bertugas boleh claim perkeso kan?

jari yang kena ni jari telnjuk kanan.mujurlah si suami ni kidal.kalau x apa pun tak boleh buat ye.
sian suami.kepada kawan kawan di luar sana..malang tidak berbau. jadi jaga diri!

Sunday, October 23, 2011

Teruk sangat ke cikgu sekarang?

Rasanya kalau ditanya kepada cikgu2 soalan seperti ini tentu ada lah pihak yg melenting..saya terpanggil untuk menulis disini kerana saya telah terbaca satu artikel sisipan dlm berita mingguan kalau tak silap..yang mempersoalkan tentang sikap guru sekarang yg tiada magical touch dgn murid dan pelajar.Dan yg saya rasa sangat tak seronok apabila penulis membandingkan guru sekarang dgn guru dahulu dan dikatakan guru sekarang hanya tunggu gaji sahaja ..masuk kelas kemudian keluar kelas..

Rasa panas je muka dan kepala bila membaca artikel tersebut.Yelah..bagi saya sebagai seorang guru..saya rasa si penulis tidak patut membandingkan guru dulu dan sekarang.Zaman kami berbeza..Bebanan tugas juga berbeza..Cara pendekatan guru dulu dan sekarang pun berbeza kerana masing masing menghadapi murid dan pelajar yang sangat berbeza zamannya..

Bagi saya setiap guru ada kelebihan dan keistimewaannya..Tak kiralah dulu atau sekarang.Saya rasa sangat tak adil cara penulis itu menulis.Siapa mereka nak menghakimi apa yang kami buat..Menurut artikel itu..guru sekarang tidak menunjukkan kasih sayang terhadap murid2..Pernahkah mereka masuk ke sekolah dan perhatikan seluruh kehidupan kami di sekolah?

Memang kerja guru sekarang banyak..rasanya tak perlu lagi saya senaraikan apakah beban tugas guru.Tapi saya secara peribadi masih lagi mengambil berat anak anak murid saya.Kalaulah saya ini tiada 'magical touch'..mengapa anak anak murid saya pagi2 datang mencari saya semata-mata meminta saya mengajar mereka cara memakai tuala wanita?Mengapa mereka memberitahu saya tentang haidh pertama mereka dan cara menangani masalah yang mereka hadapi?

Bagaimana pula dengan murid lelaki darjah 5 yang telah mimpi basah..Dan perkara ini tidak diketahui oleh ibunya sendiri?Bagaimana pula kami mengesan murid2 yang mengalami masalah keluarga..kemiskinan...ibu yang sakit..kemurungan mereka..kalau kami tak rapat dengan mereka sehingga mereka boleh berkongsi masalah..rahsia hati dengan kami?

Em..saya rasa sangat sangat tak adil apa yg penulis itu tulis...Takkanlah kami nak war warkan setiap kerja yang kami lakukan..Saya percaya..bukan saya sahaja yang masih menyelami jiwa murid2..malah guru2 lain juga begitu..

Kami ini ibarat ibu bapa mereka di sekolah..Kadang2 kami lebih dulu tau masalah mereka berbanding ibu bapa mereka yang sibuk bekerja.
Saya rasa masa saya sekolah dulu..tak ada seorang pun guru saya yang tahu masalah keluarga yang saya hadapi...em...mungkin saya masih mampu untuk menghadapi masalah keluarga dan mengawalnya di sekolah...

em..sedih

Thursday, August 25, 2011

Ramadhanku yang penuh dengan dugaan


Ramadhan semakin hampir ke penghujungnya..Insyaallah aku akan menamatkan Ramadhan ini dengan puasa yang penuh 30 hari..yihaaa..Rezeki Allah..menyusukan akan sepenuhnya so xpayah ganti puasa..Letih memang letih.Lebih lebih lagi aku menyusukan 2orang anak lelaki yang sedut sedut kuat.Hihihi..Walaupun letih aku masih mampu meneruskan puasa..Cuma..tak dapat khatam Al-Quran lagi tahun ini...huhuhu..

Bukan aku nak mengeluh..namun sekadar meluahkan perasaan..Inilah ujian buatku di bulan Ramadhan..

1) Pemantauan koloboratif oleh jemaah nazir Kementerian Pelajaran Malaysia..

Ini berlaku pada 15 Ramadhan yang lepas..Memang perit nak melengkapkan segala tugasan di sekolah sebelum dipantau.Namun sedar atau tidak..aku berjaya juga mengcompletekan tugasan yang berlambak lambak yang perlu mengikut SKPM ..fUH..

2) Kursus KSSR Tahun 2

Hari pemantauan tu berlaku..aku plak diarahkan berkursus selama seminggu bermula dr 15hb..memang lega..xdalah aku kena pantau sewaktu mengajar.Memandangkan aku lah satu satunya guru Bahasa Arab di sekolahku..for sure Nazir mmg nak pantau aku mengajar..Kursus pun walaupun jauh dr rumah namun banyak memberi input yang berguna..

3) Kena halau dek tuan rumah

Ha..ni yang sedih sangat ni..tuan umah kol suruh kami keluar rumah selepas raya ni..Masalahnya..sampai hari ni..xda pun umah kosong kat kawasan ni..hari hari aku dan suami mencari..search intenet..mintak tolong kawan2..kalau ada pun kosng..nak jual..atau dah ada orang masuk..sedih woo..4tahun duduk rumah ni..dah selesa sangat..dah sayang sangat.Dari pengantin baru sampai anak dah dua..banyak sangat kenangan kat rumah ni..Tapi..ini rumah orang..

4) Roadtax tamat tempoh

Ha..dah lah kena halau..nak cari rumah sewa lain..mestilah deposit tu RM2000 paling murah lah tu..mesti ada..Road tax plak tamat tempoh..RM1000 mesti..

5)Hari Raya

Semuanya berlaku serentak...Nak raya plak..kalau raya tu mestilah nak balik kampung.Perjalanan dari KL ke Johor Bahru..kalau xada RM500 tu tak sahlah..

Memang menyesakkan dada dan kepala bila semuanya berlaku serentak dan memerlukan duit yang banyak serentak..

Mula2 rasa macam xnak balik kampung..Kalau nak balik kampung mesti nak kena servis kereta nak jalan jauh..Banyak guna duit kan..huhuhu..tapi bila cakap tak dapat balik kampung..emak dah sedih..sebab xdapat jumpa emak dia.Yelah..nenek aku bukan muda lagi..Dah menghampiri 90tahun..Apa apa pun boleh terjadi kan...

6) Dapat anak saudara pertama

Macamana rasanya ek nak dapat anak saudara pertama.Ha..yang ini bukan dugaan.Tapi pemberian.Insyaallah..Syawal ini aku akan mendapat anak saudara pertama..Baby Gurl plak tu..Namanya Baby Faiqah..Selama ni menyambut kelahiran anak sendiri.Kali ni menyambut kelahiran anak saudara pertama tu...

Tapi...
Baby Faiqah nak lahir kat Kedah..dapat jumpa dia pun awal tahun depan.Dia dah besar..huhu..sedih.Selalu kalau baby inside datang rumah selalu cakap kat dia..Faiqah keluar lah awal..Ibu Naz nak jumpa dulu..Tapi dia xmau keluar lagi..Apa apa pun ibu Naz doakan Faiqah lahir dengan selamat..dan kita akan berjumpa nanti..Nanti ibu belikan gown ke..headband ke..ek ek ek..

Buat kawan2 yang dikenali..Salam Syawal daku ucapkan..salah silap harap dimaafkan..Ops..tahun ni..aku balik Johor dulu..dan kami berdondon dondon pinky...

Friday, April 29, 2011

Saya gemuk!

si gemuk dr gua hantu..huhuh
ni masa peknen 6bln..pun xbeso sgt lg.huhuhh

yg ni terbaru.Minggu lepas.huhu
61 kg tu masa ngandung 5bulan.huuhuh

Kenapalah saya gemuk sangat?huhuhu...masa anak dara berat saya hanya 45kg..oklah kot dgn ketinggian 160cm..sebelum kawen 58kg..tu pun masihlah ok lagi.Lpas bersalinkan Rikazz berat saya 60kg..pun masih ok lagi..tp skang dah xok..Saya dah 2bulan selepas bersalin..Berat saya sekarang 68 69kg..mcm tu lah..Saya makan bkn kuat sgt mcm sebelum ni pun.Saya makan mcm dlm pantang.Nasi 2kali sehari.Pagi saya sarapan oat.Kali ni lah saya rasa diet saya paling terancang.Tak mcm sebelum ni.saya makan xikut masa.Tapi berat saya dah statik.Mcm tu je,

Paling mengharukan saya..punggung saya melebar..memang lebar sgt lah menyebabkan badan saya mcm org 80kg..baju baju sendat.seluar kain apatah lagi disebabkan punggung saya yg lebar ni..Orang keliling sume mengata saya.Ikutkan hati nak je saya diet atau makan jamu jamu melangsingkan badan.Tapi saya menyusukan Riyash.Saya tak boleh pentingkan diri.Tapi saya nak juga cantik...xdpt 58kg..dpt 60 mcm dulu pun jadilah..

Saya sedih..saya tak mahu beli baju atau seluar.Saya berharap badan saya boleh kembali ke berat sebelum bersalin...Berat badan terakhir masa mengandung kali ini memang menyedihkan saya.83kg..sapa yg xnak kurus dan ccantik kan?Perlukah saya berharap?atau positif?adakah keletihan bekerja akan menurunkan berat badan saya?

Saya amat berharap sgt kerja saya yg tak berhenti berjalan nanti dan tak berhenti turun naik tangga akan mengurangkan berat badan saya.Dpt turun 4kg lg pun dah ok bg saya...

Oh..saya sedih..tp saya rasa mcm xboleh buat apa apa...

Thursday, December 9, 2010

Bila suami ku sakit


Benda ni lah yang paling menakutkan aku..Yelah..dia manusia jugak..mesti ada masa dia sakit dan ada masa dia sihat.Tapi aku selalu mengharapkan dia sihattt je..
Petang semalam aku sms B ..tiba tiba dia kata MCMANA B NAK BALIK ...KAKI B TERSELIUH..SAKIT..TAK BOLEH NAK BAWAK MOTO..huuhuh..aku dah sedih dah..
Yelah..bukan dekat2 jarak dari tempat kerja B ke rumah.Aku sendiri pun xtau kat mana lokasi sebenar Kilang Megasteel tu sbb kilang tu jauh mengarah ke Nilai tu...kat dalam hutan sawit tu..Kalau aku nak amek pun aku tak tahu kat mana.Huuhu
Hati ni sangat risau..kalau terjadi apa apa pada B mcmana ek..Mujur ada adik nak datang dan tolong hantarkan B pergi klinik..
Setiap kali aku tengah sarat mengandung mesti B sakit..memang sgt merisaukan..Ingat lagi masa pregnntkan Rikazz tengah tengah malam B demam panas smpi menggigil gigil..Panadol pun xdalah dlm simpanan..Dengan berlinang air mata dan perut yang terboyot boyot aku tggalkan B kat umah sensorang berjalan kaki pergi beli panadol kat 7e..mujur ada 7e..huhuu..
Semoga B sihat sentiasa ye

Saturday, December 4, 2010

Perginya seorang Afiqah..Afiqah dalam kenangan

arwah bertudung biru

1 Dec 2010 betul betul mengejutkan aku.Berita yang ku terima dari sms seorang rakan sejawat kak norlida buat aku termenung...Tak sangka..hari persekolahan terakhir itu merupakan hari terakhir kami bertemu.Selepas detik itu..yang aku temukan hanyalah jenazahnya terbujur kaku berwajah pucat...Seperti orang sakit yang sedang tidur.
Takziah diucapkan kepada ibu dan bapa serta keluarga Arwah Nurul Afiqah Bt Azman yang telah meninggal dunia pada 1Dec yang lepas.Afiqah meninggal dunia kerana ajalnya sudah tiba.Itulah yang boleh aku katakan.Menurut cerita ibunya..Arwah sedang berbual2 dengan ibunya di dapur bersama adik bongsunya sambil makan jajan BIKA..dan tiba2 memegang kepala lalu jatuh pengsan.Dalam perjalanan ke PPUM doktor mengesahkan Afiqah sudah tiada.Sungguh mudah pengakhiran afiqah..
Peribadi Afiqah yang dapat aku nyatakan disini :

1. Anak yang bijak - Baru saja dapat 5A dlm UPSR dan lpas dan sedang berusaha memohon asrama penuh.

2. Anak yang matang - walaupun berusia 12 tahun dia sangat matang..dalam pemikiran..perlakuan dan pergaulan.

3. Menjaga agama - Afiqah anak yang menjaga solat..dan aurat..kita dpt lihat pada perlakuannya yang sopan dan sentiasa menghormati guru dan rakan2..Tidak pernah telinga aku ini terdengar walau sekali perkataan kesat dari bibirnya..

4. Ketua pengawas dan murid contoh..

Pada hari anugerah cemerlang yang lepas..kedua dua ibu bapa Afiqah datang beserta pakciknya siap membawa kamera DSLR..semua adik beradik Afiqah merupakan murid cemerlang disekolahku...Kalian tahu apa rahsia kejayaan mereka adik beradik?

TIADA TELEVISYEN..jadi..tiada pengaruh tv pada perlakuan mereka...kalau bosan?
BACA..KAMI ADA BANYAK KOLEKSI BUKU...ADA MINI LIBRARY..kalau nak tahu hal ehwal semasa?
BACA SURATKHABAR..SEMUA ADA..
fuh..mmg kagum dengan ibu bapanya..

apabila menerima khabar pemergian Afiqah..aku terkejut dan terbayang2 wajah manisnya..tersenyum sambil menundukkan kepala memberi salam kepada guru2..Kali terakhir aku bekerja dengannya dalam menjayajan program persaraan bekas guru besarku...Dia sememangnya berbakat dalam menggunakan suara..

Aku masih ingat waktu aku mengucapkan tahniah kepadanya sejurus aku menerima berita keputusan UPSR nya..dia sangat tenang..di wajahnya..tidak teruja..tidak syahdu dan tidaklah gembira melampau seperti kawan2nya...Terfikir di kepala ttg reaksi wajahnya itu..Baru kini ku tahu jawapannya..
Jawapannya..duniawi sudah tidak penting baginya..kerana dia ingin pergi bertemu PENCIPTANYA yang kekal abadi..

2DEC aku dapat melihat jenazahnya..sebenarnya aku jenis tidak berani..Tapi hatiku rasa tiada apa yg perlu ditakutkan..Dia anak muridku..dan dia masih muda...namun sudah dapat peluang bertemu Allah..dalam keadaan yang masih suci..Tapi aku?Setelah 27tahun..terlalu banyak dosa yang dah aku lakukan...Bagaimanakah nanti nasibku tatkala bertemu penciptaku..Aku insaf..

ALFATIHAH BUAT AFIQAH...Ustazah halakan segala ilmu yang ustazah berikan kepadamu selama ini.Damailah dikau disana anakku...

Friday, October 29, 2010

Bersiaran semula kawan2





Salam kawan2 semua..
Maaf sangat sangat kerana sudah lama tidak bersiaran di blog yang tercinta ini.
Sebab2nya :
1. Laptop rosak lepas broadband rosak

Alhamdulillah...laptop ini sudah kembali beraksi.Syukurlah krn banyak kerja yang perlu dibereskan di hujung tahun ini.
Nak cerita sikit pasal kehamilan ini..Alhamdulillah..sudah 25minggu..Baby sudah semakin aktif dan sihat.
Rikazz pula sudah maju lah sedikit vocabnya walaupun masih banyak baby words nya.Sudah pandai menyanyi dan menyebut liriknya..
Semalam ...
Xda kerja..bawa Rikazz naik LRT dari Taman Jaya ke KL Sentral pkl 10 MLM.saja saja lah..nanti Rikazz tak kenal pula kemajuan dan teknologi yang ada di KL ni..nama je lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tp xtau pasal LRT kan..hehehe..Rikazz nampak excited tp dia ngeri bila LRT tu bergoyang2..
Ok lah..nanti ada apa apa kita jmp lg...

Tuesday, September 14, 2010

Tragedi di Malam Raya

19minggu kehamilan
Syawal 2

Syawal 1


Abang Rikazz

Assalamualaikum...
Salam satu Malaysia dan Salam Syawal.
Setelah beberapa hari berhari raya barulah hari ini aku dapat mencoret sesuatu di blog kesayanganku ini.Aku bukan nak cerita tentang raya tapi nak cerita tentang sesuatu berlaku padaku masa malam raya.
Raya tahun ini giliranku beraya bersama keluarga di Johor dahulu.Bila sekolah mula bercuti,aku dan keluarga telah pulang ke Bandar Tenggara.2malam sebelum raya pula kami bertolak ke rumah nenekku di Benut Pontian Johor.
Sesampai disana hanya keluargaku sahaja yang baru tiba.Maka kami lah yang harus memasak dan membuat persediaan raya di rumah tu.Nenekku sudah uzur.
Menjelang syawal yang akan bermula malam itu.aku sibuk di dapur bersama emak dan mak uda ku yang menetap bersama nenekku.Selalunya aku kalau buat kerja rehat rehat.Sbb rasa sekarang mcm tak larat kalau buat kerja straight.
Hari itu..aku rasa perut ni sakit sangat dekat ari2.Terasa baby hampir sangat dengan pintu rahim.(Memang kandunganku agak rendah.Mungkin kesan operation dulu)Sakitnya sehinggakan bila aku berjalan terasa bergesel perut dengan kaki.Mcm org dah nak bersalin.Tp aku baru nak masuk 5bulan.Sakit sehinggakan bila duduk terasa macam nak terkeluar dari lubang tuu.
Bila terasa sakit sangat aku masuk ke bilik nenekku dan mengadu padanya.Tapi mak uda aku bising2 dia kata aku tak tolong dia di dapur.Hanya nenek dan emakku sahaja yang faham keadaanku.Mungkin Mak Uda fikir aku mengada ngada dan mencari alasan untuk berehat.
Aku hanya dapat berehat sebentar sahaja di di dalam bilik untuk mengurangkan rasa sakit.
Mcm mcm bermain di fikiranku.Risau sesuatu berlaku.Sedang berjalan kehulu kehilir..kakiku tersandung tikar mengkuang dan hampir terjatuh.Mujur Allah menyelamatkanku.Kalau tidak..mungkin aku sudah beraya di hospital.Sudahlah perut sakit..terjatuh pula.Kalian boleh bayangkan kan apa yg akan terjadi kepadaku.
Namun jodohku dengan anak di dalam kandungan ini masih panjang...Alhamdulillah.Hari ini sakit tu telah pergi.Aku berdoa moga aku dapat bertemu dengan anak ini apabila sampai masanya kelak

Sunday, March 28, 2010

Ku tak mampu nak berblogging

Huhuhu...ku sedih..ini laptop ku kedua selama ku mampu nak beli laptop ku sendiri..tak tau apa penyebabnya tiba tiba je laptop ku takleh boot..tiba tiba..tak ada hentakan atau jatuhan..hampir sebulan dah ku simpan laptop tu..sebab xda duit nak ganti..biasalah gaji dah 2bln bln yg lepas xda kan..ku sabar lagi..ku ingat laptop tu kene format je..
Bila dah gaji..selepas bayar segala hutang..ku pun pergi ke loyat..
tapi setelah hampir 2jam aku menunggu...jawapannya..
AKAK..HARD DISK DIA ROSAK LAH..KALAU NAK BELI 200 LEBIH SIAP FORMAT..
alahai..balance aku ada 300 je untk perbelanjaan sementara tunggu suamiku dpt gaji..em..aljawabnya..ku kene tggu lama sebelum dpt beli hard disk lain..broadband?ku nak terminate lah..sbb dah sebulan ku bayar tp xguna...ni?online pakai laptop adik

Friday, December 25, 2009

Seorang anak tertidur di kaki lima

Kali ini..aku ingin menulis lagi.Tetapi watak utama kali ini bukan lah aku..mahupun ahli keluargaku.Namun seorang anak kecil yang tidak aku kenali namun telah menyentuh sanubariku sebagai seorang insan yang penuh dengan kekurangan
Ianya bermula pada satu malam..dalam pukul 9.30 malam..aku berjalan kaki menuju 7eleven di kawasan rumahku Taman Sri Sentosa untuk membeli roti seingat aku.Apabila hasil belian telah ku perolehi..aku pun berlalu keluar dari 7e untuk pulang ke rumah..
Sewaktu melangkah keluar hidungku terpesona dengan aroma daging burger yang menusuk perutku..namun yang membuat aku terpana bukanlah bau daging burger itu..tetapi seorang kanak kanak perempuan yang sedang tidur di kaki lima 7eleven menanti ibunya bekerja sebagai penjual burger.Yang menyedihkan aku..kepalanya terlentok ke kiri..ke kanan menahan badan yang hampir jatuh menyembah bumi..sangat ngantuk kelihatannya.Disaat anakku sedang enak tidur malam di atas katil dan tilam yang empuk walaupun bukan tilam Vono...kanak kanak itu hanya tidur sambil duduk di atas kaki lima sebuah kedai 7Eleven..Kasihan dia..
Saat itu..aku rasa amat bersyukur..walaupun aku bekerja hanya sebagai seorang guru sekolah rendah biasa..gaji pun hanya cukup cukup makan..aku masih lagi tidak perlu membawa anakku ke tempat seperti itu semata mata kerana tiada pengasuh yang dapat menjaga anakku sewaktu ketiadaan ku mencari rezeki..
Ternyata aku lebih beruntung dan anakku lebih beruntung dari budak itu kan
Teringat saat aku sebesar kanak kanak itu..mungkin lebih besar lagi..Ibuku hanyalah seorang pekerja kilang kain ..keluar subuh pulang hampir tengah malam..dengan gaji RM250 sebulan..membesarkan aku 3beradik..tanpa suami disisi..Waktu itu..makan pun kadang2 tidak mencukupi..membuatkan aku berazam untuk belajar bersungguh2..Kerana tidak mahu hidup dalam kesempitan lagi..
Kini..walaupun aku bukanlah seorang jurutera..atau pun doktor..namun aku masih punya masa membesarkan anakku..memberikannya sedikit kesenangan bukan kemewahan..mudah2 mudahan..anakku akan dapat merasa keperitan ibunya satu waktu dulu..serta tahu mengasihani nasib sesiapa seperti kanak kanak itu..agar ingin bangkit demi memperbaiki hidupnya dan membntu sesiapa yg berada dlm kesusahan..
Buat kanak2 kecil yg tidak diketahui namanya..semoga kamu juga akn berazam memperbaiki hidupmu agar bila kamu dewasa kelak..kamu tidak perlu membawa anakmu menanti kamu bekerja sehingga terlentok mengantuk di kaki lima..makcik doakan..kamu akan berjaya..satu masa nanti anak kecil...

Wednesday, December 9, 2009

Selamat Tinggal semua

Oma sedih?


Sedih x muka Rikazz?


Abah pon sedih gak?



Selamat tinggal?Nak tinggalkan apa ni?Blog?hmm..kadang2 mmg ada rasa nak tutup je blog ni..yelah..sana sini salah faham..perli memerli..mmg tak best..Tapi takpelah..adat manusia..mana lah ada manusia yang sempurna dan tak buat kesilapan kan..jalannya..Kemaafan dan kesabaran lah yang dituntut supaya hidup dapat dijalani seperti biasa.

Sebenarnya entri Selamat Tinggal ni sebab nak cerita yang Oma Rikazz..dan Daddy Ucu Rikazz dah pun selamat sampai di Johor..meninggalkan Rikazz dan ibu di KL..Hampir setengah bulan emak dan Aniq kat rumahku.Rikazz kemain seronok lagi ada kawan.Nampak dia kamcing sangat dengan ucu dia..macam macam permainan dia main berdua..walaupun ucu Rikazz dah nak masuk 15 tahun..tp dia sanggup jadi budak kecik demi melayan anak sedaranya satu satunya..Rikazz plak pandai lah amek hati ucu tu..dr ucu malas nak main dengan dia..ada je dia buat sampailah orang tu kepenatan nak layan dia..
Rikazz pergi cium ucu lah..umpan ucu suruh kejar dia..main sembunyi sembunyi kat celah sofa dan main cilup bah ek..comelnya tengok tangan dia ditekup kat muka..pas tu dia baaa kan dekat ucu dia..bila bangun pagi mesti pergi korek mata ucu..tepuk badan ucu suruh ucu bangun..Tiap tiap petang dah tunggu depan pintu sebab ucu rajin bawak jalan jalan kat bawah..

Tadi kami hantar emak naik bus dekat Pudu..Rikazz tak mau lepas Ucu dia..oma pun tak layan..hehehe..Sedih gak tadi..bila emak dan aniq dah pergi..Rikazz menjengok kat seat belakang dalam kereta..dia nampak tercari2 Ucu dia..sebab Ucu selalu panggil dan agah agah dia..Tapi nak buat macamana..Ucu pun ada kehidupan dia sendiri..Rumah terus sunyi sebab setengah bulan aku dengar suara Rikazz yang sangat becok mulut mengeluarkan perkataannya bila main dengan Ucu..Bila sampai rumah..Dia ajak abah dia pulak main..abah tu dah tua..sikit2 dia layan lah..akhirnya Rikazz main lah sendiri..Malam tadi lepas melawat Ryann kat sepital..singgah rumah kak ina..ada Lina n dira..kami bertolak sekali..Seronok tengok anak2 4orang tu main berebut2..terubat juga hati Rikazz kot sebab masih ramai kawan..Tapi esok..dan esok..Rikazz mainlah seorang..sementara ibu siapkan rumah..kesian Rikazz..nak bagi Rikazz adik..ibu masih belum sihat sepenuhnya lagi..hmm..oh ye..hari sabtu ni aku dah mulakan kelas memandu..kene dengar ceramah yang berjam jam tu..alamak..mesti bengkak nanti susu ek?kesian Rikazz kene dok dr pagi sampai petang dengan abah.Ibu mintak maaf...Ibu belum pernah jauh dr Rikazz sampai seharian kan..Tapi ibu nak buat macamana nak..ini hanya sementara..Ibu nak perbaiki kehidupan kita supaya ibu dan Rikazz tak perlu berpisah jauh..Rikazz jangan nakal2 ye sayang

Thursday, December 3, 2009

Kenapalah...

Sedih aku pedih..ayat tanpa suara..tiada nada yang boleh diterjemahkan sebagai bunyi..dengan ayat jugalah..macam macam boleh ditafsirkan kan?Sebaris ayat dimanipulasikan sehingga menimbulkan konspirasi..iri hati..sakit hati dan macam macam lagi yang berkait dengan hati..Permusuhan..kebencian..mengapa mesti ada dalam hati manusia..Sehingga berjangkit jangkit antara satu sama lain?Bukankah manusia ni makhluk yang lemah?kemaafan itu perlu agar hidup boleh diteruskan dengan rasa kasih sayang yang bersemadi..bukan kebencian yang meninggi..semoga Allah lindungi diriku dan insan2 lain dari kebencian yang patut dibunuh dari hati manusia..agar keamanan boleh ditemui

Tuesday, December 1, 2009

Disember yang penuh kenangan



selepas sessi menyarung cincin

bukti rumah yg kucar kacir lepas banjir


betape kurusnye buah atiku 2006



berdebar oo rasanye










Bunyi tajuk je dah tahu yang aku nak cerita pasal kisah silam ye.Sebelum tu aku nak ucapkan Selamat Bulan Disember..Apa yang bermakna sangat tentang bulan Disember ni?
Bagi shopping Mall - Disember ni bulan nak buat YES ye..year end sale
Bagi shopping Mall jugak- Disember bulan nak putar n hias hias kedai2 dgn perhiasan krismas
Bagi mak bapak-Disember bulan utk persediaan nak beli kasut baju n buku sekolah anak anak
Habis bagi aku?
Bagi aku..Disember adalah bulan yang penuh dengan kenangan...sebab
Bulan ulangtahun pertunangan aku
Bulan ulangtahun pernikahan aku
Bulan yang telah mengubah status anak daraku menjadi tunangan orang dan isteri orang
Baiklah kawan2..aku nak cerita dulu tentang kisah pertunangan aku dulu..kisah pernikahan nanti nanti lah...
Bagi kawan2 yang pernah terbaca n3 sebelum ini ttg bagaimana bermulanya perkenalan aku dengan Muhamad Rizal suamiku dah tentu tahu bagaimana kami saling mengenali kan..Senang kata bagi yang belum tahu..cinta kami cinta internet..Selepas pertemuan kali pertama yang membawa aku ke puncak genting..B telah melamarku sewaktu roda kereta menuruni Genting Highland..bagi sesapa yang pernah bertanya kenapa aku suka sangat pergi genting..inilah sebabnya..MEMORI CINTA KAMI BERMULA DI PUNCAK GENTING..kenangan tu kengkawan..tak boleh dijual beli..Setelah bertemu buat kali pertama..B telah menyuarakan hasrat hatinya untuk meminangku 3bulan selepas itu.Selepas gambarku yang jelita (kikiki) ditatap oleh bakal ibu mertuaku(masa tu lah)..dan B pun menyuarakan hajatnya ingin memperisterikan aku kepada emaknya..kami pun membuat janji lah untuk sepakat memilih tarikh pertunangan..oh ye..masa pes time mak mertuaku SALAMAH BT AHMAD menatap gambarku..dia terus berkata bahawa wajahku iras adik B SITI FARHAH..siti tua setahun je dariku..tapi kan..sampailah hari ni..kalau aku berjalan dengan mertuaku..orang2 yg kenal mertuaku tp tak rapat kata aku ni anak mereka dan Rizal tu menantu pulak..HEHEHE..dah jodoh kan..apa yg sama pon..ku tak tahulah..
Ok sambung cerita..maka kami menetapkan tarikh 24 DISEMBER 2006 sebagai hari pertunangan..itupun lepas tukar beberapa kali.Kali pertama aku lupa tarikhnya..Disember jugak..terpaksa dibatalkan kerana JOHOR DISERANG BANJIR BESAR..rumah aku yang rumah kampung atas pun selamat diselimuti air bah..masa tu yg aku pikir hantaran je lah..huhuhu...air memang tinggi..sehingga menenggelamkan semua bahagian tingkap nako rumahku.Mujur hantaran sempat aku simpan di pangkin yang mmg kami sediakan awal sebagai langkah keselamatan kalau banjir..kalau tak..mana aku nak cekau duet beli barang lain..uwaaaa...masa tu baru habis belajar..kerja pun gaji setakat 800rm sebulan.sungguh tragis waktu itu sebabnya aku tak tau apa cerita rumah sebab masa tu kami semua dipindahkan ke sekolah.
Masa tidur kat sekolah sempat aku Call B tanya dia..andaikata hantaran dihanyutkan banjir..aku mintak maaf..n akan aku qada' selepas itu..mujur keluarga B memahami situasi kami masa tu..Namun bersyukur kepada Allah kerana semua hantaran terselamat.Seminggu sebelum pertunangan..B datang ke JB untuk menolong membasuh rumah yang penuh lumpur..tinggal beberapa hari je lagi hari pertunangan tapi rumah dah tak rupa rumah..bayangkan..semua kerusi kusyen habis..lumpur tebal..
Apabila waktu yg dinanti tiba..aku berdoa siap buat solat hajat agar janganlah JB diserang banjir lagi..setelah melihat keadaan rumah..aku dan keluarga bersepakat menumpang rumah pakcikku utk acara pertunangan..memang semua rumah sama je keadaannya tapi rumah pakcikku lebih elok dr rumahku..Maka..24Disember2006..selamatlah aku menjadi tunangan kepada Muhamad Rizal dengan hantaran 7 berbalas 5 dan dua bentuk cincin..sebentuk cincin tunang dan sebentuk cincin risik...Fuhhh..lega

Saturday, October 31, 2009

Thalasemia?HuhUHhu..






















Korang tau kan perkataan tu?THALASEMIA..sejenis penyakit yang berkaitan darah..Huhuhu..tu dah bunyi macam sedih..sebenarnya..sedih plus risau..aku ke ada thalasemia tu?






Kisah ini bermula pada hari Rabu yang lpas apabila Rikazz diserang cirit birit yang tidak diketahui apa puncanya..dah lah demam Rikazz datang semula..cirit birit lagi..Aku siap kira brapa kali cirit Rikazz...bukan apa..senang aku nak bgtau doktor nanti..hari pertama Rikazz cirit sehingga 15 kali dari pagi sampai ke subuh esok harinya..memula..aku bagi je ubat cirit birit yang ada kat rumah..tapi beberapa kali aku bagi..ciriitnya tak reda reda..hampir habis bekalan pampers Rikazz di rumah..






Aku masih berkira kira nak bawak Rikazz g klinik atau hospital..tapi apabila esok paginya Rikazz masih lagi cirit..aku terus bertindak membawa Rikazz ke PPUM..Setelah doktor mengecheck Rikazz..Rikazz terus dirujuk kepada PAED di wad kecemasan..Apa lagi..kenelah Rikazz masuk air..menjerit jerit dia kesakitan..Aku berkampung kat PPUM tu sampai malam..nak masuk wad..wad penuh..mmg ramai sangat anak anak keccik yang sakit..






Setelah hampir 2jam setengah menanti result darah..akhirnya DR JOYCE membawakan keputusan tersebut kepada kami..






Dr hasil kajian darah Rikazz..tiada jangkitan kuman dikesan..Jadi Rikazz dibenarkan pulang ke rumah..TAPI..masalah timbul apabila sel darah merah berada di paras yang rendah dan agak merbahaya utk seorang bayi..soalan pertama yang doktor ajukan..






AWAK ADA THALASEMIA KE?aku mengeleng..mula pelik dgn soalan DR..FAMILY?takde jugak..KENAPA DR?Dr pun terangkan masalah anemia Rikazz yang boleh membawa kpd 2 kemungkinan..






1)PEMAKANAN..






2)THALASEMIA






aku tanya..SERIUS KE DR KURANGNYA?






YE..SIKIT SANGAT NI..dr kata..apabila Dr bertanya ttg pemakanan Rikazz dan lebih2 lagi Rikazz menyusu badan..sepatutnya takde masalah pemakanann yg berlaku..Habis tu?takkan THALASEMIA..oh tidak..anakkuuu






lalu aku mengizinkan darah Rikazz sekali lagi diambil sebanyak 4botol..utk kajian dan mencari punca anemia Rikazz..






RESULTNYA?






5nov ni..aku akan ke PPUM lagi utk mendengar result itu..






Ya Allah..jauhilah anakku dari sebarang jenis penyakit..

Saturday, October 24, 2009

Marilah bercamping..

Pukul 6.30 tadi sebelum loceng tamat sekolah berbunyi..aku mendapat perkhabaran bahawa perkhemahan unit beruniform akan dimulakan pada hari Jumaat ini sejurus sahaja loceng pulang sekolah berbunyi.Bermakna tidak ada guru yang dibenarkan pulang ke rumah sebab kami bersekolah sessi petang..Setelah aku mendengar berita itu...apa yg aku fikirkan ialah Rikazz Qalby Muntasyee..camping tau..bukan kelas biasa..tidur berkhemah di padang..sejak ada anak ni memang payah nak suruh buat keje keje macam ni.Masalahnya adakah waktu itu Rikazz dah pulih dari sakitnya.Kedua..sapa nak jaga Rikazz sebab abah Rikazz ni kerja shift malam..kerja kilang.Pukul 6.30 ptg lepas dia jemput aku dari sekolah dia terus pergi kerja.Takkan lah aku nak tinggalkan Rikazz dengan pengasuhnya pulak?Tidur malam bawak Rikazz..nanti Rikazz nak susu gantung dengan sapa?
Persoalan ini aku akan ajukan kepada Kak Pah guru penolong kanan koko sekolah aku.Ada dua je pilihan yang akan aku nyatakan nanti..
1) Boleh tak aku berkampung sekali dengan Rikazz kat sekolah (jawabnya memang tak dapat buat kerjalah aku sepanjang masa tu)

2)Aku memang tak datang langsung lah..(memang tak boleh sbb wajib)

aku rasa pilihan pertama better kot..so jumaat petang abah rikazz terpaksa hantar Rikazz dengan pakaian dan diapers rikazz + stroller + toto + bantal dan selimut ke sekolah..huhuhu..sian Rikazz..macamana Rikazz nak merangkak ? rikazz plak entah dah baik demam ke belum masa tu...huhuhu

Friday, October 23, 2009

Rikazz kene campak?

Demam Rikazz dah kebah..alhamdulillah.tu pun berkat doa kawan2..tapi apa yang terjadi pada Rikazz sebenarnya?demam rikazz yg sekejap panas sekejap kebah tu rupanya nak kene demam campak.Sekarang rikazz tengah sibuk menggaru garu kepala n mukanya yang paling banyak dipenuhi ruam campak.

Melalui pencarian aku tentang demam ini..demam campak ni berjangkit.Memang aku tak tau langsung fakta ini.Yang aku tau..orang yang dah kene sakit ni badan dia akan immune dgn penyakit ni dan takkan kene campak untuk kali kedua..Aku tak terfikir langsung Rikazz dapat demam campak ni akibat dijangkiti..sehinggalah adik aku aka daddy ngah rikazz datang tadi.Bila dia tgok muka Rikazz yg merah berbiji biji dia terus kata..RIKAZZ JANGKIT DENGAN ANAK SEDARA MARIAH NI MASA KAT KEDAH.KAN RIKAZZ PELUK PELUK DIA.haa...barulah aku teringat.mmg baby tu tengah penh dengan ruam campak masa tu.huhuhu..patutlah sepulangnya Rikazz dr kedah dia terus demam.Sebab virus campak ni berjangkit melalui bersin..maksudnya air liur..sebab baby Nazrin tu adaa bersin masa kami tgah duduk dekat dgn dia..

Takpelah..bagus juga Rikazz kene awal awal..baby dibawah umur 12 bulan kalau kene campak tak perlukan vaksin sbb badan dia masih kebal dengan kekuatan yang diperolehi dari ibu.Lebih lebih lagi baby yang minum susu ibu..(hasil penggooglean aku lah ni)

Disebabkan rikazz demam campak ni..banyaklah agenda yang tergendala..sbb takkan nak bawak Rikazz g kluar plak..kang ramai plak baby yang berjangkit dengan virus rikazz ni..Esok nak g besday Fia pun kene tggal Rikazz dengan oma nya sekejap..Tak dapat g open house boss sebab kat cheras..jauh..duduk je lah kat rumah.

Bagi menghilangkan rasa gatal Rikazz..aku dah belikan krim Ruam campak utk rikazz..apatah namanya..lupalak..ok..hari tu aku ada janji nak upload Rikazz nye gambar n asam jawa..so inilah gambarnya..Oh ye..walaupun tergaru garu Rikazz dah mula meneruskan aktivitinya berjalan..belajar lah semula Rikazz..dengan takut takut..

Tuesday, September 29, 2009

duhai hatiii

kenapa hidup ni penuh dengan dugaan..cakap salah..tak cakap kita yang susah..ikutkan hati mati..ikutkan rasa binasa..kenapalah orang susah nak faham apa yang kita nak lakukan..tujuan dan niat murni kita?susahnya nak kekalkan kedamaian n keharmonian..nak cari gado memang senang..kepala ni rasa berdenyut denyut...macam nak pecah..Ya Allah..

Friday, September 11, 2009

Kempunan aje

Selamat Hari Lahir yang ke 8bulan Rikazz..Tak sangka sekejap je masa berlalu..Dah besar anak ibu ni.Hari ni Rikazz asyik geleng kepala dan lambai lambaikan tangannya.Yang membuatkan aku geram tu..dia ajuk ajuk aku panggil abah dia..n panggil nama dia..nadanya dan muziknya betul betul sama..
Hari ni balik sekolah aku terus g sunway pyramid.G maxis centre.Konon nak tukar pakej broadband.Sebab yang aku guna skang pakej yang 138rm..yg awal awal kluar dulu..skang kan dah ada yang murah kan.Ingat boleh tukar begitu saja.tapi rupanya kene terminate yg skang n beli broadband baru..Malas lah..nak kene beli modem baru lagi.huhuhu
Niat di hati nak g makan pizza.Tapi disebabkan urusan dengan maxis tu makan masa sejam.bila sampai kat Pizza Hut dah penuh tempat.Biasalah kan..orang nak buka puasa kat mana mana pun penuh..memang meriah suasana nak berbuka.Tapi aku plak masam muka sbb tak dpt buka makan pizza.Dah 2hari aku mintak ni..tak dpt.Maka beli roti n air..makan lah kat kerusi yang ada kat SP tu.huhuhu..beli air ribena..dah basi..dah lah mahal sampai 2.50 secawan.basi plak tu..dah lama sangat lah tu..kempunan lah aku..
Pas maghrib niat hati nak g Jalan Tar nak cari kueh raya.Tapi ramai giler orang jalan jam..parking full..sampai parking dicaj 10rm pun org masuk gaks..maka aku tukar plan g makan nasi kat kampung baru.Kempunan lah lagi..huhuhu

Saturday, August 1, 2009

Yang membelenggu fikiranku

Esok pagi pagi pkl 7.30pg aku dah kene ada kat sekolah sebab kami akan anjurkan Kem Bestari Solat ke 4.Itu ke yang membelenggu fikiran aku?Bukan hal ni..ini dah tanggungjawab aku n kawan kawan..Aku cuma nak bgtau..sepatutnya aku dah tido tapi aku tak leh tido sbb aku nak citer masalah yang aku hadapi dan aku yakin semua ibu ibu menghadapi masalah yang sama.Bapak bapak tak taulah pulok.
Sejak melahirkan Rikazz aku jadi takut nak sikat rambut..Kalau dulu..aku suka sikat rambut..dandan cantik cantik walaupun rambut aku takdelah cantik mana.Tapi aku suka membelai rambut ni.Tapi sebab rambut gugur ni..takutnya nak tengok rambut tu berguguran bila disikat.Tak payah tunggu sikat..bila pegang je hujung rambut..confirm penuh segenggam.Hmm..orang kata sebab anak suka menyembur..rambut ibu dia berguguran.Sebenarnya..apa kaitannya yer?Masa aku jumpa doktor kat klinik tu..dia kata..itu satu fenomena yang pasti akan melanda semua ibu ibu..sakit pinggang dan tulang belakang serta keguguran rambut..Akan tiba satu masa yang kita sebagai ibu akan melalui semua itu..Sejak rambut gugur ni..aku rasa tak selesa..Pakai tudung pun..ada je rambut yang nak melekat kat tudung..yang merisaukan lagi bila rambut masuk mulut anak..kalau bangun pagi..penuh rambut kat bantal..bila nak berakhir fenomena ni?Masa mengandung dulu..nak jumpa sehelai gugur pun susah.Skang ni..hari hari..disana sini..rambutttttt jer..huh..

Thursday, July 30, 2009

Hatiku terusik jua

Aku-Baby-Rikazz Qalby inside

Seperti yang aku ceritakan dalam entry sebelum ini..kalian pasti sudah tau bagaimana hubunganku dengan ayahku bukan?Walaupun aku cuba menidakkan rasa kasih yang masih bersisa dalam hatiku ini..tapi kenangan lama membuatkan aku rasa pilu mengingati jasa ayah yang tak sebanyak ayah orang lain.Semuanya bermula apabila aku dan emak berbual di talian..setiap hari aku akan kol mak mereport perkembangan cucu nyer yang sorang tu.


Aku : allu omm omm sem sem (sejak tgok filem apa tah..aku saja kacau mak dengan panggilan ini)


Emak : cucu oma buat apa?


Aku : biasalah..tengah golek golek..Mak..kenapa sejak dua menjak ni rikazz asek geget along ngan b je?Nanti kitorang dok diam diam..dia gigit geram.


emak : ha..dia sama lah ngikut perangai ibu dia tu.Along kan dulu suka menggigit mak.Nanti bila along mula nak menggigit ..ayah along terus tadah pakai tapak tangan dia.Tak nak along gigit emak.Tak dapat lah along gigit emak.


tiba bab ayat yang aku highlight tu lah buat aku rasa sedih sangat..walaupun hubungan mak dan ayah sama sekali sudah terpisah..tapi mak masih lagi boleh bercerita kenangan antara mak dan ayah sewaktu membesarkan aku..

Dalam diam..aku menitiskan air mata..walaupun aku tak suka dengan apa yg dah ayah buat pada kami sekeluarga..tapi aku tak dapat nafikan..aku sewaktu kecilku masih mendapat belaian seorang ayah.


Begitu juga dengan kita semua sekarang kan.ANAK itu anugerah Allah yang tidak ternilai harganya.kehadiran mereka selalu mewarnai kehidupan rumahtangga kita kan.Kalau nak gado laki bini tu..tgok je muka anak..hilang rasa marah pada pasangan..betul tak?

Kehadiran harta hidupku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

SIGN JANGAN TAK SIGN