Doa & Wirid Sepanjang Masa

Doa
"Rabbi habli min ladunka dzurriyatan thayyibatan innaka saamiud duaa"

Maksudnya: "Ya Tuhanku, kurniakan kepadaku dari sisi-Mu, zuriat yang baik (sempurna tidak cacat), sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar permohonan hamba-Mu"

(Surah Ali' Imran 3: 38)


Wirid
" Ya Khaliku Ya Bariu' Ya Musawwir"
Maksudnya: "Wahai Yang Maha Menjadikan, Yang Maha Mencipta, Yang Maha Membentuk"


(Asmaul Husna)
Showing posts with label bebel. Show all posts
Showing posts with label bebel. Show all posts

Throwback 2014

As salam,
 
Aduhai, dah namanya pun lazy blogger mmg sampai ke sudah lah blog aku ni bersawang.hehe.
11 entry per year. in average 1 entry/month. not so bad lah kann!! hehe
 
ok, secara rasminya bagi menutup 2014, meh aku nk throwback sikit apa yg telah berlaku sepanjang 2014. disebabkan sel-sel otak kebanyakannya dah terputus hubungan, so aku kena bukak balik planner.haha.
 
Something Big For 2014 This is my first post in 2014. Besar maknanya perubahan yg aku nak lakukan tahun 2014 .Alhamdulillah, aku boleh kata 30% aku dah berjaya buat improvement. Ini lebih bermakna dari aku langsung xbuat apa-apakan. Tak nafikan kadang-kadang aku tergelincir juga tapi aku berharap Allah x tarik perasaan - perasaan takut dalam hati ni dan semoga aku terus beristiqamah sehingga aku benar-benar sempurna disisiNya. InsyaALLAH
 
Sekitar akhir Jan, aku menerima tawaran sbgi penjawat awam. Alhamdulillah..lama aku nak buat keputusan sebab menerima bermakna aku kena tinggal berjauhan dgn suami. Atas dorongan suami, keluarga & kwn2 akhirnya aku lapor diri pada 14.4.2014.
 
Seterusnya akhir Feb, kami ke Kuching, Sarawak honeymoon kali ke-?haha;p
 
Siapa sangka rezeki yg dtg, aku diberi retrenchment offer oleh ex-company. Such a big amount utk aku yg baru bekerja 2 years ++. Masih ingat aku tersenyum lebar apabila menerima surat tu.haha. A big thanks to my ex 3 bosses which is 2 of them pun dah tiada dlm company tu. Masya-Allah banyak sungguh kenangan manis di sana.
 
Life must go on. Seminggu sebelum aku melapor diri, aku dan mil ke Ipoh. Riki-riki tempat aku akan berkhidmat sampai ke pencen katanya. ;p Dlm perjalanan, kami singgah house launching di  Meru. Masa tu aku tergerak hati mintak hubby singgah utk saja tanya ada x rumah setingkat utk dijual. Alhamdulillah, ada!! Kami terus tengok dan mentua pun dah berkenan. haha. Esoknya, kami terus byr deposit dan mula proses pembelian rumah. Walaupun comel kecil je, Alhamdulillah kami berjaya mendapatkan rumah pertamaku di Ipoh.
 
Setelah lapor diri, bermulalah rutin kehidupan kami suami isteri sbgi weekend husband-wife. Mula-mula rasa agak perit. Sepanjang bersama xpernah berjauhan kan. Cuma kata-kata mil yang aku pegang, '"sesusah mana kehidupan kita, ada org lain lagi susah kehidupannya". Masya-ALLAH. Bersyukur juga dipertemukan kwn-kwn serumah & sekerja yg baik-baik belaka. Apa lagi yg kita mahukan? Allah dah bg pelbagai bentuk kesenangan.
 
7 Sept 2014. Malam pertama duduk dirumah sendiri. Alhamdulillah, gembira x terkata. Rasa lebih tenang dan hidup semakin teratur. Walaupun perancangan asalnya nak duduk lebih awal, tapi perancangan ALLAH ada lah sebaiknya kan?
 
Tahun ini juga, aku dikurniakan 2 orang anak saudara perempuan yg comel lote. Dah lama family aku xde dgr suara budak kecik..haha. Alhamdulillah. Kami? Masih berusaha. InsyaALLAH one fine day..doa-doakan juga utk kami ye?
 
2014 adalah tahun yg baik untuk aku. Cerita sedih?hmm..kalau ada pun, Allah lebih mengetahui dan bersama-sama org yg sabar..:) Moga 2015 juga akan menjadi tahun yg lebih baik utk aku & keluarga.
InsyaALLAH..;)
 
 


Januari 2014


Cepat sangat masa sekarang ni berlalu. Pejam celik pejam celik dah habis pun bulan Januari. Tau-tau je dah masuk bulan Februari. Alhamdulillah, permulaan tahun baru 2014 yg begitu baik bg kami. Sepanjang bulan Januari, banyak perkara gembira yang berlaku yang telah kami lalui. Rezeki dari ALLAH..=)

Alhamdulillah, we have started our small bussiness from home. Kami jalankan bisnes servis hard binding thesis.  Perancangan utk mulakan bisnes ni dah bermula sejak awal 2012. Idea semua datang dari husband. Seingat aku, dia mula berjinak dgn buat buku. Habis semua log buku anak-anak muridnya jadi bahan eksperimen. Dari situ, datang idea utk try buat hard binding thesis . Aku ingatkan dia hangat-hangat tahi ayam je, tapi bila tgk kesungguhan dia buat research mengenai bisnes ni..aku pun bantulah sikit mana yang patut. Pertengahan 2012, kami hunting for machine dan bahan-bahan utk mulakan bisnes.  Lepas tu..senyapppp..Haaa..masa ni aku dah mula membebel sbb bisnes tak run-run. Kesian laki aku dapat bini kuat kondem.;p Mana hati tak risau oii, modal dah lebur berbelas k kot. Totally from saving. mau tak menangis aku kalau machine jadi tukun!hehe.. Dan dgn berkat kesabaran laki aku akhirnya berjaya juga mendapatkan tender pd awal tahun ni. Syukur sangat!=) Sepanjang hampir 3 minggu pertama bulan Januari, org masih bersuka ria happy2 in new year mood kami bertapa dalam rumah. Dengan x cukup tido, makan x menentu, rumah jgn cerita lah dah mcm kapal karam. haha. Baru tau bukan senang nak buat hard binding ni..no wonder harga senaskah boleh cecah RM50..hehe. Mmg tak menang tangan. Alhamdulillah.  Masa ni lah baru aku tau erti betapa pentingnya kerjasama, bantu membantu dan kesabaran antara suami isteri. Ada masa kami bertekak, ada masa kami bergelak..seronok juga kalau ingat-ingat balik.;) hehe. Tapi ni baru permulaan, masih jauh lg perjalanan bisnes ni dan perlu banyak lagi improvement yang kena buat. Doakan ok..=)




Lepas selesai urusan tesis, kami btul2 balas dendam untuk masa tido & rehat kami. Lagi kesian kat suamilah sbb dia kerja paling teruk.haha. Masa ni aku dah berangan nak berhenti keje sbb nak fokus dan bantu suami buat service ni. Tapi lain plak ceritanya bila aku ditawarkan kerja kerajaan. Alhamdulillah..xsangka rezeki aku dpt jawatan ni. Lagi sekali, aku xlena tido malam.haha. Laki aku pun mcm xnak komen apa-apa pada mulanya sbb awal-awal lagi dah bgtau keputusan dia. hehe.  Selama ni kami duduk sebumbung tak pernah pun berpisah jauh bila diduga sebegini, kami rasa down sangat. Nak dilepaskan terasa sayang, nak terima pun hati jadi gundah gulana. Serba salah org kata.  Tapi syukur sangat..dgn berkat nasihat, pandangan dan doa dari both family dan kawan-kawan terdekat, akhirnya kami dah pun buat keputusan yang terbaik untuk jangka masa hadapan..=)

Alhamdulillah..=)
 

Something Big For 2014!

Ada sesuatu yang mendorong utk aku menulis. Agaknya mungkin mood tahun baru.haha. Pantas sekali 2013 meninggalkan kitakan? Belum sempat buat apa-apa eh eh 2014 dah menjengah plak. Alahai, nape la cepat benar masa ni bergerak. Bagi aku, 2013 adalah tahun yang biasa. nothing changed, nothing big suprise, nothing.  Apa yg aku boleh rewind utk sepanjang tahun ni, pertama kali aku mengundi utk PRU13, mid june kami bercuti di pantai Timur kemudian kami ke Hong Kong sekitar bulan Sept. Itu jela kot. Tak byk benda yang aku lakukan dan yg diingati pun hanyalah duniawi je..Teruk betul.haha.. ;)

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan menetapi kesabaran."-Al-Asr, ayat 1-3.

Cukuplah oii aku mengejar dunia. Glamer kat dunia je pun. Esok mati aku sorang2 jugak yg kena jawab. haha. Psiko betul ayat aku.;p But, that's the fact it is. Aku belum cukup ilmu nak bahas pasal keseimbangan dunia & akhirat. Tapi, insyaALLAH aku dah cuba sikit-sikit sebelum masuk tahun baru lagi dan aku dah mula adapt. Aku sendiri pun xtau datang dari mana kekuatan tu.  Cuma yg aku ingat, aku dpt kekuatan tu dari mimpi. Tapi, jgn tanya aku plak mimpi pasal apa. Sbb aku pun rungsing nak bg jawapan yang takde dlm kepala!! Complicated kan? haha. Kekuatan tu aku cuma rasa dlm hati bila aku sedar dari mimpi.-Jawapan sebenar aku. Tak perlu dihuraikan. Full stop. Agaknya itulah hidayah Allah, BESAR sungguh walaupun singgah seketika dlm mimpi, kesannya Alhamdulillah. Kalau sblm ni kita baca kisah-kisah artis yg dpt hidayah dari mimpi tu, tolonglah percaya, mereka sgt TERPILIH dan hidayah ALLAH ni luas. Aku pun baru sedar, sebelum kekuatan tu dtg, rupanya aku dah ditemukan dgn perkara-perkara baik dan positif dlm hidup yg aku dapat dan baca dari kisah hidup org lain antaranya kisah kematian Ahmad Ammar yang syahidnya tertangguh. MasyaALLAH..korang google lah. Bersyukur juga ditemukan kembali dgn kawan-kawan baru & lama yg telah byk mengalami perubahan! Thanks for the dorongan yang tak disangka-sangka..=)

We just back to the basic of Rukun Islam yg ke-2. First, syahadah. Syukur kita dilahirkan dalam keluarga Islam. Second, Solat? Tiang agama kan? Tapi aku sendiri salah seorang yg menggoyahkan which is tiang tu ada, tapi x kukuh dan anytime boleh ranap. Faham? Aku solat, tapi selalu melambatkan dan "qada" terutama subuh hujung minggu. Apakahhh??haha..tak perlu malu dgn korang..sbb skrg aku lg malu dgn tuhan. Kita nak mcm2 dalam hidup, diberikan kejayaan, rezeki yang luas, keberkatan hidup tapi tiang yg satu pun xkuat, tuhan nak bg apa-apa kt aku pun kena berkira juga..-SELF BRAINWASH. 
 
Utk 2014, aku mencari "perubahan spiritual". Besar maknanya disitu. Takut sebenarnya nak tulis sebegini sbb takut x mampu nak lakukan, mungkin setengah jalan dan paling takut adalah kembali lalai. Tapi nak tunggu sampai bila utk buat sesuatu? Nak tunggu smpi maut dihujung kepala?? Ya ALLAH, bagilah hamba-Mu cukup "masa". 

Banyak perancangan yang rupa-rupanya aku dah fikirkan secara lintas..dan sebaik-baik perancang adalah Dia. InsyaALLAH perkara yg baik dan praktikal aku akan cuba kongsikan mengenai apa saja ilmu yg beri manfaat kt korang.  Aku suka DIY & organize. ok, yg tu nnti aku share next time. hehe.

One thing yg korang kena tau, segala apa yg aku tulis ni bukan mudah, tapi kita kena selalu yakin dgn janji ALLAH. Dia Maha Pemurah, lagi Maha Adil dan Maha Besar. Nak cari keredhaan-Nya. Itulah matlamat 2014 dan tahun-tahun berikutnya. InsyaALLAH. 
KEEP CALM & SLOWLY BACK TO HIM.
.

 
 

Terjebak Dengan Susun Atur

Salam ceria!!Dah hujung-hujung tahun ni pergi office pun macam boring jeee. Keje dah xbanyak dan lab pun dah xde terima case...apa lagi kita melagha laa..haha. currently kilang aku keje ni really in bad situation. Now, kilang dah buat retrachment. More than 400 indirect employees will be affected. Gila x?  Batch 1 dah pun release nama..so kita tunggu next batch plak sapa yang kena??haha.Tapikan tapikan..kalau aku dapat pun alhamdulillah syukur dpt jugak aku duit sedebuk sbb nya kalau nak resign sendiri soon mcm susahh jee boss nak bagi lepas dan xde plak nak merasa jd org kaya duit pampasan..hehe. Kan?kan? ok, mulalah aku ni nak melalut;p

Sejak aku dah aktif balik berblog, walaupun mcm xde org nak baca je..hahaha..tapi aku suka je nak share mcm2 dlm blog ni. eh suka hatilah blog aku.haha;p yang ni mmg syok sendiri..hehe;) Sebenarnya aku dah terjatuh hati dgn satu blog susunatur. Klik here.  Sejak lama dulu dah aku selalu blogwalking dkt omputih punya blog to read how they organize their home and share DIY thingy. Best tau!Mmg aku minat sangat. Tapi..masa tu sekadar blogwalking je lah utk baca suka-suka. Idea dan kreativiti diorg mmg best! cuma yang aku rasa susah nak jadikan kenyataan bila some tools and material, gajet-gajet & etc yg diorg ada dan gunakan sangat susah nak dapat kat Malaysia ni kecuali di IKEA lah.hehe. Plus, sekarang pun masih duduk rumah sewa je..itu yg mcm xde mood sangat nak berhias rumah cantik-cantik sgt. hehe;p Korang boleh tgk kat bloglist "Heart Them" yg aku share disitu.

Seriuosly masa tgh blogwalking blog kwn2, terjumpa blog Susun Atur Sioca ni rasa kagummmm sangattttttttt!! Akhirnya aku jumpa juga Malaysian blog yang share benda-benda gini. Then, lagi kagum bila ramai blogger2 yang share dan sahut cabaran! Very interesting dan aku pun patut meyahut cabaran itu!!!;)hehe. Maybe aku xdpt buat sehebat mcm blog omputih tu kan tapi kita mula dari perkara yg kecil-kecil dan simple dulu. Lagipun, manalah nak sama bumi Malaysia ni dgn negara omputih tu kan? So, kita berpijak di bumi yang nyata ok??haha.  Xpe, kita praktik dulu di rumah sewa, esok rumah baru dah settle (InsyaALLAH!;) kita restart balik..hehe..

Cabaran Susun Atur Sioca bulan Nov: Dapur. Ok, tau dah terlewat Nov will end in 5 days tapi aku nak share jgk..Next entry lah! dah panjang sgt ni. Bye!













Takde Niat Nak Beli Pun Sebenarnya..

Olla!Salam semua! Sihat?Masih ingatkah dgn cik puan empunya blog ni?hehe. Almost a month tak hapdet blog rindu sebenarnyaaaaaaaaaaa tahu!! Sejak bekerja ni mmg malas gila nak bukak blog apatah lagi bila dah sampai rumah lagilah membukit malasnya. Lagipun, takde feeling sgt nak blogging kt office, kejap2 clicks mai, kejap2 manager plak mai. Senang kata, mmg tak dan lah wei! Ok, later kite cecite psl kerja ya sbb skrg ni nak cecite benda lain.hehe.

Alkisahnya last week kami berdua shopping2 year end sale kat Gurney Plaza. Mai sana mmg dah target lah nak beli jeans and pant husband disamping jeling-jeling mata kat butik Coach. Dari jauh dah kelihatan segak gila sale assistant dia. Lepas tu tgk diri sendiri..alaaaaaa, mcm selebet sgt dressing  haritu dgn jeans kerja tak basuh 2 bulan, pakai plak blouse mak-mak dgn tudung awning bunga-bunga RM10 jek..hahahah..tu pasal mak kata JELING saja ok! Mmg gila low estem lah aku haritu! =p Ada plak sorang amoi ni dressing cun abis (sambil riak-riak sikit!aku taulah muka dia mmg eksyen abihlah!) keluar butik dgn paper bag Coach besar gila! Aku pulak yg teruja tgk sbb paper bag dia cantikk ok!! Haha. Agak-agak kalau beli paper bag dia saja boleh tak?*Pangggggggggg* Eh, sbb kalau beli Coach online mana dpt paper bag kan????kan?kan? Ha, merepek plak dah.

So, on that day dah namanya pun shopping tak sah la kan kalau over bajet lagi-lagi beli benda yang takde dalam list panjang. haha=p Lepas tu balik rumah mcm nyesal gila beli. Tapi, benda alah yang satu ni takkan nyesal lah kot pasal aku lg excited nak pakai walaupun skill tu org kata tak berapa nak ada..kahkah=p Suami aku plak mood dia ok haritu, dan-dan dia suruh beli jek mentang-mentang lah tgh sale kan. Cuba kalau beli dgn normal price?tercungap-cungap aku nk membayarnya!hahaha.

Meh, intai sikit apa benda alah nya?;D

Haaaaaaaaa..can see now?haha.yes, tak pernah terpk one day aku akan beli swimming wear ni. Pasal dulu masa kecik-kecik, aku ada satu perangai suka gelakkan org bila tgk org mandi pakai swimming suit. Aku rasa mcm sotong lembut tenggelam timbul atas air.;p Kecik-kecik dulu mana nak dapat swimming suit, takat mandi parit depan rumah kita kasi terjun sajalah! Balik sekolah agama terus berendam dgn bajuu sekolah pun okkkkkkkkkk, lepas tu naik rumah kena bantai dgn mak.;p Lagipun dulukan aku ada satu pemikiran kalau org yg ada swimming suit ni mesti anak-anak org kaya. Ntah apa-apa kan. Tapi, ini pemikiran dulu2 la. Now, everybody can wear maaa..;D 

So, bila dah dewasa sikit ni, barulah ada kesedaran nak pakai swimming suit pasal aku mmg suka main air walaupun mula-mula tu mcm ala-ala fobia nak kena lempang gitu. Nak-nak tgk pool yg besar-besar lagi lah rasa ada benda melambai kat dlm air tu.scaryyy ok! Tapi, seminit jekla fobianya lepas tu berendamlah sampai kecut kulit.  Kalau kat pool tu tak payah ceritalah, mmg setakat ditepian aje haha.  Diulangi, ditepian sahaja.haha. Realitinya aku mmg tak reti berenang pun!kahkah=p eksyenn jekan beli swimming suit..ada aku kesah??;p 

Tapi, apapun aku rasa sgt berbaloi beli sbb lepas ni for any vacation yg ada mandi2 aku tak pyh pening pala dah nak filter seluar and baju yg cannot see the trough of panty and bra. Lagipun mcm takde nikmat plak mandi pakai panty kan. Bra tu sah-sah la kena pakai! hihi. Swimming wear yg aku beli ni jenis 2 piece-baju labuh paras paha and seluar. Jenis muslimah punya. Ada certain panggil Burqini if i'm not wrong. Then, kalau sblm ni mandi paling2 pun pakai anak tudung kalau jahat sgt kdg2 togel jugak kepala .haha. But now sudah ada cap attached dkt baju! Kalau nak mati cepat silakan pakai bikini ye.haha. Ada jugak jenis coverall yg 1 piece tapi aku geli plak tgk diri sendiri depan cermin dgn baju mandi mcm tu. HAHA. Size M ye (dah lama aku tak beli baju size M haha;D) Kain plak jenis high grade lycra kalau tak silap. Aku bukan tau sgt requirement apa kena tahu masa beli swimming wear ni pasal dah nama pun tak terniat nak beli.haha.Janji aku beli murah dgn harga RM150 debit card. Ye ke murah???? No idea at all ;p



Sempena Tahun Baru

Salam semua!!!
wahhhhhhhhhhhhhhhh rindunya kt belog peliharaan yg dah lama terbiar ni!
nak buek mcm mano non ada kesempatan masa + juga mood.
Almost 4 weeks keje, masih tak dpt tune! letih tak pyh kata la..mlm pukul 9 dah tersengguk2 depan tv. Letak kepala atas bantal terus hilang tak sempat nak mimpi dah kena bgn balik. T___T
dan weekend adalah hari syurga dunia woooooooo!! hihi ;p
Sempena maal hijrah, konon-kononnya nak pasang azam tahun ni. opsss, bukan  konon-konon dah, insyaALLAH akan cuba dilaksanakan. Tak byk, 4 jek! ;p
1. Tunaikan umrah
Masih dalam peringkat perancangan keluarga. Kalau ada rezeki dan diizinkan tuhan, insyaALLAH sampailah dibumi ALLAH.. tolong doakan ya kawan2!Ameen..=)  If not my rezeki pun xpelah, mungkin tuhan nak berikan rezeki yg lebih baik dulu..apapun still berharap dpt sampai ke sana..
2.  TTC VERY HARD
haha. TTC  means try to conceive.  VERY HARD tu nak kasi bold merah menyala sikit. haha. ya, maybe selama ni usaha kami adalah amat-amat sedikit. Not just say it-berusaha dan berdoa, tetapi berusaha bersungguh-sungguh dgn penuh konsisten dan berdoa dgn bersungguh-sungguh dgn penuh rasa hope. Ada faham x perbezaannya? =) i don't want to waste my time again tetapi pokok pangkalnya haruslah bersabar dan kembali kepada qada' & qadar ALLAH..Moga tertunai azam ni.kawan2 doakan juga ya!ameenn..=)

3. Gain money make money
Yes, its all about the money! Haha. topic ni kalau bg kt laki aku sure dia yg paling ghairah sekali..=p Since i pun dah keje insyaALLAH boleh bantu suami yg dikasihi walaupun selalu kata kat dia "my money is my money, your money is my money too!" haha. tapi hati dan kasih seorang isteri takkan sampai hati kan nak buat mcm tu kat suami? ecehhh!mcm dah melalut jek ni.;p ok, the point is nak kumpul duit byk2 utk perkara paling utama no 1 & no 2 tu..=)

4. Segala-galanya yg lebih baik
Pertamanya, umat islam yang lebih baik-perubahan plg besar yg nak di buat adalah solat awal waktu! Keduanya, isteri yang lebih baik- perbaiki cacat cela diri T___T, Ketiganya, anak yang lebih baik, Keempatnya, pekerja yang lebih baik- oh, yg ini samar-samar lagi!hihi. hope, tahun ini segala-galanya adalah lebih baik dan berterusanlah baiknya.  InsyaALLAH boleh..ameen..=)

Cukuplah 4 saja. Walaupun sedikit tapi ia 'berat' sebenarnya. Itupun tak tahulah dapat penuhi semua atau tidak. Dapat 50% pun ok..tapi dapat 100% lagiiiiiiiiiiiiiii ok!haha.=p
Moga-moga tahun ini memberikan penghijrahan yang sgt bererti.
InsyaALLAH..=)
Apa azam baru u all pulak?hehe..

Preparing For A New Phase

Salam semua & morning!!=)
Rindunya dekat blog! Maaf lah, bizi sesangat dgn mcm2 urusan..(poyo jek bunyi!agagaga ;p)
Oh, lately mcm2 hal juga terjadi dkt BBF. Not really sure what happened actually (ye, agak ketinggalan keretapi sedikit!) Kan dah bilang i bizi! haha=p Whatever pun girls, jadikan itu sbgi iktibar ya!
Since blog ni pun dah turn jadi blog peribadi not again wedding blog
so, Ahhhhkakkkkkkk mmg nak jadi anti sosial skrg ni..(yelahhh sgt!!;p)

ok2, back to the title! yes i skrg sedang preparing mentally & physically for a new phase!
Ahhh.. sudah mesti korang speculate i nak jadi mummy kan??hehe.
Ameen.ameen.ameen..=)
but, not yet la darlingg! <__> insyaALLAH one day termakbul. Doakan ya!
hihi. Sebenarnya, ahhkakkkkkk dah dapat keje! yeayyy!!
ok, bunyi mcm excited jekk..tapi mcm2 berlegar dkt fikiran ni.
Offer letter dah dapat, agreement pun dah sign, so can't turn back lah whatever pun!
kahhhh=p 

Alhamdulillah, i've got a nice job! opsss..maybe!;p
I mean mmg dalam line engineering and syukur they can pay for me with master qualification.
Probation pun only 3 months..so after 3 bulan pejam celik i dah boleh amik AL.kahkah=p
Nervous tak payah katalah, seumur hidup tak pernah keje kot..
Yang paling best 11 bulan menganggur. caya x?kihkih.
ok, meh i story kronologi mengganggur kot boleh jadi a sweetest kenangan dalam hidup..

Mid December: 
send 10 copies thesis, and after that i balik kg for wedding preparation. Langsung tak cari keje konon-konon nak ikut suami keje di Kulim saja nnti.
End Feb-End March: 
bizi kawen, bertandang, pindah rumah, tune life as a wife,
End March- Mid April: 
Waiting n prepare for VIVA
Mid April - Mid June: 
Correction thesis. Baru start cari keje seriously lepas nangis-nangis dgn hubby sbb bosan duduk rumah.ahakss
Mid June: 
Send thesis final copies. 
Mid June- Early August: 
Duduk rumah saja, run business balik, hampa cari keje lagipun nak puasa dah.Tak kuasa mak nak keje time puasa ni. ok, bertangguh lagi.hehe.
Early Sept-End Sept: 
Raya woooo, sure sebulan celebrate.kahkah=p
Early Oct-now: 
run business and finally i've got the job! So, get it?hehe. 

Sebenarnya nak cakap duduk rumah jadi fully housewife sgtlah best ya!
Kalau ada baby lagiiiiiiiii best..^_^ boleh godek2 anak je kan.haha.
Syukur sgt2 i ada sugar hubby yg sgt penyayang walaupun dia tak romantik.;p
He never push me to get a job! Dan sanggup bagi semua kad ATM dia bg pada i.haha.$_$
Lepas ni, you urus duit you sendiri ye honey!;p

Yang pastinya, i akan merindui kehidupan sekarang ni.
bgn pagi  hantar suami pergi keje, mengemas rumah, basuh baju, basuh pinggan, masak for lunch, dan ptg2 layan TV and internet!! lepas ni, hubby tak dpt balik mkn luch kt rumah lg dan x dpt dah nak golek2 dpn tv kan?! omg, sebak dah dada ni..sob..sob!<__>
Hope kehidupan yang baru nanti , i akan dpt terus berbakti pada suami walaupun mungkin tak sebaik mana kan sayang? But, i will try my best to be a good multitasking wife..
And one more thing, business pun maybe dah tak dpt run kencang mcm skrg ni, 
I berpendapat buat business jek yg boleh mewah & kaya raya, kalau makan gaji ni..ehemm..maybe setakat hidup selesa saja..sapa setuju angkat mouse masing2 ya.hihi.._^
Whatever pun i percaya pada usaha & rezeki yg ALLAH bagi..
Ameen..=)

so girls, wish me luck yah!!
;p
















Cerita Kuali Tefal

Salam semua! monday blues lagikah hari ini?hehe.
Owh, smlm kami suami isteri ke Jusco Perda!
Orang sibuk bershopping utk deepavali, kami pun tumpang sekaki. Tapi byk tumpang cuci mata jek.haha=p
Bangun-bangun pagi saja en suami sudah demand mahu makan Pizza.
Tak sedar kot duit sudah dihujung tanduk.Oi bila gaji suami nak masuk ni!T______T.
Tak pasal-pasal si isteri kena pawwwww semalam tau.
Tapi, padahalnya si isteri mmg dah lama terliur tgk Ultimate Cheesy 7 Pizza tu.hihi.
Oh bab makan mmg kami punya instict yang kuat!^_^
Bayangkan 7 jenis cheese; Romano, Monterey Jack, Parmesan, Mozzarella, Cheddar, Provolone and Cream Cheese terkumpul diatas pizza tu. Gila tak terliur tengok..haha.
Ini semua gara-gara pengaruh beautifulnara..oh pengaruh tv juga!;p
 What can i say? Ohhh..memang sangattttttt lazat. Dahla kami ni mmg penggemar tegar cheese.huhu.
Tapi takdelah pizza hut tu baik hati sgt nak letak byk2 tiap satu jenis cheese tu. Mau bankrap la kan!
Yang kelakarnya, i punyalah ingat bulat-bulat atas pizza tu kuning telur..sekalinya cream cheese youuuuuu!
Awwww..sudahlah! cakap banyak pun x guna, pergi sendiri makan ye.
;p

Dah lepas kenyang-kenyang kami pun exercise kat Jusco department store.
Oh..favourite area kami adalah bedding, houseware & cooking appliances punya kwsn!
Sangat berangan nak beli itu, nak beli ini. Tapi belum mampu! So, cuci mata dulu ye..
Tgh jln2, terus mata tertacap 50% discount punya area..
haaaa..kat sinilah bertemu jodoh dgn si Tefal idaman hati yang konon-kononya nak bertemu di Langkawi nanti tapi nampaknya tuhan cepatkan jodoh kami disini..*merepek plak ;p*
Tertulis dkt si Tefal (saiz 28cm) harganya ialah RM149 n after 50% less tinggal RM74.50 sahaja youu..
Meronta-ronta betul jiwa nak beli! Sebab terpk kalau beli kat Langkawi lebih kurang je dengan harga lepas less ni. So, duit yang dah reserve utk Tefal tu nanti boleh beli Vision/Cornell plak *hubby, hint ni!*
kahkahkah ;p

Punyalah lama discuss dgn hubby sampai tarik muka kejap sbb hati nak beli yang besar sikit (32cm), 
tapi kira-kira duit tak berapa nak ada terus tak jadi beli.
Hati dah bengkek tak dapat beli terus ke Bodyshop pulak.
Gatal dah tangan ni nak amik moisturizer sbb ada less 20%..hehe.
tgh2 ckp dgn SA boleh terpk lagi pasal si Tefal idaman hati tu..
Memang tak boleh jadi..kena beli juga ni!haha.
Keluar bodyshop, on the way nak pergi pee, dan-dan teringat pasal Jusco voucher RM20 yg i simpan dalam purse!!
Melonjak lah makcik sorang ni kt tgh2 Jusco ^_____^ 
 Pee pun tak menyempat-nyempat sbb tak sabar punya pasal tahu.haha.
Bukan apa, takut dah kena rembat dengan orang. Dah la limited items! X ke menangis den di situ..<____>
Hubby dah lenguh kaki plak time tu, so i melangkah lah seorang diri ke tingkat atas semata-mata nak sambar si Tefal ni. Kalau ada sayap i terbang dah naik escalator..kihkih.
Nak dijadikan cerita ...jeng jeng jeng..
nak tahu i dapat ke x si Tefal ni.. ketahui kisah sambungannya esok 
;p

ni lah si Tefal tu..opsss google image jek.;p

nite!


Our New Baby..=)

Happy Tuesday!=) 

Nak cerita pasal weekend kami yg lepas. Tapi, takde apa yg menarik sgt pun, sbb kami suami isteri melepet je kat rumah. Al-maklumlah bulan tgh mengambang, so xboleh la nak joli2 sakan. kihkih.
So..........aktiviti kami dihabiskan dgn membelek baby baru kami..^_^
ye, kami ada baby!awww awww~
Kesian kt hubby hampir 2 minggu pi cari baby yg berkenan di hati.
Alhamdulillah, akhirnya jumpa jugak..=)
Mungkin sudah jodoh kami.
Hubby lah org paling excited sekali..hehe.
Walaupun baby dah 'besar' sikit, tapi xpelah asalkan boleh jadi peneman & penghibur jiwa lara kami.
Sure korang annoying gila nak baca.
kahkahkah=p

 Baik, baik...meh i perkenalkan baby baru kami,
































































 Tadaaaaaaaaaa!!!

Alololo..comel kan baby baru kami??? kihkihkih.

Plan kami dah lama nak beli motor ni sbb rs sgtlah susah nak kemana-mana kalau ada satu kenderaan saja.
Lagi-lagi sejak i 'patah kaki' xberkereta. So nak ke mana-mana kena pakai kete hubby plak.
Lagipun, tmpt keje hubby xjauh mana, so it's safe for him kalau sesekali nak tunggang motor.
Apapun, still worry kalau time hujan lebat kesian kat dia kan.

So, hubby prefer to buy scooter yg konon-kononya kalau dia bawak scooter tu bajet comel sgtlah!;p
haha. Sekali kauuuuuuu mmg cute gila tahu! Dahlah hubby i tu alololo comel jek, bawak plak scooter dgn helmet kura-kura, awwwww mmg heart melting u know! kahkahkah.
*ye, sy sedang memuji suami sy dgn harapan bila dia baca perenggan ini, dia akan membawa sy candle lite dinner..hehe*

Pastu, sbb lain beli scooter ni juga sbb nak save minyak kereta..=)
Bayangkan fuel monthly kami RM200/month not included fuel to balik kg lagi!
Lagi plak kalau si isteri yang drive, amboi cepat jek minyak tu nak turun dan turun dan turun lagi!
sape lah si isteri tu, sila bgtau..kahkahkah=p
So, kalau sekadar nak jalan dekat-dekat aje better kami naik motor jekan. Boleh juga feeling2 romantik sambil berpelukan. best-best. kahkahkah.
Tapi, haritu first time naik kat belakang, peha sengal gila kot.U___U
haha.

Pastu, paling x best nya, road tax & insurance motor tamat sama bulan dgn kereta hubby!
cantekkkkk sgt lah tu.sila tabur duit jek lah nnti ($_$)

tata!



Wordless Wednesday Meleleh!


 Smlm kan, ada org tu kan..ada org tu kan..dia kan..dia kan..menangis (sikit jek!) tgk cinta elysa ;D
haha.comel kan suami i tu?
kahkahkah=p

Lepas tu, pg-pg ni i dah craving for this

  

YES!!

It's 
T.U.T.T.I  F.R.U.T.T.I !!
N again i'm craving, i'm craving, i'm craving for this one!

hubby, what say u?
;D








Sesi Transform

sejak kereta Kanch dibawa pulang ke Johor, seolah-olah i sudah patah kaki

T_________T

kalau mau ke mana-mana dah kena bawa kete hubby plak which is sgtlah tak best pasal kena g hantar dia keje, balik plak kena amik, serupa driver tak berbayar gitu.ekekeke.
paling malas bila keluar nak amik si suami ni kena tukar baju bagai plak.
tahu-tahu ajekla kalau kt rumah, sexy mexci kdg2 'anak2' pun tak pakai..kahkahkah=p
tapi, xpe i ada baju TRANSFORMER khas readymade punya
iaitu.....





































 Ini!!


haha.jubah ni mommy yun yg belikan masa dia pergi umrah awal tahun lepas.
hihi. so, dari tergantung dlm wardrobe baik pakai.
so, each time hantar n amik hubby jubah nilah yg akan disarung tanpa ada keraguan
Lepastu pakai tudung stok besar-besar punya nak cover dada ( . ) ( . ) ;p
haha.
gilakan? nasib baik office hubby 3km jek dari rumah.
dah peel cenggini, jgn plak si suami ni ngada2 nak suruh singgah menyinggah mau tinggalkan jek tepi jalan tu.ngehngeh.

boring sebenarnya harini sbb hubby xde (bukan hari-hari biasa pun dia xde ke?;p)
hubby kena g jitra, ptg karang baliklah tapi mcm bosan sgt
lepastu mcm rindu sbnrnya..(^_^)
hihi. ngada kan?nak kena lempang kot.haha

lepastu dah rindu-rindu tu terpandang plak bouquet hubby bg masa konvo last time.
Walaupun dah kering kontang, tapi still cantik
Tapi lagi cantik kalau x kering langsung. Merah roses tu mmg memberi berahi lah.;p 

Pandai suami pilih bunga, dia kata bouquet tu dia suruh org bunga tu custom made special utk isteri kesayangan dia.
Tapi, i tgk biasa jek..haha.oppss, sorry bang.hihi.
Ntah bila lagi nak dpt bunga mcm ni sbb suami i ni bukan stok mat2 bunga!hihi
Ini punya bunga pun da remind seminggu sebelum konvo kotttttttt!
kahkahkah=p

xpelah, kering-kering pun i sayang nak buang.
So, mak awal awal dah pesan bunga ni besok dah kering letak dlm pasu.hihi.
Kebetulan ada pasu tinggi kat rumah, so i TRANSFORM lah dia menjadi hiasan kat rumah.



x cantik ek?;p

Cerita di suatu petang II

 Cerita di suatu petang pernah disiarkan dulu.
 So, ini kisah II

Kisah di suatu petang Jumaat (a week ago)..
I terima invitation from neighbour yg buat kenduri doa selamat.
Hubby tak dpt pi sama sbb kerja, so pergilah sy sendirian bersama jiran-jiran yg lain.

Sampai jek kat rumah kenduri, so ingat adalah bacaan yasin ke or doa-doa ke kan..
tapi..eh ni da mcm open house pulak, dah la pakai selebet baju kurung dgn tudung pin bawah jek.
jiran-jiran lain lagi vogue kot..
so, datang-datang terus makan dan join diorg berborak. 
Sesekali diorg bertanya i menjawab & selebihnya senyum...=)
tapi ada juga yg tak kurang sombongnya!
* yelleh, mcm lah ko hebat sgt kan nak pandang aku pun xmo?*

Tgh sedap-sedap makan,

Jiran A: "Miza ni amik pil perancang ke?"
Dia start dahhh...
My respon : " Takdelah, cuma xde rezeki lagi! (kalau lah aku boleh pekik kat telinga dia!) " 
Jiran A: ooo, ingat taknak anak lagi. Kak **** ni pregnant, kak **** ni pun pregnant juga (sambil tunjuk jari kat Jiran B & C)
Nak aje i pekik: SOOOOOOOOOOOOOOOO???? 
tp dalam hati jekla! hahaha!

Isk..apakah motif dia bgtau kt i jiran lain tu dah pregnant?
I. bergurau? 
II. Konon nak bagi semangat?
III. Atau saja nak malukan i?

hmm..tak habis lagi..
si Jiran A sambung cerita, psl si Jiran D bernazar kalau si Jiran A ni pregnant lagi, dia nak sembelih kerbau utk Jiran A,  sebab jiran B & Jiran C, semua da berjaya pregnant.So, dia nak cabar lah pulak si Jiran A ni.
Tapi, si Jiran A taknak pregnant dah. Haaa..bersungguh-sungguh dia bercerita sambil gelak sorang-sorang.
Ntah apa yg kelakar sangat ntah. Kesian betul.
Me? layan jekla..
Nak aje i pekik: ANNOYING OK!!!
haha.

Apa ntah motif dia bercerita kat i psl jiran D tu?
I. Nak bgtau dia ni SUBUR sangatkah?
II. Nak bgtau dia ni sekali romen terus dpt anak kah?.atau
III. Saja nak menyakitkan?

Rimas!
Nasib i ni bukan jenis org yg cpt sensitif sgt especially bab pregnant-anak ni.
Memanglahhhhhhh...semua org nak anak kot??
Tapi, i tahu tu semua soal REZEKI tuhan nak bagi ye.
Tak payah lah i nak cerita panjang-panjang kat sini pasal usaha, tawakal dan doa.
Orang yg ada iman tu taulah kan.

So, agak-agak jiran i ni iman dia tahap mana eh?
Annoying sgtlah dia tu!
;p














The Day..=)

salam semua!=)
mesti semua tgh monday blues kan arini.hehe.
fuhh, baru siap kemas rumah,vaccum carpet, basuh baju, lipat baju, basuh pinggan n etc. al-maklumlah surirumah.hehe!arini off memasak, so da pesan kt hubby, today lunch kt luar saja!=p

lamanya x berblogging! last week minggu yg sgt2 pack dan penuh dgn schedule.hehe.
Bizi melayan both parents yang dtg bertandang ke rumah! Riuh rendah rumah dibuatnya.
Alhamdulillah, rabu yg lepas sudah selamat naik pentas amik ijazah Master!=)
Satu pencapaian yang amat dibanggakan dlm hidup setakat ini.=) Buat research is not easy as u think.. byk betul cabaran dan dugaannya lagi-lagi bila buat lab tak jadi, result unexpected and kena re-do experiment n testing, skit hati bila paper rejected, juling mata writing thesis, tu belum kira mslh SV, mslh income, mslh nak kawen lg!adoiii~ Apa pun, syukur pada tuhan sbb permudahkan segala urusan ketika buat Master dan 3 paper yg sudah dipublish adalah hadiah yang bermakna untuk student research. Org kata, mmg kena kuat semangat & tekadlah! Alhamdulillah 3 tahun yang ditunggu dgn penuh kesabaran akhirnya terbalas! Rasa kepuasan tu bila dpt naik stage dan bersalaman dgn Tuanku Canselor.haha. GEDIK tahu i hulur tangan!

Merasa kali ni dpt konvo dan diraikan oleh suami..=)
*Thank you syg for the bouquet of roses!*
Dan paling happy bila both parents sanggup dtg juga utk celebrate hari Konvokesyen sy!
Thank u both mak dan abah..and opsss for the presents juga! =)
 
Impian seterusnya untuk buat Phd masih dalam perancangan.
Buat masa ni, masih bergelar suri rumah dan sedang mencari peluang pekerjaan!haha.
Fuhh, nasib baik dah kawen bolehlah suami tanggung!Kalau masih anak dara tentu dah menggelupur menganggur kat rumah. hehe. InsyaALLAH kalau ada rezeki pekerjaan yg baik, mungkin akan bekerja dulu baru fikir2kan utk buat Phd. Mesti nak kena tolong suami jugak dari segi income, kalau tak entah bila la nak dpt beli rumah sendiri! Plus, sayang sgt ada dua degree tapi tak di guna pakai..hehe.
Semoga perancangan semuanya berjalan dengan lancar dan baik-baik saja. Ameen..=)

Nak tepek gambarlah!hehe. Semua gambar ihsan dari kwn2, i punya harap iphone jekla nak catch gambar. low quality betul.haha.
 

 



 *update gossip* haha



* with lovely family*

i love u hubby!!

=)

Sorry & Thank You

Hari Malaysia 2011: say “ Sorry and thank you” campaign.



Dear Brother and Sister Malaysians,
I need your help to spread this Hari Malaysia message (through twitter, Facebook, blog,email & etc.)

We at zubedy are launching a ‘say sorry and thank you’ campaign as a meaningful way to celebrate September 16 this year.

Our Hari Malaysia advertisement, to be published this Friday the 9th of September, will act as the launch of the campaign leading up to September 16. We have attached it here with this e-mail.
There seems to be a pervasive sense of antagonism amongst our people today. This campaign seeks to nullify these negative effects, to call upon our people to choose to be the bigger person, to choose to say ‘sorry’ for the hurts caused and to appreciate each other for the sacrifices we have all made.

We ask you to join us in spreading the message of this campaign either by creating your own message following a similar theme, or forward our message as it is below.
Thank you.


Have a meaningful Hari Malaysia
 
Let us add value,
Anas Zubedy


Cerita Meroyan Setahun Yang Sudah

 
Hari ini 12 September!
 Act, nak open entry psl benda lain yang berkaitan dengan gambar di atas.
Tapi hati merasakan ada sesuatu yg manis berkaitan dengan hari ini yang juga kebetulan berkait rapat dengan gambar itu. Cepat2 recall balik apa dia. Rupa-rupanya jeng jeng jeng! setahun yang sudah, pada tarikh hari ini i bergelar tunangan orang. haha. 

Ingat lagi masa tu hari raya ke-3.Hari Sabtu. 
Ada satu cerita yang nak dikongsikan yang rupa-rupanya i tak blog kn di sini.haha
Bukan mengungkit kisah lama cuma sekadar dijadikan coretan untuk kenang-kenangan.hehe.
Ia perihal cincin! Klik sini untuk baca kisah pencarian cincin tunang i.
I dan kaka just hunting for 1 ring -engagement ring. no risik-risik punya pasal nak jimat bukan kedekut.haha.Walaupun gerangan cincin tu bukanlah diomand ring yg berkarat-karat tapi i sendiri pilih dengan sepenuh hati and i really mean it!! Ceria gila muka aku ms tu kalaulah boleh ditangkap gambarnya.haha=p

Masa hari bertunang, tiba saat My MIL sarungkan cincin mmg gila terkejut bila tgk cincin i bertukar wajah. Sempat lg pk, kot MIL nak buat surprise nak bg dua cincin. *perasan gila ms tu*.haha. duk tunggu jugak kot-kot nak keluarkan cincin yang sebetulnya..tapi punah harapan !! MIL bgtau "ini cincin lain ya...".WHAT??? 
terus x sedap hati dan rasa nak nangis ok! Org duk amik-amik gambar pun aku mcm blur psl down tgk cincin gedabak gila. Betul real mcm gambar dlm entry yg aku tulis tu. Amikk ko! xnak gedabak-gedabak kan sekali dapat!!^_^
hey, tahu x cincin lah benda pertama sekali semua org duk nak tgk lepas majlis tapi aku duk kepit-kepit jari nak sembunyikan cincin aku yg BESAR sgt tu!hahaha=p


 tgk reaksi i dlm gmbr ni! haha=p ms ni MIL ckp.."ini cincin lain ya..."ngehngeh=p

Balik jek rombongan aku terus meroyan kat family dan kawan-kawan.
Kaka adalah mangsa meroyan aku yg paling teruklah.
Habis mcm penjenayah kena soal siasat haha.
Kaka ingat nak buat surprise konon tak nak cerita psl pertukaran cincin tu sbb ingat i akan more happy bila dpt cincin baru. tapi, he knows me very well.haha. i berdegil nak jugak cincin i tu.
Kaka cerita, ms dia bawa pulang cincin tu tunjuk kat mak & abah, mmg diorg terus xberkenan sbb cinonet sgt. Abah mertua i sendiri yang insist nak belikan yang baru dan cincin tulah yg jadi pilihan mereka.
Abis tu cincin sebetul mana?haha.sgt misteri! mcm2 jawapan yg kaka bg sbb i keep asking about that ring. dia naik rimas kot kejap kata bg jwpn kata dah jual, kejap kata mak dia pakai kejap lagi kata mak dia simpan.
Last-last i pun redha jekla dgn cincin tu, itupun lepas penat bertekak dan mengungkit dgn kaka.haha.
And u know what, sometimes i rasa mcm cantik juga cincin pilihan mertua i tu.kahkahkah.

Hari pertama i jejak kan kaki ke rumah mertua (owh that day baru pulang dari honeymoon!=)),
i disambut baik oleh in laws. Terus rasa eh suasana mcm rumah sendiri jek!hehe.
Tengah rest-rest, MIL dtg bawa loket emas hadiah istimewa untuk i. Dkt loket tu tulis MF short form nama anak dia (Mohd Fauzi) tapi aku pandai-pandai tukar jadi Miza-Fauzi.kahkahkah.
lepas tu MIL bagi satu lg kotak..dup dap dup dap betul masa nak bukak!
Bila i bukak jek.. OMG!!that's my ring!!
MIL bgtau dia simpan jek cincin ni sbb mmg niat nak bagi pd i lepas kawen. 
terus senyum panjang lebar kat hubby..=)
Perasaan ms tu kan rs mcm nak peluk kuat kuat mak mertua i tu.hihi.
Tapi xdelah peluk pun sbb malu lagi baru jadi menantu kan!kang mak mertua ingat i meroyan plak.haha.
Disebalik perasaan gembira sbb dpt durian runtuh tu, i rasa bersalah yang teramat sangat dgn mereka sbb 
selama ni terlalu pk yang bukan-bukan.kalau dah namanya pk bukan-bukan sure lah benda yang burukkan?
Honestly, i mmg xkenal sgt mertua i sebelum kahwin, jumpa pun 3 kali jek sebelum nikah; 1st, mereka sendiri yg dtg nak jumpa i, 2nd, kaka konvo dan 3rd, hari bertunang. Datang ke rumah pun xpernah ok!
Suci betul masa tu.haha.

Tapi, betullah org kata kalau x kenal, maka x cinta! ye dak?
Alhamdulillah, dah hampir 7 bulan kawen ni i tak pernah lagi kata NO to say balik kg mertua.
Malah lg happy dpt balik kg sbb in laws i sgt baik.
Tipulah kalau kdg2 kita as menantu xterasa apa yg mertua cakap atau buat.
My MIL very outspoken tahu! Kalau dia x suka atau dia tahu benda tu salah dia akan bgtau dan nasihat.
Sbgi anak dan menantu mmg tak boleh cepat amik hati!
Tapi i jadikan kisah cincin tu sbgi pengajaran -jgn cepat berburuk sangka dengan orang lagi2 mertua kita sbb kdg2 kita tak tahu org tu yang akan berbuat baik lebih dari apa yg kita mahukan.
Mudah-mudahan hubungan baik ni akan berkekalan sampai bila-bila pun!^_^

 dan sekarang kedua-dua cincin tu tersarung elok dijari..=)
Kalau balik umah in laws wajib pki both kalau x kena katok jari ni nanti!hehe.

 cincin i mahukan!

 cincin pilihan mertua. taste org senior faham-faham jekla.hihi=p


last but not least,
muka tak ikhlas i ms on engagement day! memberontak kot ms ni.kahkahkah!


till then!=)










Macam macam Rayaku

Salam semua!! mcm mana raya kawan-kawan semua? mesti BAIKK PUNYERRR!!hihi.
hope semua dpt merasakan kemeriahan aidilfitri pada tahun ini.
Tahun ni, pertama kali beraya sebagai isteri dan juga pertama kali beraya dirumah asing (rumah FIL)setelah 25 tahun beraya di kampung halaman sendiri. Perasaan?alhamdulillah xdelah smpi menangis berlagu-lagu cuma pagi raya tu ada sikit sebak bila call mak..tapi ok jek..=)

Banyak juga bezanya dari segi persiapan raya dirumah MIL. Al-maklumlah, sy org Johor, suami org Perak, so bila bertembung dua negeri of course ada perbezaan dari segi budaya dan juga makanan.
Tapi, my FIL ni pn ada unik juga sbb abah org jawa, makanan wajib ada ketupat palas dan sambal tauhu. Dan mak pula org melayu so makanan wajib ada adalah lemang.
Untung lah saya semua makanan dapat rasa!hehe.
Alhamdulillah, mmg best semua makanan di pagi raya. Takdelah rasa tercampak ke dunia lain. Kalau makanan pun pelik-pelik, mahu meraung juga!kahkahkah.Cuma, sambal kacang belum boleh kalah dgn air tangan mak sendiri..=p *terliur plak*

Nak buat pengakuan dgn korang, sepanjang hidup 25 tahun, i mmg tak pernah pergi solat sunat hari raya.
Teruk kan? haha. no lah masjid kat kg mmg xde ruang solat utk wanita esp waktu hari raya sbb semua org balik kg dan jemaah lelaki pun sampai ada yg kena solat sunat kat tepi tangga, kaki lima dan sampai ada juga yg pergi masjid tapi x dpt nak solat. So, a day before balik kg kt Perak, sempat tanya suami, mak n kak yong g solat sunat hari raya x? Jawapan suami: YES. GELABAH dol makcik! dahlah tak reti nak solat sunat terus google cara-cara nak solat sunat!hahaha=p
Al-kisahnya, last day puasa saya dah merdekaraya kerana bendera jepun dah naik.kahkahkah. Maka, tiada berkesempatanlah hajat menunaikan solat sunat hari raya untuk kali pertama dalam hidup. Kena tunggu 2 tahun lagi la gamaknya..=p

Lepas semua family balik solat raya, bersiap-siap lah saya untuk sesi bersalam-salaman dan photoshoot as usual my family do di pagi raya. Kalau dirumah sy, mmg proper lah. Abah & mak duduk dikerusi dan dimulakan dengan abg long, k.long, abg ngah, angah..bla..bla..bla..jenuh kot nak sebut satu-satu.belum kira anak buah lagi!mmg happening. ok, tu cerita dulu sebelum kawen.haha. Sambungan..tgh bersiap-siap dalam bilik nak pakai tudung, suami panggil suruh amik gambar dia salam-salam. eh, nape abg dulu yg salam? kak yong da ke?haha.ok, sesi salam-salam mmg cepat sgt..smpi tak sempat nak susun kata best-best sikit dan x sempat nak debar pun.kahkahkah.apa kes plak nak mintak ampun pun kena debar kan?=p 
lepas tu, ingatkan adalah photoshoot ke kan, eh xde ke gmbr2 dulu. Apesal caplen sgt?
ok semua org nak cepat pergi rumah nenek plak. Blur kejap disitu.haha.
Kesimpulannya, tahun ni kami takde gambar raya suami isteri pun.hahaha=p
Lepas siap-siap terus zoom pergi rumah nenek dan saudara mara terdekat.
Balik dah petang, semua org da flat dan kami tido secara jemaah.hihi.
Bangun tido, gigih ok siapkan langsir rumah yg dicanang kata nak jahit sendiri tu.haha.
Pengalaman pertama jahit langsir sendiri, mau lepas ni 10 tahun sekali kot baru tukar langsir kalau jahit pun da herot berot..belum kira yg salah potong. haha. Nasib my MIL sabarkan diri jugak mengajar menantu sorg ni. Sanggup lagi tunggu saya smpi lewat mlm psl tak mau tgk sy jahanamkan langsir tu.kahkahkah=p
so, ini hasilnya!=)
tgk dari jauh jek..dekat-dekat adalah dilarang.ngehngeh.
curning jek xbuat lagi.tahun depan kot baru siap .itupun kalau duduk sini lagi.=p

Di kesempatan ini, sy nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin kepada semua kawan-kawan dan  silent readers yg sudi singgah dan baca blog yg xseberapa ni dan juga mana-mana individu yang pernah berurusan dengan saya. Maaf dipinta sekiranya selama sy berblog dan ada komen-komen di BBF yang mengguris hati kalian. Moga silaturahim antara kita kekal selamanya. Ameen..=)

so, cerita raya korg mcm mn?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...