Showing posts with label resipi?. Show all posts
Showing posts with label resipi?. Show all posts

Friday, April 26, 2013

[RESIPI] gulai lemak pisang muda


Salam jumaat..apa menu korang lunch hari ni? Yang ni sebenarnya lauk dah lama aku buat, just nak share kat sini sebab dia sedap tau. Hehe..dulu tak suka tapi entah macam mana tekak aku boleh terlayan pulak. Haha

Bahan2: pisang muda, santan, cili giling, bawang merah, serbuk kunyit, asam keping (sikit je), garam, gula dan perasa. Masukkan semua bahan dalam santan dengan api perlahan. Bawang pun hiris2 je..

Korang leh la tambah2 sikit, udang ke, ikan masin ke, daging ke..rencah dia pun sama leh tambah belacan ke, serai ke. Ape2 lah yang korang nak..aku suka dia simple camni je..ikut selera masing2 la kan..Makan panas2 dengan nasi dan sambal udang. Sedapnya..(^_^)

Tuesday, January 8, 2013

[RESEPI] Sambal Kentang Ikan Bilis

dah dua hari berulang menu yang sama..to be honest, hari hari aku mengadap lauk ni pun takpe..wahaha..kentang tu sendiri dalam hidup aku ni ada pengertian yang sangat penting tau..pendek kata aku dan kentang memang serasi. Lolz.

tapi yang tak bestnya takde orang yang berkongsi pengertian tersebut dengan aku..sobs..not even papamuna...even kalau dia makan, kemungkinan besar dia nak ambik hati aku je...hoi hoi hoi penting sangat ke rasa hati aku ni..hehe..

kalau dah indon, tu indon juga la ye ;) originally, aku gilakan sambal kentang balado..tapi takde je tomato kat rumah time nak masak so aku buat sambal biasa je la..nanti ar aku buat sambal balado pulak..

pics googled:

perfection

...and more perfection

tambah pulak daging...memang superb

ok lah, sekarang jom tengok resepi aku pulak..Sambal Kentang Ikan Bilis:

bahan-bahan:

  1. kentang (jenis ape2 je, potong ikut suka hati)
  2. ikan bilis
  3. bawang merah/ bawang besar
  4. bawang putih (optional)
  5. asam keping
  6. cili kering yang diblend
  7. garam
  8. gula
  9. perasa (optional)
  10. sos tiram (optional)
  11. minyak masak


cara-cara memasak:

  1. panaskan minyak untuk menggoreng kentang dan ikan bilis, toskan minyak, letak tepi. 
  2. panaskan minyak untuk menumis pula..ada dua cara, boleh masukkan bawang merah dan bawang putih yang di tumbuk atau kalau malas masukkan je bawang besar yang dihiris. tumis hingga naik bau.
  3. pastu masukkan cili blend...tumis seketika. masa ni nak tambah sos tiram pon ok..
  4. masukkan garam, gula dan perasa 
  5. masukkan asam keping
  6. masukkan sedikit air..ingat, sedikit jer
  7. kacau rata supaya semua rasa sebati dan mencengkam jiwa...haha
  8. pastu bila kuah dah agak kering, masukkan ikan bilis dan kentang yang siap digoreng tadi. gaul sebati.
  9. it's ready to be eaten dengan nasi panas!


my version:





aku makan time pregnant dulu...pastu kena cherry berry..sebab siput tu kot..haha..

teringat pulak kat ex-coursemate aku masa kat uni dulu..belinda..susah payah dia pegi hiris2 kentang nipis2 pastu goreng pakai dapur elektrik, letak dalam plastik pastu bagi kat aku masa dia datang 'apartment' aku..im touched ;') 

Tuesday, December 11, 2012

[RESIPI] Char Kuey Teow Simple

one of my faveret everr is char kuey teow. tak tau lah kalau spelling tu betul..asalkan korang paham sudah la..makanan ni sedap dimakan panas-panas dan lagi layan kalau cuaca tengah sejuk, especially malam..hehe..

yang aku makan ni versi penang mari punya...tak tau pulak ada berapa versi..tapi aku suka char kuey teow 'basah' like this:

macam kenal je?

laju je makan ;p

asal beli je abis sepinggan..yang ni pun dah mintak kuey teow lebih dah ni. memang layan lah..tetiba suatu hari tu, teringin pulak nak masak sendiri. yakin boleh ke?

ok jom tengok resipi yang aku olah sendiri hasil pencarian di internet dan campur tangan my sifu papamuna...aku bagi nama char kuey teow simple, sebab ia memang simple giler, tak payah nak buat sos khas char kuey teow, tapi rasa pun lebih kurang sedap ;)


Bahan-bahan (untuk sepinggan sahaja)
  • kuey teow
  • 1 sudu fish sauce
  • 1 sudu kicap cair
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu petis udang
  • 2-3 sudu cili kering dah diblend
  • ayam/udang/kerang/sotong/semua sekali
  • daun kuchai (hiris dalam 2 inci)
  • taugeh
  • 2-3 sudu minyak masak
  • satu senduk air rebusan (ayam/udang)
  • 2 ulas bawang putih ditutuk
  • 1-2 biji telur
  • cili jeruk sebagai hiasan dan penambah selera


cara memasak:

  1. panaskan minyak, masukkan bawang putih, tumis sampai naik bau.
  2. masukkan cili kering yang diblend..ikut tahap kepedasan yang disukai. kacau rata
  3. masukkan 1 sudu : fish sauce, kicao cair, sos tiram dan petis udang. kacau rata
  4. besarkan api..boleh lah buat bunyi kung kang kung kang macam dalam tv tu..haha
  5. masukkan air rebusan..masa ni api boleh naik..best! 
  6. masukkan kuey teow, kalau ada jenis yang nipis sedikit..kuey teow biasa pun ok...
  7. masukkan taugeh dan daun kuchai
  8. kacau rata, api biar besar
  9. pecahkan dan masukkan telur
  10. kacau rata biarkan mendidh dalam 5 saat.
  11. hidang bersama cili jeruk


it's done and ready to be eaten!


my simple char kuey teow

kat semua gambar di atas tak nampak pun kelibat udang? nampaknya ada udang di sebalik kuey teow..tee hee ;)

kalau nak best lagi pakai la udang saiz besar sket

barulah berselera kan? (pic googled)


Sunday, July 1, 2012

[RESEPI] laksa penang

laksa penang..my sil buat dan bagi aku semangkuk besar. my oh my bila dah lama tak makan, sedap nye! gambar di simpan jika rindu..hehe


yang kat bawah ni versi aku pulak




resepi asal dari majalah rasa, tak ingat pulak edisi bila..aku try buat, bagi pedas, banyak ikan dan letak nenas baru power..

cara aku masak kuah laksa penang:

rebus isi ikan, buang tulang dan blend. kat dalam air rebusan tu masukkan bunga kantan, daun kesum, asam keping, bahan kisar (cili padi merah, cili kering, bawang besar), belacan dan isi ikan tadi. biar mendidih. lepas tu masukkan gula melaka dan asam jawa, garam to taste.

sory, takde resipi yang proper, tapi kalau dah biasa masak-memasak ni dapat agak lah, banyak mana nak letak bahan-bahan kat atas ni..

yang bahan-bahan hiasan tu ikut citarasa la nak letak apa.. timun, daun pudina, passembor, nenas, hirisan bunga kantan, telur rebus, limau kasturi, cili padi..macam-macam ada..

walah, bak semangkuk, lapar dah ni.

Wednesday, May 2, 2012

[RESIPI] kaniyaki from scratch!

my first attempt..memang sedap
syukurnya, dapat jugak makan makanan jepun yang aku duk mengidam ni. dulu selalu gak makan takoyaki kat MV.. kat jusco..tako tu refer tu sotong..yang aku buat ni letak crabmeat je,hence the name pun kene tukar la kaniyaki..sedapnye..papaluna pun sapu habis..tak sangka ;P

second attempt...nak lagi!

cara buat kaniyaki versi aku:

untuk adunan tepung: 
agak-agak je la ek, 1 cawan tepung gandum, 300ml air, telur sebiji, baking powder sikit, serbuk pati ikan bilis/ ayam..kacau dengan penuh perasaan..haha

untuk inti: 
aku letak crabmeat, kobis dan bawang goreng...suka hati korang nak letak apa..

untuk sos warna hitam tu, sos takoyaki, memang susah nak cari kat ceruk sini..thank god jumpa resipi sos kat sini so buat sendiri ye: 
1 cawan sos worchestershire, 1 cawan sos tomato, halia dan bawang putih yang diparut halus untuk aroma dan 1/4 cawan gula..sos kaniyaki siap!

cara membuatnya:
aku pakai acuan kuih cara je, simple. sapu minyak sikit kat acuan tu and tuang tepung 3/4 dalam acuan..masukkan bahan inti dan tambah lagi tepung, jangan risau masa ni memang nampak serabut..lepas tu ambik toothpick dan cuba bulat2kan kaniyaki korang..kalau tak tau cari video kat youtube ye. hehe. dah siap kaniyaki korang leh la serve dengan sos homemade tadi dengan mayonis..aku tambah daun sup yang dicincang halus sebab aku suka..dan untuk menambah warna..

macam ni lah acuan yang aku pakai, kalau korang ada acuan bulat2 baguslah..kalau ada acuan takoyaki, lagi bagus..eh, pinjam boleh? haha..

acuan kuih cara: pic googled


so apa lagi, makan laa~

pic googled

Saturday, March 24, 2012

[RESEPI] asam pedas ikan manyung

my current obsession is looking for recipes on the internet...pantang nampak gambar cantik-cantik mesti suka..tu satu hal..berjam-jam masa dihabiskan dengan semangat konon-konon "eh nak buat macam ni laa. cambest je" sambil telan air liur...hehe

dah tu bila rasa resepi tu cambest, save la dalam lappie..pastu jadi pekasam..dahla tak organize dalam folder yang khas..memang takkan pakai la pendek cerita..konon-konon nak buat kuih cara berlauk, nak buat biskut ala famous amos, laksa penang, karipap, macaroni and cheese...ish, macam-macamlah yang terbayang dek fikiran aku ni..

biila tengok rancangan memasak pulak sibuk salin resepi.. scones lah, cupcake la, nasi lemak etc..etc..

last-last haritu bila teringin sangat nak makan asam pedas..tak pakai resepi pun..main agak-agak je sesedap rasa..tapi aku sure ada tersimpan dalam lappie ni just tak tau kat mana..kalau resipi yang aku simpan dari majalah-majalah pun ade..tapi banyak sangat malas nak cari!


tadaa~ rasa nye pon boleh tahan...cuma kalau pakai asam jawa sedap lagi...pakai asam gelugur je sebab takde stok asam jawa kat dapur...lagi satu bunga kantan yang dihiris tu macam buat nampak serabut? ikan pe ni? ha good question. aku pun tak pasti...maybe ikan manyung..huhu tak tahu nama ikan.. (T_T)

cara aku buat asam pedas ikan manyung ni:

tumis bawang merah, bawang putih, halia yang dah diblend. sampai naik bau. masukkan cili kering yang diblend..kalau nak pedas, letak lah banyak..nama pun asam pedas kan. pastu masukkan asam keping (asam jawa ok lagi), daun kesum, dan bunga kantan. biarkan seketika. pastu boleh la masukkan ikan..biarkan sekejap pastu masukkan sayur terung (bendi pun best). aku guna apa yang ada je laa. biarkan mendidih, perasakan dengan garam dan secubit gula untuk memancing rasa..ada tak benda yang aku miss ni? apepun hasilnya, voila~ sedap! (masuk lif tekan sendiri ;p)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...