.::Kelab Intelek Islam::.

Showing posts with label Program luar. Show all posts
Showing posts with label Program luar. Show all posts

Monday, January 18, 2010

Forum Isu-Isu Islam Mutakhir


lebih kurang seribu orang membanjiri perkarangan solat Masjid Sultan Ismail bagi mendapatkan penjelasan tentang isu penggunaan Kalimah Allah



Pusat Islam UTM, Pada 17 haribulan 2010, Pusat Islam UTM dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Islam UTM telah mengadakan satu forum Isu-isu Islam mutakhir bagi menjelaskan satu isu besar yang sedang berlaku di dalam negara kita iaitu penggunaan kalimah Allah oleh agama lain.


majlis dimulakan dengan ucapan Presiden PMIUTM


Dengan dipengerusikan oleh Pengarah Pusat Islam UTM, Dr Hj Azhar Bin Muhammad, Mereka membawakan tiga figure besar yang pakar dalam bidang mereka masing-masing iaitu:

1) Tuan Hj Azmi Shah Bin Suratman, Pensyarah Fakulti Tamadun Islam UTM. Beliau merupakan seorang pensyarah yang pakar dalam bidang perbandingan agama di UTM.

2) Tuan Hj Kassim Tukiman, Pensyarah Fakulti Pengurusan Dan Pembangunan Sumber Manusia, UTM. Beliau merupakan seorang yang pakar dalam bidang sejarah.

3) Tuan IqbalBin Salam, Peguan Dan Pengamal Undang-undang. BEliau merupakan antara orang yang terlibat dengan kes penggunaan kalimah Allah ini.


Program yang dihadiri lebih kurang 1000 orang mahasiswa dan staf ini menunjukkan umat Islam sekarang masih peka dengan isu-isu yang menyentuh berkaitan dengan ISlam itu sendiri. Antara dapatan yang dapat digarap daripada program ini ialah:

1) Banyak reaksi rakyat Malaysia terhadap isu ini. Tapi, kita mestilah faham fakta sebenar dan tahu apa pendirian kita

2) Dalam isu ini, bukan boleh atau tak boleh yang menjadi persoalan. tapi, wajar atau tak wajar yang menjadi persoalan.

3) Sekiranya perkataan Allah digunakan oleh agama lain, dikhuatiri akan timbul isu pluralisme

4) Kita tidak wajar membiarkan kalimah ini digunakan oleh mereka kerana tasawur dan pendefinisian kita tidak sama dengan mereka

ini adalah antara point besar yang dapat dikongsikan kepada semua. terdapat lagi beberapa isi penting yang dapat dibincangkan secara perbincangan lisan. dengan ini, diharapkan agar semua pembaca tidak tidur dalam isu yang melibatka isu agama Islam.

p/s: teringat pesanan Ust. Ismail Musytari dalam kuliah maghribnya yang menegur segelintir umat Islam yang jahil terhadap agama tapi berlebih-lebihan dalam mengupas isu penting dan sensitif terutama sekali berkaitan dengan agama Islam itu sendiri.

p/s: perbincangan ilmiah seperti ini sepatutnya diadakan lebih awal lagi bagi mengelakkan salah faham.

Surah Al-Kafirun



Surah Al-Ikhlas


Surah Al-Baqarah : 120

CEPAT2 JGN LEPASKAN PELUANG, FREE JER..




Jom-jom sahabat2 kita sama2 tambahkan ilmu di dada, tingkatkan keimanan di hati, semoga segala amalan kebaikan kita mendapat Redha Allah...Sesungguhnya `ILMU ITU PENYULUH HIDUP'
~~JIHAD FOR THE SAKE OF ALLAH!!

Wednesday, January 13, 2010

Forum Jelas Isu Kalimah Allah.



Tajuk : Kalimah Allah : Mencari Satu Kepastian
Anjuran : Pusat Islam dengan Kerjasama PMIUTM
Tarikh : 17 Januari 2010
Masa : 9 malam - 11.30 malam
Tempat : Perkarangan Tempat Solat Masjid Sultan Ismail UTM

Tentatif :

TENTATIF PROGRAM
2100 : Ketibaan Peserta dan VIP
VIP :
1. Prof. Dato’ Dr. Zaini Bin Ujang
Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia
2. Prof. Dr. Mohd Tajuddin Bin Hj. Md Ninggal
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni

21.10: Ucapan aluan pengerusi majlis
Ucapan aluan Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia
Ucapan Aluan Wakil Mahasiswa : Saudara Mohd Khairul Bin Abdullah Halim (Presdien PMIUTM)

2120 : Persembahan Montaj Dari Lujnah Penerangan dan Multimedia PMIUTM

2130 : Forum Penjelasan Isu
Tajuk : “Penggunaan Kalimah ALLAH : mencari satu kepastian”

Moderator:
1. Dr. Azhar Bin Mohamed
Pengarah Pusat Islam UTM

Ahli Panel :
1. Ustaz azmi syah suratman
Penyarah Fakulti Tamadun Islam UTM
2. Tuan Hj. Kassin Tukiman
Pensyarah Fakulti Pengurusan
3. Tuan Iqbal Salam
Peguam

2330: Jamuan VIP

2345: Bersurai


MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

Marilah kita sama-sama mengimarahkan majlis Ilmu. Hendaklah kita peka dengan keadaan semasa yang semakin lama semakin menjadi-jadi mengenai isu Agama Islam ini dipermain-mainkan oleh golongan Laknatullah..
AD-DEENUL HAQ!!!