Showing posts with label Pendapat. Show all posts
Showing posts with label Pendapat. Show all posts

Saturday, August 23, 2014

Mengingati MH17

Assalamualaikum WBT

Berkali-kali timeline FB di scroll ke atas dan ke bawah. Kesemuanya berkenaan dengan Istiadat Penerimaan dan Pengebumian Jenazah Mangsa2 MH17 yang menyayat hati.




Mama masih kurang kuat untuk membaca kesemua cerita mengenainya. Masih belum cukup gagah untuk membuka video-demi video yang dishare..bukan kerana tak mahu ambil pusing, tetapi kerana hati tak sampai.

Sekeping gambar seorang anak duduk menangis di sebelah keranda ibunya, cukup membuatkan Mama berhujan lebat di dalam kereta semasa menunggu Hashimiz pulang sekolah. Hashimiz bertanya kenapa Mama menangis beria2?

Semasa Ayah meninggal, kerap kali Mama mencium pipi Arwah Ayah sebelum Ayah dikebumikan. Itu adalah saat paling sayu dan paling berharga kerana ianya adalah kali terakhir. Lepas ni tak ada lagi sesi mencium pipi Ayah seperti biasa. Itu lah yang Mama bayangkan apabila menatap gambar anak itu. Dia ingin mencium pipi ibunya, buat kali terakhir...ye..kali terakhir.

Anakanda, 
Ketahuilah sayang 
Allah lebih mengetahui segalanya
Allah ada untuk menjagamu
Jadilah dikau anak yang soleh
Supaya ibumu mendapat saham bersama
Supaya nanti erat tanganmu memimpinya bersama ke syurga, Insya Allah.

Tangisanmu di dunia
Insya Allah gembiramu di Jannah
Selagi mana kehidupanmu diredhaiNya

Ye..
Mati itu pasti..pasti..pasti!!
Jadi,
Sedia...sedia...sedia!!
Nak carik,
Redha...redha...redha Allah!!

#RememberanceMH17

MH17,
Dikau di hati segenap rakyat Malaysia..

Igloomama
Shah Alam

Wednesday, April 9, 2014

MH370 : Hikmah dalam Musibah..

Assalamualaikum wbt.

Kehilangan #MH370 lebih sebulan sudah...

Mama mungkin bukan sesiapa dalam dunia penerbangan. Mama cuma penumpang biasa yang hanya mampu membeli tiket kelas ekonomi setiap kali menaiki kapal terbang (Alhamdulillah).

Pengalaman pertama Mama menaiki kapal terbang jarak jauh adalah untuk menunaikan umrah buat kali pertama pd tahun 2005, menaiki pesawat Yemen.

Kemudian tahun berikutnya (juga menunaikan umrah) menaiki pesawat MAS. Syukur teramat sangat pd masa itu kerana Mama sgt2 teringin utk menaiki MAS. Memang lain lah rasanya. Bangga!

Kemudiannya Mama berpeluang pula menaiki pesawat Saudi Airlines. Perasaan Mama seronok menaiki MAS dan bersama Saudi, Mama berasa selamat.

Benarlah, jika kita mulakan apa2 dengan nama Allah..kita akan rasa dijaga sepanjang perjalanan kita. Doa musafir dimulakan semasa pesawat mahu terbang. Tenang, fullstop!

Mengingatkan kembali memori2 tersebut membuatkan Mama terpanggil utk memberi sedikit pandangan peribadi.

Mama sudah sampai masanya utk #MAS memulakan satu langkah baru dalam sesi penerbangan mereka.
1. Sedikit masa sebelum memulakan penerbangan dengan bacaan doa musafir. Mama yakin, kerisauan yg bersarang di dalam benak setiap penumpang dpt ditenteramkan. Para penganut agama lain juga mempunyai sedikit masa utk mereka mengamalkan ritual doa masing2 pd masa tersebut. Kita mmg slalu lupa. Mengingatkan juga satu sumbangan pahala.
2. Mungkin juga sudah sampai masanya utk MAS memberikan kelonggaran kepada pramugari yg beragama Islam utk menutup aurat menurut syariat. Sedikit perubahan pd uniform pramugari yg skrg ini mungkin dpt membantu mereka meneruskan pekerjaan mereka sekaligus patuh pada suruhan agama.
3. Menghormati sensitiviti liquor bg anak kapal yg beragama Islam atau sebaiknya tidak menghidangkan liquor sama sekali. Nama pun syarikat penerbangan satu negara Islam kan?

Sedikit perubahan mungkin dapat memberikan impak yg besar dalam kehidupan. Para pekerja lebih tenang dalam melakukan pekerjaaan, para penumpang juga mendapat peace of mind dalam setiap penerbangan dan Insya Allah ianya membantu dalam perniagaan yg dijalankan. Semua mesti mahukan rezeki yg berkat kan?

Allah akan menjaga kita jika kita sentiasa dahulukaNya dalam apa jua yg kita lakukan.

Maaf jika ada statement dia atas ada yg tidak benar. Ianya hanya pandangan peribadi Mama sebagai anak Malaysia yg beragama Islam.

Keep on praying for those on board #MH370 #PrayForMH370..